Meta tags:
Headings (most frequently used words):
december, 2009, petua, sunday, january, 2010, friday, klik, saya, di, percutian, teacher, rahila, 31, 20, thursday, 17, wednesday, 16, saturday, 12, 11, about, me, followers, dalam, talian, pesanan, rakan, guru, sahabat, blogger, blog, archive, iklanika, hilangkan, jeragat, muka, menaikkan, seri, wajah, menghilangkan, bau, badan, tip, maal, hijrah, jimat, untuk, orang, perempuan, sahaja, pulau, pangkor,
Text of the page (most frequently used words):
dan (26), ini (23), air (18), petua (17), yang (17), dengan (17), saya (16), daripada (11), untuk (11), years (10), ago (10), #teacher (10), rahila (10), kami (10), bunga (10), dalam (9), sehingga (8), tiga (8), limau (8), kepada (7), comments (7), posted (7), selepas (7), itu (7), kaki (7), boleh (7), bilik (7), december (6), 2009 (6), guru (6), anak (6), orang (6), percutian (6), seperti (6), oleh (6), juga (6), badan (6), blog (5), seorang (5), lebih (5), hari (5), bersama (5), atau (5), kali (5), keluarga (5), tidak (5), lebihkan (5), muka (4), ialah (4), pulau (4), pangkor (4), allah (4), kemudian (4), cara (4), baca (4), semasa (4), tahun (4), lain (4), aktiviti (4), tempat (4), sirih (4), tersebut (4), bau (4), nipis (4), klik (3), menaikkan (3), seri (3), wajah (3), jeragat (3), january (3), 2010 (3), ibu (3), masih (3), sini (3), kanan (3), kiri (3), dua (3), sebanyak (3), dari (3), makan (3), bercuti (3), ada (3), tinggal (3), rumah (3), amat (3), malam (3), bagi (3), minum (3), digunakan (3), beliau (3), setelah (3), mandi (3), pemandian (3), sebati (3), kering (3), suam (3), beras (3), kunyit (3), hilangkan (2), tak (2), mana (2), followers (2), blogger (2), sekolah (2), pintu (2), kembali (2), lepas (2), view (2), ramai (2), posts (2), friday (2), pun (2), satu (2), diamalkan (2), suami (2), jika (2), setiap (2), serapah (2), seluruh (2), tubuh (2), duduk (2), tumit (2), tulang (2), punggung (2), atas (2), akan (2), kedua (2), tangan (2), sambil (2), kepala (2), diberikan (2), nenek (2), akibat (2), sama (2), pada (2), amalkan (2), perempuan (2), sahaja (2), masa (2), anda (2), dapat (2), selama (2), taiping (2), pula (2), menginap (2), sebuah (2), termasuk (2), ruang (2), berhawa (2), dingin (2), harga (2), berpatutan (2), iaitu (2), banyak (2), bukit (2), hanya (2), murid (2), nipah (2), pelbagai (2), telefon (2), palma (2), sempat (2), baru (2), perbelanjaan (2), resort (2), serta (2), berwatak (2), rebusan (2), meminum (2), sebelum (2), lima (2), gelas (2), menjadi (2), sehari (2), hilang (2), insya (2), kaedah (2), berada (2), alhamdulillah (2), mengamalkan (2), biasa (2), sunday (2), matahari (2), bilas (2), jangan (2), biarkan (2), surah (2), nur (2), masukkan (2), kelopak (2), zam (2), apa (2), bahan (2), bisa (2), sapukan (2), ramuan (2), putih (2), telur (2), sapuan (2), benar (2), sedikit (2), skip (2), disini, iklanika, october, archive, happy, merry, christmas, umi_e, tahu, macam, nak, masuk, umi, masyitah, bubur, jagung, durian, erna, situasi, sebenar, aziezah, sahabat, pbs, pentaksiran, berasaskan, cikgu, khairiza, syurga, neraka, bangkit, novel, review, dia, cinta, kucari, rehan, makhtar, salwa, dah, setahun, rupanya, bersawang, teman, pon, nursyamnurqamar, wish, klcitizen, rakan, shoutmix, chat, widget, shoutbox, pesanan, counters, casino, spiele, talian, complete, profile, isteri, tujuh, about, subscribe, atom, home, older, model, zurina, amira, samsudin, pernah, berikan, seseorang, telah, keluar, salah, rancangan, tengah, jumaat, anjuran, jakim, elok, rajin, buat, bangun, tidur, berbunyi, engkau, baik, pulih, anggota, badanku, sediakala, teruna, dara, dihimpit, naikkan, peha, tekan, lutut, mencecah, lantai, secara, automatik, menolak, ulangi, tadi, sebelah, lagi, melunjur, depan, menyentuh, jari, selawat, dilurutkan, hingga, petuanya, urut, menuntut, itm, shah, alam, 