Meta tags:
description= selagi ada masa...aku terus menulis;
Headings (most frequently used words):
yang, pak, lah, pm, akan, sebenar, anwar, makin, dari, jauh, gatal, wahai, kerajaanku, bila, berubah, najib, bakal, tersingkir, mengikut, plan, apa, motif, pertukaran, portfolio, kita, jumpa, kemukakan, senarainya, dahulu, kekalutan, media, pada, 16, september, psikologi, ds, menjadi, lompat, parti, bukan, khianat, top, clicks, latest, hot, must, read, masa, hampir, komen, terbaru, kejayaan, ialah, kekal, dalam, perjuangan,
Text of the page (most frequently used words):
yang (75), pak (52), lah (52), dan (42), najib (34), kepada (34), untuk (29), anwar (28), ini (27), rakyat (25), akan (25), dengan (21), aku (21), negara (20), mereka (20), tidak (20), kerajaan (18), peralihan (18), pakatan (17), pada (17), kerana (17), ada (17), adalah (17), september (16), kita (16), bahawa (16), juga (16), itu (15), umno (14), menjadi (14), sekarang (14), sudah (14), dalam (13), bakal (13), serta (12), menteri (11), malaysia (10), media (10), apa (10), isu (10), semasa (10), kuasa (9), perlu (9), komen (9), daripada (9), 2008 (9), proses (9), dari (8), harga (8), bagi (8), pertukaran (8), pemimpin (8), ahli (8), ramai (8), para (8), posted (8), raezahmad (8), under (8), label (8), memberi (8), perdana (8), tak (8), ekonomi (8), politik (7), muhyiddin (7), minyak (7), ibrahim (7), portfolio (7), lebih (7), semua (7), berita (7), oleh (7), telah (6), jauh (6), blog (6), tun (6), parti (6), sebenar (6), bukan (6), masih (6), jika (6), tindakan (6), seperti (6), pihak (6), pertemuan (6), banyak (6), kewangan (6), terus (6), kata (6), tapi (6), mahathir (5), jawatan (5), ilmuan (5), makin (5), mengikut (5), jumpa (5), hanya (5), lama (5), dikatakan (5), satu (5), utama (5), tinggalkan (5), pun (5), orang (5), lihat (5), keluar (5), pula (5), cukup (5), semalam (5), amat (5), kembali (5), terhadap (5), mungkin (5), kementerian (5), wordpress (4), com (4), nama (4), universiti (4), lompat (4), psikologi (4), mata (4), wahai (4), kerajaanku (4), bila (4), terbaru (4), masa (4), tersingkir (4), plan (4), gatal (4), khianat (4), kekalutan (4), apabila (4), baik (4), agar (4), dapat (4), memberikan (4), jadi (4), soal (4), pasti (4), sejarah (4), betul (4), paling (4), tempoh (4), mana (4), isa (4), ketua (4), secara (4), parlimen (4), benar (4), lagi (4), berkata (4), malah (4), sebab (4), namun (4), undang (4), pelan (4), digunakan (4), rm2 (4), subsidi (4), liter (4), kejatuhan (4), walaupun (4), this (3), web (3), strategi (3), pkr (3), perubahan (3), letak (3), bandar (3), kewartawanan (3), terengganu (3), motif (3), berubah (3), buka (3), dahulu (3), tiada (3), membawa (3), amanah (3), memilih (3), mentadbir (3), itulah (3), berlaku (3), ungkapan (3), pemerintah (3), sekian (3), melompat (3), menyertai (3), memperlihatkan (3), barisan (3), nasional (3), tahu (3), mudah (3), tahun (3), hambar (3), wajah (3), boleh (3), anak (3), sedangkan (3), gambar (3), antara (3), kenyataan (3), bermakna (3), atau (3), analisis (3), andaian (3), tengah (3), pening (3), pro (3), berkaitan (3), sidang (3), begitu (3), setelah (3), hari (3), sebelum (3), tertinggi (3), maka (3), tanpa (3), rm0 (3), 159 (3), global (3), sahabat (3), sepatutnya (3), belum (3), zalim (3), sedikit (3), pemikiran (3), sahabatku (3), masyarakat (3), site (2), laman (2), diperlukan (2), log (2), masuk (2), melanggan (2), langgan (2), wan (2), mizan (2), shabery (2), saiful (2), rosol (2), pas (2), muzakarah (2), massa (2), ali (2), datuk (2), ahmad (2), ialah (2), bom (2), jun (2), perancangan (2), minda (2), kemukakan (2), senarainya (2), seseorang (2), tempat (2), terbaik (2), semata (2), bukanlah (2), bawah (2), katakan (2), suatu (2), kini (2), semakin (2), seharusnya (2), beroleh (2), bersyukur (2), sejak (2), dangkal (2), supaya (2), berbanding (2), ugutan (2), yakin (2), rakan (2), sahaja (2), kepercayaan (2), british (2), pilihanraya (2), ketika (2), kali (2), atas (2), kegusaran (2), agenda (2), inilah (2), baru (2), mampu (2), bersama (2), besar (2), kian (2), melawat (2), bulan (2), bilangan (2), membentuk (2), menggugat (2), waktu (2), nak (2), atasan (2), arahan (2), ulasan (2), jelas (2), semula (2), pernah (2), beliau (2), membayangkan (2), iaitu (2), sertai (2), berada (2), cabaran (2), menyatakan (2), beralih (2), pengecut (2), rasmi (2), termasuk (2), tersebut (2), membincangkan (2), teratur (2), dua (2), sandiwara (2), mengapa (2), umum (2), mengetahui (2), terjadi (2), hebat (2), lantas (2), hingga (2), memindahkan (2), beban (2), merudum (2), penurunan (2), pertahanan (2), diambil (2), 2010 (2), seorang (2), rate (2), pembangkang (2), petronas (2), raja (2), petra (2), sebagai (2), segala (2), rekod (2), sempat (2), urusan (2), positif (2), nampak (2), jangan (2), menjatuhkan (2), pendekatan (2), lain (2), kemajuan (2), luar (2), harus (2), sempit (2), idea (2), hilang (2), halangan (2), setiap (2), panduan (2), dugaan (2), arus (2), pemberita (2), bahan (2), kuala (2), imej (2), mentah (2), ketawa (2), salam (2), november (2), iman (2), mail (2), selagi (2), menulis (2), mulakan, design, like, with, mel, write, comment, loading, comments, collapse, bar, manage, subscriptions, view, reader, report, content, daftar, privasi, already, have, account, now, sign, zulkifli, farid, azizah, tajol, rosli, suruhanjaya, kehakiman, sultan, spr, cheek, bukhari, wahid, putrajaya, proton, permatang, pauh, naik, kulim, baharu, khir, toyo, kabinet, idris, jusoh, himpunan, juta, gerak, fta, ezam, dun, debat, aziz, bola, sepak, bloggers, rustam, said, kejayaan, kekal, perjuangan, unknown, akui, kegagalan, ynonie, naj, roslan, salim, ijam, hijab, nov, 2026, hampir, hot, must, read, sibuk, ogos, latest, top, clicks, berikutnya, istilah, memelihara, prihatin, negaranya, mac, lalu, perkhidmatan, pilihan, berkhidmat, menyentuh, minggu, mendatang, menyaksikan, kegemparan, corak, ulung, sedar, selama, meredakan, kefahaman, tentang, islam, mendatangkan, makna, syukur, hakiki, tuhan, pencipta, bukannya, akhirnya, perasaan, mendengar, rendah, singapura, mengingkari, janji, sepimpinan, mejoriti, parlimennya, dididik, kemewahan, wang, berpaling, tadah, dirasakan, kelebihan, perjanjian, hanyalah, gimik, bebas, mengatakan, sambutan, ulang, kemerdekaan, berlangsung, mengakuinya, terakhir, ceria, pentas, terpancar, dymm, tuanku, permaisuri, ditafsirkan, pergi, biasa, berbicara, terkecuali, muda, dia, faham, rais, yatim, razak, zaid, signal, menyelamatkan, keadaan, tiga, kena, isunya, penyokongnya, bertindak, mengoyak, bekas, pulau, pinang, dilihat, kesan, perkaumannya, tidaknya, saja, bergolak, cadangan, gerakan, sapp, kanan, mca, malahan, bnbbc, taiwan, berpindah, hong, kong, menifestasi, serangan, logiknya, timbul, lawatan, sambil, belajar, besaran, tambah, ramadan, kegiatan, kawasan, berbuaka, puasa, memiliki, beramai, keseluruhan, editornya, tulis, tunggu, serentak, menyiarkan, disusuli, portal, akhbar, online, utusan, harian, pasal, sampailah, dekat, berbuka, sukar, mengakses, siaran, langsung, menyiarkannya, susah, diakses, sehinggalah, lewat, petang, kenyataannya, melihat, pangkuan, petanda, tumbangnya, mulanya, tumbang, mukhriz, oktober, berundur, mengelak, menimbulkan, tanggapan, ketakutan, pihaknya, dianggap, memang, hukuman, diamalkan, platform, perbincangan, prosesnya, menggantikan, kepimpinan, diadakan, kedua, duduk, semeja, perjalanan, hidup, mempersoalkan, mahu, sebaliknya, menjawab, tambahnya, dipersetujui, cipta, cerita, bersetuju, jawapan, mencabar, mengemukakan, senarai, bohong, tukar, terpulang, menilainya, mempunyai, rundingan, bertemu, pengambilalihan, sedang, diaturkan, ancaman, keselamatan, diizinkan, adakah, mencetuskan, gelora, reformasi, pengikut, setia, sudi, berarak, jalanan, zaman, jaguh, provokasi, berkuasa, 