Meta tags:
description= Buku didahulukan Ilmu diutamakan;
Headings (most frequently used words):
pss, pusat, sumber, post, navigation, tahun, 2013, video, kemaskini, aplikasi, smk, tagasan, main, menu, sudah, bulan, pada, 2014, badan, pengawas, mesyuarat, pertama, sambutan, hari, guru, persembahan, majlis, aku, janji, pelajar, suasana, transformasi, cuti, untuk, button, badge, dan, site, is, under, maintenance, facebook, artikel, baru, arkib, kategori, nilam, iq, pautan, info, kalendar, buku, didahulukan, ilmu, diutamakan,
Text of the page (most frequently used words):
pss (80), yang (66), dan (50), untuk (37), ini (34), 2013 (32), dalam (32), perpustakaan (31), buku (30), tidak (23), baru (21), sekolah (21), lebih (18), itu (17), program (16), dengan (16), mereka (15), kedai (14), tahun (12), juga (12), guru (11), pengawas (11), pada (11), sudah (11), pelajar (11), akan (11), tempat (11), khususnya (10), admin (10), posted (10), kepada (10), sumber (9), hari (9), lagi (9), seperti (9), pusat (8), 2014 (8), satu (8), orang (8), pengumuman (7), pertama (7), negara (7), oleh (7), ilmu (7), banyak (7), sebagai (7), pelbagai (7), tugas (7), malaysia (6), proses (6), kemaskini (6), dapat (6), menjadi (6), gpm (6), suasana (6), sekali (6), gus (6), saya (6), sahaja (6), kafe (6), pengunjung (6), pengurusan (6), minat (6), ramai (6), menarik (6), dari (6), begitu (6), may (5), video (5), bulan (5), masih (5), lain (5), lama (5), semoga (5), assalamualaikum (5), membantu (5), walaupun (5), kita (5), mungkin (5), faktor (5), bukan (5), malah (5), meningkatkan (5), library (5), berbanding (5), namun (5), aktiviti (5), menjalankan (5), com (4), smk (4), tagasan (4), petikan (4), motivasi (4), 2012 (4), mesyuarat (4), rak (4), terbaik (4), akhirnya (4), barang (4), semangat (4), salam (4), sejahtera (4), cuti (4), mac (4), menyebabkan (4), pembacaan (4), telah (4), mengapa (4), sendiri (4), kemudahan (4), membaca (4), datang (4), diri (4), secara (4), bagi (4), dibuka (4), rasmi (4), keadaan (4), semua (4), tingkatan (4), pihak (4), membangunkan (4), bakti (4), dugaan (4), sedikit (4), cukup (4), site (3), this (3), wordpress (3), april (3), info (3), aplikasi (3), berita (3), sambutan (3), badan (3), penting (3), gambar (3), dikemaskini (3), bahan (3), feb (3), tarikh (3), sanggup (3), turun (3), sekadar (3), bernama (3), mohd (3), yunus (3), membenarkan (3), pergi (3), berjaya (3), jumlah (3), memberi (3), selain (3), adalah (3), berada (3), bahawa (3), sekiranya (3), gedung (3), mph (3), kerana (3), seni (3), turut (3), bersama (3), kajian (3), diberikan (3), bukanlah (3), perkara (3), seseorang (3), ada (3), bangunan (3), atau (3), hanya (3), persekolahan (3), beberapa (3), semasa (3), media (3), permulaan (3), hampir (3), dibangunkan (3), amanah (3), mengajar (3), kembara (3), diamanahkan (3), semula (3), bantuan (3), sistem (3), tanggungjawab (3), website (2), required (2), content (2), log (2), sign (2), subscribed (2), subscribe (2), blog (2), portal (2), bptn (2), panduan (2), artikel (2), facebook (2), older (2), posts (2), post (2), navigation (2), pula (2), label (2), memberikan (2), warga (2), pembelajaran (2), button (2), badge (2), sebab (2), berkunjung (2), beroperasi (2), nanti (2), operasi (2), waktu (2), dipermudahkan (2), perancangan (2), sedemikian (2), berlaku (2), disebabkan (2), senario (2), pernah (2), sana (2), boleh (2), kopi (2), meja (2), mesra (2), pengguna (2), kata (2), pinjaman (2), sebanyak (2), keterbukaan (2), berdasarkan (2), county (2), membawa (2), ruang (2), memilih (2), kalau (2), kebanyakan (2), the (2), connecticut (2), brooklyn (2), main (2), new (2), menjamu (2), selera (2), lokasi (2), agak (2), ketinggalan (2), itulah (2), suka (2), borders (2), bidang (2), pandangan (2), malam (2), menjadikannya (2), temuramah (2), kolej (2), ditanya (2), menggunakan (2), ialah (2), koleksi (2), cenderung (2), sesuatu (2), rujukan (2), tanpa (2), membeli (2), ternama (2), kinokuniya (2), sentiasa (2), pemilihan (2), budaya (2), tetapi (2), berubah (2), mahu (2), kepentingan (2), persekitaran (2), kehidupan (2), manusia (2), serta (2), membentuk (2), dilakukan (2), berkaitan (2), terhadap (2), apa (2), berkenaan (2), kewujudan (2), teknologi (2), jualan (2), golongan (2), mana (2), memerlukan (2), institusi (2), kanak (2), dunia (2), tatkala (2), selepas (2), dijalankan (2), sama (2), macam (2), penggal (2), apr (2), multimedia (2), majlis (2), aku (2), janji (2), dihasilkan (2), unit (2), jun (2), kehadiran (2), kerjasama (2), bantu (2), hati (2), kenangan (2), setakat (2), terima (2), kasih (2), memantapkan (2), terus (2), masa (2), seketika (2), tetap (2), kekurangan (2), pelaksana (2), kurangnya (2), sejarah (2), menawarkan (2), demi (2), dilaksanakan (2), diisi (2), perhatian (2), mengambil (2), seorang (2), isi (2), tingkat (2), ajk (2), didahulukan (2), diutamakan (2), get, started, design, like, with, name, email, write, comment, loading, comments, collapse, bar, manage, subscriptions, view, reader, report, privacy, already, have, account, now, create, free, 2026, kalendar, kementerian, pelajaran, pkg, semporna, dewan, bahasa, pustaka, sabah, pautan, nilam, kategori, october, november, january, february, june, july, arkib, penyelenggaraan, update, perihal, profil, under, maintenance, bawah, berjalan, berdedikasi, sedang, memproses, menunjukkan, diletakkan, perkhidmatan, mendapatkan, ditempah, sampai, bertuah, apabila, tiga, meneruskan, semangatnya, biarpun, masalah, pengangkutan, urusan, makluman, perkembangan, terkini, kasar, membuka, dijangkakan, akhbar, bertarikh, bagaimanapun, ujar, mengulas, lanjut, takut, air, minuman, tumpah, merosakkan, wujudnya, esplanade, singapura, bawa, sangat, asalkan, jaga, tatasusila, mempunyai, strategi, menempatkan, starbucks, lapan, juta, setahun, rekod, dicatatkan, multnomah, portland, oregon, muffin, sememangnya, keselesaan, dibenarkan, alasan, dilihat, barat, farminton, hartford, public, york, burlington, jersey, kafenya, berdekatan, memudahkan, bermaksud, membuat, spekulasi, dilengkapi, selalunya, bersesuaian, iaitu, pemisahan, antaran, himpunan, salah, menyatakan, penyediaan, ataupun, beli, melalui, online, amazon, katanya, dicari, susah, hendak, cari, diakui, koreografer, penari, terkenal, joseph, gonzales, tembual, sehingga, selesa, hasil, seolah, olah, respon, khusus, mencukupi, date, satunya, harus, diingat, genre, memainkan, peranan, yakni, tarikan, laporan, profesor, merangkap, pustakawan, college, renee, feinberg, menyedari, gemar, barnes, noble, journal, apatah, adanya, paksaan, dibanjiri, suasananya, santai, susunan, perabot, penataan, cahaya, lampu, secukupnya, bina, moden, kontemporari, warna, beliau, pensyarah, fakulti, tari, akademi, warisan, kebangsaan, aswara, berpandangan, perlu, mematuhi, peraturan, kempen, pun, fizikal, membuatkan, rasa, tiba, masanya, ismail, maaf, cakaplah, saiz, besar, hambar, malap, langsung, ceria, terlalu, skema, sudut, menekankan, seharian, bekerja, pencinta, terdapat, mewujudkan, hobi, seumpamanya, menghairankan, percuma, ditawarkan, daripada, diperkatakan, menafikan, dakwaan, mematikan, berbentuk, konvensional, sebaliknya, meruangi, pesta, berkonsepkan, gudang, pay, less, books, melabelkan, percaturan, tepat, hebat, iphone, ipad, blackberry, membolehkan, walhal, objektif, luas, termasuk, masyarakat, komuniti, hanyalah, sebuah, pencarian, melengkapkan, penyelidikan, menganggap, sesuai, penuntut, pengajian, tinggi, melepasi, bosan, terpaksa, jawapan, jujur, perlukan, perubahan, transformasi, berikut, antara, belajar, indoor, game, kelas, tambahan, asrama, pembentangan, tugasan, pra, universiti, mengadakan, kursus, asas, jika, mengizinkan, dipersembahkan, pmr, spm, persembahan, alhamdulillah, selesai, pk1, pendorong, hadir, melakukan, diharapkan, perbincangan, menghadirkan, sikap, dedikasi, image, jul, minit, peringkat, anjuran, pameran, iktiraf, kuiz, bulanan, bicara, pengambilan, taklimat, orientasi, terhingga, terlibat, berusia, jasa, khidmat, segala, tunjuk, ajar, disemat, saubari, kini, berusaha, baik, sokongan, pentadbir, mendorong, mantap, ujian, kadang, kala, menerjah, terabai, ujianhadir, mengenal, erti, perjuangan, sebenar, dipilih, pastinya, membangunan, platform, dinamik, disember, berlangsung, serba, menyediakan, dipelajari, nasihat, usaha, diucapkan, dikelolakan, kuat, btp, semenanjung, sekurang, melaksanakan, merupakan, diterima, pelaksanaan, diilhamkan, bertujuan, segi, sejajar, fungsi, diberi, peluang, bangun, dibantu, dilantik, komited, melihat, diwujudkan, normal, kelemahan, perfailan, belum, sementara, mampu, komitmen, merekabentuk, samping, menunaikan, beriringan, harapan, direalisasikan, sepenuhnya, pentaksiran, serius, peperiksaan, awam, bentuk, terjejas, jadual, padat, memikirkan, hala, tuju, permulaannya, memeritkan, bergelar, memindahkan, peralatan, rakan, adik, mencabar, mengangkut, kerusi, mudah, berkat, kesungguhan, tempoh, pemindahan, berat, cetek, tentang, zaman, pengerusi, menyalahkan, terdahulu, inilah, alam, pekerjaan, penuh, mei, semakin, membesar, sejak, makin, membesarkan, dirinya, dikatakan, menghidupkan, bermula, kosong, arahan, alih, terpinga, pinga, memulakan, hubungi, kami, kerja, induk, carta, organisasi, visi, misi, penubuhan, maklumat, home, skip, menu,
Text of the page (random words):
sar di tempat dan suasana baru hampir 1 tahun 2 bulan lebih sejak dibuka pada 15 mac 2013 secara tidak rasmi pss makin membesarkan dirinya di tempat yang baru boleh dikatakan permulaan menghidupkan semula pss khususnya di tempat baru bermula dari kosong arahan untuk mengambil alih dalam keadaan terpinga pinga untuk memulakan pss yang baru ilmu yang begitu cetek tentang dunia pss walaupun zaman persekolahan pernah menjadi pengerusi pss bukanlah satu panduan yang cukup untuk membentuk semula pss di sekolah ini tidak mahu menyalahkan pihak terdahulu mungkin inilah dugaan alam pekerjaan bagi seorang guru baru untuk diamanahkan menjalankan tanggungjawab yang penuh dugaan permulaannya cukup memeritkan cuti sekolah tahun 2012 tahun pertama bergelar seorang guru diisi dengan memindahkan semua peralatan dan isi isi pss dari tempat lama ke tempat yang baru bantuan beberapa rakan dan adik menjalankan tanggungjawab ini keadaan ini sudah cukup memberi dugaan yang mencabar mengangkut barang kerusi meja dari tingkat 3 bangunan lama ke tingkat 4 bangunan baru bukanlah tugas mudah berkat kesungguhan mereka yang membantu dalam