Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2010, april, blog, monday, indahnya, kehidupan, archive, labels, my, list, may, tuesday, 20, friday, 16, about, me, followers, والعصر, qurban, garis, panduan, hiburan, dalam, islam, doa, terhindar, dari, sifat2, keji, hak, seorang, muslim,
Text of the page (most frequently used words):
yang (47), tidak (41), dan (41), islam (22), #hiburan (17), kepada (16), dengan (15), panduan (15), boleh (13), garis (12), ini (12), nyanyian (11), qurban (11), dalam (9), adalah (9), mengandungi (9), maka (8), muzik (8), atau (8), jika (7), persembahan (7), perbuatan (7), menimbulkan (7), ada (6), oleh (6), 2010 (6), untuk (6), pada (6), hari (6), serta (6), kata (6), haram (6), maksiat (6), dewan (6), unsur (6), bnaim (5), muslim (5), tarian (5), kehidupan (5), lucah (5), fitnah (5), itu (5), maksud (5), kamus (5), iii (5), sunat (5), allah (4), posted (4), april (4), dua (4), orang (4), raya (4), antara (4), malaysia (4), mendorong (4), lelaki (4), perempuan (4), ialah (4), nilai (4), berusia (4), tahun (4), lebih (4), years (4), ago (4), seorang (3), lain (3), mengucapkan (3), comment (3), memberi (3), dijadikan (3), rujukan (3), masyarakat (3), daripada (3), abu (3), bakar (3), tersebut (3), hati (3), syeikh (3), hal (3), agama (3), berikut (3), senikatanya (3), baik (3), biadap (3), bercampur (3), harus (3), lirik (3), penganjur (3), pemujaan (3), perkataan (3), melakukan (3), ungkapan (3), menghina (3), quran (3), penonton (3), sopan (3), diri (3), mausu (3), fiqhiyyah (3), membaca (3), daging (3), skip (3), hamba (2), posts (2), hak (2), sakit (2), diriwayatkan (2), monday (2), keji (2), labels (2), peringatan (2), tujuan (2), disediakan (2), pihak (2), terlibat (2), industri (2), juga (2), awam (2), kerana (2), manusia (2), berdasarkan (2), hadis (2), rasulullah (2), sesungguhnya (2), sedang (2), ansar (2), menyanyi (2), berkata (2), nabi (2), bahawa (2), menghiburkan (2), jiwa (2), menenangkan (2), diharuskan (2), yusuf (2), qardhawi (2), dapat (2), syarat (2), dosa (2), halal (2), muzakarah (2), jawatankuasa (2), fatwa (2), kebangsaan (2), bagi (2), ehwal (2), kali (2), mei (2), 1981 (2), telah (2), seperti (2), gaul (2), membawa (2), pancaragam (2), melalaikan (2), hukumnya (2), perkara (2), takrif (2), program (2), artis (2), tanggungjawab (2), kesimpulan (2), sesuatu (2), gubahan (2), perasaan (2), menurut (2), kesejahteraan (2), bersesuaian (2), ajaran (2), disertai (2), acara (2), penyembahan (2), bahasa (2), hendaklah (2), melanggar (2), syariat (2), berpakaian (2), kemas (2), memakai (2), pakaian (2), mendedahkan (2), eksploitasi (2), bercanggah (2), kehendak (2), gerak (2), dipersembahkan (2), cetakan (2), tafsir (2), pimpinan (2), rahman (2), pengertian (2), bahagian (2), jakim (2), 2009 (2), mengatakan (2), kambing (2), binatang (2), sah (2), wajiblah (2), disedekahkan (2), may (2), perjalanan (2), blog (2), get (2), indahnya (2), sidebar (2), 2600, degrees, james, william, minibox, column, blogger, template, والعصر, followers, view, complete, profile, mencari, keredhaan, ilahi, about, subscribe, atom, home, older, comments, terhadap, enam, bertemu, berilah, salam, kelihatan, cari, tahulah, jenguklah, mengundang, penuhilah, bersin, hamdalah, jawablah, yarhamkallah, meninggal, dunia, hantarkanlah, kepemakaman, imam, doa, terhindar, dari, sifat2, friday, merangkumi, akan, menyertai, rancangan, pendahuluan, dasarnya, mengharuskan, menjadi, sebahagian, fitrah, aisyah, bermaksud, masuk, kepadaku, sampingku, gadis, dinyanyikan, peperangan, ath, aku, kedua, bukanlah, penyanyi, adakah, rumah, terdapat, serunai, syaitan, sedangkan, idul, fitri, bersabda, wahai, setiap, kamu, rayanya, kita, riwayat, ibnu, majah, nyatalah, dinyatakan, menghibur, menyedapkan, telinga, dicampuri, kotor, memberangsangkan, 