Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2011, andeh, si, lodeh, jumaat, jun, anda, ke, debat, jwtn, pilihan, blog, 2012, oktober, 10, 07, 24, ahad, 19, pelawat, ipt, kosong, online, famili, santapan, jiwa, link, utama, video, pabm, 20o7, terkini, januari, layanan, kualiti, bertaraf, dunia, aduan, pendapat, hiburan, akhbar, politik, pemuda, produk, terbaik, unt, sahabat, intipati, bajet, ucapan, belanjawan, semakan, keputusan, permohonan, kemasukan, program, pengajian, diploma, pendidikan, lepasan, ijazah, dpli, ambilan, julai, islam, tak, pernah, anjur, keganasan,
Text of the page (most frequently used words):
dan (487), yang (470), akan (226), ini (210), ringgit (194), untuk (190), bagi (189), kerajaan (187), tahun (165), kepada (149), dengan (148), dalam (125), mereka (96), negara (94), tidak (88), juta (87), pada (83), malaysia (78), peratus (76), atau (74), daripada (69), rakyat (69), kita (66), islam (65), rumah (59), tuan (59), bilion (59), telah (58), oleh (57), itu (56), 2012 (56), program (55), lebih (54), projek (53), lalu (52), sebagai (52), juga (50), pembangunan (49), serta (49), awam (46), peruntukan (46), sekolah (46), baru (44), saya (43), bantuan (43), ekonomi (42), semua (41), pertua (39), luar (39), terus (38), perkhidmatan (38), atas (37), satu (36), adalah (36), sebanyak (36), swasta (36), bahawa (35), lagi (35), cukai (35), bawah (34), harga (34), 000 (34), antara (33), seperti (33), orang (33), menyediakan (33), menjadi (32), melalui (32), bandar (32), golongan (31), secara (31), dari (30), boleh (30), 2011 (29), kewangan (28), tempoh (28), sen (28), bukan (27), dunia (27), hanya (27), sektor (27), ribu (27), masa (26), kedua (26), setiap (25), seluruh (25), tinggi (25), rendah (25), pertama (25), memberi (24), dua (23), dana (23), pengecualian (23), skim (23), dapat (22), bajet (22), syarikat (22), bayaran (22), 100 (22), gaji (22), 1malaysia (21), kesederhanaan (21), mana (21), perlu (21), diberi (21), berpendapatan (21), lima (21), kos (21), air (20), ada (20), puan (20), sebuah (20), penjawat (20), subsidi (20), usahawan (19), pelaburan (19), utama (19), agama (19), anak (19), sederhana (19), tetapi (19), mempunyai (19), nasional (19), melaksanakan (19), hingga (19), bekalan (19), kawasan (19), teksi (19), produk (18), hasil (18), jumlah (18), pihak (18), kami (18), termasuk (18), pula (18), transformasi (18), disediakan (18), latihan (18), berjumlah (18), mencadangkan (18), global (17), amat (17), merupakan (17), memperuntukkan (17), langkah (17), pinjaman (17), kemudahan (17), com (16), debat (16), bulan (16), hari (16), keganasan (16), masing (16), dasar (16), menggalakkan (16), unit (16), dilaksanakan (16), inovasi (16), cara (15), kali (15), baik (15), dijangka (15), pendapatan (15), perbelanjaan (15), pemberian (15), melibatkan (15), ketiga (15), samping (15), kadar (15), bank (14), kerja (14), maju (14), pelajar (14), tanpa (14), meningkatkan (14), pendidikan (14), supaya (14), hampir (14), membantu (14), meningkat (14), kenaikan (14), kebajikan (14), sehingga (14), mempastikan (14), duti (14), pembiayaan (14), 500 (14), mampu (13), wujud (13), tersebut (13), sesuatu (13), lain (13), masyarakat (13), industri (13), kini (13), apa (13), pusat (13), pertumbuhan (13), semula (13), perumahan (13), 300 (13), tempatan (13), johor (12), kementerian (12), kesihatan (12), kaum (12), besar (12), sekalian (12), sama (12), sebenar (12), hidup (12), diri (12), jika (12), asas (12), berjaya (12), mengambil (12), menarik (12), institusi (12), pelaksanaan (12), para (12), anggota (12), sistem (12), pembinaan (12), khas (12), sungai (12), kebangsaan (12), menambah (12), mendapat (12), guru (11), muda (11), usaha (11), perniagaan (11), kepelbagaian (11), manusia (11), tindakan (11), kehidupan (11), sekali (11), wanita (11), jalan (11), manakala (11), menerima (11), prinsip (11), perjuangan (11), makanan (11), pasaran (11), mulai (11), felda (11), tambahan (11), membina (11), bayar (11), manfaat (10), uitm (10), mata (10), selama (10), simpanan (10), emas (10), kerana (10), demi (10), januari (10), lama (10), depan (10), ingin (10), sejak (10), suatu (10), agar (10), terhadap (10), mencapai (10), ramai (10), peluang (10), saja (10), kira (10), pertanian (10), membolehkan (10), tiga (10), banyak (10), sentiasa (10), asing (10), pengajian (10), rancangan (10), inisiatif (10), modal (10), pekerjaan (10), pembelian (10), hospital (10), berikut (10), elaun (10), pelabur (10), maksimum (10), seramai (10), taraf (10), peringkat (10), sbpa (10), pesara (10), persaraan (10), asal (10), isi (10), 2009 (9), anda (9), milik (9), the (9), masih (9), kerjasama (9), politik (9), online (9), begitu (9), beberapa (9), berada (9), pelbagai (9), memiliki (9), pelampau (9), faktor (9), bernilai (9), berbanding (9), terutamanya (9), diperuntukkan (9), sejumlah (9), bumiputera (9), sarawak (9), hartanah (9), pks (9), jenis (9), beban (9), blog (8), sia (8), budaya (8), seorang (8), umat (8), mulia (8), pilihan (8), 2010 (8), sahaja (8), allah (8), penting (8), kalangan (8), menganjurkan (8), keadaan (8), mewujudkan (8), matlamat (8), antarabangsa (8), kanak (8), sekarang (8), kejayaan (8), terdapat (8), menawarkan (8), perjanjian (8), aktiviti (8), fokus (8), kuala (8), sabah (8), bersetuju (8), potongan (8), 200 (8), sumbangan (8), meliputi (8), belia (8), berkualiti (8), penduduk (8), kurang (8), gred (8), pencen (8), sara (8), sebulan (8), pencarum (8), rtb (8), kaedah (7), sebelum (7), daya (7), keadilan (7), lembaga (7), insurans (7), mudah (7), bersama (7), mengamalkan (7), ucapan (7), tengah (7), memanfaatkan (7), keamanan (7), mungkin (7), empat (7), turut (7), sikap (7), raya (7), maka (7), iaitu (7), moden (7), keluarga (7), dibuat (7), keselamatan (7), tanah (7), sudah (7), sukuk (7), tinggal (7), pemilik (7), sesungguhnya (7), barisan (7), jangka (7), selain (7), melebihi (7), infrastruktur (7), terpilih (7), menyumbang (7), kereta (7), galakan (7), faedah (7), keseluruhan (7), kecil (7), rpgt (7), agensi (7), menengah (7), sukan (7), 150 (7), berdaftar (7), kemahiran (7), meringankan (7), polis (7), kilogram (7), persendirian (7), caruman (7), kwsp (7), berusia (7), tun (6), haji (6), warga (6), syariah (6), sejarah (6), melihat (6), harapan (6), aduan (6), negeri (6), berhad (6), jwtn (6), majlis (6), jam (6), ahli (6), falsafah (6), for (6), kebebasan (6), kekejaman (6), sini (6), menjadikan (6), tentang (6), aman (6), menuju (6), membawa (6), malah (6), ayat (6), individu (6), berlaku (6), apabila (6), dilakukan (6), wujudnya (6), penuh (6), hak (6), kemajuan (6), bersifat (6), domestik (6), menyeru (6), bagaimana (6), berkembang (6), bukannya (6), konsep (6), surat (6), kembali (6), kemasukan (6), kesejahteraan (6), wilayah (6), langsung (6), keperluan (6), banjir (6), perubatan (6), lumpur (6), membangunkan (6), permulaan (6), bercadang (6), tujuan (6), francais (6), termasuklah (6), teknologi (6), pengusaha (6), idea (6), justeru (6), memperkenalkan (6), keempat (6), generasi (6), tempat (6), khidmat (6), perak (6), selesa (6), tentera (6), kedai (6), bulanan (6), rakan (6), rm1 (6), andeh (5), perlis (5), bebas (5), 2013 (5), perjalanan (5), menggunakan (5), patuh (5), awal (5), merdeka (5), cerita (5), terbaik (5), pemuda (5), guna (5), suara (5), beras (5), menteri (5), naik (5), anjung (5), jelas (5), beliau (5), oxford (5), bangunan (5), bidang (5), kukuh (5), quran (5), ajaran (5), salah (5), buatan (5), bahan (5), melakukan (5), pernah (5), nyawa (5), paling (5), memerlukan (5), mengira (5), bertolak (5), kumpulan (5), kekal (5), jua (5), menyebabkan (5), segala (5), bangsa (5), enam (5), memilih (5), menyokong (5), menyedari (5), yakin (5), peranan (5), gerakan (5), masalah (5), palestin (5), bersepadu (5), sedang (5), krisis (5), keuntungan (5), wang (5), kuasa (5), setengah (5), 400 (5), selepas (5), lapan (5), semasa (5), semuanya (5), pegangan (5), zaman (5), warganegara (5), singgah (5), nelayan (5), setelah (5), panjang (5), proses (5), perbankan (5), perkembangan (5), tabung (5), merancakkan (5), pakej (5), merangkumi (5), pengurusan (5), nilai (5), pantai (5), koridor (5), setem (5), perintis (5), dilanjutkan (5), nanti (5), disember (5), dikendalikan (5), ditawarkan (5), menubuhkan (5), bentuk (5), peralatan (5), membaik (5), pulih (5), eksais (5), kreativiti (5), ibu (5), mengumumkan (5), meneruskan (5), sains (5), penambahbaikan (5), khusus (5), mara (5), persekolahan (5), buat (5), percuma (5), jualan (5), berkhidmat (5), klinik (5), sedia (5), bsn (5), menghadapi (5), bas (5), tahunan (5), 600 (5), layak (5), mendapatkan (5), bersara (5), dinaikkan (5), pembeli (5), pr1ma (5), dijual (5), mesra (5), diberikan (5), mendaftar (5), imunisasi (5), tingkatan (5), bonus (5), info (4), sri (4), razak (4), bumi (4), alam (4), sekadar (4), that (4), semakan (4), keputusan (4), ijazah (4), belum (4), hubungan (4), net (4), terkini (4), yayasan (4), sawit (4), asia (4), ksg (4), komentar (4), ptg (4), all (4), bertindak (4), kebencian (4), bukanlah (4), timur (4), kasih (4), universiti (4), tradisi (4), warisan (4), berasa (4), datang (4), pelajaran (4), bertambah (4), perkongsian (4), kitab (4), suci (4), swt (4), sayang (4), dianggap (4), sendiri (4), sebenarnya (4), menjalani (4), surah (4), kamu (4), menunjukkan (4), ialah (4), tanggungjawab (4), menangani (4), mencukupi (4), dicapai (4), pandangan (4), kristian (4), ansur (4), mendengar (4), berdiri (4), seterusnya (4), puak (4), pentadbiran (4), mengurus (4), komoditi (4), diamalkan (4), dikenali (4), akibat (4), tetap (4), kes (4), kecewa (4), sesetengah (4), penubuhan (4), berdaya (4), diambil (4), pun (4), september (4), pengeluaran (4), struktur (4), let (4), pastikan (4), bapa (4), tenaga (4), kemakmuran (4), suasana (4), sedikit (4), berkesan (4), bertanggungjawab (4), namun (4), berpotensi (4), bilik (4), tani (4), peneroka (4), estet (4), pekerja (4), niaga (4), profesional (4), undang (4), ganda (4), peningkatan (4), risiko (4), import (4), tekanan (4), khususnya (4), menampung (4), sosial (4), kdnk (4), semakin (4), penyelenggaraan (4), menaiktaraf (4), tebatan (4), lebuhraya (4), strategik (4), berasaskan (4), klifd (4), pemaju (4), penerbitan (4), etf (4), amanah (4), menanggung (4), mesti (4), sme (4), bencana (4), disalurkan (4), menjamin (4), elektrik (4), menaik (4), pengangkutan (4), sememangnya (4), komersial (4), sukacita (4), pengkomersialan (4), kelima (4), memenuhi (4), cina (4), mubaligh (4), yuran (4), kerjaya (4), membuka (4), memperkukuhkan (4), bersih (4), pedalaman (4), agen (4), waktu (4), memperluaskan (4), saraan (4), siswazah (4), pegawai (4), 120 (4), jasa (4), jabatan (4), one (4), off (4), sesuai (4), pejabat (4), tekun (4), belanja (4), akhir (4), bermula (4), dibina (4), bekerja (4), balik (4), tujuh (4), gelandangan (4), suntikan (4), minimum (4), rm3 (4), rm2 (4), sahabat (3), alumni (3), mpp (3), ust (3), world (3), agro (3), hidroponik (3), raja (3), melayu (3), pas (3), sekitar (3), kemerdekaan (3), united (3), sarjana (3), ambilan (3), ciri (3), bhd (3), dinar (3), ring (3), etika (3), gold (3), nasyid (3), kualiti (3), pabm (3), peribadi (3), orator (3), bitara (3), kedah (3), holdings (3), peguam (3), muzium (3), lodeh (3), laman (3), semangat (3), tiada (3), membangun (3), hadapan (3), terima (3), petang (3), dulu (3), cendekiawan (3), terkemuka (3), sekian (3), berpeluang (3), ocis (3), persekitaran (3), melanjutkan (3), kampung (3), ketika (3), diwujudkan (3), melampau (3), sanggup (3), julai (3), bersimpati (3), terdiri (3), sedemikian (3), sebahagian (3), disebut (3), nasib (3), melindungi (3), bagaimanapun (3), insan (3), sifat (3), majoriti (3), mula (3), menunaikan (3), perkara (3), punca (3), berlakunya (3), semata (3), jauh (3), penyelesaian (3), memang (3), menyuarakan (3), yahudi (3), mahu (3), berpendirian (3), sekiranya (3), seribu (3), bersatu (3), pendirian (3), pasukan (3), perhatian (3), membiarkan (3), bersuara (3), sebab (3), memupuk (3), perbezaan (3), seiring (3), izinkan (3), etnik (3), kepercayaan (3), walaupun (3), persekutuan (3), perdana (3), april (3), keutamaan (3), berpandukan (3), didahulukan (3), integrasi (3), bergantung (3), wasatiyah (3), menyebut (3), bererti (3), ilmu (3), pengetahuan (3), betul (3), mempertahankan (3), pertengahan (3), lemah (3), ketakutan (3), sedar (3), kekurangan (3), tamadun (3), berdasarkan (3), menyaksikan (3), inilah (3), dilihat (3), balas (3), berasingan (3), dibenarkan (3), peneraju (3), bon (3), potensi (3), memulakan (3), mandela (3), kaki (3), marah (3), membuat (3), seruan (3), there (3), and (3), amerika (3), tahap (3), utara (3), ipta (3), diploma (3), hendaklah (3), melahirkan (3), rasa (3), singkat (3), perindustrian (3), sosioekonomi (3), pengarah (3), getah (3), pendek (3), wawasan (3), nkea (3), melengkapkan (3), kesemua (3), 2020 (3), fdi (3), mencatat (3), membiayai (3), dianggarkan (3), berikutan (3), perdagangan (3), inflasi (3), separuh (3), penggunaan (3), menyusun (3), strategi (3), rolling (3), plan (3), rmke (3), jumlahnya (3), defisit (3), memantapkan (3), rangsangan (3), blok (3), membela (3), ekuiti (3), terengganu (3), taiping (3), segamat (3), kota (3), berperanan (3), digunakan (3), pelancongan (3), agropolitan (3), ikhtiar (3), saing (3), destinasi (3), pembayaran (3), insentif (3), berstatus (3), takaful (3), wakala (3), fund (3), fgvh (3), penyenaraian (3), bursa (3), pemilikan (3), saham (3), runtuh (3), diumumkan (3), korporat (3), maksud (3), diuruskan (3), beroperasi (3), biasa (3), menggantikan (3), ditanggung (3), sepenuhnya (3), hibrid (3), pelancong (3), langkawi (3), hotel (3), mempromosi (3), harta (3), menjejaskan (3), dilupuskan (3), dikenakan (3), ngo (3), reka (3), pengguna (3), memainkan (3), tamil (3), berkemampuan (3), pemansuhan (3), dipanjangkan (3), rtp (3), mentransformasikan (3), rtc (3), kontraktor (3), usang (3), sementara (3), operasi (3), demikian (3), asli (3), agenda (3), ssm (3), prestasi (3), berprestasi (3), kelak (3), mengikut (3), time (3), based (3), prihatin (3), menikmati (3), umur (3), hayat (3), pelaksana (3), kakitangan (3), balai (3), tugas (3), menjalankan (3), menyelenggarakan (3), constable (3), police (3), ditambah (3), berkebajikan (3), gula (3), minyak (3), miskin (3), had (3), 250 (3), memandangkan (3), menu (3), 700 (3), diperluaskan (3), sehubungan (3), putrajaya (3), bukit (3), siap (3), membayar (3), ppr (3), ekspatriat (3), rawatan (3), pudu (3), pesakit (3), seminggu (3), berkuat (3), memansuhkan (3), guaman (3), perlindungan (3), bersesuaian (3), mikro (3), futsal (3), gelanggang (3), pelepasan (3), majikan (3), sokongan (3), parti (3), pendahulu (3), mohon (3), rm500 (3), rm200 (3), html (2), javascript (2), ibrahim (2), dato (2), najib (2), mahathir (2), naim (2), ahmad (2), che (2), kelab (2), pidato (2), sanggar (2), hijrah (2), society (2), you (2), panggilan (2), perguruan (2), aku (2), mac (2), 2014 (2), sdn (2), menjelaskan (2), phd (2), halim (2), nawawi (2), erti (2), unt (2), pendidik (2), malaysian (2), life (2), selamat (2), pertubuhan (2), jutawanemas (2), saving (2), pengukuhan (2), perspektif (2), umno (2), pemimpin (2), dividen (2), rahim (2), serupa (2), sumber (2), bahagian (2), kod (2), lirik (2), web (2), mambau (2), journal (2), cetak (2), bertaraf (2), 20o7 (2), jiwa (2), padu (2), arab (2), mmu (2), putra (2), upm (2), usim (2), arkitek (2), bnm (2), misc (2), glc (2), johan (2), integriti (2), pelawat (2), lengkap (2), catatan (2), bernama (2), good (2), ketidakadilan (2), barat (2), ekstremis (2), hadir (2), mengadakan (2), berbakat (2), sungguh (2), kaya (2), bertuah (2), dewan (2), tokoh (2), biasiswa (2), sempena (2), ulang (2), pemangkin (2), kajian (2), isu (2), dialog (2), mencipta (2), rahmat (2), sinonim (2), kenapakah (2), adakah (2), segelintir (2), selatan (2), pagi (2), membuktikan (2), meletupkan (2), mematuhi (2), menegaskan (2), tubuh (2), mewakili (2), halnya (2), api (2), seharian (2), menghalalkan (2), jahat (2), membunuh (2), bermaksud (2), janganlah (2), sebarang (2), seseorang (2), nya (2), lelaki (2), berkasih (2), keyakinan (2), tertentu (2), kekuatan (2), ideologi (2), berkekalan (2), fahaman (2), penganut (2), buddha (2), hindu (2), situ (2), seratus (2), sejuta (2), memperjuangkan (2), menyertai (2), menghargai (2), maruah (2), teguh (2), biar (2), ringkasnya (2), itulah (2), persefahaman (2), meraikan (2), bergerak (2), diteruskan (2), pengalaman (2), menjunjung (2), peristiwa (2), mei (2), keterangkuman (2), urus (2), menganut (2), tao (2), perpaduan (2), objektif (2), jawatan (2), pencapaian (2), diutamakan (2), menjadikannya (2), amalan (2), pendekatan (2), berimbang (2), berulang (2), menghasilkan (2), demokrasi (2), kata (2), mengenai (2), bersikap (2), adil (2), kulit (2), kebenaran (2), bahaya (2), london (2), dilakar (2), sering (2), dapati (2), pengganas (2), berasal (2), kebanyakan (2), percaya (2), ruang (2), skala (2), ancaman (2), pemikiran (2), berusaha (2), tegas (2), dihina (2), ditindas (2), tua (2), peperangan (2), lepas (2), intelek (2), syak (2), sukar (2), kekosongan (2), begitulah (2), idealistik (2), menyelesaikan (2), cabaran (2), melepaskan (2), mengetahui (2), membelanjakan (2), daripadanya (2), kingdom (2), ketelusan (2), kesamarataan (2), nelson (2), dikurung (2), seluas (2), david (2), each (2), impian (2), terbukti (2), menerusi (2), meletakkan (2), kancah (2), menentukan (2), bertajuk (2), jun (2), permohonan (2), lepasan (2), dpli (2), upu (2), jumaat (2), mulakan (2), yakni (2), berkuasa (2), wajah (2), ruyung (2), sistematik (2), semenjak (2), bintang (2), kisah (2), sekalipun (2), ladang (2), sayur (2), kilang (2), medan (2), mahupun (2), berpayung (2), 1991 (2), 2000 (2), menyambung (2), menggariskan (2), pemandu (2), kemudian (2), nkra (2), etp (2), model (2), rancak (2), tertinggi (2), melonjak (2), disokong (2), hutang (2), per (2), 175 (2), menentu (2), prospek (2), mencabar (2), eropah (2), perlahan (2), tentunya (2), positif (2), sudut (2), menumpukan (2), aset (2), mensejahtera (2), terbesar (2), mencatatkan (2), subsektor (2), pakar (2), pergigian (2), perundangan (2), berimpak (2), dibelanjakan (2), bahru (2), pangkalan (2), besi (2), mudahcara (2), lebuh (2), nusa (2), jaya (2), besut (2), kelapa (2), lahad (2), datu (2), samalaju (2), berterusan (2), komprehensif (2), perbendaharaan (2), rantau (2), berinovatif (2), bukti (2), lantaran (2), taksiran (2), inovatif (2), ventures (2), konglomerat (2), minat (2), walau (2), permodalan (2), mustahak (2), durian (2), selanjutnya (2), disebabkan (2), gagal (2), bermakna (2), lamanya (2), peniaga (2), terlibat (2), corporation (2), skop (2), mesin (2), jadinya (2), mengembangkan (2), memajukan (2), mengimport (2), berkaitan (2), pulau (2), dibangunkan (2), melabur (2), membendung (2), spekulasi (2), situasi (2), gus (2), rantaian (2), penyelidikan (2), dijalankan (2), cipta (2), mengiktiraf (2), media (2), market (2), validation (2), forum (2), komuniti (2), aspek (2), berkemahiran (2), maktab (2), akses (2), pembelajaran (2), berharap (2), dikurangkan (2), ibadat (2), kegiatan (2), pengumpulan (2), kelantan (2), dimajukan (2), pekan (2), mega (2), hektar (2), tanaman (2), penanaman (2), 110 (2), desa (2), memperluas (2), buah (2), pia (2), pias (2), penyertaan (2), terutama (2), pahang (2), berperingkat (2), tarif (2), menyelaras (2), melantik (2), bil (2), sijil (2), maklum (2), memohon (2), membeli (2), dinamik (2), elemen (2), meninggalkan (2), laluan (2), menunggu (2), pangkat (2), 320 (2), pelarasan (2), setahun (2), suka (2), fenomena (2), bilangan (2), barang (2), berumur (2), wajib (2), memperbaiki (2), sepanjang (2), dipertingkatkan (2), menamatkan (2), kontrak (2), hal (2), bakal (2), menempa (2), era (2), terjunjung (2), canggih (2), kem (2), kesukaran (2), bekas (2), menjaga (2), special (2), auxilliary (2), women (2), scout (2), mengenang (2), budi (2), bakti (2), duda (2), balu (2), antaranya (2), melancarkan (2), keluasan (2), keikhlasan (2), menemui (2), bukankah (2), tidakkah (2), super (2), masak (2), tepung (2), menelan (2), dinikmati (2), bertanya (2), dinamakan (2), tunai (2), liter (2), kar1sma (2), mengurangkan (2), berjenama (2), tukar (2), stesen (2), popular (2), pertamaku (2), 220 (2), lrt (2), dimiliki (2), spnb (2), berharga (2), terbengkalai (2), memulihkan (2), kondusif (2), membenarkan (2), mengeluarkan (2), daif (2), keselesaan (2), hentian (2), dinaiktaraf (2), hkl (2), dilengkapi (2), jadual (2), fleksi (2), menaikkan (2), dibuka (2), teraju (2), selaras (2), melupuskan (2), jenayah (2), kepimpinan (2), aim (2), barah (2), daerah (2), mestilah (2), idealisme (2), bakat (2), berbilion (2), institut (2), populariti (2), bola (2), sepak (2), lampu (2), pendaftaran (2), anuiti (2), empangan (2), timah (2), tasoh (2), fasa (2), melebar (2), mendalam (2), arau (2), kerian (2), kurau (2), kolam (2), merah (2), ketua (2), pos (2), akaun (2), baucar (2), buku (2), matrikulasi (2), giliran (2), jemaah (2), bersekali (2), parlimen (2), abdul (2), allahyarham (2), kestabilan (2), rm5 (2), rm400 (2), skip (2), copyright, andehsilodeh, andai, copy, banner, letak, feedjit, live, stats, hidayat, prof, muhd, kamil, azmil, abrar, mufti, zanariah, ppcpercuma, khairul, adibah, fatmah, faisol, yaacob, payat, tok, limbong, duyung, jay, diat, green, kempen, merakyatkan, kazz, jangan, hina, daulat, tuanku, hhhhhhhhhh, berpijak, nyata, kesilapan, harap, perbetulkanlah, download, borang, tentatif, stylo, rizman, ruzaini, renungan, inspirasi, permit, entry, yahaya, tajuk, mont, ustz, kamarulzaman, paradigma, dakwah, islamic, teenagers, soft, bin, fakrul, muhaimin, shamsians, 9802, wupid, lambang, rekreasi, minda, shoes, idol, inside, heel, lifts, can, help, look, taller, cik, mardziyana, temu, duga, kplspm, kepujian, pismp, azmanlin, imam, ghazali, official, shamri, sempoi, kerna, nama, ali, johari, final, year, project, blogging, xaharie, membudayakan, berdagang, goldcrest, pavilion, bagaimanakah, sampel, coklat, diuji, dicemari, dna, babi, mazidulakmalsidek, real, money, logam, indonesia, emas2u, masam, manis, mohd, kadri, aznil, derma, pelik, noraini, law, test, small, town, english, coutryside, everythingaboutme, shahrir, abd, samad, menyambut, ramadhan, mubarak, adam, berkat, doa, istiqamah, sabar, bukhari, azlan, obat, aborsi, ampuh, cytotec, misoprostol, jitegha, bloggers, termudah, murah, beli, kijang, passbook, hello, aiman, konflik, ramli, survival, darah, tuah, asb, berbaloi, teruskan, asbf, who, are, nizam, umurku, letrik, cakap, bikin, bigdogdotc0m, genset, kva, listrik, serbaguna, hafiz, hamidun, dilema, mualaf, terlajak, perahu, diundur, uthaya, sankar, tips, blingpixie, pencari, adiwidget, penterjemah, animasi, muzik, carian, tanda, tangan, survey, kotak, pesanan, code, blinking, text, tag, permata, alaqah, resources, mngment, cendawan, publicdinar, publicgold, dinarkel, sph, fertigasi, mohdashraf, abiagro, hidrokultur, agriplaza, iraherbs, nubex, mas, qudrah, shamelin912, emasrakyat, dinariusdirham, jentayuemstra, score, prog, mutiaramas, stevia, gec, cyberita, pelita, brunei, washington, post, wall, street, voice, america, news, kompas, sinar, akhbar, murai, friends, lelagu, gua, sitizone, tv9, tv8, tv3, tv1, hiburan, get, price, please, enable, tribunal, tnttan, lpkp, kpdnhep, rompak, tahann, awm, pendapat, layanan, gelembung, perlukah, kawal, selia, video, smka, shams, nur, perkasa, starza, traveloghaji, goldnews, link, bhs, azhar, mukmin, juzuk, flash, aswatulislam, zakir, soal, jwb, zaharuddin, halal, santapan, uiam, ump, upsi, unitar, umt, utp, kdbm, udm, kdp, akademidebat, taqwim, portal, antrbgsa, famili, ukm, petronas, cimb, srawak, prtubuhan, far, east, sime, darby, sian, ins, accountants, arcadia, penang, banking, hannover, group, maa, assurance, ing, uni, assrnce, utar, kkm, jsmhukm, kedah2u, achemm, myadha, ngr, per1an, jaan, spp, kerja4u, kesenian, kerjaohkerja, findkerja, malaysiancareer, jobmall, carik, ohjobs, jawatankosongdot, jobsmalaysia, galeri, parttime, kerjaksg, jtksm, elx, graduan, joblinkasia, jobmarket, jobsmanager, kareer, iklan, msia, bestjobs, jenjobs, jobstreet, getkerja2u, kosong, end, weather, naib, ipt, guests, will, y0u, deny, lord, y0ur, which, then, fav0urs, lihat, profil, langgan, atom, edmund, burke, dipetik, berkata, necessary, triumph, evil, men, nothing, marilah, ihsan, muhibah, digantikan, dipenuhi, kezaliman, jurang, malahan, samalah, bismillahirahmannirrahim, assalamualaikum, warahmatullahi, wabarakatuh, terlebih, mengucapkan, berbahagia, jack, straw, pengenalan, indah, farhan, nizami, kenali, wakil, akademik, diplomatik, berbesar, tetamu, tadi, perjumpaan, penuntut, melawat, mendamaikan, percantuman, kehebatannya, sheldonian, theatre, pentas, berpuluh, halaman, perantauan, khazanah
