Meta tags:
Headings (most frequently used words):
11, blog, translate, tajaan, khamis, januari, 2014, sejak, cari, ini, arkib, label, pengikut, suriteladan, mengenai, saya, untaian, rasa, catatan, popular, latar, linkwithin, penjahit, kulit, tanah, tinggi,
Text of the page (most frequently used words):
yang (46), kulit (38), dan (29), barangan (23), gilbert (22), untuk (20), saya (18), itu (17), dia (14), topi (12), tidak (11), ini (11), dari (9), atau (8), lelaki (8), dengan (8), #januari (8), mac (8), ogos (8), menjahit (8), kepada (7), wanita (7), september (7), rakan (7), november (7), mei (7), julai (7), oktober (7), tinggi (7), tangan (7), tersebut (7), ketika (7), seperti (7), jun (6), kuala (6), sekali (6), disember (6), penjahit (6), dompet (6), tahun (6), melihat (6), koboi (6), pelanggan (6), juga (6), pada (5), lumpur (5), produk (5), sebagai (5), penyair (5), idanradzi (5), akan (5), februari (5), april (5), sejak (5), jahitan (5), daripada (5), lebih (5), malah (5), hingga (5), beg (5), gerai (5), menjual (5), sebelum (4), lagi (4), delima (4), dalam (4), catatan (4), blog (4), tanah (4), perkara (4), kecil (4), membuat (4), barang (4), sudah (4), pulau (4), pinang (4), bermula (4), terhadap (4), apabila (4), memakai (4), karung (4), terus (4), siap (4), rizal (4), air (3), oleh (3), masa (3), memang (3), hantu (3), osmosis (3), uitm (3), melaka (3), antara (3), semasa (3), hiburan (3), rumah (3), jenama (3), satu (3), besar (3), baru (3), goji (3), harga (3), sambutan (3), merkah (3), biar (3), berkata (3), pun (3), kata (3), 2014 (3), lama (3), tangannya (3), namun (3), menyiapkan (3), rokok (3), perniagaan (3), gil (3), craft (3), sendiri (3), berusia (3), hanya (3), sambil (3), meneruskan (3), sebuah (3), tinju (3), hati (3), pertama (3), dua (3), mereka (3), adalah (3), sangat (3), ada (3), dihasilkan (3), tali (3), pinggang (3), gelang (3), mengambil (3), boleh (3), mencuri (3), apa (3), pelbagai (3), pesanan (3), water (2), berbalik (2), baik (2), kongsikan (2), lendu (2), gambar (2), semangat (2), gersang (2), modal (2), digunakan (2), ramai (2), berita (2), 2010 (2), banglo (2), terdapat (2), pasaran (2), jangan (2), beli (2), jualan (2), buah (2), dada (2), digemari (2), rahsia (2), betul (2), sahaja (2), kedai (2), mungkin (2), singgahsana (2), minggu (2), lalu (2), mendapat (2), kaum (2), suami (2), isteri (2), orang (2), kisah (2), hidup (2), curang (2), penulis (2), the (2), antologi (2), cermin (2), rasa (2), berhenti (2), sesuatu (2), benar (2), pahit (2), biarlah (2), makna (2), idan (2), mengenai (2), agama (2), politik (2), petua (2), santai (2), label (2), jari (2), tekun (2), lembu (2), sesekali (2), sekejap (2), sebatang (2), kembali (2), sumber (2), pendapatan (2), leather (2), beroperasi (2), tanpa (2), semua (2), disebabkan (2), kegilaannya (2), muda (2), keterujaan (2), semakin (2), membuak (2), buak (2), balik (2), eropah (2), sebagainya (2), seronok (2), gaya (2), mampu (2), memegang (2), mencubanya (2), memilikinya (2), jauh (2), lantaran (2), harganya (2), terlalu (2), tutur (2), ligat (2), menghasilkan (2), bagaimanapun (2), secara (2), tiba (2), dijahit (2), walaupun (2), selepas (2), hasil (2), duit (2), mengetahui (2), sering (2), wild (2), pasti (2), ungkap (2), melakukan (2), setahun (2), menjalankan (2), biri (2), diperoleh (2), tempat (2), bagi (2), jaket (2), selama (2), kaki (2), lima (2), cameron (2), highlands (2), seorang (2), luka (2), dijual (2), rm15 (2), rm600 (2), warna (2), paling (2), australia (2), usia (2), jennet (2), berminat (2), mohamad (2), pula (2), cuti (2), khadijah (2), tema, tera, dikuasakan, blogger, linkwithin, latar, tarikh, keramat, aku, dah, bersiap, sedia, bertolak, machang, kelantan, sempena, majlis, perkahwin, gua, musang, lipis, reverse, sebenarnya, diminum, nak, pengetahuan, tentang, kebu, keburukan, apakah, kekecohan, rasuk, kalau, anda, jenis, lemah, janga, memiliki, wajah, kacak, berpenampilan, menarik, mahir, memuaskan, nafsu, segelintir, staff, vvip, kami, milik, datu, datuk, sosilawati, lawiya, mewah, gulsan, terbuka, mlm, amat, mahal, sedangkan, patinya, sama, pati, tetek, sememangnya, para, kebiasaannya, berbuah, saiz, meratah, kering, sensei, cina, sepeket, 500, gram, sekitar, rm10, cukup, sebulan, makan, 100, berkualiti, ningxia, china, tulisan, encik, zabri, malangnya, beliau, meninggalkan, nombor, telefon, dihubungi, kecu, bersekedudukan, aduhai, isteriku, sekalian, pembaca, khususnya, bacalah, dijadikan, peringatan, popular, dunia, malaysia, zulkifli, kotacinta, faisaltehrani, penabahari, putera, chini, bui, sweet, pea, leysa, taktun, taknun, kisahnya, merahussain, ediey, studio, production, ikmal, black, writer, miszlollybabe, pak, nil, azil, nawawi, abuyon, hijau, tinta, duniacikguasilah, vic, diana, zeq, iena, belantarajiwa, mazidul, 360, kelop, jurnal, asal, blogspot, untaian, lihat, profil, lengkap, nan, memaparkan, membawa, berbau, hina, situs, mengumpul, isu, seimbang, herba, persekitaran, flora, fauna, suriteladan, pengikut, tren, tragis, tips, sukan, shilintong, seram, sejarah, sastera, puisi, pendidikan, seks, patidelima, mona, mmms, misteri, mh370, kesihatan, kenderaan, kejam, joran, jenayah, firasat, cinta, ceritera, buahan, aroma, anggun, aneh, 2008, 121, 2009, 104, 2011, 2012, 2013, 2015, 2016, 2017, arkib, cari, langgan, atom, laman, utama, terbaru, tiada, ulasan, ptg, dicatat, kelihatan, berkematu, telapak, keras, kasar, kuku, jemarinya, kotor, serta, kehitaman, langsung, diendahkan, sekeping, telah, dikeringkan, mengetuk, pahat, lubang, atas, raut, wajahnya, berubah, ubah, berkerut, selang, beberapa, sementara, dinyalakan, sedutannya, panjang, menghembuskan, asap, berkepul, kepul, belum, habis, menyambung, tugasnya, diperbuat, inilah, ujar, rozells, berketurunan, portugis, berasal, menurut, mesra, disapa, kemahiran, dipelajari, mengikuti, sebarang, kursus, berkaitan, pemakaian, peristiwa, menemui, tepi, jalan, mengubah, ilham, memanfaatkan, masih, elok, rupanya, sebaik, dibawa, pulang, memotong, membuang, isi, dalamnya, itulah, kemudian, dibuat, waktu, tahu, teknik, melakukannya, mengikut, gerak, perasaan, puas, menguasai, maka, bermulalah, kehidupan, pembuat, cerita, sanggup, mengeluarkan, simpanan, sebanyak, rm800, memulakan, kreatifnya, bergaya, dilahirkan, era, 