Meta tags:
Headings (most frequently used words):
haruman, cinta, kata, about, me, singgah, kejap, rapuan, hati, ini, bukan, link, enovel, labels, blog, archive, sakti, tuesday, 12, february, 2013, carian, mereka, yang, membaca, facebook, saya, popular, posts, bab, 23,
Text of the page (most frequently used words):
aku (322), dia (133), yang (108), tak (95), haikal (69), dengan (65), kau (65), uzair (58), apa (51), ada (48), nak (46), lagi (38), dan (38), tahu (37), bab (36), kata (35), macam (35), tapi (34), itu (34), tiara (34), ibu (29), ini (27), mesej (27), buat (26), kalau (25), memang (23), bukan (21), cinta (21), tidak (21), hendak (21), sudah (20), handset (20), pun (20), dah (19), telefon (19), jadi (18), hari (18), bila (18), rasa (18), orang (17), bagi (17), haruman (16), harum (16), saya (15), beritahu (14), ayah (14), terus (13), boleh (13), facebook (12), dapat (12), masa (12), saja (12), dengar (12), dalam (12), perlu (11), kenapa (11), panggilan (11), juga (11), daripada (11), sekarang (11), satu (10), rumah (10), awak (10), tanya (10), begitu (10), pasal (10), tiba (10), faham (10), banyak (9), sengaja (9), cuba (9), mana (9), hati (9), awal (9), lebih (9), baik (9), bercakap (9), berlaku (9), peluang (9), jangan (8), tengok (8), lelaki (8), seperti (8), mereka (8), betul (8), nama (8), tadi (8), call (8), perempuan (8), masih (7), kerja (7), suka (7), untuk (7), soal (7), sebab (7), sahaja (7), baca (7), atau (7), jawab (7), huh (7), seorang (7), mula (7), apabila (7), pada (7), beberapa (7), tutup (7), suara (7), akan (7), minta (7), pula (7), pasti (7), kembali (7), marah (7), mata (7), takkan (7), wayar (7), bunga (6), hidup (6), pergi (6), wanita (6), hanya (6), mesti (6), nombor (6), nanti (6), sampai (6), kena (6), bergaduh (6), kali (6), kat (6), nasihat (6), teman (6), blog (5), sangat (5), lain (5), datang (5), kepada (5), dua (5), masalah (5), biar (5), nampak (5), sama (5), cakap (5), selepas (5), maaf (5), naik (5), beri (5), sesuatu (5), lembut (5), hal (5), sebenar (5), malam (5), baru (5), tanpa (5), novel (5), soalan (5), tentang (5), cik (5), jumpa (5), sepatutnya (5), langsung (5), cabut (5), jantung (4), hadapan (4), hilang (4), membaca (4), mencari (4), walaupun (4), laman (4), begini (4), disebabkan (4), entah (4), sekali (4), hubungi (4), kemudian (4), baiklah (4), oleh (4), menghubungi (4), yelah (4), darah (4), sebenarnya (4), sedang (4), akhirnya (4), sebelum (4), balik (4), fikir (4), selama (4), kandung (4), isteri (4), pernah (4), pujuk (4), bertanya (4), pantas (4), tambah (4), berguna (4), apatah (4), gila (4), kuantan (4), mungkin (4), hah (4), lama (4), semata (4), kenapalah (4), aman (4), cerita (4), years (4), ago (4), isnin (3), kita (3), makanan (3), tentulah (3), hubungan (3), melihat (3), dikira (3), setiap (3), jam (3), posts (3), garnet (3), putih (3), gambar (3), share (3), merajuk (3), demi (3), kawan (3), cari (3), pendek (3), lagipun (3), operator (3), komputer (3), membuka (3), web (3), jelingan (3), biarlah (3), kacau (3), takut (3), perut (3), inilah (3), sokong (3), begang (3), ketawa (3), kenal (3), seseorang (3), terhadap (3), ingat (3), ego (3), sedar (3), perasaan (3), masuk (3), dari (3), sampaikan (3), bercinta (3), sesiapa (3), situasi (3), itupun (3), hampir (3), mengalah (3), sebut (3), salahkan (3), bodoh (3), senyap (3), pulak (3), ibunya (3), semua (3), menyesal (3), berada (3), terasa (3), tiri (3), tinggalkan (3), persoalan (3), kepala (3), mimi (3), dulu (3), pagi (3), sendiri (3), dunia (3), janganlah (3), mahu (3), tension (3), habis (3), keluar (3), bertindak (3), perasan (3), letak (3), sedikit (3), you (3), aeroangel (2), malah (2), berdegup (2), tulah (2), perlahan (2), lahan (2), terfikir (2), membuat (2), arah (2), kerana (2), ceria (2), pertama (2), senang (2), menarik (2), muka (2), patut (2), seksa (2), berpuluh (2), berjawab (2), payah (2), sila (2), labels (2), sah (2), pandang (2), sedap (2), buang (2), please (2), waktu (2), menjawab (2), nasib (2), disambut (2), talian (2), tajam (2), tengah (2), menggedik (2), asalkan (2), sambil (2), konon (2), kecut (2), berbaik (2), selesaikan (2), mmm (2), terangkan (2), melalui (2), bukannya (2), berhadapan (2), keluhan (2), berat (2), arwah (2), sakit (2), cameron (2), adalah (2), tarik (2), melontarkan (2), puas (2), menggeletar (2), tisu (2), keras (2), air (2), setelah (2), tercabut (2), kecil (2), ansur (2), biasa (2), saling (2), tahap (2), telah (2), melampau (2), tulis (2), padam (2), berjaya (2), ambil (2), tatkala (2), gerenti (2), akal (2), menyoal (2), pengetahuan (2), serta (2), merta (2), lepas (2), mudah (2), terima (2), asyik (2), saat (2), supaya (2), mulut (2), kesal (2), serius (2), risaukan (2), ujar (2), seminggu (2), tunggu (2), sisi (2), keluarga (2), tipu (2), takkanlah (2), teringat (2), peristiwa (2), seluruh (2), badan (2), cuma (2), lantas (2), tangan (2), lontarkan (2), tujuan (2), penasihat (2), perlukan (2), kadang (2), sungguh (2), budak (2), mendesak (2), malas (2), bilik (2), menghampiri (2), kamu (2), berdua (2), rehat (2), separuh (2), manusia (2), mendadak (2), pulau (2), pinang (2), selamat (2), lipas (2), berikan (2), balas (2), hanyalah (2), sia (2), february (2), and (2), menulis (2), entry (2), hehe (2), auto (2), correct (2), archive (2), rapuan (2), memo (2), skip (2), layout, design, mawar, merah, sedozen, palsu, segar, degil, menyusahkan, panggil, berpaling, memandang, riak, wajah, terkejut, teramat, kadangkala, adakah, dilahirkan, mengganggu, memberhentikan, kereta, sebuah, restoran, segera, senyuman, berani, jamin, sebaik, menyuruhnya, berhenti, hentian, bas, terletak, hahaha, menangis, bos, suruh, surat, popular, create, your, badge, penulisan2u, klik, carian, subscribe, atom, home, older, pinterest, blogthis, email, this, posted, kisah, jari, periksa, tahukan, tukar, ketika, ehh, meneliti, senarai, tiada, kelibat, kelihatan, gedik, minah, menggeleng, tunjuk, padanya, betapa, cutenya, sebarang, status, terkini, teringin, rupa, rayu, akses, jarang, layan, minat, sosial, daftar, terpaksa, tetapi, buntu, berkalih, buka, pejabat, disekat, pihak, pengurus, setiausaha, mengakses, tepat, mematikan, menjeling, serupa, singa, betina, kelaparan, membaham, mangsanya, berubah, fikiran, ikut, cantik, lebihlah, alasan, syarat, syak, rampas, punya, mengeluarkan, muncung, protes, parahnya, penyokong, kira, melepasi, fasa, teruk, alhamdulillah, mekar, perli, saki, baki, wasiat, kuala, lumpur, take, care, yourself, berfoya, foya, segalanya, selesa, ujarnya, kaki, gayut, meluahkan, kedengaran, berkongsi, masalahnya, sangka, mencairkan, salahnya, segala, ulangi, kesilapan, dijanjikan, mujurlah, mulakan, mukadimah, ucap, kemaafan, sempat, keegoan, tinggi, menjadi, mengalir, rupanya, beginilah, terlalu, mencintai, can, talk, now, tenang, mengelamun, terperanjat, mendengar, bunyi, cakaplah, nafas, hembus, skrin, datangnya, suami, sifat, tolak, tanam, penulis, betulnya, perhubungan, bertolak, jalan, terbaik, menyelesaikan, kemelut, melanda, tidaknya, menjalinkan, kekok, biarkan, perkara, tindakan, menghantar, tiga, mengarang, baris, ayat, bersalah, tekan, butang, hantar, berdenyut, hantu, tubuh, seram, sejuk, jadinya, peminat, cute, cutelah, menyampah, kesian, tertanya, sekepala, kedua, bertemu, tegas, mengarah, kecuk, seketika, ketegasan, cubalah, terhenti, salah, sajalah, ucapkan, takziah, harap, kehilangan, idea, meraih, simpati, lantang, memanggil, barangkali, fade, mengangguk, berpacaran, kaku, keadaan, tanggungjawab, lalui, sukar, tugas, tenangkan, semangat, keseorangan, halang, memintas, bercerita, keluh, tahan, perangai, desak, silap, jugak, diri, layak, sudahlah, penting, mengubat, hatinya, memujuk, dikebumikan, bercuti, diuruskan, kirim, salam, free, telefonlah, mengeluh, benci, kalaulah, bersedih, kot, mengagak, semakin, haram, keluarganya, bertanyakan, lanjut, memotong, kematian, memeningkan, menganggu, dijawab, deringan, sekejap, ternyiang, nyiang, telinga, sihat, ditipu, menipu, berita, terduduk, highland, seterusnya, membuatkan, rahmatullah, hospital, tengku, ampuan, afzan, mencapai, mengaktifkannya, lima, minit, berduyun, duyun, inbox, menggigil, kebanyakannya, misscall, fazila, paling, miscall, terkesima, betulkah, dicakap, takutkan, difikir, jenaka, tuttt, ditamatkan, meninggal, marahkan, kedekut, sedekahkan, fatihah, doa, semoga, meneruskan, hujahnya, bersuara, encik, berhentilah, pikat, beralih, cukup, matang, geram, tentu, dapatkan, punyalah, bersungguh, sanggup, berkorban, jemu, maafkan, tumpuan, percaya, fikirkan, selain, menjerit, sekuat, kuatnya, bahasa, bincang, kebelakangan, baling, pasu, diganggu, angin, bateri, cas, selamba, berlari, depan, spekulasi, diam, rancang, jodohkan, kami, sana, sini, muncul, perginya, lembab, hisy, siapa, bertukar, jatuh, pengsan, tempat, sahlah, cis, manalah, terlupa, berpura, pura, akulah, henti, menghulurkan, handsetnya, menggelabah, setahu, patutlah, wayarnya, mencucuk, cuak, mengambil, ditekapkan, telinganya, mengangkat, sehinggalah, punca, mengejutkan, sekadar, baguslah, apalah, kongsi, plan, tersedak, liur, betullah, tukan, bergaduhlah, pandai, meneka, semudah, mengaku, belum, antara, bergelak, hindustan, televisyen, lupakan, namanya, disebut, sabtu, sebabnya, sejak, semalam, dicabut, ganggu, bernama, mahupun, pening, lawak, arrghhh, mimpi, strawberi, besar, tau, capai, mendapat, mood, tepi, okey, mengapa, mengantuk, menamatkan, perbualan, dengarnya, mengelak, bakar, maksud, kataku, ingin, menunjukkan, menurunkan, suhu, kemarahan, lembik, bagilah, nada, romantik, makin, memuncak, turun, terpukau, mendengus, redah, rumahnya, ketuk, berfungsi, pijak, menyebelahi, heret, dipermainkan, andaian, situ, jelaskan, dengannya, pertahankan, menangkan, menyedari, buktikan, mati, cara, berkesan, umur, dekat, angka, mahukan, menyesali, muak, muntah, tukarkan, honey, sweetheart, babe, bermacam, tuesday, 2013, for, the, all, thank, very, much, second, pekerja, sepenuh, ofis, penat, update, rekaan, mengena, diedit, sepenuhnya, edit, kesalahan, ejaan, abjad, huruf, pelik, dibaca, abaikan, know, sakti, powered, blogger, april, may, june, july, august, september, november, link, enovel, hujan, payung, teratak, rehan, makhtar, rindu, kay, charming, luar, diary, mrs, ben, pasaran, red, scarf, sambungan, our, love, miss, amerikano, karya, lepak, singgah, kejap, prolog, pencipta, loyar, buruk, pencinta, kasanova, setia, view, complete, profile, about, sidebar, main, black, white,
Text of the page (random words):
