Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2011, bengkel, jahitan, ke, blog, oktober, 24, september, terima, tikfashion, 31, 25, 18, ogos, terkini, di, website, kami, facebook, badge, kasih, kerana, berkunjung, profil, catatan, popular, kategori, artikel, arkib, followers, waktu, solat, hari, in, ini, telah, berpindah, 11, lelaki, juga, boleh, belajar, 10, keseronokan, bila, baju, siap, yang, pertama, lepas, raya, saya, dah, tempahan, jahit, langsir, lurus,
Text of the page (most frequently used words):
saya (54), yang (40), bengkel (31), menjahit (30), baju (26), #jahitan (23), ini (22), peserta (22), beliau (22), dan (20), jahit (19), kurung (17), belajar (16), untuk (14), dengan (14), langsir (14), kali (12), telah (11), ada (11), juga (10), ilmu (10), seorang (10), mereka (10), tikfashion (9), lelaki (9), itu (8), tukang (8), kelas (8), kerana (8), lagi (8), 2011 (7), pernah (7), kepada (6), bagi (6), blog (6), terima (6), satu (6), alhamdulillah (6), baru (6), salah (6), oleh (5), minggu (5), atau (5), anda (5), boleh (5), mengikuti (5), cara (5), ogos (5), oktober (5), agak (5), amat (5), entri (5), daripada (5), melayu (5), siap (5), kami (5), labels (5), ulasan (5), posted (5), saja (5), lain (5), kedai (5), rumah (4), wanita (4), taman (4), mei (4), september (4), intensif (4), ajar (4), akan (4), ramai (4), jenis (4), kursus (4), walaupun (4), dah (4), begitu (4), sebelum (4), tambah (4), atas (4), sebuah (4), berkunjung (4), lurus (4), tapi (4), kita (4), ingin (4), raya (4), hari (3), menyertai (3), kuala (3), lumpur (3), hujung (3), setiap (3), orang (3), tinggal (3), julai (3), berpindah (3), panduan (3), mesin (3), perlu (3), kaedah (3), tahu (3), kota (3), pakaian (3), menghubungi (3), berjaya (3), puan (3), adalah (3), paten (3), http (3), kasih (3), tahun (3), lepas (3), pertama (3), catatan (3), masa (3), dalam (3), lebih (3), com (3), para (3), ptg (3), masalah (3), selain (3), menerima (3), tempahan (3), baik (3), pula (3), tidak (3), cuba (3), kemahiran (3), tiada (3), anak (3), dijahit (3), klik (3), bhd (2), ismail (2), dari (2), masjid (2), ghufran (2), jom (2), februari (2), mac (2), januari (2), april (2), jun (2), november (2), umum (2), pengalaman (2), memilih (2), mengapa (2), pembelajaran (2), sms (2), acik (2), yati (2), sebab (2), aini (2), sebaik (2), abang (2), ipar (2), dikenali (2), bharu (2), mahir (2), terutamanya (2), fabrik (2), lama (2), tak (2), namun (2), ila (2), mudah (2), bertanyakan (2), sama (2), belum (2), sangat (2), selepas (2), kira (2), lalu (2), pun (2), suami (2), profil (2), bermula (2), bidang (2), kelolaan (2), kolej (2), website (2), www (2), bengkeljahitan (2), badge (2), komuniti (2), selayang (2), terkini (2), memberitahu (2), jiran (2), bukan (2), nak (2), dapat (2), kepercayaan (2), memberi (2), semangat (2), akak (2), tambahan (2), jika (2), banyak (2), khidmat (2), apa (2), pelanggan (2), mungkin (2), insyallah (2), turut (2), benar (2), sekolah (2), kawan (2), kadang (2), kerja (2), sampingan (2), pada (2), musim (2), hasil (2), akhirnya (2), walau (2), bagaimanapun (2), ucapkan (2), tahniah (2), dua (2), mencuba (2), mulai (2), depan (2), menyiapkan (2), pasang (2), berikut (2), suasana (2), mampu (2), seluar (2), tersebut (2), harap (2), maklum (2), sila (2), baca (2), terbaru (2), sini (2), pasti (2), tema, mistik, dikuasakan, blogger, waktu, solat, sa0186286, mempelawa, suri, berkerjaya, mahupun, pelajar, pinggir, tun, sabtu, ahad, terhad, sahaja, sessi, diskaun, khas, perserta, mendaftar, secara, berkumpulan, minima, luar, jauh, lokasi, menyewa, kompleks, balai, islam, harga, berpatutan, kamar, penginapan, followers, 2007, 2008, 2009, disember, 2010, arkib, yuran, soalan, lazim, kain, info, kategori, artikel, suatu, malam, berbunyi, terimakasih, gunakan, keistimewaan, mengambil, ukuran, trek, pemilihan, sesuai, kiraan, jumlah, date, menamatkan, shah, alam, damansara, teruja, bagaimana, bel, seronoknya, memulakan, memiliki, pertanyaan, beli, sambutan, terhadap, menggalakkan, bersyukur, kesemua, asas, semasa, mengendalikan, pakej, lanjutan, tik, postkan, lana, dikongsi, bersama, menarik, mudahnya, mula, berkahwin, jenuh, menyuruh, seh, popular, lihat, lengkap, sekadar, minat, kini, berkecimpung, sepenuh, mlvk, swasta, jangka, pendek, salikin, sidek, pereka, fesyen, terkenal, kunjungi, travelocity, coupons, create, your, norhayati, haji, facebook, diadakan, kerjasama, daya, fasih, sdn, dot, langgan, atom, laman, utama, ketika, dulu, bersebelahan, jadi, selalulah, kalanya, datang, ziarah, kala, beberapa, meminta, minta, peluang, jawab, bersemangat, iya, rugi, kerjanya, sikit, cepat, upahnya, lumayan, perumahan, perlukan, penting, ialah, kekalkan, berilah, menjadi, promosi, pihak, seperti, tulis, berguna, terjun, perniagaan, sesiapa, adik, perempuan, guru, siswazah, berasrama, kajang, pandai, sering, langisr, sekolahnya, sendiri, biasanya, melakukan, cuti, berbaloi, manakala, bekas, mengaplikasi, berbeza, berhadapan, sedikit, kekemasan, bahagian, ketiak, keberanian, kedua, sesuatu, mempelajari, inilah, mahu, latihan, menjadikan, berani, cuma, sentiasa, keinginan, menambah, sedia, mulanya, khuatir, mengadakan, sebegitu, awal, bimbang, kekurangan, maklumlah, terbuka, merata, rata, dek, segera, mengatur, seterusnya, semata, mata, berkongsi, membakar, setelah, membanggakan, kesibukan, tugasan, sebagai, jurutera, mencuri, selesai, jayanya, bolehlah, pakai, pejabat, ujar, melonjak, kegembiraan, tersenyum, tumpang, gembira, reaksi, tatkala, melihat, menggayakan, walhal, menurut, hanya, anaknya, koyak, entah, mana, silapnya, bertambah, koyaknya, terpaksa, dibuang, sepasang, harapan, termasuk, sebelumnya, hendaklah, terus, mempraktis, dipelajari, dipraktis, perolehi, menemui, selesaikan, jangan, bertangguh, keseronokan, bila, kemeja, kot, sebagainya, jahitannya, kemas, yakin, sewaktu, membuat, tinjauan, prospek, sekitar, kawasan, sungai, buloh, kebetuan, terletak, laluan, milik, dibantu, rasa, menjahitnya, dikatakan, lalui, jalan, menoleh, arah, dapati, makin, maju, berkembang, kaitannya, dihadiri, mengajarnya, semula, mencari, dimiliki, mengisi, lapang, itulah, saksikan, gelagat, kesungguhan, menimba, mohon, sana, foto, bawah, mengetahui, perkembangan, kunjungan,
Text of the page (random words):