1986, terjatuh, tangga, dewan, cempaka, diulang, berkenaan, mengurut, melahirkan, sulung, 1988, saturday, sesiapa, belum, berbuat, demikian, mengikut, jejak, aya, sangat, berpuas, hati, meskipun, hotel, mewah, penting, berkualiti, dimanfaatkan, sepenuhnya, empat, bajet, keseluruhan, begitu, rendah, sekali, homestay, bandar, kamunting, lengkap, peralatan, dapur, mesin, basuh, peti, sejuk, mengandungi, tamu, utama, sewaannya, rm60, semalam, pelancong, terdapat, kawasan, perangin, larut, zoo, night, safari, merah, laketown, minit, perjalanan, ingin, membawa, mendapatkan, pakej, istimewa, pelajar, mas, disediakan, riadah, 017, 5602849, nota, 012, 5302404, melawat, bersejarah, batu, bersurat, kota, belanda, sekeluarga, seramai, pembantu, pergi, memandangkan, awal, hadapan, memerlukan, persekolahan, besar, maka, cuba, mengurangkan, menyewa, buah, bernama, teluk, selesa, dihuni, sebilik, dikenakan, sewa, rm380, diskaun, seumpama, kerana, sepatutnya, memberi, tumpuan, adalah, perkara, membuat, snorkling, island, hopping, sukan, berkayak, jet, ski, banana, ride, jungle, tracking, jimat, wednesday, mufti, dai, bercakap, berubah, sikap, cenderung, mengherdik, mendidik, berkonfrantasi, bertoleransi, mengutuk, membentuk, menghina, membina, berbual, berama, tip, maal, hijrah, thursday, mencuci, alat, feminin, faham, fahamlah, selain, menjarangkan, datang, bulan, membersihkan, kotoran, rahim, helai, daun, direbus, kuantiti, kurang, anggaran, suku, cawan, kawan, lalu, menurut, kampungnya, indonesia, wanita, diceraikan, menyenangkan, sesebuah, badannya, memenuhi, ruangan, bergaul, bertemu, jodoh, menghilangkan, sekian, selamat, mencuba, bertawakallah, waktu, paling, afdal, apabila, tegak, tergelincir, lakukan, mulakan, terlebih, dahulu, mengakhiri, siraman, bercampur, selesai, dilap, dikeringkan, meramas, fatihah, potongan, ayat, allahu, nurus, tiwal, ard, nurrun, alan, salawat, nabi, mangkuk, berisi, diramas, dihiris, ditanggalkan, mineral, paip, purut, kasturi, bungaan, wangi, bersari, ros, cina, kenanga, ingat, semua, dibuat, malah, mendatangkan, mudarat, mempunyai, zat, bawah, turun, membuang, peroleh, bidan, kampung, mengamalkannya, dapati, kesan, amatlah, meyakinkan, kecuali, mata, cuci, rendam, lembut, tumbuk, beberapa, butir, bancuh, gaul, kesemuanya, supaya, siap, bancuhan, rata, barulah, dibilas, demi, berkongsi, pengalaman, kira, mereka, sidebar, main, and, myspace, layouts, click, here, for, templates, pyzam, com,
Text of the page (random words):
teacher rahila pyzam com click here for blogger templates and myspace layouts skip to main skip to sidebar teacher rahila blog ini menjadi ruang kepada saya berkongsi pengalaman dengan guru guru tidak kira di mana sahaja mereka berada sunday january 31 2010 hilangkan jeragat di muka kunyit kaedah cuci beras dan rendam sehingga lembut kemudian tumbuk beras tersebut bersama beberapa butir kunyit lepas itu bancuh dengan air limau nipis dan masukkan putih telur gaul kesemuanya supaya sebati setelah siap sapukan bancuhan tersebut ke muka sehingga rata biarkan sapuan itu kering selepas sapuan benar benar kering barulah dibilas dengan air suam amalkan petua ini setiap malam insya allah jeragat akan hilang sedikit demi sedikit ramuan beras kunyit limau nipis putih telur dan air suam sapukan ramuan ke seluruh muka kecuali mata kemudian bilas dengan air suam posted by teacher rahila at 5 29 am 23 comments friday january 8 2010 petua menaikkan seri wajah di bawah ini saya turun satu petua untuk menaikkan seri wajah petua ini juga digunakan