Meta tags:
Headings (most frequently used words):
tuesday, march, 18, 2008, followers, blog, archive, pengumpul, artikel, semata, mata, kesejagatan, nilai, islam, untuk, semua, umat, prof, dr, sidek, baba,
Text of the page (most frequently used words):
dan (49), yang (36), islam (35), dalam (22), manusia (19), menjadi (15), orang (15), nilai (11), lain (10), sidek (9), untuk (9), tamadun (9), dengan (9), prof (8), baba (8), tidak (8), ilmu (7), tetapi (7), baik (7), adalah (7), atau (7), daripada (7), ini (6), pendidikan (6), serta (6), malaysia (6), lembaga (6), sumber (6), fitrah (6), sifat (6), terhadap (6), sejagat (6), warkah (5), blog (5), kita (5), semua (5), umat (5), itu (5), sebagai (5), bangsa (5), supaya (5), hidup (5), kehidupan (5), allah (5), tinggi (5), asas (5), bukan (4), beliau (4), akan (4), march (4), melaka (4), pengajian (4), bidang (4), kerja (4), mengenai (4), kepada (4), sesuatu (4), kebaikan (4), apabila (4), amanah (4), melakukan (4), bagi (4), mereka (4), tradisi (4), persamaan (4), berada (4), kesejahteraan (4), dato (3), hanya (3), mengumpul (3), bersama (3), june (3), kesejagatan (3), 2008 (3), juga (3), pusat (3), agama (3), pengarah (3), tahun (3), posts (3), amal (3), saja (3), memahami (3), lahir (3), boleh (3), akhlak (3), pancaran (3), mempunyai (3), utama (3), menyebabkan (3), kasih (3), budaya (3), interaksi (3), berbeza (3), memberikan (3), mendukung (3), jalan (3), membawa (3), 2009 (2), class (2), maaf (2), kendalian (2), manfaat (2), jika (2), mutiara (2), mfrstudio (2), artikel (2), melanjutkan (2), kemudian (2), universiti (2), aktif (2), pernah (2), negeri (2), dakwah (2), banyak (2), kertas (2), dialog (2), antara (2), ruangan (2), santapan (2), ikim (2), institut (2), selama (2), timbalan (2), dekan (2), matrikulasi (2), dari (2), 1994 (2), comments (2), seseorang (2), sentiasa (2), perbuatan (2), pekerti (2), kerana (2), berlaku (2), adil (2), kesan (2), diamalkan (2), suluh (2), percikan (2), litaarrafu (2), kekenalan (2), falsafah (2), ada (2), makna (2), kepelbagaian (2), murni (2), keyakinan (2), berinteraksi (2), dimanfaatkan (2), matematik (2), titik (2), sayang (2), alam (2), berguna (2), perbezaan (2), akidah (2), biarlah (2), kejadian (2), sifatnya (2), konsep (2), pertengahan (2), membimbing (2), mengajar (2), sejahtera (2), kekuatan (2), kata (2), saling (2), rahmat (2), diukur (2), rasa (2), kesyukuran (2), usaha (2), anda (2), cuba (2), skip (2), bagai, taman, amati, sepenuh, jiwa, intipati, insyaallah, beroleh, berharga, view, complete, profile, pengumpul, semata, mata, december, 2006, july, august, 2007, april, january, 2012, may, 2020, archive, followers, dilahirkan, pada, jun, 1946, pulau, masjid, tanah, mendapat, awal, menengah, perguruan, mpsi, tanjung, malim, pelajaran, malaya, melayu, menyambung, ukm, diploma, seterusnya, amerika, syarikat, sarjana, sains, doktor, kajian, dasar, penulisan, skrip, drama, cerpen, ketua, satu, penama, persatuan, penulis, sekarang, presiden, nafis, nadwah, persuratan, turut, dunia, barat, memimpin, abim, menyampaikan, pengurusan, teori, integrasi, islamisasi, keremajaan, keibubapaan, menulis, berita, harian, utusan, majalah, mengisi, rohani, radio, program, minda, selangor, selain, darul, quran, ikmas, jakim, penasihat, integriti, muafakat, mara, akademi, ketamadunan, berpengalaman, guru, pensyarah, aminuddin, baki, dilantik, akademik, uia, 1992, 