1950, populariti, dianggap, ikon, amerika, dikaitkan, dataran, luas, west, penampilan, seseorang, terasa, kekurangan, ibarat, pelengkap, maskulin, tahan, lasak, kepentingan, aksesori, sukar, dinafikan, pepatah, benda, terakhir, ditanggalkan, dilihat, turut, mempraktikkan, hal, serupa, lekang, koboinya, rutin, harian, hampir, bisnes, ternyata, memberangsangkan, keadaan, menguatkan, menjadi, dikenali, tersendiri, menggunakan, kerbau, bekalan, merata, taiping, diimport, sepanyol, ialah, setiap, penuh, teliti, sedikit, menyiapkannya, tempoh, jam, begitu, cuma, bersaiz, menyudahkannya, kini, bangunan, pekan, rata, pahang, empat, situ, merantau, berniaga, serata, ipoh, biasanya, memilih, lokasi, stesen, bas, membuka, kecilnya, pukul, pagi, malam, ditanya, cabaran, risiko, bapa, cahaya, mata, memberitahu, jemari, pecah, dek, kerana, proses, teruk, individu, bertanggungjawab, bukan, penghalang, minatnya, kepuasan, melebihi, segala, galanya, kecurian, biasa, geram, situasi, sedar, kesilapannya, sebab, terdesak, jujur, bicara, gus, menimbulkan, kagum, diri, rm65, rm80, rm160, rm170, rm220, hantar, mengagumkan, dihantar, sampai, luar, negara, jerman, sweden, england, jepun, kebanyakan, pelancong, asing, membayar, diingini, setelah, mengirimkannya, berdasarkan, alamat, ditulis, buku, bertukar, kekuningan, mula, berjaya, ribuan, memikat, ward, mengakui, bermutu, kemas, jahitannya, kali, menempahnya, bagus, datang, bercuti, seminggu, sebelah, iaitu, sally, lai, pemiliknya, ditemui, pusat, pelancongan, berbanding, diambil, dulu, tempahan, kecilan, tetapi, sekarang, selesa, diterima, terdiri, peringkat, musim, persekolahan, umum, kurang, memperoleh, segak, rona, coklat, cair, dilengkapi, hitam, lanjut, sila, hubungi, talian, 017, 550, 8326, 019, 527, 3773, rm400, sehari, puluhan, berwarna, warni, menyukarkan, pilihan, obses, nor, mohamadnor, kosmo, com, khamis, tajaan, translate, gelengg, melenggang,
Text of the page (random words):
gelengg ng melenggang januari 2014 berkata benar biar pahit sekali pun translate tajaan khamis 9 januari 2014 penjahit kulit tanah tinggi oleh khadijah mohamad nor khadijah mohamadnor kosmo com my tangan lelaki itu kelihatan berkematu telapak tangannya keras dan kasar kuku dan jari jemarinya kotor serta kehitaman namun perkara itu langsung tidak diendahkan dia tekun menyiapkan jahitan pada sekeping kulit lembu yang telah dikeringkan sesekali dia mengetuk pahat kecil untuk membuat lubang di atas kulit tersebut raut wajahnya berubah ubah sekejap berkerut sekejap tidak selang beberapa ketika dia berhenti sementara sebatang rokok dinyalakan sedutannya panjang sebelum kembali menghembuskan asap rokok yang berkepul kepul belum pun habis sebatang rokok dia kembali menyambung tugasnya untuk menyiapkan dompet yang diperbuat daripada kulit itu inilah sumber pendapatan saya menjahit barang barang kulit perniagaan gil s leather craft ini sudah beroperasi sejak 19 tahun lalu ujar gilbert rozells lelaki berketurunan portugis yang berasal dari pulau pinang menurut gilbert atau lebih mesra disapa gil kemahiran menjahit barangan kulit dipelajari sendiri tanpa mengikuti sebarang kursus berkaitan semua itu bermula disebabkan kegilaannya terhadap barangan kulit sejak muda malah keterujaan lelaki berusia 54 tahun itu terhadap produk kulit semakin membuak buak apabila dia melihat rakan rakan yang balik dari eropah memakai topi kulit koboi dan sebagainya memang seronok melihat gaya pemakaian rakan rakan ketika itu saya hanya mampu memegang barangan tersebut dan mencubanya sesekali namun untuk memilikinya jauh sekali lantaran harganya yang terlalu tinggi tutur gilbert sambil tangannya ligat meneruskan jahitan untuk menghasilkan dompet bagaimanapun peristiwa dia menemui sebuah karung tinju yang tidak digunakan di tepi