Meta tags:
Headings (most frequently used words):
february, 2016, akak, monday, tuesday, blog, 720, too, 22, saturday, 20, 15, 09, thursday, 04, 02, contributors, archive, lama, geng, blogger, followers, 723, kasih, adik, 722, kena, ubah, 721, akhirnya, pulang, ke, tempat, asal, biasanya, anak, ikut, ibu, tak, tau, haribulan, 719, semangat, nak, hidup,
Text of the page (most frequently used words):
akak (44), dan (34), ago (33), years (27), tak (21), nak (20), anak (19), ibu (17), yang (16), kami (15), 2016 (15), kek (15), #february (14), qeeb (14), roti (14), dah (14), tersebut (14), dengan (13), air (12), boleh (10), adik (10), pagi (10), kena (9), hari (9), tidak (9), beli (9), mmg (9), makan (8), may (8), june (8), ini (8), perut (8), apa (7), hidup (7), july (7), august (7), january (7), april (7), abah (7), kakak (7), pada (7), sarapan (7), buat (7), kedai (7), alhamdulillah (6), september (6), october (6), november (6), december (6), march (6), ikut (6), ubah (6), comments (6), posted (6), sangat (6), jadi (6), pula (6), untuk (6), banyak (6), masak (6), dalam (6), dialysis (6), shah (6), alam (6), pun (6), lagi (5), hati (5), puasa (5), blog (5), lama (5), abang (5), kucing (5), tarikh (5), cuma (5), kotak (5), balik (5), semula (5), kereta (4), 720 (4), akhirnya (4), tanpa (4), baru (4), luput (4), nampak (4), kerana (4), akan (4), seperti (4), rebus (4), dia (4), ada (4), pernah (4), hospital (4), jika (4), bila (4), keluar (4), macam (3), saya (3), lah (3), kisah (3), rasa (3), fuh (3), life (3), pulang (3), too (3), day (3), tempat (3), posts (3), usaha (3), susu (3), mikey (3), sejak (3), dari (3), pertama (3), namun (3), begitu (3), selama (3), jumaat (3), bulan (3), lain (3), lihat (3), esok (3), febuari (3), bertarikh (3), sulong (3), juga (3), mana (3), memang (3), semalam (3), tahu (3), kali (3), dibeli (3), sedap (3), lembut (3), tanya (3), waktu (3), asam (3), pergi (3), terus (3), bertemu (3), dapat (3), tahun (3), kurangkan (3), minum (3), maka (3), sambutan (3), pekerja (3), masuk (3), mengambil (3), hatinya (3), kita (3), jatuh (3), show (2), all (2), ianya (2), time (2), jom (2), melihat (2), and (2), matcham (2), drama (2), buah (2), atas (2), allah (2), ialah (2), ingin (2), year (2), home (2), masih (2), itu (2), sudah (2), http (2), blogspot (2), com (2), 719 (2), semangat (2), tau (2), haribulan (2), biasanya (2), 721 (2), asal (2), 722 (2), 723 (2), kasih (2), belikan (2), zahrah (2), utk (2), mampu (2), ibunya (2), lahir (2), mati (2), sebaik (2), jantan (2), pukul (2), selalu (2), namanya (2), tuesday (2), lainkali (2), terpaksa (2), rupanya (2), habiskan (2), ternampak (2), handphone (2), adalah (2), 5hb (2), anak2 (2), terkejut (2), membeli (2), makanya (2), makanan (2), seminggu (2), dua (2), selalunya (2), coklat (2), mengikut (2), tekak (2), seumur (2), lembu (2), pandai (2), resepi (2), cakap (2), pasar (2), kemudian (2), cili (2), perlu (2), dahulu (2), goreng (2), berani (2), tertanya (2), memberitahu (2), sewaktu (2), usus (2), muda (2), pedas (2), daging (2), tadi (2), bawa (2), rindu (2), unit (2), mereka (2), lebih (2), datang (2), depa (2), hendak (2), serdang (2), masa (2), kemana2 (2), tengahari (2), mencuci (2), shift (2), setelah (2), monday (2), berlaku (2), teh (2), kalau (2), hingga (2), nafas (2), sesak (2), perasan (2), jaga (2), berat (2), paling (2), sesuatu (2), puas (2), hiasan (2), hanya (2), situ (2), melihatkan (2), suara (2), mudah (2), keadaan (2), berdoa (2), sehinggalah (2), agak (2), benda (2), sama (2), sedikit (2), masing (2), barang (2), skip (2), followers, bermula, sini, insan, marhaen, cyn, haleem, precious, labbaik, bout, myfamily, everything, goes, suddenly, heta, murtabak, singapura, sri, bestari, sana, kamera, called, french, chateau, blogging, gunung, kinabalu, terlintas, mama, salam, ramadan, berkongsi, tips, sempena, menjalani, ibadah, myself, tiga, beralih, sekilau, one, every, say, love, you, syukur, muffinbiru, 1291, this, kehilangan, kerja, pemberhentian, sukarela, rider, sejati, jumpa, jalan, sayangsayangibu, nilai, rm600, ishy77, mudahkan, segalanya, cinta_suci, ostematrix, wajib, semasa, mengandung, menyusu, ummi, adeeb, cot, cet, kari, gajus, campur, ikan, kering, chik, att, 761, bersyukur, nikmat, kurniakan, iklan, sticky, mode, mother, wife, bersemangat, bersama, perajurit, tanah, nasi, kerabu, tanjung, trip, kelakar, seram, bangkok, kanchanaburi, part, gadisbunga, sibuk, betul, uncle815, satu, perjalanan, situasi, sebenar, kukongsi, budak, sepet, terkini, kakcik, seroja, bersara, penuh, motor, camping, punggai, johor, singa, thru, ups, downs, months, entahlah, weeks, convert, diploma, certification, accredited, programs, welcome, terpinggir, aku, jentayu, finally, tamatlah, geng, blogger, diary, puteri, 382, 2010, 364, 2011, 241, 2012, 122, 2013, 102, 2014, 2015, 2017, archive, unknown, contributors, subscribe, atom, older, newer, botol, kambing, disuapkan, menghiraukannya, semua, menyayanginya, sahaja, beza, sungguh, bagira, saiz, namakan, halus, rasanya, cukup, keduanya, kecil, pertamanya, dilahirkan, bersalin, baik, malangnya, buli, kelabu, oren, malaysia, mika, betina, kepada, hati2, jenama, tiada, gardenia, bai, andeh, strike, back, hahahahahahahahah, ptg, tunggu, lalu, ingat, takmo, membazir, ketawa, hahahahahahahahaha, hahahahahahahahahahhaa, 3hb, tetiba, berbunyi, lapang, berbazir, tinggal, segera, minta, 4hb, feb, tinggalkan, terasa, muak, cicahkan, nescafe, lancar, bangun, berhenti, nasilemak, tersedap, bangi, menaikkan, kolestrol, oats, menampung, bertahan, 3hari, tiapkali, berlebih, biasa, sediakan, minuman, perasa, jagung, vanila, dll, thursday, syaa, menu, sambalnya, perutnya, sepatutnya, sehingga, sebab, diberi, dimakan, cumanya, liat, payah, hadam, cuba, tumiskan, bawang, masukkan, bagitahu, bersih, kemudiannya, potong, hiris2, gayanya, orangnya, ramah, mesra, statement, pembeli, mesranya, api, giler, melaka, kenduri, raya, aidil, adha, dimasak, gulai, rajin, teringin, lauk, penjual, katanya, pastu, cicah, berminat, masakan, begini, jenis, mengenai, selera, jarang, menjadi, kebiasaannya, keramahan, staff, iaitu, encik, nesh, buahnya, shikin, syahmie, fahmie, semuga, berkhidmat, cemerlang, berjaya, jawatan, tinggi, tamu, akhir, terima, kaseh, leen, teman, sekolah, surprise, tersurprise, cake, kenalkan, pie, jodoh, tetamu, pelawat, berkesempatan, faktor, jarak, swasta, tetapi, hujung, minggu, harus, sabtu, bergerak, andai, settle, bab, dialysisi, kampong, seawal, terjaga, xcited, terhingga, berjasa, pulak, private, centre, setengah, berulang, isnin, 15hb, cuci, sesiapa, cadangan, tapi, cammana, kejayaan, selagi, tabiat, bikarbonat, perisa, kopi, pelbagai, sentiasa, menganggu, diet, pekena, panas, melarat2, bercawan2, sempat, menyampai, kehari, seterusnya, lega, dikeluarkan, mulakan, azam, terlalu, episod, then, berulanglah, bertahun2, laaaa, kawal, taklah, timbang, haaaaaa, dlm, menyebut, antara, kurang, ketara, badan, 