Meta tags:
Headings (most frequently used words):
drama, 2013, blog, my, bersiri, wednesday, january, 15, 2014, thursday, october, 10, sunday, june, monday, december, 31, 2012, about, me, ada, apa, dengan, adza, irdawati, followers, total, pageviews, archive, twitter, sponsor, search, this, blogwalker, mencari, datin, qorin, kembara, menu, bujang, hijabista, kampung, operasi, d6,
Text of the page (most frequently used words):
yang (82), dan (68), itu (55), aurelia (37), #dengan (36), mereka (36), untuk (32), dhiya (30), muslim (23), oleh (20), drama (19), seorang (19), dalam (19), menjadi (19), rumah (17), dari (16), razak (16), datin (15), share (15), supaya (15), saleha (15), adza (14), tidak (14), sprm (13), sudah (13), maria (13), isteri (12), kepada (12), skrip (12), episod (12), anaknya (12), akan (12), anak (12), dirinya (12), pada (11), qarin (11), andika (11), ibunya (11), ini (10), bahawa (10), irdawati (9), telah (9), saya (9), mengenai (9), bagi (9), bersama (9), lagi (9), ustaz (9), kerana (9), situ (9), mulai (9), malam (8), rasuah (8), tajuk (8), bujang (8), saari (8), namun (8), datang (8), dia (8), mendapat (8), satu (8), 2013 (7), orang (7), hanya (7), begitu (7), mana (7), mahu (7), kini (7), menu (7), adalah (7), keadaan (7), terus (7), merasakan (7), isterinya (7), this (6), adenan (6), martias (6), ali (6), ibu (6), ada (6), apa (6), bersiri (6), operasi (6), setiap (6), masa (6), juga (6), malaysia (6), sebuah (6), sdn (6), bhd (6), cuba (6), kembara (6), menyebabkan (6), kedua (6), berpindah (6), seperti (6), pindah (6), kanak (6), june (5), pinterest (5), facebook (5), blogthis (5), email (5), comments (5), posted (5), bicara (5), mak (5), dara (5), nasya (5), emie (5), pegawai (5), sindiket (5), berjaya (5), menerima (5), masuk (5), api (5), memberi (5), pula (5), kelab (5), produser (5), produksi (5), kisah (5), dua (5), mempunyai (5), selepas (5), dunia (5), boleh (5), melihat (5), perhatian (5), blog (4), mencari (4), january (4), 2014 (4), october (4), december (4), ditayangkan (4), sinopsis (4), labels (4), penyiasatan (4), datuk (4), kes (4), semakin (4), menarik (4), dilakukan (4), sering (4), pelbagai (4), antara (4), melakukan (4), manusia (4), durasi (4), minit (4), masing (4), qorin (4), jin (4), diganggu (4), hingga (4), pulang (4), sahaja (4), hendak (4), meninggal (4), sedang (4), masih (4), keluar (4), 2012 (3), anda (3), kaca (3), selamat (3), hasil (3), suami (3), hari (3), sekali (3), tinggal (3), mengisahkan (3), menjalankan (3), dato (3), akhirnya (3), merasuah (3), bahan (3), melepaskan (3), maklumat (3), membawa (3), bunga (3), apabila (3), bersetuju (3), terhadap (3), serta (3), tentang (3), bernama (3), rtm (3), hijabista (3), kampung (3), sunday (3), mula (3), raya (3), tahun (3), kali (3), chef (3), idea (3), asal (3), memang (3), menyuruh (3), atau (3), ayahnya (3), sayangkan (3), terima (3), kehidupan (3), baru (3), gembira (3), tanpa (3), berdua (3), menyayangi (3), pergaduhan (3), tercetus (3), lelaki (3), kawan (3), tahan (3), sikap (3), ramai (3), perempuan (3), bertambah (3), kemudian (3), gelaran (3), bila (3), junaidah (3), pertama (3), sebagai (3), november (2), september (2), april (2), hasilkan (2), penulis (2), sebanyak (2), buah (2), kesemua (2), profile (2), posts (2), monday (2), menonton (2), adik (2), jumaat (2), jam (2), menyaksikan (2), aksi (2), penuh (2), usaha (2), tv2 (2), tersebut (2), menyamar (2), barang (2), senjata (2), bot (2), menjejak (2), kupu (2), bagaimana (2), pemilik (2), group (2), tiger (2), pernah (2), bebas (2), telus (2), profesional (2), tugas (2), kerjasama (2), pencegahan (2), menerusi (2), tugasan (2), harian (2), diberikan (2), tayangan (2), sama (2), masyarakat (2), memahami (2), pihak (2), mohd (2), siaran (2), mendapatkan (2), fesyen (2), yks (2), film (2), maker (2), kelana (2), hujung (2), teknik (2), persediaan (2), rancangan (2), masakan (2), riz (2), beberapa (2), negeri (2), terpilih (2), selain (2), serina (2), redzuawan (2), thursday (2), utusan (2), kafir (2), menyesatkan (2), ilahi (2), majlis (2), tertekan (2), kacau (2), bilau (2), segera (2), marah (2), melindungi (2), tinggalkan (2), merayu (2), mengetahui (2), sendiri (2), kematian (2), benar (2), permintaan (2), membuat (2), suatu (2), kemalangan (2), bayangan (2), syaitan (2), menyatakan (2), merupakan (2), lama (2), mati (2), selama (2), diketahui (2), hantu (2), mertuanya (2), puan (2), melahirkan (2), kemurungan (2), terpaksa (2), hidup (2), atas (2), nasihat (2), psychology (2), diri (2), terlalu (2), obsess (2), sedangkan (2), daripada (2), pasti (2), kecelakaan (2), memberitahu (2), meminta (2), hinggakan (2), memujuk (2), bapanya (2), solat (2), membaca (2), quran (2), hal (2), menambahkan (2), diperkenalkan (2), perkara (2), makluk (2), mengambil (2), azali (2), wednesday (2), tahu (2), title (2), qasih (2), amal (2), banyak (2), pocho (2), bermadu (2), wani (2), perbuatan (2), merasa (2), berubah (2), segalanya (2), awal (2), berusia (2), blogwalker, simple, theme, powered, blogger, search, sponsor, twitter, february, 2011, august, may, 2010, archive, total, pageviews, followers, semoga, terhibur, salam, cahayamata, menghasilkan, telahpun, senarai, masukkan, detail, view, complete, about, subscribe, atom, home, older, tulisan, rtm2, pastikan, meluangkan, mendebarkan, membanteras, gejala, akhir, jacinta, terkorban, semasa, pengedar, pasport, haram, diketuai, padil, ditewaskan, saksikan, vip, sri, malik, peguan, iswadi, singh, rm250, 000, bukti, najmi, didakwa, membunuh, dihapuskan, rahsia, ombak, pejabat, pengurusan, pelabuhan, mengesan, kawalan, yand, diseludup, babak, menyelesaikan, penyeludupan, nelayan, jamal, marin, perairan, percikan, aidil, fitri, mematahkan, percubaan, jualan, penjual, pasar, berkerjasama, dalang, mercun, manakala, awas, terlepas, tangkapan, walaupun, aduan, awam, dibuat, pusat, pelacuran, pengedaran, dadah, penguatkuasa, sebelum, sebarang, serbuan, ketengahkan, termasuklah, perdagangan, mempergunakan, migration, workers, mwg, kegiatan, ketua, dibongkar, zack, turut, kumpulan, pendatang, indonesia, kononnya, memohon, suaka, politik, tetapi, dijual, ketiga, berkisar, ketangkasan, menggunakan, prinsip, memerangi, menampilkan, pelakon, hebat, qazem, noor, hairie, sazwan, penyanyi, aurora, salwa, menerbitkan, naskah, menyebarluaskan, mesej, pengenalannya, pun, bermula, mac, lalu, saluran, penonton, dedahkan, anggota, malah, dapat, menyumbang, lebih, bidang, radio, televisyen, suruhanjaya, menyedarkan, bahayanya, amalan, diteruskan, basree, rakijan, unomedia, genre, fail, insyaallah, tukang, jahit, berebut, tempahan, baju, tiap, tibanya, menonjolkan, terbaru, bakal, pelanggan, pengarah, hazreen, hakim, jurey, rosli, world, evolution, brain, diterbitkan, diarahkan, yusuf, insyaa, allah, tungguuuuu, unik, daya, tarikan, tersendiri, berkongsi, informasi, digunakan, makanan, berkonsepkan, travelogue, tampil, kelainan, pengembaraan, selebriti, membongkar, istimewa, mudah, host, yusof, http, www, com, hiburan, 