Meta tags:
description= Cuma Tinggal Percaya;
Headings (most frequently used words):
2008, ogos, 29, april, 13, 2012, cheritera, universal, studio, osaka, dotonbori, rusuh, tuhan, lelap, sumpah, sempat, sama, lain, lompang, kita, arkib, kategori, meta, mac, 27, 12, 23,
Text of the page (most frequently used words):
dan (15), 2008 (12), 2007 (10), comment (10), filed (10), posted (10), fairul (10), nizam (10), aku (10), ogos (9), leave (9), yang (9), tidak (8), april (7), sama (7), perlu (6), 2006 (6), kau (6), tuhan (6), wordpress (5), com (5), #cheritera (5), writings (5), pembaikan (5), 2012 (5), hari (5), uncategorized (4), deraf (4), mac (4), kita (4), sepi (4), dalam (4), sambil (4), dengan (4), lain (4), atas (4), seperti (4), dua (4), this (3), untuk (3), masuk (3), log (3), atau (3), akan (3), barang (3), seminit (3), lagi (3), diam (3), site (2), komen (2), telah (2), melanggan (2), langgan (2), account (2), blog (2), suapan (2), jun (2), disember (2), januari (2), februari (2), entri (2), cinta (2), apa (2), duit (2), setiap (2), tidur (2), tandas (2), putus (2), kata (2), ini (2), lompang (2), ribut (2), petir (2), tengkujuh (2), kopi (2), perut (2), sempat (2), sampai (2), mata (2), bersumpahlah (2), nama (2), lelap (2), berikan (2), sejuk (2), menuruni (2), rusuh (2), sunyi (2), hati (2), tiba (2), duduk (2), dotonbori (2), rintik (2), osaka (2), cuma (2), tinggal (2), percaya (2), mulakan, design, like, with, anda, meninggalkan, berdaftar, loading, comments, collapse, bar, manage, subscriptions, view, reader, report, content, daftar, privasi, already, have, now, sign, pemasukan, create, meta, self, amusements, kategori, julai, september, mei, oktober, november, arkib, sebelumnya, hilangnya, entah, mana, mahu, berkongsi, pendapat, malahan, benci, melihat, wajah, semakin, tua, pergerakan, mencetus, pergaduhan, ketidakgembiraan, menyampuli, keadaan, ruang, tamu, bersiesta, menonton, saluran, hbo, sukan, makan, hujung, minggu, habiskan, masa, begitu, suram, dapur, memasak, menyental, kuning, ketiak, baju, beromel, suara, sedikit, meninggi, akhirnya, peperangan, berakhir, biasanya, lebih, kepada, bebelanmu, mengkritik, inci, perlakuanku, melawan, lewat, kebelakangan, perbualan, hanyalah, berkisar, tentang, drama, filem, berita, sedang, udara, kaca, televisyen, mencari, pun, reda, jiwa, satu, terisi, masih, kecamuk, amuk, gelombang, amarah, kemarau, separuh, gelas, kaunter, coklatnya, aroma, menusuk, hidung, teguk, menyelusur, kerongkong, esofagus, aneh, rasanya, biasa, harapan, lokasi, membuatkan, berhenti, menjenguk, memeriksa, tiap, ketika, memandu, meter, minyak, berada, berjuta, juta, wang, kitab, dikurniakan, sumpah, sekejap, mati, seketika, ironi, bila, perkataan, banyak, terucap, tika, kesakitan, terima, kasih, tersengih, lafaz, sana, selepas, terburai, segala, isi, kaki, terkepit, berjalan, tapak, kecil, menuju, tuhannn, tolong, badan, menggeletar, cuaca, panas, peluh, menjejeh, dahi, sendiri, bangkit, berbekas, luka, bercantum, semula, membentuk, terhempas, pecah, berderai, terkekau, jatuh, datang, menggila, sudah, lama, merusuh, pipinya, langit, matanya, merintikkan, air, bawah, payung, pelukan, kekasihnya, nampak, seorang, gadis, menangis, waktu, hujan, mencucuk, angin, musim, bunga, bertiup, berkumandang, menyeluruhi, suasana, lagu, mat, saleh, tak, tahu, tajuknya, anak, lelaki, nyenyak, isteri, ditemani, amity, boardyard, santai, universal, studio,
Text of the page (random words):
