Meta tags:
Headings (most frequently used words):
11, 15, situs, sastera, blog, penaja, 23, translate, dilayari, sejak, pengikut, untaian, kelop, cermin, idan, rumpun, senarai, saya, catatan, popular, cari, ini, latar2, puisi, belut, negara, minyak, zaitun, bantu, cegah, penyakit, kronik,
Text of the page (most frequently used words):
yang (35), #zaitun (33), minyak (32), dan (24), dalam (18), ini (17), kajian (17), januari (13), penyakit (13), menunjukkan (13), februari (12), tak (11), mac (11), oleh (10), juga (10), idanradzi (8), pada (8), atau (8), april (8), awak (8), penyair (7), untuk (7), belut (7), adalah (7), kesihatan (7), mempunyai (7), itu (7), blog (6), sastera (6), dengan (6), boleh (6), karya (6), pengambilan (6), mencegah (6), catatan (5), lagi (5), dunia (5), lain (5), ogos (5), mengambil (5), secara (5), mendapat (5), sihat (5), lemak (5), tidak (5), buah (5), aku (5), puisi (4), air (4), bagi (4), lebih (4), julai (4), negara (4), dari (4), penulis (4), laman (4), pemakanan (4), makanan (4), sangat (4), kerana (4), sains (4), allah (4), tinggi (4), bahan (4), jantung (4), rendah (4), diterbitkan (4), jurnal (4), perubatan (4), dijalankan (4), seseorang (4), risiko (4), kolesterol (4), mengurangkan (4), masalah (4), hari (4), sebagai (4), tahun (3), lalu (3), dah (3), santai (3), cacar (3), macam (3), tahu (3), mana (3), situs (3), idan (3), mei (3), jun (3), september (3), oktober (3), november (3), disember (3), kronik (3), tanpa (3), ada (3), daripada (3), semua (3), sejak (3), mengenai (3), banyak (3), saw (3), saintifik (3), mediterranean (3), mengandungi (3), tepu (3), oleocanthal (3), vitamin (3), penduduk (3), berbanding (3), sepanyol (3), akan (3), darah (3), strok (3), medical (3), setiap (3), kita (3), membantu (3), meningkatkan (3), mahu (3), gile (2), blogspot (2), kota (2), tongkat (2), ali (2), hitam (2), penawar (2), mudah (2), rawatan (2), kanak (2), nak (2), 2004 (2), 2007 (2), 2010 (2), 2011 (2), 2012 (2), 2013 (2), bantu (2), cegah (2), 2015 (2), kelop (2), izin (2), apa (2), sendiri (2), utama (2), lama (2), label (2), dicatat (2), penting (2), bukan (2), antara (2), sunah (2), penggunaan (2), khasiatnya (2), pohon (2), swt (2), tin (2), surah (2), ayat (2), satu (2), khasiat (2), sesungguhnya (2), benar (2), ibnu (2), rasulullah (2), menyihatkan (2), mufa (2), omega (2), iaitu (2), beta (2), kadar (2), sakit (2), utara (2), research (2), kerap (2), saluran (2), kanser (2), payudara (2), ahli (2), mendapati (2), sel (2), kesan (2), suplemen (2), harian (2), kandungan (2), menggoreng (2), menggunakan (2), alzheimer (2), seluruh (2), pelbagai (2), bengkak (2), pernah (2), nilai (2), mengerti (2), pandai (2), telah (2), lubuk (2), tema, ringkas, dikuasakan, blogger, latar2, cari, popular, senarai, saya, abuyon, hijau, tinta, koleksi, cinta, mohd, adid, rumpun, antologi, namatempatan, namasaintifik, polyalthiabullata, nama, serat, murut, lang, kong, หลังโก่ง, thailand, cay, binh, vietnam, tong, peluit, meredah, sepi, chickenpox, bayi, mencari, glemer, dikenali, gelengg, melenggang, rasanya, bermain, hampas, dulu, berceritera, siapakah, klik, ketik, siapa, bertukar, cer, cermin, 2000, 2001, 2002, 2003, 2005, 2006, 2008, 2009, 2014, untaian, pengikut, menghimpunkan, pengarang, ianya, dikutip, maya, memudahkan, peminat, mengisi, minda, terlarang, diplagiat, dicuri, asal, sila, minta, keizinan, kepada, empunya, tersebut, milik, asalnya, nyatakan, asalkan, dibenarkan, mengeluar, mengulang, terkandung, bentuk, cara, sama, elektronik, fotokopi, sebagainya, biarpun, bertulis, dialu, alukan, hak, cipta, terpelihara, atas, termuat, hasil, ditulis, dihasilkan, dilayari, translate, langgan, atom, terbaru, ptg, kunci, baik, pemahaman, menjaga, pengetahuan, berasal, olea, europaea, digunakan, kegunaan, luar, disapu, kulit, diamalkan, ialah, 