Meta tags:
Headings (most frequently used words):
11, blog, translate, tajaan, khamis, 23, oktober, 2014, sejak, cari, ini, arkib, label, pengikut, suriteladan, mengenai, saya, untaian, rasa, catatan, popular, latar, linkwithin, diabetes, atau, kencing, manis,
Text of the page (most frequently used words):
yang (83), dan (45), pesakit (45), ini (43), tidak (39), gula (36), insulin (35), dalam (33), #kencing (33), manis (28), seperti (25), atau (24), juga (24), badan (24), boleh (23), darah (23), akan (21), ubat (21), lebih (21), kandungan (20), jenis (18), berlaku (18), untuk (16), dengan (16), perlu (16), glukosa (16), sekiranya (15), oleh (14), makanan (14), adalah (13), ada (13), secara (13), makan (12), mereka (12), berat (11), mengambil (11), tinggi (11), dsb (11), selalunya (11), pengambilan (11), pada (10), herba (10), bila (10), sel (10), lagi (9), buah (9), mungkin (9), oktober (9), itu (8), mac (8), ogos (8), pemakanan (8), bermula (8), menyebabkan (8), daripada (8), tanda (8), air (7), dari (7), baik (7), kepada (7), anda (7), wanita (7), antara (7), semasa (7), september (7), sebelum (7), sebagai (7), november (7), mei (7), julai (7), diabetes (7), biasa (7), sila (7), bawah (7), menjadi (7), kaki (7), kulit (7), jangkitan (7), ambil (7), karbohidrat (7), type (7), jun (6), orang (6), rasa (6), januari (6), disember (6), lemak (6), sangat (6), terutamanya (6), kerana (6), mengandungi (6), diambil (6), hendaklah (6), kerosakan (6), masalah (6), masa (5), saya (5), penyair (5), idanradzi (5), buahan (5), februari (5), april (5), doktor (5), banyak (5), merasa (5), sakit (5), kerap (5), keadaan (5), ubatan (5), pemeriksaan (5), luka (5), penjagaan (5), mata (5), penyakit (5), kami (4), goji (4), catatan (4), blog (4), sekali (4), utama (4), perkara (4), sedikit (4), rujuk (4), rendah (4), dua (4), mengawal (4), ffa (4), mempunyai (4), pula (4), menambah (4), pankreas (4), dapat (4), sentiasa (4), rawatan (4), berterusan (4), kebas (4), waktu (4), kurang (4), berlebihan (4), susu (4), ialah (4), lambat (4), disebabkan (4), melebihi (4), dikenali (4), ideal (4), bagaimanapun (4), bahagian (4), setiap (4), senaman (4), iaitu (4), sebagainya (4), penting (4), saraf (4), memerlukan (4), kita (4), hantu (3), kuala (3), osmosis (3), uitm (3), melaka (3), lemah (3), ramai (3), hiburan (3), jenama (3), terdapat (3), delima (3), besar (3), betul (3), sahaja (3), hidup (3), biar (3), sweet (3), lihat (3), bulan (3), 2014 (3), puasa (3), minuman (3), berpuasa (3), diperlukan (3), cara (3), contoh (3), buruk (3), proses (3), faktor (3), mengeluarkan (3), berlakunya (3), pengeluaran (3), menggunakan (3), resistance (3), ketone (3), tisu (3), segera (3), pening (3), dahaga (3), kawalan (3), diabetic (3), tangan (3), mudah (3), kabur (3), selalu (3), lapar (3), sihat (3), jantung (3), terlebih (3), pengurangan (3), dos (3), selain (3), membuat (3), farmasi (3), kuman (3), walaupun (3), muda (3), vitamin (3), membantu (3), teh (3), tanpa (3), termasuklah (3), dicerna (3), lain (3), chromium (3), berkesan (3), suntikan (3), acting (3), apa (3), komplikasi (3), mengandung (3), mengalami (3), keturunan (3), water (2), berbalik (2), kongsikan (2), tentang (2), lendu (2), gambar (2), lumpur (2), gersang (2), digunakan (2), berita (2), 2010 (2), rumah (2), banglo (2), produk (2), pasaran (2), jangan (2), beli (2), satu (2), dada (2), rahsia (2), baru (2), kering (2), cukup (2), singgahsana (2), kaum (2), suami (2), isteri (2), merkah (2), kisah (2), curang (2), the (2), antologi (2), cermin (2), berhenti (2), berkata (2), benar (2), pahit (2), pun (2), kata (2), membawa (2), makna (2), berbau (2), idan (2), agama (2), politik (2), seimbang (2), petua (2), persekitaran (2), santai (2), kesihatan (2), label (2), gerhana (2), berkenaan (2), hadis (2), sejak (2), buka (2), sahur (2), teruk (2), menukar (2), lewat (2), kalori (2), lahir (2), mengakibatkan (2), hati (2), liver (2), mula (2), berupaya (2), metabolisma (2), menurun (2), dapatkan (2), muntah (2), kuat (2), sumber (2), tenaga (2), penglihatan (2), malam (2), tiba (2), hormon (2), normal (2), beberapa (2), hyperglycaemia (2), glyc (2), aemia (2), secepat (2), selepas (2), perlukan (2), disertakan (2), fizikal (2), pemberian (2), awal (2), menentukan (2), mmol (2), 7mmol (2), contohnya (2), tahap (2), ujian (2), memeriksa (2), dilakukan (2), dahulu (2), carta (2), mulut (2), dinasihatkan (2), mendapatkan (2), gigi (2), dititikberatkan (2), gangrene (2), berbanding (2), perlulah (2), b12 (2), tiga (2), kali (2), menurunkan (2), teratur (2), harian (2), kini (2), begitu (2), menghadapi (2), sederhana (2), pengambilannya (2), asli (2), sehari (2), kadar (2), mendadak (2), nasi (2), ais (2), bergula (2), ringkas (2), maklumat (2), lanjut (2), bentuk (2), diserap (2), didapati (2), tambahan (2), hanya (2), sistem (2), amaryl (2), avandia (2), diamicron (2), harus (2), sembuh (2), buta (2), pinggang (2), perlahan (2), lahan (2), atas (2), ibu (2), selera (2), diet (2), samping (2), gemuk (2), tahun (2), usia (2), niddm (2), iddm (2), onset (2), dependant (2), mellitus (2), kekurangan (2), juvenile (2), menghasilkan (2), tema, tera, dikuasakan, blogger, linkwithin, latar, tarikh, keramat, aku, memang, dah, bersiap, sedia, bertolak, machang, kelantan, sempena, majlis, perkahwin, gua, musang, lipis, reverse, sebenarnya, diminum, nak, pengetahuan, kebu, keburukan, apakah, kekecohan, rasuk, kalau, semangat, janga, memiliki, wajah, kacak, berpenampilan, menarik, mahir, memuaskan, nafsu, modal, segelintir, staff, vvip, milik, datu, datuk, sosilawati, lawiya, mewah, gulsan, terbuka, jualan, mlm, amat, mahal, sedangkan, patinya, sama, pati, tetek, sememangnya, digemari, para, lelaki, kebiasaannya, berbuah, saiz, meratah, kedai, sensei, cina, harga, sepeket, 500, gram, sekitar, rm10, sebulan, 100, berkualiti, ningxia, china, tulisan, encik, zabri, minggu, lalu, mendapat, sambutan, malangnya, beliau, meninggalkan, nombor, telefon, dihubungi, kecu, bersekedudukan, aduhai, isteriku, sekalian, pembaca, khususnya, bacalah, dijadikan, peringatan, popular, dunia, penulis, malaysia, zulkifli, kotacinta, faisaltehrani, penabahari, putera, chini, bui, pea, leysa, taktun, taknun, kisahnya, merahussain, ediey, studio, production, ikmal, black, writer, miszlollybabe, pak, nil, azil, nawawi, abuyon, hijau, tinta, duniacikguasilah, vic, diana, zeq, iena, belantarajiwa, mazidul, 360, kelop, jurnal, asal, blogspot, untaian, profil, lengkap, nan, memaparkan, sesuatu, biarlah, hina, mengenai, situs, mengumpul, isu, flora, fauna, suriteladan, pengikut, tren, tragis, tips, sukan, shilintong, seram, sejarah, sastera, rakan, puisi, pendidikan, seks, patidelima, mona, mmms, misteri, mh370, kenderaan, kejam, joran, jenayah, firasat, cinta, ceritera, aroma, anggun, aneh, 2008, 121, 2009, 104, 2011, 2012, 2013, matahari, mysterious, places, india, that, will, give, you, pandangan, syari, pemeliharaan, janggut, hakikat, manusia, menurut, islam, musykil, akhir, zaman, kahwin, ketua, bidadari, 2015, 2016, 