cheritera cuma tinggal percaya cheritera cuma tinggal percaya universal studio osaka april 13 2012 duduk santai di amity boardyard ditemani isteri dan dua anak lelaki yang nyenyak tidur dan kopi dan lagu mat saleh yang aku tak tahu tajuknya berkumandang menyeluruhi suasana angin musim bunga di osaka bertiup sejuk mencucuk posted by fairul nizam filed in uncategorized 1 comment dotonbori april 13 2012 waktu hujan rintik rintik di dotonbori aku nampak seorang gadis menangis di bawah payung dalam pelukan kekasihnya seperti langit matanya merintikkan air mata menuruni pipinya posted by fairul nizam filed in uncategorized leave a comment rusuh mac 27 2012 sudah lama hati tidak merusuh ia duduk diam diam sepi dan sunyi sampai datang tengkujuh ribut petir menggila tiba tiba terkekau ia jatuh terhempas pecah berderai dan bercantum semula membentuk hati yang sama bangkit ia berbekas luka tidak lagi diam tidak lagi sepi tidak lagi sunyi ia rusuh sendiri posted by fairul nizam filed in deraf perlu pembaikan leave a comment tuhan ogos 29 2008 tuhan kau kata sambil peluh menjejeh menuruni dahi badan menggeletar sejuk dalam cuaca panas tuhannn tolong aku sambil kaki terkepit berjalan dengan tapak kecil menuju ke tandas dalam sana selepas terburai segala isi perut kau sambil tersengih kau lafaz terima kasih tuhan ironi bila perkataan tuhan akan banyak terucap tika kesakitan posted by fairul nizam filed in writings leave a comment lelap ogos 29 2008 berikan aku barang seminit dua untuk mati seketika berikan aku barang seminit dua untuk lelap sekejap posted by fairul nizam filed in writings leave a comment sumpah ogos 29 2008 bersumpahlah atas nama tuhan atas kitab dan kau akan dikurniakan berjuta juta wang bersumpahlah atas nama tuhan duit posted by fairul nizam filed in deraf perlu pembaikan writings leave a comment sempat ogos 29 2008 memandu dengan meter minyak berada di e membuatkan mata aku tidak berhenti menjenguk dan memeriksa tiap ketika barang seminit dua dengan harapan sempat sampai ke lokasi posted by fairul nizam filed in deraf perlu pembaikan leave a comment sama lain ogos 13 2008 kopi separuh gelas di atas kaunter coklatnya sama seperti hari hari lain aroma yang menusuk hidung sama seperti hari hari lain aku teguk menyelusur kerongkong esofagus perut aneh rasanya tidak sama hari ini seperti biasa posted by fairul nizam filed in perlu pembaikan leave a comment lompang ogos 12 2008 kecamuk amuk ribut petir gelombang amarah kemarau tengkujuh pun reda lompang di jiwa satu terisi dan yang lain masih mencari posted by fairul nizam filed in writings leave a comment kita april 23 2008 i lewat kebelakangan ini perbualan kita hanyalah berkisar tentang drama dan filem dan berita yang sedang ke udara di kaca televisyen biasanya ia lebih kepada bebelanmu mengkritik setiap inci perlakuanku dan aku akan melawan suara sedikit meninggi dan akhirnya peperangan kata yang berakhir dengan sepi hujung minggu kita habiskan masa begitu suram kau di dapur memasak atau dalam tandas menyental kuning ketiak baju sambil beromel tidak putus putus aku di ruang tamu bersiesta atau menonton saluran hbo atau sukan tidur dan makan sepi dan ketidakgembiraan menyampuli keadaan setiap pergerakan mencetus pergaduhan kau dan aku sama sama benci melihat wajah yang semakin tua kita tidak mahu berkongsi apa apa duit pendapat malahan cinta cinta yang entah ke mana hilangnya posted by fairul nizam filed in uncategorized leave a comment entri entri sebelumnya arkib april 2012 mac 2012 ogos 2008 april 2008 mac 2008 februari 2008 januari 2008 disember 2007 november 2007 oktober 2007 ogos 2007 jun 2007 mei 2007 april 2007 mac 2007 februari 2007 januari 2007 disember 2006 september 2006 ogos 2006 julai 2006 jun 2006 april 2006 kategori deraf perlu pembaikan self amusements uncategorized writings meta create account log masuk suapan pemasukan suapan komen wordpress com blog di wordpress com cheritera blog di wordpress com langgan telah melanggan cheritera sign me up already have a wordpress com account log in now privasi cheritera langgan telah melanggan daftar log masuk report this content view site in reader manage subscriptions collapse this bar loading comments anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen design a site like this with wordpress com mulakan
|