20131208, hi_11, penantian, dekad, tertulis, kebanyakkan, alpha, tahlil, diadakan, roh, semua, tetamu, ketakutan, menghalau, malangnya, terbunuh, diserang, takut, melarikan, berjanji, pilih, bersamanya, selamanya, menerangkan, pemergian, redha, mulakan, baharu, sedihnya, memilih, suaminya, mengandung, berang, dikatakan, meraung, kesedihan, tersayangnya, tersenyum, mengajak, pergi, meninggalkan, menemui, menganggu, keluarga, biarkan, terkejutnya, tenang, faham, berasa, senang, seminggu, sedar, hakikat, merancang, sesuatu, besar, menang, sebenarnya, perjanjian, tragik, sisinya, membiarkan, tetap, selagi, segala, seronok, dibunuh, kejam, ialah, menghantui, baharulah, umum, sebab, zaharah, mendesak, pulih, kehilangan, melayan, play, along, kerenah, mempercayai, pakar, merawat, sakit, jiwa, memintanya, kenyataan, bermesra, berpakaian, seksi, katil, curang, menyerupai, ketika, mengoda, meletus, kemarahan, cukuplah, menganggap, disebabkan, kelalaian, memandu, membantu, mencuri, malahan, jiran, melawat, gadisnya, seusia, terpikat, kecantikkan, bermain, dengana, teruk, fobia, tidur, wad, berhantu, bertegas, jikalau, meraka, risau, berkawan, merasut, memisahkan, ternyata, bapa, cara, kebanyakannya, jahat, benci, meracun, fikirannya, mengubah, lalai, sekeliling, dinding, gambar, digantung, terdapat, mendampingi, memberikan, penjelasan, dimana, kebanyakkannya, damping, matinya, tuan, didampingi, bermakna, jangka, hayat, selalunya, panjang, rasulullah, saw, islamkan, qarinnya, kuatkan, iman, jangan, bawa, keraurelia, sini, mampu, akur, misterinya, mencadangkan, mencuba, akal, menakut, nakutkan, mengalami, kemahuannya, alim, petunjuk, hadrat, terbuka, surah, zukhruf, bingung, dimaksudkan, berjumpa, rumahnya, banglow, misteri, ceria, selalu, mendiamkan, perubahan, imaginasi, jarang, bercakap, benda, lain, tunggal, terpinggir, bosan, gadis, halus, stess, keputusan, sepasang, mertua, mendesaknya, bersalin, belum, berhasil, berkahwin, diidam, idamkannya, afiey, zabri, roziyah, soft, setahun, cucu, keesokan, harinya, berada, penjara, menjamin, dankerana, kesibukan, mengejar, mengahwini, ketiganya, memecah, tembelang, menatakan, bukan, tarik, rambut, berlaku, hadapan, media, suasana, kecoh, jemput, penaung, kusut, perangai, lantas, menghabiskan, setiausaha, pejabatnya, gilakan, glamor, seriang, menawarkan, peanung, acara, sibuk, berjinak, jinak, mengaku, sedari, kesempatan, menipu, salehater, pengarauh, melabur, projek, dangan, jumlah, wang, keharmonian, bergoncang, layak, pangkat, amat, 20an, menghasut, kakaknya, menceraikan, tuanya, persengketaan, jalan, declare, siapa, harus, meyampah, madunya, kelebihan, berbanding, mudanya, bergelar, segi, pakaian, perwatakan, percakapannya, mastermind, groom, surat, isi, syarat, status, istana, penghormatan, menambah, kekuatan, syarikat, milikinya, berita, sampai, pengetahuan, taat, jadual, tangga, mengabaikan, giliran, sempurna, 50an, ahli, peniagaan, iaitu, 40an, tua, 30an, kehidupannya, saling, hormat, menghormati, mempunya, perkahwinannya, perkahwinan, tv9, mungkin, feb, nnt, jefrey, pentas, wayang,
Text of the page (random words):
awal 30an perkara yang menarik dalam kehidupannya bila mana kedua isterinya saling hormat menghormati dan memahami dunia bermadu razak mempunya seorang anak perempuan bernama junaidah berusia dalam 20 an hasil perkahwinannya dengan saleha dan seorang anak lelaki berusia 8 tahun hasil perkahwinan dengan isteri kedua razak begitu taat pada jadual rumah tangga dan tidak pernah mengabaikan giliran untuk bersama isteri pertama dan kedua segalanya begitu sempurna bagi razak namun segalanya mula berubah bila mana razak menerima satu surat untuk di isi sebagai syarat bagi mendapatkan status dato dari sebuah istana negeri