Meta tags:
Headings (most frequently used words):
di, aku, tak, ana, mila, nak, pun, dah, ke, jenazah, yang, ini, sekitar, orang, lagi, lama, pagi, jalan, dua, masuk, kami, sesat, kubur, allahyarham, masjid, tahu, akan, memang, tajul, kaki, 2013, meninggal, dan, isteri, masih, tapi, telah, dari, jam, 00, sampai, sebab, dengan, damansara, jika, kali, pasti, ada, kita, buat, luka, blog, ahad, 21, selasa, 2012, lemas, hari, jadi, mangsa, anak, cari, icu, dapat, pemergian, dia, silap, sungai, nampak, tanah, perkuburan, tingkat, mana, tanya, bukan, juga, agar, hospital, masalah, lain, kerja, doktor, 2014, khamis, rabu, ogos, mei, oktober, jumaat, 2011, suami, tiada, tidur, dalam, kehilangan, lelaki, maut, lapan, nahas, punca, rasa, bos, dunia, agenda, perjalanan, ttdi, ziarah, bukit, tahun, masa, rumah, 10, betul, tengah, kemudian, van, top, sebelah, bersalaman, ikut, arwah, 30, mandi, pelbagai, amat, selalunya, takkan, kanan, jumpa, lorong, talkin, semua, entah, sana, pencala, kalau, ambil, kesempatan, boleh, cuba, hanya, keluarga, bersabar, tabah, seri, kembangan, rakan, kakinya, macam, gula, satu, denganku, cahaya, mata, tujuh, potong, putrajaya, sama, petang, translate, asal, kejadian, jurnal, bantu, disember, julai, 11, september, 19, mac, 18, november, 28, 22, salam, terakhir, wanita, warga, china, mayat, terdampar, dijemput, ajal, pada, lagun, ketika, kepah, detik, hati, ibu, suara, emak, kolam, isnin, 23, januari, 2006, pengikut, arkib, catatan, popular, label, mengenai, saya, untaian, idan, latar, mak, nyah, disisih, mat, saleh, tragedi, trauma, nigeria, dirogol, lima, bas, stabil, tubuh, jawatankuasa, siasat, tpm, dengar, jeritan, kuat, selamatkan, dahulu, genting, mona, fandey, wan, azlela, cerita, pendek, curang, pilih, gantung, diri, daripada, penjara, abg, ali, apa, minggu, semalam, gagal, aman, tun, dr, ismail, kiara, tuan, haji, rashid, 71, lewat, nasiblah, sesak, diuruskan, solat, bergerak, pantas, kata, yakin, sangatlag, cakap, langkah, mencari, kalut, arah, besi, tudm, nekad, pergi, sempat, kembali, semula, menyusur, istana, negara, muzium, suruh, utama, biasalah, bersungut, bagiku, kematian, kena, awal, malam, sabtu, sms, katanya, dimandikan, baru, kejut, sambung, siap, ringkas, melebih, uruskan, minit, bersih, biarkan, kesejukan, menuju, jejantas, pusingan, andaian, susur, kiri, pusiangan, sedang, menguruskan, pengkebumian, beli, bacaan, berdiri, sesetengah, tempat, dibenarkan, duduk, kecuali, imam, pewaris, baca, teruk, sini, memeningkan, terowong, bumbung, jutawan, sabri, kg, bab, ikea, fikir, fikirkan, tentu, kosong, tinggal, nungkar, nangkir, menyoal, mentari, terpacak, tepat, kepala, apalah, berniat, ziarahi, warisnya, bertolak, banyak, urusan, berleka, past, malaikat, tolong, ringan, lajukan, lengang, sangka, menziarahi, lakaran, melalui, peta, google, sekali, lebuh, raya, bertingkat, kereta, pula, sunyi, martabat, layak, tenguk, jauh, ijn, sekadar, menemani, wad, ccu, al, fatihah, allhayarham, kasihi, dikejutkan, panggilan, fairus, balai, bomba, kerjaku, sb, khabarnya, serdang, lalu, telefonku, kasi, sakit, kronik, diabetes, darah, tinggi, antara, begitu, kenali, sejak, 80an, sedari, kilang, tetiba, fakulti, rezeki, dikurniakan, perempuan, kut, ramai, anaknya, mengenali, terbuka, jarang, datang, bungsu, rapat, belum, terima, menantu, tadi, dail, nombor, telefon, bimbit, jawapan, pastinya, dilema, berbincang, sangat, ni, pintas, saja, sejarah, pernah, berlaku, keputusan, aras, buku, lali, tapak, setuju, berubat, klinik, swasta, syukur, jari, sahaja, diselamatkan, cadangan, kudung, kekinian, berulang, mendoakan, pulih, janganlah, merebak, ujian, waktu, melawat, hingga,
Text of the page (most frequently used words):
yang (151), dan (143), dia (127), itu (96), mereka (79), saya (73), anak (65), ini (58), dalam (54), aku (54), untuk (52), #dengan (51), tidak (50), tak (45), rumah (41), oleh (38), kejadian (37), kata (35), ada (35), dari (33), bas (33), dua (32), kerana (31), mangsa (31), lagi (29), akan (28), ali (28), nak (27), memang (27), abg (27), pada (27), selepas (26), mazlan (26), mona (25), sebelum (25), suami (24), kepada (24), juga (24), tiada (24), keluarga (23), tahun (23), kali (23), keadaan (23), abang (23), pun (22), idan (21), orang (21), kita (21), mila (21), ibu (21), juraimi (21), tragis (20), bagi (20), hari (20), ila (20), katanya (20), datuk (20), hanya (19), seorang (19), bersama (19), buat (19), berkata (18), label (18), kami (18), isteri (18), tapi (18), ketika (18), anaknya (18), nur (18), and (18), cerita (17), telah (17), dapat (17), mei (17), jalan (17), petang (17), masa (17), apa (17), fatine (17), membawa (16), semasa (16), namun (16), bagaimana (16), januari (16), kira (16), tiga (16), masih (16), ditemui (16), berkenaan (16), suaminya (16), ana (16), pembunuhan (16), lain (15), apabila (15), 2011 (15), ulasan (15), dicatat (15), tahu (15), dah (15), kak (15), satu (15), semua (15), semalam (15), wan (15), berlaku (15), genting (15), diri (14), ogos (14), pergi (14), jam (14), keluar (14), lemas (14), sini (14), tetapi (14), sebenarnya (14), maria (14), young (14), hati (13), lama (13), saja (13), sudah (13), sempat (13), februari (13), pagi (13), meninggal (13), malam (13), sama (13), mencari (13), tiba (13), arwah (13), berada (13), daripada (13), ialah (13), affendi (13), selama (12), pernah (12), mac (12), april (12), julai (12), mana (12), sekitar (12), isterinya (12), boleh (12), kini (12), sebuah (12), tragedi (12), polis (12), mula (12), azlela (12), kemalangan (12), ketiga (11), seperti (11), lima (11), bekas (11), oktober (11), posted (11), sebab (11), amat (11), berita (11), hospital (11), kuala (11), bukan (11), pula (11), tempatan (11), gagal (11), cuba (11), air (11), highlands (11), sehingga (10), jun (10), disember (10), pertama (10), lebih (10), pasti (10), datang (10), pulang (10), bapa (10), mayat (10), johnjimat (10), the (10), under (10), tempat (10), baru (10), sekali (9), sendiri (9), lelaki (9), semula (9), sebagai (9), september (9), waktu (9), sampai (9), dunia (9), raya (9), kes (9), kenyataan (9), kalau (9), memberitahu (9), beberapa (9), terus (9), jenazah (9), bawah (9), turut (9), suspek (9), ungku (9), kereta (8), sangat (8), banyak (8), dulu (8), adalah (8), tentang (8), atau (8), catatan (8), jumpa (8), kiah (8), lalu (8), memberi (8), jadi (8), ayah (8), lumpur (8), sahaja (8), menyatakan (8), bomba (8), february (8), bekerja (8), masuk (8), menunjukkan (8), wagiyo (8), tanah (8), negara (8), punca (8), syaza (8), alisa (8), gambar (8), stabil (8), dato (8), terjunam (8), cinta (7), masjid (7), november (7), menurut (7), macam (7), melihat (7), jugak (7), siapa (7), kemudian (7), kampung (7), biarpun (7), menerima (7), kedua (7), bila (7), jika (7), sekolah (7), mohd (7), mandi (7), pasangan (7), bilik (7), ptg (7), hidup (7), sedang (7), tingkat (7), antara (7), kerja (7), kehilangan (7), hubungan (7), melakukan (7), menurutnya (7), kurang (7), tersebut (7), mengenai (6), perkara (6), wanita (6), balik (6), telefon (6), sana (6), jauh (6), rumahnya (6), kenapa (6), terhadap (6), baik (6), tanpa (6), depan (6), kelmarin (6), tan (6), dihanyutkan (6), detik (6), manakala (6), menjadi (6), siti (6), meninggalkan (6), agak (6), gantung (6), luka (6), pihak (6), ingat (6), mata (6), allahyarham (6), teman (6), menceritakan (6), pasal (6), 000 (6), malaysia (6), gaung (6), saiful (6), mak (6), laman (5), suara (5), cari (5), mimpi (5), panjang (5), berusia (5), 2012 (5), 2013 (5), kepala (5), sangka (5), keselamatan (5), kat (5), rasa (5), begitu (5), terlalu (5), kawin (5), tinggal (5), agar (5), org (5), perjalanan (5), beliau (5), mendapatkan (5), dgn (5), sedar (5), nampak (5), apatah (5), bertindak (5), tetap (5), maka (5), mahu (5), ramai (5), hingga (5), kolam (5), sungai (5), ahli (5), kilometer (5), bhd (5), sejak (5), bukit (5), pulau (5), batu (5), sementara (5), warga (5), sebaik (5), boniran (5), saat (5), rupanya (5), memastikan (5), sri (5), suka (5), senang (5), malah (5), tambahan (5), tajul (5), lapan (5), doktor (5), kaki (5), tapak (5), sesat (5), kubur (5), cakap (5), siap (5), trauma (5), ahmad (5), azira (5), berjaya (5), jabatan (5), kecil (5), utusan (5), bukti (5), itik (5), membunuh (5), kementerian (5), pengangkutan (5), syamimi (5), terpaksa (5), perlu (5), sedih (5), jamilah (5), nyah (5), britain (5), visa (5), derby (5), penyair (4), utama (4), biarlah (4), politik (4), delima (4), fandey (4), makanan (4), kenderaan (4), blog (4), islam (4), soal (4), berkahwin (4), python (4), mungkin (4), penjagaan (4), atas (4), taman (4), sebelah (4), berkerja (4), cuma (4), melalui (4), lagipun (4), emak (4), sakit (4), duduk (4), akhirnya (4), berbual (4), hampir (4), membantu (4), mengambil (4), setuju (4), pandangan (4), perkahwinan (4), kena (4), pak (4), adik (4), beradik (4), lantaran (4), ketentuan (4), ditanya (4), takut (4), kakak (4), kanak (4), tidur (4), hotel (4), sukar (4), arus (4), kawasan (4), loji (4), keluarganya (4), sambil (4), serta (4), tengah (4), reda (4), perasaan (4), tuhan (4), shah (4), marah (4), terakhir (4), minggu (4), besar (4), tindakan (4), bermain (4), seri (4), rakan (4), deras (4), karena (4), harus (4), pelaku (4), keponakan (4), polisi (4), com (4), tanya (4), mengaku (4), bank (4), menemui (4), pembedahan (4), masalah (4), diselamatkan (4), berulang (4), pemergian (4), bergerak (4), langkah (4), kembali (4), damansara (4), perkuburan (4), bulan (4), muda (4), wanitanya (4), pasukan (4), sedikit (4), kenangan (4), baju (4), mertua (4), bahawa (4), kau (4), merancang (4), ujar (4), membaca (4), melayu (4), perbicaraan (4), iaitu (4), dirasuk (4), turun (4), segalanya (4), salah (4), takziah (4), agensi (4), lokasi (4), menyelamat (4), terselamat (4), fathiah (4), menaiki (4), penumpang (4), selayang (4), nahas (4), cemas (4), brek (4), awam (4), segera (4), kritikal (4), gara (4), kosmo (4), asal (4), farid (4), rohana (4), menyelamatkan (4), sesawang (3), kasih (3), idanradzi (3), lihat (3), berhenti (3), memaparkan (3), benar (3), pahit (3), seks (3), misteri (3), ilahi (3), kajang (3), jenayah (3), desa (3), merkah (3), ceritera (3), sekarang (3), mempunyai (3), tinggi (3), jual (3), dongeng (3), putih (3), cepat (3), berumur (3), solat (3), hal (3), hukum (3), pilihan (3), enam (3), seminggu (3), jumaat (3), anda (3), dengar (3), kolej (3), membeli (3), 2006 (3), 2009 (3), 2014 (3), siam (3), ayahnya (3), selalu (3), angkat (3), betul (3), berkunjung (3), pintu (3), yakin (3), takkan (3), diambil (3), terkejut (3), bercerita (3), membuat (3), bualan (3), berpisah (3), tujuh (3), kakaknya (3), memohon (3), wang (3), fikir (3), adakah (3), perpisahan (3), perceraian (3), terima (3), fikirkan (3), apak (3), akhir (3), belum (3), minat (3), sepanjang (3), bimbit (3), jari (3), kasi (3), tadi (3), pengawal (3), penyelamat (3), renang (3), meter (3), dipercayai (3), operasi (3), rakannya (3), bercuti (3), berkelah (3), kepah (3), kegembiraan (3), lagun (3), situ (3), petanda (3), lamanya (3), demikian (3), nenek (3), sepatutnya (3), menyambut (3), abdullah (3), zairy (3), menyangka (3), makan (3), muhammad (3), dekat (3), tangan (3), jamaluddin (3), meminta (3), manda (3), ahad (3), menanggung (3), membacok (3), harta (3), dilaporkan (3), langsung (3), peristiwa (3), kiri (3), menjalani (3), bunuh (3), digunakan (3), susah (3), bertanya (3), curang (3), sekejap (3), penuh (3), utk (3), jawab (3), perniagaan (3), pulak (3), maut (3), bahagian (3), panggilan (3), balai (3), icu (3), ambil (3), tabah (3), silap (3), selasa (3), ismail (3), pantas (3), besi (3), awal (3), pelbagai (3), mengingati (3), ulu (3), bendul (3), negeri (3), senawang (3), said (3), keesokan (3), harinya (3), akhbar (3), dirinya (3), bersalah (3), kisah (3), diberikan (3), ipar (3), jagaan (3), seketika (3), rupa (3), mengakui (3), segala (3), lagu (3), bershopping (3), mengikut (3), sebanyak (3), duit (3), rm1000 (3), pendakwa (3), alasan (3), terdapat (3), niat (3), termasuk (3), fendi (3), lari (3), diarahkan (3), memulakan (3), nama (3), pemberita (3), menyiasat (3), adiknya (3), afar (3), berasa (3), secara (3), mendakwa (3), insiden (3), pemandu (3), kuat (3), henti (3), bermula (3), jawatankuasa (3), nigeria (3), shaharudin (3), afiq (3), ruang (3), situs (3), sastera (2), nan (2), sesuatu (2), makna (2), wajah (2), tips (2), sotong (2), sejarah (2), jenaris (2), melaka (2), bunga (2), tokek (2), nilai (2), tok (2), prosa (2), indonesia (2), berdasarkan (2), rambutnya (2), usaha (2), merah (2), berjamaah (2), merupakan (2), sesungguhnya (2), khusus (2), mengalami (2), gaji (2), lepas (2), badan (2), johor (2), bahru (2), reticulatus (2), pelajar (2), teknologi (2), antarabangsa (2), sekadar (2), gear (2), box (2), ingin (2), 2008 (2), arkib (2), itulah (2), mentari (2), angkatnya (2), setiawangsa (2), nasi (2), lemak (2), pegawai (2), salam (2), terbuka (2), emaknya (2), tangga (2), terbayang (2), asalnya (2), kencing (2), manis (2), merebak (2), kampungnya (2), dikebumikan (2), bertambah (2), belakang (2), rawatan (2), semuanya (2), kandung (2), seorangpun (2), maaf (2), terfikir (2), talian (2), terbiar (2), tiri (2), faham (2), terjadi (2), mertuaku (2), rata (2), teringat (2), siasat (2), selaman (2), membuatkan (2), menolak (2), bercerai (2), arah (2), malahan (2), nekad (2), nikah (2), terutama (2), poligami (2), berpoligami (2), sayang (2), dlm (2), emmm (2), janda (2), pilah (2), barulah (2), nya (2), dengannya (2), nanti (2), tamat (2), kawan (2), kawannya (2), kamar (2), berat (2), dail (2), sedalam (2), menarik (2), banjir (2), 1st (2), jasin (2), berikutan (2), berhampiran (2), yusof (2), syarikat (2), meredah (2), pasir (2), berjanji (2), berakhir (2), razni (2), selangor (2), sekeluarga (2), cuti (2), bertolak (2), hashim (2), menyertai (2), dibawa (2), segamat (2), aminah (2), aishah (2), parit (2), neneknya (2), terkilan (2), ulang (2), 8th (2), kamaliah (2), terdampar (2), perubahan (2), sikap (2), besut (2), china (2), perhentian (2), mati (2), akibat (2), dikatakan (2), ditinggalkan (2), minit (2), gombak (2), bersalam (2), mencium (2), diberi (2), belanja (2), jarang (2), berpatah (2), jeram (2), abdul (2), hanyut (2), pacitan (2), sebelumnya (2), warisan (2), sang (2), bernama (2), naik (2), menganiaya (2), pisau (2), tulang (2), panik (2), plastik (2), penjara (2), duka (2), asyik (2), main (2), benak (2), tua (2), berniat (2), ingatkan (2), beli (2), menyambung (2), esoknya (2), maafkan (2), bayaran (2), walau (2), khamis (2), kembangan (2), kakinya (2), gula (2), denganku (2), rezeki (2), cahaya (2), selalunya (2), jawapan (2), pastinya (2), potong (2), putrajaya (2), keputusan (2), buku (2), ikut (2), pulih (2), bersabar (2), ujian (2), agenda (2), ttdi (2), ziarah (2), bos (2), van (2), top (2), bersalaman (2), kematian (2), biarkan (2), kanan (2), lorong (2), menguruskan (2), talkin (2), kecuali (2), entah (2), terowong (2), pencala (2), tentu (2), kesempatan (2), urusan (2), ringan (2), wad (2), sembilan (2), berlalu (2), menyayat (2), masyarakat (2), kesayangan (2), sakinah (2), bermandi (2), kesedihan (2), dada (2), bantuan (2), seremban (2), mendengar (2), rasanya (2), seiring (2), bertanggungjawab (2), gelap (2), bergegas (2), bawa (2), setelah (2), berbahaya (2), berpunca (2), kecuaian (2), usia (2), cuaca (2), sebarang (2), sentiasa (2), tatkala (2), berbuka (2), gemar (2), putus (2), puasa (2), kuih (2), sisi (2), mampu (2), adib (2), sepenuhnya (2), pedoman (2), arahan (2), kaya (2), penipuan (2), simpanan (2), rm400 (2), motif (2), selesai (2), proses (2), dijalankan (2), terperinci (2), mahkamah (2), rm1500 (2), 500 (2), dipukau (2), laporan (2), peguam (2), meraka (2), dorg (2), cemburu (2), bagitahu (2), mazdiana (2), bermalam (2), saudara (2), bersetuju (2), perasaannya (2), kapak (2), menetak (2), leher (2), tergamam (2), mengarahkan (2), songkok (2), tongkat (2), penah (2), latihan (2), ditangkap (2), sebulan (2), pengetahuan (2), rahman (2), pahang (2), paling (2), hishammuddin (2), lanjut (2), mengenal (2), majlis (2), pertahanan (2), mengulas (2), jpj (2), sebenar (2), usang (2), tayar (2), pukul (2), selain (2), memuaskan (2), berharap (2), majikannya (2), shyed (2), haider (2), bangladesh (2), rahamutun (2), saudaranya (2), pengalaman (2), dipandu (2), laju (2), berfungsi (2), ihsan (2), sultan (2), terperangkap (2), selamatkan (2), melanggar (2), tebing (2), terbabas (2), jeritan (2), menghubungi (2), memudahkan (2), timbalan (2), perdana (2), menteri (2), penting (2), jumlah (2), undang (2), seumpama (2), muhyiddin (2), laluan (2), pelancong (2), melibatkan (2), arefin (2), masing (2), berusaha (2), mengeluarkan (2), rabu (2), onoja (2), mengadakan (2), memaksa (2), sewaktu (2), runtuh (2), kediaman (2), bimbang (2), gelongsoran (2), alam (2), memanggil (2), isu (2), menetap (2), menjerit (2), supaya (2), mengabaikan (2), penyelenggara (2), homoseks (2), pejabat (2), berhijrah (2), memutuskan (2), bibit (2), dingin (2), ian (2), papar (2), var (2), document (2), script (2), http (2), jurnal (2), server (2), easyjournal (2), skip (2), latar, melayurayadaily, johari, ibnu, cagaralam, mataangin, kelop, gelenggang, rempiang, antologi, untaian, profil, lengkap, biar, jangan, berbau, hina, wayang, twitter, teramat, rindu, sukan, ooo, singgahsana, selesema, babi, sayu, ikan, santai, resipi, rasis, puisi, petua, perang, pautan, pati, pancing, naif, mukim, teja, mmms, mh370, menyendiri, kfc, tesco, kesihatan, kerjaya, kelakar, kct, joran, ish, hiburan, goji, eco, resort, dewi, tenggiri, tualang, dangsetia, cikgu, nayan, cerpen, bunian, api, bencana, aroma, anna, abadi, agama, ekonomi, heran, memburunya, isinya, khayalan, fantasi, pengarang, dibed, sastra, bentuknya, beruntung, perasaa, 1001, tafsir, lazim, mengatur, berbagai, pendapat, keguguran, lampias, nafsu, fuh, kemaskini, kelantan, villa, nabila, dikenal, asiatic, reticulated, spesies, ular, sawa, raksaksa, kalangan, cybernetics, maklumat, ktac, kongsikan, cara, gearbox, manual, auto, popular, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2007, 120, 2010, 102, 2015, 2016, suhaila, kembara, asing, 666, 2017, pengikut, langgan, atom, bernasib, malang, ayat, lahir, mulut, tegak, berdarah, sabanhari, seawal, ler, zuhur, berjalan, menolong, makcik, fizikalnya, sapa, 1994, berhubung, bertandang, kenal, gambarnya, haa, ahh, lerr, blok, samar2, daun, luas, mesti, berjual, tengahhari, begini, huh, terduduk, menung, petah, jantung, sibuk, slim, river, akak, beriya, iya, mendesak, avanza, aziq, sebelahku, pusing, ditengah, panas, terik, ajak, teringin, sayangnya, jemput, kecantikan, menyampuk, mengadu, menyenguk, perbelanjaan, ntahlah, longgarkah, ikatan, sampaikan, patutnya, seharusnya, sorang, meyoal, siasatpun, gabra, gilerr, kehidupanku, menghalau, pusaka, mengejar, baiknya, caranya, adil, hayat, keterbiaran, dipersoalkan, pasrah, apakah, terfikirkan, difikirkan, iyer, seolah, olah, membuang, ishh, dgnnya, disebutnya, risau, cukuplah, berpesan, berumahtangga, jodoh, rindukan, kandungnya, menjaga, amar, samar, tingkatan, merokok, kurus, melepak, jemari, beratnya, permasalah, membelenggu, isnin, alor, setar, rosidi, pengunjung, lebuhraya, darulaman, kaw, liang, terbaring, dasar, january, 30th, kulaijaya, perbualan, dipandunya, terhumban, anggota, kebimbangan, lelakinya, kebiasaannya, penemuan, chinchin, difahamkan, yusri, kakitangan, mencarinya, dihubungi, beralamat, chincin, pengurus, rakeba, security, sdn, zulkifli, hamid, tajudin, rahmat, meninjau, mengesan, puteh, membawanya, beria, tahir, rabiatul, adawiyah, semerak, murid, kebangsaan, terbabit, laklok, machang, sempena, cina, telekomunikasi, iparnya, rohani, puas, dinikmati, 5th, keluhan, sayuti, shahrir, disahkan, bertarung, nyawa, mencuci, pakaian, berdekatan, felda, redong, menyembunyikan, matanya, 