oleh ramai orang untuk membuang bisa bisa di badan petua ini saya peroleh daripada seorang bidan kampung setelah mengamalkannya saya dapati kesan mengamalkan petua ini amatlah meyakinkan alhamdulillah bahan bahan 1 bunga bungaan wangi yang bersari seperti bunga ros bunga cina bunga kenanga dan lain lain ingat tidak semua bunga boleh dibuat mandi malah boleh mendatangkan mudarat dan ada juga yang tidak mempunyai zat apa apa 2 limau nipis atau limau purut atau limau kasturi 3 air zam zam atau air mineral atau air paip cara cara 1 bunga ditanggalkan kelopak hanya kelopak digunakan 2 limau dihiris nipis 3 masukkan limau dan bunga ke dalam mangkuk yang berisi air dan diramas sehingga sebati 4 sambil meramas bunga baca surah al fatihah potongan ayat daripada surah an nur dari allahu nurus sama wa tiwal ard nurrun alan nur dan baca salawat ke atas nabi s a w 5 selepas bunga dan air sebati mulakan pemandian bilas badan dengan air biasa terlebih dahulu sebelum mengakhiri pemandian dengan siraman air bercampur bunga dan limau selesai mandi tubuh jangan dilap jangan dikeringkan biarkan ia kering di badan 6 waktu yang paling afdal untuk mandi ialah apabila matahari tegak di kepala dan semasa tergelincir matahari lakukan pemandian sebanyak 2 kali sehari selamat mencuba dan bertawakallah kepada allah sekian posted by teacher rahila at 8 13 pm 14 comments sunday december 20 2009 petua menghilangkan bau badan petua ini diberikan kepada saya oleh seorang kawan 15 tahun yang lalu menurut beliau di kampungnya di indonesia ada seorang wanita diceraikan suami akibat bau badan yang tidak menyenangkan sehingga jika beliau berada di dalam sesebuah bilik bau badannya memenuhi ruangan bilik tersebut alhamdulillah setelah mengamalkan petua ini beliau dapat bergaul seperti biasa dan bertemu jodoh kembali kaedah lima helai daun sirih direbus dalam lima gelas air sehingga kuantiti air itu menjadi lebih kurang tiga gelas minum air tersebut dalam anggaran tiga suku cawan sebanyak tiga kali sehari sehingga hilang bau badan insya allah selain itu petua ini juga boleh diamalkan untuk menjarangkan anak bagi orang perempuan iaitu dengan cara meminum air rebusan sirih ini tiga hari sebelum datang bulan dengan meminum air sirih ini ia juga boleh membersihkan kotoran dalam rahim rebusan air sirih ini juga boleh digunakan untuk mencuci alat feminin faham fahamlah ye posted by teacher rahila at 7 24 am 10 comments thursday december 17 2009 tip maal hijrah lebihkan berama l daripada berbual lebihkan membina daripada menghina lebihkan membentuk daripada mengutuk lebihkan bertoleransi daripada berkonfrantasi lebihkan mendidik daripada mengherdik cenderung berubah sikap daripada banyak bercakap lebih berwatak dai daripada berwatak mufti posted by teacher rahila at 3 55 pm 10 comments wednesday december 16 2009 percutian jimat baru baru kami sekeluarga seramai 9 orang termasuk pembantu rumah pergi bercuti ke pulau pangkor dan taiping memandangkan awal tahun hadapan memerlukan perbelanjaan persekolahan yang besar maka kami cuba mengurangkan perbelanjaan untuk percutian kali ini di pulau pangkor kami menyewa tiga buah bilik berhawa dingin di sebuah resort bernama palma teluk nipah resort ini amat selesa dihuni oleh 3 4 orang dalam sebilik harga yang dikenakan untuk tiga bilik yang kami sewa ialah rm380 selepas diskaun untuk dua 2 malam bagi kami bilik seumpama ini amat berpatutan kerana percutian keluarga sepatutnya lebih memberi tumpuan kepada aktiviti bersama keluarga serta makan dan minum tempat tinggal adalah perkara kedua semasa di pulau pangkor kami sempat membuat pelbagai aktiviti seperti snorkling island hopping sukan air berkayak jet ski dan banana ride serta