Meta tags:
Headings (most frequently used words):
kawan, nak, ayisy, blogspot, com, posts, search, this, blog, perjanjian, cameron, punya, cerita, harapan, balik, derita, dan, senyuman, entah, sebuah, kebiasaan, aku, bahagia, dalam, hidup, archive, labels, report, abuse,
Text of the page (most frequently used words):
aku (30), dan (27), yang (21), kita (21), tak (15), nak (13), dalam (12), dengan (12), lagi (10), hidup (10), bila (9), orang (9), kawan (9), april (8), 2013 (8), rasa (8), #perjanjian (7), baca (7), kebahagiaan (7), masa (7), itu (7), gua (7), other (7), apps (7), email (7), pinterest (7), facebook (7), get (7), link (7), march (6), may (6), post (6), comment (6), duit (6), tapi (6), ada (6), apa (6), masih (6), lebih (6), keluarga (6), motor (6), february (5), june (5), bahagia (5), memang (5), semakin (5), tidak (5), hari (5), melihat (5), seorang (5), berada (5), july (4), august (4), december (4), january (4), sejak (4), pernah (4), jadi (4), kehidupan (4), penting (4), bagi (4), sebenarnya (4), dah (4), atau (4), ini (4), akan (4), walaupun (4), banyak (4), rakan (4), balik (4), tempat (4), duduk (4), masing (4), kerja (3), september (3), october (3), cameron (3), ayisy (3), erti (3), cari (3), indah (3), sahaja (3), serius (3), kalau (3), tengah (3), pergi (3), kadang (3), kala (3), perkara (3), diri (3), sekarang (3), sudah (3), hampir (3), insan (3), mengadu (3), blog (3), sendiri (3), satu (3), sakit (3), luar (3), baik (3), buat (3), kami (3), kenangan (2), jam (2), show (2), more (2), november (2), posts (2), mungkin (2), biasa (2), apakah (2), pun (2), tamat (2), persekolahan (2), terfikir (2), tercari (2), mencari (2), nikmat (2), bro (2), kecewa (2), shopping (2), bosan (2), dari (2), berapa (2), sampai (2), bertahan (2), berat (2), pening (2), semangat (2), membuahkan (2), hasil (2), mula (2), tahun (2), dinamakan (2), perasaan (2), segala (2), mata (2), berjasa (2), tersenyum (2), kepala (2), tahu (2), isi (2), hati (2), sukar (2), pada (2), mampu (2), cuba (2), sekeliling (2), betul (2), ialah (2), rumah (2), asrama (2), tengok (2), setiap (2), weh (2), untuk (2), namun (2), harapan (2), dikelilingi (2), oleh (2), alam (2), lepak (2), makan (2), hahaha (2), sorang (2), main (2), jalan (2), geng (2), zaman (2), sekolah (2), memori (2), blogspot (2), com (2), report, abuse, tips, adsense, nota, kursus, motosikal, lirik, lagu, sdbl, tangan, informasi, shock, diari, hidupku, labels, less, 2009, 210, 2010, 2011, 2012, archive, visit, profile, wowowowowowo, theme, images, michael, elkan, powered, blogger, agak, membosankan, diajukan, soalan, anda, mahu, lalu, menjawab, lahir, sehingga, sebenar, kerana, tatkala, sehinggalah, menyambung, pelajaran, situlah, bermulanya, cakap, dompet, tebal, beribu, ringgit, tension, sedih, gelisah, mall, beli, kosong, makna, kau, sedang, cuma, cukup, happy2, kering, haha, happy, sebuah, kebiasaan, letih, harus, motivasi, pudar, hilang, marah, terjadi, bengang, kesabaran, mengenepikan, positif, akibat, ianya, bertahun, hadapi, belum, keluar, syukur, bertuhan, putus, asa, berharapan, agar, muncul, suatu, nanti, memikirkannya, redah, putih, kata, burn, out, sedar, entah, perlu, menelan, kepahitan, kesusahan, air, kesakitan, demi, telah, kepada, berjaya, keserabutan, meninggalkan, halaman, kesayangan, sempat, melirik, menunaikan, tanggungjawab, bangga, gembira, capai, wajah, senyum, menggambarkan, mereka, meluah, hanya, tuhan, dua, rapat, bentuk, tulisan, seperti, luah, buang, campak, selalu, beringat, allah, membebani, hambanya, mengikut, kemampuan, hamba, tersebut, ujian, derita, senyuman, azam, benda, inginkan, dekat, daripada, tingkatan, berjauhan, sampailah, rutin, iaitu, jumaat, seronok, ahad, kampus, jeles, gak, samping, duk, sesetengah, merantau, pengalaman, kisah, janji, sesuai, terbaik, terasa, tenang, bersemangat, tenteram, doa, minta, dapat, hahahaha, ketenangan, merupakan, dicari, segalanya, mengekorinya, menanti, penuh, menjelma, dewasa, sunyi, semasa, dilahirkan, semua, kira, saudara, mara, jiran, tetangga, masyarakat, ketika, memasuki, ramai, tinggal, kemudian, ipt, berkawan, secara, berkumpulan, selalunya, sama, sekepala, mana, semuanya, beberapa, masuk, pekerjaan, sewa, berlima, sibuk, peneman, kahkahkah, lex, punya, cerita, comments, ipg, kebanyakan, habiskan, bersama, study, sebagainya, selesa, hobi, utama, sentuh, minat, kecil, jenisnya, nya, setengah, berlalu, bermain, sana, tutup, simpan, menjadi, terindah, tersangat, setanding, indahnya, sebelum, berpisah, selepas, belajar, sangat, tunaikan, memandangkan, haluan, berbeza, utara, selatan, sebagai, rider, amboii, jarak, bukan, penghalang, hehe, minggu, lepas, asalnya, han, search, this, skip, content,
Text of the page (random words):
ayisy blogspot com skip to main content search this blog ayisy blogspot com posts perjanjian cameron get link facebook x pinterest email other apps june 08 2013 masa di ipg kebanyakan masa aku habiskan bersama rakan rakan yang main motor makan lepak study jalan jalan shopping dan sebagainya aku lebih selesa dengan geng geng motor sebenarnya tak pernah terfikir pun motor akan jadi hobi utama masa zaman sekolah memang tak sentuh motor tapi minat tu memang sejak kecil dah ada kalau tengok motor tahu la apa jenisnya berapa cc nya 5 tahun setengah berlalu kenangan bermain motor di sana aku tutup dan simpan menjadi memori terindah tersangat indah hampir setanding indahnya dengan memori zaman sekolah jadi sebelum kami berpisah selepas tamat belajar kami buat satu perjanjian perjanjian yang dinamakan perjanjian cameron hahaha perjanjian tu kami buat namun tak la serius sangat nak tunaikan memandangkan masing masing berada di haluan yang berbeza seorang di utara seorang di tengah dan seorang di selatan tapi sebagai seorang rider amboii jarak bukan penghalang hehe dan minggu lepas perjanjian yang asalnya han 3 comments nak baca lagi kawan kawan punya cerita get link facebook x pinterest email other apps may 01 2013 semakin kita dewasa semakin sunyi hidup kita semasa kita dilahirkan kita dikelilingi oleh semua orang tak kira keluarga saudara mara jiran tetangga dan masyarakat sekeliling ketika kita memasuki alam persekolahan kita ramai kawan kalau yang tinggal di asrama 24 jam hidup kita dikelilingi oleh kawan kawan kemudian bila berada di ipt kita mula berkawan secara berkumpulan selalunya kawan kawan kita ialah kawan yang sama dan sekepala dengan kita ke mana kita pergi apa yang kita buat lepak makan semuanya dengan beberapa orang kawan kita itu sekarang bila masuk alam pekerjaan hahaha sorang sorang weh walaupun duduk rumah sewa berlima masing masing sibuk dengan kerja sudah sampai masa cari peneman kahkahkah lex lu post a comment nak baca lagi harapan get link facebook x pinterest email other apps april 14 2013 ketenangan dan kebahagiaan merupakan perkara yang sukar dicari walaupun kita dah ada segalanya namun kebahagiaan tidak mengekorinya sakit memang sakit tercari cari dan menanti penuh harapan bila ia akan menjelma post a comment nak baca lagi nak balik get link facebook x pinterest email other apps april 11 2013 dalam banyak banyak perkara atau azam satu benda yang aku betul betul inginkan ialah berada dekat dengan keluarga sejak daripada tingkatan satu aku sudah berjauhan dengan keluarga sampailah sekarang sejak itu rutin biasa iaitu hari jumaat seronok nak balik rumah hari ahad sakit kepala nak balik asrama kampus atau tempat kerja kadang kala jeles gak tengok rakan yang berada di samping keluarga setiap hari bosan weh duk luar walaupun bagi sesetengah orang merantau di tempat orang lebih baik untuk mencari pengalaman bagi aku tak kisah duduk luar ke duduk tempat sendiri janji ia sesuai dengan diri kita dan terbaik untuk diri kita ada orang mungkin lebih baik di luar ada orang lebih baik di tempat sendiri bagi aku bila