Meta tags:
description= Meneraju Kebangkitan;
Headings (most frequently used words):
may, 2007, pemuda, pas, selangor, dppns, raimah, bibi, 18, dewan, negeri, memorandum, bantahan, artis, mas, idayu, dan, ella, sempena, konsert, bola, sepak, piala, sultan, june, 23, 2008, tawar, bantuan, guaman, kepada, noordin, yb, salahuddin, ayub, menziarahi, pn, skuad, berani, mati, diwujudkan, 15, admin, controls, categories, archive, blogroll, meta, feeds,
Text of the page (most frequently used words):
pas (22), pemuda (20), #selangor (18), yang (16), dppns (13), dan (12), #negeri (10), dewan (9), 2007 (7), ini (7), ketua (6), raimah (6), wordpress (5), may (5), uncategorized (5), mereka (5), bibi (5), salahuddin (5), tan (5), sri (5), kami (5), konsert (5), com (4), log (4), 2008 (4), oleh (4), posted (4), add (4), comment (4), tersebut (4), ayub (4), kepada (4), dapat (4), acara (4), this (3), skuad (3), telah (3), adalah (3), untuk (3), dengan (3), pada (3), sempena (3), perkara (3), peguam (3), yab (3), allah (3), kerajaan (3), tidak (3), besar (3), rakyat (3), artis (3), ella (3), mas (3), idayu (3), sultan (3), site (2), sign (2), subscribed (2), subscribe (2), account (2), create (2), malaysia (2), kelantan (2), dppn (2), june (2), jun (2), bersedia (2), berani (2), mati (2), lebih (2), sebagai (2), umno (2), bagi (2), bahawa (2), petugas (2), terpaksa (2), penerangan (2), mohd (2), sany (2), hamzan (2), demikian (2), mei (2), baru (2), turut (2), pertemuan (2), ustaz (2), mukhyi (2), juga (2), lain (2), islam (2), akan (2), terus (2), menziarahi (2), kerana (2), dokumen (2), anak (2), noordin (2), pejabat (2), yakin (2), bumi (2), dari (2), agar (2), banyak (2), hiburan (2), nilai (2), serta (2), kejohanan (2), memorandum (2), bantahan (2), piala (2), shah (2), abdul (2), menteri (2), dato (2), meneraju (2), kebangkitan (2), get, started, design, like, with, collapse, bar, manage, subscriptions, view, reader, report, content, privacy, already, have, now, top, free, website, blog, comments, full, feeds, meta, org, webtv8, utusan, parti, n32, malaysiakini, today, harian, metro, harakahdaily, dppwp, dppp, johor, blogroll, archive, categories, 2026, admin, controls, search, ewan, menubuhkan, atau, dikenali, kahfi, berikutan, insiden, melibatkan, orang, bertugas, ijok, diserang, gerak, gempur, kewajaran, penubuhan, mengingatkan, menghadapi, sebarang, kemungkinan, berdepan, sekalipun, nyawa, dikorbankan, menyatakan, ucapannya, ijtima, berlangsung, kompas, karang, diwujudkan, mengiringi, itu, sallehen, pelbagai, dibangkitkan, sepanjang, antara, menyebut, dia, memang, seorang, semenjak, dilahirkan, permasalahan, dihadapi, disalurkan, dinatakan, ulu, yam, pusat, meluangkan, masanya, berpisah, suaminya, berlainan, agama, kelihatan, sedang, meneliti, berkaitan, puan, semasa, beliau, berada, menjelaskan, kisahnya, sini, hadir, sama, tawar, bantuan, guaman, sallehin, menjalankan, amanah, selamatkan, demokrasi, tegakkan, keadilan, sekian, terima, kasih, memperbetulkan, demi, kesejahteraan, keselamatan, kita, semua, akhirnya, mendoakan, semoga, menerus, menerima, barakah, swt, bawah, kepimpinan, berharap, pimpinan, menilai, semula, keperluan, memberikan, manfaat, masih, alternatif, halal, disajikan, selain, para, merosakkan, punya, visi, dalam, mendidik, masyarakat, pihak, iaitu, umat, jika, berikan, kekuasaan, memerintah, nescaya, mendirikan, sembahyang, memberi, zakat, menyuruh, berbuat, kebaikan, melarang, melakukan, kejahatan, mungkar, ingatlah, jualah, kesudahan, segala, urusan, membariskan, penyanyi, sebelum, lihat, suatu, maksiat, bersesuaian, percaya, lagi, bermanfaat, boleh, dianjurkan, akhlak, moral, selama, diabaikan, dipelihara, membantah, sekeras, kerasnya, perlawanan, bolasepak, julai, 40000, alam, tingkat, bangunan, aziz, seri, khalid, ibrahim, jamadil, 1429, khir, bola, sepak, jump, navigation, about, home,
Text of the page (random words):