n lelaki aku ini begitu lembab bertindak kenapa mesti haikal yang perlu bertindak ini hisy tak faham betul nak apa tanya aku yang sudah berlari masuk ke dalam bilik aku sengaja tidak mahu bercakap depan ayah dan ibu nanti macam macam spekulasi yang keluar janganlah mereka fikir aku dengan haikal bercinta dalam diam nanti tak pasal pasal mereka rancang hendak jodohkan kami lagi dalam senyap kau tutup handset tanya haikal handset habis bateri aku malas nak cas jawab aku selamba dan cabut wayar telefon rumah soal haikal lagi kau nak apa ni tak boleh ke kau bagi aku hidup dengan aman hari ni kau sepatutnya faham kalau aku dah tutup handset dan cabut wayar telefon rumah kau sepatutnya tahu yang aku tak nak diganggu takkan itupun aku nak beritahu aku mula naik angin tension sungguh kebelakangan ini hari ini dengar nama haikal pun dah buat aku tension seluruh badan kalau haikal ada di hadapan aku memang aku baling dia dengan pasu bunga kat rumah aku ini kau tak hubungi uzair soal haikal aku rasa macam mahu menjerit sekuat kuatnya kenapalah budak ni tak faham faham bahasa aku tak nak bincang pasal uzair buat masa sekarang apatah lagi dengar nama uzair tapi kenapalah haikal ni masih mendesak aku apa tujuan dia yang sebenar sengaja hendak buat aku jadi gila huh budak ini memang sudah melampau kalau kau telefon aku semata mata nak tanya aku sama ada aku dah maafkan uzair atau tak lebih baik kau beri tumpuan pada hidup kau tu aku percaya banyak lagi yang kau perlu fikirkan selain selesaikan masalah aku harum dengar dulu aku tak nak dengar apa apa lagi haikal kalau aku bagi peluang kau bercakap aku pasti kau tentu akan sokong uzair kadang kadang aku tak faham dengan lelaki dalam dunia ni bila nak dapatkan perempuan punyalah bersungguh sungguh sampai sanggup berkorban apa saja tapi bila dah jemu dia tinggalkan begitu saja pujuk perempuan pun macam nak tak nak saja perlu ke aku bagi peluang kepada orang begitu cik harum sebelum haikal meneruskan hujahnya aku lantas bersuara encik haikal berhentilah jadi penasihat cinta aku tak perlukan penasihat seperti kau yang langsung tak dapat pikat perempuan yang kau suka kemudian beralih pada perempuan yang tak cukup matang dalam bercinta ujar aku dengan geram aku dengar keluhan haikal dia terasa dengan apa yang aku cakap kalau ya biarlah itu memang tujuan aku sebenar lebih baik dia terasa semoga selepas ini dia tak kacau hidup aku lagi dengan bagi nasihat yang entah apa apa baiklah cik harum aku tak nak bergaduh dengan kau kata haikal hah tahu pun aku cuma nak sampaikan yang ibu kandung uzair dah meninggal dunia pagi tadi kalau kau marahkan uzair pun janganlah kedekut nak sedekahkan al fatihah dan doa kepada arwah ibunya tuttt panggilan terus ditamatkan aku terkesima aku sendiri tidak pasti apa yang aku dengar tadi betulkah apa yang dicakap oleh haikal atau dia sengaja hendak takutkan aku tapi bila difikir balik ada ke orang sengaja lontarkan jenaka begitu semata mata hendak pujuk orang yang merajuk lantas aku mencapai handset aku dan mengaktifkannya aku hanya perlu tunggu selama lima minit dan kemudian berduyun duyun mesej masuk dalam inbox aku menggigil tangan aku membuka satu demi satu mesej kebanyakannya mesej misscall dari beberapa nombor nombor telefon tiara mimi fazila haikal dan ada beberapa lagi yang aku tak pasti yang paling banyak sekali miscall daripada uzair aku membaca mesej yang seterusnya mesej daripada tiara membuatkan aku menggeletar seluruh badan harum aku cuba call kau tak dapat aku call rumah kau pun sama aku tak tahu nak buat apa lagi aku tahu kau masih marah dengan uzair aku cuma nak sampaikan ibu uzair sudah kembali ke rahmatullah awal pagi tadi di hospital tengku ampuan afzan kuantan aku terduduk aku mula teringat peristiwa di cameron highland dulu dia pernah kata hendak pergi ke kuantan dan tinggalkan aku begitu sahaja dengan haikal awak awak balik dengan haikal saya dengan mimi akan ke kuantan sekejap suara uzair ternyiang nyiang di telinga aku tapi apa yang aku tak faham aku pernah jumpa ibu uzair masa itu aku tengok ibunya sihat lagi tak ada pula macam