Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2010, jerunei, advertisement, kandungan, feed, ads, latar, belakang, editor, kata, hikmah, location, finder, for, visitor, kategori, isi, arkib, freeware, pilihan, rakan, blogger, exchange, banner, referrer, burner, and, ranking, rss, social, bookmark, tool, khamis, mei, 06, isnin, april, 05, selasa, mac, 30, contact, me, search, affiliate, your, service, here, welcome, to, mukah, division, link, ruang, sembang, post, comments, news, online, penjana, minda, rujukan, dan, maklumat, pengunjung, blog, my, google, friend, connect, sponsor, by, hasil, besar, cepat, cermin, transformasi, kerajaan, setahun, di, aras, harapan, meb,
Text of the page (most frequently used words):
yang (287), kita (284), dan (252), ini (132), saya (122), rakyat (116), tidak (110), untuk (109), mereka (102), akan (91), ada (81), itu (81), dengan (78), dalam (74), kepada (68), boleh (66), tetapi (65), kerajaan (64), seri (62), datuk (61), lebih (59), negara (56), tahun (53), adalah (51), masa (48), satu (47), juga (46), jadi (43), pada (41), daripada (41), malaysia (40), ialah (38), telah (36), jika (35), banyak (35), buat (35), dapat (33), dari (32), apa (31), mengenai (30), ekonomi (29), mahu (29), semua (28), kerana (28), oleh (27), lagi (27), 1malaysia (27), bandar (27), luar (27), pun (27), baru (26), menjadi (26), apabila (25), orang (25), bahawa (25), awam (25), atau (24), program (23), mana (23), mengambil (23), peratus (23), sama (22), 000 (22), tinggi (22), sekarang (22), jenayah (22), secara (21), masalah (21), kalau (21), raya (21), sebagai (20), seperti (20), baik (19), segi (19), sudah (19), bukan (19), sebab (19), perubahan (19), harus (19), kami (19), transformasi (18), sesuatu (18), tentang (18), lain (18), makmal (18), adakah (18), bagi (17), besar (17), hanya (17), perlu (17), gtp (17), pilihan (17), perkhidmatan (17), terdapat (17), kini (16), sahaja (16), bila (16), menteri (15), utama (15), mendapat (15), gaji (15), mungkin (15), rasa (15), perkara (15), begitu (15), hasil (15), tiga (15), kerja (14), lepas (14), dua (14), cepat (14), pasaran (14), asas (14), kata (14), pertama (14), kawasan (14), bekerja (14), lalu (13), anda (13), gagasan (13), nkra (13), rumah (13), memberi (13), datang (13), percaya (13), tempat (13), pekerja (13), ramai (12), bawah (12), pendidikan (12), sangat (12), jalan (12), sarawak (12), rendah (12), sabah (11), peringkat (11), segala (11), terlalu (11), yakin (11), mesti (11), tak (11), benar (11), bulan (11), dunia (11), wawasan (11), sekali (10), amat (10), setahun (10), enam (10), sebagainya (10), hidup (10), dilakukan (10), terhadap (10), selepas (10), cara (10), masing (10), sebenarnya (10), polis (10), kampung (10), negeri (10), tahu (10), sekolah (10), depan (10), bank (10), setiap (10), apakah (10), bas (10), sejak (9), perdana (9), meb (9), beliau (9), aspek (9), peluang (9), pendapatan (9), kos (9), harga (9), bercakap (9), subsidi (9), bagaimana (9), iaitu (9), hari (9), mencapai (9), pengguna (9), sistem (9), 2020 (9), minda (8), perniagaan (8), penting (8), hala (8), tempoh (8), projek (8), peningkatan (8), macam (8), dilaksanakan (8), empat (8), supaya (8), lakukan (8), masyarakat (8), kecil (8), kemudian (8), menarik (8), asing (8), tempatan (8), syarikat (8), tiada (8), sendiri (8), undang (8), fokus (8), kakitangan (8), islam (7), beberapa (7), berbeza (7), lama (7), hampir (7), didahulukan (7), merupakan (7), memastikan (7), pelbagai (7), kesan (7), serta (7), sepenuhnya (7), pekerjaan (7), jangan (7), kali (7), sampai (7), mampu (7), kira (7), air (7), masih (7), berkesan (7), universiti (7), 2010 (7), umpamanya (7), maknanya (7), idea (7), mengadakan (7), lihat (7), kejayaan (7), mula (7), jabatan (7), akhir (7), nak (7), walkabout (7), adil (7), semula (7), keputusan (7), mengubah (7), pentadbiran (7), sokongan (7), keperluan (7), contoh (7), memberikan (7), mempunyai (7), terus (7), pelajar (7), bilangan (7), terbuka (7), penyampaian (7), sana (7), tadika (7), pudu (7), ulasan (6), mengumumkan (6), model (6), pencapaian (6), kurang (6), ingin (6), pembangunan (6), sepatutnya (6), mahukan (6), tuju (6), belum (6), termasuk (6), sedikit (6), meningkatkan (6), tugas (6), keadaan (6), itulah (6), menentukan (6), membuat (6), usaha (6), arah (6), nasional (6), kumpulan (6), turun (6), faham (6), panjang (6), hendak (6), bergerak (6), menjelang (6), dibuat (6), kedua (6), sedang (6), berubah (6), berlaku (6), sebenar (6), berjaya (6), balik (6), peruntukan (6), inilah (6), pihak (6), berkata (6), pelaburan (6), halal (6), sini (6), menerusi (6), katakan (6), fta (6), bolehkah (6), bina (6), adakan (6), kanak (6), bagimu (6), sedekah (6), 2008 (5), melayu (5), maklumat (5), melihat (5), pendekatan (5), the (5), perkataan (5), najib (5), tun (5), razak (5), pelan (5), memperkenalkan (5), pula (5), berdasarkan (5), kpi (5), bidang (5), terbaik (5), kemajuan (5), diberikan (5), makan (5), menjalankan (5), berpendapatan (5), cukai (5), akhirnya (5), wang (5), menerima (5), sumber (5), cekap (5), fikir (5), tonggak (5), sebelum (5), pelaksanaan (5), sebut (5), soal (5), paling (5), maksud (5), selalu (5), fikiran (5), menggunakan (5), pembangkang (5), positif (5), misalnya (5), salah (5), kemudahan (5), dulu (5), kualiti (5), mudah (5), kementerian (5), tender (5), pergi (5), memerlukan (5), nampak (5), jangka (5), suku (5), jelas (5), rancangan (5), gst (5), sehingga (5), umum (5), pelabur (5), meningkat (5), insurans (5), serius (5), hingga (5), majikan (5), 500 (5), bumiputera (5), tiba (5), 100 (5), memperbaiki (5), 250 (5), penyelesaian (5), keseluruhan (5), panas (5), lrt (5), pahala (5), daya (4), jerunei (4), blog (4), agak (4), memulakan (4), per (4), search (4), sebarang (4), and (4), catatan (4), rey (4), petunjuk (4), diumumkan (4), nanti (4), golongan (4), sosial (4), bergantung (4), harapan (4), tanpa (4), pengalaman (4), permulaan (4), swasta (4), sara (4), majoriti (4), perumahan (4), tindakan (4), petrol (4), pengajian (4), teruk (4), dasar (4), atas (4), mac (4), seolah (4), olah (4), sibuk (4), inisiatif (4), sebanyak (4), politik (4), bermula (4), meletakkan (4), parlimen (4), cuba (4), diterima (4), sesi (4), cuma (4), tentu (4), tengok (4), dah (4), kadar (4), berbanding (4), anggota (4), api (4), berapa (4), tapi (4), tadi (4), berperingkat (4), kadang (4), kena (4), janji (4), lancar (4), kewangan (4), proses (4), memang (4), waktu (4), menyelesaikan (4), juara (4), media (4), aktiviti (4), menang (4), selesai (4), wakil (4), siapa (4), bahagian (4), seluruh (4), oktober (4), penuh (4), bermakna (4), data (4), bersama (4), asasnya (4), saing (4), fdi (4), semasa (4), pusat (4), modal (4), hab (4), industri (4), berkembang (4), doktor (4), melatih (4), perlukan (4), membina (4), kenderaan (4), bakat (4), mengekalkan (4), maju (4), sebahagian (4), juta (4), agar (4), mengatakan (4), patut (4), beritahu (4), bersetuju (4), selatan (4), pernah (4), sukar (4), bagaimanakah (4), cari (4), minggu (4), penyelesaiannya (4), pasukan (4), dipanggil (4), mesyuarat (4), berada (4), mencatat (4), januari (4), memacu (4), julai (3), harian (3), mukah (3), minyak (3), pay (3), click (3), advertising (3), berkaitan (3), atom (3), label (3), dicatat (3), diutamakan (3), prestasi (3), keberhasilan (3), strategi (3), kaum (3), mahupun (3), tekanan (3), manfaat (3), kehidupan (3), selesa (3), sekitar (3), mengharapkan (3), menjana (3), bayangkan (3), seorang (3), sektor (3), sedangkan (3), sebuah (3), tersebut (3), bebanan (3), dibayar (3), maka (3), sekadar (3), segera (3), elektrik (3), kereta (3), hati (3), digunakan (3), rasuah (3), menjadikan (3), kepimpinan (3), pertamanya (3), selama (3), nampaknya (3), lengkap (3), prinsip (3), slogan (3), terima (3), ketiga (3), galanya (3), kepelbagaian (3), keuntungan (3), setakat (3), bererti (3), melalui (3), ilham (3), perpaduan (3), percambahan (3), mengetahui (3), dikatakan (3), gerakan (3), sambutan (3), perasaan (3), middle (3), tanya (3), perjalanan (3), memperlihatkan (3), menurun (3), jalanan (3), tambahan (3), kelihatan (3), rakan (3), keyakinan (3), tunjuk (3), tekankan (3), prasarana (3), lawatan (3), latihan (3), roadshow (3), malam (3), portal (3), langkah (3), malah (3), membawa (3), ketawa (3), nelayan (3), biasa (3), pantau (3), dicalon (3), gagal (3), average (3), income (3), miskin (3), berjalan (3), penjawat (3), keras (3), hadapan (3), pendapat (3), tahap (3), reformasi (3), ogos (3), turut (3), balas (3), bersedia (3), kompleks (3), tetap (3), tentunya (3), cabaran (3), melaksanakan (3), barisan (3), berdaya (3), buruh (3), dapati (3), selangor (3), cabarannya (3), global (3), antarabangsa (3), hanyalah (3), kelulusan (3), timur (3), angka (3), perbankan (3), memenuhi (3), penarafan (3), cemerlang (3), perubatan (3), membayar (3), berbuat (3), dilihat (3), kilang (3), afirmatif (3), pelaksanaannya (3), mesra (3), menangani (3), pandangan (3), amerika (3), rangka (3), tpp (3), rundingan (3), isu (3), ketua (3), menyebut (3), menyebelahi (3), setuju (3), memberangsangkan (3), komen (3), melakukan (3), diadakan (3), takut (3), april (3), berusaha (3), kaji (3), selidik (3), dijalankan (3), merdeka (3), analisis (3), pengangkutan (3), letakkan (3), reaksi (3), betul (3), pemandu (3), masuk (3), disember (3), guru (3), kukuh (3), yin (3), barulah (3), siap (3), laluan (3), perhentian (3), senyap (3), kegagalan (3), berlainan (3), mei (3), kandungan (3), freeware (3), location (3), template (2), blogger (2), abdul (2), bahasa (2), terkejut (2), tokoh (2), dakwah (2), daily (2), new (2), times (2), borneo (2), post (2), utusan (2), view (2), use (2), find (2), division (2), ads (2), advertisement (2), dibawah (2), sekiranya (2), cadangan (2), sila (2), contact (2), berbilang (2), menyesuaikan (2), diri (2), amanah (2), umumnya (2), keselamatan (2), kesihatan (2), alam (2), penentu (2), kesemua (2), kiralah (2), dinanti (2), nantikan (2), biarkan (2), bergelandangan (2), diperoleh (2), setimpal (2), naik (2), ganda (2), teres (2), kedah (2), rata (2), melebihi (2), rm200 (2), penduduk (2), menyentuh (2), hartanah (2), kuala (2), silap (2), pinjaman (2), kaya (2), memiliki (2), terbengkalai (2), mendadak (2), bil (2), tanah (2), makanan (2), tinggal (2), terpaksa (2), selain (2), berhati (2), pengenalan (2), ekonomik (2), menekankan (2), toleransi (2), pembaziran (2), bakal (2), mengurangkan (2), seterusnya (2), kuasa (2), utara (2), organisasi (2), merasa (2), bersyukur (2), berlalu (2), semalam (2), saja (2), sepanjang (2), menyebabkan (2), bertambah (2), agenda (2), sebutkan (2), meresap (2), kekuatan (2), strategik (2), berhenti (2), kepentingan (2), output (2), fitnah (2), kononnya (2), israel (2), merosakkan (2), peratusannya (2), dia (2), disampaikan (2), simbol (2), disambut (2), popular (2), badan (2), korporat (2), gunakan (2), massa (2), pemimpin (2), akar (2), umbi (2), tanda (2), pemikiran (2), kelompok (2), kefahaman (2), ekstrem (2), diukur (2), street (2), cctv (2), cop (2), rela (2), jpam (2), pertahanan (2), dilancarkan (2), bekalan (2), menunggu (2), jauh (2), kasih (2), kebajikan (2), para (2), pegawai (2), perbincangan (2), pagi (2), ketelusan (2), membantu (2), sesiapa (2), sampaikan (2), suka (2), cuti (2), melawat (2), tambah (2), ahli (2), meluas (2), ukur (2), tanggungjawab (2), menilai (2), penilaian (2), padang (2), fail (2), keseluruhannya (2), semakin (2), ketara (2), hak (2), objektif (2), pakej (2), rangsangan (2), beribu (2), berikan (2), menghasilkan (2), menunjukkan (2), mengabaikan (2), pengumuman (2), butir (2), spesifik (2), aras (2), jun (2), lanjut (2), menangguhkannya (2), mengalah (2), kepunyaan (2), sesuai (2), didapati (2), persekutuan (2), klinik (2), maksudnya (2), persekitaran (2), bersaing (2), china (2), bertindak (2), jumlah (2), operasi (2), tengah (2), menggalakkan (2), dagangan (2), dikeluarkan (2), jenama (2), membekalkan (2), percuma (2), menghantar (2), kekal (2), belajar (2), mencuba (2), keupayaan (2), bagus (2), hospital (2), khas (2), memilih (2), berunding (2), berkepentingan (2), memberitahu (2), inovatif (2), kepintaran (2), upah (2), jangkaan (2), kenapa (2), sebaik (2), bukankah (2), tenaga (2), membuatkan (2), mengikut (2), syarat (2), perolehan (2), menyokong (2), pengangguran (2), bijak (2), kebanyakan (2), demikian (2), menyumbang (2), populasi (2), meneruskan (2), kelemahan (2), contohnya (2), hinggakan (2), segmen (2), korea (2), perjanjian (2), menyertai (2), diatasi (2), munasabah (2), menyalahkan (2), bernama (2), lapan (2), perkasa (2), ketika (2), kala (2), barangan (2), kritikan (2), komitmen (2), liberalisasi (2), kecekapan (2), tinjauan (2), allahyarham (2), berkenaan (2), johor (2), cukup (2), ptadbiran (2), pmerintahan (2), mencerminkan (2), melakukannya (2), menakjubkan (2), perbandingan (2), ubah (2), infrastruktur (2), penuntut (2), kota (2), sokong (2), pantas (2), tidur (2), minta (2), kemukakan (2), selebihnya (2), bertanggungjawab (2), hasilnya (2), sumbang (2), saran (2), bertugas (2), panggil (2), pengurusan (2), memantau (2), sentiasa (2), pengerusikan (2), jawatankuasa (2), jumaat (2), bermesyuarat (2), hotspot (2), ditempatkan (2), penurunan (2), sri (2), kelas (2), buka (2), tool (2), perbaiki (2), laksanakan (2), belakang (2), trend (2), memperbaikinya (2), dibina (2), unsur (2), letak (2), caranya (2), buku (2), gembira (2), membuatnya (2), selamat (2), sesak (2), set (2), koc (2), november (2), minit (2), nkea (2), pemantauan (2), mesej (2), corak (2), disesuaikan (2), ringkasnya (2), idris (2), cermin (2), feed (2), banner (2), motivasi (2), kategori (2), februari (2), hikmah (2), city (2), saudaramu (2), engkau (2), berkarya (2), earth, munir, copyright, blogspot, com, sponsor, google, friend, connect, feedjit, live, stats, pengunjung, kamus, english, dewan, pustaka, wikipedia, quran, explorer, katalog, induk, kebangsaan, perpustakaan, rujukan, che, det, prof, madya, dato, mohd, asri, bin, zainul, abidin, konfrantasi, engagement, tajdid, penjana, express, detik, harakah, star, mstar, metro, straits, berita, news, online, comments, shoutbox, ruang, sembang, link, this, map, place, welcome, your, service, here, baca, testimoni, rebet, affiliate, taipkan, butang, mencari, pertanyaan, guna, borang, get, widget, many, other, widgetbox, great, free, widgets, form, langgan, dikenali, memegang, tampuk, pemerintahan, tertinggi, disusuli, budaya, ptk, kaca, mata, medan, mengatur, memperkukuhkan, holistik, melibatkan, termasuklah, upaya, oku, mestilah, responsif, dikecapi, menghadapi, pesat, dikhuatiri, penyakit, menimpa, sakit, mental, keruntuhan, institusi, kekeluargaan, rakyatlah, terpenting, justeru, berjayanya, sejauh, menunaikan, kepadanya, makmur, sejahtera, menggembirakan, merangkumi, beribadat, kelestarian, kelayakan, graduan, perakaunan, berlipat, lima, tingkat, dimiliki, rm150, harganya, rm3, membelinya, lumpur, pulau, pinang, haribulan, sederhana, membeli, berpuluh, puluh, habis, dibeli, menghairankan, menyewa, bertahun, membendung, kenaikan, hong, kong, menaikkan, duti, setem, telefon, kumbahan, pintu, tol, ansuran, anak, tangan, meminjam, long, akibat, kekurangan, wajar, sepadan, memansuhkan, pemansuhan, amalan, tadbir, urus, mantap, sifar, penyelewengan, ketirisan, beli, rohami, shafie, pensyarah, kanan, kolej, cob, tunaikan, selasa, mulakan, barangkali, disebabkan, diperkenalkan, memuaskan, memadai, melakarkan, mutakhir, pelengkap, tumpu, perkenalkan, penerimaannya, retorik, penghuraiannya, terperinci, pokoknya, mindset, tolerance, bertoleransi, minimum, acceptance, makna, puncak, meraikan, aset, apatah, menterjemahkan, konteks, hubungan, mengupas, sebalik, keberkesanan, outcome, bukti, didedahkan, mencemar, berani, serang, mempertikaikan, mencemarnya, mencalarnya, berasas, bincang, teman, penyatuan, menjemput, menggariskan, brainstorming, timbullah, kefahamannya, mendalam, diterangkan, dihayati, pakai, font, logo, sebutan, salam, kelaziman, perkahwinan, kenyataan, silo, memikirkan, menyatukan, individu, prejudis, rasis, peristiwa, gereja, dibakar, kepala, khinzir, dicampak, perkarangan, masjid, agaknya, lenyap, sayalah, pengasas, jawapan, merasai, memerangi, perangkaannya, crime, menugaskan, sasaran, dikerah, rondaan, balai, merata, ditambah, 300, himpunkan, sebaliknya, perangkaan, dedahkan, kaitan, memudahkan, akses, pasarkan, senang, kunjungan, tersisih, aliran, memperluaskan, jaringan, didaftarkan, bantuan, wujudkan, usahawan, wanita, economic, transformation, programme, menambahkan, international, transparency, index, berhubung, kait, myprocurement, dimuatkan, rating, whistleblower, act, dilindungi, ganjaran, bersalah, diadili, dijatuhkan, hukum, demografi, peratusan, spontan, lawati, semunjan, rascom, felda, langkawi, cina, perkampungan, awal, brickfields, petaling, pantai, bercadang, perhatian, dilapor, surat, khabar, ikut, pendedahan, liputan, janganlah, dekat, cerdik, monitor, ibu, pejabat, rajin, biasanya, lah, tergamam, dugaa, serentak, purata, takkan, daif, lulus, perlembagaan, sumbangan, kebanyakannya, dilonjakkan, 2012, target, menjayakan, singkat, terutamanya, keempat, pertumbuhan, terakhir, beratus, manifestasi, mengagihkan, memandang, penekanan, menghakiminya, mengalaminya, sebegitu, terjejas, teruja, penanda, insentif, butiran, diketahui, epu, membentangkan, bajet, galakkan, kepercayaan, memutar, belitkan, fakta, menjelaskan, menghentikannya, penerimaan, tindak, menimbang, menandakan, sensitif, kemahuan, membatalkannya, struktur, berbaloi, menganalisis, membebankan, teratur, sinis, skeptikal, dihadapi, membuktikan, mengalami, kekalahan, bangunkan, dimenangi, persetujuan, melaksanakannya, dikuasai, kejanggalan, muncul, menawarkan, antaranya, 80an, perang, dingin, beralih, mendapati, belia, mca, kubu, bharu, sabtu, melupakan, keseimbangan, antara, serantau, nilai, setengah, terbesar, india, kian, penubuhan, kredit, penerangan, pembiayaan, pendahulu, nombor, sukuk, dikendalikan, memproses, mega, berbayar, bilion, rancangannya, menubuhkan, fizikal, jakim, integriti, reputasi, keduanya, mempromosi, perkaitan, mengeksport, pengimport, bersih, yuran, ditaja, perbelanjaan, biasiswa, berfikir, sesebuah, pelajarnya, ivy, league, dihantar, monash, nottingham, diiktiraf, membangunkan, memakan, belanja, sekurang, kurangnya, pelatih, bilangannya, berkelulusan, merugikan, premium, dikutip, pembayaran, defisit, terjadi, peserta, produk, mengsubsidi, sungguhpun, malahan, persatuan, perlunya, peralihan, paradigma, dijangka, pengeluar, berkos, rendahkan, komoditi, bayar, sejajar, belanjakan, ribu, ringgit, profesional, mendapatkan, pukat, jerut, laut, mengucapkan, bersempena, diesel, elaun, disemak, perkembangan, produktiviti, pengukuhan, awak, kukuhkan, duit, jawapannya, menyemaknya, tentangnya, stabil, dikira, jemputan, izin, anggaran, mengapa, restoran, nasi, kandar, berbahaya, kotor, dipandang, pengambilan, diambil, memenanginya, psikologi, ujian, pinda, hapuskan, kekalkan, semak, telus, berasaskan, merit, menghapuskan, kemiskinan, rm1, sebulan, menjaga, kadazan, iban, bidayuh, taksub, biarlah, bersatu, kedudukan, taraf, memperbetulkan, disiarkan, memeriksa, membida, ditawarkan, dianugerahkan, mengkritik, demonstrasi, dipersetujui, washington, republican, baharu, menimbangkan, rundingkan, dasarnya, diselesaikan, sedar, risiko, jawatan, menerimanya, terpakai, bola, golf, memasuki, lubang, manusia, hadnya, bimbang, larut, waktunya, mengadili, menghakimi, kecewa, parti, kesilapan, runtuh, salahkan, kerjasama, trans, pasifik, pusingan, bebas, menyertainya, memalukan, diabaikan, keraguan, dibincangkan, pertubuhan, peribumi, kekayaan, menyemak, polisi, menyelaraskan, menganggap, hulu, ukuran, barometer, penggangguran, kadarnya, krisis, beretika, tekstil, dipecat, kehilangan, menyekat, memecat, diberi, ganti, rugi, ciri, mengimbangkan, bernilai, motor, mendatangkan, menyediakan, spm, merungut, bilakah, brazil, argentina, australia, terkehadapan, jatuh, memenangi, membincangkan, bekerjasama, pengstrukturan, bermaksud, menikmati, berusia, pelancaran, ditutup, bercampur, campur, disenaraikan, mengapakah, menjauhi, garis, panduan, fic, pegangan, saham, lewat, pulang, berjanji, kapita, dolar, seronok, muluk, indah, capaikah, baguslah, report, card, kad, laporan, kadangkala, mendakwa, jemaah, banyaknya, pedalaman, mewarisi, sifat, lawat, susah, basmikannya, jerayawara, yakinkan, kelantan, kalah, anggap, keprihatinan, hal, berurusan, penambahbaikan, bawahnya, penghayatan, hasrat, transformist, merakyatkan, dipertandingkan, halangan, manakah, baiknya, penariknya, peramah, friendly, merosot, alih, teraju, sudut, memulihkan, 365, sempat, menyusun, matlamat, urusan, tamanya, setinggi, tahniah, genap, isnin, menyampaikan, sebabnya, status, tukar, capai, dicetuskan, mahathir, mohamad, isunya, membangun, masalahnya, setengahnya, melangkah, perdagangan, bernasib, kesuntukan, mengemukakan, menyamakan, bumbung, terajui, kesepuluh, kesebelas, memandu, bertanya, soalan, mari, kajian, centre, fundamental, membanteras, prospek, merangka, lembah, klang, kinabalu, khusus, negatifnya, mencapainya, lakukannya, wujud, sekatil, bilik, remeh, temeh, diteliti, terasnya, pengeluaran, sorak, mengumpulkan, dianalisis, mengagumkan, selesaikan, granularity, perbezaannya, intensif, sehari, tinggalkan, moto, lagu, hotel, california, keluar, meninggalkannya, hot, house, jam, kabinet, penerajunya, meninjau, petugas, mengelola, berat, langsung, hands, masanya, asalnya, biar, beri, hishammuddin, hussein, siang, mengetuai, kejadian, penempatan, tempatkan, sukarela, seramai, 160, berkurangan, indeks, jenis, bandingkan, united, kingdom, tony, blair, menampakkan, mengejar, pengajaran, kejar, menggunung, lancarkan, kepemimpinan, tan, muhyiddin, yassin, sejarah, 929, pemulihan, mengajar, bermasalah, membaca, mengira, 616, terburuk, pengetua, gred, kit, tepat, subjek, lapangan, adanya, menengah, intervensi, diikuti, berdiri, kecuali, matematik, sains, pertengahan, sebutkannya, esok, menggerakkannya, berulang, ulang, dicerminkan, lupakan, ministerial, key, result, jelaskan, mengenainya, dicapai, lalai, dinamakan, diingat, perangi, kurangkan, pelancong, berasakan, piawaian, 750, 900, singapura, 650, keutamaan, kebimbangan, teliti, teksi, tingkatkan, kapasiti, bagusnya, merta, menambah, 955, mencukupi, menempah, sejuta, diwujudkan, aduan, bagaikan, neraka, pembaharuan, jadikannya, cantik, berkumpul, pecahkan, terminal, tasik, melaka, shuttle, gombak, selalunya, dialihkan, ambil, penumpang, 400, buruk, rosak, harap, membaiki, pembaikan, lupa, taman, muda, shah, sentral, kesas, ekspres, transit, koridor, permintaan, terpencil, agresif, terutama, 1001, sebelumnya, 700, peruntukannya, mendesak, babitkan, bengkel, kenal, pasti, semenanjung, terbitkan, semuanya, memahami, siapakah, dengar, lantang, walaupun, kalanya, jalankan, puas, diwarnai, indahnya, warna, berjumpa, tolonglah, hellen, keller, hadapkan, wajah, cahaya, matahari, bayang, kepuasannya, terangkan, tambang, pemilik, kesesakan, lintas, menyesakkan, input, menyerap, semangat, pastikan, diteruskan, menghentikan, jauhkah, ketinggalan, dicadangkan, mencetuskan, besarnya, awalnya, pengubahsuaian, terbabit, menghabiskan, benarkah, kaedah, istilah, maksudkan, dipilih, mendengar, maklum, merancang, dikemukakan, persekitarannya, suasana, landskap, impak, diubah, menjangka
Text of the page (random words):