273, membincang, isu, persidangan, membuat, keputusan, mendengar, keadaan, semangat, jihad, kandungan, lagu, benda, dll, menyenangkan, mententeramkan, dilagukan, suara, bunyi, memperoleh, keindahan, bentuk, pernyataan, gerakan, badan, tangan, kaki, berirama, mengikut, rentak, memisahkan, sama, sebaliknya, sejauh, mana, mencapai, prinsip, menekankan, arah, umat, bermatlamatkan, kebaikan, diadakan, tempat, supaya, mengganggu, ketenteraman, ramai, mengambilkira, masa, sensitiviti, bersifat, provokasi, sikap, prejudis, permusuhan, bertentangan, gerakgeri, liar, kalimah, syahadah, arab, disempurnakan, sebutan, membangkitkan, nafsu, syahwat, menggambarkan, arak, perangsang, makhluk, peribadi, adab, kesopanan, akidah, mengutuk, nasib, vii, mengaib, mencaci, memfitnah, seumpamanya, viii, menjadikan, teks, sebagai, berinteraksi, secara, membina, kemanusiaan, geri, menggalakkan, tari, berlaku, percampuran, bertujuan, gaya, memberahikan, mempastikan, dianjurkan, menepati, diharap, memberikan, usaha, mewujudkan, mengamal, menikmati, berteraskan, akhlak, wizaratul, auqaf, syu, islamiah, pertama, 1995, kuwait, abdullah, bin, mohamad, basmeih, jabatan, kemajuan, maktab, islami, beirut, 1994, edisi, baru, pustaka, kuala, lumpur, 1991, seni, pandangan, penyelidikan, penyiaran, suruhanjaya, komunikasi, multimedia, cubaan, gangguan, hasutan, kekacauan, sebagainya, mendatangkan, hasil, faedah, manfaat, tarikh, januari, sumber, pengarah, editor, pro, hits, 15420, tuesday, dilakukan, semata, mata, haji, hari2, tasyriq, zulhijjah, ulama, pula, wajib, biri2, satu, biasa, unta, lima, lembu, kerbau, buta, kurap, kurus, bismillah, selawat, takbir, berdoa, agar, menerima, ibadat, disembelih, dihadapkan, kiblat, nazar, apabila, seseorang, bernazar, atasnya, melaksanakannya, dagingnya, semuanya, dimakan, menjualnya, dimakannya, dijual, asas2, fardu, ain, sulaiman, endut, ms234, hukum, ketika, sembelih, binatang2, diqurbankan, suatu, intan, suri, mtq, negeri, selangor, penghujung, sunnah, visit, grave, the, morning, sepanjang, al_marhum, dato, ismail, hashim, mpg, syifa, thohuurun, insya, model, baju, kerja, modern, rabbani, dairy, read, list, percutian, november, january, march, archive, your, where, them, pyzam, com, myspace, layouts, right, left, main,
Text of the page (random words):
indahnya kehidupan skip to main skip to left sidebar skip to right sidebar indahnya kehidupan get your myspace layouts where i get them at pyzam com blog archive 2010 10 may 1 qurban april 6 march 1 january 2 2009 1 november 1 labels diri 1 percutian 3 peringatan 1 my blog list a dairy to be read model baju kerja muslim modern rabbani 8 years ago as syifa thohuurun insya allah al_marhum dato ismail hashim 5 mpg 15 years ago sepanjang perjalanan kehidupan sunnah visit grave in the morning of raya 15 years ago penghujung kehidupan mtq tm 2010 negeri selangor dan kl 15 years ago intan suri suatu perjalanan monday may 3 2010 qurban tujuan qurban qurban dilakukan semata mata kerana allah pada hari raya haji dan hari2 tasyriq 11 12 dan 13 zulhijjah hukumnya ada ulama mengatakan sunat dan ada pula yang mengatakan wajib binatang2 yang sah diqurbankan 1 kambing biri2 yang berusia satu tahun lebih 2 kambing biasa yang berusia dua tahun lebih 3 unta yang berusia lima tahun lebih 4 lembu atau kerbau berusia dua tahun lebih 5 binatang yang buta sakit kurap dan yang kurus tidak sah dijadikan sunat sunat ketika sembelih 1 membaca bismillah 2 membaca selawat nabi 3 membaca takbir 4 berdoa agar allah menerima ibadat qurban itu 5 binatang yang disembelih itu dihadapkan ke kiblat hukum daging qurban 1 qurban nazar apabila seseorang itu bernazar untuk melakukan qurban maka wajiblah ke atasnya melaksanakannya dagingnya wajiblah disedekahkan semuanya ia tidak boleh dimakan dan menjualnya 2 qurban sunat