1998, darurat, menolak, kemungkinan, kegoyahan, menuntut, penyerahan, lubuk, duit, percaya, gagal, memikul, tanggungjawab, indeks, bursa, teruk, selepas, mencecah, 1000, semena, menanya, baton, entah, perkiraan, mengubah, manakala, angin, ditiup, seakan, kaitannya, hal, dakwaan, salah, bahagian, rasuah, pikir, sendiri, jual, tanggung, per, dulu, usd145, rm3, skrg, usd93, rm1, barrel, tong, usd, usd92, setong, bocor, tembelangnya, menyebabkan, susut, karangan, blogger, perkiraannya, turun, mendadak, pasaran, khabar, gembira, diterjemahkan, disebalik, tempatan, bergantung, logic, kebimbangan, pendapatan, glc, sumbangan, berkurang, sms, tersebar, kosong, mustahil, penahanan, pelbagai, input, berguna, mendedahkan, merencanakan, disebabkan, meminta, mempercepatkan, regu, khayalan, skandal, pembunuhan, altantuya, kes, liwat, komisyen, sukhoi, lembah, merta, mengambil, alih, berkuatkuasa, rabu, implikasi, parah, fail, dikemaskini, progress, impak, membongkar, perihal, mengejutkan, beberapa, respon, tetapi, notis, mengambilalih, kementeriannya, menampakkan, lembut, mengingatkanku, luarannya, otaknya, otak, jahat, penambahan, menumpukan, lumpuh, sebaiknya, pakar, memaksa, melakukan, kerja, memulihkan, memikirkan, politiknya, keributan, melaksanakan, pemulihan, digemparkan, menghumban, alasan, awal, gambaran, lazimnya, dipegang, perlantikan, titik, tolak, awaslah, pemerhatian, dibuat, tepat, situasi, tulisanku, seerti, menyingkirkan, timbalan, takkan, berkekalan, kewarasan, sehaluan, hati, kumpulan, pendesak, pemangkin, pertumbuhan, punyai, profesor, penyelidik, pemikir, bertaraf, antarabangsa, pensyarah, ratusan, kolej, berperanan, mencorak, hakikat, dinafikan, batasan, berapa, berani, menafikan, kelemahan, sesuatu, dasar, mahir, sekatan, menyekat, kebebasan, pandangan, kemahiran, akademik, kredibilitinya, menerima, panggilan, telefon, utm, skudai, didakwa, mahkamah, penglibatan, double, standard, membangun, hakim, perbicaraan, pendakwa, aduyai, punya, dato, professssor, alhamdulillah, dikenakan, amaran, segalanya, menilai, langkah, pergerakan, dibimbangi, kehidupan, quran, menyebut, berasa, beriman, diuji, usaha, menyampaikan, kebenaran, lumrah, sunnah, kira, bidang, politikus, cabarannya, peniaga, jujur, halangannya, penjawat, awam, hasad, dugaannya, muslim, sejati, menanti, syaitan, menghasutnya, pembangunan, hulu, pekan, rompin, temerloh, dijadikan, penilaian, matlamat, melalui, cara, kebudak, budakan, jujurnya, mual, boneka, kerjaya, integriti, kelamaan, mujur, segelintir, memahami, peranan, ruang, dialami, low, class, profesion, sikap, lamanya, perkembangan, pergerakannya, perlahan, malam, menatap, buletin, warta, insaf, apakan, daya, meneruskan, tugasan, tradisi, mengekalkan, penguasaan, pedalaman, jumud, kuantan, lumpur, johor, bharu, merupakan, sering, lawati, buruk, penerimaan, bentuk, negatif, negeri, pimpinan, ditolak, sini, mengenai, propaganda, riak, serius, membaca, membuat, berbulan, meninggalkan, dek, perantauan, menyukarkan, mendapat, maklumat, akses, internet, lembab, rupanya, medan, sesetengah, menimba, perkongsian, malaysiaku, islamik, tok, guru, betullah, nasyid, raihan, diwarisi, kalu, warisi, mak, ayah, pandai, pandailah, jaga, burukkan, bapak, pmku, tadi, terjumpa, kawanku, minta, masukkan, dah, elok, dimasukkan, buat, memeriahkan, post, artikel, perkenalan,
Text of the page (random words):