2017, arkib, cari, langgan, atom, laman, lama, terbaru, tiada, ulasan, dicatat, solat, maghrib, penyesuaian, kehidupan, seharian, ramadan, aktif, penuaan, genetik, penyebab, free, fatty, acid, menentu, bertukar, akhirnya, kan, kesudahannya, otot, akibatnya, bermakna, respons, biology, terhadap, nsulin, dirawat, berkumpul, kandungannya, asid, merosakkan, kematian, silalah, sedap, kekeliruan, confusion, pernafasan, nafas, bau, kepala, perut, pemecahan, dikeluarkan, fat, cells, dipecahkan, ketoacidosis, turun, datang, demam, perubahan, bersenam, sepatutnya, sebab, antaranya, hyper, biskut, beringat, bekalan, supaya, diatasi, keliru, confused, moody, degupan, bertambah, penat, menggeletar, trembling, berpeluh, sejuk, pengsan, serta, merta, mengetahui, tandanya, alkohol, aktiviti, pertambahan, aktivit, berbentuk, penambahan, umpamanya, masih, belum, pasti, diberi, terlalu, paras, shock, hypoglycaemia, hypo, berkaitan, bacaan, 11mmol, gunakan, formula, 8mmol, jam, 5mmol, pagi, sarapan, dibuat, tidaklah, setepat, klinik, check, ataupun, dirumah, membeli, alatnya, pemerhatian, membahayakan, enam, dikhuatiri, melarat, hitam, tua, pengaliran, menjalani, telah, ditetapkan, merasai, bahawa, kemungkinan, lensa, cataract, diamalkan, diri, selama, minit, empat, seminggu, lagipun, bagaimanpun, nasihat, menukarkan, cili, lada, cuka, tumbuh, tumbuhan, sayur, sayuran, cecair, kosong, kopi, had, gamat, mempercepatkan, penyembuhan, zink, amalkan, pengganti, equal, cal, nutra, pal, jem, khusus, semua, dihadkan, jus, ditambah, haruslah, dalamnya, idak, 240ml, kenaikan, kentang, jagung, kekacang, capati, thosai, oat, roti, wholemeal, kompleks, dijauhkan, putih, merah, glucolin, madu, jauhi, coklet, krim, milo, tarik, coca, cola, pepsi, tebu, cendol, kacang, cuba, mengurangkan, mencapai, rencana, lawat, www, anispharmacy, com, htm, tetap, lebihkan, serat, spirulina, tujuan, pengawalan, pengendalian, diabetik, risiko, memainkan, peranan, glucose, tolerance, factor, gtf, brewers, yeast, gymnema, bagus, penapis, ringkasnya, bolehlah, dikatakan, chitosan, menapis, dikebanyakan, persediaan, pelanggan, menggunakannya, mendapati, sehinggakan, peria, katak, dicuba, dinyatakan, mengawasi, diberhentikan, perhadaman, kira, melalui, short, medium, long, individu, hari, konvensional, dipasaran, daonil, glibenclamide, metformin, glucophage, acarbose, menghuraikan, detail, tersebut, ahli, berhampiran, menghidap, senang, bagi, alat, sulit, mati, jari, dipotong, cataracts, tekanan, stroke, ditangani, berjadual, digalakkan, akibat, gestational, bersifat, sementara, hilang, anak, dilahirkan, menjaga, membolehkan, sering, dielakkan, dilambatkan, bolehkah, disembuhkan, pemandangan, mudak, terkena, penurunan, peningkatan, naik, keterlaluan, semestinya, bukan, kronik, cepat, sehingga, perbezaan, kedua, mature, non, berjaga, jaga, mencukupi, meningkat, sepanjang, hayatnya, mana, menyerang, bagaimana, berbeza, seorang, dihasilkan, berfungsi, kemudiannya, penyimpanan, protin, beta, saisnya, kecil, sais, pengenalan, khamis, tajaan, translate, gelengg, melenggang,
Text of the page (random words):
ng harus dilakukan sekiranya pesakit didapati menghidap penyakit ini pengambilan ubat ubatan sila rujuk kepada doktor sebelum mengambil apa apa ubat ubat ubatan konvensional ubat yang ada dipasaran adalah seperti amaryl avandia daonil glibenclamide metformin glucophage acarbose diamicron dsb jenama yang lebih baru seperti diamicron amaryl dan avandia adalah lebih berkesan kami tidak akan menghuraikan secara detail ubat ubat ini setiap pesakit perlu membuat pemeriksaan sebelum mula mengambil ubat ubatan tersebut sila dapatkan maklumat lanjut dari doktor atau ahli farmasi yang berhampiran pesakit berkenaan ubat ubat ini insulin insulin selalunya