blog tikfashion blog tikfashion 31 oktober 2011 blog ini telah berpindah bermula 1 november 2011 blog ni telah berpindah ke http www bengkeljahitan com mohon berkunjung ke sana klik foto di bawah untuk mengetahui perkembangan terkini kami terima kasih atas kunjungan anda posted by tikfashion at 10 53 pg tiada ulasan labels umum 24 oktober 2011 bengkel jahitan ke 11 lelaki juga boleh belajar abang ipar saya seorang tukang jahit yang agak dikenali ramai di kota bharu beliau amat mahir menjahit pakaian lelaki terutamanya baju melayu kemeja kot dan sebagainya jahitannya amat kemas namun begitu saya tak pasti sama ada beliau pernah menjahit baju kurung atau tidak tapi saya yakin beliau tahu sewaktu membuat tinjauan prospek kedai jahit di sekitar kawasan saya saya pernah berkunjung ke sebuah kedai jahit di sungai buloh kebetuan ia terletak dalam laluan saya ke kuala lumpur ia milik tukang jahit lelaki dibantu seorang tukang jahit wanita walaupun mungkin pakaian wanita dijahit oleh tukang jahit wanita saya rasa tukang jahit lelaki itu tahu menjahitnya boleh dikatakan setiap kali saya lalui jalan tersebut saya pasti menoleh ke arah kedai itu dan saya dapati kedai jahit itu makin maju dan berkembang apa kaitannya entri bengkel kali ini dengan kedai dan tukang jahit lelaki di atas ada sebab bengkel jahitan kali ini turut dihadiri oleh dua peserta lelaki mereka belajar menjahit kerana ingin mengajarnya semula kepada anak anak ingin mencari kemahiran tambahan selain yang dah dimiliki selain mengisi masa lapang jahitan mereka agak baik walaupun itulah kali pertama mereka menjahit saksikan gelagat dan kesungguhan para peserta kali ini menimba ilmu jahitan untuk menyertai bengkel sila baca entri terbaru klik sini kami harap maklum posted by tikfashion at 9 37 pg tiada ulasan labels bengkel intensif baju kurung 25 september 2011 bengkel jahitan ke 10 keseronokan bila baju siap alhamdulillah dah siap baju saya bolehlah saya pakai ke pejabat minggu depan ujar salah seorang peserta bengkel jahitan kali ke 10 ini melonjak kegembiraan saya tersenyum dan tumpang gembira begitu juga reaksi peserta lain tatkala melihat beliau menggayakan baju kurung yang baru siap dijahit walhal menurut peserta itu lagi sebelum ini beliau hanya mampu menjahit lurus saja itu pun pernah juga beliau cuba cuba menjahit seluar anaknya yang koyak entah di mana silapnya lagi dijahit lagi bertambah koyaknya akhirnya seluar tersebut terpaksa dibuang begitu saja alhamdulillah hari ini beliau telah mampu menyiapkan sepasang baju kurung dengan baik harapan saya mulai hari ini beliau dan termasuk juga lain lain peserta bengkel ini dan bengkel bengkel sebelumnya hendaklah terus mempraktis ilmu jahitan yang telah dipelajari ini insyallah lagi dipraktis lagi banyak ilmu dan kemahiran yang akan anda perolehi dan jika anda menemui masalah baru yang tidak dapat anda selesaikan jangan bertangguh untuk menghubungi saya berikut adalah suasana bengkel kali ini untuk menyertai bengkel sila baca entri terbaru klik sini kami harap maklum posted by tikfashion at 12 21 ptg 2 ulasan labels bengkel intensif baju kurung 18 september 2011 bengkel jahitan ke 9 yang pertama lepas raya alhamdulillah bengkel kali ke 9 ini selesai dengan jayanya pada mulanya saya agak khuatir untuk mengadakan bengkel sebegitu awal selepas raya bimbang kekurangan peserta maklumlah musim rumah terbuka di merata rata walau bagaimanapun dek kerana ramai yang menghubungi saya segera mengatur kelas mulai hujung minggu ini minggu depan dan seterusnya semata mata kerana ingin berkongsi ilmu dengan para peserta tambah membakar semangat setelah saya menerima sms daripada salah seorang peserta yang pernah mengikuti bengkel saya saya telah berjaya