400, nabi, muhammad, menganjurkan, besar, dikeluarkan, bersumpah, hebat, firman, nahl, dia, menumbuhkan, kamu, hujan, tanam, tanaman, kurma, anggur, segala, buahan, demikian, tanda, kekuasaan, kaum, memikirkan, diriwayatkan, umar, bersabda, minumlah, berminyak, dengannya, diberkati, baihaqi, majah, membuktikan, terbukti, mono, samping, poli, pufa, termasuk, antioksidan, hydroxy, tyrosol, squalene, karotin, tokoferol, mereka, jauh, amerika, eropah, pharmacological, berdasarkan, mendalam, prof, maria, covas, kardiovaskular, keradangan, disfungsi, endothelium, koronari, serta, penyumbatan, thrombosis, national, institute, health, and, inserm, bordeaux, perancis, mampu, angin, ahmar, dilaporkan, neurology, peratus, menarik, sepasukan, universitat, autonoma, barcelona, melaporkannya, pengkaji, aktiviti, onkogen, p21ras, kerosakan, dna, menggalakkan, kematian, spontan, jagung, kaya, bertentangan, amalkan, berbahaya, jepun, science, monitor, pesakit, selama, enam, minggu, menurunkan, paras, ldl, hdl, saintis, berpendapat, asid, oleic, phenol, british, journal, bunga, matahari, membabitkan, 000, peserta, university, madrid, walaupun, tetap, memberi, manfaat, khusus, didalamnya, mengeluarkan, protein, amyloid, normal, otak, kalangan, kawasan, wilayah, chemical, neuroscience, nyak, kemurungan, menguatkan, memori, pankreas, akut, acute, pancreatitis, hati, akibat, stres, oksidatif, usus, ulcerative, colitis, mengamalkan, seharian, diambil, niatkan, mengikut, mudahan, keberkatan, insya, politik, bharu, perak, komplot, membolot, harta, lagak, semakin, belot, sengaja, serasi, fahaman, jitu, menatap, mata, hatiku, mungkin, seringkali, disyak, wasangkan, keprihatinan, hulurkan, keintiman, jalinkan, culas, macamlah, berkias, alahai, dimakan, melibas, uar, uarkan, kemelut, baru, terbelit, tersepit, berkubang, makin, keliru, rasa, tertipu, akhirnya, mengadu, kenapa, jaga, tepi, kain, suka, ambil, peribadi, malahan, kata, dengki, tapi, amat, licik, berlakon, lagut, selalu, berkata, penaja, himpunan, semasa,
Text of the page (random words):
kelop k 2015 himpunan dunia sastera semasa penyair idanradzi penaja 23 11 15 puisi belut negara belut negara aku selalu berkata di lubuk itu ada belut yang amat licik pandai berlakon lagut tapi awak tak pernah mahu mengerti malahan awak kata aku ni dengki suka ambil tahu masalah peribadi kenapa tak jaga tepi kain sendiri akhirnya hari ini awak mengadu awak makin keliru rasa tertipu telah lama berkubang di lubuk itu telah sakit terbelit juga tersepit baru awak tahu apa itu belut yang aku uar uarkan kemelut alahai bukan belut boleh dimakan melibas awak ni macamlah tak pandai berkias tanpa awak mahu mengerti lagi culas nilai keintiman yang aku jalinkan nilai keprihatinan yang aku hulurkan seringkali disyak wasangkan mungkin awak tak pernah mahu menatap dalam dalam mata hatiku atau sengaja tak serasi fahaman jitu lagak belut itu semakin belot komplot membolot harta negara idanradzi kota bharu perak dicatat oleh idan di 10 21 00 pg label politik puisi sastera 1 1 15 minyak zaitun bantu cegah penyakit kronik pemakanan sihat adalah kunci kesihatan yang baik pemahaman mengenai makanan sihat sangat penting untuk menjaga kesihatan pengetahuan mengenai lemak atau minyak sihat sangat penting untuk kesihatan kerana bukan semua lemak atau minyak tidak sihat sejak 50 tahun lalu kajian sains menunjukkan antara minyak yang sihat untuk kesihatan adalah minyak zaitun minyak zaitun berasal daripada buah zaitun olea europaea yang banyak digunakan dalam pemakanan dan juga kegunaan luar untuk disapu pada kulit antara makanan sunah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun sejak 1 400 tahun lalu nabi muhammad saw