Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2010, march, 23, tuesday, may, monday, maya, blog, ke, jalan, lok, chelor, aku, insan, sederhana, wednesday, 2011, 25, 24, pelayar, tentang, diriku, tetamu, archive, link, lain, feedjit, com, bual, bicara, trafalgar, square, england, dan, germany, gulai, semilang, laktut,
Text of the page (most frequently used words):
yang (26), tak (14), dan (13), aku (9), makanan (9), ada (9), laktut (8), makan (8), kalau (8), 2010 (7), macam (7), gulai (7), orang (7), march (6), adie (6), ishmael (6), dah (6), ikan (6), #semilang (6), jalan (6), kat (6), langkawi (5), may (5), labels (5), comments (5), posted (5), dalam (5), nak (5), sampai (5), kedai (5), dengan (5), oxford (5), blog (4), trafalgar (4), square (4), telah (4), baru (4), untuk (4), adalah (4), juga (4), sedap (4), tapi (4), pula (4), dari (4), perjalanan (4), sini (4), lok (4), air (4), england (4), april (3), setahun (3), lagi (3), sejenis (3), namanya (3), laut (3), sangat (3), maka (3), gambar (3), jer (3), sempat (3), pada (3), kedah (3), anda (3), sebuah (3), sungai (3), jauh (3), sikit (3), panas (3), tengah (3), kuah (3), london (3), university (3), malaysia (3), feedjit (2), stats (2), com (2), shah (2), ishan (2), qureshi (2), mehmood (2), july (2), august (2), september (2), october (2), november (2), december (2), january (2), february (2), 2011 (2), maya (2), posts (2), pejam (2), celik (2), bulan (2), rupanya (2), sepanjang (2), banyak (2), duka (2), alhamdulillah (2), sup (2), allah (2), tempatan (2), menghantar (2), rumpai (2), ianya (2), terkenal (2), sesiapa (2), dia (2), anak (2), lama (2), merasa (2), buat (2), pertama (2), kali (2), dimakan (2), ngan (2), sambal (2), biasa (2), musim (2), panggil (2), asam (2), pedas (2), cerita (2), lah (2), dua (2), kepada (2), monday (2), ialah (2), garing (2), berkunjung (2), terletak (2), pial (2), dawai (2), tau (2), ambil (2), teruskan (2), singkir (2), bila (2), jumpa (2), papan (2), tanda (2), akan (2), dulu (2), agak (2), mahal (2), kami (2), bukannya (2), pucuk (2), periuk (2), tuesday (2), pulau (2), pinang (2), celor (2), jangan (2), bahan (2), semua (2), lidi (2), punya (2), chelor (2), lalu (2), germany (2), jom (2), jam (2), pesawat (2), minum (2), tahun (2), bandar (2), hari (2), ini (2), gara (2), insan (2), sederhana (2), skip (2), bual, bicara, live, zuer, yazrie, ustazeds, sikecik, shazalli, raz, putu, bambu, ibrahim, mohd, doha, madi, khafiz, khalid, kak, sang, kelana, http, www, kevinzahri, firmannurmie, daela, cat, cappuccino, cae, cabai, kering, beruang, madu, axim, ashabulz, arsaili, amer, aleeza, zaily, link, lain, 2008, june, 2009, archive, fans, the, page, tetamu, view, complete, profile, tentang, diriku, pelayar, subscribe, atom, home, older, empat, dok, tempoh, tersebut, pengalaman, suka, ker, dilalui, benda, ditemui, dipelajari, kerabu, bronok, gamat, kawah, ghebau, balaq, tokiaw, kuih, bunga, menerjah, tekak, terhumban, ususku, syukur, nikmat, taala, seorang, kawan, rumah, tahu, bukanlah, jati, inilah, istemewa, benar, hajat, kata, bertambah, kerisik, belacan, bagi, kot, agaknya, terdapat, kemarau, iaitu, antara, januari, awal, timoq, temenung, kembung, mak, susah, lazat, pinggan, nasi, licin, dibedal, terima, kasih, sudi, berjanggut, bermisai, seperti, keli, masakan, paling, sesuai, dibuat, masak, digoreng, keenakan, bolehlah, pear, tersesat, tanya, sebutan, sebut, mungkin, depa, petani, semeling, pastu, merbok, kemudian, pekan, terus, arah, tanjung, atas, depan, dimaksudkan, menandakan, tempat, tujuan, pelanggan, telipon, tempah, sebelum, mai, supaya, menunggu, hidangan, istimewa, seekor, digulaikan, rm15, abang, naim, tokey, baca, entry, minta, kurangkan, kaya, nasib, baik, kepala, tenggiri, rm12, seperiuk, kangkong, goreng, dak, ulam, sah, tenggek, burung, janggus, timun, dihidang, sekali, diletak, lekaq, patut, yong, katanya, berasal, bahasa, hokien, bermaksud, banyaknya, gusar, perlu, bayar, sahaja, dikira, kena, celoq, mendidih, meja, dihirup, steamboat, harga, satu, cucuk, rm1, rm2, lebih, bergantung, warna, ditanda, dihujung, selepas, diceloq, cicah, jenis, kacang, cili, jugak, lokasi, selalu, medan, selera, berdekatan, balai, polis, dato, keramat, tuan, majid, cuti_cuti, hingga, berkesempatan, united, kingdom, berlin, layan, dirakamkan, berada, sana, bermula, lcct, stansted, rm1600, pergi, balik, termasuk, percutian, keluarga, naik, nihhh, hmm, mencemuihkan, emirates, stadium, minat, arsenal, walaupun, sekuat, pasukan, bola, sepak, darul, aman, ler, beli, serba, sedikit, cenderamata, mug, and, baju, berhenti, kopi, jap, halal, gereja, sekitar, taman, saudara, shamel, elham, penuh, universiti, pelbagai, pusat, pendidikan, tinggi, kagum, tradisi, keilmuan, sejak, ratusan, dahulu, moga, suatu, nanti, wujud, suasana, tanah, kita, insya, lawatan, setelah, hampir, menjenguk, akhirnya, terasa, masukkan, sebagai, sambungan, penangan, pejabat, tourism, bendera, mesti, sewa, kawasan, datang, kiranya, kota, restoran, wednesday, sidebar, main,
Text of the page (random words):
aku insan sederhana skip to main skip to sidebar aku insan sederhana wednesday march 23 2011 trafalgar square setelah hampir setahun tak menjenguk ke blog aku ni akhirnya pada hari ni terasa nak masukkan n3 baru sebagai sambungan cerita setahun yang lalu ini semua gara gara fb punya penangan pejabat tourism malaysia yang ada bendera malaysia tu mesti sewa mahal kat kawasan ni kalau ke london tapi tak ke trafalgar square ni macam tak datang la kiranya terletak di tengah kota london tak jauh dari trafalgar square ni ada sebuah restoran malaysia jom makan namanya posted by adie ishmael at 10 20 am 9 comments labels lawatan ke england tuesday may 25 2010 jalan jalan ke england dan germany pada 10 hingga 21 april lalu aku telah berkesempatan ke england united kingdom dan berlin germany jom layan gambar gambar yang sempat dirakamkan sepanjang berada di sana 10 04 2010 jam 15 35 perjalanan bermula dari lcct ke london stansted rm1600 pergi balik termasuk makanan dalam pesawat percutian keluarga ada yang pertama kali naik pesawat nihhh 13 jam hmm agak mencemuihkan jauh juga perjalanan kami ni 11 04 2010 sempat berkunjung ke emirates stadium minat la juga arsenal ni walaupun tak sekuat pasukan bola sepak kedah darul aman ada ler beli serba sedikit cenderamata kat sini mug and baju teruskan perjalanan ke oxford university berhenti minum kopi panas kat r r dulu jap minum dan makan yang halal jer la dah sampai di oxford gereja kat oxford university sekitar taman kat oxford university anak saudara shamel elham 4 tahun oxford adalah sebuah bandar yang penuh dengan universiti pelbagai pusat pendidikan tinggi ada di sini kagum dengan tradisi keilmuan di bandar ni sejak ratusan tahun dahulu moga suatu hari nanti akan wujud suasana ini di tanah air kita insya allah posted by adie ishmael at 10 23 am 11 comments labels cuti_cuti england monday may 24 2010 lok lok a k a chelor chelor lok lok adalah sejenis makanan macam yong tau fu ianya sangat terkenal di pulau pinang katanya berasal dari bahasa hokien yang bermaksud celor celor banyaknya tapi jangan gusar anda perlu bayar yang dimakan sahaja yang tak makan tak dikira bahan bahan ni semua kena celoq dalam air panas yang mendidih di tengah tengah meja tu air tu jangan la pula dihirup air panas biasa jer bukannya sup macam steamboat harga satu lidi cucuk rm1 dan rm2 ada yang lebih bergantung kepada warna yang ditanda dihujung lidi tu selepas diceloq cicah pula dengan kuah ada dua jenis kuah kat sini kuah kacang dan cili sedap la jugak lokasi yang selalu aku makan ialah di