ir professssor la ni namun alhamdulillah kerana sahabatku ini hanya dikenakan amaran sahaja orang yang sepatutnya menjadi kumpulan pendesak dan pemangkin kepada pertumbuhan kemajuan negara adalah para ilmuan negara kita punyai ramai profesor penyelidik pemikir dan ilmuan yang bertaraf antarabangsa termasuk para pensyarah di ratusan kolej serta universiti di dalam dan luar negara mereka inilah yang harus berperanan dalam mencorak kemajuan negara tapi hakikat ini dinafikan oleh batasan politik sempit berapa ramai daripada mereka yang berani menafikan kelemahan sesuatu dasar serta pendekatan yang digunakan pemerintah sekarang bukan kerana tidak mahir tapi sekatan yang amat zalim ke atas mereka pemerintah zalim kepada para ilmuan kerana menyekat kebebasan idea pemikiran pandangan serta kemahiran mereka kewarasan pemikiran sekarang tidak sehaluan dengan pendekatan seseorang lain di hati lain pula ungkapan dan tindakan diambil september 18 2008 najib bakal tersingkir mengikut plan posted by raezahmad under analisis isu semasa perdana menteri label najib pak lah peralihan kuasa tinggalkan komen setelah sedikit pemerhatian dibuat andaian yang paling tepat kepada situasi pertukaran portfolio pak lah najib adalah untuk menjatuhkan najib seperti tulisanku sebelum ini proses peralihan kuasa adalah seerti dengan proses menyingkirkan najib maka rekod timbalan takkan jadi pm akan terus berkekalan memindahkan urusan ekonomi negara kepada najib memperlihatkan penambahan beban kepada najib agar menumpukan soal ekonomi yang kian lumpuh sedangkan di pihak pak lah masa ini digunakan sebaiknya untuk perancangan menjatuhkan najib najib bukanlah pakar ekonomi dan ia akan memaksa najib melakukan banyak kerja untuk memulihkan kembali ekonomi tanpa sempat memikirkan soal politiknya dalam keributan najib melaksanakan agenda pemulihan ekonomi mungkin satu isu bakal digemparkan untuk menghumban najib alasan pak lah bahawa memberikan portfolio kementerian kewangan kepada najib sebagai pelan peralihan awal kepada jawatan pm adalah dangkal pak lah memberikan gambaran bahawa kementerian kewangan adalah lazimnya dipegang oleh pm sejarah telah menyatakan bahawa perlantikan jawatan menteri kewangan kepada bakal pm adalah titik tolak kepada kejatuhan ahli politik tersebut lihat apa terjadi kepada ku li dan anwar maka awaslah najib dengan skandal pembunuhan altantuya kes liwat saiful serta komisyen sukhoi bakal membawa najib ke lembah kejatuhan semalam dengan serta merta pak lah mengambil alih kementerian pertahanan berkuatkuasa hari rabu semalam yang membawa implikasi parah kepada najib segala rekod serta fail yang belum sempat dikemaskini serta mungkin ada urusan yang masih dalam progress memberi impak positif kepada pak lah membongkar perihal najib boleh dikatakan peralihan portfolio lebih mengejutkan berbanding pertukaran kerajaan bn kepada pr jika anwar memberi tempoh kepada pak lah beberapa hari untuk memberi respon terhadap pertemuan dengan pr tetapi pak lah tanpa notis kepada najib telah mengambilalih kementeriannya menampakkan pak lah adalah pemimpin zalim walaupun nampak lembut ia mengingatkanku kata kata seorang sahabat bahawa jangan lihat pak lah pada luarannya otaknya lebih hebat daripada mahathir otak jahat penahanan raja petra isa mungkin telah memberi pelbagai input berguna kepada pak lah kerana raja petra banyak mendedahkan isu berkaitan najib tempoh sekarang hingga jun 2010 sudah cukup untuk pak lah merencanakan plan terbaik dan disebabkan itulah muhyiddin meminta pak lah mempercepatkan pelan peralihan kejatuhan najib bermakna kejatuhan juga untuk muhyiddin regu najib muhyiddin sebagai pemimpin utama bakal menjadi khayalan semata mata dan sms berkaitan muhyiddin masuk pkr yang tersebar bukan andaian kosong jika najib tersingkir tidak mustahil muhyiddin