menganjurkan penggunaan minyak zaitun kerana khasiatnya yang besar dikeluarkan dari pohon zaitun allah swt bersumpah dengan buah zaitun dan buah tin dalam surah at tin ayat satu menunjukkan buah zaitun adalah hebat dan mempunyai khasiat kesihatan yang sangat tinggi firman allah swt dalam surah an nahl ayat 11 dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam tanaman zaitun kurma anggur dan segala macam buah buahan sesungguhnya pada yang demikian itu benar benar ada tanda kekuasaan allah bagi kaum yang memikirkan diriwayatkan oleh ibnu umar ra rasulullah saw bersabda minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati hr al baihaqi ibnu majah kajian saintifik membuktikan khasiat minyak zaitun dan ia adalah bahan utama dalam makanan mediterranean yang terbukti secara saintifik sangat menyihatkan minyak zaitun mengandungi lemak mono tak tepu mufa yang menyihatkan di samping lemak tepu dan juga lemak poli tak tepu pufa termasuk omega 3 dan 6 minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksidan iaitu hydroxy tyrosol oleocanthal squalene dan beta karotin ia juga mengandungi vitamin e tokoferol dan juga vitamin k kajian sains menunjukkan penduduk di mediterranean yang banyak mengambil minyak zaitun dalam pemakanan mereka mempunyai kadar sakit jantung yang jauh lebih rendah berbanding penduduk di amerika utara dan utara eropah kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan pharmacological research 2007 berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan oleh prof maria covas di sepanyol menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun secara kerap akan mempunyai risiko lebih rendah mendapat penyakit kardiovaskular iaitu penyakit jantung darah tinggi strok dan kolesterol tinggi kajian ini juga menunjukkan pengambilan minyak zaitun secara kerap akan mengurangkan masalah keradangan dan disfungsi endothelium saluran darah koronari serta penyumbatan saluran darah thrombosis kajian lain yang dijalankan di national institute of health and medical research inserm di bordeaux perancis menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari mampu mencegah angin ahmar atau strok kajian ini dilaporkan dalam jurnal perubatan neurology pada 2011 yang menunjukkan seseorang yang mengambil minyak zaitun setiap hari mempunyai 41 peratus risiko lebih rendah mendapat strok berbanding seseorang yang tidak mengambil minyak zaitun satu lagi kajian menarik menunjukkan pengambilan minyak zaitun setiap hari juga boleh mencegah kanser payudara sepasukan ahli sains dari universitat autonoma de barcelona di sepanyol melaporkannya pada 2010 pengkaji ini mendapati minyak zaitun mengurangkan aktiviti onkogen p21ras mencegah kerosakan dna sel dan menggalakkan kematian sel kanser payudara secara spontan kajian ini menunjukkan minyak jagung yang kaya dengan omega 6 mempunyai kesan yang bertentangan dengan minyak zaitun oleh itu pengambilan minyak zaitun boleh kita amalkan sebagai suplemen harian untuk mencegah penyakit berbahaya kajian oleh ahli sains jepun yang diterbitkan dalam jurnal perubatan medical science monitor pada 2004 menunjukkan pengambilan minyak zaitun oleh 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selama enam minggu membantu menurunkan paras kolesterol ldl dan meningkatkan kolesterol hdl saintis berpendapat kesan ini kandungan asid oleic mufa phenol dan vitamin e dalam minyak zaitun kajian diterbitkan dalam british medical journal pada 2012 menunjukkan menggoreng menggunakan minyak zaitun dan minyak bunga matahari tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung kajian ini membabitkan 40 000 peserta yang dijalankan oleh university madrid di sepanyol walaupun menggoreng menggunakan minyak zaitun akan mengurangkan khasiatnya ia tetap memberi