Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2017, may, sunday, akak, blog, too, november, 19, june, 18, 28, thursday, 11, tuesday, 09, monday, 01, friday, april, 14, contributors, archive, lama, geng, blogger, followers, 762, setelah, beberapa, tahun, 761, alhamdulillah, bersyukur, atas, nikmat, yang, allah, kurniakan, 760, ramadhan, sambal, sotong, 759, atuk, dan, cucunya, 758, berita, sedih, 757, namanya, pun, ibu, 756, masalah, juga, ni, bila, usia, meningkat,
Text of the page (most frequently used words):
akak (59), dan (43), ago (33), years (27), ibu (26), yang (24), dah (24), 2017 (17), abah (16), tahun (15), anak (15), beliau (15), tak (13), saya (12), may (12), ini (12), dia (11), nak (11), jam (10), #sotong (10), buah (9), june (9), kami (9), april (8), aisyah (8), mata (8), jika (8), terus (8), sambal (8), july (7), august (7), november (7), january (7), february (7), comments (7), posted (7), sekolah (7), pergi (7), ada (7), dengan (7), kita (7), sangat (7), ianya (6), blog (6), bersama (6), september (6), october (6), december (6), march (6), pagi (6), nampak (6), sewaktu (6), kucing (6), ambil (6), besar (6), qeeb (6), atok (6), sudah (6), seorang (6), haji (6), basir (6), makan (5), kisah (5), alhamdulillah (5), allah (5), boleh (5), malam (5), untuk (5), kalau (5), masak (5), pokok (5), lepas (5), tersebut (5), cucu (5), kakak (5), puan (5), faridah (5), melihat (4), kering (4), atas (4), ingin (4), itu (4), masih (4), lama (4), pun (4), jelas (4), bukan (4), cakap (4), mahu (4), suami (4), telah (4), juga (4), bila (4), cerita (4), jadi (4), like (4), mmg (4), tahu (4), insta (4), berita (4), sempat (4), tapi (4), pada (4), dapat (4), meja (4), keluarga (4), pertama (4), resepi (4), sedara (4), oleh (4), saudara (4), macam (3), lagi (3), puasa (3), fuh (3), life (3), bersyukur (3), too (3), tanah (3), year (3), org (3), lambat (3), menunjukkan (3), minta (3), hari (3), isteri (3), suka (3), mereka (3), skodeng (3), zoom (3), gambar (3), pula (3), kawan (3), adalah (3), siapa (3), orang (3), adakalanya (3), sedikit (3), rasanya (3), bijinya (3), berjuta (3), ekar (3), hampir (3), rezeki (3), sekali (3), membesar (3), kerana (3), dari (3), beli (3), kulit (3), semalam (3), balik (3), makcik (3), rumah (3), ramadhan (3), dalam (3), sunday (3), tinggal (3), asrama (3), kini (3), budi (3), kak (3), arwah (3), kepada (3), iaitu (3), bergambar (3), show (2), all (2), bermula (2), time (2), lah (2), apa (2), jom (2), gunung (2), hati (2), menjalani (2), ibadah (2), and (2), matcham (2), drama (2), kerja (2), jumpa (2), 761 (2), nikmat (2), kurniakan (2), air (2), sibuk (2), hidup (2), sebenar (2), ialah (2), home (2), habis (2), http (2), blogspot (2), com (2), 762 (2), setelah (2), beberapa (2), posts (2), masalah (2), berlaku (2), iyer (2), cepat (2), sampai (2), nanti (2), cuma (2), sebab (2), kenapa (2), peperiksaan (2), cuti (2), utk (2), umur (2), 50an (2), dok (2), mesti (2), namanya (2), tetiba (2), basuh (2), berbunga (2), menjadi (2), putik (2), sedang (2), paling (2), dimakan (2), beri (2), merasa (2), waktu (2), sdg (2), hilang (2), punya (2), kan (2), terletak (2), sedih (2), selama (2), ain (2), panjat (2), pecahkan (2), atuk (2), bertanya (2), berterawih (2), seisi (2), akan (2), masakkan (2), semua (2), tawaran (2), sama (2), turut (2), cara (2), sudi (2), bgtau (2), meminta (2), membuat (2), sejak (2), berniaga (2), bersolat (2), solat (2), pernah (2), dewasa (2), adik (2), seperti (2), jauh (2), bilik (2), hanya (2), banyak (2), sebagai (2), majlis (2), ramlah (2), bahasa (2), pegawai (2), berpangkat (2), diajak (2), abang (2), pengantin (2), bapa (2), mengenali (2), skip (2), followers, sini, insan, marhaen, cyn, haleem, precious, labbaik, bout, myfamily, everything, goes, suddenly, heta, murtabak, singapura, sri, bestari, sana, kamera, called, french, chateau, blogging, kinabalu, terlintas, mama, salam, ramadan, berkongsi, tips, sempena, myself, tiga, beralih, rasa, sekilau, one, every, say, love, you, syukur, muffinbiru, 1291, this, kehilangan, pemberhentian, sukarela, rider, sejati, jalan, pulang, sayangsayangibu, nilai, rm600, ishy77, mudahkan, segalanya, cinta_suci, ostematrix, wajib, semasa, mengandung, menyusu, ummi, adeeb, cot, cet, kari, gajus, campur, ikan, chik, att, iklan, sticky, mode, mother, wife, bersemangat, perajurit, nasi, kerabu, tanjung, trip, kelakar, seram, bangkok, kanchanaburi, part, day, gadisbunga, betul, uncle815, satu, perjalanan, situasi, kukongsi, budak, sepet, terkini, kakcik, seroja, bersara, penuh, aku, jentayu, motor, camping, punggai, johor, singa, thru, ups, downs, months, entahlah, weeks, convert, diploma, certification, accredited, programs, welcome, days, kereta, geng, blogger, diary, puteri, 382, 2010, 364, 2011, 241, 2012, 122, 2013, 102, 2014, 2015, 2016, archive, unknown, contributors, subscribe, atom, older, rumahtangga, biasa, hahahahahaha, ohh, ker, abg, dengar, tanya, hendak, ponteng, takut, pukul, 730, marilah, dgn, mana, takmahu, dtg, bukanke, gerakgempur, persediaan, upsr, 105, tengahari, lewat, 705, contoh, melangkaui, series, banyaknya, perbezaan, lalui, 756, usia, meningkat, friday, memang, berbual, bual, ajalah, kongsikan, rabun, takpa, maknanya, keatas, kecilkan, payahkan, nengok, besaqkan, awatnya, masalahnya, setajam, dulu, wajahnya, kurang, photo, biasa2, takpalah, foto, automatically, tuanpunya, guna, akaun, wajah, diceritakan, apalagi, paniklah, peel, bagitau, rahsiakan, saja, selalunya, ttg, universitinya, pengalaman, menarik, kongsi, dijadikan, iktibar, rupa, bahan, sebanyak, tumpang, kagumlah, kebaikan, kisahkan, 757, monday, diberitahu, mengejutkan, rejeki, itulahkan, manis, isinya, tebal, muda, belum, hiram, kebun, ternampak, sebiji, tergolek, kulitnya, tanpa, lupa, bertahun, biarkan, terrsebut, pernahlah, sekala, entah, bagaimana, lebat, menghasilkan, skrg, tupai, walaupun, redha, milik, kehendaki, sendiri, tanam, binatang, pahala, cumanya, tunggu, pohon, berbuah, malangnya, plastik, balut, dahan, bagai, dihiris, sembilu, tiada, makanya, tadi, bangun, warna, hitam, bermakna, dipetik, inilah, selalu, perhatikan, menonjol, kena, membayangkan, elok, kat, tembok, melompat, 758, tuesday, diruang, tamu, jatuh, pecah, nenek, menakal, sekarang, almari, dipanjatnya, beramai, ramai, kesayangan, cuba, harus, depa, ingatkan, kesalahan, laaaaahai, lembutnya, suara, lembut, kandang, kesemua, kurung, terkejut, risaukan, reaksi, abahnya, gam, gajah, tampal, 759, cucunya, thursday, petang, jumaat, sekeluarga, pernu, hajatnya, bersahur, jadinya, selepas, andai, berkumpul, antar, menikmati, keenakan, tersohor, bazar, telok, mas, gayanya, tahupun, tuannya, memasaknya, takkan, membuatnya, baiknya, allahuakbar, membalas, mengatakan, teringin, tangan, hantar, kerumahnya, memasakkannya, mesej, apalah, kiranya, memberi, mak, bik, azai, sedap, menurut, berhenti, kebetulan, mengerjakan, umrah, seingat, agaknya, tersilap, ingatan, teringatkan, mee, hoon, mempunyai, talipon, bertanyakan, samaada, surau, belakang, meriah, jemaah, menunaikan, terawih, 