Meta tags:
Headings (most frequently used words):
di, aku, tak, ana, mila, nak, pun, dah, ke, jenazah, yang, ini, sekitar, orang, lagi, lama, pagi, jalan, dua, masuk, kami, sesat, kubur, allahyarham, masjid, tahu, akan, memang, tajul, kaki, 2013, meninggal, dan, isteri, masih, tapi, telah, dari, jam, 00, sampai, sebab, dengan, damansara, jika, kali, pasti, ada, kita, buat, luka, blog, ahad, 21, selasa, 2012, lemas, hari, jadi, mangsa, anak, cari, icu, dapat, pemergian, dia, silap, sungai, nampak, tanah, perkuburan, tingkat, mana, tanya, bukan, juga, agar, hospital, masalah, lain, kerja, doktor, 2014, khamis, rabu, ogos, mei, oktober, jumaat, 2011, suami, tiada, tidur, dalam, kehilangan, lelaki, maut, lapan, nahas, punca, rasa, bos, dunia, agenda, perjalanan, ttdi, ziarah, bukit, tahun, masa, rumah, 10, betul, tengah, kemudian, van, top, sebelah, bersalaman, ikut, arwah, 30, mandi, pelbagai, amat, selalunya, takkan, kanan, jumpa, lorong, talkin, semua, entah, sana, pencala, kalau, ambil, kesempatan, boleh, cuba, hanya, keluarga, bersabar, tabah, seri, kembangan, rakan, kakinya, macam, gula, satu, denganku, cahaya, mata, tujuh, potong, putrajaya, sama, petang, translate, asal, kejadian, jurnal, bantu, disember, julai, 11, september, 19, mac, 18, november, 28, 22, salam, terakhir, wanita, warga, china, mayat, terdampar, dijemput, ajal, pada, lagun, ketika, kepah, detik, hati, ibu, suara, emak, kolam, isnin, 23, januari, 2006, pengikut, arkib, catatan, popular, label, mengenai, saya, untaian, idan, latar, mak, nyah, disisih, mat, saleh, tragedi, trauma, nigeria, dirogol, lima, bas, stabil, tubuh, jawatankuasa, siasat, tpm, dengar, jeritan, kuat, selamatkan, dahulu, genting, mona, fandey, wan, azlela, cerita, pendek, curang, pilih, gantung, diri, daripada, penjara, abg, ali, apa, minggu, semalam, gagal, aman, tun, dr, ismail, kiara, tuan, haji, rashid, 71, lewat, nasiblah, sesak, diuruskan, solat, bergerak, pantas, kata, yakin, sangatlag, cakap, langkah, mencari, kalut, arah, besi, tudm, nekad, pergi, sempat, kembali, semula, menyusur, istana, negara, muzium, suruh, utama, biasalah, bersungut, bagiku, kematian, kena, awal, malam, sabtu, sms, katanya, dimandikan, baru, kejut, sambung, siap, ringkas, melebih, uruskan, minit, bersih, biarkan, kesejukan, menuju, jejantas, pusingan, andaian, susur, kiri, pusiangan, sedang, menguruskan, pengkebumian, beli, bacaan, berdiri, sesetengah, tempat, dibenarkan, duduk, kecuali, imam, pewaris, baca, teruk, sini, memeningkan, terowong, bumbung, jutawan, sabri, kg, bab, ikea, fikir, fikirkan, tentu, kosong, tinggal, nungkar, nangkir, menyoal, mentari, terpacak, tepat, kepala, apalah, berniat, ziarahi, warisnya, bertolak, banyak, urusan, berleka, past, malaikat, tolong, ringan, lajukan, lengang, sangka, menziarahi, lakaran, melalui, peta, google, sekali, lebuh, raya, bertingkat, kereta, pula, sunyi, martabat, layak, tenguk, jauh, ijn, sekadar, menemani, wad, ccu, al, fatihah, allhayarham, kasihi, dikejutkan, panggilan, fairus, balai, bomba, kerjaku, sb, khabarnya, serdang, lalu, telefonku, kasi, sakit, kronik, diabetes, darah, tinggi, antara, begitu, kenali, sejak, 80an, sedari, kilang, tetiba, fakulti, rezeki, dikurniakan, perempuan, kut, ramai, anaknya, mengenali, terbuka, jarang, datang, bungsu, rapat, belum, terima, menantu, tadi, dail, nombor, telefon, bimbit, jawapan, pastinya, dilema, berbincang, sangat, ni, pintas, saja, sejarah, pernah, berlaku, keputusan, aras, buku, lali, tapak, setuju, berubat, klinik, swasta, syukur, jari, sahaja, diselamatkan, cadangan, kudung, kekinian, berulang, mendoakan, pulih, janganlah, merebak, ujian, waktu, melawat, hingga,
Text of the page (most frequently used words):
yang (151), dan (143), dia (127), itu (96), mereka (79), saya (73), anak (65), ini (58), dalam (54), aku (54), untuk (52), dengan (51), tidak (50), tak (45), rumah (41), oleh (38), kejadian (37), kata (35), ada (35), dari (33), bas (33), dua (32), kerana (31), #mangsa (31), lagi (29), akan (28), ali (28), nak (27), memang (27), abg (27), pada (27), selepas (26), mazlan (26), mona (25), sebelum (25), suami (24), kepada (24), juga (24), tiada (24), keluarga (23), tahun (23), kali (23), keadaan (23), abang (23), pun (22), idan (21), orang (21), kita (21), mila (21), ibu (21), juraimi (21), tragis (20), bagi (20), hari (20), ila (20), katanya (20), datuk (20), hanya (19), seorang (19), bersama (19), buat (19), berkata (18), label (18), kami (18), isteri (18), tapi (18), ketika (18), anaknya (18), nur (18), and (18), cerita (17), telah (17), dapat (17), mei (17), jalan (17), petang (17), masa (17), apa (17), fatine (17), membawa (16), semasa (16), namun (16), bagaimana (16), januari (16), kira (16), tiga (16), masih (16), ditemui (16), berkenaan (16), suaminya (16), ana (16), pembunuhan (16), lain (15), apabila (15), 2011 (15), ulasan (15), dicatat (15), tahu (15), dah (15), kak (15), satu (15), semua (15), semalam (15), wan (15), berlaku (15), genting (15), diri (14), ogos (14), pergi (14), jam (14), keluar (14), lemas (14), sini (14), tetapi (14), sebenarnya (14), maria (14), young (14), hati (13), lama (13), saja (13), sudah (13), sempat (13), februari (13), pagi (13), meninggal (13), malam (13), sama (13), mencari (13), tiba (13), arwah (13), berada (13), daripada (13), ialah (13), affendi (13), selama (12), pernah (12), mac (12), april (12), julai (12), mana (12), sekitar (12), isterinya (12), boleh (12), kini (12), sebuah (12), tragedi (12), polis (12), mula (12), azlela (12), kemalangan (12), ketiga (11), seperti (11), lima (11), bekas (11), oktober (11), posted (11), sebab (11), amat (11), berita (11), hospital (11), kuala (11), bukan (11), pula (11), tempatan (11), gagal (11), cuba (11), air (11), highlands (11), sehingga (10), jun (10), disember (10), pertama (10), lebih (10), pasti (10), datang (10), pulang (10), bapa (10), mayat (10), johnjimat (10), the (10), under (10), tempat (10), baru (10), sekali (9), sendiri (9), lelaki (9), semula (9), sebagai (9), september (9), waktu (9), sampai (9), dunia (9), raya (9), kes (9), kenyataan (9), kalau (9), memberitahu (9), beberapa (9), terus (9), jenazah (9), bawah (9), turut (9), suspek (9), ungku (9), kereta (8), sangat (8), banyak (8), dulu (8), adalah (8), tentang (8), atau (8), catatan (8), jumpa (8), kiah (8), lalu (8), memberi (8), jadi (8), ayah (8), lumpur (8), sahaja (8), menyatakan (8), bomba (8), february (8), bekerja (8), masuk (8), menunjukkan (8), wagiyo (8), tanah (8), negara (8), punca (8), syaza (8), alisa (8), gambar (8), stabil (8), dato (8), terjunam (8), cinta (7), masjid (7), november (7), menurut (7), macam (7), melihat (7), jugak (7), siapa (7), kemudian (7), kampung (7), biarpun (7), menerima (7), kedua (7), bila (7), jika (7), sekolah (7), mohd (7), mandi (7), pasangan (7), bilik (7), ptg (7), hidup (7), sedang (7), tingkat (7), antara (7), kerja (7), kehilangan (7), hubungan (7), melakukan (7), menurutnya (7), kurang (7), tersebut (7), mengenai (6), perkara (6), wanita (6), balik (6), telefon (6), sana (6), jauh (6), rumahnya (6), kenapa (6), terhadap (6), baik (6), tanpa (6), depan (6), kelmarin (6), tan (6), dihanyutkan (6), detik (6), manakala (6), menjadi (6), siti (6), meninggalkan (6), agak (6), gantung (6), luka (6), pihak (6), ingat (6), mata (6), allahyarham (6), teman (6), menceritakan (6), pasal (6), 000 (6), malaysia (6), gaung (6), saiful (6), mak (6), laman (5), suara (5), cari (5), mimpi (5), panjang (5), berusia (5), 2012 (5), 2013 (5), kepala (5), sangka (5), keselamatan (5), kat (5), rasa (5), begitu (5), terlalu (5), kawin (5), tinggal (5), agar (5), org (5), perjalanan (5), beliau (5), mendapatkan (5), dgn (5), sedar (5), nampak (5), apatah (5), bertindak (5), tetap (5), maka (5), mahu (5), ramai (5), hingga (5), kolam (5), sungai (5), ahli (5), kilometer (5), bhd (5), sejak (5), bukit (5), pulau (5), batu (5), sementara (5), warga (5), sebaik (5), boniran (5), saat (5), rupanya (5), memastikan (5), sri (5), suka (5), senang (5), malah (5), tambahan (5), tajul (5), lapan (5), doktor (5), kaki (5), tapak (5), sesat (5), kubur (5), cakap (5), siap (5), trauma (5), ahmad (5), azira (5), berjaya (5), jabatan (5), kecil (5), utusan (5), bukti (5), itik (5), membunuh (5), kementerian (5), pengangkutan (5), syamimi (5), terpaksa (5), perlu (5), sedih (5), jamilah (5), nyah (5), britain (5), visa (5), derby (5), penyair (4), utama (4), biarlah (4), politik (4), delima (4), fandey (4), makanan (4), kenderaan (4), blog (4), islam (4), soal (4), berkahwin (4), python (4), mungkin (4), penjagaan (4), atas (4), taman (4), sebelah (4), berkerja (4), cuma (4), melalui (4), lagipun (4), emak (4), sakit (4), duduk (4), akhirnya (4), berbual (4), hampir (4), membantu (4), mengambil (4), setuju (4), pandangan (4), perkahwinan (4), kena (4), pak (4), adik (4), beradik (4), lantaran (4), ketentuan (4), ditanya (4), takut (4), kakak (4), kanak (4), tidur (4), hotel (4), sukar (4), arus (4), kawasan (4), loji (4), keluarganya (4), sambil (4), serta (4), tengah (4), reda (4), perasaan (4), tuhan (4), shah (4), marah (4), terakhir (4), minggu (4), besar (4), tindakan (4), bermain (4), seri (4), rakan (4), deras (4), karena (4), harus (4), pelaku (4), keponakan (4), polisi (4), com (4), tanya (4), mengaku (4), bank (4), menemui (4), pembedahan (4), masalah (4), diselamatkan (4), berulang (4), pemergian (4), bergerak (4), langkah (4), kembali (4), damansara (4), perkuburan (4), bulan (4), muda (4), wanitanya (4), pasukan (4), sedikit (4), kenangan (4), baju (4), mertua (4), bahawa (4), kau (4), merancang (4), ujar (4), membaca (4), melayu (4), perbicaraan (4), iaitu (4), dirasuk (4), turun (4), segalanya (4), salah (4), takziah (4), agensi (4), lokasi (4), menyelamat (4), terselamat (4), fathiah (4), menaiki (4), penumpang (4), selayang (4), nahas (4), cemas (4), brek (4), awam (4), segera (4), kritikal (4), gara (4), kosmo (4), asal (4), farid (4), rohana (4), menyelamatkan (4), sesawang (3), kasih (3), idanradzi (3), lihat (3), berhenti (3), memaparkan (3), benar (3), pahit (3), seks (3), misteri (3), ilahi (3), kajang (3), jenayah (3), desa (3), merkah (3), ceritera (3), sekarang (3), mempunyai (3), tinggi (3), jual (3), dongeng (3), putih (3), cepat (3), berumur (3), solat (3), hal (3), hukum (3), pilihan (3), enam (3), seminggu (3), jumaat (3), anda (3), dengar (3), kolej (3), membeli (3), 2006 (3), 2009 (3), 2014 (3), siam (3), ayahnya (3), selalu (3), angkat (3), betul (3), berkunjung (3), pintu (3), yakin (3), takkan (3), diambil (3), terkejut (3), bercerita (3), membuat (3), bualan (3), berpisah (3), tujuh (3), kakaknya (3), memohon (3), wang (3), fikir (3), adakah (3), perpisahan (3), perceraian (3), terima (3), fikirkan (3), apak (3), akhir (3), belum (3), minat (3), sepanjang (3), bimbit (3), jari (3), kasi (3), tadi (3), pengawal (3), penyelamat (3), renang (3), meter (3), dipercayai (3), operasi (3), rakannya (3), bercuti (3), berkelah (3), kepah (3), kegembiraan (3), lagun (3), situ (3), petanda (3), lamanya (3), demikian (3), nenek (3), sepatutnya (3), menyambut (3), abdullah (3), zairy (3), menyangka (3), makan (3), muhammad (3), dekat (3), tangan (3), jamaluddin (3), meminta (3), manda (3), ahad (3), menanggung (3), membacok (3), harta (3), dilaporkan (3), langsung (3), peristiwa (3), kiri (3), menjalani (3), bunuh (3), digunakan (3), susah (3), bertanya (3), curang (3), sekejap (3), penuh (3), utk (3), jawab (3), perniagaan (3), pulak (3), maut (3), bahagian (3), panggilan (3), balai (3), icu (3), ambil (3), tabah (3), silap (3), selasa (3), ismail (3), pantas (3), besi (3), awal (3), pelbagai (3), mengingati (3), ulu (3), bendul (3), negeri (3), senawang (3), said (3), keesokan (3), harinya (3), akhbar (3), dirinya (3), bersalah (3), kisah (3), diberikan (3), ipar (3), jagaan (3), seketika (3), rupa (3), mengakui (3), segala (3), lagu (3), bershopping (3), mengikut (3), sebanyak (3), duit (3), rm1000 (3), pendakwa (3), alasan (3), terdapat (3), niat (3), termasuk (3), fendi (3), lari (3), diarahkan (3), memulakan (3), nama (3), pemberita (3), menyiasat (3), adiknya (3), afar (3), berasa (3), secara (3), mendakwa (3), insiden (3), pemandu (3), kuat (3), henti (3), bermula (3), jawatankuasa (3), nigeria (3), shaharudin (3), afiq (3), ruang (3), situs (3), sastera (2), nan (2), sesuatu (2), makna (2), wajah (2), tips (2), sotong (2), sejarah (2), jenaris (2), melaka (2), bunga (2), tokek (2), nilai (2), tok (2), prosa (2), indonesia (2), berdasarkan (2), rambutnya (2), usaha (2), merah (2), berjamaah (2), merupakan (2), sesungguhnya (2), khusus (2), mengalami (2), gaji (2), lepas (2), badan (2), johor (2), bahru (2), reticulatus (2), pelajar (2), teknologi (2), antarabangsa (2), sekadar (2), gear (2), box (2), ingin (2), 2008 (2), arkib (2), itulah (2), mentari (2), angkatnya (2), setiawangsa (2), nasi (2), lemak (2), pegawai (2), salam (2), terbuka (2), emaknya (2), tangga (2), terbayang (2), asalnya (2), kencing (2), manis (2), merebak (2), kampungnya (2), dikebumikan (2), bertambah (2), belakang (2), rawatan (2), semuanya (2), kandung (2), seorangpun (2), maaf (2), terfikir (2), talian (2), terbiar (2), tiri (2), faham (2), terjadi (2), mertuaku (2), rata (2), teringat (2), siasat (2), selaman (2), membuatkan (2), menolak (2), bercerai (2), arah (2), malahan (2), nekad (2), nikah (2), terutama (2), poligami (2), berpoligami (2), sayang (2), dlm (2), emmm (2), janda (2), pilah (2), barulah (2), nya (2), dengannya (2), nanti (2), tamat (2), kawan (2), kawannya (2), kamar (2), berat (2), dail (2), sedalam (2), menarik (2), banjir (2), 1st (2), jasin (2), berikutan (2), berhampiran (2), yusof (2), syarikat (2), meredah (2), pasir (2), berjanji (2), berakhir (2), razni (2), selangor (2), sekeluarga (2), cuti (2), bertolak (2), hashim (2), menyertai (2), dibawa (2), segamat (2), aminah (2), aishah (2), parit (2), neneknya (2), terkilan (2), ulang (2), 8th (2), kamaliah (2), terdampar (2), perubahan (2), sikap (2), besut (2), china (2), perhentian (2), mati (2), akibat (2), dikatakan (2), ditinggalkan (2), minit (2), gombak (2), bersalam (2), mencium (2), diberi (2), belanja (2), jarang (2), berpatah (2), jeram (2), abdul (2), hanyut (2), pacitan (2), sebelumnya (2), warisan (2), sang (2), bernama (2), naik (2), menganiaya (2), pisau (2), tulang (2), panik (2), plastik (2), penjara (2), duka (2), asyik (2), main (2), benak (2), tua (2), berniat (2), ingatkan (2), beli (2), menyambung (2), esoknya (2), maafkan (2), bayaran (2), walau (2), khamis (2), kembangan (2), kakinya (2), gula (2), denganku (2), rezeki (2), cahaya (2), selalunya (2), jawapan (2), pastinya (2), potong (2), putrajaya (2), keputusan (2), buku (2), ikut (2), pulih (2), bersabar (2), ujian (2), agenda (2), ttdi (2), ziarah (2), bos (2), van (2), top (2), bersalaman (2), kematian (2), biarkan (2), kanan (2), lorong (2), menguruskan (2), talkin (2), kecuali (2), entah (2), terowong (2), pencala (2), tentu (2), kesempatan (2), urusan (2), ringan (2), wad (2), sembilan (2), berlalu (2), menyayat (2), masyarakat (2), kesayangan (2), sakinah (2), bermandi (2), kesedihan (2), dada (2), bantuan (2), seremban (2), mendengar (2), rasanya (2), seiring (2), bertanggungjawab (2), gelap (2), bergegas (2), bawa (2), setelah (2), berbahaya (2), berpunca (2), kecuaian (2), usia (2), cuaca (2), sebarang (2), sentiasa (2), tatkala (2), berbuka (2), gemar (2), putus (2), puasa (2), kuih (2), sisi (2), mampu (2), adib (2), sepenuhnya (2), pedoman (2), arahan (2), kaya (2), penipuan (2), simpanan (2), rm400 (2), motif (2), selesai (2), proses (2), dijalankan (2), terperinci (2), mahkamah (2), rm1500 (2), 500 (2), dipukau (2), laporan (2), peguam (2), meraka (2), dorg (2), cemburu (2), bagitahu (2), mazdiana (2), bermalam (2), saudara (2), bersetuju (2), perasaannya (2), kapak (2), menetak (2), leher (2), tergamam (2), mengarahkan (2), songkok (2), tongkat (2), penah (2), latihan (2), ditangkap (2), sebulan (2), pengetahuan (2), rahman (2), pahang (2), paling (2), hishammuddin (2), lanjut (2), mengenal (2), majlis (2), pertahanan (2), mengulas (2), jpj (2), sebenar (2), usang (2), tayar (2), pukul (2), selain (2), memuaskan (2), berharap (2), majikannya (2), shyed (2), haider (2), bangladesh (2), rahamutun (2), saudaranya (2), pengalaman (2), dipandu (2), laju (2), berfungsi (2), ihsan (2), sultan (2), terperangkap (2), selamatkan (2), melanggar (2), tebing (2), terbabas (2), jeritan (2), menghubungi (2), memudahkan (2), timbalan (2), perdana (2), menteri (2), penting (2), jumlah (2), undang (2), seumpama (2), muhyiddin (2), laluan (2), pelancong (2), melibatkan (2), arefin (2), masing (2), berusaha (2), mengeluarkan (2), rabu (2), onoja (2), mengadakan (2), memaksa (2), sewaktu (2), runtuh (2), kediaman (2), bimbang (2), gelongsoran (2), alam (2), memanggil (2), isu (2), menetap (2), menjerit (2), supaya (2), mengabaikan (2), penyelenggara (2), homoseks (2), pejabat (2), berhijrah (2), memutuskan (2), bibit (2), dingin (2), ian (2), papar (2), var (2), document (2), script (2), http (2), jurnal (2), server (2), easyjournal (2), skip (2), latar, melayurayadaily, johari, ibnu, cagaralam, mataangin, kelop, gelenggang, rempiang, antologi, untaian, profil, lengkap, biar, jangan, berbau, hina, wayang, twitter, teramat, rindu, sukan, ooo, singgahsana, selesema, babi, sayu, ikan, santai, resipi, rasis, puisi, petua, perang, pautan, pati, pancing, naif, mukim, teja, mmms, mh370, menyendiri, kfc, tesco, kesihatan, kerjaya, kelakar, kct, joran, ish, hiburan, goji, eco, resort, dewi, tenggiri, tualang, dangsetia, cikgu, nayan, cerpen, bunian, api, bencana, aroma, anna, abadi, agama, ekonomi, heran, memburunya, isinya, khayalan, fantasi, pengarang, dibed, sastra, bentuknya, beruntung, perasaa, 1001, tafsir, lazim, mengatur, berbagai, pendapat, keguguran, lampias, nafsu, fuh, kemaskini, kelantan, villa, nabila, dikenal, asiatic, reticulated, spesies, ular, sawa, raksaksa, kalangan, cybernetics, maklumat, ktac, kongsikan, cara, gearbox, manual, auto, popular, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2007, 120, 2010, 102, 2015, 2016, suhaila, kembara, asing, 666, 2017, pengikut, langgan, atom, bernasib, malang, ayat, lahir, mulut, tegak, berdarah, sabanhari, seawal, ler, zuhur, berjalan, menolong, makcik, fizikalnya, sapa, 1994, berhubung, bertandang, kenal, gambarnya, haa, ahh, lerr, blok, samar2, daun, luas, mesti, berjual, tengahhari, begini, huh, terduduk, menung, petah, jantung, sibuk, slim, river, akak, beriya, iya, mendesak, avanza, aziq, sebelahku, pusing, ditengah, panas, terik, ajak, teringin, sayangnya, jemput, kecantikan, menyampuk, mengadu, menyenguk, perbelanjaan, ntahlah, longgarkah, ikatan, sampaikan, patutnya, seharusnya, sorang, meyoal, siasatpun, gabra, gilerr, kehidupanku, menghalau, pusaka, mengejar, baiknya, caranya, adil, hayat, keterbiaran, dipersoalkan, pasrah, apakah, terfikirkan, difikirkan, iyer, seolah, olah, membuang, ishh, dgnnya, disebutnya, risau, cukuplah, berpesan, berumahtangga, jodoh, rindukan, kandungnya, menjaga, amar, samar, tingkatan, merokok, kurus, melepak, jemari, beratnya, permasalah, membelenggu, isnin, alor, setar, rosidi, pengunjung, lebuhraya, darulaman, kaw, liang, terbaring, dasar, january, 30th, kulaijaya, perbualan, dipandunya, terhumban, anggota, kebimbangan, lelakinya, kebiasaannya, penemuan, chinchin, difahamkan, yusri, kakitangan, mencarinya, dihubungi, beralamat, chincin, pengurus, rakeba, security, sdn, zulkifli, hamid, tajudin, rahmat, meninjau, mengesan, puteh, membawanya, beria, tahir, rabiatul, adawiyah, semerak, murid, kebangsaan, terbabit, laklok, machang, sempena, cina, telekomunikasi, iparnya, rohani, puas, dinikmati, 5th, keluhan, sayuti, shahrir, disahkan, bertarung, nyawa, mencuci, pakaian, berdekatan, felda, redong, menyembunyikan, matanya, 7th, ledang, kelahirannya, genap, setahun, menyayanginya, kamaronzaman, samah, mohamad, azry, terjatuh, tong, berisi, kassan, gambir, pengajaran, dijemput, ajal, langkawi, menegur, sikapnya, kerap, menyebut, bot, karam, zainol, mayatnya, nautika, tuba, periang, pendiam, berjumpa, sate, julia, jaafar, norhaifa, aidil, afifi, abi, kangar, perlis, percutian, pantai, berenang, menginap, ketua, daerah, superintendan, kamarudin, zakaria, mengesahkan, 