manfaat dengan tidak meningkatkan risiko penyakit jantung kajian khusus mengenai penyakit alzheimer juga mendapati minyak zaitun boleh mencegah penyakit ini kerana kandungan bahan oleocanthal didalamnya bahan oleocanthal ini membantu mengeluarkan protein beta amyloid yang tidak normal daripada otak seseorang kajian ini menunjukkan penyakit alzheimer mempunyai kadar rendah dalam kalangan penduduk di kawasan mediterranean berbanding wilayah lain di seluruh dunia kajian ini diterbitkan dalam jurnal perubatan chemical neuroscience pada 2013 pelbagai lagi kajian saintifik yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan penggunaan mi nyak zaitun mengurangkan masalah kemurungan menguatkan memori bengkak pankreas akut acute pancreatitis penyakit hati akibat stres oksidatif dan penyakit bengkak usus ulcerative colitis kita boleh mengamalkan minyak zaitun dalam pemakanan seharian sebagai makanan kesihatan atau diambil sebagai suplemen harian untuk membantu mencegah pelbagai penyakit kronik niatkan pengambilan minyak zaitun ini sebagai mengikut sunah rasulullah saw mudah mudahan kita mendapat keberkatan insya allah dicatat oleh idan di 3 52 00 ptg label kesihatan catatan terbaru catatan lama laman utama langgan catatan atom translate dilayari sejak 11 1 11 situs sastera situs ini menghimpunkan catatan sastera penyair idanradzi pengarang yang lain ianya dikutip dari dunia maya bagi memudahkan peminat sastera mengisi minda karya idanradzi hak cipta terpelihara ke atas semua karya yang termuat di dalam laman blog ini semua hasil karya ditulis dihasilkan sendiri oleh penulis laman blog ini adalah dialu alukan dibenarkan mengeluar mengambil atau mengulang mana mana karya yang terkandung dalam laman blog ini dalam apa juga bentuk dan cara sama ada secara elektronik fotokopi dan sebagainya biarpun tanpa mendapat izin bertulis daripada penulis asalkan nyatakan milik asalnya si penyair idanradzi karya penulis lain adalah terlarang diplagiat atau dicuri tanpa izin penulis asal sila minta keizinan kepada empunya karya tersebut pengikut untaian kelop k 2015 2 november 1 puisi belut negara januari 1 minyak zaitun bantu cegah penyakit kronik 2014 5 mac 5 2013 40 ogos 1 julai 26 jun 2 april 2 mac 1 februari 8 2012 67 disember 4 oktober 21 september 3 ogos 1 julai 2 mei 5 mac 20 februari 6 januari 5 2011 39 disember 12 november 1 oktober 1 september 9 ogos 5 julai 7 jun 1 mei 2 januari 1 2010 19 disember 1 ogos 2 mac 4 februari 9 januari 3 2009 74 november 13 oktober 24 september 14 ogos 9 julai 1 jun 12 mei 1 2008 4 april 1 mac 1 februari 1 januari 1 2007 4 april 1 mac 1 februari 1 januari 1 2006 4 april 1 mac 1 februari 1 januari 1 2005 4 mac 1 februari 1 januari 2 2004 4 april 1 mac 1 februari 1 januari 1 2003 4 april 1 mac 1 februari 1 januari 1 2002 4 april 1 februari 2 januari 1 2001 4 april 1 februari 2 januari 1 2000 4 mac 1 februari 2 januari 1 situs cermin idan penyair idanradzi blogspot fb dah gile dan tak santai lagi rasanya bermain fb dah macam hampas tak macam dulu tak tahu di mana boleh santai dan berceritera blog ni siapakah nak klik ketik siapa nak bertukar cer gelengg ng melenggang cacar air 6 penawar mudah untuk rawatan cacar air chickenpox pada bayi dan kanak kanak mencari penawar bagi rawatan cacar air atau lebih glemer dikenali dengan n peluit meredah sepi tongkat ali hitam namatempatan tongkat ali hitam namasaintifik polyalthiabullata nama lain serat murut lang kong หลังโก่ง thailand cay ba binh vietnam tong ĕ antologi penyair idanradzi rumpun sastera mohd adid koleksi cinta kota puisi abuyon hijau tinta dunia penyair senarai blog saya penyair idanradzi blogspot fb dah gile dan tak santai lagi 6 tahun yang lalu catatan popular cari blog ini latar2 tema ringkas dikuasakan oleh blogger
|