7th, ledang, kelahirannya, genap, setahun, menyayanginya, kamaronzaman, samah, mohamad, azry, terjatuh, tong, berisi, kassan, gambir, pengajaran, dijemput, ajal, langkawi, menegur, sikapnya, kerap, menyebut, bot, karam, zainol, mayatnya, nautika, tuba, periang, pendiam, berjumpa, sate, julia, jaafar, norhaifa, aidil, afifi, abi, kangar, perlis, percutian, pantai, berenang, menginap, ketua, daerah, superintendan, kamarudin, zakaria, mengesahkan, 13th, pelik, berbuat, dikenali, noor, heiman, tasik, menghulurkan, 26th, kemaman, sekolej, perkelahan, tanduk, bertukar, muhd, aziz, march, 6th, kamis, diduga, resiko, dijalaninya, pria, jawa, timur, memilih, keponakannya, persoalan, selamat, walaupun, menderita, jasad, diturunkan, wonosidi, kecamatan, tulakan, ditemukan, pohon, cengkeh, dicari, kabur, usai, berawal, menanyakan, sebidang, dijanjikan, pembicaraan, telinga, membuatnya, pitam, mendatangi, menonton, televisi, menggunakan, dapur, penganiayaan, terluka, cukup, parah, selangka, perawatan, meski, tewasnya, murni, bermotifkan, risiko, menyelidiki, kasus, mengetahui, mengamankan, seutas, tali, sebilah, bambang, tjuk, winarno, sup, indosiar, pilih, nostalgia, sekian, menyanjung, isterinnya, kahwin, lalui, tempuh, menyanyang, berterus, teranglah, terkedu, merenung, muka, kekesalan, memaafkan, perlahan, membuka, lebaran, selang, dirampas, rampas, pinjaman, mulakan, ketumbuhan, otak, doctor, pakar, perit, mendengarkan, sayangkan, menundukkan, mukanya, menjawab, lemah, bertanding, merebut, kerusi, perlukan, undi, habis, bercakap, pengsan, 248, romantiknya, ulangtahun, pendek, dikejutkan, fairus, kerjaku, khabarnya, serdang, telefonku, kronik, diabetes, darah, kenali, 80an, sedari, kilang, tetiba, fakulti, dikurniakan, perempuan, kut, mengenali, bungsu, rapat, menantu, nombor, dilema, berbincang, pintas, aras, lali, berubat, klinik, swasta, syukur, cadangan, kudung, kekinian, mendoakan, janganlah, melawat, aman, tun, kiara, tuan, haji, rashid, lewat, nasiblah, sesak, diuruskan, sangatlag, kalut, tudm, menyusur, istana, muzium, suruh, biasalah, bersungut, bagiku, sabtu, sms, dimandikan, kejut, sambung, ringkas, melebih, uruskan, bersih, kesejukan, menuju, jejantas, pusingan, andaian, susur, pusiangan, pengkebumian, bacaan, berdiri, sesetengah, dibenarkan, imam, pewaris, baca, teruk, memeningkan, bumbung, jutawan, sabri, bab, ikea, kosong, nungkar, nangkir, menyoal, terpacak, tepat, apalah, ziarahi, warisnya, berleka, past, malaikat, tolong, lajukan, lengang, menziarahi, lakaran, peta, google, lebuh, bertingkat, sunyi, martabat, layak, tenguk, ijn, menemani, ccu, fatihah, allhayarham, kasihi, menimpa, hutan, terkesan, derita, gus, hakikat, mengenangkan, permata, hatinya, fenomena, memilukan, keesokannya, terpampang, memperlihatkan, kesanggupan, meranduk, setakat, kaunseling, sesi, terapi, kebajikan, jkm, meredakan, dialami, menghabiskan, bantal, peluk, kain, beri, kebenaran, jelas, kesembilan, timbul, dilenyapkan, pemikirannya, pujian, memandangkan, kesanggupannya, menyingkap, tatapan, pembaca, temu, bual, berlangsung, sanggup, berderai, sedihnya, jelasnya, mertuanya, mengapa, dijaga, nafkah, menahu, ibrahim, kakap, menelefon, lela, lantas, fikiran, tiganya, diceraikan, berumah, sudut, musibah, berpendapat, menambah, penjagaannya, memerlukan, pengawasan, mendung, hujan, gejolak, minda, umat, ramadan, ingatannya, menghidangkan, juadah, berpuasa, menggentel, karipap, digoreng, nakalnya, agaknya, sukakan, dahlia, ros, biskut, mazola, warna, dipakai, membelinya, helai, dibeli, terang, fasih, doa, igauan, dendangan, sudirman, arshad, nyanyiannya, kehadiran, seluar, mencurah, sulung, hasil, pertamanya, pelangi, menahan, rosmah, dain, rafeah, azana, bayangkan, betapa, kejamnya, kan, ikuti, menipu, diatas, kaitan, melaporkan, bahan, berbelanja, rm200, kebanyakkan, not, berlakunya, pemedahan, dijual, memberinya, rm15, memotong, mempercepatkan, pereputan, juri, sebulat, menjatuhkan, hukuman, mandatori, seksen, 302, kanun, keseksaan, adegen, disoal, percanggahan, mengatakan, fakta, meragukan, sepupu, ugut, tido, umah, agi, terbongkar, plus, drpd, turn, berbicara, mesteri, terungkap, while, mengenakan, coz, noraini, menjualnya, menafikan, rosak, baiki, menyewa, disaat, kesal, perbuatan, bersiap, mandikan, membaringkan, datok, kancing, gigi, terkaku, ditetak, tercabut, ker, pergilah, bersakti, milik, sukarno, duhulu, harga, barangan, rm2, juta, memakai, together, kebal, kesaktian, kedatangan, kerumahnya, percaya, citer, rm500, geran, dicuri, ditepuk, bahu, dibalai, menepuk, bahunya, menyuruh, tanam, senjata, minuman, silat, bomoh, disokong, menangkap, kusut, masai, bermata, tangkap, disyaki, penghisap, dadah, mintak, izin, larikan, dituduh, dialah, mengerat, kandang, diarahan, mengunakan, kiranya, dirancang, itupun, 1000, selebihnya, upah, kepadanya, sikit, berbanding, peliharaan, dorang, dikerat, tengok, difilemkan, banned, finas, tuntutan, iyerlah, jaga, maruah, mmg, nmpk, melatop, www, youtube, watch, tywrifu0mfi, buktinya, famous, artis, affandi, bermisai, hussin, pakai, kopiah, idris, adun, seorg, maznah, binti, kaji, kelas, sir, nasir, bangkitkan, rakam, ala, ngeri, pemangkunya, hussein, menanti, siasatan, mengucapkan, jaminan, lakukan, sambutan, aidilfitri, pihaknya, jkjr, meneliti, melaksanakan, tanggungjawab, terlebih, dicintai, zaid, memaklumkan, disenangi, dinaiki, menyedari, haus, ketinggalan, sedap, ternampak, botak, keadaannya, perjalanannya, destinasi
