Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2010, jerunei, advertisement, kandungan, feed, ads, latar, belakang, editor, kata, hikmah, location, finder, for, visitor, kategori, isi, arkib, freeware, pilihan, rakan, blogger, exchange, banner, referrer, burner, and, ranking, rss, social, bookmark, tool, khamis, mei, 06, isnin, april, 05, selasa, mac, 30, contact, me, search, affiliate, your, service, here, welcome, to, mukah, division, link, ruang, sembang, post, comments, news, online, penjana, minda, rujukan, dan, maklumat, pengunjung, blog, my, google, friend, connect, sponsor, by, hasil, besar, cepat, cermin, transformasi, kerajaan, setahun, di, aras, harapan, meb,
Text of the page (most frequently used words):
yang (287), kita (284), dan (252), ini (132), saya (122), rakyat (116), tidak (110), untuk (109), mereka (102), akan (91), ada (81), itu (81), dengan (78), dalam (74), kepada (68), boleh (66), tetapi (65), kerajaan (64), seri (62), datuk (61), lebih (59), negara (56), tahun (53), adalah (51), masa (48), satu (47), juga (46), jadi (43), pada (41), daripada (41), malaysia (40), ialah (38), telah (36), jika (35), banyak (35), buat (35), dapat (33), dari (32), apa (31), mengenai (30), ekonomi (29), mahu (29), semua (28), kerana (28), oleh (27), lagi (27), 1malaysia (27), bandar (27), luar (27), pun (27), baru (26), menjadi (26), apabila (25), orang (25), bahawa (25), awam (25), atau (24), program (23), mana (23), mengambil (23), peratus (23), sama (22), 000 (22), tinggi (22), sekarang (22), jenayah (22), secara (21), masalah (21), kalau (21), raya (21), sebagai (20), seperti (20), baik (19), segi (19), sudah (19), bukan (19), sebab (19), perubahan (19), harus (19), kami (19), transformasi (18), sesuatu (18), tentang (18), lain (18), makmal (18), adakah (18), bagi (17), besar (17), hanya (17), perlu (17), gtp (17), pilihan (17), perkhidmatan (17), terdapat (17), kini (16), sahaja (16), bila (16), menteri (15), utama (15), mendapat (15), gaji (15), mungkin (15), rasa (15), perkara (15), begitu (15), hasil (15), tiga (15), kerja (14), lepas (14), dua (14), cepat (14), pasaran (14), asas (14), kata (14), pertama (14), kawasan (14), bekerja (14), lalu (13), anda (13), gagasan (13), nkra (13), rumah (13), memberi (13), datang (13), percaya (13), tempat (13), pekerja (13), ramai (12), bawah (12), pendidikan (12), sangat (12), jalan (12), sarawak (12), rendah (12), sabah (11), peringkat (11), segala (11), terlalu (11), yakin (11), mesti (11), tak (11), benar (11), bulan (11), dunia (11), wawasan (11), sekali (10), amat (10), setahun (10), enam (10), sebagainya (10), hidup (10), dilakukan (10), terhadap (10), selepas (10), cara (10), masing (10), sebenarnya (10), polis (10), kampung (10), negeri (10), tahu (10), sekolah (10), depan (10), bank (10), setiap (10), apakah (10), bas (10), sejak (9), perdana (9), meb (9), beliau (9), aspek (9), peluang (9), pendapatan (9), kos (9), harga (9), bercakap (9), subsidi (9), bagaimana (9), iaitu (9), hari (9), mencapai (9), pengguna (9), sistem (9), 2020 (9), minda (8), perniagaan (8), penting (8), hala (8), tempoh (8), projek (8), peningkatan (8), macam (8), dilaksanakan (8), empat (8), supaya (8), lakukan (8), masyarakat (8), kecil (8), kemudian (8), menarik (8), asing (8), tempatan (8), syarikat (8), tiada (8), sendiri (8), undang (8), fokus (8), kakitangan (8), islam (7), beberapa (7), berbeza (7), lama (7), hampir (7), didahulukan (7), merupakan (7), memastikan (7), pelbagai (7), kesan (7), serta (7), sepenuhnya (7), pekerjaan (7), jangan (7), kali (7), sampai (7), mampu (7), kira (7), air (7), masih (7), berkesan (7), universiti (7), 2010 (7), umpamanya (7), maknanya (7), idea (7), mengadakan (7), lihat (7), kejayaan (7), mula (7), jabatan (7), akhir (7), nak (7), walkabout (7), adil (7), semula (7), keputusan (7), mengubah (7), pentadbiran (7), sokongan (7), keperluan (7), contoh (7), memberikan (7), mempunyai (7), terus (7), pelajar (7), bilangan (7), terbuka (7), penyampaian (7), sana (7), tadika (7), pudu (7), ulasan (6), mengumumkan (6), model (6), pencapaian (6), kurang (6), ingin (6), pembangunan (6), sepatutnya (6), mahukan (6), tuju (6), belum (6), termasuk (6), sedikit (6), meningkatkan (6), tugas (6), keadaan (6), itulah (6), menentukan (6), membuat (6), usaha (6), arah (6), nasional (6), kumpulan (6), turun (6), faham (6), panjang (6), hendak (6), bergerak (6), menjelang (6), dibuat (6), kedua (6), sedang (6), berubah (6), berlaku (6), sebenar (6), berjaya (6), balik (6), peruntukan (6), inilah (6), pihak (6), berkata (6), pelaburan (6), halal (6), sini (6), menerusi (6), katakan (6), fta (6), bolehkah (6), bina (6), adakan (6), kanak (6), bagimu (6), sedekah (6), 2008 (5), melayu (5), maklumat (5), melihat (5), pendekatan (5), the (5), perkataan (5), najib (5), tun (5), razak (5), pelan (5), memperkenalkan (5), pula (5), berdasarkan (5), kpi (5), bidang (5), terbaik (5), kemajuan (5), diberikan (5), makan (5), menjalankan (5), berpendapatan (5), cukai (5), akhirnya (5), wang (5), menerima (5), sumber (5), cekap (5), fikir (5), tonggak (5), sebelum (5), pelaksanaan (5), sebut (5), soal (5), paling (5), maksud (5), selalu (5), fikiran (5), menggunakan (5), pembangkang (5), positif (5), misalnya (5), salah (5), kemudahan (5), dulu (5), kualiti (5), mudah (5), kementerian (5), tender (5), pergi (5), memerlukan (5), nampak (5), jangka (5), suku (5), jelas (5), rancangan (5), gst (5), sehingga (5), umum (5), pelabur (5), meningkat (5), insurans (5), serius (5), hingga (5), majikan (5), 500 (5), bumiputera (5), tiba (5), 100 (5), memperbaiki (5), 250 (5), penyelesaian (5), keseluruhan (5), panas (5), lrt (5), pahala (5), daya (4), jerunei (4), blog (4), agak (4), memulakan (4), per (4), search (4), sebarang (4), and (4), catatan (4), rey (4), petunjuk (4), diumumkan (4), nanti (4), golongan (4), sosial (4), bergantung (4), harapan (4), tanpa (4), pengalaman (4), permulaan (4), swasta (4), sara (4), majoriti (4), perumahan (4), tindakan (4), petrol (4), pengajian (4), teruk (4), dasar (4), atas (4), mac (4), seolah (4), olah (4), sibuk (4), inisiatif (4), sebanyak (4), politik (4), bermula (4), meletakkan (4), parlimen (4), cuba (4), diterima (4), sesi (4), cuma (4), tentu (4), tengok (4), dah (4), kadar (4), berbanding (4), anggota (4), api (4), berapa (4), tapi (4), tadi (4), berperingkat (4), kadang (4), kena (4), janji (4), lancar (4), kewangan (4), proses (4), memang (4), waktu (4), menyelesaikan (4), juara (4), media (4), aktiviti (4), menang (4), selesai (4), wakil (4), siapa (4), bahagian (4), seluruh (4), oktober (4), penuh (4), bermakna (4), data (4), bersama (4), asasnya (4), saing (4), fdi (4), semasa (4), pusat (4), modal (4), hab (4), industri (4), berkembang (4), doktor (4), melatih (4), perlukan (4), membina (4), kenderaan (4), bakat (4), mengekalkan (4), maju (4), sebahagian (4), juta (4), agar (4), mengatakan (4), patut (4), beritahu (4), bersetuju (4), selatan (4), pernah (4), sukar (4), bagaimanakah (4), cari (4), minggu (4), penyelesaiannya (4), pasukan (4), dipanggil (4), mesyuarat (4), berada (4), mencatat (4), januari (4), memacu (4), julai (3), harian (3), mukah (3), minyak (3), pay (3), click (3), advertising (3), berkaitan (3), atom (3), label (3), dicatat (3), diutamakan (3), prestasi (3), keberhasilan (3), strategi (3), kaum (3), mahupun (3), tekanan (3), manfaat (3), kehidupan (3), selesa (3), sekitar (3), mengharapkan (3), menjana (3), bayangkan (3), seorang (3), sektor (3), sedangkan (3), sebuah (3), tersebut (3), bebanan (3), dibayar (3), maka (3), sekadar (3), segera (3), elektrik (3), kereta (3), hati (3), digunakan (3), rasuah (3), menjadikan (3), kepimpinan (3), pertamanya (3), selama (3), nampaknya (3), lengkap (3), prinsip (3), slogan (3), terima (3), ketiga (3), galanya (3), kepelbagaian (3), keuntungan (3), setakat (3), bererti (3), melalui (3), ilham (3), perpaduan (3), percambahan (3), mengetahui (3), dikatakan (3), gerakan (3), sambutan (3), perasaan (3), middle (3), tanya (3), perjalanan (3), memperlihatkan (3), menurun (3), jalanan (3), tambahan (3), kelihatan (3), rakan (3), keyakinan (3), tunjuk (3), tekankan (3), prasarana (3), lawatan (3), latihan (3), roadshow (3), malam (3), portal (3), langkah (3), malah (3), membawa (3), ketawa (3), nelayan (3), biasa (3), pantau (3), dicalon (3), gagal (3), average (3), income (3), miskin (3), berjalan (3), penjawat (3), keras (3), hadapan (3), pendapat (3), tahap (3), reformasi (3), ogos (3), turut (3), balas (3), bersedia (3), kompleks (3), tetap (3), tentunya (3), cabaran (3), melaksanakan (3), barisan (3), berdaya (3), buruh (3), dapati (3), selangor (3), cabarannya (3), global (3), antarabangsa (3), hanyalah (3), kelulusan (3), timur (3), angka (3), perbankan (3), memenuhi (3), penarafan (3), cemerlang (3), perubatan (3), membayar (3), berbuat (3), dilihat (3), kilang (3), afirmatif (3), pelaksanaannya (3), mesra (3), menangani (3), pandangan (3), amerika (3), rangka (3), tpp (3), rundingan (3), isu (3), ketua (3), menyebut (3), menyebelahi (3), setuju (3), memberangsangkan (3), komen (3), melakukan (3), diadakan (3), takut (3), april (3), berusaha (3), kaji (3), selidik (3), dijalankan (3), merdeka (3), analisis (3), pengangkutan (3), letakkan (3), reaksi (3), betul (3), pemandu (3), masuk (3), disember (3), guru (3), kukuh (3), yin (3), barulah (3), siap (3), laluan (3), perhentian (3), senyap (3), kegagalan (3), berlainan (3), mei (3), kandungan (3), freeware (3), location (3), template (2), blogger (2), abdul (2), bahasa (2), terkejut (2), tokoh (2), dakwah (2), daily (2), new (2), times (2), borneo (2), post (2), utusan (2), view (2), use (2), find (2), division (2), ads (2), advertisement (2), dibawah (2), sekiranya (2), cadangan (2), sila (2), contact (2), berbilang (2), menyesuaikan (2), diri (2), amanah (2), umumnya (2), keselamatan (2), kesihatan (2), alam (2), penentu (2), kesemua (2), kiralah (2), dinanti (2), nantikan (2), biarkan (2), bergelandangan (2), diperoleh (2), setimpal (2), naik (2), ganda (2), teres (2), kedah (2), rata (2), melebihi (2), rm200 (2), penduduk (2), menyentuh (2), hartanah (2), kuala (2), silap (2), pinjaman (2), kaya (2), memiliki (2), terbengkalai (2), mendadak (2), bil (2), tanah (2), makanan (2), tinggal (2), terpaksa (2), selain (2), berhati (2), pengenalan (2), ekonomik (2), menekankan (2), toleransi (2), pembaziran (2), bakal (2), mengurangkan (2), seterusnya (2), kuasa (2), utara (2), organisasi (2), merasa (2), bersyukur (2), berlalu (2), semalam (2), saja (2), sepanjang (2), menyebabkan (2), bertambah (2), agenda (2), sebutkan (2), meresap (2), kekuatan (2), strategik (2), berhenti (2), kepentingan (2), output (2), fitnah (2), kononnya (2), israel (2), merosakkan (2), peratusannya (2), dia (2), disampaikan (2), simbol (2), disambut (2), popular (2), badan (2), korporat (2), gunakan (2), massa (2), pemimpin (2), akar (2), umbi (2), tanda (2), pemikiran (2), kelompok (2), kefahaman (2), ekstrem (2), diukur (2), street (2), cctv (2), cop (2), rela (2), jpam (2), pertahanan (2), dilancarkan (2), bekalan (2), menunggu (2), jauh (2), kasih (2), kebajikan (2), para (2), pegawai (2), perbincangan (2), pagi (2), ketelusan (2), membantu (2), sesiapa (2), sampaikan (2), suka (2), cuti (2), melawat (2), tambah (2), ahli (2), meluas (2), ukur (2), tanggungjawab (2), menilai (2), penilaian (2), padang (2), fail (2), keseluruhannya (2), semakin (2), ketara (2), hak (2), objektif (2), pakej (2), rangsangan (2), beribu (2), berikan (2), menghasilkan (2), menunjukkan (2), mengabaikan (2), pengumuman (2), butir (2), spesifik (2), aras (2), jun (2), lanjut (2), menangguhkannya (2), mengalah (2), kepunyaan (2), sesuai (2), didapati (2), persekutuan (2), klinik (2), maksudnya (2), persekitaran (2), bersaing (2), china (2), bertindak (2), jumlah (2), operasi (2), tengah (2), menggalakkan (2), dagangan (2), dikeluarkan (2), jenama (2), membekalkan (2), percuma (2), menghantar (2), kekal (2), belajar (2), mencuba (2), keupayaan (2), bagus (2), hospital (2), khas (2), memilih (2), berunding (2), berkepentingan (2), memberitahu (2), inovatif (2), kepintaran (2), upah (2), jangkaan (2), kenapa (2), sebaik (2), bukankah (2), tenaga (2), membuatkan (2), mengikut (2), syarat (2), perolehan (2), menyokong (2), pengangguran (2), bijak (2), kebanyakan (2), demikian (2), menyumbang (2), populasi (2), meneruskan (2), kelemahan (2), contohnya (2), hinggakan (2), segmen (2), korea (2), perjanjian (2), menyertai (2), diatasi (2), munasabah (2), menyalahkan (2), bernama (2), lapan (2), perkasa (2), ketika (2), kala (2), barangan (2), kritikan (2), komitmen (2), liberalisasi (2), kecekapan (2), tinjauan (2), allahyarham (2), berkenaan (2), johor (2), cukup (2), ptadbiran (2), pmerintahan (2), mencerminkan (2), melakukannya (2), menakjubkan (2), perbandingan (2), ubah (2), infrastruktur (2), penuntut (2), kota (2), sokong (2), pantas (2), tidur (2), minta (2), kemukakan (2), selebihnya (2), bertanggungjawab (2), hasilnya (2), sumbang (2), saran (2), bertugas (2), panggil (2), pengurusan (2), memantau (2), sentiasa (2), pengerusikan (2), jawatankuasa (2), jumaat (2), bermesyuarat (2), hotspot (2), ditempatkan (2), penurunan (2), sri (2), kelas (2), buka (2), tool (2), perbaiki (2), laksanakan (2), belakang (2), trend (2), memperbaikinya (2), dibina (2), unsur (2), letak (2), caranya (2), buku (2), gembira (2), membuatnya (2), selamat (2), sesak (2), set (2), koc (2), november (2), minit (2), nkea (2), pemantauan (2), mesej (2), corak (2), disesuaikan (2), ringkasnya (2), idris (2), cermin (2), feed (2), banner (2), motivasi (2), kategori (2), februari (2), hikmah (2), city (2), saudaramu (2), engkau (2), berkarya (2), earth, munir, copyright, blogspot, com, sponsor, google, friend, connect, feedjit, live, stats, pengunjung, kamus, english, dewan, pustaka, wikipedia, quran, explorer, katalog, induk, kebangsaan, perpustakaan, rujukan, che, det, prof, madya, dato, mohd, asri, bin, zainul, abidin, konfrantasi, engagement, tajdid, penjana, express, detik, harakah, star, mstar, metro, straits, berita, news, online, comments, shoutbox, ruang, sembang, link, this, map, place, welcome, your, service, here, baca, testimoni, rebet, affiliate, taipkan, butang, mencari, pertanyaan, guna, borang, get, widget, many, other, widgetbox, great, free, widgets, form, langgan, dikenali, memegang, tampuk, pemerintahan, tertinggi, disusuli, budaya, ptk, kaca, mata, medan, mengatur, memperkukuhkan, holistik, melibatkan, termasuklah, upaya, oku, mestilah, responsif, dikecapi, menghadapi, pesat, dikhuatiri, penyakit, menimpa, sakit, mental, keruntuhan, institusi, kekeluargaan, rakyatlah, terpenting, justeru, berjayanya, sejauh, menunaikan, kepadanya, makmur, sejahtera, menggembirakan, merangkumi, beribadat, kelestarian, kelayakan, graduan, perakaunan, berlipat, lima, tingkat, dimiliki, rm150, harganya, rm3, membelinya, lumpur, pulau, pinang, haribulan, sederhana, membeli, berpuluh, puluh, habis, dibeli, menghairankan, menyewa, bertahun, membendung, kenaikan, hong, kong, menaikkan, duti, setem, telefon, kumbahan, pintu, tol, ansuran, anak, tangan, meminjam, long, akibat, kekurangan, wajar, sepadan, memansuhkan, pemansuhan, amalan, tadbir, urus, mantap, sifar, penyelewengan, ketirisan, beli, rohami, shafie, pensyarah, kanan, kolej, cob, tunaikan, selasa, mulakan, barangkali, disebabkan, diperkenalkan, memuaskan, memadai, melakarkan, mutakhir, pelengkap, tumpu, perkenalkan, penerimaannya, retorik, penghuraiannya, terperinci, pokoknya, mindset, tolerance, bertoleransi, minimum, acceptance, makna, puncak, meraikan, aset, apatah, menterjemahkan, konteks, hubungan, mengupas, sebalik, keberkesanan, outcome, bukti, didedahkan, mencemar, berani, serang, mempertikaikan, mencemarnya, mencalarnya, berasas, bincang, teman, penyatuan, menjemput, menggariskan, brainstorming, timbullah, kefahamannya, mendalam, diterangkan, dihayati, pakai, font, logo, sebutan, salam, kelaziman, perkahwinan, kenyataan, silo, memikirkan, menyatukan, individu, prejudis, rasis, peristiwa, gereja, dibakar, kepala, khinzir, dicampak, perkarangan, masjid, agaknya, lenyap, sayalah, pengasas, jawapan, merasai, memerangi, perangkaannya, crime, menugaskan, sasaran, dikerah, rondaan, balai, merata, ditambah, 300, himpunkan, sebaliknya, perangkaan, dedahkan, kaitan, memudahkan, akses, pasarkan, senang, kunjungan, tersisih, aliran, memperluaskan, jaringan, didaftarkan, bantuan, wujudkan, usahawan, wanita, economic, transformation, programme, menambahkan, international, transparency, index, berhubung, kait, myprocurement, dimuatkan, rating, whistleblower, act, dilindungi, ganjaran, bersalah, diadili, dijatuhkan, hukum, demografi, peratusan, spontan, lawati, semunjan, rascom, felda, langkawi, cina, perkampungan, awal, brickfields, petaling, pantai, bercadang, perhatian, dilapor, surat, khabar, ikut, pendedahan, liputan, janganlah, dekat, cerdik, monitor, ibu, pejabat, rajin, biasanya, lah, tergamam, dugaa, serentak, purata, takkan, daif, lulus, perlembagaan, sumbangan, kebanyakannya, dilonjakkan, 2012, target, menjayakan, singkat, terutamanya, keempat, pertumbuhan, terakhir, beratus, manifestasi, mengagihkan, memandang, penekanan, menghakiminya, mengalaminya, sebegitu, terjejas, teruja, penanda, insentif, butiran, diketahui, epu, membentangkan, bajet, galakkan, kepercayaan, memutar, belitkan, fakta, menjelaskan, menghentikannya, penerimaan, tindak, menimbang, menandakan, sensitif, kemahuan, membatalkannya, struktur, berbaloi, menganalisis, membebankan, teratur, sinis, skeptikal, dihadapi, membuktikan, mengalami, kekalahan, bangunkan, dimenangi, persetujuan, melaksanakannya, dikuasai, kejanggalan, muncul, menawarkan, antaranya, 80an, perang, dingin, beralih, mendapati, belia, mca, kubu, bharu, sabtu, melupakan, keseimbangan, antara, serantau, nilai, setengah, terbesar, india, kian, penubuhan, kredit, penerangan, pembiayaan, pendahulu, nombor, sukuk, dikendalikan, memproses, mega, berbayar, bilion, rancangannya, menubuhkan, fizikal, jakim, integriti, reputasi, keduanya, mempromosi, perkaitan, mengeksport, pengimport, bersih, yuran, ditaja, perbelanjaan, biasiswa, berfikir, sesebuah, pelajarnya, ivy, league, dihantar, monash, nottingham, diiktiraf, membangunkan, memakan, belanja, sekurang, kurangnya, pelatih, bilangannya, berkelulusan, merugikan, premium, dikutip, pembayaran, defisit, terjadi, peserta, produk, mengsubsidi, sungguhpun, malahan, persatuan, perlunya, peralihan, paradigma, dijangka, pengeluar, berkos, rendahkan, komoditi, bayar, sejajar, belanjakan, ribu, ringgit, profesional, mendapatkan, pukat, jerut, laut, mengucapkan, bersempena, diesel, elaun, disemak, perkembangan, produktiviti, pengukuhan, awak, kukuhkan, duit, jawapannya, menyemaknya, tentangnya, stabil, dikira, jemputan, izin, anggaran, mengapa, restoran, nasi, kandar, berbahaya, kotor, dipandang, pengambilan, diambil, memenanginya, psikologi, ujian, pinda, hapuskan, kekalkan, semak, telus, berasaskan, merit, menghapuskan, kemiskinan, rm1, sebulan, menjaga, kadazan, iban, bidayuh, taksub, biarlah, bersatu, kedudukan, taraf, memperbetulkan, disiarkan, memeriksa, membida, ditawarkan, dianugerahkan, mengkritik, demonstrasi, dipersetujui, washington, republican, baharu, menimbangkan, rundingkan, dasarnya, diselesaikan, sedar, risiko, jawatan, menerimanya, terpakai, bola, golf, memasuki, lubang, manusia, hadnya, bimbang, larut, waktunya, mengadili, menghakimi, kecewa, parti, kesilapan, runtuh, salahkan, kerjasama, trans, pasifik, pusingan, bebas, menyertainya, memalukan, diabaikan, keraguan, dibincangkan, pertubuhan, peribumi, kekayaan, menyemak, polisi, menyelaraskan, menganggap, hulu, ukuran, barometer, penggangguran, kadarnya, krisis, beretika, tekstil, dipecat, kehilangan, menyekat, memecat, diberi, ganti, rugi, ciri, mengimbangkan, bernilai, motor, mendatangkan, menyediakan, spm, merungut, bilakah, brazil, argentina, australia, terkehadapan, jatuh, memenangi, membincangkan, bekerjasama, pengstrukturan, bermaksud, menikmati, berusia, pelancaran, ditutup, bercampur, campur, disenaraikan, mengapakah, menjauhi, garis, panduan, fic, pegangan, saham, lewat, pulang, berjanji, kapita, dolar, seronok, muluk, indah, capaikah, baguslah, report, card, kad, laporan, kadangkala, mendakwa, jemaah, banyaknya, pedalaman, mewarisi, sifat, lawat, susah, basmikannya, jerayawara, yakinkan, kelantan, kalah, anggap, keprihatinan, hal, berurusan, penambahbaikan, bawahnya, penghayatan, hasrat, transformist, merakyatkan, dipertandingkan, halangan, manakah, baiknya, penariknya, peramah, friendly, merosot, alih, teraju, sudut, memulihkan, 365, sempat, menyusun, matlamat, urusan, tamanya, setinggi, tahniah, genap, isnin, menyampaikan, sebabnya, status, tukar, capai, dicetuskan, mahathir, mohamad, isunya, membangun, masalahnya, setengahnya, melangkah, perdagangan, bernasib, kesuntukan, mengemukakan, menyamakan, bumbung, terajui, kesepuluh, kesebelas, memandu, bertanya, soalan, mari, kajian, centre, fundamental, membanteras, prospek, merangka, lembah, klang, kinabalu, khusus, negatifnya, mencapainya, lakukannya, wujud, sekatil, bilik, remeh, temeh, diteliti, terasnya, pengeluaran, sorak, mengumpulkan, dianalisis, mengagumkan, selesaikan, granularity, perbezaannya, intensif, sehari, tinggalkan, moto, lagu, hotel, california, keluar, meninggalkannya, hot, house, jam, kabinet, penerajunya, meninjau, petugas, mengelola, berat, langsung, hands, masanya, asalnya, biar, beri, hishammuddin, hussein, siang, mengetuai, kejadian, penempatan, tempatkan, sukarela, seramai, 160, berkurangan, indeks, jenis, bandingkan, united, kingdom, tony, blair, menampakkan, mengejar, pengajaran, kejar, menggunung, lancarkan, kepemimpinan, tan, muhyiddin, yassin, sejarah, 929, pemulihan, mengajar, bermasalah, membaca, mengira, 616, terburuk, pengetua, gred, kit, tepat, subjek, lapangan, adanya, menengah, intervensi, diikuti, berdiri, kecuali, matematik, sains, pertengahan, sebutkannya, esok, menggerakkannya, berulang, ulang, dicerminkan, lupakan, ministerial, key, result, jelaskan, mengenainya, dicapai, lalai, dinamakan, diingat, perangi, kurangkan, pelancong, berasakan, piawaian, 750, 900, singapura, 650, keutamaan, kebimbangan, teliti, teksi, tingkatkan, kapasiti, bagusnya, merta, menambah, 955, mencukupi, menempah, sejuta, diwujudkan, aduan, bagaikan, neraka, pembaharuan, jadikannya, cantik, berkumpul, pecahkan, terminal, tasik, melaka, shuttle, gombak, selalunya, dialihkan, ambil, penumpang, 400, buruk, rosak, harap, membaiki, pembaikan, lupa, taman, muda, shah, sentral, kesas, ekspres, transit, koridor, permintaan, terpencil, agresif, terutama, 1001, sebelumnya, 700, peruntukannya, mendesak, babitkan, bengkel, kenal, pasti, semenanjung, terbitkan, semuanya, memahami, siapakah, dengar, lantang, walaupun, kalanya, jalankan, puas, diwarnai, indahnya, warna, berjumpa, tolonglah, hellen, keller, hadapkan, wajah, cahaya, matahari, bayang, kepuasannya, terangkan, tambang, pemilik, kesesakan, lintas, menyesakkan, input, menyerap, semangat, pastikan, diteruskan, menghentikan, jauhkah, ketinggalan, dicadangkan, mencetuskan, besarnya, awalnya, pengubahsuaian, terbabit, menghabiskan, benarkah, kaedah, istilah, maksudkan, dipilih, mendengar, maklum, merancang, dikemukakan, persekitarannya, suasana, landskap, impak, diubah, menjangka
Text of the page (random words):