9tahun, macam2, entry, peringatan, sendiri, saturday, bagaimana, kasihnya, mempersembahkan, sempurna, kakaknya, tersayang, janji, tentunya, harilahir, semeriah, beserta, kenangan, manis, dipujuk, mengatakan, upah, seberapa, keknya, cedera, parah, solekan, mukanya, sememeh, jer, sampai, tumpang, simpati, mata, merah, berair, even, tersekat2, menangis2, ketegasan, mengajak, saranannya, ringan, sedia, maklum, bertolak, ansur, kejadian, sengaja, fahami, lagipula, kenal, biji, nanti, pembaziran, pusing, pandang, berkata, takkan, marah, padanya, pemandangan, menghibakan, sayu, tangisan, titisan, airmata, patah, senget, tenung, kecederaan, huruf, hilang, ising, melekat, sambil, tangan, stereng, intai, dibuka, buka, perlahan, lahan, bagai, disangka, terbalik, janganlah, membuat, pusingan, lampu, isyarat, laju, terdengar, bunyi, memikirkan, maybe, bukan, smaa, teringat, nasib, cik, asalnya, dipegang, oleh, asyik, meletakkan, bahagian, letak, siku, berada, menanti, dihajati, belum, dihiasi, meneruskan, singgah, dibeberapa, persiapan, majlis, makan2, sekeluarga, masing2, tugas, berdua, keperluan, sebelumnya, sebiji, cenderahati, meraikan, kebetulan, abahnya, daerah, berusaha, melakukan, menggembirakan, sidebar, main,
Text of the page (random words):
akak too february 2016 skip to main skip to sidebar monday february 22 2016 723 kasih adik semalam kami meraikan sambutan hari lahir kakak zahrah kebetulan abahnya keluar daerah maka kami berusaha melakukan sesuatu yang akan menggembirakan hati kakak sambutan sama seperti tahun tahun sebelumnya sedikit makanan sebiji kek dan cenderahati kerana masing2 ada tugas masing masing hanya akak dan qeeb berdua keluar membeli barang barang keperluan setelah kek dibeli menanti agak lama juga kerana kek yg dihajati belum dihiasi kami meneruskan singgah dibeberapa kedai lagi untuk persiapan majlis makan2 sekeluarga asalnya kek tersebut dipegang oleh qeeb tp bila dah asyik keluar masuk kereta dan keluar masuk kedai qeeb meletakkan kek tersebut di bahagian letak siku kereta kami sedikit pun kami tak perasan kek tersebut berada di dalam keadaan begitu sehinggalah waktu ingin membuat pusingan di lampu isyarat kereta agak laju terdengar bunyi benda jatuh namun akak dan qeeb mengambil masa yang lama memikirkan maybe benda lain bukan kek yang jatuh sehinggalah smaa sama teringat nasib cik kek kakak sejak kami beli tadi memang bagai disangka kek dalam kotak tersebut terbalik dalam hati puas berdoa janganlah jadi apa apa pada kek tersebut qeeb buka kotak tersebut perlahan lahan akak sambil tangan di stereng dan berdoa intai kotak kek yg dibuka qeeb lama qeeb tenung keadaan kecederaan kek kakak tersebut huruf hilang ising melekat pada kotak coklat hiasan tak patah cuma senget nampak titisan airmata qeeb jatuh mmg pemandangan yang sangat menghibakan sayu tangisan tanpa suara akak nak mengambil hatinya kakak tu lembut hatinya dia takkan marah kita bawa balik kek ni padanya qeeb terus pandang akak dan berkata ibu kena pusing semula kita pergi semula kedai itu kalau perlu beli yang baru kita beli akak mengambil ringan kerana akak memang sedia maklum anak sulong akak hatinya mudah bertolak ansur kejadian yg berlaku tanpa sengaja mmg akan mudah dia fahami lagipula akak dah kenal anak2 akak tak mana akan