menyiapkan 4 pasang baju kurung raya untuk anak saya dengan ilmu yang akak ajar baju raya saya belum siap ada 2 pasang tahniah saya ucapkan tambah membanggakan saya walaupun dalam kesibukan tugasan sebagai seorang jurutera beliau berjaya juga mencuri masa untuk menjahit berikut adalah suasana bengkel kali ini posted by tikfashion at 12 14 ptg tiada ulasan labels bengkel intensif baju kurung 24 ogos 2011 saya dah terima tempahan jahit langsir lurus puan ila salah seorang peserta saya yang pernah belajar menjahit baju kurung dengan saya satu ketika dulu oleh kerana beliau tinggal di taman bersebelahan taman saya jadi selalulah juga beliau berkunjung ke rumah saya ada kalanya beliau datang ziarah ada kala kerana bertanyakan masalah jahitan baru baru ini beliau memberitahu saya selain menerima beberapa tempahan jahitan baju kurung ada juga jiran yang meminta beliau menjahit langsir lurus ada jiran minta saya jahit langsir untuk mereka tapi jenis langsir lurus saja alhamdulillah itu satu peluang yang baik bukan mudah nak dapat kepercayaan orang jawab saya memberi semangat lepas ni saya nak belajar jahit langsir pula dengan akak tambah beliau bersemangat iya tidak rugi belajar menjahit langsir tambahan pula menjahit langsir ni kerjanya sikit dan cepat tapi upahnya agak lumayan lebih lebih lagi jika kita tinggal di sebuah taman perumahan banyak rumah yang perlukan khidmat jahitan langsir apa yang penting ialah kekalkan kepercayaan orang lain pelanggan kepada kita berilah khidmat yang sebaik mungkin insyallah pelanggan kita akan turut menjadi tukang promosi bagi pihak kita seperti yang pernah saya tulis sebelum ini ilmu menjahit ini amat berguna bukan saja kepada mereka yang ingin benar benar terjun ke bidang perniagaan tapi juga kepada sesiapa saja adik perempuan saya seorang guru siswazah di salah sebuah sekolah berasrama di kajang pandai menjahit langsir beliau sering menerima tempahan menjahit langisr daripada kawan kawan sekolahnya dan kadang kadang daripada sekolah beliau sendiri biasanya beliau melakukan kerja sampingan ini pada musim cuti atau hujung minggu ia satu kerja sampingan yang memberi hasil yang sangat berbaloi manakala salah seorang bekas peserta bengkel baju kurung saya yang lain pula memberitahu yang beliau cuba mengaplikasi ilmu menjahit baju kurung untuk menjahit baju melayu suami beliau oleh kerana cara belajar menjahit baju kurung dan baju melayu yang berbeza akhirnya beliau berhadapan dengan sedikit masalah kekemasan di bahagian ketiak walau bagaimanapun saya ucapkan tahniah di atas keberanian kedua dua peserta saya yang telah mencuba sesuatu yang baru hasil mempelajari ilmu menjahit baju kurung inilah yang saya mahu latihan jahitan yang mereka terima telah menjadikan mereka berani mencuba cuma mereka perlu sentiasa ada keinginan untuk belajar dan belajar lagi bagi menambah ilmu dan kemahiran jahitan yang mereka sedia ada posted by tikfashion at 11 08 ptg 1 ulasan labels mengapa perlu belajar menjahit pengalaman peserta catatan lama laman utama langgan catatan atom terkini di website kami bengkel jahitan dot com bengkel jahitan di komuniti selayang para peserta bengkel jahitan kali ini diadakan di kolej komuniti selayang dengan kerjasama daya fasih sdn bhd 6 tahun yang lalu facebook badge norhayati haji ismail create your badge terima kasih kerana berkunjung