Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2011, august, october, islam, kami, yang, ikuti, anwar, rumah, pas, fikiran, ruangan, penafian, disclaimer, mengikuti, 20, 17, 16, 09, 07, 05, 01, linkwithin, himpunan, sejuta, umat, gandingan, mantap, malaysian, ahli, kumpulan, penyokong, bpn, entri, popular, rakan, seperjuangan, jom, sembang, jumlah, tatapan, pembaca, sudi, saya, di, twitter, label, arkib, feedjit, malaysia, aman, tanpa, blogger, melayu, direktori, politik, harian, satu, sekolah, untuk, semua, beza, tindakan, dr, dengan, aziz, bari, demi, aqidah, mari, kita, berhimpun, china, doll, mogok, seks, mengamuk, oh, isu, murtad, dap, senyap, tolong, jawabkan, disahkan, bukan, perjuangkan, diam, tanda, setuju, salam, ramadhan,
Text of the page (most frequently used words):
ago (45), years (40), islam (38), yang (38), ini (35), share (24), dan (23), sultan (21), mereka (21), pas (19), tidak (19), untuk (16), rumah (16), #tindakan (15), pada (14), melayu (13), selangor (13), isu (13), umat (13), oleh (13), aziz (12), rakyat (12), salam (11), 2011 (10), dengan (10), dap (10), anda (10), marbawi (9), malaysia (9), kita (9), bari (9), kristian (9), label (9), facebook (9), kami (9), kepada (9), itu (9), august (8), raja (8), pemimpin (8), akan (8), dalam (8), atau (8), pinterest (8), blogthis (8), email (8), this (8), karang (8), razif (8), undang (8), october (7), agama (7), mahu (7), kurang (7), tun (7), blog (6), mogok (6), umno (6), saya (6), sini (6), terhadap (6), komen (6), adalah (6), comments (6), ramadhan (6), tak (6), sudah (6), politik (5), anwar (5), demi (5), aqidah (5), gerakan (5), allah (5), semasa (5), jais (5), gereja (5), diam (5), semakin (5), atas (5), murtad (5), jadi (5), berkenaan (5), blogger (4), satu (4), march (4), april (4), seks (4), rasuah (4), pilihan (4), kerajaan (4), perak (4), pkr (4), muhibbah (4), negara (4), pernah (4), serbuan (4), menjadi (4), ingin (4), menyertai (4), hari (4), setiap (4), apakah (4), seorang (4), bertanggungjawab (4), sendiri (4), sebagai (4), dulu (4), hanya (4), jika (4), kuasa (4), apa (4), puak (4), bukan (4), tiada (4), kerana (4), jalan (4), tahu (4), tetapi (4), golongan (4), sebuah (4), daripada (4), langsung (4), kenyataan (4), semua (3), tanpa (3), may (3), january (3), february (3), mari (3), berhimpun (3), beza (3), sprm (3), negeri (3), wanita (3), berita (3), jihad (3), perpaduan (3), cina (3), najib (3), pakatan (3), ikuti (3), pembaca (3), dari (3), bersama (3), the (3), membuat (3), months (3), rakan (3), penyebaran (3), tanda (3), setuju (3), himpunan (3), sejuta (3), barisan (3), nasional (3), tertinggi (3), memiliki (3), ahli (3), menegur (3), salah (3), buat (3), juga (3), maka (3), jangan (3), menyalahkan (3), perlu (3), pula (3), kononnya (3), perjuangkan (3), sememangnya (3), mana (3), sahaja (3), mempertahankan (3), pun (3), membina (3), kos (3), rendah (3), berpendapatan (3), bandar (3), sumber (3), selepas (3), malah (3), pihak (3), menghapuskan (3), ketika (3), kekebalan (3), fikiran (3), theme (2), sekolah (2), harian (2), feedjit (2), september (2), november (2), december (2), 2009 (2), june (2), china (2), doll (2), mengamuk (2), mandarin (2), menteri (2), johor (2), raya (2), merdeka (2), humor (2), nik (2), dunia (2), twitter (2), jumlah (2), show (2), muda (2), pejuang (2), timur (2), berani (2), tinggalkan (2), sunyi (2), terbaru (2), assalamualaikum (2), mengajak (2), sama (2), sabtu (2), banyak (2), hak (2), kalimah (2), sejak (2), telah (2), ada (2), dalang (2), diberi (2), baharu (2), individu (2), melindungi (2), dirinya (2), keluarganya (2), persoalannya (2), mampukah (2), berikan (2), wajib (2), kepentingan (2), bahasa (2), mengkritik (2), sebenarnya (2), beradab (2), manis (2), penyokong (2), himpun (2), sila (2), menyatakan (2), nama (2), bermakna (2), posts (2), cuba (2), exco (2), membisu (2), kata (2), orang (2), tanah (2), benar (2), disahkan (2), memperjuangkan (2), selama (2), tinggal (2), membenci (2), nikmat (2), hasan (2), ali (2), menegakkan (2), malangnya (2), sehingga (2), parti (2), melakukan (2), baru (2), memurtadkan (2), bulan (2), comment (2), dapat (2), jabatan (2), terus (2), hukum (2), akhirnya (2), diutamakan (2), mengapa (2), jaguh (2), mampu (2), jutaan (2), membeli (2), tinggi (2), kaum (2), projek (2), mengurangkan (2), amat (2), boleh (2), dibina (2), kira (2), suami (2), laluan (2), berjanji (2), kilometer (2), bagi (2), bogota (2), menyokong (2), menyelamatkan (2), sekali (2), laman (2), seolah (2), olah (2), seperti (2), sharafuddin (2), baginda (2), persamaan (2), prof (2), mengeluarkan (2), cerdik (2), meletakkan (2), marhaen (2), keadilan (2), penulis (2), ethereal, images, powered, dizzo, direktori, aman, live, stats, 2008, 2010, july, arkib, terengganu, shahrizat, jalil, sarawak, ppp, sembilan, maal, hijrah, mic, karpal, singh, hadith, fatwa, akim, subsidi, santai, rafidah, perdana, ppsmi, mca, aidiladha, rencana, hindu, pariah, hindraf, isa, tuan, pak, lah, hit, counter, sudi, tatapan, free, shoutbox, shoutcamp, jom, sembang, all, sempadan, faisal, tehrani, selamatkan, dimensi, papa, gomo, suara, generasi, abe, mie, terjah, pisau, net, sedingin, salju, anwardotcom, adi, jagat, putra, revolusi, 1957, dibaca, ekstrim, tolak, aqidatul, ahlil, haq, gabungan, graduan, ggmm, screwkuat, reformasin, satira, politikus, rajahmas, penjaga, ketuanan, pemuda, padang, rengas, warisan2057, bangkit, maklumat, pru, anti, panji, hitam, raksasa, abangtuah, suria, pagi, anak, yeopperak, ayahchor, nobisha, sangtawal, sakranta, mik, angin, perubahan, ipoh, malay, paneh, miang, panglima, perang, cyber, aspirasi, bangsa, ridhuan, tee, antics, husin, lempoyang, waadat, house, unspinners, jentayuabaka, azli, shukri, today, year, taipingmali, mim, peluru, otai, hours, another, brick, wall, seperjuangan, meth, apabila, penzina, diangkat, sejahtera, pencabulan, bermula, hing, azan, badan, pencegah, bpr, dinaik, taraf, suruhanjaya, pencegahan, usaha, pembanterasan, menghalang, siasatan, logo, kemungkinan, nafas, 1malaysia, tahniah, pimpinan, tela, konvensyen, era, haruskan, berlandaskan, emosi, rasional, perkara, dipertimbangkan, suasana, menentu, masa, terfikir, silap, mentadbir, urus, autokrasi, demokrasi, entri, popular, kumpulan, bpn, malaysian, muhyiddin, gandingan, mantap, menggunakan, anonymous, pengecut, linkwithin, subscribe, atom, home, older, selamat, menyambut, moga, kali, penuh, makna, published, with, droid, sekutu, kuat, abang, besar, bicara, sindrom, membawa, rumusan, memang, merekalah, sebalik, aktiviti, penganut, dimurtadkan, kongsi, 