bakal beralih ke pkr atau pr september 17 2008 apa motif sebenar pertukaran portfolio posted by raezahmad under analisis isu semasa perdana menteri label anwar ibrahim najib pak lah peralihan kuasa 1 komen harga minyak global turun mendadak dalam pasaran yang sepatutnya memberi khabar gembira kepada rakyat malaysia betul ke itu ungkapan yang yang diterjemahkan disebalik kata kata pak lah bahawa harga minyak tempatan bergantung kepada harga global namun mengikut logic para pro pembangkang ia sepatutnya menjadi kebimbangan kerana pendapatan glc negara petronas akan merudum untuk tempoh ini malah sumbangan petronas kepada kerajaan juga bakal berkurang yang mana betul sekarang pak lah atau pro pembangkang aku lihat pak lah telah bocor tembelangnya penurunan harga minyak global menyebabkan kewangan negara juga susut dan benar karangan sahabat blogger bahawa sekarang rakyat yang memberi subsidi kepada kerajaan sekarang secara mudah perkiraannya 1 barrel tong 159 liter 1 usd rm 3 45 harga minyak semasa usd92 7 setong dulu usd145 x 3 3 rate semasa 159 liter rm3 rm0 30 subsidi rm2 70 skrg usd93 x 3 45 rate semasa 159 liter rm2 rm0 30 subsidi rm1 70 kerajaan jual rm2 55 harga tanpa subsidi rm2 00 kita tanggung kerajaan rm0 55 per liter lu pikir la sendiri indeks di bursa malaysia juga terus merudum membayangkan penurunan yang paling teruk selepas pilihanraya umum ke 12 iaitu bakal mencecah bawah 1000 mata dalam kekalutan ini tidak semena menanya pak lah memberi baton menteri kewangan kepada najib entah apa perkiraan pak lah yang najib mampu mengubah ekonomi negara portfolio menteri pertahanan pula diambil oleh pak lah manakala angin peralihan kuasa pak lah najib pada 2010 terus ditiup pak lah seakan akan ada kaitannya antara pertukaran portfolio kementerian dengan hal peralihan kuasa benar dakwaan salah seorang ketua bahagian umno bahawa peralihan kuasa adalah rasuah politik tertinggi yang berlaku sekarang tidak juga aku menolak kemungkinan kegoyahan kepercayaan pak lah kepada najib terhadap pelan peralihan hingga menuntut penyerahan kementerian kewangan lubuk duit kepada najib juga ada yang percaya bahawa pak lah gagal memikul tanggungjawab ekonomi negara lantas memindahkan beban kepada najib bom terbaru kepada najib dalam sidang media pak lah anwar dikatakan ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara maka tindakan undang undang isa boleh diizinkan terhadap anwar adakah ini pelan terbaru pak lah yang bakal mencetuskan gelora reformasi terbaru kerana umum mengetahui ramai pengikut setia anwar sudi berarak di jalanan dan juga kita semua mengetahui zaman pak lah adalah jaguh kepada provokasi pihak berkuasa jika ini terjadi negara akan menjadi seperti 1998 malah mungkin lebih hebat lantas undang undang darurat digunakan september 17 2008 anwar kita akan jumpa pm pak lah kemukakan senarainya dahulu posted by raezahmad under isu semasa pakatan rakyat perdana menteri label 16 september anwar ibrahim pak lah pakatan rakyat tun mahathir umno tinggalkan komen ramai berkata anwar bohong sebab tak jadi tukar kerajaan pada 16 september 2008 terpulang kepada semua untuk menilainya namun pada sidang media semalam jelas anwar berkata pakatan rakyat mempunyai bilangan yang cukup untuk membentuk kerajaan rundingan untuk bertemu pak lah secara rasmi dan teratur untuk proses pengambilalihan kerajaan sedang diaturkan sebaliknya pak lah menjawab ia hanya sandiwara dan pertemuan dengan pakatan rakyat untuk proses pertukaran kerajaan tidak perlu tambahnya jika dipersetujui pertemuan itu anwar akan mereka cipta cerita yang pak lah sudah bersetuju untuk peralihan kerajaan itu jawapan pak lah juga pak lah mencabar untuk anwar mengemukakan senarai ahli parlimen bn yang akan sertai pakatan rakyat