Text of the page (random words):
s perak dan johor dengan kos satu bilion ringgit di perlis dua projek rtb iaitu naik taraf empangan timah tasoh fasa 2 dan melebar serta mendalam sungai arau akan dilaksanakan di perak tiga projek rtb di sungai kerian sungai kurau dan kolam bukit merah manakala bagi johor projek rtb akan dilaksanakan di bandar dan sungai segamat tuan yang di pertua 112 dalam usaha untuk terus meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak anak kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one off atau sekali sahaja seperti berikut pertama bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3 000 ringgit dan ke bawah langkah yang julung kali diambil ini membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah akibat kenaikan kos sara hidup seramai 3 4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1 8 bilion ringgit untuk menerima bantuan ini ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan lembaga hasil dalam negeri sebagai agensi pelaksana bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan pejabat pos kedua bantuan persekolahan 100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari tahun satu hingga tingkatan lima di seluruh negara memandangkan bantuan ini disasarkan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana atas dasar kebertanggungjawaban sosial terpulanglah kepada budi bicara penjaga atau ibu bapa yang berkemampuan untuk menerima atau tidak di atas semuanya langkah ini dijangka dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira kira 5 3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 530 juta ringgit bantuan ini juga akan dilaksanakan melalui akaun bank simpanan nasional dan ketiga pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada semua pelajar warganegara malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada kira kira 1 3 juta pelajar dan melibatkan peruntukan 260 juta ringgit tuan yang di pertua 113 kita sedang berada dalam bulan zulhijjah dan seruan haji sebagai rukun islam kelima sentiasa saja berkumandang kepada hamba hambanya untuk menuju baitullah dari mana saja penjuru dunia dalam hal ini kerajaan menyedari ramai golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah untuk mendaftar dan mendapat giliran haji kerana tidak mempunyai tabungan minima sebanyak 1 300 ringgit justeru bagi membolehkan bakal jemaah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji kerajaan dengan ini membenarkan pencarum kwsp membuat pendaftaran awal melalui penghadangan atau ring fencing akaun 2 pencarum sebanyak 1 300 ringgit melalui kaedah ini wang pencarum sejumlah 1 300 itu masih kekal dalam kwsp tetapi pencarum sudah boleh mendaftar giliran untuk menunaikan haji tuan yang di pertua 114 kerajaan yakin penjawat awam akan terus mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam mempastikan agenda pembangunan nasional menjadi kenyataan dalam konteks ini seperti yang semua ketahui pada bulan ogos yang lalu kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit kepada penjawat awam dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara 115 berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara kerajaan bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan disember 2011 ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara kerajaan bayaran ini akan memanfaatkan 1 3 juta penjawat awam serta 618 ribu pesara kerajaan bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak 4 bilion ringgit 116 menyedari tanggungjawab tugas serta beban kerja ahli ahli parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan program transformasi politik yang saya umumkan baru baru ini maka kerajaan dengan ini bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli ahli parlimen sekalian dengan syarat kedua dua belah pihak parti kerajaan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju termasuklah yang bebas bebas itu setelah dipersetujui nanti elaun baru ini akan berkuat kuasa pada 1 januari tahun depan penutup tuan yang di pertua 117 saya dan rakan rakan jemaah menteri dan anggota dewan dari parti barisan nasional berdiri dengan nubari yang jernih bahawa kami melalui bajet 2012 pada petang yang mulia penghulu segala hari ini sekali lagi akan meneruskan tradisi para pendahulu kami dalam meletakkan kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara di tempat yang teratas 118 apa yang menjadi keutamaan kepada kami bukannya nostalgia lampau apatah lagi populariti murahan yang terjunjung di atas jemala kami sebagai kerajaan yang bertanggungjawab adalah menyediakan masa depan gilang gemilang buat semua anak anak malaysia sebuah masa depan bergemerlapan