Text of the page (random words):
di rumahnya di senawang baru baru ini berkata setakat ini dirinya masih menerima bantuan kaunseling dan sesi terapi daripada jabatan kebajikan masyarakat jkm di seremban bagi meredakan sedikit trauma yang dialami sampai sekarang saya hanya pulang sekejap sekejap saja ke rumah saya di sini saya banyak menghabiskan masa di jasin melaka bersama ibu dan ayah kenangan bersama anak anak banyak di rumah ini bantal peluk kain baju dan gambar gambar mereka mula mula kehilangan mereka dulu saya rasa seperti tak mahu hidup lagi doktor pun tidak beri kebenaran saya bekerja saya masih diberi cuti sehingga keadaan saya kembali stabil jelas anak kesembilan daripada 11 adik beradik ini apabila mendengar kata katanya timbul perasaan bersalah di hati kerana meminta menceritakan semula kisah yang harus dilenyapkan dari benak pemikirannya namun pujian juga harus diberikan kepada ibu muda ini memandangkan kesanggupannya untuk menyingkap semula semua kenangan pahit itu buat tatapan pembaca biarpun sepanjang temu bual berlangsung tidak sanggup rasanya melihat wanita ini berderai air mata seiring cerita sedihnya jelasnya ketiga tiga anaknya itu di bawah penjagaan bekas kakak ipar dan bekas ibu mertuanya ketika dia keluar bekerja hubungan saya dan keluarga bekas mertua sebenarnya amat baik mungkin ada yang bertanya mengapa anak anak berada di bawah jagaan mereka sebenarnya sejak dari kecil memang anak anak di bawah jagaan saya namun hanya beberapa minggu sebelum kejadian mereka dijaga sementara oleh keluarga bekas suami agar bapa mereka itu lebih bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak anaknya katanya kata wan azlela pada hari kejadian dia sebenarnya tidak tahu menahu langsung bahawa bekas suaminya said ahmad ibrahim 28 dan teman wanitanya yang berusia 18 tahun telah membawa ketiga tiga anaknya itu bermandi manda di ulu bendul saya sedang bekerja pada petang itu apabila kakap ipar saya menelefon memberitahu lela anak kau hanyut waktu itu hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya gelap seketika rasanya dunia ini saya lantas bergegas ke tempat kejadian dalam fikiran saya ingatkan bekas suami hanya membawa dua anak sahaja rupa rupanya dia bawa ketiga tiganya sekali katanya yang baru enam bulan diceraikan suaminya setelah berumah tangga selama lima tahun biarpun reda dengan ketentuan tuhan terhadap apa yang berlaku namun jauh di sudut hati wan azlela mengakui terkilan dengan tindakan bekas suami yang membawa ketiga tiga anaknya ke tempat yang agak berbahaya biarpun ini satu musibah dan saya tahu semua kejadian ini satu ketentuan tuhan dan saya reda dengannya namun saya berpendapat kejadian ini juga berpunca daripada kecuaian bekas suami saya katanya wan azlela menambah selama di bawah penjagaannya dia tidak pernah membawa anak anaknya ke tempat seperti itu apatah lagi pada usia mereka yang kecil yang sudah tentu memerlukan pengawasan khusus terutama di tempat berbahaya seperti itu tambahan dalam keadaan cuaca yang mendung dan hujan apa pun segala gejolak yang bermain di minda tidak lagi membawa sebarang perubahan dan kini ketika semua umat islam menyambut ramadan kenangan bersama anak anak sentiasa bermain di ingatannya masih terbayang bagaimana kegembiraan mereka tatkala bersama menghidangkan juadah berbuka saya masih teringat bagaimana alisa dan azira berpuasa dan gemar membantu menggentel karipap sebelum digoreng bagaimana nakalnya alisa dan azira yang tidak putus putus bertanya bila agaknya akan masuk waktu untuk berbuka puasa pada hari raya pula mereka semua sukakan kuih dahlia kuih ros dan biskut mazola sekarang tiada lagi suara mereka meminta itu dan ini pada bulan puasa saya juga sebenarnya sudah merancang warna baju raya yang akan dipakai tahun ini dan sudah membelinya sedikit sedikit ujar wan azlela sambil menunjukkan beberapa helai baju raya yang sudah dibeli untuk anak anaknya ujar wan azlela alisa sebenarnya anak yang terang hati dan fasih membaca doa apa yang menjadi igauan kepada wan azlela ialah minat alisa terhadap lagu pelangi petang dendangan allahyarham datuk sudirman hj arshad yang sentiasa menjadi lagu nyanyiannya saya tidak menyangka rupanya lagu itu seiring dengan kehadiran anak anak saya di sisi yang hanya buat seketika kini apa yang menjadi kenangan hanya seluar alisa yang mula mula ditemui dalam kejadian itu katanya yang kini hanya mampu mencurah kasih pada anak sulung hasil perkahwinan pertamanya muhammad adib 11 muhammad adib buat sementara waktu ini di bawah jagaan kakak ipar bekas suaminya yang pertama sehingga keadaan wan azlela pulih sepenuhnya utusan melayu m bhd dicatat oleh idan di 5 22 ptg tiada ulasan label tragis ahad 18 november 2012 bos lama mila di i p meninggal dunia apa lagi agenda mila hari minggu ini semalam