razak merasakan itu merupakan satu penghormatan kepada dirinya dan menambah kekuatan profile syarikat yang di milikinya itu berita itu kemudian sampai ke pengetahuan saleha dan maria saleha terus merasakan bahawa tidak lama lagi dia akan bergelar datin saleha mulai berubah dari segi pakaian perwatakan serta percakapannya junaidah menjadi mastermind untuk groom ibunya sebagai persediaan untuk menjadi seorang datin perbuatan saleha itu menyebabkan maria mulai merasa meyampah pada madunya itu saleha merasa yang dia kini mempunyai kelebihan berbanding dengan isteri mudanya perbuatan saleha menyebabkan maria mulai tertekan wani 20an adik kepada maria mulai menghasut maria supaya kakaknya itu mendapat gelaran datin wani menyuruh maria memujuk razak untuk menceraikan isteri tuanya persengketaan antara maria dan saleha akhirnya tercetus masing masing mencari jalan supaya razak declare siapa yang harus mendapat title datin kini keharmonian kehidupan bermadu razak mulai bergoncang razak tahu bahawa saleha yang layak mendapat pangkat datin kerana ia adalah isteri yang pertama namun razak juga amat menyayangi maria saleha mulai berjinak jinak dengan group datin yang sering ke sebuah kelab pocho pocho saleha mengaku yang dia adalah datin saleha tanpa dia sedari ada seorang yang menyamar menjadi datin yang cuba mengambil kesempatan untuk menipu datin datin di kelab itu salehater pengarauh dan melabur dalam satu projek dengan dangan jumlah wang yang banyak maria pula semakin gilakan glamor dia seriang menawarkan diri untuk menjadi peanung di beberapa acara amal maria menjadi semakin sibuk razak semakin kusut dengan perangai kedua dua isterinya lantas dia banyak menghabiskan masa dengan qasih setiausaha di pejabatnya satu hari saleha di jemput ke satu majlis amal di mana maria menjadi penaung saleha mulai memecah tembelang dengan menatakan bahawa maria bukan datin pergaduhan dan tarik rambut berlaku di hadapan pihak media suasana menjadi kecoh keesokan harinya kedua dua mereka berada di dalam penjara kerana membuat kacau razak datang untuk menjamin mereka berdua razak kemudian memberi tahu bahawa dia tidak terpilih untuk mendapat gelaran dato dankerana kesibukan mereka berdua mengejar title datin razak telah mengahwini qasih sebagai isteri ketiganya setahun kemudian razak mendapat gelaran datuk bila mana junaidah melahirkan cucu mereka yang pertama posted by bicara mak dara at wednesday january 15 2014 1 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest thursday october 10 2013 drama bersiri qorin skrip ke 69 tajuk qarin durasi 13 episod x 60 minit produksi pc soft sdn bhd produser puan roziyah idea asal afiey azali azali zabri martias mohd ali skrip adza nasya emie adza irdawati adenan sinopsis qorin mengisahkan mengenai sepasang suami isteri yang berpindah ke rumah baru selepas dhiya isteri tidak tahan dengan sikap ibu mertua yang mendesaknya untuk bersalin anak seorang lagi sedangkan ia masih belum berhasil ibu mertuanya hingga menyuruh anaknya muslim suami berkahwin lagi satu untuk mendapat anak lelaki yang diidam idamkannya mereka berpindah ke sebuah rumah banglow misteri bersama anak perempuan mereka aurelia aurelia memang seorang kanak kanak yang tidak ceria dan selalu mendiamkan dirinya hingga ia berpindah ke rumah baru itu dhiya melihat perubahan pada anaknya itu yang menjadi gembira aurelia mempunyai seorang kawan imaginasi bagi ibunya muslim menjadi tidak tahan dengan sikap isterinya yang terlalu obsess mengenai anak mereka itu dhiya jarang bercakap mengenai benda lain selain anaknya tunggal mereka itu dan muslim