100, arahkan, tutup, mulut, manakala, seribu, bak, jagoan, terkata, methodhist, membuktikan, bahawa, wujud, bawah, kegoyahan, iman, rapuh, kamu, usah, malu, segan, semenjak, dijaja, perginya, adakah, bibir, kini, laut, barangkali, dogma, benci, sesama, kerakusan, merasai, berbekas, benak, hati, lagi, tunggu, selaku, tegas, tindakannya, kesungguhan, syiar, sewajarnya, pujian, waima, masih, kelu, lidah, menunjukkan, halus, rancak, dilakukan, walaupun, mulia, undi, kafir, sanggup, menjilat, asalkan, dirasai, sedari, terbabit, baik, teresa, kok, mahupun, ronnie, liu, jelas, terkontang, kanting, tadbir, baca, pencacai, mempertahan, bukannya, mencari, kesalahan, wah, polemik, panas, terusan, memperbesar, soal, runtuh, berlubang, permasalahan, jikalau, permasalah, ambil, remeh, ertinya, konon, hudud, sibuk, dicanangkan, hilang, entah, senyap, tolong, jawabkan, sudahlah, dihalau, hendak, merempat, asal, nafsu, diketepikan, mengambil, contoh, pulau, pinang, dinobatkan, lihat, bernilai, ringgit, tumbuh, bagai, cendawan, siapakah, tentulah, secara, halusnya, perumahan, pr1ma, membantu, miskin, nampaknya, beban, jurang, kualiti, kehidupan, direncana, pembinaan, pemaju, bijak, merencana, perancangan, jenis, sederhana, murah, minima, hehehehe, marah, aaa, online, 300, jun, lalu, enggan, hubungan, bersetuju, kuda, berusia, 163, tahun, narino, afp, pengangkutan, german, cardona, sebanyak, juta, dibelanjakan, sejauh, keseluruhan, kajian, sedang, dijalankan, menilai, rekaan, fasa, kedua, malam, taat, keinginan, bagus, manfaatkan, kesempatan, luz, marina, castillo, akhbar, tiempo, menerusi, disiarkan, semalam, dihentikan, barbacoas, colombia, menamatkan, tiga, desakan, supaya, tempat, ditunaikan, pegawai, melabur, terlalu, islamik, perhimpunan, sedarlah, wahai, fanatik, terbukti, oktober, jam, hingga, petang, stadium, shah, alam, ekspresikan, niat, agenda, kristianisasi, batas, penting, maruah, klik, banner, sesawang, menghalalkan, hemat, diluahkan, akademia, tanggungjawab, tugas, bertepatan, sangat, berbeza, kedaulatan, nyata, menjalankan, tugasnya, yakni, dicemari, telahpun, pendirian, ketua, bimbang, meluas, biasa, membicarakan, perlukan, mahkamah, khas, menikmati, sudut, diletakkan, ditempat, sepatutnya, ingat, kembali, kes, marhum, iskandar, pertama, jua, sisi, dihukum, alasan, kebal, itulah, hapuskan, menderita, akibat, menyebabkan, seluruh, sistem, beraja, dianggap, menindas, pembangkang, mengatakan, teguran, sopan, ubah, mahathir, nak, ulaskan, ialah, seseorang, hierarki, masyarakat, ditegur, sampai, menampakkan, nya, mengikuti, segala, hal, terjadi, hasil, nukilan, tulisan, diterbitkan, cetusan, pendapat, pandangan, peribadi, ataupun, pautan, dipilih, penafian, disclaimer, mengenai, utama, ruangan, didahulukan,
Text of the page (random words):
fikiran kami fikiran kami islam didahulukan melayu diutamakan ruangan laman utama mengenai kami umno perak blog pemimpin penafian disclaimer pihak penulis fikiran kami tidak akan bertanggungjawab atas segala hal yang akan terjadi hasil daripada nukilan di blog ini tulisan yang diterbitkan di blog ini hanya cetusan pendapat dan pandangan peribadi penulis ataupun pautan sumber sumber yang dipilih yang mengikuti 20 october 2011 beza tindakan dr m dengan aziz bari salam perpaduan menegur atau mengkritik tindakan sultan adalah sebenarnya kurang beradab dan kurang manis di malaysia rakyat meletakkan seseorang sultan itu di hierarki tertinggi dalam masyarakat bukan bermakna mereka tidak boleh ditegur tetapi jangan pula sampai menampakkan kurang cerdik nya ketika mengeluarkan kenyataan pembangkang mengatakan teguran kurang sopan prof aziz bari tak ubah seperti tun mahathir menghapuskan kekebalan raja raja melayu apa yang nak saya ulaskan di sini ialah tindakan mereka tiada langsung persamaan pertama ketika tun