Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2008, pancing, bacaria, april, wednesday, friday, march, gambar, terbaik, june, 25, 30, 18, thursday, 28, monday, 17, about, me, links, previous, posts, archives, jaguh, danau, kandang, si, janggut, ceriakan, ekspedisi, layang, alternatif, menghiburkan, kelab, di, karangkraf, bulan, mac, selongkar, lubuk, bujuk,
Text of the page (most frequently used words):
yang (64), dan (34), sotong (33), ikan (29), itu (28), untuk (26), ini (26), #pancing (20), umpan (20), dengan (18), kami (16), memancing (15), bujuk (13), pemancing (13), air (13), pada (13), tidak (13), dalam (12), 2008 (11), lubuk (11), layang (11), menjadi (11), lebih (11), bacaria (10), kerana (10), akan (10), bulan (9), kaedah (9), biasanya (9), mencandat (9), comments (8), duniapancing (8), namun (8), sungai (8), posted (7), satu (7), apabila (7), mata (7), lokasi (7), nama (7), atau (7), april (6), terbaik (6), janggut (6), spesies (6), haruan (6), kawasan (6), dapat (6), pemenang (6), jenis (6), berat (6), juga (6), kumpulan (6), digunakan (6), kail (6), kelab (5), kandang (5), bagi (5), besar (5), laut (5), menarik (5), pula (4), gambar (4), karangkraf (4), oleh (4), berjaya (4), masa (4), tetapi (4), mahu (4), dari (4), menjadikan (4), sawit (4), adalah (4), hanya (4), kilogram (4), baru (4), mampu (4), bermain (4), pemangsa (4), walaupun (4), memberi (4), waktu (4), perairan (4), mengambang (4), candat (4), march (3), mac (3), fishing (3), tawar (3), sukar (3), lagi (3), berbanding (3), kedua (3), trip (3), pak (3), ngah (3), amat (3), pasti (3), memudahkan (3), sehingga (3), bersaiz (3), dibawa (3), agar (3), luas (3), bin (3), udang (3), ketiga (3), antara (3), aktiviti (3), gamefish (3), permukaan (3), menunjukkan (3), sebenarnya (3), tiruan (3), bukanlah (3), faktor (3), agak (3), itulah (3), semakin (3), peluang (3), penuh (3), lampu (3), tali (3), june (2), coleman (2), selongkar (2), alternatif (2), menghiburkan (2), ceriakan (2), ekspedisi (2), jaguh (2), danau (2), edit (2), emel (2), akhbar (2), complete (2), malaysia (2), lama (2), sebelum (2), boleh (2), sahaja (2), selain (2), dikatakan (2), mempunyai (2), sama (2), tidaklah (2), pengalaman (2), roster (2), dikenali (2), dianggap (2), sebanyak (2), ekor (2), katak (2), buat (2), nanti (2), perjalanan (2), estet (2), kurang (2), seperti (2), menyebabkan (2), ladang (2), keadaan (2), merupakan (2), reba (2), kelapa (2), sesuai (2), hasil (2), seekor (2), memang (2), disangka (2), luar (2), biasa (2), manakala (2), ada (2), asalnya (2), lain (2), pertama (2), anak (2), gram (2), mohd (2), sebarau (2), daripada (2), perancangan (2), dibuat (2), masing (2), secara (2), pastinya (2), rakan2 (2), bersama (2), datang (2), friday (2), banyak (2), amerika (2), memerangkap (2), pelbagai (2), lautan (2), menewaskan (2), bahawa (2), pertengahan (2), berbentuk (2), serangga (2), memerlukan (2), lapang (2), kebanyakan (2), mahir (2), lombong (2), peminat (2), menyambar (2), berpeluang (2), perhatian (2), arus (2), peranan (2), mencari (2), adanya (2), persembahan (2), sangat (2), penting (2), seolah (2), olah (2), bertarung (2), disebabkan (2), cara (2), catatan (2), angler (2), kegunaan (2), kepada (2), karang (2), sebagai (2), sarang (2), bertelur (2), kuala (2), pahang (2), merasai (2), begitu (2), betul (2), saat (2), tiada (2), keseronokan (2), malam (2), cahaya (2), semua (2), turun (2), ketika (2), paling (2), efektif (2), gelap (2), bot (2), limpah (2), dipasang (2), alat (2), duri (2), dihulur (2), pergerakan (2), melepaskan (2), mereka (2), musimnya (2), sebelah (2), sabar (2), habis (2), wednesday (2), subscribe, atom, february, january, december, 2007, archives, lah, barangan, utk, dimenangi, artikel, tenggiri, merah, suman, botol, previous, posts, google, news, net, persatuan, sia, web, links, view, profile, location, name, about, sarjana, arshad, janakuasa, setelah, sekian, memendam, hajat, barulah, menemui, sebutan, kalangan, sekitar, utara, tanah, tergolong, didapati, sekarang, tubuhnya, terserlah, corak, batik, mencantikkan, dibela, akuarium, cantik, rasa, enak, mirip, duanya, sifat, habitatnya, sesukar, mana, memburu, cukup, berharga, dimeriahkan, man, captiva, adik, joe, turut, ditemankan, seorang, sahabat, panggilan, sememangnya, perlukan, dia, pakar, mengenal, berpotensi, diduga, berada, jauh, lapangan, bekalan, diperlukan, seharusnya, mencukupi, justeru, 100, minyak, kumpulkan, dijadikan, meliurkan, menuju, terletak, buntar, memakan, minit, pekan, serdang, kedah, suasana, dingin, menghijau, sejuk, memandang, menjemukan, debaran, perasaan, teruja, menduga, tertahan, bernasib, cuaca, panas, kebelakangan, paras, beberapa, parit, persembunyian, surut, kelebihan, seterusnya, memancingnya, malah, pelepah, terendam, dihulurkan, potensi, dipancing, tinggi, keseluruhan, diperolehi, sepanjang, hari, tak, menyimpan, hebatnya, memelihara, pupus, mengambil, kecil, dilepaskan, kembali, malahan, balik, lepaskan, semula, membiak, kawasannya, monday, muhammad, khairul, anuar, saleh, kerian, roti, patin, muhd, humaizee, misman, muar, johor, galah, 150, firdaus, ibrahim, langkap, ulat, 800, tahniah, terpilih, memenangi, hadiah, menubuhkan, syarikat, bersekutunya, maklumlah, sibuk, keja, terpaksa, bekerja, shif, atas, inisiatif, mengumpulkan, seramai, hampir, orang, menyertai, kemungkinan, angka, bertambah, mula, disebarkan, rasminya, tujuan, merapatkan, sememang, kaki, berjinak2, mengharapkan, merangka, pelan, harapan, dikongsi, bukan, setakat, rakan, ahli, keluarga, berminat, dipraktikkan, benua, eropah, awalnya, pendekatan, percubaan, ianya, terbukti, praktikal, sasarannya, rekod, thomas, evans, wilson, wyoming, februari, 2002, marlin, seberat, 104, klogram, kejayaan, sukan, kelas, bawah, sudah, memasuki, acara, menggunakan, bertujuan, balingan, struktur, muka, bumi, memungkinkan, bijak, memanipulasikan, sesuatu, penghalang, utama, tasik, tinggal, persekitaran, medan, bakat, dikenal, kerap, peacock, bass, toman, jika, gunalah, beraliran, deras, semestinya, tengas, kelah, terliur, sajian, dipersembahkan, ringan, mahupun, memainkan, lagipun, aktif, berarus, bantuan, kaku, hidup, sekiranya, alirannya, lembap, menggayakan, umpama, popping, mengunjun, usaha, tercedera, pertarungan, set, menekankan, aspek, tegangan, drag, situ, kemahiran, terutamanya, joran, lembut, mengurangkan, tekanan, asakan, mangsa, mungkin, nampak, berbeza, masih, pengayaan, sempurna, hobi, kepelbagaian, segi, sejarahnya, meluas, sejak, kurun, macedonia, dilihat, melalui, dame, juliana, berner, bukunya, bertajuk, treatyse, with, angle, kemudiannya, pertubuhan, north, american, fly, memperkenalkan, popular, negara, tersebut, sementara, telah, abad, diketahui, james, henshall, menghasilkan, buku, camping, and, cruising, florida, lembaran, pendedahan, pemangsanya, ganas, thursday, musim, hadir, hingga, julai, diatur, disajikan, berpasir, batu, glamor, sering, meniti, bibir, para, nelayan, dikesan, tempat, terdapat, negeri, ialah, jarum, torak, mengabang, mengikuti, volvo, team, vat, terdiri, radzi, mat, aris, pok, epul, ayie, zali, penulis, sendiri, pernah, diendahkan, berfikiran, sehebat, sangkaan, nyata, meleset, menyeronokkan, pulang, laba, tambahan, tekong, melabuhkan, botnya, nya, dikaitkan, mendapatkan, bergerak, bebas, pancaran, dilengkapi, peralatan, canggih, termasuk, spotlight, menyuluh, menerangi, limpahan, tertumpu, menjeratnya, dicandat, saiznya, ditangkap, saiz, badan, mengembang, berubah, panjang, selepas, menjerat, sepuluh, tanpa, mencengkam, janggutnya, kini, dihiasi, plastik, berkilat, tradisional, twist, diikat, tangsi, naik, disuluh, kalimantang, tertarik, makanan, menyambarnya, pengail, terus, menyentap, terlekat, berkenaan, melawan, arah, diri, bagai, seseorang, memasang, empat, lima, dinamakan, rawai, menghampirinya, terkecuali, terengganu, tumpuan, galak, dilakukan, petang, pagi, asal, diberitahu, menambah, koleksi, tangkapan, singkat, tong, dipenuhkan, pesta, suram, menjelang, tengah, seketika, jumlah, dinaikkan, menamatkan, operasi, beralih, berdekatan, mencuba, nasib, gambaran, jelas, kenapa, gemarkan, menanti, menagih, aksi, senang, duduk, diam, sambil, menunggu, lubuknya, kepuasan, dicari, diinginkan, melihat, menerpa, diunjuk, kenangan, indah, dilupakan, nik, zamani, wan, omar, jeti, perikanan, tok, bali, kelantan, belanak, siakap, fisol, hussin, pulau, langkawi, gewang, gerepoh, zulkifli, ahmad, semenyih, loji, jenderam, hilir, dedak, lee, koh,
Text of the page (random words):
pancing bacaria pancing bacaria wednesday june 25 2008 jaguh pancing danau bacaria posted by duniapancing 3 36 pm 0 comments wednesday april 30 2008 gambar terbaik april bacaria pemenang pertama nama nik zamani bin wan omar lokasi jeti perikanan tok bali kelantan umpan ikan belanak jenis ikan siakap berat 3 1 kilogram pemenang kedua nama mohd fisol hussin lokasi pulau langkawi umpan gewang jenis gerepoh berat 1 8 kilogram pemenang ketiga nama zulkifli bin ahmad lokasi sungai semenyih loji air jenderam hilir umpan dedak jenis ikan lee koh berat 8 kilogram posted by duniapancing 11 02 am 0 comments friday april 18 2008 kandang si janggut ceriakan ekspedisi sotong sotong sotong biasanya musim sotong hadir dari mac hingga julai namun dalam trip memancing yang diatur di luar waktu itu kami disajikan dengan kumpulan sotong yang menjadi satu lubuk berpasir di antara kumpulan batu karang sebagai sarang untuk ia bertelur kandang sotong itulah nama glamor yang sering meniti di bibir para nelayan di kuala pahang bagi lubuk yang dikesan tempat sarang sotong bertelur biasanya sotong yang biasa terdapat di perairan negeri ini ialah sotong jarum torak mengabang dan sotong katak mengikuti kumpulan pemancing volvo angler s team vat yang terdiri daripada radzi mat aris pok ya epul ayie dan zali memberi peluang kepada penulis merasai sendiri mencandat sotong bukanlah tidak pernah berpeluang mencandat sebelum ini tetapi peluang itu tidak diendahkan kerana berfikiran bertarung dengan sotong tidaklah sehebat memancing ikan sangkaan itu nyata meleset kerana mencandat sotong memang begitu menyeronokkan apabila pulang dengan laba yang banyak tambahan pula apabila tekong melabuhkan botnya betul betul di kandang nya saat itu tiada pemancing yang tidak dapat merasai keseronokan mencandat sotong itu biasanya mencandat sotong dikaitkan pada malam bulan mengambang penuh kerana sotong dikatakan akan bermain di permukaan air untuk mendapatkan cahaya namun tidak semua pemancing turun ke laut ketika itu kerana saat itu sotong akan bergerak bebas disebabkan pancaran bulan yang mengambang penuh itu biasanya waktu paling efektif adalah di waktu bulan