760, bengkak, menangis, rindu, terasa, walhalnya, baru, mendaftar, bulan, seakan, bolehkah, beradiknya, menemaninya, perlu, biarlah, jalani, kehidupan, student, lain, survive, bolehlah, wah, seseorang, kenal, pendiam, berubah, mendaftarkan, mendapatkan, memiliki, kemudahan, memudahkan, menghadiri, aktiviti, awal, matang, mengambil, mudah, segala, perkara, penuntut, dahulu, kelihatan, menghabiskan, masa, melukis, bergaul, bongsunya, pandai, berkawan, menumpang, barunya, kabar, menggembirakan, menduduki, pro, exam, akhir, mendapat, distintion, menentukan, berjaya, naik, meneruskan, pelajarannya, hingga, 16hb, jun, agak, tinggalkan, ceriti, masukkan, yanb, baik, dikenang, jua, hancur, badan, dikandung, daik, bercabang, dua, pulau, pandan, ketengah, peluang, bertemu, perkahwinan, teruja, menceritakan, walau, 40tahun, lebih, menyanjungi, sikap, berhemah, ditunjukkan, kenang, 70an, kerajaan, dikira, tinggi, dihormati, suaminya, ziarah, bekerja, polis, asp, berusia, dihantar, bertugas, majikannya, bsn, beras, negara, malaysia, sungai, selangor, sepupu, anak2, kanan, menyambut, menantu, kecil, tidak, hubungan, darah, sesama, melalui, berkahwin, sidebar, main,
Text of the page (random words):
akak too skip to main skip to sidebar sunday november 19 2017 762 setelah beberapa tahun agak lama juga akak sudah tinggalkan blog ini banyak cerita ceriti akak sudah akak masukkan di dalam insta akak semalam akak ke majlis menyambut menantu seorang yg mengenali akak sejak akak kecil lagi kami tidak punya hubungan darah tapi kami mengenali sesama kami melalui kakak saudara akak yg berkahwin dengan abang kepada bapa pengantin sewaktu anak anak sedara akak bergambar dengan pengantin iaitu sepupu mereka akak diajak bergambar bersama bapa saudara mereka turut ada bersama beliau ialah haji basir suami kepada ibu saudara anak2 sedara akak beliau adalah yg bergambar di kanan sekali sewaktu akak berusia 9 tahun suami kakak saudara akak arwah abang kepada isteri haji basir iaitu kak jam telah dihantar bertugas oleh majikannya iaitu bsn beras negara malaysia ke sungai besar selangor akak diajak oleh kak jam dan suaminya pergi ziarah kakak sedara akak pergi ke sg besar bersama arwah makcik ramlah waktu itu haji basir bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat asp di tahun 70an pegawai kerajaan seperti haji basir sudah dikira orang yang berpangkat tinggi dan sangat dihormati arwah makcik ramlah sangat menyanjungi budi bahasa dan sikap berhemah yang ditunjukkan oleh haji basir suami isteri budi bahasa itu yang akak kenang sampai hari ini peluang bertemu haji basir dan kak jam di majlis perkahwinan semalam membuat akak teruja untuk menceritakan kisah ini walau dah 40tahun lebih ianya berlaku pulau pandan jauh ketengah gunung daik bercabang dua hancur badan dikandung tanah budi yanb baik dikenang jua posted by ibu n abah at 11 19 2017 05 53 00 pm 4 comments sunday june 18 2017 761 alhamdulillah bersyukur atas nikmat yang allah kurniakan 16hb jun 2017 berita 1 anak yang menduduki pro exam akhir tahun 2 telah mendapat distintion sangat bersyukur rasanya akak kerana peperiksaan tersebut menentukan beliau berjaya naik tahun 3 dan meneruskan pelajarannya hingga tahun 5 kabar yang sangat menggembirakan kami sebagai ibu dan abah berita 2 anak yang selama ini nampak hanya mengambil mudah