m menghapuskan kekebalan raja raja melayu ketika dulu adalah kerana tidak mahu sultan sultan membuat apa jua tindakan yang salah di sisi undang undang tetapi tidak dihukum atas alasan kerana mereka kebal undang undang jadi kekebalan undang undang itulah yang tun m mahu hapuskan tun m tidak mahu rakyat yang menderita akibat tindakan salah sultan sultan yang akhirnya akan menyebabkan seluruh rakyat membenci sistem beraja kerana dianggap menindas rakyat marhaen tun m tidak pernah menghapuskan kuasa politik mereka tun m tidak pernah meletakkan sultan sultan ini sebagai rakyat biasa malah untuk membicarakan sultan sultan ini pun perlukan mahkamah khas jadi rakyat marhaen juga akan menikmati keadilan dari sudut undang undang dan dengan ini keadilan telah diletakkan ditempat yang sepatutnya ingat kembali kepada kes al marhum sultan iskandar sultan johor prof aziz bari pula menegur tindakan sultan yang nyata sekali sultan selangor itu menjalankan tugasnya yakni mempertahankan agama islam daripada dicemari oleh pihak pihak tak bertanggungjawab jadi mengapa aziz bari ini mengeluarkan kenyataan seolah olah sultan selangor kurang cerdik sultan selangor telahpun menyatakan pendirian baginda sebagai ketua agama islam di selangor sultan sharafuddin bimbang akan penyebaran agama kristian kepada umat islam semakin meluas kenyataan aziz bari seolah olah menghalalkan tindakan gereja yang ingin memurtadkan umat islam pada hemat saya kenyataan itu tak perlu diluahkan oleh seorang akademia seperti aziz bari sudah menjadi tanggungjawab dan tugas sultan sharafuddin dan tindakan baginda menyokong jabatan agama islam selangor jais adalah bertepatan jadi sememangnya tiada persamaan langsung malah sangat berbeza tindakan tun m dan aziz bari dalam isu kedaulatan raja raja melayu di karang oleh razif ar al marbawi pada 8 03 pm no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest label islam kristian melayu raja selangor sultan demi aqidah islam mari kita berhimpun assalamualaikum di sini saya ingin mengajak anda bersama sama untuk menyertai himpunan sejuta umat islam ini pada sabtu ini 22 oktober 2011 jam 2 00 hingga 6 00 petang di stadium shah alam untuk kita ekspresikan niat kita demi menyelamatkan umat islam daripada agenda murtad dan kristianisasi tiada batas politik dan kaum di sini penting sekali menyelamatkan maruah umat islam kita sila klik di banner di atas untuk ke laman sesawang himpun fk malangnya sebuah parti yang kononnya terlalu islamik langsung tidak ingin menyertai malah langsung tidak menyokong perhimpunan ini sedarlah wahai penyokong fanatik mereka sudah terbukti mereka tidak memperjuangkan islam di karang oleh razif ar al marbawi pada 10 06 am no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest label allah islam isu semasa jihad melayu pas umno 17 october 2011 china doll mogok seks anwar mengamuk bogota golongan wanita di barbacoas colombia menamatkan mogok seks selama tiga bulan 19 hari selepas desakan supaya jalan raya dibina di tempat mereka ditunaikan selepas pegawai berjanji untuk melabur dalam projek berkenaan malam itu kami taat kepada suami kami keinginan amat bagus dan kami manfaatkan kesempatan itu kata pemimpin mogok berkenaan luz marina castillo kepada akhbar bogota el tiempo menerusi komen yang disiarkan semalam selepas mogok berkenaan dihentikan menteri pengangkutan german cardona berjanji sebanyak as 21 juta akan dibelanjakan untuk membina jalan sejauh 27 kilometer daripada 57 kilometer