dengan harapan dan kemakmuran bukannya masa depan suram dicengkam ketakutan 119 sesungguhnya bersesuaian dengan surah al hasyr ayat 7 yang menyeru agar harta tidak hanya berlingkar dikalangan orang orang berada antara kamu maka tidak syak lagi bajet yang baru saya bentangkan ini mendakap segenap taraf sosioekonomi rakyat ia tidak meninggalkan yang berpendapatan rendah sekalipun menengah atau tinggi dan tidak pula meminggir mereka yang di bandar waima di desa 120 pucuk pangkalnya perjalanan yang telah saya dan rakan rakan mulakan semenjak april 2009 kini telah menempuh satu puncak penanda pastinya sepanjang tempoh 30 bulan yang lalu saya dan rakan rakan telah melakar hala tuju jelas negara dalam pusingan akhir bagi menempa wawasan kebangsaan 121 ia tidak hanya membabitkan pengukuhan perpaduan nasional berasaskan prinsip meraikan kepelbagaian menambahbaik penyampaian sektor awam dengan merundingi rakyat proses penstrukturan ekonomi melalui model baru ekonomi dan program transformasi ekonomi malah ia juga menjangkau program transformasi politik yang akan menjadi saksi menyinsingnya fajar baru malaysia 122 di mana perbezaan yang sihat serta membina tidak akan lagi menjadi punca pertelingkahan tidak berkesudahan di mana tidak ada individu yang akan dihukum hanya sanya kerana ideologi berbeda di mana anak anak muda akan bebas untuk menggilap idealisme mereka di atas bumi malaysia ini demi kemajuan negara 123 seyogia diperingatkan bahawa perjalanan ini tidak mungkin berjaya tanpa laluan yang telah diredah denaikan oleh pendahulu pendahulu saya sebermula almarhum tunku abdul rahman diikuti allahyarham tun abdul razak allahyarham tun hussein tun dr mahathir dan tun abdullah ia tidak mungkin jua terjelma tanpa kestabilan politik yang dihidupkan oleh perkongsian kuasa melalui konsep barisan nasional yang bitara yang lebih utama ia tidak mungkin dizahirkan tanpa sokongan padu rakyat 124 sesungguhnya sokongan besar rakyat amat penting untuk mempastikan perjalanan kita akan menemui kejayaan yang diimpikan menuju gapura malaysia yang maju makmur sebagai oasis harapan dan kestabilan dalam lautan dunia yang tidak menentu 125 sememangnya lagi kerajaan barisan nasional tidak tunduk kepada tekanan atau apa apa paksaan untuk mengambil jalan yang benar dan betul demi warga malaysia kami yakin dengan perjuangan yang kami gandar ini bukannya dibuat buat atau sebuah ilusi silap mata sebagai guna menutup lompang keikhlasan dan kebobrokan syaksiah serta kemunafikan intelektual seperti sesetengah pihak perjuangan kami warisan mulia zaman berzaman meniti generasi 126 perjuangan ini bukan perjuangan sehari seminggu sebulan mahupun setahun ia adalah perjuangan berdekad lamanya inilah sebuah bajet di bawah lembayung dasar transformasi nasional diilhamkan demi rakyat kepada allah jua kita berserah tuan yang di pertua saya mohon mencadangkan pada jam 7 14 ptg 0 komentar sahaja jumaat 24 jun 2011 semakan keputusan permohonan kemasukan ke program pengajian diploma pendidikan lepasan ijazah dpli ambilan julai 2011 semakan keputusan permohonan kemasukan ke ipta bagi program pengajian diploma pendidikan lepasan ijazah dpli ambilan julai 2011 boleh dibuat di laman web unit pusat universiti upu kementerian pengajian tinggi https online mohe gov my upu keputusan_dpli pada jam 8 04 ptg 0 komentar sahaja ahad 19 jun 2011 islam tak pernah anjur keganasan ucapan perdana menteri datuk seri najib razak bertajuk kesederhanaan dan persefahaman antara tamadun di pusat islam oxford london semalam sikap sederhana berkasih sayang mampu wujud keamanan bismillahirahmannirrahim assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh selamat petang tuan tuan dan puan puan sekalian terlebih dulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada yang berbahagia jack straw atas ucapan pengenalan beliau yang begitu indah dr farhan nizami seorang cendekiawan terkemuka yang telah saya kenali sejak sekian lama dan semua wakil daripada dunia akademik perniagaan dan diplomatik yang hadir di sini hari ini saya amat berbesar hari kerana dapat bersama sama anda sekalian sebagai tetamu universiti oxford di mana pada awal tengah hari tadi saya telah berpeluang mengadakan perjumpaan dengan beberapa penuntut muda yang berbakat besar dan melawat bangunan ocis suatu persekitaran yang sungguh mendamaikan hasil daripada percantuman tradisi islam dan melayu dengan warisan oxford yang begitu kaya dengan kehebatannya saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk berada di sheldonian theatre dewan yang telah menjadi pentas ucapan tokoh tokoh terkemuka sejak lama dulu setiap tahun berpuluh rakyat malaysia datang ke oxford untuk melanjutkan pelajaran menjadikan kelab malaysia universiti oxford sebagai kampung halaman mereka ketika berada di perantauan biasiswa khazanah ocis merdeka yang diwujudkan pada 2006 sempena ulang tahun ke 50 kemerdekaan malaysia menjadi pemangkin kepada pertambahan