tempoh 2 hari akhirnya proses pemindahan barang barang yang berat berjaya dilakukan permulaan tahun baru persekolahan 2013 perancangan dan merekabentuk pss di tempat baru diisi di samping menunaikan tanggungjawab sebagai guru baru di tingkatan 6 tugas dan amanah beriringan untuk dilaksanakan dengan harapan untuk direalisasikan sepenuhnya tingkatan 6 yang sudah berubah ke sistem pentaksiran baru dan memerlukan perhatian yang serius kerana pelajar tingkatan 6 akan mengambil peperiksaan awam dalam bentuk penggal sedikit terjejas perhatian untuk membangunkan pss tatkala jadual waktu mengajar yang begitu padat dan kurangnya masa untuk memikirkan hala tuju pss sedikit demi sedikit pss dibangunkan dengan bantuan guru pss yang dilantik bersama bantuan pengawas pss yang begitu komited untuk melihat pss di tempat baru akan diwujudkan hampir 3 bulan proses kemaskini pss akhirnya berjaya dibuka secara tidak rasmi pada 15 mac 2013 walaupun masih tidak seperti pss yang normal begitu banyak kekurangan begitu banyak kelemahan sistem pengurusan sistem perfailan dan kemudahan pinjaman belum cukup untuk dilaksanakan namun tetap dibuka juga kepada warga sekolah sementara dari semasa ke semasa pss dikemaskini hari demi hari pss dibangunkan dikemaskini menjalankan program setakat mana yang mampu dengan komitmen yang banyak kepada tugas tugas yang lain apa yang menjadi sejarah untuk pss baru ini pss sekolah ini merupakan pss pertama di malaysia yang diterima untuk pelaksanaan program kembara bakti guru perpustakaan dan media malaysia yang pertama di malaysia program ini diilhamkan hanya dalam facebook rasmi gpm malaysia bertujuan untuk membantu pss dalam pelbagai segi khususnya membangunkan pss itu sendiri sejajar dengan fungsi pss kepada sekolah pss sekolah ini menawarkan diri untuk diberi peluang bangun semula seperti pss yang lain walaupun ada beberapa sekolah lain yang turut sama menawarkan diri untuk dibantu akhirnya pss sekolah ini dipilih untuk kembara bakti gpm yang pertama dan pastinya sebagai gpm yang diamanahkan membangunan pss sekolah ini sedikit sebanyak menjadikannya satu platform membangunkan pss lebih dinamik lagi tarikh 12 16 disember 2013 program ini telah berlangsung dalam keadaan pss masih serba kekurangan untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada pihak pelaksana program menjalankan tugas mereka banyak perkara yang dipelajari nasihat dan motivasi diberikan dalam usaha memantapkan lagi pss sekolah ini terima kasih diucapkan kepada pihak pelaksana program kembara bakti gpm malaysia 2013 yang dikelolakan oleh orang kuat btp semenanjung kehadiran mereka ke pss sekurang kurangnya memberi semangat dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan segala tunjuk ajar dan motivasi untuk memantapkan pss sekolah ini akan terus disemat dalam saubari khususnya kepada diri gpm sendiri dan 8 orang pengawas pss yang sanggup datang membantu program ini kini pss akan terus berusaha menjadi pss yang lebih baik lagi pada masa akan datang sokongan dan kerjasama dari pentadbir khususnya mendorong pss untuk dibangunkan dengan lebih mantap lagi dugaan dan ujian kadang kala datang menerjah seketika pss terabai seketika semangat turun namun amanah tetap amanah ujianhadir mengajar untuk lebih mengenal erti perjuangan sebenar dalam kehidupan manusia terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam membangunkan pss sekolah ini di tempat yang baru walaupun sudah berusia hampir 1 tahun 2 bulan jasa dan khidmat bakti