digunakan oleh pesakit type i pesakit type ii juga ada yang menggunakan insulin sekiranya ubat ubatan yang diambil tidak lagi berkesan insulin hanya ada dalam bentuk suntikan kerana ia dicerna oleh sistem perhadaman kira sekiranya di ambil melalui mulut ada 3 jenis insulin utama iaitu short acting medium acting dan long acting setiap individu mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis setiap hari makanan tambahan dan herba antara makanan tambahan yang boleh dicuba ialah seperti yang dinyatakan di bawah bagaimanapun adalah penting untuk pesakit sentiasa mengawasi dan memeriksa kandungan gula di dalam darah mereka ubat biasa pula tidak boleh diberhentikan secara mendadak semasa mengambil herba herba ini persediaan herba seperti peria katak dsb ramai pelanggan kami yang menggunakannya dan mendapati herba herba ini membantu mengawal kadar gula dalam darah mereka sehinggakan ada di antara mereka yang tidak lagi perlu mengambil ubat biasa gymnema herba ini sangat bagus sebagai penapis gula secara ringkasnya bolehlah dikatakan ia seperti chitosan yang menapis lemak ambil herba ini ada dalam bentuk teh sebelum pengambilan makanan bergula dan gula tidak diserap dalam badan boleh didapati dikebanyakan farmasi chromium chromium memainkan peranan penting dalam glucose tolerance factor gtf pesakit juga boleh mengambil brewers yeast yang banyak mengandungi chromium pesakit diabetik menghadapi risiko kerosakan saraf seperti kerosakan saraf mata ambil vitamin yang baik untuk saraf terutamanya b1 b6 dan b12 pemakanan harian yang lain pengawalan pemakanan adalah perkara penting dalam pengendalian kencing manis pesakit perlulah makan makanan yang seimbang spirulina adalah produk yang baik untuk tujuan ini lebihkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat pengambilan makanan secara tetap contohnya tiga kali sehari cuba mengurangkan berat badan untuk mencapai berat ideal sila rujuk kepada rencana kami sebelum ini untuk menentukan berat ideal atau lawat www anispharmacy com berat htm untuk maklumat lanjut karbohidrat ringkas hendaklah dijauhkan ini termasuklah gula putih dan merah glukosa seperti glucolin dsb dan madu antara contoh contoh lain yang perlu pesakit jauhi ialah coklet ais krim minuman yang bergula seperti milo teh tarik coca cola pepsi dsb air tebu cendol ais kacang dan sebagainya karbohidrat yang kompleks boleh diambil secara sederhana makanan jenis ini lebih lambat dicerna oleh badan oleh itu ia tidak menyebabkan kenaikan kadar gula yang mendadak di dalam darah ini termasuklah nasi kentang jagung kekacang capati thosai oat mi roti wholemeal dan sebagainya karbohidrat asli iaitu buah buahan dan susu perlu juga diambil secara sederhana semua buah mengandungi gula oleh itu pengambilannya hendaklah juga dihadkan begitu juga jus buah buahan walaupun ia tidak ditambah dengan gula haruslah tidak diambil berlebihan susu pula mengandungi gula asli di dalamnya pengambilannya hendaklah t idak melebihi lebih kurang 240ml sehari amalkan pengambilan pengganti gula seperti jenama equal lo cal nutra sweet pal sweet dsb ia mengandungi kalori yang lebih rendah daripada gula biasa kini terdapat jem buah buahan yang tidak mengandungi gula begitu juga kini terdapat susu khusus untuk orang yang menghadapi masalah kencing manis ambil lebih vitamin c dan zink pengambilan gamat tanpa gula untuk mempercepatkan penyembuhan luka makanan yang boleh diambil tanpa had termasuklah cecair air kosong kopi atau teh tanpa gula dsb tumbuh tumbuhan dan sayur sayuran herba seperti cili lada cuka dsb senaman senaman yang kerap dan berterusan selama lebih kurang 30 minit tiga atau empat kali seminggu boleh membantu pesakit kencing manis lagipun pesakit yang mempunyai berat badan yang tinggi boleh menurunkan berat badan mereka dengan senaman yang teratur bagaimanpun pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari doktor pesakit terlebih dahulu terutamanya kepada pesakit type i yang mungkin perlu menukarkan dos pengambilan insulin harian mereka penjagaan diri mata pesakit kencing manis perlulah menjalani pemeriksaan mata mereka pada masa masa yang telah ditetapkan pesakit kencing manis kerap merasai kabur penglihatan ini adalah tanda bahawa kawalan gula di dalam darah mereka tidak baik sekiranya ia berterusan ada kemungkinan berlakunya kerosakan kepada lensa mata dan ini akan menyebabkan diabetic cataract pengambilan vitamin b1 b6 b12 secara berterusan perlu diamalkan kulit penjagaan kulit hendaklah dititikberatkan luka walaupun sedikit perlukan rawatan segera sekiranya tidak dikhuatiri ia akan melarat dan menyebabkan gangrene kulit menjadi buruk dan hitam terutamanya di bahagian kaki penjagaan kaki hendaklah juga dititikberatkan pesakit yang lebih tua selalunya mempunyai pengaliran darah ke bahagian kaki yang lebih buruk berbanding orang muda jangkitan kuman lebih mudah berlaku gigi seperti kulit juga sedikit sahaja luka di dalam bahagian mulut boleh menyebabkan jangkitan kuman dan ini boleh membahayakan pesakit dinasihatkan mendapatkan rawatan gigi setiap enam bulan sekali pemerhatian kandungan gula di dalam darah pesakit kencing manis perlu sentiasa membuat pemeriksaan kandungan gula di dalam darah mereka ini dapat dilakukan di klinik farmasi rm 5 00 sekali check ataupun dirumah bagaimanapun anda perlu membeli alatnya terlebih dahulu sila rujuk kepada carta kandungan gula yang ideal seperti di bawah ini selain daripada memeriksa kandungan gula di dalam darah anda juga boleh membuat pemeriksaan kandungan gula di dalam air kencing bagaimanapun ia tidaklah setepat ujian darah masa ujian dibuat tahap ideal darah tahap baik darah berpuasa contohnya pagi sebelum sarapan 3 5 5 5mmol l 4 4 6 7mmol l 2 4 jam selepas makan 5 5 6 7mmol l 6 7 7 8mmol l untuk menukar mmol l ke mg dl gunakan formula di bawah 18 01 x mmol mg dl pesakit kencing manis yang tidak mengambil ubat mempunyai bacaan gula melebihi 11mmol l semasa waktu berpuasa perkara perkara berkaitan dengan kencing manis hypoglycaemia hypo rendah glyc glukosa atau gula aemia darah keadaan ini berlaku bila terlalu banyak insulin di dalam badan menyebabkan kandungan gula di dalam darah menurun ke paras yang lebih bawah daripada normal keadaan ini juga dikenali sebagai insulin shock ia boleh berlaku disebabkan pemberian ubatan yang melebihi dos yang diperlukan umpamanya pada waktu awal awal pemberian ubat kerana doktor pesakit masih belum boleh menentukan secara pasti dos yang perlu diberi ia juga boleh berlaku bila berlakunya pertambahan dalam aktivit yang berbentuk fizikal yang tidak disertakan dengan penambahan makanan atau pengurangan insulin pesakit makan sedikit daripada biasa dan tidak disertakan dengan pengurangan insulin yang diambil atau pengurangan aktiviti fizikal terlebih ambil insulin lambat atau tidak makan mengambil alkohol berlebihan sekiranya ini berlaku pesakit boleh pengsan ia perlukan rawatan serta merta selalunya pesakit kencing manis boleh mengetahui bila kandungan gula di dalam badan mereka rendah antara tanda tandanya ialah berpeluh sejuk tangan menggeletar trembling rasa lapar penat pening degupan jantung bertambah rasa keliru confused dan moody sekiranya ini berlaku pesakit perlu menambah kandungan gula