jungle tracking kami sempat juga melawat tempat tempat bersejarah seperti batu bersurat dan kota belanda no telefon palma 012 5302404 nota bagi guru guru yang ingin membawa murid murid bercuti anda boleh mendapatkan pakej istimewa untuk pelajar di nipah mas dengan disediakan tempat tinggal makan minum dan pelbagai aktiviti riadah no telefon 017 5602849 di taiping pula kami menginap di sebuah rumah percutian homestay di bandar kamunting yang lengkap dengan peralatan dapur mesin basuh peti sejuk dan lain lain rumah ini mengandungi tiga bilik termasuk ruang tamu dengan bilik utama berhawa dingin harga sewaannya pula amat berpatutan iaitu rm60 semalam di sini kami menginap selama dua 2 malam banyak aktiviti pelancong terdapat di sini seperti kawasan perangin bukit larut zoo dan night safari dan bukit merah laketown hanya 15 minit perjalanan s aya sangat berpuas hati dengan percutian keluarga pada kali ini meskipun tidak tinggal di hotel mewah lebih penting daripada itu masa berkualiti bersama keluarga dapat dimanfaatkan sepenuhnya selama empat 4 hari dengan bajet keseluruhan yang begitu rendah sekali sesiapa yang masih belum bercuti bersama keluarga masa masih ada untuk berbuat demikian dan anda boleh mengikut jejak kami posted by teacher rahila at 5 33 am 10 comments saturday december 12 2009 petua untuk orang perempuan sahaja petua ini diberikan kepada saya oleh seorang nenek urut semasa saya menuntut di itm shah alam tahun 1986 akibat terjatuh dari tangga di dewan makan cempaka petua yang sama diulang oleh nenek berkenaan semasa mengurut saya selepas melahirkan anak sulung pada tahun 1988 petua ini saya amalkan sehingga ke hari ini petuanya ialah duduk dengan tumit kanan dihimpit oleh tulang punggung kaki kiri dan naikkan kaki kiri ke atas peha kanan kemudian tekan lutut kaki kiri sehingga mencecah ke lantai secara automatik tumit kanan akan menolak tulang punggung ke dalam ulangi cara tadi dengan kaki yang sebelah lagi selepas itu duduk dengan kaki yang melunjur ke depan kedua dua tangan menyentuh ibu jari kaki baca selawat sebanyak tiga kali kemudian baca serapah ini sambil tangan dilurutkan dari kaki hingga ke kepala serapah itu berbunyi ya allah engkau baik pulih seluruh anggota tubuh badanku seperti sediakala teruna dan dara petua ini elok diamalkan selepas bersama dengan suami atau pun jika rajin buat setiap hari selepas bangun daripada tidur petua ini pernah saya berikan kepada seseorang dan telah pun keluar dalam salah satu rancangan tv tengah hari jumaat anjuran jakim model zurina amira samsudin posted by teacher rahila at 7 39 am 13 comments friday december 11 2009 percutian di pulau pangkor posted by teacher rahila at 10 08 am 1 comments older posts home subscribe to posts atom about me teacher rahila saya seorang isteri dan ibu kepada tujuh orang anak di sekolah anak anak saya lebih ramai view my complete profile klik saya followers dalam talian casino spiele counters pesanan view shoutbox shoutmix chat widget rakan guru klcitizen my wish 6 years ago nursyamnurqamar anak teman pon tak lepas 8 years ago ibu guru masih di sini dah setahun rupanya blog ni bersawang 11 years ago salwa novel review dia cinta yang kucari rehan makhtar 11 years ago bangkit kembali pintu syurga vs pintu neraka 12 years ago cikgu khairiza pbs pentaksiran berasaskan sekolah 14 years ago sahabat blogger aziezah situasi sebenar ialah 5 years ago erna bubur jagung durian 6 years ago umi masyitah saya tak tahu macam mana nak masuk ke blog followers blog saya 9 years ago umi_e happy merry christmas 13 years ago blog archive 2010 2 january 2 hilangkan jeragat di muka petua menaikkan seri wajah 2009 9 december 8 october 1 iklanika klik disini klik saya
|