dewan pemuda pas negeri selangor dppns meneraju kebangkitan dewan pemuda pas negeri selangor dppns meneraju kebangkitan home about jump to navigation memorandum bantahan artis mas idayu dan ella sempena konsert bola sepak piala sultan selangor june 23 2008 posted by dppns in uncategorized add a comment 16 jun 2008 12 jamadil a khir 1429 kepada y a b dato seri tan sri abdul khalid ibrahim dato menteri besar selangor pejabat menteri besar selangor tingkat 21 bangunan sultan salahuddin abdul aziz shah 40000 shah alam selangor y a b tan sri memorandum bantahan konsert mas idayu dan ella sempena perlawanan bolasepak piala sultan selangor 6 julai 2008 dewan pemuda pas negeri selangor dppns membantah sekeras kerasnya acara konsert yang membariskan penyanyi dan artis ella dan mas idayu sebelum kejohanan tersebut yang kami lihat sebagai suatu acara maksiat dan tidak bersesuaian dengan kejohanan tersebut kami percaya banyak lagi acara lain yang lebih bermanfaat boleh dianjurkan agar akhlak dan nilai moral rakyat selangor yang selama ini diabaikan oleh kerajaan bn akan dapat dipelihara 41 iaitu mereka umat islam yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan ingatlah bagi allah jualah kesudahan segala urusan pihak kami juga yakin masih banyak alternatif hiburan halal yang dapat disajikan kepada rakyat selain konsert hiburan para artis yang merosakkan yang tidak punya nilai dan visi di dalam mendidik masyarakat dewan pemuda pas negeri selangor dppns berharap agar kerajaan pimpinan yab tan sri dapat menilai semula keperluan acara konsert tersebut kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar kepada rakyat dewan pemuda pas negeri selangor dppns yakin yab tan sri dapat memperbetulkan perkara ini demi kesejahteraan dan keselamatan kita semua di bumi allah ini akhirnya kami mendoakan semoga kerajaan ini terus menerus menerima barakah dari allah swt di bawah kepimpinan yab tan sri sekian terima kasih selamatkan demokrasi tegakkan keadilan yang menjalankan amanah ustaz sallehin mukhyi ketua dewan pemuda pas negeri selangor pemuda pas tawar bantuan guaman kepada raimah bibi noordin may 18 2007 posted by dppns in uncategorized add a comment kelihatan peguam peguam pemuda pas sedang meneliti dokumen dokumen berkaitan anak anak puan raimah bibi noordin semasa beliau berada di pejabat pemuda pas untuk menjelaskan kisahnya di sini 17 mei hadir sama adalah yb salahuddin ayub ketua pemuda pas yb salahuddin ayub menziarahi pn raimah bibi may 18 2007 posted by dppns in uncategorized add a comment ulu yam 16 5 2007 ketua dewan pemuda pas pusat yb salahuddin ayub telah meluangkan masanya untuk menziarahi pn raimah bibi yang terpaksa berpisah dengan suaminya kerana berlainan agama pelbagai perkara telah dibangkitkan sepanjang pertemuan tersebut antara lain raimah bibi turut menyebut bahawa dia memang seorang islam semenjak dilahirkan permasalahan yang dihadapi oleh pn raimah akan disalurkan terus ke peguam pas demikian dinatakan oleh yb salahuddin ayub turut mengiringi pada pertemuan itu adalah ketua pemuda pas selangor ustaz sallehen mukhyi dan juga ketua penerangan pemuda pas selangor mohd sany hamzan skuad berani mati dppns diwujudkan may 15 2007 posted by dppns in uncategorized add a comment d ewan pemuda pas negeri selangor bersedia menubuhkan skuad berani mati atau lebih dikenali sebagai pemuda kahfi ini berikutan insiden yang melibatkan 6 orang pemuda pas yang bertugas di ijok telah diserang oleh gerak gempur umno bn kewajaran penubuhan skuad ini adalah bagi mengingatkan pemuda umno bn bahawa petugas petugas pemuda pas bersedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk berdepan dengan mereka sekalipun nyawa terpaksa dikorbankan ketua penerangan dppns mohd sany hamzan menyatakan demikian pada ucapannya sempena ijtima pas negeri selangor 2007 yang berlangsung di kompas tg karang pada 12 mei 2007 baru baru ini search admin controls log in may 2026 m t w t f s s 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 jun categories uncategorized archive june 2008 may 2007 blogroll dppn johor dppn kelantan dppp dppwp harakahdaily harian metro kelantan tv malaysia today malaysiakini n32 parti pas tv pas utusan malaysia webtv8 wordpress com wordpress org meta create account log in feeds full comments create a free website or blog at wordpress com top subscribe subscribed dewan pemuda pas negeri selangor dppns sign me up already have a wordpress com account log in now privacy dewan pemuda pas negeri selangor dppns subscribe subscribed sign up log in report this content view site in reader manage subscriptions collapse this bar design a site like this with wordpress com get started
|