travelocity coupons profil tikfashion bermula daripada sekadar minat menjahit kini berkecimpung sepenuh masa dalam bidang jahitan lebih 35 tahun mengikuti kursus mlvk kelolaan sebuah kolej swasta di kuala lumpur dan pernah mengikuti kursus jangka pendek kelolaan en salikin sidek pereka fesyen terkenal kunjungi website kami http www bengkeljahitan com lihat profil lengkap saya catatan popular jom belajar jahit baju melayu saya mula belajar menjahit baju melayu selepas berkahwin kira kira 25 tahun lalu itu pun lepas jenuh suami menyuruh kali pertama siap seh mudahnya menjahit baju kurung saya postkan satu entri daripada salah seorang peserta saya puan lana untuk dikongsi bersama terima kasih atas entri yang sangat menarik d 12 paten jahitan langsir semasa saya mengendalikan kursus jahitan langsir kepada peserta saya ajar 8 paten atau tambah 4 paten lagi untuk pakej lanjutan http tik kelas asas menjahit baju kurung alhamdulillah sambutan terhadap kelas menjahit baju kurung amat menggalakkan saya bersyukur kerana kesemua yang telah mengikuti kelas saya pertanyaan sebelum beli mesin jahit setiap kali sebelum memulakan kelas dengan peserta baru saya akan bertanyakan peserta sama ada mereka ada memiliki mesin jahit atau belum seronoknya belajar jahit langsir puan ila dari kota damansara adalah peserta saya yang begitu teruja dengan kaedah mudah bagaimana untuk menjahit langsir yang saya ajar bel kelas kelas jahitan di shah alam dan kl alhamdulillah walaupun saya dah lama tak up date blog namun ramai yang telah menghubungi saya dan telah berjaya menamatkan kelas dengan sa kursus jahitan langsir kaedah pembelajaran 1 cara cara mengambil ukuran 2 jenis jenis trek 3 pemilihan jenis fabrik yang sesuai 4 kiraan jumlah fabrik 5 cara bengkel jahitan ke 11 lelaki juga boleh belajar abang ipar saya seorang tukang jahit yang agak dikenali ramai di kota bharu beliau amat mahir menjahit pakaian lelaki terutamanya baju me tahu menjahit itu satu keistimewaan suatu malam saya terima satu sms berbunyi terimakasih acik yati sebab ajar aini jahit ilmu yang acik yati bagi akan aini gunakan sebaik y kategori artikel bengkel intensif baju kurung 11 info bengkel 9 kaedah pembelajaran 15 mengapa perlu belajar menjahit 12 panduan memilih kain 2 panduan memilih mesin jahit 3 panduan menjahit 8 pengalaman peserta 17 soalan lazim 7 umum 13 yuran 3 arkib 2011 26 oktober 2 blog ini telah berpindah bengkel jahitan ke 11 lelaki juga boleh belajar september 2 ogos 3 julai 6 jun 6 mei 2 april 1 mac 2 januari 2 2010 18 disember 1 november 3 oktober 1 september 1 julai 3 jun 2 mei 1 april 4 februari 1 januari 1 2009 5 oktober 1 ogos 2 mei 2 2008 4 ogos 1 mei 1 mac 1 februari 1 2007 6 ogos 5 julai 1 followers tikfashion sa0186286 m mempelawa suri rumah wanita berkerjaya mahupun pelajar untuk menyertai bengkel jom belajar menjahit di masjid al ghufran pinggir taman tun dr ismail kuala lumpur bengkel hujung minggu sabtu dan ahad ini terhad kepada 7 peserta sahaja bagi setiap sessi diskaun khas bagi perserta yang mendaftar secara berkumpulan minima 5 orang bagi peserta luar kl atau tinggal jauh dari lokasi bengkel anda boleh mengikuti bengkel ini dengan cara menyewa kamar penginapan di kompleks balai islam masjid al ghufran dengan harga yang berpatutan waktu solat hari in tema mistik bhd dikuasakan oleh blogger
|