di dalam darah pesakit secepat mungkin ambil makanan atau minuman yang mengandungi glukosa atau gula secepat mungkin selepas itu pesakit perlu menambah pengambilan karbohidrat seperti susu biskut dsb pesakit kencing manis perlu sentiasa beringat dan membawa bekalan gula glukosa dan makanan supaya keadaan ini dapat diatasi segera hyperglycaemia hyper tinggi glyc glukosa atau gula aemia darah kandungan gula di dalam darah menjadi tinggi daripada normal kerana beberapa sebab antaranya tidak mengambil ubat atau insulin seperti sepatutnya makan berlebihan kurang bersenam tidak merasa sihat seperti demam perubahan hormon dsb bila ini berlaku pesakit akan merasa dahaga yang sangat kuat lapar yang datang tiba tiba selalu kencing lebih lebih lagi waktu malam lemah badan turun berat badan penglihatan kabur jangkitan kulit mudah berlaku kulit kering rasa kebas kebas atau sakit pada kaki atau tangan diabetic ketoacidosis sekiranya kawalan gula badan pesakit tidak baik sel sel badan tidak boleh lagi menggunakan glukosa dari dalam darah bila ini berlaku sel sel lemak fat cells akan dipecahkan oleh badan pesakit sebagai sumber tenaga pesakit dalam proses pemecahan lemak ini ketone akan dikeluarkan terutamanya di dalam air kencing bila ini berterusan pesakit akan merasa kencing yang sangat kerap dahaga yang sangat kuat pening kepala muntah dan sakit perut pernafasan yang dalam nafas pesakit berbau seperti buah buahan bau ketone kekeliruan berlaku confusion sekiranya tidak dirawat ketone akan berkumpul dan menjadi tinggi kandungannya darah akan menjadi asid dan ini merosakkan tisu tisu badan kematian boleh berlaku silalah dapatkan rawatan segera sekiranya pesakit merasa tidak sedap badan i nsulin resistance ir ir bermakna respons biology yang menurun terhadap insulin yang ada di dalam darah akibatnya sel sel otot dan sel sel lemak tidak berupaya menggunakan glukosa hati liver pula akan menambah pengeluaran glukosa yang mengakibatkan kencing manis bila berlakunya ir badan akan mula menambah pengeluaran insulin dari pankreas akhirnya pankreas tidak lagi berupaya mengeluarkan insulin yang cukup dengan itu glukosa tidak akan dapat di metabolisma kan dengan betul kesudahannya kandungan gula glukosa dalam darah akan sentiasa tinggi insulin juga mengawal kandungan free fatty acid ffa dalam darah bila kandungan insulin tidak menentu kandungan ffa juga bertukar selalunya pesakit kencing manis mempunyai kandungan ffa yang tinggi kandungan ffa yang tinggi pula mengakibatkan hati liver mengeluarkan lebih banyak glukosa dua faktor utama penyebab ir yang menyebabkan kencing manis faktor genetik faktor persekitaran bermula sejak lahir seperti berat badan semasa lahir yang rendah dan pemakanan yang tidak baik bermula lewat seperti cara hidup yang tidak aktif pemakanan yang buruk kalori tinggi banyak lemak dsb dan juga proses biasa penuaan puasa pesakit kencing manis yang tidak teruk boleh berpuasa seperti biasa sedikit penyesuaian mungkin diperlukan sila rujuk dengan doktor anda sekiranya anda rasa anda perlu menukar cara pemakanan anda di bawah ini adalah contoh kehidupan seharian pesakit kencing manis semasa bulan ramadan masa perkara sahur 1 makan ubat 2 makan sahur buka puasa 1 buka puasa dengan mengambil makanan atau minuman 2 makan ubat 3 solat maghrib 4 makanan berat dicatat oleh idan di 7 14 pg tiada ulasan label kesihatan catatan terbaru catatan lama laman utama langgan catatan atom sejak 11 1 11 cari blog ini arkib blog 2017 1 februari 1 2016 5 ogos 1 mac 3 januari 1 2015 27 oktober 1 september 1 ogos 15 julai 2 jun 1 mei 4 april 1 mac 2 2014 33 disember 