orang sakit apa dah berlaku sebenarnya takkan aku ditipu takkanlah dua orang itu sengaja hendak menipu aku dengan berita begini tanpa buang masa aku terus menghubungi tiara sebelum banyak lagi persoalan persoalan yang memeningkan kepala menganggu aku panggilan aku dijawab dengan hanya dua kali deringan harum kau pergi mana puas aku cuba hubungi kau suara tiara macam orang yang lama tidak bercakap dengan aku pun ada aku tutup handset betul ke apa yang kau mesej tu aku pantas bertanya ada ke orang sengaja nak tipu tipu pasal kematian orang tiara menyoal aku kembali tapi aku baru jumpa ibu dia kau jumpa ibu tiri dia bukan ibu kandung dia tiara pantas memotong kata kata aku hah itu ibu tiri dia aku tahu ini soalan yang bodoh apatah lagi aku bertanyakan tentang keluarga teman lelaki aku aku sepatutnya tahu dengan lebih lanjut tentang uzair tapi inilah yang berlaku aku langsung tak tahu apa apa tentang uzair takkan kau tak tahu soal tiara yang kau jumpa tu ibu tiri uzair ibu kandung uzair tinggalkan uzair masa kecil lagi kenapa uzair tak beritahu aku pun aku semakin terasa macam macam aku rasa aku rasa macam tak berguna pun ada uzair banyak ambil tahu tentang aku dan keluarga aku dan aku pula satu haram pun tak tahu pasal dia dan keluarganya mungkin dia tak nak kau risaukan dia kot kata tiara mengagak aku mengeluh semua perasaan benci aku terhadap uzair hilang begitu sahaja apabila aku dapat tahu hal yang sebenar menyesal memang menyesal tapi sudah tak berguna nak menyesal sekarang kalaulah aku dengar cakap haikal awal awal lagi pasti sekarang ini berada berada di sisi uzair yang sedang bersedih aku tak tahu nak buat apa sekarang aku rasa macam orang tak berguna pun ada sudahlah apa yang penting sekarang aku nak kau tahu yang uzair memang gila gila risaukan kau bagi dia mesej pun tak apa asalkan dapat mengubat hatinya ujar tiara cuba memujuk aku sekarang ni dia masih di kuantan aku baru dapat tahu yang ibunya dah dikebumikan tadi dia ada mesej aku yang dia akan bercuti selama seminggu sebab ada hal yang perlu diuruskan dan dia kirim salam kat kau kalau kau free kau telefonlah dia dia memang tunggu panggilan daripada kau tambah tiara lagi selepas apa yang aku dah buat serius tiara aku rasa macam tak berguna aku rasa macam tak layak jadi teman wanita dia apatah lagi isteri dia harum kau tak tahu apa yang berlaku jadi jangan salahkan diri kau tapi aku patut dengar kata haikal haikal kenapa dengan dia beberapa hari ni dia asyik desak aku supaya bagi uzair peluang tapi aku tak dengar aku bergaduh dengan dia beritahu aku dengan perasaan begitu kesal tapi silap dia jugak sebab tak beritahu awal awal kalau dia beritahu awal awal bukan ke senang pulak keluh tiara aku tak tahu macam mana haikal boleh tahan dengan perangai kau tambah tiara lagi apa pulak aku tengok tu pantas tiara memintas serta merta aku senyap sekarang bukan masa nak bercerita tentang haikal cik harum call uzair nak buat apa soal aku aku tahu aku telah bertanya soalan yang begitu bodoh tapi aku tak dapat halang mulut aku daripada melontarkan soalan itu tentulah nak tanya keadaan dia walaupun kau bukan isteri dia tapi kau teman wanita dia kau tahu tak jadi teman wanita pun ada tanggungjawab uzair sedang lalui saat saat yang sukar dan tugas kau sekarang tenangkan dia beri dia kata kata semangat supaya dia tahu dia tak keseorangan oh aku mengangguk faham apa boleh buat ini kali pertama aku berpacaran dengan lelaki sudah tentulah aku kaku hendak buat apa tapi macam mana call dia arah tiara barangkali dia pun sudah fade up apabila aku asyik bertanya tapi aku takut kalau kau takut mesej dia nak cakap apa harum lantang suara tiara