perjalanan kami gagal aku sesat lagi di aman tun dr ismail ttdi dapat ziarah pemergian bos lama mila di i p tapi kami sesat nak cari kubur di bukit kiara allahyarham tuan haji rashid 71 tahun 2 masa di masjid kami telah lewat dari rumah dah sekitar jam 10 00 pagi nasiblah jalan tak sesak aku sampai ke masjid jenazah diuruskan betul betul tengah solat jenazah kemudian van jenazah bergerak pantas mila kata dia tahu jalan nak ke kubur jadi aku yakin sangatlag cakap mila 3 langkah mencari kubur jadi kalut kami silap arah top top masuk jalan sungai besi di sebelah tudm mila nekad nak pergi sebab di masjid dia tak sempat bersalaman dengan isteri allahyarham aku kembali semula menyusur istana negara lama muzium dan ke bukit damansara punca sesat mila suruh aku ikut jalan damansara utama 4 biasalah aku bersungut sebab bagiku jika nak ziarah kematian kena awal pagi arwah telah meninggal dunia sekitar jumaat malam sabtu mila sms anak arwah sekitar jam 9 30 pagi katanya tengah dimandikan baru kejut aku sambung tidur mandi pelbagai mila siap ringkas amat kali ini tapi dah melebih 10 00 pagi selalunya orang uruskan jenazah takkan sampai dua jam mandi pun sekitar 30 minit pasti jenazah dah bersih takkan nak biarkan jenazah kesejukan 5 dua kali menuju ttdi nampak tanah perkuburan sebelah kanan jalan tapi kami di jejantas tingkat dua tak jumpa lorong pusingan u andaian aku pasti susur kiri kemudian akan pusiangan u ke kanan di tanah perkuburan nampak masih rasa orang sedang menguruskan pengkebumian masih beli bacaan talkin sebab semua berdiri tak pasti ada sesetengah tempat memang tak dibenarkan duduk kecuali imam pewaris jika baca talkin 6 aku sesat teruk entah ke mana tanya orang sana sini amat memeningkan dua kali masuk terowong sungai pencala nampak bumbung jutawan sabri kg sungai pencala pun sekitar 3 kali tanya bab kubur memang orang tak tahu tapi kalau tanya ikea bukan orang damansara pun tahu fikir fikirkan dah tentu tanah perkuburan dah kosong tinggal nungkar nangkir menyoal allahyarham mentari pun dah nak terpacak tepat di kepala 7 tak apalah mila kita dah berniat nak ziarahi mila pun tak ambil kesempatan bersalaman dengan warisnya di masjid van bertolak pun masih banyak agenda mila urusan jenazah mana boleh kita berleka past malaikat akan tolong ringan lajukan perjalanan jenazah sampai masjid dah lengang aku pun tak sangka mila nak menziarahi kalau tak boleh juga cuba buat lakaran kubur pelbagai melalui peta google 8 ini bukan sekali dua aku sesat di lebuh raya yang bertingkat tingkat sekitar damansara silap lorong entah ke mana kereta pula bukan sunyi martabat kita hanya layak tenguk dari jauh pemergian allahyarham masa di ijn pun aku sekadar dapat menemani mila tak pun ada kesempatan masuk wad ccu al fatihah buat allhayarham agar keluarga allahyarham bersabar dan tabah pemergian orang yang kita kasihi dicatat oleh idan di 3 26 pg tiada ulasan label tragis selasa 9 oktober 2012 ana masuk icu pagi ini aku dikejutkan panggilan fairus dari balai bomba seri kembangan rakan kerjaku ana tajul ana sb khabarnya masuk icu tingkat 4 hospital serdang sekitar dua hari lalu tajul ada telefonku kasi tahu ana ada masalah luka di kakinya 2 sakit kronik ana macam aku juga diabetes darah tinggi dan lain lain ana antara rakan kerja yang begitu lama aku kenali sejak tahun 80an lagi sedari dia kerja di kilang gula gula seri kembangan tetiba kerja satu fakulti denganku 3 rezeki ana macam aku juga tak dikurniakan anak perempuan semua cahaya mata ana lelaki tak pasti tujuh ke lapan orang tujuh kut ramai anaknya mengenali aku sebab selalunya ana buat rumah terbuka aku jarang tak datang cahaya mata ana yang bungsu memang rapat denganku ana tajul belum lagi terima menantu 4 pagi tadi aku cuba dail nombor telefon bimbit tajul tiada jawapan pastinya dalam dilema berbincang dengan doktor aku tahu sangat doktor ni akan ambil jalan pintas akan potong saja kaki yang luka sejarah lama memang pernah berlaku hospital putrajaya telah buat keputusan nak potong kaki ana dari aras buku lali masalah yang sama tapak kaki luka 5 tajul tak setuju berubat di klinik swasta syukur hanya satu jari kaki sahaja yang tak dapat diselamatkan jika ikut cadangan doktor di hospital putrajaya memang telah lama ana kudung kakinya kekinian berulang lagi masalah yang sama aku mendoakan agar luka di kaki ana akan pulih janganlah sampai merebak ke lain agar keluarga ana bersabar tabah dengan ujian ini jika tak silap waktu melawat di icu jam 4 00 petang hingga 6 00 petang jumpa di sana dicatat oleh idan di 9 02 pg tiada ulasan label tragis khamis 2 ogos 2012 cerita pendek isteri curang pada satu malam ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun suaminya seorang tan sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri sekian lama hidup bersama suka duka susah dan senang si suami memang menyanjung isterinnya bernama maria maria selama kita kahwin ni suka duka kita lalui susah senang kita tempuh abang amat menyanyang maria tapi ada satu perkara yg asyik bermain main di benak