daging qurban sunat boleh dimakannya dan disedekahkan daging qurban tidak boleh dijual rujukan asas2 fardu ain us sulaiman endut ms234 posted by bnaim at 7 57 pm 1 comment tuesday april 20 2010 garis panduan hiburan dalam islam 1 tujuan garis panduan hiburan dalam islam ini disediakan untuk memberi panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan merangkumi nyanyian muzik tarian dan lain lain garis panduan ini juga akan dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan 2 pendahuluan 2 1 pada dasarnya islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia ini berdasarkan kepada hadis rasulullah s a w yang diriwayatkan daripada aisyah r a yang bermaksud sesungguhnya abu bakar masuk kepadaku sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang ansar pada hari peperangan bu ath aku berkata kedua dua orang ini bukanlah penyanyi abu bakar berkata adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan sedangkan pada hari ini adalah hari raya idul fitri rasulullah bersabda wahai abu bakar sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita riwayat ibnu majah berdasarkan hadis tersebut nyatalah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh islam ini dinyatakan oleh al syeikh yusuf al qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa menenangkan hati serta menyedapkan telinga adalah nyanyian hiburan nyanyian ini diharuskan oleh islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata kata kotor keji atau yang boleh memberangsangkan kepada perbuatan dosa al halal wa al haram fi al islam hal 273 2 2 dalam membincang isu ini muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan bagi hal ehwal agama islam malaysia dalam persidangan kali ke 2 pada 12 13 mei 1981 telah membuat keputusan seperti berikut a nyanyian yang senikatanya baik tidak lucah tidak biadap dan tidak mendorong kepada maksiat 1 tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan dan tidak membawa kepada fitnah 2 adalah harus b jika nyanyian senikatanya tidak baik lucah biadap mendorong kepada maksiat bercampur gaul lelaki dengan perempuan dan membawa kepada fitnah maka nyanyian itu adalah haram c pancaragam yang melalaikan 3 hukumnya haram d mendengar nyanyian dan pancaragam adalah harus dengan syarat senikatanya baik tidak lucah tidak biadap tidak bercampur lelaki dengan perempuan dalam keadaan yang tidak menimbulkan fitnah dan e menyanyi untuk menimbulkan semangat jihad adalah harus 3 kandungan garis panduan 3 1 garis panduan ini mengandungi perkara perkara berikut 3 1 1 takrif 3 1 2 program hiburan 3 1 3 persembahan muzik 3 1 4 lirik lagu 3 1 5 persembahan artis 3 1 6 persembahan tarian 3 1 7 tanggungjawab penganjur 3 1 8 kesimpulan 3 2 takrif 3 2 1 hiburan maksud hiburan ialah sesuatu perbuatan benda dll untuk menghiburkan menyenangkan mententeramkan hati kamus dewan 3 2 2 nyanyian maksud nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara kamus dewan 3 2 3 muzik maksud muzik ialah gubahan bunyi untuk memperoleh keindahan bentuk dan pernyataan perasaan kamus dewan 3 2 4 tarian maksud tarian ialah gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik kamus dewan 4 garis panduan garis panduan yang memisahkan sama ada hiburan itu boleh atau sebaliknya menurut islam adalah sejauh mana hiburan tersebut mencapai maksud dan prinsip islam yang menekankan ke arah kesejahteraan umat manusia antara garis panduan tersebut adalah seperti berikut a program hiburan i bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan ii diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai iii mengambilkira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran islam iv tidak disertai oleh perbuatan perbuatan haram atau maksiat v tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan vi tidak mengandungi unsur unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran islam b persembahan muzik i tidak menimbulkan gerakgeri liar ii tidak mendorong kepada perbuatan maksiat iii tidak melalaikan c lirik i kalimah syahadah dalam bahasa arab hendaklah disempurnakan ii tidak mengandungi sebutan yang boleh membangkitkan nafsu syahwat perkataan lucah menggambarkan arak dan memberi perangsang melakukan dosa iii tidak mengandungi unsur unsur pemujaan kepada makhluk dan peribadi iv tidak mengandungi ungkapan ungkapan yang melanggar adab kesopanan dalam islam v tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat islam vi tidak mengandungi unsur mengutuk nasib dan lucah vii tidak mengandungi unsur menghina mengaib mencaci memfitnah dan seumpamanya viii tidak boleh menjadikan teks al quran sebagai lirik d persembahan artis i berinteraksi dengan penonton secara sopan dan disertai kata kata yang boleh membina nilai nilai kemanusiaan ii berpakaian kemas sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak islam iii tidak melakukan gerak geri dan perkataan yang boleh menimbulkan perasaan yang mendorong kepada maksiat dan menghina islam iv tidak mengucapkan kata kata yang menggalakkan perbuatan maksiat atau menghina agama islam e persembahan tarian i berpakaian kemas sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak islam ii gerak tari yang dipersembahkan tidak menimbulkan fitnah iii tidak berlaku percampuran antara lelaki dengan perempuan yang boleh menimbulkan fitnah iv tidak bertujuan pemujaan atau penyembahan v tidak dipersembahkan dengan gaya yang memberahikan f tanggungjawab penganjur penganjur hendaklah mempastikan acara hiburan yang dianjurkan menepati garis panduan yang telah disediakan 5 kesimpulan garis panduan ini diharap memberikan panduan kepada pihak yang terlibat dalam industri hiburan ia juga dijadikan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang dapat mengamal dan menikmati hiburan berteraskan nilai nilai akhlak dan syariat islam rujukan 1 mausu ah al fiqhiyyah wizaratul auqaf wa al syu un al islamiah cetakan pertama 1995 kuwait 2 tafsir pimpinan al rahman kepada pengertian al quran syeikh abdullah bin mohamad basmeih jabatan kemajuan islam malaysia 3 al halal wa al haram fi al islam syeikh yusuf al qardhawi al maktab al islami cetakan ke 15 beirut 1994 4 kamus dewan edisi baru dewan bahasa dan pustaka kuala lumpur 1991 5 garis panduan muzik nyanyian dan seni menurut pandangan islam bahagian penyelidikan jakim 6 muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan bagi hal ehwal agama islam malaysia kali ke 2 pada 12 13 mei 1981 7 garis panduan penyiaran suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia 1 sesuatu perbuatan yang haram mausu ah al fiqhiyyah 2 cubaan gangguan hasutan dan kekacauan tafsir pimpinan al rahman kepada pengertian al quran 3 perkataan dan sebagainya yang tidak mendatangkan hasil serta tidak memberi faedah dan manfaat mausu ah al fiqhiyyah tarikh 14 januari 2009 sumber pengarah bahagian editor pro jakim hits 15420 posted by bnaim at 9 02 pm 1 comment labels peringatan friday april 16 2010 doa terhindar dari sifat2 keji posted by bnaim at 6 27 am 1 comment monday april 5 2010 hak seorang muslim hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam jika bertemu maka berilah salam jika tidak kelihatan maka cari tahulah jika sakit maka jenguklah jika mengundang maka penuhilah jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah dengan mengucapkan yarhamkallah dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah kepemakaman diriwayatkan oleh imam muslim posted by bnaim at 7 48 pm 2 comments older posts home subscribe to posts atom about me bnaim seorang hamba allah yang mencari keredhaan ilahi view my complete profile followers والعصر minibox 3 column blogger template by james william at 2600 degrees
|