Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2011, august, december, tuesday, blog, duri, dan, api, thursday, 23, 2012, friday, 30, 13, monday, october, 17, saturday, may, 15, 2010, 04, 2009, sunday, november, 02, 2008, about, me, followers, archive, my, list, pemuda, meminati, gerakan, pkm,
Text of the page (most frequently used words):
yang (53), dan (47), saya (34), itu (25), oleh (21), years (20), ago (20), tidak (20), mat (20), telah (19), ini (18), buku (17), tahun (16), dalam (16), indera (16), pkm (15), dengan (15), dia (15), perjuangan (15), kemerdekaan (15), untuk (15), pada (15), beliau (15), orang (14), seorang (14), komunis (13), baru (13), ukm (13), kira (13), tentang (12), melayu (12), memoir (12), dari (11), kiri (11), tokoh (11), kerana (11), penerbit (11), salleh (9), sebagai (9), sejarah (8), andin (8), mereka (8), lain (8), dapat (8), berjuang (8), comments (7), posted (7), 1948 (7), sebelum (7), polis (7), adalah (7), ibrahim (7), chik (7), menarik (6), menulis (6), gerakan (6), daripada (6), selatan (6), thailand (6), revolusi (6), pihak (6), lebih (6), walaupun (6), supaya (6), dikatakan (6), bersama (6), abdullah (6), salah (5), pertama (5), blog (5), 2011 (5), beberapa (5), kedua (5), parti (5), api (5), sudah (5), pun (5), kepada (5), atas (5), abu (5), samah (5), pernah (5), kontroversi (5), ada (5), menjadi (5), masuk (5), pejuang (5), manuskrip (5), kassim (4), membuat (4), may (4), august (4), pemuda (4), belum (4), juga (4), negara (4), kita (4), hanya (4), dokumentari (4), diterbitkan (4), edisi (4), cetakan (4), dua (4), sedikit (4), selama (4), balai (4), pasukan (4), sama (4), tetapi (4), atau (4), masa (4), temerloh (4), malaysia (4), bukan (3), umno (3), jiwa (3), merdeka (3), 2006 (3), november (3), 2009 (3), 2010 (3), december (3), website (3), setelah (3), pengganas (3), maka (3), fakta (3), fahmi (3), reza (3), malaya (3), awas (3), antara (3), http (3), naskhah (3), barangkali (3), bahasa (3), sebanyak (3), habis (3), terjual (3), biografi (3), siti (3), norkiah (3), isteri (3), begitu (3), banyak (3), ucapan (3), meneruskan (3), tepat (3), diri (3), serangan (3), tentera (3), tpnm (3), memimpin (3), itulah (3), penjajah (3), bahawa (3), selepas (3), mula (3), rejimen (3), rashid (3), maidin (3), anggota (3), menerbitkan (3), shamsiah (3), fakeh (3), blogger (2), murtad (2), berkesan (2), rasa (2), the (2), luar (2), july (2), 2008 (2), october (2), meminati (2), 2012 (2), posts (2), hari (2), sukhirin (2), melihat (2), terlepas (2), pandang (2), artikel (2), malaysiakini (2), lagi (2), agak (2), sangat (2), mencatatkan (2), membongkar (2), muda (2), berjaya (2), kembali (2), peranan (2), usaha (2), angkatan (2), dianggap (2), 1946 (2), slogan (2), hidup (2), ialah (2), saja (2), revolusi48 (2), blogspot (2), com (2), 000 (2), penjualannya (2), tidaklah (2), terlalu (2), laris (2), cina (2), tersebut (2), sird (2), hampir (2), semula (2), tuesday (2), iaitu (2), kamarulzaman (2), teh (2), mohd (2), sedang (2), gambar (2), bahan (2), bagaimanapun (2), pahang (2), berpindah (2), tentu (2), menganggap (2), merancang (2), kajian (2), adil (2), pembakaran (2), pembebasan (2), nasional (2), walau (2), timbulnya (2), berkaitan (2), sabu (2), imej (2), baca (2), memburuk (2), mengarahkan (2), mengelakkan (2), pertempuran (2), keluar (2), namun (2), tohmahan (2), terhadap (2), bagi (2), perlu (2), hutan (2), berkuasa (2), apabila (2), hal (2), boleh (2), menafikan (2), agenda (2), sendiri (2), tercapai (2), muar (2), menilai (2), rahmatullah (2), sini (2), kenangan (2), prof (2), anuar (2), mahmud (2), diminta (2), membaca (2), thai (2), empat (2), dekad (2), ahli (2), suriani (2), 2004 (2), bersetuju (2), penerbitan (2), kini (2), dahulu (2), roh (2), bergerak (2), duri (2), watermark, theme, powered, anggerik, kota, irfan, noor, meja, kayu, anonyma, wikileaks, patah, balek, keramahan, palsu, pseudo, hospitality, pulatis, isu, perkara, serius, gagak, rimba, kes, rupanya, kecil, sahaja, suara, kritis, baayun, anak, rumah, banjar, kedudkan, peguampas, lee, kuan, yew, usia, menentukan, bermula, riak, barito, pendaftaran, cagub, banua, raya, betulkah, wan, azizah, layak, sangkakala, desakota, bila, berkunjung, kalsel, kajang, hamirdin, mistakes, muslims, make, ahmad, keputusan, nisah, haron, online, cara, free, download, games, pemula, tanpa, berguru, pelopori, bank, digital, islam, scribe, kadir, jasin, list, june, september, 2007, january, february, archive, followers, view, complete, profile, about, subscribe, atom, home, older, lalu, menerima, emel, sahabat, tajuk, bertanya, sudahkah, berikut, kebetulan, termuat, terpapar, alamatnya, tersiar, istilah, kalau, dipopularkan, asli, perhatian, petikan, pendapat, soekarno, pentingnya, menerangkan, sering, dimanipulasi, dibolot, memegang, kuasa, ditonjolkan, sementara, golongan, digelapkan, dipropagandakan, penjahat, menyatakan, sebenar, pengarah, bertajuk, berjudul, peristiwa, bersejarah, memainkan, penting, memerdekakan, penjajahan, british, melalui, penceritaan, menghuraikan, dimainkan, kebangsaan, pkmm, insaf, wanita, sedar, pelopor, ketika, berbangga, melaungkan, tahniah, menghasilkan, diwujudkannya, memaparkan, aktiviti, kumpulannya, sepuluh, www, columns, 92183, sunday, dicetak, akhir, jumlah, 500, berlalu, asal, jadi, bulan, jun, menerbitkannya, setakat, buah, cuma, perlahan, sekarang, ringkas, lihat, ditulis, panjang, diceritakan, harap, merakamkan, mengabadikan, kisah, sejak, sehinggalah, berada, ketua, kemudian, bergerila, bagaimanakah, pengalamannya, diceritakannya, secara, detail, saturday, indra, meletusnya, mengenai, sabtu, wira, hendak, timbul, mewajarkan, seimbang, tafsiran, mudah, mudahan, diberi, kekuatannya, nya, tugas, monday, terkenal, terutamanya, peranannya, bukit, kepong, 1950, dialah, baik, cuba, memberi, gambaran, positif, burukkannya, meskipun, dilakukan, malah, kali, menyeru, menyerah, bererti, mahu, samping, menyuruh, kawasan, sebabnya, terselamat, kebakaran, timbullah, pula, burukkan, nama, diperalatkan, pandangan, tetap, jika, nasionalis, nasionalislah, sanggup, mengangkat, senjata, bergadai, nyawa, mencapai, benar, berbuat, demikian, sebenarnya, dipaksa, keadaan, ditangkap, teman, seperjuangannya, tentulah, akan, apa, berlaku, kenyataan, dipatahkan, ditokok, tambah, hakikat, memilih, bersenjata, strategi, sesuai, mesti, diiktiraf, bukanlah, besar, pemimpin, peringkat, daerah, selain, persatuan, buruh, pelabuhan, sempena, pulangan, haji, ingin, mengenali, 2002, almarhum, jabatan, menunjukkan, dikirimkannya, tertarik, mengisahkan, 1989, ikut, jiran, organisasi, dilantik, jawatankuasa, pusat, sehingga, mengunjungi, berulang, rumahnya, mengumpul, temu, ramah, membantu, memahami, bagaimana, regimen, ramai, sentiasa, diburu, askar, bertahan, seperti, mengedit, merupakan, malangnya, menimbulkan, kementerian, pendidikan, balik, pasaran, rancangan, diteruskan, terbitkan, tambahan, kulit, kepulangan, tinggal, masih, isterinya, uzur, pulang, warga, meninggalkan, terlebih, mengambil, kesempatan, memanjatkan, doa, allah, mencucuri, rahmat, allahyarham, semoga, ditempatkan, kalangan, friday, dikunjungi, berminat, politik, termasuk, pergi, lama, berjumpa, bekas, menegaskan, darurat, sah, bebas, suka, bawah, tanah, walaubagaimanapun, dilabelkan, antiagama, stigma, sesiapa, menentang, menyertai, dalan, konteks, thursday, demi, persamaan, keadilan,
Text of the page (random words):
duri dan api duri dan api demi kemerdekaan persamaan dan keadilan thursday august 23 2012 pemuda meminati gerakan pkm hari ini saya dikunjungi oleh dua orang pemuda dari ns yang berminat tentang gerakan politik kiri termasuk gerakan komunis salah seorang daripada mereka telah pergi ke sukhirin tidak lama dahulu untuk berjumpa dengan abdullah cd dan lain lain bekas anggota rejimen ke 10 saya menegaskan kepada mereka bahawa sebelum darurat tahun 1948 pkm adalah parti yang sah dan boleh bergerak dengan bebas walaupun mereka lebih suka bergerak di bawah tanah walaubagaimanapun pada masa itu pkm belum lagi dilabelkan sebagai parti antiagama dan tidak ada stigma bagi sesiapa yang menjadi anggota pkm pkm berjuang untuk menentang penjajah oleh itu ada orang melayu yang menyertai parti itu dalan konteks perjuangan tersebut posted by andin salleh at 7 21 am 3 comments friday december 30 2011 ibrahim chik dalam kenangan sempena ke pulangan ke rahmatullah haji ibrahim chik pejuang kemerdekaan dari temerloh pada 29 12 2011 saya ingin mencatatkan di sini sedikit kenangan saya terhadap beliau saya mula mengenali beliau pada tahun 2002 apabila almarhum prof anuar mahmud dari jabatan sejarah ukm menunjukkan kepada saya manuskrip memoir beliau yang dikirimkannya kepada penerbit ukm prof anuar mahmud adalah orang pertama yang diminta oleh penerbit ukm untuk membaca dan menilai manuskrip itu saya tertarik membaca manuskrip itu yang antara lain mengisahkan perjuangan beliau dalam api temerloh 1946 1948 dan rejimen ke 10 tentera pembebasan nasional malaysia tpnm 1948 1989 beliau adalah salah seorang pejuang dari temerloh yang ikut berpindah ke selatan thai untuk meneruskan perjuangan bersama rejimen ke 10 dari negara jiran itu selama kira kira empat dekad dalam organisasi pkm beliau pernah dilantik menjadi salah seorang ahli jawatankuasa pusat bersama sama abdullah c d rashid maidin suriani abdullah dan abu samah kassim selepas itu sehingga tahun 2004 saya mengunjungi beliau berulang ahli di rumahnya di temerloh kerana pada masa itu saya sedang mengumpul bahan untuk buku saya gerakan kiri melayu dalam perjuangan kemerdekaan temu ramah dengan beliau sedikit sebanyak dapat membantu saya memahami bagaimana anggota regimen ke 10 dari malaysia yang tidak begitu ramai dan sentiasa diburu oleh askar malaysia dan thailand dapat bertahan di selatan thailand selama kira kira empat dekad pihak penerbit ukm bersetuju menerbitkan manuskrip memoir ibrahim chik pada masa yang sama penerbit ukm juga merancang untuk menerbitkan memoir tokoh tokoh kiri melayu yang lain seperti rashid maidin shamsiah fakeh dan abdullah c d saya telah diminta oleh penerbit ukm untuk mengedit manuskrip memoir ibrahim chik memoir ibrahim chik merupakan memoir pertama tentang tokoh kiri melayu yang diterbitkan oleh penerbit ukm memoir kedua ialah memoir shamsiah