dalam segala perkara kini sudah pun menjadi seorang penuntut u jika dahulu kelihatan dia banyak menghabiskan masa melukis dan hanya bergaul dengan adik bongsunya kini sudah pandai berkawan dan menumpang bilik kawan barunya utk bersolat nampak dia dah dewasa dia dah matang dia meminta kami mendaftarkan namanya untuk mendapatkan bilik kerana ingin memiliki kemudahan untuk solat dan memudahkan dia menghadiri aktiviti yang adakalanya bermula awal pagi wah untuk seseorang yang kita kenal seorang yang pendiam dan tak pernah tinggal di asrama kini berubah ingin menjalani hidup jauh dari keluarga biarlah saya jalani kehidupan saya seperti student lain saya boleh survive ibu bila saya cuti bolehlah saya balik rumah walhalnya sewaktu baru mendaftar bulan lepas dia seakan bertanya bolehkah seorang dari adik beradiknya menemaninya jika dia perlu tinggal di asrama terasa anak ibu mmg dah dewasa ada seorang anak ibu yang pernah tinggal di asrama malam pertama dah bengkak mata menangis rindu kan keluarga posted by ibu n abah at 6 18 2017 11 52 00 am 5 comments sunday may 28 2017 760 ramadhan 2017 sambal sotong petang jumaat kami sekeluarga balik ke pernu hajatnya nak berterawih dan bersahur bersama abah dan makcik alhamdulillah dapat berterawih di surau belakang rumah abah meriah semua dapat bersolat jemaah seisi keluarga menunaikan solat terawih malam pertama bersama sama hari pertama puasa akak dah teringatkan sambal sotong dan mee hoon puan faridah akak mempunyai no hp beliau akak talipon bertanyakan samaada beliau masih berniaga sambal sotong pada tahun ini menurut beliau sejak tahun lepas beliau sudah berhenti berniaga dan kebetulan ramadhan tahun lepas beliau mengerjakan ibadah umrah tapi seingat akak macam akak masih merasa makan sambal sotong beliau pd tahun lepas agaknya akak tersilap ingatan akak bgtau mak sedara bik azai beliau sangat sedih dan minta akak meminta resepi cara membuat sambal sotong yang sangat sedap oleh puan faridah akak mesej puan faridah dan bgtau beliau jika apalah sudi kiranya memberi resepi masak sambal sotong kering tersebut beliau membalas dengan mengatakan jika akak teringin nak makan sambal sotong air tangan beliau akak boleh beli sotong kering dan hantar kerumahnya dan beliau sudi memasakkannya allahuakbar baiknya hati puan faridah dalam pada tawaran masakkan tu beliau turut beri resepi cara membuatnya nampak gayanya akak akan ambil tawaran yang pertama kalau tahupun resepi yg sebenar tp bukan tuannya yg memasaknya takkan jd sama rasanya jadinya selepas ini andai berkumpul seisi keluarga di rumah abah akak akan antar sotong kering dan minta puan faridah masakkan dapat kami semua menikmati keenakan sambal sotong yg tersohor bazar ramadhan telok mas alhamdulillah posted by ibu n abah at 5 28 2017 06 16 00 pm 4 comments thursday may 11 2017 759 atuk dan cucunya selama 3 tahun jam ini terletak di meja diruang tamu tetiba semalam ianya jatuh dan pecah cucu cucu atok dan nenek sedang menakal sekarang habis meja dan almari dipanjatnya beramai ramai kakak terkejut dan risaukan apa reaksi abahnya ain terus ambil gam gajah dan tampal jam tersebut kesemua cucu di kurung atok balik kerja terus ke kandang cucu dengan suara yang lembut atuk bertanya atok siapa yg panjat meja dan pecahkan jam atok laaaaahai lembutnya cuba kakak qeeb ain dan aisyah yg panjat meja dan pecahkan jam atok harus lama depa di ingatkan kesalahan tersebut atok dan cucu kesayangan posted by ibu n abah at 5 11 2017 03 