merasakan dirinya terpinggir bosan dengan keadaan itu ia akhirnya bersetuju untuk keluar dengan gadis yang diperkenalkan ibunya namun isterinya tidak kisah dengan hal itu keadaan menjadi kaca bilau di rumah apabila muslim dan dhiya sering diganggu oleh makluk makluk halus hingga muslim bertambah stess dan mengambil keputusan untuk pindah dari situ aurelia merayu kepada ibunya supaya jangan bawa ia pindah keraurelia ia gembira di sini dhiya hanya mampu akur dengan setiap permintaan anaknya itu aurelia merasakan ayahnya tidak menyayangi dirinya itu kawan misterinya andika mencadangkan supaya ia mencuba pelbagai perkara yang tidak masuk akal seperti menakut nakutkan ayahnya itu supaya mendapat perhatian mulai dari itu muslim sering mengalami kecelakaan menambahkan kemahuannya untuk keluar dari situ segera muslim yang memang seorang alim meminta petunjuk ke hadrat ilahi pada satu malam sedang ia hendak membaca al quran dan terus terbuka akan surah az zukhruf 43 36 bingung dengan apa yang dimaksudkan terus ia berjumpa dengan seorang ustaz yang bersetuju untuk datang ke rumahnya bagi melihat keadaan di situ ustaz saari diperkenalkan dengan isterinya dan ia melihat di sekeliling dinding rumah itu pasti ada gambar aurelia yang digantung oleh ibunya itu ustaz saari memberitahu mereka bahawa terdapat jin qarin yang mendampingi rumah itu dan memberikan penjelasan mengenai apa itu qarin dimana kebanyakkannya adalah kafir dan hanya mahu menyesatkan manusia yang mereka damping itu namun dengan matinya tuan atau manusia yang didampingi mereka tidak bermakna qarin mereka juga mati kerana jangka hayat jin selalunya panjang dan rasulullah saw sendiri mempunyai qarin namun ia berjaya islamkan qarinnya hanya satu nasihat yang boleh diberikan kepada ustaz saari kepada mereka adalah kuatkan iman mereka dan pindah dari rumah itu dhiya cuba memujuk aurelia untuk pindah keluar dari situ kerana muslim sudah tidak mahu tinggal di rumah berhantu itu namun aurelia bertegas tidak mahu pindah dan jikalau ibu bapanya mahu berpindah meraka boleh tinggalkan dia di rumah itu dhiya menjadi bertambah risau dengan keadaan anaknya dan merasakan bahawa anaknya sedang berkawan dengan hantu yang ada dalam rumah itu andika kini merasut aurelia supaya memisahkan ibu dari bapanya kerana ternyata bapa aurelia tidak sayangkan dirinya mereka mulai pelbagai cara yang kebanyakannya menyebabkan pergaduhan tercetus antara muslim dan dhiya aurelia kini menjadi bertambah jahat ia benci setiap kali melihat ibunya hendak solat atau membaca al quran kerana andika sudah mula meracun fikirannya itu ada sahaja yang akan dilakukan oleh aurelia untuk mendapat perhatian ibunya mengubah perhatian ibunya kepada dirinya setiap kali dhiya hendak solat hinggakan dhiya menjadi lalai dan hal itu menambahkan marah muslim terhadap dirinya ramai yang cuba membantu mereka supaya pindah keluar dari situ namun setiap seorang yang datang ke rumah itu dan mencuri perhatian dhiya daripada aurelia pasti akan menerima kecelakaan seperti akan diganggu malahan ramai yang meninggal dunia seperti jiran dhiya yang datang melawat rumah itu memberitahu dhiya yang sudah ramai berpindah ia datang bersama anak gadisnya yang seusia dengan aurelia dhiya seperti terpikat dengan kecantikkan kanak kanak itu dan meminta ia datang ke situ lagi untuk bermain dengana anaknya selepas mereka pulang sahaja terus kanak kanak perempuan itu diganggu begitu teruk hinggakan ia menjadi fobia untuk tidur dan terpaksa menerima perhatian daripada wad psychology suatu pergaduhan tercetus antara muslim dan dhiya apabila muslim pulang ke