mengapa anwar perlu jumpa pak lah dan mengapa pak lah tidak mahu jumpa pakatan rakyat anwar perlu jumpa pak lah kerana kuasa tertinggi kerajaan sekarang adalah pada pak lah proses peralihan bermakna termasuk menggantikan kepimpinan tertinggi negara oleh sebab itu perlu diadakan pertemuan tersebut untuk membincangkan proses peralihan yang teratur ia amat perlu kerana proses ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kedua dua pihak bn dan pr perlu duduk semeja membincangkan proses peralihan yang tidak menggugat perjalanan hidup rakyat malaysia tidak perlu mempersoalkan isu ia adalah sandiwara tindakan pak lah mengelak pertemuan dengan pr menimbulkan tanggapan bahawa ketakutan berada di pihaknya malah cabaran supaya menyatakan nama nama ahli parlimen bn yang akan beralih juga adalah tindakan yang dianggap pengecut pengecut kerana sejarah pak lah memang begitu isa ugutan dan hukuman banyak kali diamalkan oleh kerajaan bn sejak sekian lama media tidak seharusnya menjadi platform untuk proses peralihan pertemuan dan perbincangan yang rasmi adalah prosesnya melihat tindakan tun mahathir yang akan kembali semula ke pangkuan umno juga petanda bahawa akan tumbangnya bn tun pernah berkata ketika beliau keluar dari umno dahulu bahawa beliau akan kembali semula menyertai umno setelah pak lah letak jawatan pada mulanya tun dikatakan akan menyertai umno pada 17 september aku membayangkan pada 16 september itu bn tumbang iaitu hari pak lah letak jawatan sekarang mukhriz berkata tun akan sertai umno sebelum 1 oktober yang memperlihatkan pak lah akan berundur sebelum itu lagi september 17 2008 kekalutan media pada 16 september posted by raezahmad under isu semasa label media massa tinggalkan komen semalam amat sukar untuk mengakses siaran langsung sidang media ds anwar ibrahim semua web yang menyiarkannya begitu susah untuk diakses sehinggalah lewat petang sudah jelas bahawa anwar begitu yakin dengan pertukaran kerajaan dalam kenyataannya serentak dengan itu semua web pro pakatan menyiarkan kenyataan anwar dan disusuli dengan ulasan ulasan yang berkaitan aku buka portal akhbar online utusan dan berita harian satu berita pun pasal anwar tak keluar lagi sampailah dekat waktu berbuka pun tak keluar keluar andaian aku waktu itu ialah ketua ketua editornya tengah pening nak tulis apa tak pun tengah tunggu pihak atasan bagi arahan pihak atasan pula tengah pening pening nak bagi arahan apa september 14 2008 psikologi ds anwar makin menjadi posted by raezahmad under analisis barisan nasional isu semasa pakatan rakyat perdana menteri label 16 september anwar ibrahim pakatan rakyat 1 komen cukup dengan kenyataan ds anwar bahawa pakatan rakyat sudah memiliki bilangan yang cukup untuk membentuk kerajaan baru bermakna akan ada ahli parlimen melompat ke pr secara beramai ramai antara benar atau tidak kenyataan itu ia sudah menggugat keseluruhan kerajaan yang mentadbir malaysia sekarang apa tidaknya lihat saja umno yang kian bergolak cadangan gerakan sapp serta orang kanan mca untuk keluar barisan nasional malahan tindakan 50 orang ahli bnbbc melawat taiwan dan sekarang dikatakan pula berpindah ke hong kong adalah menifestasi serangan psikologi ds anwar logiknya tidak timbul soal lawatan sambil belajar secara besar besaran seperti itu di tambah pula pada bulan ramadan ini yang mana antara kegiatan utama ahli parlimen di bulan ini adalah melawat kawasan serta berbuaka puasa bersama rakyat muhyiddin rais yatim najib razak dan zaid ibrahim sudah memberi signal bahawa pak lah sudah tidak mampu untuk menyelamatkan keadaan isa kepada tiga orang juga tidak kena pada isunya sedangkan datuk ahmad bersama penyokongnya yang bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri pulau pinang dilihat lebih