Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2009, february, tuesday, blog, krisis, perak, popular, posts, march, 10, 17, monday, 16, wednesday, 11, islamic, hijri, calendar, utusan, malaysia, the, star, archive, followers, search, this, deb, jadi, kambing, hitam, hormati, keluhuran, perlembagaan, notis, saman, mb, tak, sah, terimalah, hakikat, dedah, usaha, cabar, istana, kenapa, hanya, orang, melayu, hayati, rukun, negara, jangan, ikut, budaya, biadap,
Text of the page (most frequently used words):
dan (284), yang (243), #negara (148), ini (106), beta (91), tidak (88), dalam (83), akan (82), kerajaan (82), kepada (79), dengan (77), pada (70), untuk (59), rakyat (56), malaysia (54), telah (52), oleh (48), ekonomi (48), perak (47), itu (46), juga (46), bagi (44), usaha (43), sebagai (42), lebih (39), melayu (39), adalah (37), mereka (37), tahun (37), kita (34), orang (34), deb (33), ahli (33), daripada (32), serta (32), semua (31), boleh (31), pihak (30), bukan (30), undang (30), kerana (29), dun (29), politik (28), tersebut (28), masyarakat (27), menteri (27), jelas (27), kaum (26), lagi (26), antarabangsa (26), negeri (25), besar (25), kuasa (25), bahawa (25), langkah (25), sultan (24), peratus (24), dasar (24), saya (23), dewan (23), hak (22), atas (22), terus (22), golongan (22), perlembagaan (21), bumiputera (21), pakatan (20), masa (20), sama (20), lain (20), raja (19), perlu (19), masih (19), atau (18), tindakan (18), meningkatkan (18), pembangunan (17), program (17), supaya (17), awam (17), 2009 (16), sendiri (16), tinggi (16), secara (16), kini (16), mempunyai (16), dunia (16), sehubungan (16), apa (15), pelbagai (15), mana (15), hendaklah (15), menjadi (14), datuk (14), para (14), berlaku (14), ada (14), antara (14), sebanyak (14), menyeru (14), dilaksanakan (14), pelan (14), kurang (13), islam (13), dari (13), institusi (13), kerusi (13), adun (13), bandar (13), merupakan (13), isu (13), justeru (13), kedua (12), hanya (12), parti (12), baru (12), sentiasa (12), satu (12), terhadap (12), seperti (12), masalah (12), sah (12), dapat (12), luar (12), ingin (12), termasuk (12), sektor (12), perkhidmatan (12), tenaga (12), setiap (11), sebelum (11), ialah (11), sehingga (11), pembangkang (11), persekutuan (11), pertubuhan (11), jawatankuasa (11), syarikat (11), samping (11), pendidikan (11), mempertingkatkan (11), modal (11), 2008 (10), february (10), semasa (10), pas (10), majlis (10), pemimpin (10), lalu (10), demi (10), peringkat (10), tetapi (10), jawatan (10), dap (10), umno (10), dua (10), menyatakan (10), beliau (10), diambil (10), perdana (10), pasaran (10), pendapatan (10), membantu (10), bidang (10), kerjasama (10), berhormat (10), rukun (9), prinsip (9), terdapat (9), zambry (9), nizar (9), seri (9), utama (9), sekali (9), amat (9), ketua (9), raya (9), bangsa (9), bersama (9), ketika (9), pengajian (9), krisis (9), keselamatan (9), beberapa (9), global (9), mamanda (9), pelancongan (9), kemudahan (9), meningkat (9), harga (9), agenda (9), agar (9), sprm (9), insan (9), kepimpinan (9), jadi (8), the (8), iaitu (8), mendapat (8), sri (8), menunjukkan (8), kesejahteraan (8), selain (8), parlimen (8), sebuah (8), jika (8), wakil (8), mesyuarat (8), memiliki (8), berharap (8), notis (8), kebebasan (8), kesan (8), cabaran (8), mengambil (8), mengurangkan (8), memerlukan (8), skim (8), memastikan (8), pegawai (8), penting (8), belia (8), kepentingan (8), berjaya (8), tan (8), comments (7), posted (7), aiiee (7), anak (7), kalangan (7), agama (7), mahu (7), polis (7), dilihat (7), konteks (7), peranan (7), pelantikan (7), pilihan (7), strategik (7), sudah (7), kedudukan (7), sokongan (7), sejak (7), apabila (7), tanpa (7), anggota (7), khas (7), persidangan (7), saman (7), memberi (7), pertumbuhan (7), melalui (7), projek (7), menggalakkan (7), kelembapan (7), menyumbang (7), sumber (7), rumah (7), pengangkutan (7), industri (7), maju (7), pengusaha (7), badan (7), pekerja (7), terutamanya (7), rasuah (7), pandangan (7), kemiskinan (7), kambing (6), hitam (6), selepas (6), manusia (6), contoh (6), menang (6), dihormati (6), keadaan (6), hadir (6), sidang (6), kawasan (6), sedang (6), situasi (6), hubungan (6), anwar (6), majoriti (6), segala (6), timbul (6), tuanku (6), walaupun (6), asas (6), namun (6), bebas (6), artikel (6), sivakumar (6), kali (6), titah (6), pelaburan (6), dipertingkatkan (6), kecil (6), bantuan (6), rendah (6), barangan (6), jelata (6), menangani (6), kerja (6), penyertaan (6), bawah (6), mengikut (6), pengiktirafan (6), mengingatkan (6), suruhanjaya (6), sumbangan (6), integriti (6), menjayakan (6), upaya (6), syarat (6), sekiranya (6), setahun (6), cina (6), blog (5), sepatutnya (5), jangan (5), diberi (5), menerima (5), generasi (5), membawa (5), jamaluddin (5), kestabilan (5), nasional (5), bekas (5), sekitar (5), fakta (5), hati (5), penyokong (5), mempertahankan (5), begitu (5), keamanan (5), saja (5), berada (5), ibrahim (5), baginda (5), hakikat (5), harus (5), undi (5), tujuh (5), terbabit (5), dymm (5), semula (5), jumlah (5), perbezaan (5), salah (5), timbalan (5), turut (5), wajar (5), semalam (5), pertama (5), kewangan (5), sistem (5), persekitaran (5), swasta (5), serantau (5), disediakan (5), menyediakan (5), menyokong (5), peluang (5), komoditi (5), membangunkan (5), latihan (5), sekarang (5), termasuklah (5), ramai (5), jenayah (5), diraja (5), berusaha (5), kualiti (5), sesuai (5), pemilikan (5), 2004 (5), hari (4), biadap (4), allah (4), baik (4), muda (4), media (4), akibat (4), pentadbiran (4), abdul (4), februari (4), istana (4), kenapa (4), mohd (4), monday (4), perubahan (4), malah (4), peristiwa (4), dijadikan (4), menghadapi (4), tiada (4), siapa (4), moden (4), sejarah (4), hakim (4), sebarang (4), kebijaksanaan (4), membuat (4), kasih (4), keseluruhan (4), manakala (4), sebenarnya (4), diterima (4), mengapa (4), pkr (4), pula (4), tiga (4), diberikan (4), semuanya (4), shah (4), agong (4), benar (4), nasihat (4), selagi (4), parliament (4), diadakan (4), speaker (4), dahulu (4), jua (4), pun (4), segi (4), sini (4), merampas (4), tak (4), berkata (4), katanya (4), mengenai (4), tuesday (4), penggal (4), penggunaan (4), mewujudkan (4), daya (4), saing (4), memperkenalkan (4), india (4), perniagaan (4), peningkatan (4), misalnya (4), makanan (4), bertujuan (4), keperluan (4), tepat (4), jurang (4), menjejaskan (4), keharmonian (4), kemerdekaan (4), negatif (4), membanteras (4), penubuhan (4), janji (4), profesional (4), kehakiman (4), melonjakkan (4), berkualiti (4), awal (4), kanak (4), induk (4), pendekatan (4), hadhari (4), melahirkan (4), prasekolah (4), datang (4), cemerlang (4), sepanjang (4), hayat (4), aspek (4), seluruh (4), agensi (4), bekerjasama (4), sihat (4), penyakit (4), mula (4), diplomasi (4), hala (4), bersatu (4), angkatan (4), tentera (4), pasukan (4), lawatan (4), pengukuhan (4), berbangga (4), forum (4), maklum (4), asasi (4), khususnya (4), alasan (4), israel (4), palestin (4), semenanjung (4), gaza (4), sesi (4), amnya (4), perilaku (4), peraturan (4), merakamkan (4), penghargaan (4), diteruskan (4), perkembangan (4), membasmi (4), 2007 (4), fic (4), march (3), posts (3), wednesday (3), perhimpunan (3), kesetiaan (3), lima (3), lapisan (3), seorang (3), melihat (3), timur (3), budaya (3), itulah (3), barisan (3), mengangkat (3), sumpah (3), kadir (3), keputusan (3), menerajui (3), kuala (3), menenangkan (3), rasmi (3), letak (3), berdasarkan (3), imej (3), langsung (3), sembah (3), paduka (3), pegangan (3), mampu (3), kematangan (3), diri (3), gagal (3), suara (3), undangan (3), tertinggi (3), berpaksikan (3), tradisi (3), mengamalkan (3), mohammad (3), pendapat (3), sebaliknya (3), memberikan (3), komposisi (3), seimbang (3), menguasai (3), umum (3), soal (3), menyaksikan (3), protes (3), berinteraksi (3), keupayaan (3), memilih (3), bergantung (3), berbanding (3), memegang (3), mata (3), pernah (3), penduduk (3), nisbah (3), teras (3), kadar (3), perwakilan (3), penulis (3), azlan (3), pertuan (3), mengatakan (3), bertindak (3), mematuhi (3), hung (3), bagaimanapun (3), suatu (3), mengadakan (3), vote (3), confidence (3), surat (3), ditandatangani (3), sarawak (3), dikatakan (3), cara (3), perhatian (3), perjanjian (3), setelah (3), dibuat (3), tubuh (3), karpal (3), tahu (3), menarik (3), mengkaji (3), terimalah (3), enam (3), rabu (3), menghina (3), belum (3), dianggotai (3), terutama (3), bersidang (3), bila (3), melakukan (3), berjalan (3), berkembang (3), melaksanakan (3), pakej (3), bilion (3), menjana (3), pelaksanaan (3), banyak (3), asean (3), mengekalkan (3), eksport (3), meneroka (3), penyumbang (3), memperluaskan (3), asing (3), kesihatan (3), desa (3), kebersihan (3), alam (3), memajukan (3), kecekapan (3), sederhana (3), berdaya (3), perbankan (3), pengeluaran (3), keyakinan (3), diiktiraf (3), pekebun (3), meringankan (3), beban (3), felda (3), kejatuhan (3), kemahiran (3), selaras (3), keprihatinan (3), produktiviti (3), tempatan (3), bekalan (3), pakai (3), penyediaan (3), berat (3), mengira (3), miskin (3), warga (3), ibu (3), perumahan (3), mesra (3), sebagainya (3), tertentu (3), kemakmuran (3), memperuntukkan (3), menghormati (3), mencapai (3), keluhuran (3), depan (3), menyebabkan (3), iltizam (3), pembanterasan (3), berpegang (3), seterusnya (3), matlamat (3), hingga (3), pekerjaan (3), menjaga (3), jangka (3), berperingkat (3), semakin (3), bertambah (3), sedih (3), gus (3), mungkin (3), tentang (3), 1990 (3), purata (3), rm3 (3), 2006 (3), terima (3), get (2), widget (2), and (2), many (2), other (2), widgetbox (2), great (2), free (2), widgets (2), rss (2), scroller (2), dulu (2), lagu (2), negaraku (2), kami (2), dipatuhi (2), menjadikan (2), aman (2), makmur (2), kemelut (2), ajar (2), ingatlah (2), patut (2), berkat (2), bukanlah (2), semangat (2), ikut (2), memang (2), keluar (2), bermula (2), detik (2), pertukaran (2), mohamad (2), perkenan (2), suasana (2), dilakukan (2), rasa (2), puas (2), bukannya (2), berkenaan (2), kenderaan (2), dytm (2), memasuki (2), merdeka (2), paling (2), ditimbulkan (2), menderhaka (2), janganlah (2), perasaan (2), dipertahankan (2), wadah (2), sempit (2), dipelihara (2), jaafar (2), tanggal (2), polemik (2), geo (2), rentetan (2), diperhalusi (2), sesiapa (2), puncak (2), tanggapan (2), kes (2), melompat (2), tangan (2), berlandaskan (2), demokrasi (2), perundangan (2), elemen (2), masing (2), kepemimpinan (2), menjadikannya (2), perbicaraan (2), arif (2), daulat (2), wujud (2), derhaka (2), menggambarkan (2), strategi (2), survival (2), kontrak (2), kekuatan (2), luas (2), bertahan (2), mca (2), pengundi (2), diamati (2), sebab (2), didominasi (2), lama (2), maka (2), pasti (2), pensyarah (2), dedah (2), cabar (2), sesungguhnya (2), menyaman (2), merujuk (2), dakwaan (2), termaktub (2), eksklusif (2), perkara (2), membabitkan (2), provisio (2), berikut (2), mesti (2), menyebut (2), seseorang (2), perkataan (2), dipecat (2), memecat (2), sesebuah (2), menjalankan (2), tun (2), unsur (2), penipuan (2), tambahan (2), disebut (2), bagaimana (2), difahamkan (2), ketiga (2), dipersoalkan (2), tentu (2), tumpuan (2), seharusnya (2), sahaja (2), lompat (2), persoalannya (2), menyertai (2), persatuan (2), adakah (2), bermoral (2), hujah (2), singh (2), membuktikan (2), cuma (2), peguam (2), fakulti (2), uitm (2), berubah (2), kenyataan (2), nazura (2), ngah (2), feroz (2), abu (2), bakar (2), bhnews (2), bharian (2), perlekeh (2), pertikai (2), exco (2), wan (2), junaidi (2), akur (2), berikutan (2), bertentangan (2), tunggal (2), pelik (2), biasanya (2), bermesyuarat (2), kalau (2), macam (2), bertanggungjawab (2), billah (2), mizan (2), zainal (2), abidin (2), amerika (2), memperkukuhkan (2), perdagangan (2), kekal (2), melebihi (2), mencabar (2), dipengerusikan (2), memantau (2), rangsangan (2), bernilai (2), menstabilkan (2), promosi (2), kemasukan (2), keluaran (2), kasar (2), liberalisasi (2), ketibaan (2), seramai (2), pelancong (2), produk (2), membeli (2), domestik (2), destinasi (2), laporan (2), kajian (2), pelabur (2), jaminan (2), rm2 (2), membolehkan (2), pembiayaan (2), kos (2), pertanian (2), sepenuhnya (2), halal (2), hab (2), bumi (2), hijau (2), sosioekonomi (2), peneroka (2), meneruskan (2), mentah (2), bijak (2), mengutamakan (2), hasrat (2), mengeluarkan (2), dihadapi (2), menubuhkan (2), pemberhentian (2), diberhentikan (2), sabah (2), berpendapatan (2), unit (2), kredit (2), perkauman (2), menegaskan (2), mempersoalkannya (2), pembentukan (2), difahami (2), fitnah (2), berita (2), laman (2), berpunca (2), pengamal (2), berkesan (2), berkemahiran (2), berkeupayaan (2), terlatih (2), berkhidmat (2), saraan (2), bentuk (2), bukti (2), janjinya (2), yakin (2), kredibiliti (2), memantapkan (2), martabat (2), persada (2), asuhan (2), kebangsaan (2), diperoleh (2), transformasi (2), kurikulum (2), sekolah (2), relevan (2), bapa (2), korporat (2), memainkan (2), pendidik (2), menetapkan (2), apex (2), mybrain (2), pembelajaran (2), pengantarabangsaan (2), tahap (2), minda (2), kelas (2), terdiri (2), berumur (2), tertumpu (2), bahkan (2), berintegriti (2), identiti (2), positif (2), cintakan (2), jangkauan (2), mengupayakan (2), mental (2), fizikal (2), anugerah (2), tuhan (2), ternilai (2), cergas (2), keluarga (2), gaya (2), hidup (2), bersukan (2), menghindar (2), kronik (2), berjangkit (2), menyedari (2), pentingnya (2), memelihara (2), gigih (2), kemerosotan (2), udara (2), air (2), ladang (2), ternakan (2), terjamin (2), ciri (2), memanjangkan (2), fosil (2), sedia (2), alternatif (2), diperbaharui (2), kemalangan (2), keselesaan (2), penumpang (2), prihatin (2), diikuti (2), kedaulatan (2), diketengahkan (2), dilindungi (2), amalan (2), proaktif (2), mengukuhkan (2), sahabat (2), mapan (2), pergerakan (2), berkecuali (2), komanwel (2), penglibatan (2), pengaman (2), serata (2), mencerminkan (2), kemboja (2), laos (2), kuwait (2), sempurnakan (2), kesuburan (2), keakraban (2), menyorot (2), penghormatan (2), kepercayaan (2), penganjuran (2), kemuncak (2), lapan (2), membangun (2), melambangkan (2), inisiatif (2), penerangan (2), petugas (2), kedutaan (2), seberang (2), laut (2), bertugas (2), panji (2), siap (2), siaga (2), ditindas (2), ditekan (2), membelakangkan (2), januari (2), mengutuk (2), menyerang (2), kejayaan (2), mengusulkan (2), agung (2), membincangkan (2), serangan (2), penghantaran (2), perubatan (2), menyerlahkan (2), sejagat (2), nasib (2), khasnya (2), fahaman (2), berganding (2), bahu (2), saling (2), kasihi (2), terpuji (2), mulia (2), mengakhiri (2), menyerahkan (2), bulan (2), hadapan (2), oktober (2), 2003 (2), abdullah (2), ahmad (2), badawi (2), pendemokrasian (2), akauntabiliti (2), peralihan (2), lancar (2), akhir (2), cintai (2), padu (2), didakwa (2), sambil (2), faedah (2), pengagihan (2), adil (2), bilangan (2), bermakna (2), kaya (2), sulaiman (2), maksud (2), teruskan (2), murni (2), paras (2), pengkritik (2), sampai (2), rm4 (2), diwujudkan (2), ekuiti (2), lihat (2), akauntan (2), dianjakkan (2), instrumen (2), melonggarkan (2), hendak (2), menggunakan (2), 1986 (2), 100 (2), status (2), menyalahkan (2), disebabkan (2), nampak (2), umat (2), skip (2), search, this, followers, october, november, archive, star, utusan, islamic, hijri, calendar, subscribe, atom, home, older, bersekolah, menyanyikan, lambang, melafazkan, ikrar, inilah, menyatupadukan, minta, menghayati, hentikanlah, fikir, merugikan, sopan, akal, dikurniakan, gunakanlah, sebaik, baiknya, terjadi, kehendak, beragama, ketentuan, tua, teladan, muafakat, cerdik, pandai, dihuni, cucu, kelak, nanti, sorak, kampung, tergadai, kesopanan, terikut, barat, tanah, tumpahnya, darahku, kuantan, pahang, hayati, episod, liputan, meluas, bualan, diterajui, tersungkur, ahlinya, berpaling, tadah, faktanya, tanggungjawab, mengetuai, rasminya, yab, penderhakaan, kebiadapan, tata, susila, dilanggar, berperlembagaan, dia, terpaksa, bertungkus, lumus, mengawal, kelam, kabut, kacau, bilau, iskandariah, kangsar, kelibat, penyokongnya, bukankah, sibuk, meluahkan, sehinggakan, dihalang, manakah, inikah, lupakan, mendukacitakan, huru, hara, gambar, video, ditayangkan, massa, berdemonstrasi, mengelilingi, dianggap, keterlaluan, memalukan, menaungi, keistimewaan, sebaiknya, kelihatan, berpandangan, berjiwa, diapi, apikan, tenangkanlah, mengadap, pohon, keampunan, keterlanjuran, menimbulkan, kekacauan, semoga, diperkukuhkan, mengejar, lupa, amalkan, fikirlah, sejenak, membara, tonggak, khairi, kulim, kedah, dimensi, pengkajian, konotasi, pengajaran, iktibar, diuji, susulan, sesuatu, menduga, riang, melaungkan, fantasi, membentuk, pusat, cubaan, memujuk, dongeng, dicipta, memakan, diketuai, merealisasikan, impian, menawan, putrajaya, pimpinan, gabungan, tumbang, dilema, memperlihatkan, kesannya, adat, aturan, tersendiri, mewakili, menggantikan, catatan, singkat, hayatnya, betapa, kesultanan, signifikan, pertimbangan, kebertanggungjawaban, saksama, menghakimi, lunas, pengalaman, keraguan, penghakimannya, junjung, terbatas, kalah, bertelingkah, rafak, bijaksana, bertentang, penghakiman, derhakalah, jawabnya, ditunjukkan, dicanang, taksubnya, memikirkan, implikasi, percaturan, dinamakan, pengamatannya, mendominasi, demografi, perspektif, persempadanan, pentadbir, minoriti, wilayah, diingat, prestasi, terbesar, memenangi, ditambah, memenangkan, calon, kecundang, margin, kumpulan, ditandingi, membuahkan, kemenangan, mengharapkan, membina, dimenangi, dibarisi, rapat, pemusatan, pengaruh, condong, kekuasaan, kuat, pemegang, semata, diwakili, sekian, mentadbir, pembabitan, diketepikan, pembahagian, senario, dominasi, berkuasa, dikuasai, terkini, menerusi, dominan, diselubungi, dogma, berbeza, bernisbah, atasnya, kolej, universiti, utara, uum, kemukakan, tergopoh, gapah, menyedihkan, tajuk, posting, terbaru, berbunyi, constitutional, crisis, caused, darul, ridzuan, berhak, melantik, eksekutif, membaca, sendirian, mengikuti, membubarkan, terakhir, memanggil, akta, interpretasi, diaplikasi, berbalik, fasal, klausa, disalah, tafsir, bermaksud, elok, beza, cukup, tipis, seperkara, kira, jumpa, percaya, zamby, pengetahuan, bagaimanakah, caranya, jelaskan, stephen, kalong, ninkan, abg, openg, tawi, sli, 1966, mahkamah, wajarnya, cukupkah, berjumpa, undian, lakukan, pilih, darjah, berserta, tandatangan, diguna, menghadap, pendirian, bertarikh, logik, warganegara, berdaftar, may, law, impose, right, conferred, paragraph, clause, such, restriction, deems, necessary, expedient, interest, security, federation, any, part, thereof, public, order, morality, mengancam, kata, kesemua, kembali, amatlah, dialu, alukan, berkapasitikan, posisi, mengalah, ambiga, sreenevasan, president, keterangannya, nstp, pakar, prof, shad, saleem, faruqi, kenyataannya, bernama, bersetuju, mantan, tentulah, terlebih, kesahihannya, terkena, batang, hidung, kerap, ludah, mukanya, berpuas, proses, kamu, perjuangkan, september, marah, kecewa, bersultankan, bertuankan, berbudayakan, kebenaran, sesuka, siddiq, azani, lumpur, diserahkan, dipertua, pengerusinya, dipertikaikan, kebanyakannya, jatuhnya, memperlekeh, mempertikaikan, arahan, memerintah, dihubungi, akhbar, melaporkan, aduan, canning, wong, kah, woh, angkat, meletak, husin, din, selingsing, chan, ming, kai, simpang, pulai, ong, boon, piow, tebing, loke, chee, yan, kepayang, sum, chok, leng, bercham, hasbullah, osman, temenggor, menyelesaikan, berbincang, ipoh, menganggap, membicarakannya, exconya, membicarakan, disiplin, tingkah, laku, mendapatkan, memutuskan, menghadiri, setahu, tindak, tanduk, senanglah, panggil, pemberita, taklimat, teks, wathiqu, ibni, marhum, mahmud, muktafi, menyampaikan, ucapan, permaisuri, nur, zahirah, alhamdulillah, bersyukur, hadrat, swt, limpah, kurnia, izin, nya, istiadat, perasmian, kesempatan, menyentuh, dilanda, kemudiannya, eropah, bahangnya, dirasai, kebanyakan, getir, 1997, rm1, trilion, dijangka, menggugat, minggu, rapi, impaknya, rm7, menyenarai, utamakan, perbelanjaan, pengganda, terpelihara, diperkenalkan, meminimumkan, perindustrian, iklim, kondusif, liberal, telus, lebihan, dana, tengah, republik, china, rantau, digiatkan, berpotensi, kdnk, berperanan, hasil, terancang, progresif, kompetitif, wang, mencatatkan, 050, 000, rm48, sebalik, menyasarkan, juta, ekopelancongan, keagamaan, keduaku, inap, lokasi, belah, konvensyen, pameran, mempromosikan, minat, sukan, golf, selam, skuba, memancing, pendedahan, dipromosikan, agresif, penjagaan, sukacita, bank, 181, buah, penyampaian, perusahaan, buruk, pks, akses, nyatakan, beralih, berasaskan, tekonologi, bioteknologi, menceburi, berskala, pensijilan, kepakaran, dieksploitasi, walau, ketidaktentuan, kebelakangan, hiliran, biobahan, api, insentif, penanaman, kelapa, sawit, getah, pengeluar, terlepas, menggiatkan, aktiviti, keusahawanan, diperkasa, teknologi, pemberian, subsidi, kawalan, dijanjikan, runcit, petrol, diesel, diturunkan, penurunan, minyak, disokong, peniaga, pengguna, beriltizam, berbelanja, kempen, dilancarkan, merangsang, kenaikan, memperoleh, mencukupi, berpatutan, digalakkan, bahan, titik, tolak, kebergantungan, pembinaan, mengguna, kaedah, binaan, berindustri, terlalu, pemantauan, daerah, pemudah, penggajian, melatih, menempatkan, garis, panduan, pengurusan, majikan, selama, mengabaikan, asli, petani, nelayan, taraf, merapatkan, peruntukan, biasiswa, khusus, memerlukannya, kabinet, mengenal, arus, bersepadu, cari, jaringan, sosial, diperluaskan, menaikkan, kelayakan, emas, diliputi, jabatan, kebajikan, selesa, kemampuan, 