13th, pelik, berbuat, dikenali, noor, heiman, tasik, menghulurkan, 26th, kemaman, sekolej, perkelahan, tanduk, bertukar, muhd, aziz, march, 6th, kamis, diduga, resiko, dijalaninya, pria, jawa, timur, memilih, keponakannya, persoalan, selamat, walaupun, menderita, jasad, diturunkan, wonosidi, kecamatan, tulakan, ditemukan, pohon, cengkeh, dicari, kabur, usai, berawal, menanyakan, sebidang, dijanjikan, pembicaraan, telinga, membuatnya, pitam, mendatangi, menonton, televisi, menggunakan, dapur, penganiayaan, terluka, cukup, parah, selangka, perawatan, meski, tewasnya, murni, bermotifkan, risiko, menyelidiki, kasus, mengetahui, mengamankan, seutas, tali, sebilah, bambang, tjuk, winarno, sup, indosiar, pilih, nostalgia, sekian, menyanjung, isterinnya, kahwin, lalui, tempuh, menyanyang, berterus, teranglah, terkedu, merenung, muka, kekesalan, memaafkan, perlahan, membuka, lebaran, selang, dirampas, rampas, pinjaman, mulakan, ketumbuhan, otak, doctor, pakar, perit, mendengarkan, sayangkan, menundukkan, mukanya, menjawab, lemah, bertanding, merebut, kerusi, perlukan, undi, habis, bercakap, pengsan, 248, romantiknya, ulangtahun, pendek, dikejutkan, fairus, kerjaku, khabarnya, serdang, telefonku, kronik, diabetes, darah, kenali, 80an, sedari, kilang, tetiba, fakulti, dikurniakan, perempuan, kut, mengenali, bungsu, rapat, menantu, nombor, dilema, berbincang, pintas, aras, lali, berubat, klinik, swasta, syukur, cadangan, kudung, kekinian, mendoakan, janganlah, melawat, aman, tun, kiara, tuan, haji, rashid, lewat, nasiblah, sesak, diuruskan, sangatlag, kalut, tudm, menyusur, istana, muzium, suruh, biasalah, bersungut, bagiku, sabtu, sms, dimandikan, kejut, sambung, ringkas, melebih, uruskan, bersih, kesejukan, menuju, jejantas, pusingan, andaian, susur, pusiangan, pengkebumian, bacaan, berdiri, sesetengah, dibenarkan, imam, pewaris, baca, teruk, memeningkan, bumbung, jutawan, sabri, bab, ikea, kosong, nungkar, nangkir, menyoal, terpacak, tepat, apalah, ziarahi, warisnya, berleka, past, malaikat, tolong, lajukan, lengang, menziarahi, lakaran, peta, google, lebuh, bertingkat, sunyi, martabat, layak, tenguk, ijn, menemani, ccu, fatihah, allhayarham, kasihi, menimpa, hutan, terkesan, derita, gus, hakikat, mengenangkan, permata, hatinya, fenomena, memilukan, keesokannya, terpampang, memperlihatkan, kesanggupan, meranduk, setakat, kaunseling, sesi, terapi, kebajikan, jkm, meredakan, dialami, menghabiskan, bantal, peluk, kain, beri, kebenaran, jelas, kesembilan, timbul, dilenyapkan, pemikirannya, pujian, memandangkan, kesanggupannya, menyingkap, tatapan, pembaca, temu, bual, berlangsung, sanggup, berderai, sedihnya, jelasnya, mertuanya, mengapa, dijaga, nafkah, menahu, ibrahim, kakap, menelefon, lela, lantas, fikiran, tiganya, diceraikan, berumah, sudut, musibah, berpendapat, menambah, penjagaannya, memerlukan, pengawasan, mendung, hujan, gejolak, minda, umat, ramadan, ingatannya, menghidangkan, juadah, berpuasa, menggentel, karipap, digoreng, nakalnya, agaknya, sukakan, dahlia, ros, biskut, mazola, warna, dipakai, membelinya, helai, dibeli, terang, fasih, doa, igauan, dendangan, sudirman, arshad, nyanyiannya, kehadiran, seluar, mencurah, sulung, hasil, pertamanya, pelangi, menahan, rosmah, dain, rafeah, azana, bayangkan, betapa, kejamnya, kan, ikuti, menipu, diatas, kaitan, melaporkan, bahan, berbelanja, rm200, kebanyakkan, not, berlakunya, pemedahan, dijual, memberinya, rm15, memotong, mempercepatkan, pereputan, juri, sebulat, menjatuhkan, hukuman, mandatori, seksen, 302, kanun, keseksaan, adegen, disoal, percanggahan, mengatakan, fakta, meragukan, sepupu, ugut, tido, umah, agi, terbongkar, plus, drpd, turn, berbicara, mesteri, terungkap, while, mengenakan, coz, noraini, menjualnya, menafikan, rosak, baiki, menyewa, disaat, kesal, perbuatan, bersiap, mandikan, membaringkan, datok, kancing, gigi, terkaku, ditetak, tercabut, ker, pergilah, bersakti, milik, sukarno, duhulu, harga, barangan, rm2, juta, memakai, together, kebal, kesaktian, kedatangan, kerumahnya, percaya, citer, rm500, geran, dicuri, ditepuk, bahu, dibalai, menepuk, bahunya, menyuruh, tanam, senjata, minuman, silat, bomoh, disokong, menangkap, kusut, masai, bermata, tangkap, disyaki, penghisap, dadah, mintak, izin, larikan, dituduh, dialah, mengerat, kandang, diarahan, mengunakan, kiranya, dirancang, itupun, 1000, selebihnya, upah, kepadanya, sikit, berbanding, peliharaan, dorang, dikerat, tengok, difilemkan, banned, finas, tuntutan, iyerlah, jaga, maruah, mmg, nmpk, melatop, www, youtube, watch, tywrifu0mfi, buktinya, famous, artis, affandi, bermisai, hussin, pakai, kopiah, idris, adun, seorg, maznah, binti, kaji, kelas, sir, nasir, bangkitkan, rakam, ala, ngeri, pemangkunya, hussein, menanti, siasatan, mengucapkan, jaminan, lakukan, sambutan, aidilfitri, pihaknya, jkjr, meneliti, melaksanakan, tanggungjawab, terlebih, dicintai, zaid, memaklumkan, disenangi, dinaiki, menyedari, haus, ketinggalan, sedap, ternampak, botak, keadaannya, perjalanannya, destinasi