besar kesan perkaumannya mana mana aku pergi pun orang ramai sudah biasa berbicara agenda 16 september tidak terkecuali anak anak muda inilah yang menjadi kegusaran pak lah kerana kini dia baru faham yang kuasa ada pada rakyat september 2 2008 lompat parti bukan khianat posted by raezahmad under isu semasa pakatan rakyat label lompat parti pakatan rakyat tinggalkan komen ramai mengatakan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara kali ini berlangsung hambar betul ia hambar dan para menteri juga mengakuinya paling hambar dalam tempoh 10 tahun terakhir ini wajah ceria di atas pentas utama hanya terpancar pada dymm tuanku mizan dan permaisuri boleh ditafsirkan dari semua wajah pemimpin negara kegusaran yang semua tahu melompat parti untuk menyertai pakatan rakyat dikatakan tidak amanah dan mengingkari janji suatu ugutan yang memperlihatkan kekalutan serta tidak yakin dengan rakan rakan sepimpinan kerana umno barisan nasional tahu mejoriti ahli parlimennya dididik dengan kemewahan dan wang jadi mudah sahaja mereka berpaling tadah jika dirasakan kelebihan apabila melompat parti 51 tahun mereka beroleh kepercayaan british untuk mentadbir negara juga hanya dengan satu perjanjian dan pilihanraya ketika itu hanyalah gimik agar negara bebas daripada british rakyat kini semakin sedar bahawa selama ini mereka seharusnya beroleh lebih daripada yang ada sekarang bersyukur hanya ungkapan pemerintah untuk meredakan rakyat sejak sekian lama kefahaman tentang islam yang semakin baik mendatangkan makna syukur yang hakiki kepada tuhan pencipta dan bukannya kepada pemimpin akhirnya dangkal perasaan kita apabila mendengar supaya bersyukur dengan harga minyak sekarang yang masih rendah berbanding singapura apabila menyentuh soal strategi untuk perubahan pada 16 september ini aku katakan 70 bakal berlaku 2 minggu mendatang ini bakal menyaksikan suatu kegemparan isu dan corak politik malaysia yang pasti menjadi sejarah ulung tiada istilah khianat apabila kita membawa amanah seseorang itu ke tempat yang lebih baik rakyat memilih pemimpin agar mereka mentadbir dan memelihara negara dengan baik itulah rakyat yang prihatin kepada negaranya pada mac lalu mereka memilih pemimpin bn agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik bukan semata mata memilih bn jadi peralihan pemimpin pilihan mereka kepada pakatan rakyat bukanlah khianat kerana pemimpin mereka itu dapat berkhidmat dengan lebih baik di bawah kerajaan pakatan rakyat laman berikutnya top clicks tiada latest pak lah pm yang gatal wahai kerajaanku bila akan berubah najib bakal tersingkir mengikut plan apa motif sebenar pertukaran portfolio anwar kita akan jumpa pm pak lah kemukakan senarainya dahulu kekalutan media pada 16 september psikologi ds anwar makin menjadi lompat parti bukan khianat buka minda untuk perubahan perancangan sibuk pada 26 ogos hot 3 must read pak lah pm yang gatal wahai kerajaanku bila akan berubah najib bakal tersingkir mengikut plan masa yang makin hampir jun 2026 a i s r k j s 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 nov komen terbaru hijab mata bagi wahai kerajaanku bila akan ijam bagi apa motif sebenar pertukaran roslan salim bagi psikologi ds anwar makin ynonie bagi peralihan bom untuk naj unknown bagi umno perlu akui kegagalan kejayaan yang sebenar ialah kekal dalam perjuangan 16 september ahmad said ali rustam anwar anwar ibrahim bloggers bola sepak negara datuk aziz debat anwar shabery dun terengganu ezam fta gerak harga minyak himpunan 1 juta ibrahim ali idris jusoh ilmuan kabinet ba kewartawanan khir toyo kulim bandar baharu letak jawatan lompat parti mahathir malaysia media massa minyak naik muhyiddin muzakarah muzakarah pas umno najib pakatan rakyat pak lah pas peralihan kua...
|