jumlah pelajar malaysia yang datang ke sini hasil daripada kerjasama antara suruhanjaya sekuriti malaysia dan ocis untuk mengadakan kajian tentang isu baru yang muncul dalam bidang kewangan islam hubungan antara negara kita insya allah akan menjadi bertambah kukuh tuan tuan dan puan puan sekalian kepelbagaian dialog dan perkongsian hidup secara aman merupakan tema penting dalam islam dalam kitab suci al quran allah swt berfirman bahawa dia mencipta manusia daripada pelbagai kaum dan keturunan sebagai suatu rahmat agar mereka boleh berkenal kenalan dan memanfaatkan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan mereka oleh itu sejak bilakah islam sinonim dengan keganasan kenapakah mereka yang menganjurkan kebencian dan tindakan melampau sanggup mencemarkan islam agama yang menganjurkan keamanan dan kasih sayang adakah tindakan melampau oleh segelintir umat islam ini boleh dianggap mencerminkan ajaran islam yang sebenar dan perangai penganutnya tafsiran yang amat salah ini sungguh mendukacitakan saya dan seluruh umat islam mungkin empat pemuda yang menuju ke selatan yorkshire pada suatu pagi julai berpendapat bahawa dengan membawa bom buatan sendiri dalam beg galas masing masing mereka membuktikan bahawa mereka adalah umat islam sejati mungkin mereka berfikir bahawa dengan meletupkan diri masing masing mereka bertindak seperti yang diperintahkan oleh allah atau mematuhi ajaran al quran mereka tersilap besar saya ingin menegaskan bahawa mereka yang memasang bahan letupan pada tubuh masing masing dan meletupkan diri mereka bukan tergolong sebagai syuhada mereka tidak mewakili ajaran islam tanpa mereka sedari mereka sebenarnya sesat dan melakukan dosa yang amat besar begitu juga halnya semua mereka yang menganjurkan kebencian dan menyalakan api permusuhan yang membawa kepada tindakan kufur itu turut berdosa seperti pihak yang menganjurkan kejahatan tersebut juga kita bersimpati dengan mangsa mereka yang terdiri daripada golongan tidak bersalah orang awam yang menjalani kehidupan seharian masing masing islam tidak pernah menghalalkan tindakan jahat sedemikian ia juga bukan sebahagian daripada ajaran islam malah islam mencegah perbuatan membunuh diri seperti yang disebut dengan jelas dalam kitab suci al quran surah 2 ayat 195 bermaksud janganlah sekali kali kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan ini menunjukkan bahawa tindakan membunuh diri dilarang sama sekali dalam sebarang keadaan dalam islam nyawa adalah sesuatu yang diamanahkan oleh allah subhanahuwataala dan nasib seseorang manusia itu hanya ditentukan oleh nya perlu dijelaskan bahawa menurut maqasid syariah kewajipan paling utama ialah melindungi dan memulihara nyawa tuan tuan dan puan puan sekalian mewujudkan sebuah dunia yang bebas daripada keganasan bukanlah sesuatu yang mustahil kita mampu mencapainya bagaimanapun ia memerlukan lelaki dan wanita yang memiliki sikap berkasih sayang terhadap sesama insan tanpa mengira kaum ia memerlukan mereka yang menganjurkan sifat sederhana ia menuntut agar kita tidak lagi menjadi golongan majoriti yang hanya berdiam diri tetapi mula mempamerkan keberanian dan keyakinan dalam menunaikan tanggungjawab kita perlu menangani perkara yang menjadi punca berlakunya keganasan global tindakan hanya memburu individu tertentu menghancurkan pertubuhan mereka memporak perandakan kekuatan kewangan mereka dan memburuk burukkan ideologi mereka semata mata adalah jauh daripada mencukupi kita perlu mampu membezakan antara gejala dan punca utama yang menyebabkannya berlaku melalui cara ini sajalah kita akan dapat mencapai penyelesaian berkekalan memang amat mudah untuk mengatakan bahawa penyelesaian bagi fahaman pelampau islam boleh dicapai apabila lebih ramai umat islam diberi peluang untuk menyuarakan pandangan mereka ya itu memang menjadi tanggungjawab kita tetapi ia bukanlah tanggungjawab di pihak kita saja seperti mana umat islam perlu menyuarakan pandangan mereka begitu jugalah halnya bagi penganut agama kristian yahudi buddha hindu dan golongan ateis yang bencikan sifat tidak mahu bertolak ansur keganasan dan kekejaman kita perlu mendengar suara golongan yang berpendirian sederhana di semua negara dan dari semua lapisan kehidupan jika ini dilakukan kita semua akan dapat melihat wujudnya keamanan sebagai ganjarannya sekiranya seorang lelaki yang berdiri di tengah jalan raya hanya dianggap sebagai seorang pengacau tetapi jika 10 orang berdiri bersama sama di situ tentu tindakan mereka tidak boleh dipandang sebelah mata saja dan jika jumlah 10 orang itu bertambah menjadi seratus seribu sejuta dan malah satu bilion orang dan seterusnya membentuk suatu kumpulan besar dan bersatu dalam memperjuangkan niat mereka maka golongan yang menganjurkan kebencian akan hanya mempunyai satu pilihan saja mereka sama ada menyertai kita atau kekal dengan pendirian mereka sebelum hancur hasil daripada kesungguhan kita untuk bertindak sebagai s...
|