fakeh malangnya penerbitan memoir dua tokoh kiri melayu itu telah menimbulkan kontroversi kerana banyak pihak di dalam dan di luar ukm yang tidak bersetuju ukm menerbitkan memoir tokoh komunis melayu itu pihak kementerian pendidikan telah mengarahkan penerbit ukm supaya menarik balik buku itu dari pasaran dan rancangan penerbitan memoir tokoh kiri melayu yang lain pun tidak dapat diteruskan memoir ibrahim chik yang mula mula diterbitkan oleh penerbit ukm pada tahun 2004 telah di terbitkan semula sebagai edisi baru oleh sird pada tahun 2010 dengan sedikit tambahan oleh beliau sendiri dan dengan gambar kulit yang baru dengan kepulangan ibrahim chik ke rahmatullah kini hanya tinggal dua orang tokoh kiri melayu yang masih hidup iaitu abdullah c d dan isterinya suriani abdullah yang sudah begitu uzur mereka tidak pulang ke malaysia dan kini sudah menjadi warga negara thai tokoh lain shamsiah fakeh rashid maidin dan abu samah mohd kassim sudah pun meninggalkan kita terlebih dahulu di sini saya mengambil kesempatan untuk memanjatkan doa supaya allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang orang yang salleh posted by andin salleh at 8 30 am no comments tuesday december 13 2011 menilai kembali perjuangan mat indera dalam sejarah perjuangan kemerdekaan mat indera bukanlah seorang tokoh besar dia hanya seorang pemimpin api pada peringkat daerah muar selain pernah memimpin persatuan buruh di pelabuhan muar mat indera menjadi terkenal terutamanya kerana peranannya dalam serangan dan pembakaran ke atas balai polis bukit kepong oleh pasukan tentera pembebasan nasional malaya tpnm pada tahun 1950 kerana dikatakan dialah yang memimpin serangan itu walau bagaimanapun sebelum timbulnya kontroversi berkaitan ucapan mat sabu baru baru ini saya rasa imej mat indera dalam beberapa buku yang saya baca adalah baik walaupun mat indera dikatakan pernah masuk komunis dan berjuang bersama sama komunis tetapi buku buku yang saya baca cuba memberi gambaran yang positif tentang mat indera dan tidak memburuk burukkannya meskipun mat indera dikatakan orang yang memimpin serangan itu tetapi bukan dia yang mengarahkan supaya pembakaran dilakukan ke atas balai polis itu malah dia dikatakan beberapa kali menyeru pasukan polis di balai itu supaya menyerah diri ini bererti dia mahu mengelakkan pertempuran antara pasukan tpnm dengan pasukan polis di samping itu dia juga dikatakan telah menyuruh beberapa orang isteri polis supaya keluar atau menarik mereka keluar dari kawasan balai polis itu itulah sebabnya beberapa isteri polis telah terselamat dalam pertempuran atau kebakaran itu namun setelah timbulnya kontroversi berkaitan dengan ucapan mat sabu baru baru ini timbullah pula tohmahan untuk memburuk burukkan nama dan imej mat indera mat indera dikatakan seorang pengganas komunis dan seorang yang telah diperalatkan oleh komunis pkm dan oleh kerana dia seorang pengganas komunis maka tentu saja dia bukan pejuang kemerdekaan saya kira pandangan baru atau tohmahan baru terhadap mat indera ini adalah tidak tepat dan tidak adil bagi saya mat indera tetap seorang pejuang kemerdekaan sama ada dia berjuang bersama komunis atau tidak saya kira adalah lebih tepat jika kita menganggap mat indera adalah seorang nasionalis dan kerana dia seorang nasionalislah maka dia sanggup mengangkat senjata dan bergadai nyawa untuk mencapai kemerdekaan walaupun benar dia telah masuk komunis dan berjuang bersama tentera pkm tetapi dia berbuat demikian sebenarnya kerana dipaksa oleh keadaan dia perlu masuk ke hutan untuk mengelakkan diri daripada ditangkap oleh pihak yang berkuasa penjajah dan apabila masuk ke hutan teman seperjuangannya tentulah tidak lain daripada orang orang komunis dalam hal ini kita tidak boleh menafikan fakta bahawa pkm juga berjuang untuk kemerdekaan walaupun barangkali pkm ada agenda sendiri selepas kemerdekaan tercapai akan tetapi walau apa pun agenda perjuangan pkm selepas kemerdekaan tercapai hal itu tidak berlaku dan tidak menjadi kenyataan kerana perjuangan pkm telah dapat dipatahkan oleh pihak berkuasa penjajah itulah fakta sejarah yang tidak perlu ditokok tambah namun ini tidak menafikan hakikat bahawa pkm telah berjuang untuk kemerdekaan mereka memilih perjuangan bersenjata kerana itulah strategi perjuangan yang dianggap sesuai dan berkesan pada masa itu dengan itu mat indera mesti diiktiraf sebagai seorang pejuang kemerdekaan walaupun dia telah masuk komunis dan pernah berjuang bersama komunis posted by andin salleh at 8 41 am no comments monday october 17 2011 tentang mat indra sebelum meletusnya kontroversi mengenai ucapan mat sabtu yang menganggap mat indera sebagai wira baru baru ini saya ada merancang hendak membuat kajian dan menulis buku tentang mat indera kontroversi yang timbul baru baru ini saya kira mewajarkan saya meneruskan kajian saya supaya dapat menulis biografi mat indera yang lebih tepat dan lebih seimbang dengan tafsiran yang lebih adil tentang diri beliau mudah mudahan saya diberi kekuatannya oleh nya untuk meneruskan tugas ini posted by andin salleh at 1 46 am no comments saturday may 15 2010 menulis biografi siti norkiah setakat ini saya telah menulis dua buah buku tentang tokoh kiri iaitu tentang kamarulzaman teh dan abu samah mohd kassim buku tentang abu samah lebih laris cetakan pertama sebanyak 1 000 naskhah sudah hampir habis terjual cuma buku tentang kamarulzaman teh yang penjualannya agak perlahan sedikit sekarang saya sedang menulis biografi ringkas siti norkiah isteri abu samah lihat gambar di atas buku ini barangkali tidak dapat ditulis terlalu panjang kerana bahan yang diceritakan oleh beliau kepada saya pun tidaklah begitu banyak bagaimanapun saya harap buku ini dapat merakamkan dan mengabadikan kisah perjuangan siti norkiah sejak muda sehinggalah beliau berada di selatan thailand kira kira 40 tahun beliau pernah berjuang dalam awas sebagai ketua awas pahang kemudian bergerila di pahang selama kira kira 3 tahun sebelum berpindah ke selatan thailand bagaimanakah pengalamannya selama kira kira 40 tahun di selatan thailand tentu banyak yang menarik walaupun tidak dapat diceritakannya secara detail posted by andin salleh at 9 25 am no comments tuesday august 04 2009 buku gerakan kiri melayu cetakan kedua buku di atas yang diterbitkan oleh penerbit ukm pada tahun 2006 hanya dicetak 1 000 naskhah dan penjualannya barangkali tidaklah terlalu laris pada akhir tahun 2006 edisi bahasa cina buku tersebut telah diterbitkan oleh penerbit sird dengan jumlah cetakan sebanyak 1 500 naskhah edisi bahasa cina ini belum habis terjual setelah hampir 3 tahun berlalu buku asal edisi bahasa melayu telah habis terjual jadi pada bulan jun 2009 ini penerbit ukm telah menerbitkannya semula sebagai cetakan kedua posted by andin salleh at 8 50 am no comments sunday november 02 2008 revolusi 1948 beberapa hari yang lalu saya menerima