jalan mengubah hidup gilbert secara tiba tiba dia mendapat ilham untuk memanfaatkan karung tinju yang masih elok rupanya itu sebaik sahaja dibawa pulang ke rumah dia terus memotong karung tinju tersebut dan membuang isi di dalamnya kulit karung itulah yang kemudian dijahit untuk dibuat topi waktu itu saya baru berusia 17 tahun walaupun tidak tahu teknik menjahit dengan betul saya melakukannya mengikut gerak hati selepas melihat hasil jahitan pertama saya perasaan puas dan seronok menguasai hati maka bermulalah kehidupan saya sebagai penjahit dan pembuat barangan kulit cerita gilbert yang sanggup mengeluarkan duit simpanan sebanyak rm800 sebagai modal memulakan perniagaan kreatifnya menjahit dan menjual barangan kulit adalah sumber pendapatan kepada gilbert semua itu bermula disebabkan kegilaannya terhadap barangan kulit sejak muda malah keterujaan lelaki berusia 54 tahun itu terhadap produk daripada kulit semakin membuak buak apabila melihat rakan rakan yang balik dari eropah bergaya sambil memakai topi kulit koboi dan sebagainya ketika itu saya hanya mampu memegang barangan tersebut dan mencubanya sekali dua namun untuk memilikinya jauh sekali lantaran harganya yang terlalu tinggi tutur gilbert sambil tangannya ligat meneruskan jahitan untuk menghasilkan dompet obses barang kulit sebagai lelaki yang dilahirkan pada era 1950 an gilbert mengetahui populariti topi koboi yang dianggap ikon amerika dan sering dikaitkan dengan dataran luas wild wild west malah penampilan seseorang koboi pasti akan terasa kekurangan tanpa topi mereka topi koboi ibarat pelengkap kepada gaya maskulin yang tahan lasak kepentingan aksesori tersebut sukar dinafikan seperti pepatah koboi lama ia adalah benda yang terakhir ditanggalkan dan perkara pertama yang akan dilihat ungkap lelaki ini yang turut mempraktikkan hal serupa hingga tidak lekang memakai topi koboinya ketika melakukan rutin harian menjahit kulit selepas hampir setahun menjalankan bisnes barangan kulit ternyata sambutan daripada pelanggan sangat memberangsangkan keadaan itu menguatkan lagi semangat gilbert untuk terus menjadi penjahit kulit yang dikenali dengan jenama tersendiri menggunakan kulit kerbau lembu dan biri biri bekalan tersebut diperoleh dari merata tempat seperti pulau pinang taiping dan kuala lumpur malah ada juga kulit yang diimport dari sepanyol antara barangan kulit yang dihasilkan ialah tali pinggang beg tangan dompet topi dan gelang tangan setiap barangan dijahit dengan penuh teliti dan mengambil sedikit masa bagi jahitan sebuah beg duit atau dompet kecil gilbert boleh menyiapkannya dalam tempoh satu hingga dua jam begitu juga dengan topi dan tali pinggang cuma untuk barangan bersaiz besar seperti jaket atau beg tangan wanita dia mengambil masa selama satu hingga dua minggu untuk menyudahkannya kini gilbert menjalankan perniagaan di sebuah gerai kecil di kaki lima bangunan kedai di pekan tanah rata cameron highlands pahang sudah empat tahun dia beroperasi di situ sebelum ini dia sering merantau dan berniaga di serata tempat seperti pulau pinang ipoh dan kuala lumpur biasanya gilbert memilih lokasi seperti stesen bas atau kaki lima untuk membuka gerai kecilnya bermula pukul 10 pagi hingga 11 malam ditanya cabaran dan risiko sebagai penjahit barangan kulit bapa kepada seorang cahaya mata ini memberitahu tangan dan jari jemari akan luka luka dan