k yang kedua kita juga sedang memperluaskan jaringan keselamatan sosial di bawah program e kasih 43 000 sudah pun didaftarkan dan mereka akan dapat bantuan daripada jabatan kebajikan dan kita ada program latihan nak wujudkan 2 000 lagi usahawan wanita itu di bawah program nkra kita di bawah program transformasi ekonomi economic transformation programme kita pun ada usaha dan program untuk menambahkan pendapatan rakyat luar bandar tadi datuk seri sebut ini adalah satu perjalanan tetapi jerayawara roadshow gtp hanya diadakan di tiga tempat macam mana nak yakinkan seluruh rakyat kalau diadakan di pj sabah dan sarawak sahaja bagaimana dengan kelantan johor berperingkat peringkat kita akan buat sebab para pegawai kita ini dalam keadaan terlalu sibuk sekarang bukan sahaja perlu kita buat roadshow tetapi kita buat makmal makmal subsidi umpamanya ia makan masa yang lama kadang kadang para pegawai mengadakan perbincangan dan percambahan fikiran sampai malam sampai pagi kita kena bagi tempoh masa roadshow kita akan sampai kepada semua negeri berkenaan dengan rasuah rakyat rasa susah untuk basmikannya bagaimanakah kerajaan hendak menyelesaikan masalah ini janji kita ialah supaya dari segi international transparency index yang berhubung kait dengan beberapa aspek umpamanya apabila saya lancar pada hari semalam portal myprocurement di kementerian kewangan itu satu langkah ke arah ketelusan yang amat baik sekali sebab hampir semua projek kerajaan dibuat secara tender jadi ini dimuatkan ke dalam portal maka rakyat akan dapat mengetahui itu juga saya percaya membantu ke arah rating kita yang lebih baik lagi lepas itu kita dalam proses untuk memperkenalkan whistleblower act itu pun satu yang baik maknanya sesiapa yang memberi maklumat kepada kerajaan mereka akan dilindungi oleh kerajaan malah mereka pun boleh dapat ganjaran sekiranya maklumat yang mereka sampaikan itu membawa kepada orang yang bersalah itu diadili dan dijatuhkan hukum datuk seri allahyarham tun abdul razak perdana menteri kita yang kedua banyak melakukan tinjauan mesra walkabout berjalan jalan turun padang tapi banyaknya ke kawasan pedalaman dan luar bandar datuk seri pun mewarisi sifat allahyarham tetapi walkabout datuk seri nampaknya kalau tidak silap saya banyak di bandar daripada di luar bandar mungkin pada masa depan datuk seri ada rancangan untuk lawat kampung saya ketawa ia sebenarnya sama banyak tetapi sebab keadaan demografi negara kita sudah berubah tahun 60 an dan tahun 2010 ini selepas lebih 40 tahun sudah berlaku banyak perubahan di mana peratusan yang tinggal di bandar lebih daripada di luar bandar satu yang kedua saya lebih suka membuat lawatan secara spontan jadi lebih mudah buat dalam sekitar kawasan bandar tetapi banyak juga kawasan luar bandar yang telah saya lawati umpamanya saya pergi ke sarawak rumah panjang saya pergi bandar kecil di semunjan pun saya pergi kawasan macam rascom pun saya pergi itu memang kawasan luar bandar lepas itu kawasan felda yang saya pergi dan di langkawi bila saya cuti tahun baru cina waktu cuti pun saya turun tengok perkampungan nelayan dan dapat menyelesaikan masalah mereka mungkin pada peringkat awal saya mula di brickfields petaling street dan pantai dalam itu di peringkat permulaan dan saya bercadang untuk melawat kawasan luar bandar dan juga tempat tempat yang memerlukan perhatian daripada saya lepas datuk seri buat tinjauan mesra walkabout jemaah menteri dan anggota parlimen bn nampak macam tak buat walkabout tidak mereka pun buat program masing masing dan sekarang kita ada program juara rakyat dan sebagainya dan banyak lagi program yang kita akan tambah kalau mereka buat walkabout mereka tidak dilapor dalam surat khabar sebab mereka ahli parlimen biasa tetapi bila perdana menteri turun media akan ikut serta memberi pendedahan yang meluas kalau kita nak ukur itu tidak berapa adil jangan ukur dari segi liputan dalam media lihat dari segi aktiviti mereka yang sebenar rakyat kadangkala mendakwa mereka banyak buat walkabout hanya sebelum pilihan raya ketawa tidak tidak benar mereka sudah tahu tanggungjawab kita kalau nak berjaya nak menang pilihan raya janganlah bila dekat pilihan raya baru buat sibuk rakyat hari ini dah cerdik rakyat faham rakyat boleh menilai kita bercakap mengenai menteri dan ahli parlimen report card kad laporan mereka sudah diterima ke belum kita monitor pantau apa yang dilakukan oleh mereka saya janji untuk buat penilaian terhadap prestasi menteri itu dah selesai selepas enam bulan wakil wakil rakyat ini kita ada ibu pejabat yang akan pantau dan mereka tahu siapa wakil rakyat yang rajin turun padang balik kawasan menyelesaikan masalah rakyat dan sebagainya ada yang fail gagal tak datuk seri biasanya bila ada pilihan raya ada yang tidak dicalon semula ada yang dicalon semula yang tidak dicalon semula tu maknanya fail lah gagal jadi keseluruhannya baguslah keseluruhannya semakin baik saya lihat mungkin lepas pilihan raya 2008 tu mereka tergamam sedikit sebab keputusan itu di luar dugaa jadi bila dalam keadaan itu dalam masa setahun itu agak kurang aktiviti tetapi sekarang ini saya nampak sudah ada peningkatan yang ketara dua tiga hari lepas datuk seri seolah olah macam berjanji pendapatan per kapita rakyat akan meningkat 15 000 dolar semua orang seronok tetapi ada juga yang mengatakan macam janji ini terlalu muluk indah boleh capaikah sedangkan di sabah dan sarawak kemudahan asas belum ada