medan selera berdekatan balai polis dato keramat pulau pinang tuan punya kedai ni majid namanya posted by adie ishmael at 12 22 pm 6 comments labels makanan tuesday march 23 2010 gulai semilang ikan semilang adalah ikan laut yang berjanggut dan bermisai seperti ikan keli masakan yang paling sesuai untuk ikan semilang ni ialah dibuat gulai masak asam pedas dan digoreng garing garing kalau sesiapa yang nak merasa keenakan gulai semilang ni anda bolehlah berkunjung ke sebuah kedai makan yang terletak di kg sungai pial tg dawai orang kedah panggil sungai pe pear kalau tersesat jalan tanya orang dengan sebutan tempatan kalau sebut pial mungkin depa tak tau dari sungai petani ambil jalan ke semeling pastu ke merbok kemudian teruskan perjalanan ke singkir bila sampai pekan singkir terus ambil jalan arah ke tanjung dawai bila dah jumpa papan tanda di atas maka tak jauh dah la jalan depan sikit lagi maka akan jumpa lah kedai yang dimaksudkan papan tanda ni menandakan anda dah sampai ke tempat tujuan ada juga pelanggan yang telipon tempah dulu sebelum mai makan di sini supaya tak lama menunggu gulai semilang hidangan istimewa kedai ni tapi agak mahal sikit la seekor ikan semilang yang digulaikan ni rm15 kalau abang naim tokey kedai ni baca entry ni minta dia kurangkan sikit kami bukannya kaya sangat nasib baik sedap ni pula gulai kepala tenggiri rm12 seperiuk kangkong goreng kalau tak dak ulam tak sah pucuk tenggek burung pucuk janggus dan timun gulai tu dihidang dengan periuk periuk sekali diletak dalam lekaq lagi patut la posted by adie ishmael at 6 44 pm 11 comments labels makanan monday march 8 2010 laktut pejam celik pejam celik dah setahun empat bulan rupanya aku dok di langkawi ni sepanjang tempoh tersebut telah banyak pengalaman suka dan duka ada ker duka yang dilalui macam macam benda baru yang ditemui dan dipelajari alhamdulillah kerabu bronok sup gamat gulai kawah ghebau balaq tokiaw kuih bunga dan macam macam lagi makanan telah menerjah tekak dan terhumban ke dalam ususku syukur nikmat allah taala baru baru ni seorang kawan orang tempatan telah menghantar sejenis makanan untuk aku di rumah laktut namanya laktut adalah rumpai laut dan ianya sangat terkenal di langkawi sesiapa yang tak tahu laktut maka dia bukanlah anak jati langkawi inilah rupanya laktut sejenis rumpai laut makanan istemewa orang langkawi dah lama benar nak merasa laktut ni alhamdulillah sampai juga hajat untuk makan buat pertama kali kata orang laktut ni bertambah sedap kalau dimakan ngan sambal kerisik tapi yang dalam gambar ni sambal belacan biasa jer may be orang yang bagi ni tak sempat nak buat kot agaknya laktut banyak terdapat pada musim kemarau iaitu antara bulan januari sampai awal april kalau di kedah ni orang panggil musim timoq makan pula ngan asam pedas ikan temenung kembung mak ai susah nak cerita lah sedap lazat dua pinggan nasi licin dibedal terima kasih kepada yang sudi menghantar makanan ni untuk aku posted by adie ishmael at 11 18 am 13 comments labels makanan older posts home subscribe to posts atom pelayar maya stats tentang diriku adie ishmael view my complete profile tetamu maya fans on the page blog archive 2011 1 march 1 trafalgar square 2010 11 may 2 march 2 february 3 january 4 2009 63 december 3 november 2 october 3 september 2 august 3 july 4 june 3 may 4 april 4 march 13 february 11 january 11 2008 61 december 5 november 5 october 12 september 13 august 16 july 10 link ke blog lain aleeza zaily amer arsaili ashabulz axim beruang madu cabai kering cae cappuccino cat daela dr shah firmannurmie langkawi http www kevinzahri com ishan qureshi mehmood ishan qureshi mehmood aku sang kelana kak ja sp khafiz khalid madi mohd doha n m ibrahim putu bambu raz shah shazalli sikecik ustazeds yazrie zuer feedjit com feedjit live blog stats bual bicara
|