500, dibina, tetap, bangga, pengisytiharan, melaka, georgetown, warisan, unesco, dimanfaatkan, mempromosi, dielakkan, dukacita, dibangkitkan, perdebatan, teragak, agak, cuba, memecahbelahkan, dikekalkan, perpaduan, kepelbagaian, dimiliki, digembleng, diamalkan, dipersetujui, kesepakatan, percubaan, pelapis, harapan, diperjelaskan, memahami, dihayati, segenap, memandang, kecenderungan, sesetengah, mudah, mempercayai, palsu, disebar, kekeliruan, belajar, empayar, tamadun, hasad, dengki, perpecahan, berhati, menilai, maklumat, tersebar, beretika, menyalahgunakan, ketenteraman, persepsi, seolah, olah, terkawal, memerangi, kepolisan, menyambut, pencegahan, keikhlasan, mengotakan, guna, penyelewengan, cekap, kap, hormati, tuduhan, sengaja, menutup, jauh, kewujudan, dibentuk, sedikit, mengelak, berlakunya, rusuhan, kekayaan, dinafikan, diperbaiki, dimantapkan, efektif, kuota, dinikmati, proksi, pengarah, perancangan, mahbob, temu, bual, wartawan, bisnes, ainul, asniera, ahsan, sarah, nadlin, rohim, berikan, kritikan, dirangka, 1971, tempoh, matlamatnya, digunakan, misi, tugas, selesai, diolah, apakah, tercapai, melanjutkan, panjang, 2020, ternyata, berhasil, mendesak, dikaji, dicapai, diselaraskan, berbuat, demikian, lapuk, tadi, sudut, agihan, cepat, 711, 156, ketinggalan, 437, 853, 456, 799, dijalankan, pencapaian, membantutkan, soalnya, kedengaran, bantu, laksana, akhirnya, membaiki, kontraktor, pembekal, belanja, felcra, pergi, takuk, tanya, beranggapan, globalisasi, waktu, diubah, suai, mewajibkan, disenaraikan, ditetapkan, had, pemilik, mengembangkan, simpanan, buat, peratusan, 2005, profesion, meliberalisasi, mahathir, mengeksport, kemudian, koridor, multimedia, msc, membenarkan, mungkinkah, penjelasan, pengkritiknya, galanya, separuh, rancangan, 2010, teruk, diagihkan, punca, mencari, dipersalahkan, 1998, tekanan, ringgit, pinjaman, berbayar, merudum, gadai, sub, prima, terjejas, menuding, jari, produktif, terkecuali, nama, thailand, tapi, sering, faham, wikipedia, bahasa, ensiklopedia, ringkas, 马来西亚华人, tradisional, 馬來西亞華人, asal, usul, mer, atan, ibarat, nakhoda, kapal, penentu, shauki, majid, mengalami, kekalutan, polit, pecah, belahkan, malu, hina, hampa, empat, terjemahkan, kaca, meru, kembalikan, kekebalan, amanah
Text of the page (random words):
sa untuk ahli umno di sini semalam posted by aiiee at monday february 16 2009 no comments krisis perak terimalah hakikat saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang undang yang terdapat dalam perlembagaan negeri perak dan perlembagaan persekutuan sesungguhnya tindakan menyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah menyedihkan apabila tajuk posting terbaru blog anwar ibrahim berbunyi constitutional crisis caused by the sultan yang jelas merujuk kepada dymm sultan azlan shah sultan perak darul ridzuan mengapa nizar harus letak jawatan perlembagaan persekutuan dalam artikel 43 2 a jelas menyatakan bahawa yang di pertuan agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti dewan rakyat benar dakwaan nizar mengatakan bahawa sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan ini termaktub di dalam artikel 40 1 dan 40 1a yang terdapat di dalam perlembagaan namun nizar harus membaca artikel 40 2 a b dan c bersama ini kerana ia jelas menyatakan hak eksklusif sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan pelantikan ketua kerajaan selagi beliau mematuhi provisio dalam 43 2 a kedua baginda mempunyai kuasa untuk tidak membubarkan dewan perwakilan parlimen atau dun negeri dan terakhir memanggil semua raja raja untuk mesyuarat majlis raja raja berikut merupakan provisio yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tetapi berdasarkan akta interpretasi ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan berbalik kepada perlembagaan di perak artikel 16 fasal 7 perlembagaan negeri perak menyebut seseorang anggota majlis selain mb menteri besar memegang jawatan atas perkenan sultan dengan lain perkataan mb tidak boleh dipecat klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang benar seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh sultan jika menteri besar itu masih mempunyai sokongan majoriti dewan perwakilan tetapi jika keadaan sebaliknya sultan mempunyai hak untuk memecat mb hung parliament hung parliament bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah dewan rakyat atau dun sebagai contoh parti a mempunyai 89 kerusi dan parti b 88 kerusi atau kedua dua sama 89 kerusi dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihan raya semula kerana beza kerusi cukup tipis bagaimanapun tidak wujud situasi hung parliament di perak ketika ini kerana bn memiliki majoriti 3 kerusi dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di perak ialah 59 kerusi perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas 3 adun sudah jumpa sultan anwar ibrahim dan bekas speaker dun perak sivakumar mahu mengadakan sidang khas dun bagi menjalankan vote of no confidence undi tidak percaya terhadap dr zamby untuk pengetahuan kedua dua di atas perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan vote of no confidence itu dalam kes stephen kalong ninkan v tun abg hj openg tawi sli 1966 sebuah surat ditandatangani oleh majoriti adun negeri sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas tambahan pula tidak semua adun hadir ke persidangan khas terbabit ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan oleh itu tidak disebut bagaimana cara vote of no confidence itu wajarnya diadakan cukupkah dengan berjumpa dengan dymm sultan atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu atau dengan surat berserta tandatangan yang sah oleh kerana ia tidak disebut maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian dymm ke atas isu terbabit saya difahamkan ketiga tiga adun bebas tersebut telah pun menghadap sultan perak untuk menyatakan pendirian mereka jangan dipersoalkan 28 adun bn yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap bn begitu juga 28 lagi adun pakatan tumpuan kita seharusnya kepada 3 adun ini sahaja perjanjian yang tidak sah saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil wakil pakatan setelah menang dalam pilihan raya lalu perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang undang artikel 10 1 c menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana mana persatuan selagi ia berdaftar dan sah namun artikel 10 2 c menyatakan parliament may by law impose on the right conferred by paragraph c of clause 1 such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the federation or any part thereof public order or morality persoalannya di sini adakah bn merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara tidak bermoral kerana lompat parti dulu nizar kata ia tidak salah dari segi undang undang bukan kesemua hujah di atas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang undang tubuh kerajaan negeri perak tindakan karpal singh yang mahu menyaman sultan amatlah dialu alukan demi membuktikan hujah saya di atas karpal tahu undang undang ini cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang sudah tentu beliau tidak mahu mengalah datuk ambiga sreenevasan president majlis peguam dalam keterangannya kepada nstp juga mengatakan sultan mempunyai kuasa untuk memecat nizar pakar perlembagaan dan pensyarah fakulti undang undang uitm prof dr shad saleem faruqi dalam kenyataannya kepada bernama juga bersetuju bahawa sultan mempunyai kuasa eksklusif terbabit lebih menarik lagi orang yang membuat keputusan ini ialah dymm sultan azlan shah sendiri yang juga merupakan mantan ketua hakim negara sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya siapa karpal singh detik terkena batang hidung sendiri suatu ketika dahulu anwar ibrahim kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen bn yang akan melompat ke pakatan kini situasi telah berubah anwar telah ludah ke mukanya sendiri kepada penyokong pakatan yang tidak berpuas hati terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua perjuangkan dahulu sebelum 16 september 2008 saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong pakatan yang marah dan kecewa terimalah hakikat bahawa kita masih bersultankan melayu bukan bertuankan anwar ibrahim kita masih berbudayakan melayu dan malaysia bukan kurang ajar dan derhaka dan ini semua berlaku di atas kebenaran undang undang itu sendiri dan bukan dengan sesuka hati dymm sultan azlan shah daulat tuanku siddiq azani fakulti undang undang uitm malaysia posted by aiiee at monday february 16 2009 no comments krisis perak dedah usaha cabar istana tanggal 6 februari lalu adalah polemik dan perubahan bukan saja berlaku dalam