semua sentiasa dalam kenangan khususnya pss ini sendiri sekadar kenangan aktiviti pss setakat ini dalam tahun 2014 1 taklimat pss dalam orientasi pelajar tingkatan 1 2 pengambilan dan pemilihan pengawas pss baru 3 program bicara hati ke hati bersama pengawas pss lama dan baru 4 kuiz bulanan dalam pss 5 pameran dan jualan di hari iktiraf sekolah 6 program 10 minit membaca peringkat sekolah anjuran perpustakaan negara by admin posted in petikan berita 0 apr 10 2014 pss pada tahun 2014 by admin posted in pengumuman 0 jul 7 2013 image badan pengawas pss 2013 by admin posted in pengumuman 0 jun 25 2013 mesyuarat pertama pss assalamualaikum dan salam sejahtera alhamdulillah pada hari ini selesai sudah mesyuarat pertama pss pada tahun 2013 dengan kehadiran pk1 sebagai pendorong untuk guru pss yang hadir untuk melakukan yang terbaik berkenaan dengan pengurusan program dan aktiviti pss diharapkan perbincangan dalam mesyuarat memberikan permulaan baru untuk lebih menghadirkan banyak kerjasama dan sikap bantu membantu dalam program pss khususnya semoga kita semua khususnya guru guru dalam pengurusan pss dapat menjalankan tugas dengan lebih dedikasi lagi by admin posted in pengumuman 0 jun 1 2013 video sambutan hari guru 2013 video multimedia sambutan hari guru sekolah 2013 yang dihasilkan oleh unit media pusat sumber sekolah by admin posted in program 0 may 3 2013 video persembahan majlis aku janji pelajar video multimedia yang dipersembahkan semasa majlis aku janji pelajar pmr dan spm pada 20 04 2013 yang dihasilkan oleh unit media pusat sumber sekolah by admin posted in program 0 apr 30 2013 suasana pss assalamualaikum dan salam sejahtera selepas pss dibuka secara tidak rasmi pada 15 mac 2013 pelbagai aktiviti telah dijalankan khususnya di dalam pss berikut antara gambar dan suasana aktiviti yang telah dijalankan sama ada pss sebagai tempat belajar indoor game tempat kelas tambahan malam pelajar asrama pembentangan tugasan pra universiti dan macam macam lagi selepas cuti penggal persekolahan nanti pss akan mengadakan kursus asas pengawas pss dan juga beberapa program yang lain jika keadaan mengizinkan by admin posted in pengumuman 0 feb 17 2013 transformasi pusat sumber suasana di perpustakaan perlukan perubahan bosan tidak menarik dan hanya akan pergi sekiranya terpaksa sahaja itu adalah jawapan jujur yang diberikan tatkala ditanya akan pandangan orang ramai berkaitan dengan perpustakaan negara tidak sekadar itu mereka juga menganggap gedung ilmu itu hanya sesuai bagi golongan kanak kanak dan penuntut institusi pengajian tinggi serta tidak bagi mereka yang sudah melepasi dunia itu bagi komuniti ini perpustakaan hanyalah sebuah institusi pencarian atau rujukan terbaik dalam proses melengkapkan kajian atau bidang penyelidikan walhal objektif perpustakaan adalah luas termasuk meningkatkan budaya membaca masyarakat namun untuk melabelkan golongan ini tidak membaca mungkin bukan satu percaturan yang tepat ini kerana kewujudan pelbagai aplikasi teknologi hebat seperti iphone ipad blackberry membolehkan pembacaan berlaku di mana sahaja tanpa memerlukan mereka ke perpustakaan akan begitu senario sebaliknya pula meruangi kedai kedai buku ternama seperti mph kinokuniya borders dengan pesta buku seperti jualan berkonsepkan gudang pay less books jumlah pengunjung lebih ramai daripada perpustakaan itu yang dapat diperkatakan ini sekali gus menafikan dakwaan kewujudan teknologi mematikan minat mereka terhadap ilmu berbentuk konvensional buku