i negara kita diberikan subsidi yang tinggi dari segi kos operasi hanya 10 peratus dibayar oleh yuran yang lain ditaja oleh kerajaan dan ini tidak termasuk perbelanjaan modal apabila kita bercakap tentang biasiswa kita tidak boleh hanya berfikir tentang pelajar yang ke luar negara jika kita menghantar pelajar pelajar terbaik kita ke luar negara siapa yang akan memenuhi universiti kita di sini sesebuah universiti tidak boleh mendapat penarafan tinggi jika pelajar pelajarnya tidak cemerlang kita hanya mampu menghantar beberapa pelajar ke universiti ivy league tetapi yang lain harus kekal di sini dan dihantar ke universiti awam dan swasta kita ada universiti seperti monash dan nottingham di sini dan mereka boleh belajar menjadi doktor di sini dan kelulusan mereka diiktiraf di peringkat antarabangsa bolehkah kerajaan menyediakan lebih banyak tempat untuk pelajar perubatan kita sedang mencuba tetapi kita tidak boleh mengabaikan kualiti kita boleh melatih doktor tetapi kita perlukan masa untuk membina keupayaan membangunkan sekolah perubatan yang bagus dan sekolah perubatan memakan belanja yang tinggi kerana kita harus membina hospital latihan atau sekurang kurangnya sebuah hospital khas untuk doktor pelatih ini semua mengambil masa yang panjang tetapi dari segi bilangan doktor bilangannya adalah tinggi buat malaysia dan cabarannya juga adalah untuk membawa balik mereka yang berkelulusan kita melatih mereka tetapi mereka memilih untuk bekerja di luar negara datuk seri tadi menyebut tentang rakyat didahulukan kini terdapat insurans motor pihak ketiga terdapat banyak kritikan terhadap bank negara malaysia mereka tidak menyebelahi rakyat mereka menyebelahi industri ia mendatangkan keuntungan kata mereka bolehkah rakyat mendapat komitmen daripada datuk seri bahawa datuk seri akan memberitahu bank negara untuk menyebelahi mereka yang berkepentingan rakyat serta kumpulan pengguna industri insurans kenderaan memerlukan reformasi penuh kerana ia perniagaan yang merugikan dari segi premium yang dikutip dan pembayaran ia adalah defisit yang serius apa yang terjadi ialah peserta menggunakan keuntungan daripada produk insurans yang lain untuk mengsubsidi insurans kenderaan tetapi sungguhpun begitu jika terdapat perubahan kerajaan akan berunding dengan semua yang berkepentingan iaitu bukan sahaja syarikat insurans malahan kumpulan pengguna saya akan memberitahu bank negara untuk berunding dengan persatuan dan kumpulan pengguna salah satu ciri meb ialah datuk seri mahu malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi bagaimanakah kerajaan akan mengimbangkan ekonomi bernilai tinggi dan mengekalkan kos kehidupan yang rendah seperti yang dilihat dari subsidi yang meluas terhadap barangan keperluan inilah sebab perlunya peralihan paradigma pada pemikiran kita inilah yang dijangka sesuai pada masa itu kita mahu menjadi berdaya saing kita perlu menjadi negara pengeluar berkos rendah jadi kita rendahkan kos komoditi dan perkhidmatan tetapi menerusi meb kita mahu tekankan bahawa malaysia adalah negara inovatif dan untuk itu kita perlukan kepintaran dan bakat dan kepintaran adalah bakat yang tidak mahu bekerja di malaysia dan ini termasuk rakyat malaysia sendiri ya kita tidak bayar mereka dengan sepatutnya gaji dan upah tidak sejajar dengan jangkaan mereka dengan gaji yang mereka boleh dapat di tempat lain sebagai contoh jika mereka bekerja di timur tengah mereka boleh menerima gaji tiga hingga empat kali ganda kenapa mereka perlu bekerja di malaysia kita boleh belanjakan beribu ribu ringgit untuk melatih seorang profesional tetapi sebaik sahaja mereka mendapat kelulusan mereka ke luar negara bukankah itu satu pembaziran buat malaysia kini kita tahu bahawa mengekalkan gaji dan kos yang rendah bukan cara untuk maju ke hadapan cara untuk maju ialah dengan meningkatkan gaji yang akan memberikan rakyat kita pendapatan dan kualiti hidup yang lebih tinggi dan boleh menarik dan mengekalkan tenaga kerja di dalam negara kita juga boleh mendapatkan bakat global kerana untuk menjadi negara inovatif kita harus membuatkan bakat global untuk memilih malaysia sebahagian daripada nelayan pukat jerut laut dalam mengucapkan terima kasih kepada najib tun razak bersempena setahun menjadi perdana menteri kerajaan masih mengekalkan subsidi minyak petrol dan diesel serta memberikan elaun sara hidup setiap bulan kepada nelayan tentang peningkatan gaji bagaimana tentang gaji 1 2 juta penjawat awam gaji mereka akan disemak mengikut perkembangan dengan syarat produktiviti meningkat apa yang penting ialah dengan pengukuhan ekonomi perolehan kerajaan juga meningkat sebab itulah gst amat penting rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong gst saya perlukan sokongan 1 2 juta pekerja kerajaan jika awak mahu gaji yang lebih tinggi di masa depan saya harus kukuhkan asas perolehan kerajaan kerana jika tidak dari mana saya akan dapat duit untuk membayar penjawat awam jawapannya ialah menyokong inisiatif kerajaan kerana kami mahu memberi yang lebih baik kepada semua rakyat kita salah satu masalah ketika krisis ialah pekerja kita kadang kala mereka tidak beretika dan secara tiba tiba contohnya 100 pekerja kilang tekstil dipecat ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka telah bekerja selama 25 tahun dan mereka tiba tiba kehilangan segala galanya adakah di bawah pentadbiran datuk seri terdapat undang undang yang menyekat majikan daripada memecat pekerja mereka dan jika