32 00 pm 4 comments tuesday may 09 2017 758 berita sedih malam td sewaktu makan malam ada diberitahu berita mengejutkan qeeb ibu jika qeeb cakap ibu mesti melompat ibu kenapa qeeb pagi td qeeb jumpa kulit buah mata kucing elok terletak kat atas tembok ibu terus membayangkan pokok mata kucing yg berjuta ekar tu yang besar tu dah kena ambil qeeb iyer inilah yg selalu akak perhatikan yang paling menonjol dah besar dah dah hampir masak kan dah hilang kulit dan bijinya yg dah warna hitam bermakna dah masak dan boleh dipetik makanya pagi tadi akak terus bangun dan melihat pokok mata kucing yg berjuta ekar tu mmg buah yg besar sekali dah tiada nampak kulit dan bijinya bagai dihiris sembilu terus akak ambil plastik dan balut dahan yang punya buah mmg akak tahu jika buah yg kita tanam dimakan binatang kita dapat pahala cumanya buah mata kucing akak ni dah lama sangat akak tunggu beli sewaktu 5 tahun lepas waktu itu pohon ini sdg berbuah dan malangnya buah yg sdg membesar di pokok yang akak beli tersebut tak sempat membesar ianya hilang bertahun juga akak biarkan pokok terrsebut pernahlah sekali sekala berbunga tapi tak sempat menjadi putik entah bagaimana pada tahun ini ianya berbunga lebat dan sempat menghasilkan putik skrg ianya sedang membesar tapi buah yg paling besar dan hampir masak telah dimakan tupai walaupun redha kerana rezeki adalah milik allah dan allah beri pada siapa yg allah kehendaki cuma akak pun nak merasa rezeki dari pokok sendiri lupa nak cerita rezeki juga ni sewaktu akak melihat kebun mata kucing yg berjuta ekar tu tetiba ternampak sebiji mata kucing yg hampir masak tergolek atas tanah terus akak ambil dan basuh kulitnya akak basuh dan terus makan tanpa sempat ambil gambar nampak bijinya masih muda belum hiram rasanya sedikit manis isinya sedikit tebal itulahkan kalau dah rejeki posted by ibu n abah at 5 09 2017 06 05 00 pm 6 comments monday may 01 2017 757 namanya pun ibu akak memang suka berbual bual dengan anak anak ada ajalah cerita yg mereka ingin kongsikan peel akak pula adalah bila anak dah cerita akak mesti sibuk nak tahu siapa orang tu adakalanya anak bagitau adakalanya anak rahsiakan saja selalunya jika kisah ttg kawan universitinya ada pengalaman menarik yg boleh di kongsi dan dijadikan iktibar akak suka nak tahu rupa orang yg jadi bahan tu sedikit sebanyak akak tumpang kagumlah dengan kisah kebaikan yg di kisahkan tu yang jadi masalahnya akak ni umur dah 50an mata dah tak setajam dulu kalau wajahnya kurang jelas akak suka nak zoom kalau photo biasa2 takpalah ini foto insta jika kita zoom terus jd like di insta automatically jadi kita dah skodeng tuanpunya insta akak pula guna akaun anak nak melihat wajah org yang diceritakan apalagi paniklah anak akak bila akak like anak ibu awatnya ibu dok like ibu ibu nak nengok jelas nak besaqkan gambar tu anak nanti kawan tu tahu kita dok skodeng dia mmg payahkan kita ni tak nampak jelas kecilkan zoom gambar dah jadi like pula maknanya skodeng ni bukan utk org umur 50an keatas kalau tak rabun takpa posted by ibu n abah at 5 01 2017 06 53 00 pm 4 comments friday april 14 2017 756 masalah juga ni bila usia meningkat alhamdulillah tahun ini kami suami isteri telah melangkaui 5 series banyaknya perbezaan yg kami lalui contoh jam menunjukkan 705 pagi abah aisyah minta cuti hari ini sebab dia tak mahu lewat pergi sekolah jam menunjukkan 105 tengahari ibu aisyah kenapa aisyah takmahu dtg sekolah pagi td bukanke ada peperiksaan gerakgempur