namun apa yang menghairankan ialah mereka lebih sanggup membeli buku di kedai kedai buku berkenaan berbanding pembacaan secara percuma yang ditawarkan oleh perpustakaan negara ini mengapa bukan satu malah sudah terdapat pelbagai kajian dilakukan berkaitan dengan kepentingan kemudahan persekitaran yang menarik dalam meningkatkan atau mewujudkan minat seseorang itu terhadap sesuatu perkara hobi dan seumpamanya malah dari sudut motivasi itu juga menekankan kepentingan persekitaran dalam kehidupan seharian manusia selain dapat meningkatkan semangat bekerja ia juga dapat menarik minat serta membentuk diri seseorang untuk menjadi pencinta perpustakaan maaf cakaplah perpustakaan kita saiz sahaja besar tetapi hambar malap langsung tidak ceria dan terlalu skema kempen pelbagai pun tetapi kalau fizikal bangunan tidak menarik akan membuatkan orang tidak minat ke perpustakaan sebab itulah saya rasa sudah tiba masanya perpustakaan berubah sekiranya mahu menarik lebih ramai yang datang kata mohd yunus ismail beliau yang juga pensyarah fakulti tari di akademi seni budaya dan warisan kebangsaan aswara turut berpandangan pengurusan perpustakaan yang agak tidak mesra pengguna seperti perlu mematuhi pelbagai peraturan menyebabkan orang ramai lebih cenderung ke kedai buku bukan sahaja suasananya yang lebih santai malah susunan buku perabot penataan cahaya lampu secukupnya seni bina yang lebih moden kontemporari pemilihan warna sekali gus menarik minat orang ramai untuk memilih kedai buku berbanding perpustakaan apatah lagi pengurusan kedai buku yang membenarkan pengunjung membaca tanpa adanya paksaan membeli menjadi faktor penting mengapa kedai buku ternama seperti mph kinokuniya sentiasa dibanjiri orang ramai ketinggalan faktor suasana bukanlah satu satunya perkara yang menyebabkan seseorang itu lebih cenderung ke kedai buku berbanding perpustakaan harus diingat koleksi genre yang ada di sesuatu perpustakaan itu juga memainkan peranan penting yakni sebagai faktor tarikan ke gedung ilmu itu dalam satu laporan artikel oleh library journal profesor yang juga merangkap pustakawan rujukan di brooklyn college renee feinberg menyedari bahawa kebanyakan pelajar kolej lebih gemar menggunakan kedai buku barnes noble sebagai perpustakaan mereka ini berdasarkan hasil temuramah dengan 20 pelajar kolej dalam temuramah itu mereka ditanya mengapa menggunakan kedai buku seolah olah seperti perpustakaan dan respon yang diberikan ialah buku lebih up to date lebih khusus koleksi banyak dan mencukupi selain itu kedai buku yang beroperasi sehingga malam berbanding perpustakaan menyebabkan mereka selesa menjadikannya sebagai perpustakaan untuk proses pembelajaran dan kajian pandangan itu turut diakui oleh koreografer dan penari terkenal dr joseph gonzales dalam satu tembual bersama bernama baru baru ini buku yang saya suka mungkin tidak dapat dicari di perpustakaan ini kerana buku dalam bidang yang saya minat ini seni tidak banyak dan susah hendak cari disebabkan itulah saya lebih suka pergi mph borders ataupun beli melalui online di amazon com katanya mungkin tidak salah sekiranya menyatakan bahawa perpustakaan negara kita agak ketinggalan dalam faktor ini penyediaan ruang kafe di gedung ilmu itu tidak bermaksud membuat spekulasi bahawa perpustakaan negara ini tidak dilengkapi dengan kemudahan kafe namun selalunya ia berada di lokasi tidak bersesuaian iaitu pemisahan antaran himpunan buku dan tempat menjamu selera berbanding kedai buku kafenya berada