pecah dek kerana proses menjahit yang lama lebih teruk lagi apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab mencuri barangan yang dijual ketika gilbert tekun menjahit bagaimanapun perkara itu bukan penghalang untuk gilbert meneruskan minatnya kepuasan yang diperoleh apabila melihat sesuatu barangan kulit siap dihasilkan melebihi segala galanya kecurian itu perkara biasa walaupun geram juga dengan situasi tersebut saya tidak boleh melakukan apa apa biarlah orang yang mencuri itu sedar sendiri kesilapannya puluhan gelang tangan kulit yang berwarna warni menyukarkan pelanggan membuat pilihan mungkin juga mereka mencuri sebab terdesak jujur bicara lelaki ini sekali gus menimbulkan rasa kagum dalam diri penulis harga barangan yang dijual gilbert bermula daripada rm15 hingga rm600 untuk gelang kulit pelbagai warna hanya rm15 dompet rm65 rm80 beg tangan rm160 rm600 dan topi rm170 rm220 hantar pesanan barangan yang paling digemari pelanggan adalah beg tali pinggang dan topi lebih mengagumkan barangan gilbert dihantar sampai ke luar negara seperti jerman sweden england australia dan jepun kebanyakan pelancong asing yang membuat pesanan kepada gilbert terus membayar harga barang yang diingini setelah siap dia akan mengirimkannya berdasarkan alamat yang ditulis di dalam buku pesanan yang sudah bertukar warna kepada kekuningan apa yang pasti sejak mula membuat barangan kulit pada usia 17 tahun gilbert sudah berjaya menyiapkan ribuan produk kulit yang memikat hati pelanggan seorang pelanggan ward jennet dari australia mengakui produk kulit yang dihasilkan gilbert bermutu tinggi dan kemas jahitannya kali pertama saya melihat pelbagai barangan kulit di gerai ini saya terus berminat untuk menempahnya dia memang penjahit kulit yang bagus kata jennet yang datang bercuti ke cameron highlands selama seminggu di sebelah gerai gilbert terdapat juga gerai yang menjual barangan kulit iaitu sally lai craft pemiliknya rizal mohamad 35 ketika ditemui berkata dia baru setahun menjual barangan kulit di pusat pelancongan tanah tinggi itu berbanding gilbert yang menjahit kulit sendiri rizal pula menjual barangan kulit siap yang diambil dari kuala lumpur dan pulau pinang dulu saya ada juga mengambil tempahan secara kecil kecilan tetapi sekarang tidak lagi saya lebih selesa menjual barangan kulit siap seperti ini sambutan yang diterima sangat baik pelanggan pula terdiri daripada pelbagai peringkat usia malah ketika musim cuti persekolahan atau cuti umum hasil jualan sangat tinggi paling kurang saya boleh memperoleh rm400 sehari ungkap rizal yang segak memakai jaket kulit rona coklat cair dilengkapi topi hitam bagi mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai jenama gil s leather craft sila hubungi gilbert di talian 017 550 8326 atau rizal 019 527 3773 dicatat oleh idan di 6 47 ptg tiada ulasan label delima merkah catatan terbaru catatan lama laman utama langgan catatan atom sejak 11 1 11 cari blog ini arkib blog 2017 1 februari 1 2016 5 ogos 1 mac 3 januari 1 2015 27 oktober 1 september 1 ogos 15 julai 2 jun 1 mei 4 april 1 mac 2 2014 33 disember 3 november 5 oktober 9 september 1 ogos 1 julai 1 jun 1 mei 7 april 2 mac 1 februari 1 januari 1 penjahit kulit tanah tinggi 2013 69 disember 1 november 1 oktober 1 september 1 ogos 4 julai 3 jun 8 mei 6 mac 1 februari 9 januari 34 2012 60 disember 45 november 2 