keseluruhan dan kajian sedang dijalankan bagi menilai jumlah dan rekaan bagi fasa kedua laluan berkenaan kira kira 300 wanita menyertai mogok berkenaan sejak 22 jun lalu enggan melakukan hubungan seks dengan suami mereka sehingga kerajaan bersetuju untuk membina jalan di laluan kuda berusia 163 tahun di bandar narino afp sumber berita harian online fk hehehehe jangan marah aaa di karang oleh razif ar al marbawi pada 9 01 am no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest label anwar berita dunia humor pemimpin 16 october 2011 rumah oh rumah salam muhibbah setiap individu mahu memiliki rumah untuk melindungi dirinya dan ahli keluarganya persoalannya mampukah mereka yang berpendapatan rendah untuk membeli sebuah rumah kita tahu kos pembinaan sebuah rumah amat tinggi tetapi jika pemaju bijak merencana perancangan sebuah rumah jenis sederhana dan murah boleh dibina dengan kos yang minima projek perumahan 1 malaysia atau pr1ma ini sememangnya dapat membantu golongan berpendapatan rendah atau miskin bandar memiliki rumah sendiri nampaknya kerajaan bn juga yang menjadi jaguh rakyat dalam mengurangkan beban golongan ini kepentingan mengurangkan jurang kualiti kehidupan di bandar terus direncana oleh bn mengambil contoh di pulau pinang mengapa dap yang dinobatkan jaguh rakyat itu tidak mampu membina rumah kos rendah jika anda ke pp anda akan lihat rumah yang bernilai jutaan ringgit tumbuh bagai cendawan siapakah yang mampu membeli rumah jutaan rm ini sudah tentulah golongan berpendapatan tinggi atau secara halusnya kaum cina jadi apa yang tinggal untuk orang melayu sudahlah mereka dihalau dari tanah mereka mereka sendiri tidak tahu hendak ke mana dan akhirnya merempat pas bukan tak tahu tetapi buat buat tak tahu asal ada kuasa nafsu diutamakan rakyat diketepikan di karang oleh razif ar al marbawi pada 3 40 pm 1 comment email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest label bn cina dap kerajaan malaysia melayu najib pas 09 august 2011 isu murtad dap senyap pas tolong jawabkan salam ramadhan wah polemik isu murtad ini semakin hari semakin panas pas terus terusan menyalahkan umno kerana memperbesar isu murtad ini ini bukan soal rumah runtuh atau jalan berlubang ini permasalahan aqidah jikalau permasalah aqidah ini pas ambil remeh sahaja apakah ertinya konon mahu menegakkan hukum islam hukum hudud yang sibuk dicanangkan dulu pun hilang entah ke mana jika pembaca sedari atau tidak tiada seorang pun pemimpin dap cuba untuk mempertahankan tindakan gereja terbabit baik teresa kok mahupun ronnie liu jelas di sini hanya pas terkontang kanting menyalahkan jabatan di negeri yang mereka tadbir baca pencacai dap sendiri sebagai seorang pejuang islam kononnya wajib mereka mempertahan tindakan jais itu bukannya mencari kesalahan demi undi kafir mereka sanggup menjilat dap asalkan nikmat kuasa dapat dirasai di karang oleh razif ar al marbawi pada 11 04 am 1 comment email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest label dap islam isu semasa kristian pakatan rakyat pas selangor 07 august 2011 pas disahkan bukan perjuangkan islam salam ramadhan tindakan jais yang melakukan serbuan terhadap gereja di selangor baru baru ini menunjukkan gerakan halus untuk memurtadkan umat islam rancak dilakukan walaupun pada bulan ramadhan yang mulia ini hasan ali selaku exco agama selangor dengan tegas mempertahankan tindakannya membuat serbuan itu kesungguhan dr hasan ali dalam menegakkan syiar islam sewajarnya