ia dilakukan mereka patut diberi ganti rugi dan masa untuk berhenti ini adalah di bawah undang undang buruh kita dan jika undang undang buruh kita kelihatan tidak adil kepada pasaran kita akan menyemaknya semula seperti jika pekerja tempatan tidak dibayar pada kadar yang boleh menarik mereka untuk bekerja dan jika majikan mahu mengambil pekerja asing kerana mereka boleh membayar kadar upah yang rendah jadi kita boleh berbuat sesuatu tentangnya saya percaya majikan di negara ini harus mencuba sebaik mungkin untuk mengambil pekerja tempatan agar tenaga kerja stabil dan kita tidak terlalu bergantung kepada pekerja asing mengenai penggangguran apakah kadarnya kini ia adalah kira kira 3 6 peratus jadi ia dikira tiada pengangguran tiada pengangguran kerana jika dilihat kita mempunyai 2 2 juta pekerja asing jemputan dan satu juta lagi secara tanpa izin jadi angka itu adalah anggaran bijak tetapi kebanyakan orang akan mengatakan ia adalah angka sebenar jadi apakah maknanya maksudnya terdapat peluang pekerjaan tetapi mengapa rakyat malaysia tidak mahu bekerja sama ada di kilang kilang atau di restoran nasi kandar rakyat malaysia tidak mahu kerja kerja yang berbahaya kotor atau dipandang rendah jadi untuk menarik rakyat malaysia bekerja kita harus mengubah persekitaran tempat kerja dan membayar mereka gaji yang sedikit tinggi saya percaya majikan patut berbuat demikian kita juga tidak sepatutnya membuatkan pengambilan pekerja asing begitu mudah buat majikan jika kita boleh meningkatkan gaji pekerja asing mengikut bilangan pekerja asing yang ingin diambil ini akan menjadi lebih bermakna dari segi perniagaan dan ekonomi untuk mengambil pekerja tempatan adakah datuk seri menganggap keputusan pilihan raya kecil hulu selangor sebagai ukuran barometer kepada sokongan terhadap kerajaan sekarang dalam sistem ini tentunya setiap kali terdapat pilihan raya kecil kami mahu memenanginya pilihan raya kecil adalah hanya pilihan raya kecil dan petunjuk sebenar adalah pilihan raya umum apa sahaja yang kita lakukan boleh menyumbang kepada jangkaan atau psikologi untuk menang tetapi ujian sebenar ialah pilihan raya umum ke 13 nanti perkasa pertubuhan peribumi perkasa malaysia berkata masyarakat melayu patut memiliki 67 peratus kekayaan ekonomi dan datuk seri menyebut tentang menyemak semula polisi afirmatif jadi bagaimanakah kerajaan akan menyelaraskan kedua dua objektif ini saya tidak kata kita akan pinda hapuskan tindakan afirmatif saya kata kita patut kekalkan apa yang saya katakan ialah kita akan semak pelaksanaannya supaya ia menjadi lebih adil lebih mesra pasaran lebih telus dan lebih berasaskan merit dan keperluan sebagai contoh jika kita mahu menghapuskan kemiskinan jika kita mahu menangani 40 peratus populasi yang berpendapatan kurang rm1 500 sebulan kita juga harus menjaga kebajikan bukan melayu dan bukan bumiputera juga bila kita bercakap tentang bumiputera ia bukan sahaja mengenai melayu ia juga tentang kadazan iban bidayuh dan lain lain mereka juga bumiputera dan mereka ada hak yang sama apa yang saya cuba katakan ialah kita tidak sepatutnya terlalu taksub dengan satu pandangan tetapi biarlah kita melihat dengan cara yang akan memberikan perasaan bersatu sebagai satu negara dan satu masyarakat tetapi tindakan afirmatif tetap kekal kerana kedudukan bumiputera yang masih tidak mencapai taraf yang sepatutnya yang bermakna kita harus meneruskan tetapi pada masa yang sama memperbetulkan kelemahan kelemahan yang jelas kelihatan dalam cara pelaksanaan kita sebelum ini tetapi sehingga kini masih terdapat keraguan tentang tender terbuka selalu dibincangkan bahawa tender terbuka tidak sebenarnya terbuka menyentuh tentang ketelusan adakah datuk seri akan mengubah perkara ini di bawah pentadbiran datuk seri saya ingin beritahu bahawa tender terbuka adalah benar benar terbuka sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dan ia akan disiarkan dalam portal kementerian kewangan orang ramai boleh memeriksa sendiri contohnya jika anda membida dan anda tidak berjaya anda boleh tahu siapa yang berjaya dan anda akan tahu harga yang ditawarkan oleh syarikat yang dianugerahkan tender itu jadi rakyat boleh mengkritik kerajaan jika mereka rasa proses itu tidak adil mengenai kerjasama trans pasifik dengan amerika syarikat kita telah pun mengadakan lapan pusingan rundingan dengan amerika mengenai perjanjian dagangan bebas fta dan sekarang mereka bercakap tentang tpp adakah malaysia akan menyertainya bukankah ia memalukan selepas rundingan sebanyak lapan kali diabaikan fta adalah sesuatu yang kompleks hinggakan di negara yang telah bersetuju untuk melaksanakan fta sebahagian daripada segmen populasi seperti di korea selatan mereka mengadakan demonstrasi serius terhadap fta korea selatan amerika syarikat jadi fta tidak pernah jelas ia adalah perjanjian