untuk persediaan upsr aisyah mana ada saya tak mahu pergi sekolah ibu abah cakap dgn ibu pagi td aisyah tak mahu pergi sekolah sebab dah lambat aisyah saya bukan cakap tak mahu pergi sekolah saya cuma cakap abah marilah cepat nanti saya dah lambat pergi sekolah jam menunjukkan pukul 730 malam ibu yang org dah tanya aisyah dia bukan hendak ponteng pg td dia nak cepat takut lambat sampai sekolah abah ohh iyer ker abg pun tak dengar jelas hahahahahaha masalah rumahtangga yg biasa berlaku tak posted by ibu n abah at 4 14 2017 05 11 00 pm 8 comments older posts home subscribe to posts atom akak too contributors ibu n abah unknown blog archive 2017 9 november 1 762 setelah beberapa tahun june 1 may 4 april 1 february 1 january 1 2016 50 october 4 september 5 august 6 july 3 june 2 may 3 april 2 march 5 february 6 january 14 2015 82 december 5 august 1 july 7 june 11 may 8 april 12 march 9 february 9 january 20 2014 102 december 13 november 12 october 11 september 8 august 9 july 5 june 7 may 4 april 10 march 2 february 10 january 11 2013 122 december 7 november 8 october 11 september 12 august 7 july 8 june 12 may 8 april 11 march 11 february 8 january 19 2012 241 december 17 november 20 october 23 september 19 august 13 july 24 june 21 may 18 april 17 march 19 february 23 january 27 2011 364 december 20 november 31 october 31 september 28 august 35 july 35 june 23 may 27 april 31 march 32 february 26 january 45 2010 382 december 39 november 42 october 47 september 38 august 62 july 57 june 44 may 53 blog lama akak http diary 4 puteri blogspot com http akak akak blogspot com geng blogger all my life tak habis lagi kisah kereta ni 5 days ago welcome to my blog convert diploma to certification accredited programs 3 weeks ago entahlah masih boleh 9 months ago thru ups n downs 1 year ago dr singa motor home rv camping punggai johor 1 year ago aku lah jentayu itu me 1 year ago bersara penuh 2 years ago kakcik seroja budak sepet terkini 3 years ago yang ingin kukongsi situasi sebenar ialah 5 years ago uncle815 satu perjalanan hidup sibuk betul 6 years ago gadisbunga trip kelakar seram bangkok kanchanaburi part 4 day 3 6 years ago nasi kerabu buah tanjung bersemangat bersama perajurit tanah air 7 years ago my life as a mother and wife iklan sticky mode 8 years ago akak too 761 alhamdulillah bersyukur atas nikmat yang allah kurniakan 8 years ago blog chik att kari buah gajus campur ikan kering 9 years ago ummi adeeb cot cet ostematrix wajib semasa mengandung dan menyusu 9 years ago cinta_suci mudahkan segalanya 9 years ago ishy77 s blog nilai rm600 9 years ago sayangsayangibu jumpa jalan pulang 9 years ago rider sejati kehilangan kerja pemberhentian sukarela 10 years ago life is drama n this is my drama 1291 10 years ago muffinbiru syukur 10 years ago every time i say i love you fuh fuh fuh 11 years ago sekilau one beralih rasa 11 years ago matcham matcham puasa tiga 11 years ago me myself and i salam ramadan jom berkongsi tips sempena menjalani ibadah puasa 11 years ago yang terlintas di hati mama melihat gunung kinabalu 11 years ago al kisah my so called french chateau rd ig blogging 12 years ago saya dan kamera saya jom ke sana 12 years ago makan lah apa lagi murtabak singapura sri bestari 12 years ago suddenly heta as time goes by 2 12 years ago ol bout me myfamily everything labbaik 12 years ago macam macam saya cyn haleem precious 13 years ago insan marhaen ianya bermula di sini show 10 show all followers
|