diberi pujian oleh puak puak pas malangnya sehingga ke hari ini waima pemimpin tertinggi parti itu masih kelu lidah mereka ke mana perginya islam yang mereka perjuangkan selama ini adakah hanya di bibir sahaja islam mereka kini sudah ke laut barangkali tinggal dogma benci membenci sesama islam dan kerakusan merasai nikmat kuasa sahaja yang sudah berbekas di benak dan hati mereka maka apa lagi perlu puak puak pas ini tunggu jika kamu benar benar perjuangkan islam usah malu dan segan tinggalkan pas yang sememangnya sudah disahkan tidak memperjuangkan islam semenjak kalimah allah dijaja oleh mereka kepada kristian di karang oleh razif ar al marbawi pada 12 49 pm 3 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest label allah islam isu semasa jihad kristian malaysia nik aziz pas pemimpin 05 august 2011 diam tanda setuju salam muhibbah isu penyebaran agama kristian kepada umat islam di negara ini tidak pernah sunyi terbaru serbuan jais terhadap gereja methodhist di pj membuktikan bahawa wujud gerakan bawah tanah terhadap kegoyahan iman umat islam yang rapuh mb selangor arahkan exco tutup mulut manakala pas pula membisu seribu bahasa bak kata orang dulu dulu diam tanda setuju maka apakah pas yang kononnya jagoan islam hanya membisu tak terkata dap sebagai rakan sekutu kuat dan abang besar juga diam tanpa bicara maka sindrom diam ini membawa kita kepada rumusan memang merekalah dalang di sebalik aktiviti ini apakah penganut pas mahu umat islam dimurtadkan jangan cuba menyalahkan umno bn atas isu ini pas yang menjadi rakan kongsi negeri selangor perlu bertanggungjawab 100 atas isu murtad ini di karang oleh razif ar al marbawi pada 9 24 pm no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest label dap kristian malaysia melayu pakatan rakyat pas selangor 01 august 2011 salam ramadhan selamat menyambut ramadhan buat semua pembaca blog ini moga ramadhan kali ini penuh makna untuk anda semua published with blogger droid v1 7 4 di karang oleh razif ar al marbawi pada 9 58 am no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest label islam older posts home subscribe to posts atom linkwithin sila berikan komen dengan menyatakan nama anda komen dengan menggunakan nama anonymous bermakna anda adalah seorang pengecut yang tidak berani bertanggungjawab terhadap komen anda sendiri himpunan sejuta umat islam himpun gandingan mantap najib dan muhyiddin i m malaysian ahli kumpulan penyokong bpn entri popular autokrasi atau demokrasi dalam suasana politik semasa yang tidak menentu ini pada satu masa saya terfikir apakah salah dan silap dalam mentadbir urus negara ini i beza tindakan dr m dengan aziz bari salam perpaduan menegur atau mengkritik tindakan sultan adalah sebenarnya kurang beradab dan kurang manis d kepentingan bahasa mandarin setiap komen yang anda berikan haruskan tidak berlandaskan emosi rasional adalah perkara yang wajib dipertimbangkan di dalam setiap komen a rumah oh rumah salam muhibbah setiap individu mahu memiliki rumah untuk melindungi dirinya dan ahli keluarganya persoalannya mampukah mereka yang konvensyen barisan nasional satu era baharu logo barisan nasional kemungkinan akan diberi nafas baharu salam 1malaysia 1 tahniah kepada pimpinan tertinggi barisan nasional yang tela sprm ada dalang menghalang siasatan rasuah sejak badan pencegah rasuah bpr dinaik taraf ke suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia sprm pada 2009 telah banyak usaha pembanterasan hak dan azan