yang kompleks dan mengambil masa untuk dipersetujui kini terdapat perubahan pentadbiran washington jika ini adalah pentadbiran republican mereka mungkin akan terus bercakap dengan kita tentang fta pelbagai hala tetapi pentadbiran baharu ini lebih suka bekerja dalam rangka kerja pelbagai hala dan malaysia akan menimbangkan untuk menyertai tpp tetapi berdasarkan apa yang kita boleh terima inilah yang kita rundingkan kita telah bersetuju pada dasarnya untuk menyertai tpp jadi kita kini harus memulakan rundingan serius yang akan mengambil masa yang lama kerana kebanyakan isu sukar untuk diselesaikan tetapi saya tidak rasa ia tidak dapat diatasi adakah datuk seri kecewa apabila rakyat media parti politik dan semua orang di dalam dan di luar kerajaan menyalahkan datuk seri ke atas segala galanya setiap kesilapan dalam negara dan segala masalah hinggakan masalah tanah runtuh mereka salahkan datuk seri saya rasa rakyat tidak berlaku adil saya rasa rakyat sedar bahawa ada perkara yang di luar kuasa kita ini hanyalah risiko jawatan saya saya harus menerimanya saya rasa ini juga terpakai kepada ketua ketua kerajaan di seluruh dunia dengan syarat rakyat tidak terlalu tidak munasabah jika bola golf mereka tidak memasuki lubang mereka tidak boleh menyalahkan saya perdana menteri saya tahu manusia boleh menjadi tidak munasabah tetapi mereka harus tahu ia ada hadnya saya cuma lakukan yang terbaik saya tidak terlalu bimbang tentang itu saya bekerja keras dan saya bekerja hingga larut malam dan saya serius tentang mengubah negara ini dan waktunya akan tiba apabila rakyat mengadili saya dan saya yakin rakyat malaysia akan menghakimi saya dengan adil bernama dicatat oleh rey 1 ulasan label kepimpinan dan organisasi selasa mac 30 2010 harapan meb penentu utama kepada kesemua aspek ini adalah ekonomi rakyat rakyat mengharapkan lebih banyak lagi peluang peluang pekerjaan tidak kiralah sama ada makan gaji mahupun menjalankan perniagaan menjana lebih banyak lagi peluang pekerjaan kepada rakyat adalah sesuatu yang dinanti nantikan oleh rakyat jangan biarkan rakyat hidup bergelandangan tanpa pekerjaan dan hala tuju tunaikan harapan rakyat berbilang kaum perdana menteri datuk seri najib tun razak sekali lagi akan mengumumkan pelan transformasi yang amat penting untuk ekonomi rakyat yang dikenali sebagai model ekonomi baru meb sejak memegang tampuk pemerintahan tertinggi negara hampir setahun yang lalu beliau telah memperkenalkan gagasan 1malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan disusuli pula dengan budaya kerja berdasarkan petunjuk prestasi utama kpi program transformasi kerajaan ptk dan enam bidang keberhasilan utama negara nkra bagi kaca mata rakyat meb yang akan diumumkan nanti merupakan satu medan terbaik untuk kerajaan bagi mengatur strategi memperkukuhkan lagi ekonomi rakyat secara holistik melibatkan semua peringkat rakyat yang berbilang kaum sama ada di bandar mahupun di luar bandar termasuklah golongan orang kurang upaya oku kerajaan juga mestilah responsif dengan segala masalah rakyat bagi memastikan rakyat dapat menyesuaikan diri dengan kemajuan yang ingin dikecapi jika rakyat tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam menghadapi pelbagai tekanan kesan daripada pembangunan negara yang pesat dikhuatiri pelbagai penyakit akan menimpa rakyat seperti sakit mental dan pelbagai masalah sosial serta keruntuhan institusi kekeluargaan ini kerana rakyatlah merupakan golongan terpenting yang sepatutnya mendapat manfaat daripada meb justeru berjayanya meb bergantung sepenuhnya kepada sejauh mana kerajaan menunaikan segala amanah dan harapan rakyat yang diberikan kepadanya secara umumnya rakyat mahukan kehidupan yang makmur sejahtera selesa dan menggembirakan ini merangkumi semua aspek kehidupan rakyat sama ada pendidikan keselamatan kesihatan beribadat kelestarian alam sekitar dan sebagainya penentu utama kepada kesemua aspek ini adalah ekonomi rakyat rakyat mengharapkan lebih banyak lagi peluang peluang pekerjaan tidak kiralah sama ada makan gaji mahupun menjalankan perniagaan menjana lebih banyak lagi peluang pekerjaan kepada rakyat adalah sesuatu yang dinanti nantikan oleh rakyat jangan biarkan rakyat hidup bergelandangan tanpa pekerjaan dan hala tuju rakyat juga mengharapkan pendapatan yang diperoleh setimpal dengan kelayakan dan pengalaman mereka bayangkan 10 tahun yang lalu gaji permulaan seorang graduan perakaunan di sektor swasta sama seperti pada masa kini sedangkan kos sara hidup rakyat telah naik berlipat kali ganda dalam tempoh yang sama bayangkan juga tidak sampai lima tahun yang lepas harga sebuah rumah teres dua tingkat di kedah boleh dimiliki di bawah rm150 000 tetapi kini rata rata harganya melebihi rm200 000 mana mungkin rakyat yang berpendapatan di bawah rm3 000 mampu membelinya sedangkan m...
|