Text of the page (random words):
embawa penumpang zaid ismail 25 teman lelaki kepada salah seorang mangsa yang terselamat memberitahu teman wanitanya ada memaklumkan bas berkenaan dalam keadaan usang dan kurang disenangi untuk dinaiki dia dan adiknya katanya teman wanitanya itu nur syamimi ja afar 25 yang terselamat bersama adiknya nur fathiah 21 juga memberitahu dia menyedari tayar bas itu telah haus dan berasa kurang senang sepanjang perjalanan turun ke ibu negara nur syamimi dan adiknya nur fathiah sepatutnya menaiki bas pada pukul 1 30 petang tetapi ketinggalan dan terpaksa menaiki bas itu pada pukul 2 petang menurutnya dia memang berasa kurang senang dan tidak sedap hati menaiki bas berkenaan kerana ternampak tayar bas itu botak selain keadaannya kurang memuaskan malah syamimi sendiri memberitahu dia berharap perjalanannya cepat sampai ke destinasi apabila bas itu berhenti secara tiba tiba sebelum kemalangan itu berlaku tidak sangka perasaannya yang kurang senang sebelum bas itu bergerak itu rupa rupanya petanda bas itu akan terlibat dalam kemalangan katanya nur syamimi dan nur fathiah antara lapan penumpang bas itu yang dirawat di hospital selayang dan mereka kini dalam keadaan stabil sementara itu salah seorang mangsa nahas bas genting highlands yang terselamat dalam tragedi semalam sempat menceritakan detik detik cemas dilalui kepada majikannya shyed ali haider shyed haider 46 pekerja warga bangladesh yang mendapat status penduduk tetap menceritakan detik cemas kepada majikannya siti rahamutun yusof yang sempat melawatnya di hospital kuala lumpur hkl petang ini melalui cerita mangsa yang disampaikan oleh siti rahamutun mangsa membawa empat saudaranya untuk bercuti di genting highlands dan merasai pengalaman menaiki kereta kabel menurutnya mangsa mendakwa bas tersebut gagal dikawal kerana dipandu melebihi had laju dan brek gagal berfungsi dengan baik utusan melayu m bhd dicatat oleh idan di 7 01 ptg tiada ulasan label tragis selasa 21 mei 2013 mona fandey penah dengar tak ceritera pasal mona fandey ala kisah pasal pembunuhan paling ngeri di malaysia satu masa dulu aku mula minat nak rakam pasal cerita ni masa kelas sir nasir la dia bangkitkan cerita ni jadi aku terus kaji sebenarnya mona fendi atau nama sebenarnya maznah binti ismail ialah salah seorg suspek bagi kes pembunuhan dato mazlan idris adun pahang suspek pertama juraimi hussin yang pakai kopiah suspek kedua ialah suami mona fandey iaitu mohd affandi abdul rahman yang bermisai suspek ketiga ialah mona fendi untuk pengetahuan kau org mona ni famous sebab dia ni dulu artis ni buktinya www youtube com watch v tywrifu0mfi dan untuk pengetahuan kau org cerita pasal kes ni telah difilemkan tapi telah di banned oleh finas atas tuntutan dari keluarga mona iyerlah kena jaga maruah dia orang walau bagaimana pun cerita ni mmg nmpk melatop mula kita tengok dulu keadaan mayat dato mazlan yang telah dikerat 18 bahagian cuba kau org bayangkan betapa kejamnya kes ni kan baik kita ikuti apa kisah mereka semasa perbicaraan 1 suspek pertama juraimi ok juraimi dituduh sebagai suspek pertama kerana dialah yang memulakan pembunuhan dengan mengerat kepala datuk mazlan semasa di kandang mahkamah dia kata yang mereka sudah merancang pembunuhan tu sebulan sebelum kes berkenaan berlaku semasa kejadian berlaku juraimi diarahan oleh affendi untuk menetak leher datuk mazlan mengunakan kapak kiranya dia nak cakap yang segalanya dirancang oleh mereka and dia hanya mengikut arahan lagipun dia berjaya menunjukkan bukti yang dia tiada niat untuk membunuh datuk mazlan kerana selepas pembunuhan mona hanya bagi dia rm1500 itupun rm 1000 untuk makanan itik and selebihnya untuk dia maka peguam dia pun cakap la yang upah yang diberikan kepadanya lagi sikit berbanding makanan itik peliharaan dorang tambahan dia kata semasa melakukan pembunuhan tu dia berada dalam keadaan tidak sedar kerana telah dipukau oleh affendi melalui minuman semasa latihan silat affendi bersetuju dengan kenyataan itu and mengaku yang mereka suami isteri ialah bomoh dan dia juga disokong oleh kenyataan polis yang menangkap dia polis tu kata semasa pertama kali juraimi ditangkap dia berada dalam keadaan yang kusut masai and bermata merah dia di tangkap kerana disyaki sebagai penghisap dadah namun ujian air kencing menyatakan tidak selepas ditangkap dia diarahkan datang semula ke balai polis keesokan harinya kerana dia mintak izin nak bagi itik makan kalau membunuh dato mazlan dengan niat kenapa dia tak larikan diri malah dia datang balik ke balai polis keesokan harinya tanpa rasa bersalah and takut malah masa perbicaraan dengan polis mengenai dato mazlan dia hanya cakap tak tahu tapi dia memberitahu segalanya selepas ditepuk bahu oleh affendi menurut juraimi semasa dibalai polis affendi menepuk bahunya dan menyuruh dia menceritakan segalanya barulah dia sedar bagaimana kes tu berlaku and bagitahu polis kat mana dia tanam senjata pembunuhan and mayat dato mazlan 2 suspek kedua affendi suami mona lain pulak