kisah sangat nak makan kek jika dibeli hingga 2 biji nanti jadi pembaziran akak melihatkan ketegasan qeeb mengajak pergi semula kedai tersebut pun mengikut saranannya sampai kedai pekerja di situ tumpang simpati melihatkan kami masuk ke dalam kedai dengan qeeb mata merah masih berair even sewaktu memberitahu pada pekerja di situ pun suara tersekat2 dan menangis2 puas dipujuk pekerja dengan mengatakan boleh buat hiasan semula dengan upah tak seberapa keknya tidak cedera parah hanya solekan mukanya jadi tak sememeh jer nampak bagaimana kasihnya si adik hendak mempersembahkan sesuatu yg lebih sempurna buat kakaknya yang tersayang jika qeeb juga seperti ibunya yang tidak apa janji boleh makan tentunya sambutan harilahir kakak tidak semeriah semalam beserta dengan kenangan paling manis posted by ibu n abah at 2 22 2016 03 52 00 pm 6 comments saturday february 20 2016 722 kena ubah entry utk peringatan sendiri sejak 9tahun dialysis macam2 rasa paling ketara berat badan pandai jaga air berat kurang antara usaha nak jaga air ialah puasa jika tak puasa mmg tak boleh kawal air perasan macam minum taklah banyak mana tp bila timbang haaaaaa baru terkejut tp dlm hati boleh menyebut laaaa banyak rupanya then berulanglah selama bertahun2 kemudian jadi episod sesak nafas air dah terlalu banyak maka nafas jadi sesak selalunya sempat nak menyampai kehari dialysis seterusnya rasa lega bila air dapat dikeluarkan maka mulakan azam untuk kurangkan air cakap nak kurangkan minum air mmg dah selalu kejayaan nak kurangkan mmg tidak pernah berlaku selagi tidak ubah tabiat minum air bikarbonat dan perisa teh kopi yg pelbagai sentiasa menganggu diet akak kalau puasa pun pekena teh o panas pun boleh melarat2 hingga bercawan2 kena ubah kena ubah kena ubah tapi cammana sesiapa ada cadangan posted by ibu n abah at 2 20 2016 03 51 00 pm 6 comments monday february 15 2016 721 akhirnya pulang ke tempat asal alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah setelah 2 bulan mencuci di private dialysis centre dan 1 bulan setengah berulang di hospital shah alam akhirnya pagi isnin ini 15hb febuari 2016 akak balik cuci di unit dialysis hospital serdang rindu dah shift pagi dan 1 3 5 seawal pukul 4 pagi akak dah terjaga xcited tak terhingga nak balik semula mencuci di tempat yg dah berjasa selama 8 tahun shift pagi pulak tu waktu di swasta akak dapat pagi tetapi 2 4 6 bila nak kemana2 hujung minggu akak harus dialysis dahulu pagi sabtu baru boleh bergerak kemana2 andai dapat 1 3 5 tengahari jumaat dah settle bab dialysisi ni nak balik kampong hari jumaat tengahari tu pun boleh dah namun di shah alam akak ada pelawat yg tak pernah berkesempatan hendak ke serdang atas faktor masa dan jarak kami bertemu pula di hospital shah alam tetamu pertama datang dengan ibu mereka jodoh kami bertemu di shah alam depa kenalkan kek dan pie yg sedap ini jika tidak mmg tak tahu kedai cake ini teman sekolah yg datang nak buat surprise akhirnya depa yg tersurprise tamu akhir ini dua kali bertemu di shah alam terima kaseh leen akak rindu keramahan staff unit dialysis hospital shah alam iaitu encik nesh dan anak buahnya sn shikin ma syahmie dan ma fahmie semuga mereka terus berkhidmat dengan cemerlang dan berjaya di dalam jawatan yang lebih tinggi alhamdulillah posted by ibu n abah at 2 15 2016 03 59 00 pm 12 comments tuesday february 09 2016 720 biasanya anak ikut ibu sudah menjadi kebiasaannya anak ikut