oktober 5 ogos 3 julai 1 mei 1 mac 3 2011 104 disember 1 november 1 oktober 1 september 17 ogos 16 julai 26 jun 12 mei 9 april 12 mac 1 januari 8 2010 99 disember 2 november 1 oktober 1 september 7 ogos 2 julai 1 mei 9 april 9 mac 15 februari 22 januari 30 2009 121 disember 15 november 55 oktober 28 september 3 ogos 3 julai 2 jun 3 mei 2 april 3 mac 2 februari 2 januari 3 2008 1 november 1 label agama 39 aneh 3 anggun 3 aroma 10 buahan 1 ceritera 30 cinta 2 curang 1 delima merkah 42 fb 1 firasat 12 goji 3 hiburan 28 jenayah 6 joran 1 kejam 1 kenderaan 1 kesihatan 31 mh370 1 misteri 6 mmms 2 mona 7 patidelima 1 pendidikan seks 5 petua 3 politik 12 puisi 3 rahsia 14 rakan 1 santai 8 sastera 9 sejarah 4 semasa 12 seram 5 shilintong 2 singgahsana 28 sukan 12 tips 1 tragis 15 tren 4 pengikut suriteladan situs ini mengumpul isu semasa agama politik seimbang petua hiburan herba persekitaran santai flora fauna mengenai saya idan penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu berkata benar biar pahit sekali pun kata kata biarlah membawa makna makna jangan berbau hina lihat profil lengkap saya untaian rasa penyair idanradzi blogspot jurnal asal idanradzi cermin ĕ antologi penyair idanradzi ĕ antologi penyair idanradzi cermin kelop k idanradzi mazidul 360 iena belantarajiwa zeq zz vic diana duniacikguasilah abuyon hijau tinta pak nil azil nawawi miszlollybabe ikmal the black writer ediey studio production merahussain al kisahnya taktun taknun leysa in the blog sweet pea ini blog bui putera chini penabahari faisaltehrani zulkifli kotacinta penulis malaysia dunia penyair catatan popular kisah isteri curang aduhai isteriku kepada sekalian pembaca khususnya kaum suami bacalah kisah hidup saya untuk dijadikan sebagai peringatan sebelum itu biar suami bersekedudukan dengan isteri orang delima merkah tulisan encik zabri minggu lalu mendapat sambutan ramai kaum wanita malangnya beliau tidak meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi kecu goji yang berkualiti dari ningxia china singgahsana saya baru sahaja beli buah goji kering di kedai sensei cina harga sepeket 500 gram sekitar rm10 mungkin cukup untuk sebulan makan 100 g rahsia meratah wanita dengan betul tetek atau buah dada yang besar sememangnya digemari para lelaki pada kebiasaannya wanita wanita berbuah dada besar dalam saiz 36 dan ke at pati delima jenama gulsan antara produk terdapat di pasaran terbuka jangan beli di pasaran jualan mlm amat mahal sedangkan patinya sama satu lagi je rumah banglo datuk sosilawati lawiya mewah by staff berita semasa on september 24 2010 in berita hiburan vvip sebelum kami kongsikan gambar rumah banglo milik datu ramai wanita gersang kuala lumpur memiliki wajah kacak berpenampilan menarik dan mahir memuaskan nafsu wanita gersang antara modal digunakan segelintir i hantu di uitm lendu melaka hantu di uitm lendu melaka apakah ini gambar kepada kekecohan rasuk di uitm melaka kuala lumpur kalau anda jenis lemah semangat janga keburukan air osmosis berbalik ro water ro reverse osmosis water atau air osmosis berbalik sebenarnya tidak baik untuk diminum saya nak kongsikan pengetahuan tentang kebu hantu gua musang kuala lipis tarikh keramat 3 hb jun aku pada masa tu memang dah bersiap sedia untuk bertolak dari kl ke machang kelantan sempena majlis perkahwin latar linkwithin tema tera air dikuasakan oleh blogger
|