citer si affendi ni dia kata sebenarnya dia dan mona x penah merancang nak bunuh dato mazlan dia kata duit rm500 000 dan geran tanah yang diberikan oleh datuk mazlan bukan dicuri tapi sebagai bayaran datuk mazlan membeli dia kata songkok dan tongkat ni bersakti dan dipercayai milik sukarno satu masa duhulu menurut dia harga dua barangan ini ialah rm2 5 juta dengan memakai songkok and tongkat ni together kita boleh menjadi kebal and akan dapat banyak kesaktian dia cakap kedatangan datuk mazlan kerumahnya malam itu ialah untuk mandi bunga kerana mereka percaya yang malam tu akan ada rezeki yang turun sedang affendi dan mona bersiap siap nak mandikan dato mazlan dengan membaringkan dia tiba tiba juraimi datang membawa kapak dan terus menetak leher datok mazlan dia kata yang juraimi bertindak seperti orang yang tidak ada pedoman siap kancing gigi tindakan juraimi membuatkan affendi dan mona tergamam and terkaku seketika selepas ditetak tiga kali akhirnya kepala datuk mazlan pun tercabut selepas tu dia kata yang juraimi mengarahkan mereka membawa anak mereka iaitu mazdiana lari ker kl and biarkan dia menguruskan dato mazlan maka mereka pun pergilah ke kl seperti yang diarahkan oleh juraimi 3 suspek ketiga mona fendi mona pula hanya bersetuju dengan kenyataan suami nya affendi dia menceritakan bagaimana perasaannya disaat itu and kesal dengan perbuatan juraimi dia juga menyatakan buat apa dia nak ambil harta datuk mazlan kerana dia dan suaminya sudah kaya menurutnya meraka ada rm400 000 simpanan dalam bank bila ditanya apa yang dia buat selepas pembunuhan dia bagitahu yang dia dan keluarganya termasuk anak mereka mazdiana bermalam di hotel sebelum pergi bermalam di rumah saudara mereka pula selepas tu mereka juga menyewa rumah dia kata dia sempat membawa anaknya bershopping and dia kata yang anak dia suka sangat bershopping bila ditanya kenapa membawa kereta datuk mazlan ke kl dan menjualnya dia menafikan kenyataan itu dan dia kata sebenarnya kereta tu rosak and dorg bawa baiki akhir sekali dia kata yang motif juraimi membunuh datuk mazlan kerana cemburu hubungan datuk mazlan dengan noraini agak menarik juga perbicaraan dorg ni coz juraimi kata dia dirasuk while mona and suaminya kata yang juraimi cuba mengenakan mereka maka bila turn pendakwa raya berbicara semua mesteri terungkap menurut pendakwa raya sebenarnya ketiga tiga suspek bersalah kerana meraka memang merancang bersama sama untuk membunuh datuk mazlan pertama pasal juraimi yang dirasuk oleh affendi sebenarnya satu penipuan kerana kalau juraimi dirasuk bagaimana dia boleh mengingati adegen pembunuhan yang dijalankan dengan terperinci lagipun cerita dia semasa disoal jawab dengan polis and semasa perbicaraan di mahkamah terdapat beberapa percanggahan tambahan lagi dia kata yang mona bagi dia rm1500 dan mengatakan rm1000 untuk makanan itik manakala rm 500 untuk dirinya kalau dia dalam keadaan dipukau macam mana dia boleh mengingati perkara berkenaan dengan terperinci siap tahu lagi rm1000 untuk itik and rm 500 untuk dia antara fakta yang meragukan juga dia kata dia ada cuba mencari mona dan suaminya di kl selepas sepupu datuk mazlan ugut dia untuk buat laporan polis jika datuk mazlan tidak pulang ke rumah kalau dia dirasuk macam mana pula dia boleh sedar nak cari mona dan suaminya di kl siap pergi tido umah kawan agi sebenarnya niat dia mencari mona dan suaminya ialah untuk memastikan pembunuhan itu tidak terbongkar plus peguam dia gagal menunjukkan bukti rawatan drpd doktor yg menyatakan juraimi berada dlm keadaan tidak sedar semasa melakukan jenayah kedua pasal kenyataan affendi juga menipu sebab dia kata juraimi bertindak seperti orang tidak pedoman dan bukan bertindak diatas arahan dia kalau benar kes ni tiada kaitan dengan mereka kenapa mereka tidak melaporkan perkara ini kepada polis kemudian lepas pembunuhan berlaku mona and anak mereka sempat bershopping besar lagi mengikut bahan bukti menyatakan yang mona berbelanja sebanyak rm200 000 selepas pembunuhan berlaku dan kebanyakkan duit yang digunakan ialah not rm1000 sama dengan duit yang dibawa oleh datuk mazlan semasa datang ke rumah mereka semasa malam berlakunya pembunuhan tambahan pula mona mengaku dan mempunyai bukti telah membuat pemedahan plastik selepas pembunuhan dan kereta datuk mazlan juga dijual kenyataan mona yang menyatakan mereka kaya sebenarnya satu penipuan kerana mereka gagal menunjukkan sebarang bukti yang mereka ada simpanan sebanyak rm400 000 ketiga pendakwa raya berjaya menunjukkan yang juraimi ada motif pembunuhan iaitu pasangan mona dan affendi berjanji akan memberinya rm15 000 selepas selesai pembunuhan malahan alasan juraimi memotong datuk mazlan kepada 18 bahagian adalah untuk mempercepatkan proses pereputan kepada mayat maka semua juri sebulat suara menjatuhkan mereka hukuman gantung mandatori mengikut seksen 302 dalam kanun keseksaan dicatat oleh idan di 3 28 pg 3 ulasan label jenayah tragis selasa 19 mac 2013 wan azlela masih rasa kehilangan oleh rosmah dain gambar siti rafeah azana arkib 10 08 2011 kali terakhir wan