kita kena buat secara serentak ini pendapatan purata average income bila saya sebut average income ada yang lebih tinggi daripada itu ada yang lebih rendah daripada itu itu maksud average income takkan semua akan dapat 15 000 jadi kita mesti faham mana mana negara pun begitu juga ada yang miskin ada yang kaya tetapi kita hendak yang miskin itu jangan terlalu miskin sampai begitu daif datuk seri ada kritikan bahawa kerajaan pusat mengambil sumber sabah dan sarawak dan tidak pulang balik untuk pembangunan apa komen datuk seri itu tidak benar banyak daripada peruntukan kita lulus untuk sabah dan sarawak dari segi perlembagaan misalnya kawasan minyak itu memang bukan hak negeri tetapi kita bagi balik dalam sumbangan kita kepada kerajaan negeri lepas itu kita buat peruntukan tambahan di bawah prasarana luar bandar kebanyakannya untuk sabah dan sarawak kita dah janji misalnya bekalan api dan air sampai ke 90 peratus daripada sekarang yang dalam 60 65 peratus nak dilonjakkan kepada 90 peratus menjelang akhir tahun 2012 ini satu target yang begitu besar sekali sebenarnya kita perlu menjayakan objektif ini melalui peruntukan tambahan mengenai isu ekonomi bolehkah datuk seri berikan contoh tentang kecekapan sistem penyampaian dalam menjadikan malaysia satu tempat yang selesa untuk menjalankan perniagaan pertamanya kita telah berjaya mengubah ekonomi dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada suku keempat di mana kita berjaya mencapai 4 5 peratus pertumbuhan dalam jangka masa tiga bulan pada suku terakhir itu ini adalah kerana pakej rangsangan bukan sahaja berjalan lancar tetapi telah disampaikan ke akar umbi beratus dan beribu projek kecil dan besar telah dilaksanakan ini saya rasa adalah petunjuk yang jelas dan satu manifestasi kejayaan pentadbiran kerajaan termasuk penjawat awam yang telah bekerja keras untuk mengagihkan pakej rangsangan jadi memandang ke hadapan saya percaya dengan penekanan yang kita berikan bahagian perkhidmatan awam akan menghasilkan keputusan yang baik dengan reformasi pasaran modal liberalisasi pasaran dan sebagainya hanya tiga syarikat dari china yang disenaraikan di sini mengapakah terdapat sambutan yang kurang memberangsangkan dan menyebabkan pelabur menjauhi pasaran serta ada juga yang berkata garis panduan fic mengenai pegangan saham bumiputera telah terlalu lewat kita tidak boleh menghakiminya berdasarkan tahun lepas kerana ia adalah tahun yang teruk maksud saya seluruh dunia mengalaminya tahun lepas dan keadaan kita yang tidak sebegitu teruk terjejas adalah pada pendapat saya menunjukkan tahap keyakinan terhadap malaysia dan bahawa tahun ini akan menjadi lebih baik kita harus membuat pasaran teruja dengan reformasi kita tetapi pada hari pelancaran meb pasaran telah ditutup bercampur campur pasaran selalu mengabaikan apa apa pengumuman yang dibuat tetapi mereka mahu melihat butir butir spesifik penanda aras tempoh waktu dan peruntukan insentif perkara perkara inilah yang saya kata akan dibuat secara berperingkat kerana ia adalah pengumuman dan pelaksanaan berperingkat meb telah diumumkan pada 31 mac dan kemudian kita ada 10 jun untuk rancangan malaysia ke 10 butiran lanjut juga akan diketahui pada ogos apabila epu mengumumkan program transformasi islam dan rancangan malaysia ke 10 dan kemudian pada oktober apabila saya membentangkan bajet akan terdapat peruntukan spesifik untuk aktiviti ekonomi utama yang kita mahu galakkan terdapat beberapa perubahan fikiran dilihat dalam dasar datuk seri mengenai gst cukai barangan dan perkhidmatan dua harga petrol dan undang undang mengenai kenderaan berusia lebih 15 tahun adakah kerajaan mengalah kepada tekanan politik sebenarnya tidak gst memerlukan sedikit lagi masa untuk sokongan dan kepercayaan masyarakat ini adalah kerana pembangkang telah memutar belitkan fakta jadi kita perlu waktu untuk menjelaskan kepada rakyat kerana ia adalah sesuatu yang baik untuk rakyat pada jangka masa panjang kami mahu memastikan pelaksanaan yang lancar jadi kami bukan mengambil keputusan untuk menghentikannya tetapi untuk menangguhkannya sehingga projek itu mendapat lebih penerimaan umum mengenai gst dan perkara lain kita turut mengambil kira tindak balas orang ramai jika kita rasa sesuatu yang ingin dilaksanakan tidak mendapat sokongan penuh kita bersedia untuk menimbang semula maksud saya mungkin ada pihak berkata kerajaan mengubah fikiran tetapi itu menandakan kami sensitif kepada kemahuan dan keperluan rakyat saya selalu kata rakyat didahulukan bukan jadi rakyat didahulukan jika rakyat tidak bersedia untuk menerima sesuatu kami akan menangguhkannya atau membatalkannya tetapi ini tidak bermakna kita mengalah kepada tekanan ia adalah mengenai kerajaan kepunyaan masyarakat saya selalu menekankan perkara itu ia adalah kerajaan kepunyaan masyarakat datuk seri