3 november 5 oktober 9 diabetes atau kencing manis goji ketua bidadari kahwin lagi hadis hadis yang musykil tentang akhir zaman hakikat manusia menurut islam pandangan syari at berkenaan pemeliharaan janggut 25 mysterious places in india that will give you t gerhana bulan gerhana matahari september 1 ogos 1 julai 1 jun 1 mei 7 april 2 mac 1 februari 1 januari 1 2013 69 disember 1 november 1 oktober 1 september 1 ogos 4 julai 3 jun 8 mei 6 mac 1 februari 9 januari 34 2012 60 disember 45 november 2 oktober 5 ogos 3 julai 1 mei 1 mac 3 2011 104 disember 1 november 1 oktober 1 september 17 ogos 16 julai 26 jun 12 mei 9 april 12 mac 1 januari 8 2010 99 disember 2 november 1 oktober 1 september 7 ogos 2 julai 1 mei 9 april 9 mac 15 februari 22 januari 30 2009 121 disember 15 november 55 oktober 28 september 3 ogos 3 julai 2 jun 3 mei 2 april 3 mac 2 februari 2 januari 3 2008 1 november 1 label agama 39 aneh 3 anggun 3 aroma 10 buahan 1 ceritera 30 cinta 2 curang 1 delima merkah 42 fb 1 firasat 12 goji 3 hiburan 28 jenayah 6 joran 1 kejam 1 kenderaan 1 kesihatan 31 mh370 1 misteri 6 mmms 2 mona 7 patidelima 1 pendidikan seks 5 petua 3 politik 12 puisi 3 rahsia 14 rakan 1 santai 8 sastera 9 sejarah 4 semasa 12 seram 5 shilintong 2 singgahsana 28 sukan 12 tips 1 tragis 15 tren 4 pengikut suriteladan situs ini mengumpul isu semasa agama politik seimbang petua hiburan herba persekitaran santai flora fauna mengenai saya idan penyair nan tidak akan berhenti memaparkan sesuatu berkata benar biar pahit sekali pun kata kata biarlah membawa makna makna jangan berbau hina lihat profil lengkap saya untaian rasa penyair idanradzi blogspot jurnal asal idanradzi cermin ĕ antologi penyair idanradzi ĕ antologi penyair idanradzi cermin kelop k idanradzi mazidul 360 iena belantarajiwa zeq zz vic diana duniacikguasilah abuyon hijau tinta pak nil azil nawawi miszlollybabe ikmal the black writer ediey studio production merahussain al kisahnya taktun taknun leysa in the blog sweet pea ini blog bui putera chini penabahari faisaltehrani zulkifli kotacinta penulis malaysia dunia penyair catatan popular kisah isteri curang aduhai isteriku kepada sekalian pembaca khususnya kaum suami bacalah kisah hidup saya untuk dijadikan sebagai peringatan sebelum itu biar suami bersekedudukan dengan isteri orang delima merkah tulisan encik zabri minggu lalu mendapat sambutan ramai kaum wanita malangnya beliau tidak meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi kecu goji yang berkualiti dari ningxia china singgahsana saya baru sahaja beli buah goji kering di kedai sensei cina harga sepeket 500 gram sekitar rm10 mungkin cukup untuk sebulan makan 100 g rahsia meratah wanita dengan betul tetek atau buah dada yang besar sememangnya digemari para lelaki pada kebiasaannya wanita wanita berbuah dada besar dalam saiz 36 dan ke at pati delima jenama gulsan antara produk terdapat di pasaran terbuka jangan beli di pasaran jualan mlm amat mahal sedangkan patinya sama satu lagi je rumah banglo datuk sosilawati lawiya mewah by staff berita semasa on september 24 2010 in berita hiburan vvip sebelum kami kongsikan gambar rumah banglo milik datu ramai wanita gersang kuala lumpur memiliki wajah kacak berpenampilan menarik dan mahir memuaskan nafsu wanita gersang antara modal digunakan segelintir i hantu di uitm lendu melaka hantu di uitm lendu melaka apakah ini gambar kepada kekecohan rasuk di uitm melaka kuala lumpur kalau anda jenis lemah semangat janga keburukan air osmosis berbalik ro water ro reverse osmosis water atau air osmosis berbalik sebenarnya tidak baik untuk diminum...
|