ibu jarang ibu ikut anak tp mengenai tekak dan selera ibu ikut anak akak tak pernah seumur hidup masak perut muda perut lembu yg jenis usus yang begini pagi tadi akak bawa qeeb pergi pasar sebaik dia ternampak perut ini terus teringin nak buat lauk akak tertanya tanya pada penjual nak masak apa perut tersebut katanya rebus pastu makan cicah air asam akak tak berminat masakan begitu anak akak pernah makan sewaktu di melaka kenduri waktu hari raya aidil adha perut usus muda tersebut dimasak gulai asam pedas daging akak tak rajin nak buat asam pedas daging dalam pada tertanya tanya nak masak apa ada pembeli yang dengan mesranya memberitahu masak goreng dengan cili api sedap giler statement berani mati tu nampak gayanya orangnya ramah mesra akak berani nak tanya resepi dia bagitahu perut tersebut dah bersih cuma perlu rebus dahulu dan kemudiannya potong hiris2 dan goreng kemudian tumiskan cili dan bawang masukkan perut tersebut balik pasar akak cuba buat alhamdulillah sambalnya sedap cuma perutnya sepatutnya rebus lama lagi sehingga lembut tak tahu sebab cuma diberi resepi rebus tak cakap nak bg lembut boleh dimakan cumanya liat dan payah hadam pertama kali seumur hidup akak masak dan makan perut lembu in syaa allah lainkali dah pandai masak dan makan boleh buat menu lain pula ini namanya ibu ikut tekak anak posted by ibu n abah at 2 09 2016 07 08 00 pm 2 comments thursday february 04 2016 720 tak tau haribulan seperti biasa sarapan pagi anak kami sediakan dengan minuman air kotak dan roti perasa jagung vanila coklat dll roti roti tersebut dibeli dengan banyak mengikut tarikh luput selalunya ianya bertahan 3hari dari hari beli makanya tiapkali beli mmg berlebih seminggu beli dua kali untuk menampung sarapan seminggu pagi semalam akak dan anak sulong bangun dengan tak tahu nak sarapan apa akak dah berhenti dari membeli nasilemak tersedap di bangi makanya akak akan sarapan makanan yang tidak menaikkan kolestrol seperti roti dan oats akak lihat roti sarapan anak2 nampak mmg banyak lagi lihat pada tarikh akak terkejut kerana tarikh luput adalah hari tersebut akak segera minta anak sulong akak makan roti yg bertarikh luput 4hb feb banyak juga kami terpaksa habiskan dan tinggalkan roti yg bertarikh 5hb febuari mana yg terasa muak akak cicahkan dengan air nescafe o memang lancar lah lapang hati akak melihat roti tidak berbazir cuma tinggal roti bertarikh 5hb untuk esok tetiba handphone akak berbunyi ternampak tarikh di handphone hari ini adalah 3hb febuari hahahahahahahahahahhaa roti untuk sarapan anak anak pagi esok kami dah habiskan hahahahahahahahaha mmg nak ketawa ingat takmo membazir rupanya kena beli pula ptg ni tunggu roti lalu beli roti untuk sarapan esok pula hahahahahahahahah andeh dah strike back tiada roti gardenia pula bai roti ni terpaksa beli jenama ini pula lainkali kena hati2 lihat tarikh luput posted by ibu n abah at 2 04 2016 06 49 00 pm 6 comments tuesday february 02 2016 719 semangat nak hidup kucing akak namanya adik adik ni adik kepada abang abang kucing jantan adik kucing betina adik dan abang anak mika abang jadi kucing jantan yang sangat baik tak pukul kucing lain dan malangnya abang selalu kena buli dengan kelabu oren dan malaysia adik bersalin baru ni anak pertamanya mati sebaik dilahirkan anak keduanya sangat kecil rasanya tak cukup bulan sangat halus beza sungguh anak bagira dan saiz anak adik yang kami namakan mikey lahir