emel daripada seorang sahabat saya di sukhirin selatan thailand dengan tajuk revolusi 1948 dia bertanya sudahkah saya melihat website berikut http www malaysiakini columns 92183 http revolusi48 blogspot com kebetulan saya terlepas pandang artikel yang termuat dalam malaysiakini yang terpapar dalam website pertama dan belum lagi melihat blog yang alamatnya tersiar sebagai website kedua istilah revolusi 1948 kalau tidak salah belum dipopularkan sebelum ini agak asli dan sangat menarik perhatian saya artikel yang saya terlepas pandang itu juga sangat menarik setelah mencatatkan petikan pendapat soekarno tentang pentingnya sejarah ia menerangkan tentang sejarah negara kita yang sering dimanipulasi dan dibolot oleh pihak yang memegang kuasa dengan itu dalam sejarah perjuangan kemerdekaan hanya perjuangan umno yang ditonjolkan sementara perjuangan golongan kiri digelapkan dan dipropagandakan sebagai pengganas dan penjahat maka untuk membongkar dan menyatakan fakta sejarah yang sebenar seorang pengarah muda fahmi reza yang sebelum ini berjaya membuat dokumentari sepuluh tahun sebelum merdeka telah membuat dokumentari kedua bertajuk revolusi 48 dokumentari berjudul revolusi 48 itu membongkar kembali peristiwa bersejarah pada tahun 1948 yang telah memainkan peranan penting dalam usaha usaha memerdekakan negara daripada penjajahan british dengan itu melalui penceritaan 4 orang tokoh ia menghuraikan peranan yang telah dimainkan oleh orang orang kiri daripada parti kebangsaan melayu malaya pkmm angkatan pemuda insaf api angkatan wanita sedar awas dan parti komunis malaya pkm dalam perjuangan kemerdekaan mereka dianggap sebagai pelopor kemerdekaan kerana ketika pada tahun 1946 umno berbangga dengan slogan hidup melayu mereka sudah pun melaungkan slogan merdeka tahniah kepada fahmi reza yang berjaya menghasilkan dokumentari revolusi 48 ini blog http revolusi48 blogspot com ialah blog fahmi reza yang baru saja diwujudkannya dan antara lain memaparkan aktiviti beliau dan kumpulannya posted by andin salleh at 7 41 am no comments older posts home subscribe to posts atom about me andin salleh view my complete profile followers blog archive 2012 1 august 1 pemuda meminati gerakan pkm 2011 3 december 2 october 1 2010 1 may 1 2009 1 august 1 2008 3 november 1 february 1 january 1 2007 3 november 1 july 1 may 1 2006 19 september 1 july 2 june 7 may 9 my blog list the scribe a kadir jasin orang luar pelopori bank digital islam pertama 2 years ago menulis tanpa berguru cara free download pc games pemula 2 years ago nisah haron online membuat keputusan 6 years ago kassim ahmad the mistakes muslims make 8 years ago hamirdin 9 years ago dari kajang bila berkunjung ke kalsel 11 years ago desakota 11 years ago dari jiwa rasa 10 buku berkesan di jiwa 11 years ago sangkakala betulkah wan azizah tidak layak 11 years ago banua raya pendaftaran cagub 12 years ago bermula dari riak barito usia 40 tahun yang menentukan 12 years ago jiwa merdeka buku lee kuan yew yang menarik 13 years ago peguampas umno di kedudkan salah sejarah 14 years ago rumah banjar baayun anak 14 years ago suara kritis kes murtad rupanya kecil sahaja 14 years ago gagak di rimba isu murtad bukan perkara serius 14 years ago la pulatis keramahan palsu pseudo hospitality 14 years ago patah balek wikileaks 2 15 years ago anonyma meja kayu 16 years ago irfan noor blogger 18 years ago anggerik kota watermark theme powered by blogger
|