Meta tags:
Headings (most frequently used words):
sentuhan, cinta, pages, ads, 468x60px, featured, posts, 26, february, 2013, social, icons, followers, al, faqeer, arraji, muzakarah, wa, munazorah, blog, archive, akhlak, rasulullah, saw, sebagai, pendidik,
Text of the page (most frequently used words):
dan (13), saw (9), yang (9), adalah (7), dengan (7), rasulullah (6), nabi (6), sentuhan (5), cinta (5), #akhlak (5), anak (5), tidak (5), november (4), february (4), pendidik (4), pernah (4), berkata (4), october (3), january (3), august (3), sebagai (3), posts (3), seorang (3), terhadap (3), memukul (3), bahawa (3), bapa (3), ketika (3), tahun (3), baginda (3), aku (3), الله (3), قال (3), 2011 (2), march (2), april (2), may (2), december (2), 2013 (2), home (2), allah (2), makhluk (2), pukulan (2), mendidik (2), mereka (2), kerana (2), mengajar (2), mencela (2), jika (2), ibadah (2), seperti (2), perbuatan (2), usia (2), sepuluh (2), marah (2), qada (2), qadar (2), setiap (2), anas (2), bin (2), malik (2), kanak (2), ucapan (2), hadis (2), kenapa (2), kamu (2), sesuatu (2), لشيء (2), صنعته (2), تركته (2), skip (2), copyright, designed, for, fragrances, and, perfumes, search, engine, optimisation, melbourne, real, estate, costa, rica, memory, cards, september, 2008, july, 2009, 2010, 2012, blog, archive, powered, blogger, muzakarah, munazorah, view, complete, profile, azhari, kalantani, faqeer, arraji, followers, social, icons, subscribe, atom, older, comments, posted, rabiul, akhir, 1432, kesimpulannya, kuat, pertalian, hatinya, swt, penuh, rasa, kasih, sayang, sekelilingnya, inilah, manhaj, pendidikan, diwariskan, sepanjang, zaman, dimaksudkan, bukanlah, menyakiti, cukuplah, agar, tahu, kesilapan, mencuaikan, tanggungjawab, agama, perlu, ditegaskan, sini, ibu, supaya, berlemah, lembut, jangan, sesekali, menengking, nengking, sebagainya, cara, terakhir, berterusan, degil, mengingkari, arahan, fuqahak, ada, menyatakan, bermula, umur, tujuh, syarak, mewajibkan, menyuruh, anaknya, mengerjakan, solat, lima, waktu, melarang, haram, zina, setelah, mencecah, diharuskan, untuk, suruhan, tersebut, dipatuhi, sifat, mazmumah, iaitu, tercela, kemarahan, tercetus, longgarnya, pegangan, iman, umatnya, berlaku, maka, hendaklah, kita, sentiasa, berlapang, dada, sabar, memberi, maaf, lihatlah, betapa, halusnya, berhadapan, para, sahabatnya, saidina, itu, masih, dalam, beliaulah, membantu, memenuhi, segala, keperluan, hajat, apatah, lagi, kasar, muhammad, sebaik, baik, manusia, berakhlak, perlakuan, gerak, tubuh, contoh, teladan, harus, diikuti, oleh, umat, islam, seluruhnya, atas, cebisan, daripada, kesempurnaan, kecantikan, pengajaran, dari, beliau, telah, berkhidmat, kepada, selama, kepadaku, lakukan, kerjakan, tinggalkan, cuaikan, terjemahan, maksud, أنس, مالك, رضي, عنه, خدمت, رسول, صلى, عليه, وسلم, عشر, سنين, فما, وما, ولا, أخرجه, الترمذي, featured, ads, 468x60px, imarah, tazkiyah, pages, sidebar, main,
Text of the page (random words):
sentuhan cinta skip to main skip to sidebar pages home sentuhan cinta ibadah imarah tazkiyah ads 468x60px featured posts 26 february 2013 akhlak rasulullah saw sebagai pendidik akhlak rasulullah saw sebagai pendidik عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال خدمت رسول الله صلى الله عليه وسلم عشر سنين فما قال لي أف قط وما قال لي لشيء صنعته لم صنعته ولا لشيء تركته لم تركته أخرجه الترمذي terjemahan maksud dari anas bin malik beliau berkata aku telah berkhidmat kepada rasulullah selama sepuluh tahun tidak pernah kepadaku nabi berkata أف dan tidak pernah nabi berkata kenapa kamu lakukan terhadap sesuatu yang aku kerjakan dan tidak pernah berkata kenapa kamu tinggalkan terhadap sesuatu yang aku cuaikan pengajaran hadis nabi muhammad saw adalah sebaik baik manusia yang berakhlak setiap ucapan perlakuan dan gerak tubuh baginda adalah contoh dan teladan yang harus diikuti oleh umat islam seluruhnya hadis di atas adalah cebisan daripada kesempurnaan dan kecantikan akhlak nabi saw lihatlah betapa halusnya akhlak baginda ketika berhadapan dengan para sahabatnya saidina anas bin malik ketika itu masih dalam usia kanak kanak beliaulah yang membantu memenuhi segala keperluan dan hajat rasulullah saw baginda saw tidak pernah marah apatah lagi mencela dengan ucapan kasar marah adalah sifat mazmumah iaitu tercela kemarahan tercetus kerana longgarnya pegangan iman dengan qada dan qadar rasulullah mengajar umatnya bahawa setiap perbuatan makhluk adalah berlaku dengan qada dan qadar allah maka hendaklah kita sentiasa berlapang dada sabar dan memberi maaf fuqahak ada menyatakan bahawa bermula umur tujuh tahun syarak mewajibkan seorang bapa menyuruh anak anaknya mengerjakan ibadah seperti solat lima waktu dan melarang perbuatan haram seperti zina setelah mencecah usia sepuluh tahun seorang bapa diharuskan untuk memukul mereka jika suruhan tersebut tidak dipatuhi memukul yang dimaksudkan bukanlah pukulan yang menyakiti cukuplah dengan pukulan yang mendidik agar mereka tahu kesilapan kerana mencuaikan tanggungjawab agama perlu ditegaskan di sini bahawa nabi saw mengajar ibu bapa supaya berlemah lembut ketika mendidik anak anak jangan sesekali menengking nengking mencela dan sebagainya memukul adalah cara terakhir jika anak anak berterusan degil dan mengingkari arahan kesimpulannya seorang pendidik adalah kuat pertalian hatinya dengan allah swt dan penuh dengan rasa kasih sayang terhadap makhluk sekelilingnya inilah manhaj pendidikan yang diwariskan nabi saw sepanjang zaman 14 rabiul akhir 1432 posted by sentuhan cinta at 3 47 00 pm 0 comments older posts home subscribe to posts atom social icons followers al faqeer arraji sentuhan cinta al azhari al kalantani view my complete profile muzakarah wa munazorah powered by blogger blog archive 2013 1 february 1 akhlak rasulullah saw sebagai pendidik 2012 4 october 3 august 1 2011 3 november 1 january 2 2010 27 december 1 november 1 august 3 may 4 april 4 march 4 february 8 january 2 2009 32 december 8 november 3 october 1 august 2 july 2 may 1 april 9 march 1 february 4 january 1 2008 13 november 1 october 5 september 7 copyright c 2011 sentuhan cinta designed for memory cards real estate costa rica search engine optimisation melbourne fragrances and perfumes
|