gelap untuk itu bot biasanya dilengkapi dengan peralatan canggih termasuk lampu limpah spotlight yang dipasang pada bot untuk kegunaan menyuluh atau menerangi kawasan mencandat sotong dengan limpahan cahaya itu kumpulan sotong lebih tertumpu dan ini memudahkan pemancing menjeratnya namun begitu sotong yang dicandat pada bulan mengambang biasanya lebih besar saiznya berbanding yang ditangkap pada bulan gelap ini kerana saiz badan sotong yang mengembang di bulan mengambang akan berubah menjadi panjang selepas bulan penuh alat candat adalah kail yang paling efektif digunakan untuk menjerat si janggut itu ia biasanya mempunyai sehingga sepuluh mata tanpa duri bagi mencengkam janggutnya kini mata kail itu dihiasi umpan tiruan anak ikan dan udang plastik berkilat berbanding alat candat tradisional yang dikenali sebagai twist dalam mencandat sotong mata kail yang diikat pada tali tangsi akan dihulur dihulur turun dan naik ke dalam air yang disuluh lampu kalimantang sotong yang tertarik dengan pergerakan mata kail dan disangka makanan pasti akan menyambarnya ketika itu pengail terus menyentap tali dan sotong akan terlekat pada mata kail berkenaan walaupun mata kail tiada duri namun pergerakan sotong yang melawan arah sukar untuk melepaskan diri bagai seseorang pemancing yang mahir mereka akan memasang empat atau lima candat pada satu tali cara ini dinamakan rawai dan mampu menarik kumpulan sotong datang menghampirinya perairan kuala pahang juga tidak terkecuali menjadi lubuk sotong walaupun pada musimnya perairan di sebelah terengganu lebih menjadi tumpuan pemancing di perairan ini mencandat sotong juga galak dilakukan pada sebelah petang dan pagi walaupun trip asal bukanlah untuk mencari sotong namun apabila diberitahu adanya kandang sotong kami semua tidak mahu melepaskan peluang menambah koleksi hasil tangkapan dalam waktu yang singkat tong ikan yang dibawa berjaya dipenuhkan pesta sotong semakin suram menjelang tengah malam lampu limpah yang dipasang hanya dapat menarik perhatian sotong buat seketika jumlah yang dinaikkan juga semakin kurang menyebabkan kami menamatkan operasi mencandat sotong dan beralih ke karang berdekatan untuk mencuba nasib memancing ikan pula pengalaman itu memberi gambaran jelas kenapa pemancing yang gemarkan si janggut tidak sabar sabar menanti musimnya mereka seolah olah menagih aksi si janggut sehingga tidak senang duduk diam sambil menunggu masa sesuai untuk ke lubuknya keseronokan dan kepuasan yang dicari itulah yang diinginkan melihat si janggut tidak habis habis menerpa candat yang diunjuk ke laut memberi kenangan indah yang sukar dilupakan posted by duniapancing 10 37 am 0 comments thursday april 3 2008 pancing layang alternatif menghiburkan pancing layang banyak dipraktikkan di benua eropah dan amerika itu pada awalnya hanya digunakan untuk memerangkap ikan air tawar dengan pelbagai pendekatan dan percubaan ianya terbukti praktikal untuk digunakan di lautan luas pastinya ikan ikan gamefish yang bermain di permukaan air menjadi sasarannya rekod terbaik dalam pancing layang di laut dibuat oleh thomas evans jr wilson dan wyoming pada 25 februari 2002 yang berjaya menewaskan seekor marlin seberat 104 7 klogram kejayaan itu menunjukkan bahawa pancing layang yang asalnya dianggap sukan untuk memancing kelas ikan pertengahan ke bawah sebenarnya sudah memasuki ke acara gamefish biasanya pancing layang ini yang menggunakan umpan tiruan berbentuk serangga itu memerlukan kawasan yang lapang bertujuan untuk memudahkan balingan namun kebanyakan struktur muka bumi di malaysia