2002, rektor, antarabangsa, kini, berkhidmat, profesor, uiam, menetap, padang, balang, sentul, kuala, lumpur, subscribe, older, newer, posted, khusus, anutan, ingin, memperlihatkan, dirinya, imej, padanya, tarikan, menepati, waktu, janji, disukai, cintakan, serasi, tuntutan, diberi, kepemimpinan, kepemimpinannya, memberi, menghayati, islami, jujur, penipuan, lantaran, agamanya, melarang, pembohongan, mestilah, berilmu, melimpahi, konteks, luas, mendorong, mengetahui, keunikan, berasaskan, hinduisme, buddhisme, konfusionisme, sikhisme, bersifat, pedoman, etika, dihayati, faham, erti, hubungan, kemanusiaan, mengerti, pula, terpancar, qudwah, rasulullah, lingkungan, sendiri, keupayaan, kecintaan, pengetahuan, umpamanya, setiap, kemampuan, cina, menghasilkan, mesin, cetak, bahan, kimia, oleh, kehebatan, biruni, penjelajahan, india, mengkagumi, berkembang, kreatif, meneliti, buku, the, analect, menukilkan, pemikiran, ahli, kungfuzie, menemukan, hal, keadilan, kejujuran, memulihara, sekitar, menolak, bermanfaat, sudut, tuhan, resam, perlu, diketahui, dipelajari, daya, berkongsi, sinilah, pentingnya, peradaban, memungkinkan, pemahaman, tahap, bijaksana, harus, disuburkan, manfaatnya, arus, masyarakat, berbilang, ukur, tara, bahawa, terbaik, kalangan, ialah, insaf, ketuhanan, berjiwa, muttaqin, pelbagai, terhubung, sama, menjelmakan, ummatan, wasata, umatnya, sikap, sederhana, dua, ekstrem, kiri, kanan, ciri, kesejagatannya, diaturkan, sesuai, mahukan, sosial, keperluan, dikongsi, sesama, teras, menerima, telus, ikhlas, berbudi, matlamat, daripadanya, bakal, rohaniah, memancar, inilah, amat, diperlukan, mengukuhkan, kekhalifahan, insan, surah, hujurat, ayat, berpasang, pasang, berlainan, menganjurkan, iaitu, memiliki, bekerjasama, mempelajari, rahmah, alamiah, risalah, kenabian, bermaksud, seluruh, salama, maksud, bertemu, ramai, pencapaian, kebendaan, diperoleh, ketenangan, hati, pencipta, cara, memanfaat, limpahan, nikmat, reda, mengaitkan, perjuangan, berkat, kredit, alqasam, tuesday, terima, atas, kehadiran, hasil, tulisan, disebar, merupakan, bertebaran, internet, inshaallah, maklumbalas, respon, cikgu, menghubungi, anak, saudara, lukman, menerusi, mel, berikut, luke10th, yahoo, com, contact, about, home, sidebar, main,
Text of the page (random words):
warkah prof dato dr sidek baba march 2008 skip to main skip to sidebar warkah prof dato dr sidek baba home about contact terima kasih atas kehadiran anda ke blog yang cuba mengumpul hasil tulisan prof dr sidek baba ini untuk disebar dan dimanfaatkan kita semua maaf blog ini bukan kendalian prof dr sidek baba ini hanya merupakan usaha mengumpul artikel beliau yang bertebaran dalam internet untuk manfaat kita semua inshaallah anda boleh memberikan maklumbalas respon atau cuba berinteraksi dengan cikgu sidek dengan menghubungi anak beliau saudara lukman menerusi e mel berikut luke10th yahoo com tuesday march 18 2008 kesejagatan nilai islam untuk semua umat kredit alqasam prof dr sidek baba islam adalah agama rahmah alamiah risalah kenabian bermaksud mendukung rahmat bagi seluruh alam islam atau salama membawa maksud sejahtera yang menjadi fitrah bagi manusia ada yang bertemu kesejahteraan tetapi ramai yang tidak kesejahteraan manusia tidak saja diukur daripada pencapaian kebendaan yang diperoleh tetapi ia adalah pancaran ketenangan dan kekuatan hati dengan rasa kesyukuran yang tinggi terhadap pencipta kesejahteraan manusia diukur dengan cara manusia memanfaat limpahan rahmat dan nikmat allah dalam kehidupan rasa kesyukuran yang tinggi menyebabkan manusia sentiasa reda serta mengaitkan usaha dan perjuangan berada