rumah melihat dhiya sedang bermesra seorang diri dan berpakaian begitu seksi sekali di atas katil muslim merasakan dhiya sudah curang dengan dirinya itu tanpa diketahui mereka bahawa lelaki yang menyerupai muslim ketika datang mengoda dhiya itu adalah kawan aurelia andika muslim terus meletus kemarahan dan menyatakan sudah cukuplah ia tahan dengan sikap dhiya yang terlalu obsess mengenai aurelia dan menganggap aurelia masih lagi hidup sedangkan aurelia meninggal dunia dalam kemalangan yang disebabkan oleh kelalaian dhiya memandu baharulah diketahui oleh umum bahawa selama ini aurelia adalah hantu yang bersama mereka sebab itu ibu mertuanya puan zaharah mendesak dhiya supaya melahirkan anak seorang lagi supaya dhiya boleh pulih dari kemurungan selepas kehilangan aurelia muslim pula terpaksa melayan play along dengan kerenah isterinya yang mempercayai anaknya masih lagi hidup itu atas nasihat pakar psychology yang merawat kemurungan sakit jiwa dhiya itu memintanya untuk memberi masa kepada isterinya untuk menerima kenyataan anak mereka sudah meninggal dunia itu kisah dhiya pula ia sebenarnya telah membuat suatu perjanjian pada malam kemalangan tragik itu dengan bayangan syaitan yang ia akan melakukan apa sahaja supaya anaknya masih di sisinya oleh itu bayangan syaitan menyatakan yang ia boleh membiarkan qarin aurelia tetap bersama dhiya selagi dhiya melakukan segala yang boleh untuk melindungi dan menyayangi qarin aurelia itu kisah aurelia pula ia seronok tinggal di situ bersama andika yang juga merupakan qarin pemilik rumah lama itu yang mati dibunuh kejam dan ialah yang menghantui rumah itu selama ini ustaz saari datang menemui mereka andika dan aurelia supaya mereka tidak lagi menganggu keluarga muslim dan biarkan mereka berpindah dari situ dan terkejutnya selepas ustaz saari pulang keadaan menjadi tenang seperti mereka benar benar faham dan terima permintaan ustaz saari itu muslim berasa begitu senang sekali dan kehidupan mereka seminggu itu menjadi gembira kerana dhiya seperti sudah sedar dan terima hakikat anak mereka sudah meninggal dunia tanpa mengetahui bahawa aurelia dan andika sedang merancang sesuatu yang besar bagi mereka berdua serta ustaz saari yang merasakan dirinya sudah menang itu pada malam majlis tahlil yang diadakan oleh muslim bagi roh anak mereka aurelia keadaan menjadi tertekan dan kacau bilau diganggu oleh aurelia dan andika hingga semua tetamu pulang dari rumah itu dalam keadaan segera dan ketakutan ustaz saari cuba untuk menghalau aurelia dan andika malangnya ia terbunuh selepas diserang oleh aurelia dan andika dhiya menjadi takut dengan aurelia dan terus cuba melarikan dirinya itu menyebabkan aurelia marah kerana ia sudah berjanji akan melakukan apa sahaja untuk melindungi aurelia kini ia mahu tinggalkan aurelia muslim merayu kepada qarin anaknya itu supaya melepaskan mereka aurelia menyuruh ibunya pilih sama ada hendak bersamanya selamanya atau bersama ayahnya yang sudah sayangkan dirinya itu muslim menerangkan yang ia begitu sayangkan aurelia namun ia sudah terima pemergian anaknya itu ia redha dan mahu mulakan kehidupan yang baharu sedihnya dhiya memilih untuk bersama suaminya kerana ia baru mengetahui dirinya mengandung anak kedua berang dengan apa yang dikatakan oleh ibunya itu aurelia sendiri telah menyebabkan kematian ibunya itu muslim meraung penuh kesedihan dengan kematian isteri tersayangnya itu andika hanya tersenyum dan terus mengajak aurelia supaya pergi dari situ mereka meninggalkan muslim dan dhiya memang sudah tertulis bahawa kebanyakkan jin qarin adalah jin kafir yang hanya akan