tidak memungkinkan kaedah ini digunakan tetapi apabila pemancing bijak memanipulasikan sesuatu kawasan dan mahir dengan kaedah itu ia sebenarnya bukanlah faktor penghalang yang utama bagi memancing di air tawar kawasan tasik atau lombong tinggal dengan persekitaran yang lapang merupakan medan untuk peminat pancing layang ini menunjukkan bakat biasanya ikan yang dikenal pasti kerap menyambar umpan berbentuk serangga itu adalah ikan peacock bass toman haruan bujuk dan pelbagai spesies lagi manakala jika berpeluang gunalah kaedah ini di sungai sungai beraliran deras dan semestinya pemangsa seperti ikan tengas sebarau dan kelah terliur dengan sajian umpan yang dipersembahkan antara faktor yang menjadikan umpan ringan itu menarik perhatian pemangsa arus air di laut mahupun sungai memainkan peranan yang besar lagipun pemangsa lebih aktif mencari umpan dalam keadaan air berarus dengan bantuan itu umpan tiruan yang kaku mampu menjadi lebih hidup dengan adanya faktor arus itu sekiranya memancing di kawasan lombong dan sungai yang alirannya agak lembap peranan pemancing menggayakan persembahan umpan sangat penting umpama bermain popping atau mengunjun usaha pemancing menunjukkan umpan seolah olah bermain atau tercedera di permukaan air sangat penting apabila pemangsa menyambar umpan pertarungan akan menjadi menarik kerana set pancing layang tidak menekankan aspek tegangan atau drag di situ pemancing memerlukan kemahiran bertarung terutamanya dalam menewaskan ikan bersaiz besar disebabkan itulah kebanyakan joran pancing layang agak lembut bagi mengurangkan tekanan asakan mangsa walaupun kaedah memancing mungkin nampak agak berbeza namun cara persembahan umpan masih sama pengayaan yang sempurna mampu menjadikan hobi memancing menjadi lebih menarik dengan kepelbagaian memerangkap spesies ikan gamefish dari segi sejarahnya pancing layang ini digunakan secara meluas sejak kurun ketiga di macedonia ia dapat dilihat melalui catatan oleh dame juliana berner di dalam bukunya bertajuk treatyse of complete angler fishing with an angle kemudiannya pertubuhan north american fly fishing memperkenalkan kaedah itu di amerika dan menjadikan ia semakin popular di negara tersebut sementara itu kaedah ni telah dibawa kegunaan untuk memancing di laut di pertengahan abad ke 19 ia dapat diketahui pada catatan james henshall yang menghasilkan buku camping and cruising in florida ia memberi lembaran dan pendedahan baru kepada peminat pancing layang bahawa kaedah ini sebenarnya boleh digunakan di lautan luas yang pemangsanya lebih besar dan ganas posted by duniapancing 11 48 am 1 comments friday march 28 2008 kelab pancing di karangkraf lama juga perancangan untuk menubuhkan kelab di kumpulan karangkraf s b dan syarikat bersekutunya dibuat maklumlah masing masing sibuk dengan keja dan ada pula terpaksa bekerja shif atas inisiatif baru baru ini kami mampu mengumpulkan seramai hampir 50 orang yang mahu menyertai kelab kemungkinan angka ini akan bertambah apabila ia mula disebarkan secara rasminya nanti antara tujuan kelab ini pastinya untuk merapatkan lagi rakan2 yang sememang kaki pancing atau yang baru berjinak2 dengan aktiviti ini selain itu juga kami mengharapkan agar dapat merangka satu pelan perancangan dan aktiviti memancing bersama di masa akan datang harapan agar aktiviti ini dikongsi bersama bukan setakat rakan di karangkraf tetapi juga ahli keluarga dan rakan2 pancing lain yang berminat posted by duniapancing 3 35 pm 0 comments gambar terbaik bulan mac bacaria pemenang pertama nama muhammad khairul anuar saleh