salam sejahtera 1 semakin hari semakin banyak pencabulan hak terhadap umat islam di negara kita ini bermula dengan isu kalimah allah hing demi aqidah islam mari kita berhimpun assalamualaikum di sini saya ingin mengajak anda bersama sama untuk menyertai himpunan sejuta umat islam ini pada sabtu ini 22 ok apabila penzina diangkat menjadi pemimpin diam tanda setuju salam muhibbah isu penyebaran agama kristian kepada umat islam di negara ini tidak pernah sunyi terbaru serbuan jais terhadap gereja meth rakan seperjuangan another brick in the wall 11 hours ago otai 3 months ago tinggalkan satu peluru 5 months ago dr mim 6 months ago taipingmali 1 year ago azli shukri today 4 years ago berani membuat pilihan 4 years ago jentayuabaka 4 years ago the unspinners 5 years ago house pk 5 years ago waadat 6 years ago the antics of husin lempoyang 6 years ago ridhuan tee 6 years ago aspirasi bangsa 6 years ago panglima perang cyber 6 years ago paneh miang 6 years ago ipoh malay 7 years ago angin perubahan 8 years ago blog mik 8 years ago sangtawal sakranta 9 years ago nobisha 9 years ago yeopperak bersama ayahchor 9 years ago anak merdeka 10 years ago dd i n b u n g a 10 years ago suria pagi 10 years ago gerakan timur 10 years ago abangtuah 10 years ago raksasa bn 10 years ago panji hitam dari timur 11 years ago gerakan anti pkr 11 years ago perak bangkit maklumat pru 13 anda di sini 11 years ago warisan2057 12 years ago pemuda padang rengas 12 years ago penjaga ketuanan melayu 12 years ago rajahmas 12 years ago reformasin satira politikus 13 years ago screwkuat 13 years ago gabungan graduan melayu muda ggmm 13 years ago aqidatul ahlil haq 14 years ago x pkr dibaca ekstrim tolak pkr 14 years ago pejuang revolusi 1957 14 years ago adi jagat putra 15 years ago anwardotcom 15 years ago sedingin salju 16 years ago r b f 16 years ago pisau net abe mie terjah suara generasi muda malaysia papa gomo dimensi selamatkan perak dr faisal tehrani islam tanpa sempadan show 10 show all jom sembang free shoutbox by shoutcamp jumlah tatapan pembaca yang sudi hit counter ikuti saya di twitter ikuti kami ikuti kami facebook twitter label malaysia 47 melayu 42 pas 40 pakatan rakyat 38 bn 35 islam 33 isu semasa 31 pkr 31 dap 28 umno 19 anwar 18 perak 17 pemimpin 16 politik 14 najib 11 sultan 9 kerajaan 8 allah 7 dunia 7 kristian 7 cina 6 pak lah 6 perpaduan 6 selangor 6 tuan 6 jihad 5 isa 4 nik aziz 4 raja 4 hindraf 3 hindu pariah 3 humor 3 merdeka 3 pilihan raya 3 rencana pilihan 3 aidiladha 2 berita 2 blogger 2 gerakan 2 johor 2 mca 2 ppsmi 2 perdana menteri 2 rafidah aziz 2 santai 2 subsidi 2 wanita umno 2 akim 1 fatwa 1 hadith pilihan 1 karpal singh 1 mic 1 maal hijrah 1 mandarin 1 negeri sembilan 1 ppp 1 rasuah 1 sprm 1 sarawak 1 sekolah 1 shahrizat jalil 1 terengganu 1 arkib 2011 30 october 4 beza tindakan dr m dengan aziz bari demi aqidah islam mari kita berhimpun china doll mogok seks anwar mengamuk rumah oh rumah august 4 july 1 june 4 may 3 april 3 march 3 february 1 january 7 2010 21 november 6 october 1 august 2 june 2 april 3 march 3 february 2 january 2 2009 39 december 4 october 3 september 1 august 4 may 2 april 3 march 5 february 14 january 3 2008 48 december 7 november 6 october 5 september 13 august 9 may 2 april 3 march 3 feedjit feedjit live blog stats malaysia aman tanpa anwar blogger melayu direktori politik harian satu sekolah untuk semua c al marbawi 2011 ethereal theme theme images by dizzo powered by blogger
|