abang ni dan abang selalu bertanya tanya berterus teranglah dgn abang pada malam ni pernah tak maria curang dgn abang selama ni maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu lalu berkata dengan penuh kekesalan ya abang maria mengaku pernah curang dgn abang tapi hanya 3 kali sahaja selama ni 3 kali tan sri tu agak terkejut tapi tak la marah dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya bagaimana boleh terjadi 3 kali tu maria perlahan saja la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama abang ingatkan masa kita mula mula kawin terus beli rumah dan selang beberapa tahun kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank ya abang ingat peristiwa tu jawab si suami si isteri menyambung cerita abang pasti ingat yg pada satu petang tu maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya bank tu tak jadi rampas rumah kita malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan emmm sukar buat abang menerima kenyataan ini tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak kata si suami kali ke 2 pulak abang ingat tak abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan si isteri menyambung cerita ya abang ingat jawab si suami kalau macam tu abang pasti ingat yg maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa apa pun oh maria walau perit hati ini mendengarkan tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak yang kali ke 3 macam mana pulak kata si tan sri si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah abang ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi belum sempat habis isterinya bercakap tan sri pengsan kat situ jugak dicatat oleh idan di 10 29 ptg tiada ulasan label tragis jumaat 28 oktober 2011 pilih gantung diri daripada di penjara pelaku membacok keponakan indosiar com pacitan kamis 27 10 2011 diduga karena takut menanggung resiko hukum yang harus dijalaninya seorang pria di pacitan jawa timur memilih gantung diri sebelumnya pelaku membacok keponakannya karena persoalan harta warisan sang keponakan sendiri dilaporkan selamat walaupun menderita luka luka jasad pelaku gantung diri bernama wagiyo ini langsung diturunkan warga desa wonosidi kecamatan tulakan tempat pelaku tinggal wagiyo yang berusia 60 tahun itu ditemukan gantung diri di pohon cengkeh di belakang rumahnya sebelumnya wagiyo sempat dicari polisi pihak keluarga dan warga desa karena kabur usai membacok boniran yang tak lain adalah keponakan wagiyo peristiwa ini berawal saat boniran menanyakan sebidang tanah warisan yang pernah dijanjikan oleh neneknya kepada keluarga wagiyo rupanya pembicaraan itu sampai ke telinga wagiyo dan membuatnya naik pitam ia mendatangi boniran yang saat itu tengah menonton televisi dan langsung menganiaya sang keponakan menggunakan pisau dapur akibat penganiayaan itu boniran terluka cukup parah pada tulang selangka sebelah kiri sehingga harus menjalani perawatan di rumah sakit meski polisi memastikan tewasnya wagiyo murni bunuh diri bermotifkan panik dan takut menanggung risiko hukum polisi tetap menyelidiki kasus ini untuk mengetahui hal yang sebenarnya karena itu polisi mengamankan seutas tali plastik untuk gantung diri dan sebilah pisau yang digunakan wagiyo menganiaya boniran bambang tjuk winarno sup dicatat oleh idan di 5 46 pg tiada ulasan label tragis ahad 22 mei 2011 lemas pelajar kolej hanyut posted on the march 6th 2011 under berita tempatan by johnjimat di situ muhd nur menunjukkan tempat abdul aziz mandi dan dihanyutkan oleh arus deras kemaman kegembiraan lima rakan sekolej berkelah dan mandi manda di sebuah kawasan perkelahan di jeram tanduk dekat kampung air putih di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dipercayai dihanyutkan arus deras dan lemas di jeram berkenaan salam terakhir posted on the february 26th 2011 under berita tempatan by johnjimat gombak anak saya sempat bersalam dan mencium tangan saya sebaik diberi wang belanja sebelum ke sekolah tindakan itu agak pelik kerana sebelum ini anak saya jarang berbuat demikian kata bapa mangsa lemas yang hanya mahu dikenali sebagai jamaluddin 57 anaknya noor heiman jamaluddin 12 lemas ketika bermain air bersama rakannya di tasik taman seri gombak di sini petang kelmarin jamaluddin yang bekerja sendiri berkata sebelum pergi ke sekolah anaknya itu masuk ke dalam bilik meminta wang belanja dan terus keluar namun berpatah balik dan menghulurkan tangan untuk bersalam wanita warga china lemas posted on the february 13th 2011 under berita tempatan by johnjimat besut percutian pasangan suami isteri dari china di pulau perhentian dekat sini berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui mati akibat lemas ketika mandi di pantai pulau itu kejadian berlaku kira kira jam 11 30 pagi semalam ketika pasangan itu dikatakan berenang berhampiran hotel mereka menginap di pulau perhentian besar dekat sini ketua polis daerah besut superintendan kamarudin mohd zakaria yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa dikatakan ditinggalkan sementara oleh suaminya yang ba...
|