lokasi sungai kerian umpan roti jenis ikan patin berat 26 kilogram pemenang kedua nama muhd humaizee bin misman lokasi sungai muar johor umpan anak udang jenis ikan udang galah berat 150 gram pemenang ketiga nama mohd firdaus ibrahim lokasi sungai langkap umpan ulat kelapa sawit jenis sebarau berat 800 gram tahniah kerana terpilih dan memenangi hadiah daripada coleman posted by duniapancing 3 28 pm 0 comments monday march 17 2008 selongkar lubuk bujuk oleh sarjana arshad janakuasa setelah sekian lama memendam hajat untuk memancing ikan bujuk barulah kami berjaya menemui satu lubuk yang sebelum ini menjadi sebutan di kalangan pemancing spesies itu di sekitar utara tanah air ikan bujuk tergolong dalam spesies ikan air tawar yang sukar didapati pada masa sekarang di tubuhnya terserlah corak batik mencantikkan lagi spesies ini dan boleh sahaja dibela di dalam akuarium selain cantik rasa ikan ini dikatakan lebih enak berbanding ikan haruan kaedah untuk memancing bujuk ini lebih mirip dengan kaedah memancing ikan haruan kerana kedua duanya mempunyai sifat dan habitatnya yang sama memancing haruan tidaklah sesukar mana tetapi memburu bujuk menjadi satu pengalaman yang cukup berharga trip kami ini dimeriahkan oleh man captiva pak ngah roster dan adik joe kami turut ditemankan dengan seorang sahabat yang mahu dikenali dengan panggilan pak ngah roster pak ngah sememangnya amat kami perlukan kerana dia dianggap pakar dalam mengenal pasti lubuk lubuk yang berpotensi untuk diduga apabila berada jauh di lapangan pancing bekalan umpan yang diperlukan seharusnya mencukupi justeru sebanyak 100 ekor katak minyak kami kumpulkan untuk dijadikan umpan meliurkan buat bujuk nanti perjalanan menuju ke lubuk yang terletak di buntar estet memakan masa lebih kurang 20 minit dari pekan serdang kedah suasana estet yang dingin menghijau dan sejuk mata memandang menjadikan perjalanan tidak menjemukan namun debaran dan perasaan teruja untuk menduga bujuk seperti tidak tertahan kami bernasib kerana cuaca panas kebelakangan ini menyebabkan paras air di beberapa parit di ladang sawit yang menjadi persembunyian bujuk dan haruan surut keadaan itu merupakan satu kelebihan seterusnya memudahkan kami untuk memancingnya malah reba reba pelepah kelapa sawit yang terendam di dalam air adalah lokasi yang amat sesuai untuk dihulurkan umpan potensi ikan bujuk untuk dipancing amat tinggi sehingga hasil keseluruhan sebanyak 60 ekor spesies itu berjaya diperolehi sepanjang hari memancing dan ikan haruan hanya seekor sahaja memang tak disangka kami ladang sawit ini menyimpan satu lubuk yang luar biasa hebatnya bagi memelihara ikan bujuk ini dari pupus kami hanya mengambil ikan bersaiz besar manakala yang bersaiz kecil dilepaskan kembali malahan ada ikan bujuk ini yang asalnya mahu dibawa balik kami lepaskan semula di kawasan lain agar ia dapat membiak lebih luas kawasannya posted by duniapancing 3 54 pm 4 comments about me name duniapancing location malaysia view my complete profile links emel kami web akhbar bacaria emel akhbar bacaria persatuan pemancing m sia fishing net google news edit me edit me previous posts jaguh pancing danau bacaria gambar terbaik april bacaria kandang si janggut ceriakan ekspedisi pancing layang alternatif menghiburkan kelab pancing di karangkraf gambar terbaik bulan mac bacaria selongkar lubuk bujuk tenggiri merah suman di lubuk botol untuk artikel terbaik pula ni lah barangan coleman utk dimenangi archives december 2007 january 2008 february 2008 march 2008 april 2008 june 2008 subscribe to comments atom
|