azlela wan abdullah 27 baju putih tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat buat kali terakhir jenazah dua anaknya nur syaza alisa said ahmad dan nur syaza azira sebelum dikebumikan di tanah perkuburan islam senawang seremban pada 4 mei lalu pastinya ramai di antara kita masih mengingati peristiwa tragis menimpa tiga beradik berusia antara dua hingga lima tahun yang lemas dihanyutkan air deras di hutan ulu bendul kuala pilah negeri sembilan awal mei lalu biarpun tragedi itu sudah lebih tiga bulan berlalu sesungguhnya kejadian menyayat hati itu sangat terkesan di hati semua masyarakat di negara ini apatah lagi bagi si ibu yang menanggung derita kehilangan tiga orang anak kesayangan sekali gus sehingga ke saat ini ibu muda itu masih tidak dapat menerima hakikat anak anaknya telah pergi tak akan kembali dalam kejadian pada 3 mei itu si ibu wan azlela wan abdullah 32 dari senawang negeri sembilan trauma mengenangkan kejadian bagaimana ketiga tiga permata hatinya nur syaza alisa said ahmad 5 nur syaza azira 4 dan nur syaza sakinah 2 dihanyutkan arus deras dalam tragedi fenomena kepala air di ulu bendul ketika bermandi manda bersama bapa dan teman wanita bapa mereka lebih memilukan sehingga kini mayat nur syaza sakinah masih tidak dapat ditemui mayat dua kakaknya nur syaza alisa ditemui jam 3 30 petang di bawah sebuah terowong hari yang sama dan nur syaza azira ditemui keesokan harinya 2 5 kilometer dari tempat kejadian manakala bapa kanak kanak itu dan teman wanitanya berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang turut berada di tempat kejadian keesokannya dan beberapa hari selepas itu gambar gambar ibu muda ini yang kesedihan terpampang di dada dada akhbar memperlihatkan kesanggupan wan azlela meranduk sungai bersama sama pasukan penyelamat mencari anak anaknya wan azlela yang ditemui di rumahnya di senawang baru baru ini berkata setakat ini dirinya masih menerima bantuan kaunseling dan sesi terapi daripada jabatan kebajikan masyarakat jkm di seremban bagi meredakan sedikit trauma yang dialami sampai sekarang saya hanya pulang sekejap sekejap saja ke rumah saya di sini saya banyak menghabiskan masa di jasin melaka bersama ibu dan ayah kenangan bersama anak anak banyak di rumah ini bantal peluk kain baju dan gambar gambar mereka mula mula kehilangan mereka dulu saya rasa seperti tak mahu hidup lagi doktor pun tidak beri kebenaran saya bekerja saya masih diberi cuti sehingga keadaan saya kembali stabil jelas anak kesembilan daripada 11 adik beradik ini apabila mendengar kata katanya timbul perasaan bersalah di hati kerana meminta menceritakan semula kisah yang harus dilenyapkan dari benak pemikirannya namun pujian juga harus diberikan kepada ibu muda ini memandangkan kesanggupannya untuk menyingkap semula semua kenangan pahit itu buat tatapan pembaca biarpun sepanjang temu bual berlangsung tidak sanggup rasanya melihat wanita ini berderai air mata seiring cerita sedihnya jelasnya ketiga tiga anaknya itu di bawah penjagaan bekas kakak ipar dan bekas ibu mertuanya ketika dia keluar bekerja hubungan saya dan keluarga bekas mertua sebenarnya amat baik mungkin ada yang bertanya mengapa anak anak berada di bawah jagaan mereka sebenarnya sejak dari kecil memang anak anak di bawah jagaan saya namun hanya beberapa minggu sebelum kejadian mereka dijaga sementara oleh keluarga bekas suami agar bapa mereka itu lebih bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak anaknya katanya kata wan azlela pada hari kejadian dia sebenarnya tidak tahu menahu langsung bahawa bekas suaminya said ahmad ibrahim 28 dan teman wanitanya yang berusia 18 tahun telah membawa ketiga tiga anaknya itu bermandi manda di ulu bendul saya sedang bekerja pada petang itu apabila kakap ipar saya menelefon memberitahu lela anak kau hanyut waktu itu hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya gelap seketika rasanya dunia ini saya lantas bergegas ke tempat kejadian dalam fikiran saya ingatkan bekas suami hanya membawa dua anak sahaja rupa rupanya dia bawa ketiga tiganya sekali katanya yang baru enam bulan diceraikan suaminya setelah berumah tangga selama lima tahun biarpun reda dengan ketentuan tuhan terhadap apa yang berlaku namun jauh di sudut hati wan azlela mengakui terkilan dengan tindakan bekas suami yang membawa ketiga tiga anaknya ke tempat yang agak berbahaya biarpun ini satu musibah dan saya tahu semua kejadian ini satu ketentuan tuhan dan saya reda dengannya namun saya berpendapat kejadian ini juga berpunca daripada kecuaian bekas suami saya katanya wan azlela menambah selama di bawah penjagaannya dia tidak pernah membawa anak anaknya ke tempat seperti itu apatah lagi pada usia mereka yang kecil yang sudah tentu memerlukan pengawasan khusus terutama di tempat berbahaya seperti itu tambahan dalam keadaan cuaca yang mendung dan hujan apa pun segala gejolak yang bermain di minda tidak lagi membawa sebarang perubahan dan kini ketika semua umat islam menyambut ramadan kenangan bersama anak anak sentiasa bermain di ingatannya masih terbayang bagaiman...
|