memanggil nama aku aku tak tahu aku hilang idea ni aku cuba meraih simpati mesej dia walaupun kau rasa bukan salah kau tapi minta maaf sajalah lepas tu ucapkan takziah dan harap dia dapat terima kehilangan tu kata tiara kalau dia marah aku harum buat saja tegas tiara mengarah kecuk perut aku seketika aku tahu tiara bukannya marah aku tapi bila sudah datang ketegasan tiara perut aku serta merta boleh jadi kecut tulah haikal cuba bagi nasihat kau marah marah dia tak nak dengar apa yang dia cakap lepas tu nak salahkan haikal lagi lain kali cubalah dengar nasihat haikal tu bukan mudah dia nak bagi nasihat kat orang yang dia kata kata tiara tiba tiba terhenti orang yang dia apa aku menyoal sambil tertanya tanya sama ada haikal dengan tiara ini memang saling kenal ke kenapa aku rasa macam dua orang ini macam sekepala macam kedua mereka pernah bertemu tanpa pengetahuan aku tak ada apa pendek kata kalau orang bagi nasihat tu fikir dengan mata akal bukan dengan mata hati kesian betul aku tengok dengan si haikal tu haikal lagi yelah nanti aku minta maaf kat haikal sekali akhirnya aku mengalah kalau tak mengalah gerenti tiara akan sebut nama haikal banyak kali bukan aku tak tahu dia tu memang peminat haikal yang cute tu huh cutelah sangat menyampah aku akhirnya selepas tulis padam tulis padam lebih 20 kali aku berjaya menghantar mesej kepada uzair huh itupun ambil masa hampir tiga jam hendak mengarang beberapa baris ayat nampak sangat aku memang aku yang bersalah tatkala aku tekan butang hantar jantung aku berdenyut macam baru saja nampak hantu tubuh aku pula seram sejuk jadinya mana tidaknya aku tidak pernah bercinta atau menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa jadi bila berlaku situasi begini aku rasa kekok pun ada nak tak nak bagi mesej pun ada tadi ada satu tahap aku rasa macam hendak biarkan terus perkara ini biar uzair datang pada aku dan pujuk aku dan biar dia beritahu apa yang telah berlaku tapi aku rasa tindakan itu memang melampau aku ingat lagi ada satu novel cinta yang aku baca dalam novel tu suami isteri bergaduh disebabkan hal kecil tapi disebabkan sifat tolak ansur yang mereka tanam mereka berbaik seperti biasa apa yang penulis cuba sampaikan dalam novel itu memang ada betulnya dalam perhubungan saling bertolak ansur itu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang melanda sedang aku mengelamun aku terperanjat apabila mendengar bunyi mesej masuk jantung aku jangan cakaplah macam hendak tercabut pun ada aku tarik nafas dan hembus dengan perlahan lahan apabila nampak nama uzair pada skrin handset jadi mesej itu datangnya dari uzair setelah aku kembali tenang aku membuka dan membaca mesej itu can t talk now malam nanti saya call please jangan tutup handset lagi uzair bila baca mesej uzair hati aku yang keras selama beberapa hari ini mula menjadi lembut macam tisu tanpa sedar air mata aku mengalir rupanya beginilah perasaan apabila terlalu mencintai seseorang malam yang seperti dijanjikan uzair menghubungi aku menggeletar juga aku menjawab panggilan dia tapi mujurlah dia mulakan dengan mukadimah saya minta maaf dia ucap saja kemaafan aku terus jadi lembut macam tisu tapi sempat lagi aku marah dia dengan keegoan aku huh baru aku tahu yang aku ini memang ada ego yang tinggi awak ni jangan seksa saya macam ni boleh tak apa salahnya kalau awak beritahu hal yang sebenar pada saya masa di cameron hari tu tak adalah saya nak tarik muka sampai beberapa hari dengan awak aku melontarkan segala yang aku tidak puas hati terhadap apa yang berlaku biar dia ingat dan tidak ulangi kesilapan begini saya tak sangka jadi sampai macam ni kata uzair lembut suara dia yang lembut