berada dengan keluarga hidup lebih terasa tenang dan bersemangat tenteram jadi tu la doa aku setiap hari minta dapat balik duduk dengan keluarga hahahaha post a comment nak baca lagi derita dan senyuman get link facebook x pinterest email other apps april 07 2013 apa perasaan kita bila kita perlu menelan segala kepahitan kesusahan air mata kesakitan demi melihat orang yang telah banyak berjasa kepada kita tersenyum melihat kita berjaya dalam keserabutan di kepala meninggalkan halaman kesayangan aku sempat melirik mata melihat insan yang banyak berjasa itu tersenyum melihat aku pergi menunaikan tanggungjawab aku tahu insan itu bangga dan gembira dengan apa yang aku capai melihat semangat dan wajah senyum insan itu menggambarkan isi hati mereka dalam hidup aku aku sukar meluah dan mengadu pada orang hanya pada tuhan dan seorang dua rakan rapat sahaja aku mampu mengadu kadang kala aku mengadu dalam bentuk tulisan seperti di blog ini aku luah aku cuba buang dan aku cuba campak segala isi hati dan perasaan aku dalam blog ini bila rasa tak mampu aku selalu beringat yang allah tidak akan membebani hambanya mengikut kemampuan hamba tersebut dan kehidupan ini sendiri sebenarnya ujian dalam hidup aku sekeliling aku post a comment nak baca lagi entah get link facebook x pinterest email other apps march 31 2013 gua dah letih gua dah kecewa sampai bila harus bertahan semakin berat dan berat semakin pening dan pening motivasi dan semangat kadang kala semakin pudar dan hilang marah dengan perkara yang terjadi bengang bila kesabaran tidak membuahkan hasil mula mengenepikan positif dalam diri akibat ianya tidak membuahkan hasil bertahun tahun gua hadapi tapi masih belum keluar atau ini memang yang dinamakan kehidupan syukur hidup masih bertuhan masih bertahan dari putus asa masih berharapan agar kebahagiaan akan muncul suatu hari nanti walaupun sekarang sudah tidak memikirkannya lagi gua redah sahaja kehidupan yang hampir hampir orang putih kata burn out atau gua yang tak sedar yang gua sebenarnya hidup dalam nikmat post a comment nak baca lagi sebuah kebiasaan aku nak bahagia dalam hidup get link facebook x pinterest email other apps february 26 2013 mungkin agak biasa dan membosankan bila diajukan soalan apakah yang anda mahu dalam hidup lalu kita pun menjawab kebahagiaan sejak lahir sehingga la tamat persekolahan aku tak pernah terfikir apakah erti sebenar kebahagiaan kerana masa itu aku tak pernah rasa tak bahagia jadi aku tak tercari cari erti kebahagiaan tatkala kehidupan aku masa itu indah indah sahaja sehinggalah aku menyambung pelajaran di situlah bermulanya erti mencari nikmat dan rasa bahagia dalam hidup duit lagi penting bro lagi penting ya duit memang penting tapi bro serius gua cakap kalau dalam dompet lu tebal ada beribu ringgit tapi masa tu lu tengah tension sedih kecewa dan gelisah tak bahagia serius lu pergi shopping mall lu tak rasa nak beli apa apa rasa kosong bosan dan rasa duit tak ada makna bagi yang masih rasa duit lebih penting dari kebahagiaan sebenarnya kau sedang bahagia cuma duit tak berapa cukup aku pernah rasa tengah happy2 tapi duit kering haha masih happy c post a comment nak baca lagi more posts powered by blogger theme images by michael elkan ayisy wowowowowowo visit profile archive 2013 10 june 1 perjanjian cameron may 1 april 3 march 1 february 2 january 2 2012 14 december 1 october 1 august 2 july 1 may 1 april 1 march 1 february 1 january 5 2011 46 december 4 november 2 october 2 september 2 august 6 july 9 june 9 may 4 april 2 march 3 january 3 2010 81 december 2 september 3 august 7 july 9 june 10 may 7 april 5 march 6 february 12 january 20 2009 210 december 21 november 15 october 17 september 14 august 30 july 23 june 17 may 11 april 16 march 35 february 11 show more show less labels diari hidupku g shock informasi am jam tangan kenangan sdbl lirik lagu motosikal nota dan kerja kursus tips adsense report abuse
|