hari jumaat mampu hidup tanpa ibu dan susu ibu selama 4 hari sahaja namun begitu kami semua sangat menyayanginya qeeb usaha belikan botol susu dan kakak zahrah usaha belikan susu kambing utk disuapkan pada mikey tp mikey tak mampu lagi hidup tanpa ibunya yg sejak dari hari pertama tidak menghiraukannya posted by ibu n abah at 2 02 2016 06 45 00 pm 6 comments newer posts older posts home subscribe to posts atom akak too contributors ibu n abah unknown blog archive 2017 9 november 1 june 1 may 4 april 1 february 1 january 1 2016 50 october 4 september 5 august 6 july 3 june 2 may 3 april 2 march 5 february 6 723 kasih adik 722 kena ubah 721 akhirnya pulang ke tempat asal 720 biasanya anak ikut ibu 720 tak tau haribulan 719 semangat nak hidup january 14 2015 82 december 5 august 1 july 7 june 11 may 8 april 12 march 9 february 9 january 20 2014 102 december 13 november 12 october 11 september 8 august 9 july 5 june 7 may 4 april 10 march 2 february 10 january 11 2013 122 december 7 november 8 october 11 september 12 august 7 july 8 june 12 may 8 april 11 march 11 february 8 january 19 2012 241 december 17 november 20 october 23 september 19 august 13 july 24 june 21 may 18 april 17 march 19 february 23 january 27 2011 364 december 20 november 31 october 31 september 28 august 35 july 35 june 23 may 27 april 31 march 32 february 26 january 45 2010 382 december 39 november 42 october 47 september 38 august 62 july 57 june 44 may 53 blog lama akak http diary 4 puteri blogspot com http akak akak blogspot com geng blogger all my life finally tamatlah sudah kisah kereta kami 1 day ago aku lah jentayu itu terpinggir 1 day ago welcome to my blog convert diploma to certification accredited programs 4 weeks ago entahlah masih boleh 10 months ago thru ups n downs 1 year ago dr singa motor home rv camping punggai johor 1 year ago bersara penuh 2 years ago kakcik seroja budak sepet terkini 3 years ago yang ingin kukongsi situasi sebenar ialah 5 years ago uncle815 satu perjalanan hidup sibuk betul 6 years ago gadisbunga trip kelakar seram bangkok kanchanaburi part 4 day 3 6 years ago nasi kerabu buah tanjung bersemangat bersama perajurit tanah air 7 years ago my life as a mother and wife iklan sticky mode 8 years ago akak too 761 alhamdulillah bersyukur atas nikmat yang allah kurniakan 8 years ago blog chik att kari buah gajus campur ikan kering 9 years ago ummi adeeb cot cet ostematrix wajib semasa mengandung dan menyusu 9 years ago cinta_suci mudahkan segalanya 9 years ago ishy77 s blog nilai rm600 9 years ago sayangsayangibu jumpa jalan pulang 9 years ago rider sejati kehilangan kerja pemberhentian sukarela 10 years ago life is drama n this is my drama 1291 10 years ago muffinbiru syukur 10 years ago every time i say i love you fuh fuh fuh 11 years ago sekilau one beralih rasa 11 years ago matcham matcham puasa tiga 11 years ago me myself and i salam ramadan jom berkongsi tips sempena menjalani ibadah puasa 11 years ago yang terlintas di hati mama melihat gunung kinabalu 11 years ago al kisah my so called french chateau rd ig blogging 12 years ago saya dan kamera saya jom ke sana 12 years ago makan lah apa lagi murtabak singapura sri bestari 12 years ago suddenly heta as time goes by 2 12 years ago ol bout me myfamily everything labbaik 12 years ago macam macam saya cyn haleem precious 13 years ago insan marhaen ianya bermula di sini show 10 show all followers
|