dalam berkat allah berada dalam islam atau menerima nilai islam boleh membawa manusia kepada hidup sejahtera islam mengajar manusia mengenai sifat amanah adil telus ikhlas dan berbudi supaya asas kesejahteraan menjadi matlamat utama dalam kehidupan daripadanya bakal lahir kekuatan rohaniah yang memancar dalam amal dan pekerti inilah asas akhlak yang amat diperlukan manusia kerana pancaran akhlak dalam kata kata amal dan perbuatan akan mengukuhkan sifat kekhalifahan insan dalam surah al hujurat ayat 13 allah memberikan asas mengenai fitrah kejadian manusia yang sifatnya berpasang pasang berlainan bangsa dan menganjurkan manusia supaya mempunyai budaya kekenalan litaarrafu iaitu memiliki sifat saling bekerjasama saling memahami dan mempelajari allah memberikan ukur tara bahawa yang terbaik di kalangan manusia ialah mereka yang mempunyai insaf ketuhanan yang tinggi orang yang berjiwa muttaqin fitrah kejadian manusia sifatnya pelbagai asas kepelbagaian apabila terhubung dengan akidah yang sama ia menjelmakan konsep umat konsep ummatan wasata atau umat pertengahan mendukung makna sejagat islam dan umatnya mendukung sikap sederhana dan membimbing jalan pertengahan umat islam tidak berada dalam dua ekstrem kiri atau kanan tetapi ciri kesejagatannya membimbing manusia ke jalan fitrah jalan hidup yang diaturkan islam membawa asas kesejagatan ia sesuai dengan fitrah manusia yang mahukan kebaikan sifat manusia melakukan interaksi sosial menyebabkan keperluan nilai sejagat dan nilai bersama dikongsi islam mengajar sifat kasih sayang sesama manusia ia adalah nilai sejagat dan menjadi teras dalam melakukan kerja dakwah islam tidak hanya khusus kepada sesuatu bangsa tetapi menjadi anutan semua bangsa seseorang islam yang baik sentiasa ingin memperlihatkan kebaikan dirinya amal dan perbuatan kepada orang lain supaya imej islam padanya menjadi sumber tarikan yang lain apabila orang islam menepati waktu dan janji ia adalah sesuatu yang fitrah dan disukai manusia lain apabila orang islam cintakan ilmu dan kebaikan pekerti ia serasi dengan orang lain kerana sifat itu tuntutan hidup apabila orang islam diberi amanah kepemimpinan dan berlaku amanah serta adil terhadap kepemimpinannya ia memberi kesan baik terhadap orang lain menghayati hidup yang islami adalah baik untuk orang islam dan bukan islam seseorang islam yang jujur tidak akan melakukan penipuan lantaran agamanya melarang pembohongan berlaku untuk menjadi orang islam yang baik ia mestilah berilmu dan ilmu itu diamalkan kesan ilmu yang diamalkan tidak saja menjadi suluh kehidupan bagi orang islam tetapi percikan suluh kebaikan itu akan melimpahi yang bukan islam konteks litaarrafu atau kekenalan yang luas mendorong orang islam mengetahui dan memahami keunikan tamadun sesuatu bangsa bangsa di malaysia lahir daripada sumber tamadun berasaskan agama dan falsafah baik hinduisme buddhisme konfusionisme atau sikhisme ada nilai bersama yang bersifat sejagat sebagai pedoman etika hidup mereka jika nilai itu dihayati mereka boleh menjadi manusia yang faham erti hubungan kemanusiaan dan mengerti makna kepelbagaian bagi orang islam pula akhlak murni yang terpancar daripada keyakinan kepada allah dan pancaran qudwah daripada rasulullah menjadi sumber nilai tidak saja baik dalam lingkungan orang islam sendiri tetapi mempunyai keupayaan berinteraksi dengan nilai sejagat daripada sumber tamadun lain kecintaan terhadap ilmu pengetahuan umpamanya adalah sumber utama dalam setiap tamadun kemampuan tamadun cina menghasilkan kertas mesin