menyesatkan manusia dan menyebabkan mereka alpha terhadap ilahi http www utusan com my utusan hiburan 20131208 hi_11 qarin penantian dua dekad posted by bicara mak dara at thursday october 10 2013 6 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels drama qorin sunday june 9 2013 kembara menu bujang skrip ke 68 tajuk kembara menu bujang durasi 13 episod x 30 minit produksi yks film maker sdn bhd produser serina datuk redzuawan yusof kelana idea asal serina datuk redzuawan skrip adza irdawati adenan adza nasya emie host chef riz kembara menu bujang rancangan masakan yang berkonsepkan travelogue dan tampil dengan kelainan rancangan 13 episod ini menyaksikan pengembaraan selebriti chef chef riz ke beberapa negeri terpilih di malaysia selain membongkar teknik dan menu masakan istimewa dan mudah untuk orang bujang unik dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri kembara menu bujang juga berkongsi informasi tentang teknik dan bahan bahan yang digunakan oleh orang bujang dalam persediaan makanan harian mereka kembara menu bujang diterbitkan oleh yks film maker sdn bhd dan akan diarahkan oleh yusuf kelana dan akan ditayangkan di rtm insyaa allah pada hujung tahun ini tungguuuuu posted by bicara mak dara at sunday june 09 2013 2 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels kembara menu bujang drama hijabista kampung skrip ke 67 tajuk hijabista kampung produksi world evolution brain sdn bhd produser en jurey rosli pengarah en hazreen hakim skrip adza irdawati adenan adza nasya emie kisah mengenai dua tukang jahit yang berebut untuk mendapatkan tempahan baju raya tiap kali tibanya raya kisah bagaimana mereka masing masing cuba untuk menonjolkan fesyen fesyen terbaru masa kini bagi menarik bakal pelanggan siaran akan mula ditayangkan pada hari raya tahun ini insyaallah posted by bicara mak dara at sunday june 09 2013 0 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels hijabista kampung monday december 31 2012 drama bersiri operasi d6 skrip ke 66 tajuk operasi d6 genre sebuah drama bersiri penyiasatan dari fail sprm durasi 13 episod x 60 minit produksi unomedia sdn bhd produser basree rakijan skrip adza irdawati adenan adza nasya emie martias mohd ali usaha pihak radio televisyen malaysia rtm dengan kerjasama suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia sprm untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahayanya amalan rasuah diteruskan dengan tayangan 13 episod drama bersiri operasi d6 menerusi episod pengenalannya yang telah pun bermula 29 mac 2013 lalu setiap jumaat jam 9 00 malam menerusi saluran tv2 penonton di dedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai tugasan oleh anggota penyiasatan sprm yang telus bebas dan profesional dalam menjalankan tugasan harian diberikan malah tayangan drama ini pada masa sama dapat menyumbang kepada masyarakat yang lebih memahami bidang tugas sprm drama operasi d6 ini berkisar tentang ketangkasan pegawai sprm menggunakan prinsip bebas telus dan profesional dalam menjalankan tugas memerangi rasuah yang menampilkan pelakon hebat masa kini qazem noor hairie sazwan dan penyanyi aurora salwa ia sebuah lagi kerjasama sprm rtm dalam menerbitkan naskah aksi dalam menyebarluaskan mesej pencegahan rasuah antara episod episod menarik yang di ketengahkan dalam drama ini termasuklah sprm melakukan penyiasatan tentang kes perdagangan manusia dilakukan oleh sindiket yang mempergunakan migration workers group mwg kegiatan ketua sindiket bernama tiger berjaya dibongkar oleh seorang penulis blog bernama zack yang pernah turut bersama dalam ...
|