itu memang lagi mencairkan hati aku kenapa awak tak nak beritahu pasal arwah ibu kandung awak sakit kedengaran keluhan berat daripada uzair dia macam berat sahaja hendak berkongsi masalahnya dengan aku nanti saya terangkan segalanya saya tak selesa kalau bercakap melalui handset macam ni ujarnya selama aku kenal dia aku tahu uzair tidak suka terangkan sesuatu melalui telefon malah dia juga bukannya kaki gayut dia lebih suka meluahkan sesuatu dengan berhadapan dengan seseorang itu mmm saya kena selesaikan saki baki wasiat ibu sebelum balik ke kuala lumpur so take care yourself jangan banyak fikir sangat saya bukan pergi berfoya foya dengan perempuan lain macam perli saya saja uzair ketawa dengar dia ketawa aku rasa seperti sudah melepasi satu fasa yang teruk alhamdulillah akhirnya aku dengan uzair sudah berbaik bunga bunga cinta sudah mekar kembali aku menarik muncung tajam konon konon hendak protes tapi jelingan tiara lagi buat aku kecut perut inilah parahnya bila dia sudah jadi penyokong haikal setiap apa yang haikal buat mesti dia sokong sampai aku kawan baik dia pun dia tidak kira begang betul tak pasal pasal aku kena minta maaf dengan haikal juga yelah yelah aku mesej dia kata aku sambil mengeluarkan handset aku tak nak kau mesej dia aku nak kau call dia kata tiara boleh pula dia bagi syarat begitu apa sebenarnya yang dia hendak aku pun tak pasti aku syak masa aku sedang bercakap dengan haikal nanti dia pasti akan rampas handset aku dan menggedik dengan haikal pasti punya banyak cantik uzair pun aku bagi mesej saja masa minta maaf dengan dia kalau aku call haikal itu dah lebihlah tu lagipun aku takut aku naik darah bila bercakap dengan dia aku sengaja beri alasan tiara menjeling tajam jelingan tiara serupa macam singa betina yang tengah kelaparan dan bila bila masa sahaja akan membaham mangsanya bila aku tengok jelingan tiara tadi terus aku berubah fikiran lebih baik aku ikut saja cakap dia kalau dia hendak menggedik biarlah asalkan jangan kacau hidup aku selepas ini yelah aku call dia sekarang aku terus mencari nombor telefon haikal dan menghubungi haikal tapi panggilan aku disambut oleh seorang wanita atau lebih tepat lagi suara operator aku mematikan talian dan menghubungi nombor yang sama lagi seperti tadi panggilan aku disambut oleh operator juga tak dapat hubungi beritahu aku kepada tiara dia tutup handset ke soal tiara entah sekali lagi aku cuba hubungi haikal tetapi operator telefon juga yang menjawab panggilan itu aku mula buntu kemudian aku berkalih ke komputer di hadapan aku aku membuka facebook nasib baiklah komputer aku boleh buka laman web facebook di pejabat ini ini kerana facebook dan beberapa laman web lain sudah disekat oleh pihak it hanya komputer pengurus dan setiausaha yang boleh mengakses laman web itu walaupun boleh akses aku jarang layan facebook pada waktu kerja lagipun memang aku tak minat laman sosial begini aku daftar facebook pun disebabkan terpaksa kau buat apa tanya tiara tengok facebook dia jawab aku pendek dia ada facebook kenapa kau tak beritahu awal awal ada gambar dia tak aku teringin nak tengok rupa dia please rayu tiara datang sudah gedik minah ni aku menggeleng memang aku hendak tunjuk gambar haikal padanya biar dia tahu betapa cutenya si haikal itu aku mencari cari haikal di facebook tapi aku tak nampak sebarang status terkini dia ehh kenapa haikal tak ada tanya aku apabila meneliti senarai kawan facebook aku tiada kelibat haikal kelihatan dia dah buang aku ke ketika itu aku mula tidak sedap hati cuba cari betul betul kata tiara mana tahukan dia tukar nama aku cuba mencari satu demi satu kawan facebook aku boleh dikira dengan jari...
|