cetak bahan kimia dan lain lain menjadi sumber sejagat yang dimanfaatkan oleh orang islam kehebatan al biruni melakukan penjelajahan ke india dan mengkagumi tradisi matematik mereka menyebabkan tradisi matematik islam berkembang dengan kreatif meneliti buku the analect yang menukilkan pemikiran ahli falsafah kungfuzie menemukan banyak titik persamaan mengenai hal keadilan amanah kasih sayang kejujuran dan memulihara alam sekitar sebagai percikan budaya dan tamadun interaksi antara tamadun adalah tradisi islam islam tidak menolak ilmu yang bermanfaat dan tradisi berguna daripada tamadun lain perbezaan sudut akidah dan keyakinan terhadap tuhan biarlah berbeza persamaan memahami nilai murni dalam resam kehidupan manusia perlu diketahui dan dipelajari supaya lahir daya interaksi yang tinggi untuk berkongsi sesuatu yang baik dan berguna daripada orang lain di sinilah pentingnya dialog peradaban untuk memungkinkan pemahaman terhadap perbezaan dan persamaan berada dalam tahap tinggi serta bijaksana yang berbeza biarlah berbeza tetapi titik persamaan dalam budaya harus disuburkan supaya manfaatnya menjadi arus utama dalam kehidupan masyarakat berbilang posted by mfrstudio at 9 43 am 0 comments newer posts older posts subscribe posts comments prof dr sidek baba dilahirkan pada 12 jun 1946 di kg pulau masjid tanah melaka mendapat pendidikan awal dan menengah di melaka melanjutkan pengajian perguruan di mpsi tanjung malim dan kemudian melanjutkan pelajaran di universiti malaya dalam bidang pengajian melayu kemudian menyambung pengajian di ukm dalam diploma pengajian islam seterusnya ke amerika syarikat dalam bidang sarjana sains pendidikan dan doktor pendidikan dalam bidang kajian dasar pendidikan aktif dalam bidang penulisan skrip drama dan cerpen serta pernah menjadi ketua satu penama persatuan penulis negeri melaka dan sekarang ini menjadi presiden nafis nadwah persuratan islam malaysia turut aktif dalam kerja kerja dakwah di dunia islam dan juga di barat pernah memimpin abim negeri melaka dan juga pusat juga banyak menyampaikan kertas kerja mengenai pengurusan islam teori i integrasi dan islamisasi ilmu keremajaan dan keibubapaan serta dialog tamadun dan antara agama menulis di ruangan berita harian utusan malaysia dan majalah i serta mengisi ruangan santapan rohani radio ikim fm dan program santapan minda selangor fm selain itu menjadi lembaga pengarah ikim lembaga pengarah darul quran malaysia lembaga pengarah ikmas jakim lembaga penasihat pendidikan institut integriti malaysia lembaga muafakat mara dan lembaga akademi ketamadunan berpengalaman sebagai guru selama 18 tahun dan pensyarah di institut aminuddin baki selama 5 tahun dilantik sebagai timbalan dekan akademik pusat matrikulasi uia dan dekan pusat matrikulasi dari 1992 1994 dari tahun 1994 2002 menjadi timbalan rektor universiti islam antarabangsa malaysia kini berkhidmat sebagai profesor pendidikan di uiam dan menetap di padang balang sentul kuala lumpur followers blog archive 2020 1 may 1 2012 7 january 7 2009 42 june 42 2008 17 june 15 april 1 march 1 kesejagatan nilai islam untuk semua umat 2007 24 august 1 july 2 june 12 march 9 2006 72 december 72 pengumpul artikel semata mata mfrstudio view my complete profile maaf blog ini bukan kendalian prof dr sidek baba blog ini hanya mengumpul warkah beliau bagai taman ilmu untuk manfaat kita bersama jika kita amati sepenuh jiwa intipati warkah beliau insyaallah kita akan beroleh mutiara mutiara berharga class class 2009 warkah prof dato dr sidek baba
|