juga menyebut tentang pengstrukturan semula subsidi dua harga petrol adakah ini bermaksud kami akan menikmati subsidi itu buat jangka masa yang agak panjang ya kerajaan telah mengambil keputusan bahawa terdapat cara yang lebih sesuai kerana struktur dua harga adalah terlalu kompleks dan tidak berbaloi apabila kita menganalisis data ia didapati tidak setimpal dengan apa yang harus kita lakukan berbanding apa yang akan kita dapat jadi kerajaan akan tetap mengurangkan subsidi cuma ia akan dilakukan secara berperingkat dan kerana kerajaan tidak mahu membebankan rakyat ia harus dilaksanakan dengan teratur dan berhati hati tetapi ada yang berkata ia akan dilakukan selepas pilihan raya umum ketawa tentunya akan ada yang sinis dan skeptikal tetapi ia harus dihadapi sebagai cabaran dan kita harus membuktikan yang mereka salah sekarang adalah waktu yang sukar kerana mereka memenangi empat negeri dan dalam membincangkan rakyat didahulukan adakah kerajaan bn bersedia untuk bekerja dengan kerajaan pembangkang bagi membawa pembangunan kepada orang ramai bolehkah datuk seri memberi contoh di mana kerajaan pusat dan negeri telah bekerjasama untuk pembangunan masyarakat kerajaan persekutuan telah melaksanakan projek di negeri negeri di mana barisan nasional mengalami kekalahan sebagai contoh projek persekutuan seperti sekolah klinik dan termasuk klinik 1malaysia yang telah kita bangunkan di negeri yang dimenangi pihak pembangkang apabila kita mendapat persetujuan bersama kita tidak ada masalah melaksanakannya untuk masyarakat dan pada asasnya kami mahu berlaku adil maksudnya peruntukan yang tinggi telah diberikan kepada negeri negeri yang tidak dikuasai oleh barisan nasional apakah pendapat datuk seri mengenai pelaburan terus asing fdi ia jatuh mendadak tahun lepas jadi apakah pilihan bagi malaysia tahun lepas adalah tahun yang amat teruk yang merupakan satu kejanggalan jadi kita tidak boleh menggunakan tahun lepas sebagai satu asas untuk berkata kita tidak lagi berdaya saing untuk menarik fdi tetapi kita harus tahu persekitaran ekonomi telah berubah akan terdapat lebih banyak ekonomi baru muncul yang menawarkan kos buruh yang lebih menarik dan rendah daripada kita dan ada di antaranya merupakan pasaran yang besar dunia sekarang berbeza daripada tahun 80 an dan 90 an pada tahun 80an terdapat perang dingin dan banyak negara masih belum beralih kepada ekonomi pasaran dan sekarang kita dapati malaysia perlu bersaing dengan lebih banyak negara dan mereka akan mendapati china adalah pasaran yang besar dan lebih baik untuk pelaburan najib tun razak disambut oleh belia mca 1malaysia semasa lawatan walkabout beliau di kuala kubu bharu selangor sabtu lalu tetapi saya yakin kita akan dapat menarik bahagian kita dalam fdi tahun ini dan tahun depan dan cabarannya ialah untuk kita menjadi lebih berdaya saing lebih bertindak balas kepada keperluan pelabur asing dan pada masa yang sama tidak melupakan pelabur tempatan kerana model masa hadapan adalah keseimbangan antara fdi dan pelabur tempatan jadi kita harus menghasilkan juara tempatan yang juga boleh menjadi juara serantau dan global kerana itu akan memberikan kekuatan kepada ekonomi maksud saya berbanding dengan satu pelaburan dari satu syarikat antarabangsa dan satu pelaburan oleh syarikat tempatan dengan jumlah pelaburan yang sama tentunya pelaburan oleh syarikat tempatan itu memberikan nilai yang lebih tinggi liberalisasi perkhidmatan kewangan saya rasa bilangan bank yang datang ke negara ini tidak menggalakkan adakah datuk seri setuju dengan pendapat ini tidak saya rasa ini hanyalah permulaan kita baru mengumumkan pada setengah tahun kedua tahun lepas dan telah pun memberikan kelulusan kepada bank terbesar dunia mereka akan memulakan operasi tidak lama lagi akan terdapat satu bank dari india juga dari timur tengah dan lain lain negara angka ini kian meningkat dan ini hanyalah satu permulaan kita akan melihat penubuhan bank itu tahun ini dan saya yakin mereka akan mula menjana ekonomi negara dengan mengambil bahagian dalam kemudahan kredit memberi penerangan kepada bakal pelabur dan menggalakkan pembiayaan dagangan adakah kita boleh menjadi hab perbankan islam kita adalah pendahulu kita adalah negara nombor satu di dunia sebanyak 60 peratus daripada sukuk dunia dikeluarkan dari malaysia kita mempunyai salah satu perbankan islam terbaik dunia dan pusat latihan yang dikendalikan oleh bank negara malaysia kita juga sedang memproses dua bank islam mega dengan modal berbayar as 1 bilion setiap satu dan bank negara akan mengumumkan rancangannya untuk menubuhkan pusat fizikal bagi perbankan islam terdapat banyak perkara menarik akan diumumkan tidak lama lagi bagaimana dengan hab halal brazil argentina dan australia kini dikatakan terkehadapan dalam industri halal bagaimana dengan malaysi...
|