berdekatan dengan rak rak buku sekali gus memudahkan pengunjung untuk menjamu selera selain itu pengunjung juga dibenarkan untuk membawa buku ke kafe sekali gus adalah alasan terbaik mengapa mereka memilih kedai buku kalau dilihat di negara barat kebanyakan kafe berada dalam perpustakaan itu sendiri seperti the farminton library connecticut the hartford public library connecticut brooklyn main library new york dan burlington county new jersey bukan sahaja kafe malah keterbukaan pengurusan perpustakaan di sana yang membenarkan mereka membawa kopi muffin ke ruang pembacaan sememangnya memberi keselesaan kepada pengunjung keterbukaan ini sekali gus meningkatkan jumlah pengunjung ke perpustakaan ini berdasarkan rekod yang dicatatkan oleh multnomah county library di portland oregon bukan sahaja mempunyai kafe dalam perpustakaan malah strategi mereka menempatkan starbucks telah berjaya meningkatkan jumlah pinjaman sebanyak lapan juta buku setahun saya pernah pergi perpustakaan di esplanade singapura di sana saya boleh bawa kopi ke meja pembacaan dan ia sangat mesra pengguna asalkan jaga tatasusila kata mohd yunus bagaimanapun ujar mohd yunus suasana sedemikian tidak berlaku di perpustakaan negara ini mengulas lanjut mungkin disebabkan faktor takut air minuman tumpah sekali gus merosakkan buku menyebabkan perpustakaan kita tidak membenarkan wujudnya senario sedemikian bernama sumber petikan akhbar bernama bertarikh 02 03 2012 by admin posted in petikan berita 0 feb 12 2013 cuti untuk kemaskini pss assalamualaikum dan salam sejahtera sekadar makluman perkembangan terkini pss sekolah yang masih lagi dalam kemaskini perancangan kasar untuk membuka operasi pss dijangkakan pada tarikh 1 mac 2013 semoga dipermudahkan tarikh 12 02 2013 tiga orang pelajar ni sanggup turun untuk membantu gpm meneruskan operasi kemaskini pss walaupun waktu cuti mereka dengan semangatnya turun ke sekolah biarpun masalah pengangkutan semoga urusan pss kita akan dipermudahkan by admin posted in pengumuman 0 feb 6 2013 button badge dan kemaskini pss assalamualaikum dan salam sejahtera akhirnya barang yang ditempah sudah sampai button badge untuk pengawas pss dan juga untuk pelajar yang bertuah sebab berkunjung apabila pss beroperasi tidak lama lagi semoga menjadi satu semangat kepada pengawas dan pelajar untuk berkunjung ke pss nanti gambar di bawah pula kemaskini masih berjalan dan pengawas berdedikasi sedang memproses buku baru gambar lain juga menunjukkan buku buku lama sudah diletakkan di rak buku label label rak dalam proses dikemaskini semoga pss tahun ini dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada warga sekolah khususnya pelajar untuk mendapatkan bahan bahan pembelajaran by admin posted in pengumuman 0 post navigation older posts site is under maintenance blog ini masih dalam proses penyelenggaraan untuk update info info penting khususnya perihal pusat sumber dan juga profil sekolah facebook pss artikel baru pss sudah 1 tahun 2 bulan pss pada tahun 2014 badan pengawas pss 2013 mesyuarat pertama pss video sambutan hari guru 2013 arkib may 2014 april 2014 july 2013 june 2013 may 2013 april 2013 february 2013 january 2013 november 2012 october 2012 kategori motivasi panduan pengumuman petikan berita program aplikasi i nilam aplikasi iq pss pautan info bptn sabah dewan bahasa dan pustaka pkg semporna portal bptn portal kementerian pelajaran malaysia kalendar april 2026 m t w t f s s 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 ...
|