geo konteks politik di perak malah rentetan peristiwa 6 februari itu perlu diperhalusi dalam pelbagai dimensi pengkajian pelbagai konotasi pengajaran mampu dijadikan iktibar kepada sesiapa saja yang berada di puncak kuasa selain itu rakyat juga diuji kematangan mereka dalam menghadapi tanggapan yang pelbagai susulan daripada sesuatu peristiwa politik yang berlaku dalam kes peristiwa politik di perak tiada siapa menduga bahawa pembangkang yang sebelum ini riang melaungkan satu demi satu fantasi untuk membentuk kerajaan pada peringkat pusat dengan cubaan memujuk ahli parlimen barisan nasional bn melompat parti kini dongeng yang dicipta memakan diri pakatan rakyat yang diketuai datuk seri anwar ibrahim bukan saja gagal merealisasikan impian menawan putrajaya malah sebuah kerajaan negeri pimpinan gabungan pembangkang itu tumbang ke tangan bn berlandaskan prinsip demokrasi iaitu suara majoriti dalam dewan undangan negeri dun perak dilema yang berlaku di perak juga memperlihatkan peranan sultan sebagai kuasa tertinggi perundangan negeri dan negara juga ada kesannya dalam sebuah negara berpaksikan elemen adat tradisi dan pada masa sama mengamalkan aturan politik moden jelas menunjukkan bahawa masing masing mempunyai peranan tersendiri dalam konteks perak pelantikan datuk dr zambry abdul kadir sebagai menteri besar yang baru mewakili bn menggantikan kepemimpinan datuk seri mohammad nizar jamaluddin menjadikannya catatan sejarah sebagai menteri besar paling singkat hayatnya dalam pentadbiran negeri ini jelas membawa wadah betapa elemen tradisi iaitu kesultanan perak sebagai puncak kuasa tertinggi serta hakim dalam apa saja kemelut politik di dalam negeri adalah signifikan dengan kuasa dan pertimbangan serta kebertanggungjawaban jelas menunjukkan baginda seorang sultan dan hakim yang saksama dalam menghakimi perbicaraan politik perak segala lunas undang undang perak dan perlembagaan negara yang baginda amat arif dengan pengalaman sebagai bekas ketua hakim negara tidak sepatutnya timbul sebarang keraguan terhadap kebijaksanaan baginda dalam membuat penghakimannya junjung kasih ke atas kebijaksanaan tuanku sultan itu bukan hanya terbatas kepada siapa menang atau kalah tetapi pihak bertelingkah perlu rafak sembah akan daulat dan bijaksana paduka seri sultan membuat keputusan jika wujud pihak yang bertentang pendapat dengan penghakiman itu derhakalah jawabnya dan itu yang ditunjukkan oleh kepemimpinan pembangkang sembah derhaka yang jelas dicanang bekas menteri besar daripada pas yang mahu mempertahankan jawatan dilihat bukan mempertahankan hakikat kuasa sebaliknya menggambarkan taksubnya kepada jawatan daripada memikirkan implikasi strategi percaturan politik untuk survival melayu dan perak itu sendiri dalam konteks perak secara jelas kontrak politik pakatan pembangkang yang dinamakan sebagai pakatan rakyat itu jelas memberikan pas hanya jawatan sebagai menteri besar secara pengamatannya dengan komposisi kekuatan dap lebih mendominasi pentadbiran negeri selain itu komposisi demografi politik dalam perspektif persempadanan kawasan pilihan raya bagi dun perak juga jelas tidak seimbang dengan pakatan pembangkang sebagai pentadbir negeri dari keseluruhan dun pakatan pembangkang jelas hanya menguasai minoriti wilayah pilihan raya di perak manakala bn sebenarnya menguasai kawasan lebih luas harus diingat keseluruhan prestasi pada pilihan raya umum lalu umno perak masih mampu bertahan sebagai parti terbesar memenangi dun perak dengan 27 kerusi dan ditambah satu daripada mca untuk itu jelas bahawa orang melayu perak masih memberikan undi mereka untuk memenangkan calon umno soal pas sebagai kuasa melayu di perak jelas gagal diterima walaupun pada pilihan raya umum lalu menyaksikan soal undi protes menjadi asas utama bn kecundang undi protes melayu tidak berlaku dalam margin besar seperti dilakukan kumpulan pengundi bukan melayu ini adalah fakta jelas mengapa kawasan melayu ditandingi bn masih mampu membuahkan kemenangan jelas sekali orang melayu di perak masih mengharapkan bn sebagai ketua mereka namun pas gagal berinteraksi secara strategik membina keupayaan survival bangsa dan agama dengan memilih bersama dap yang menang 18 kerusi dun pada masa itu pkr pula menang tiga daripada tujuh kerusi dimenangi bukan melayu dan kini dua daripada tiga adun melayu itu sudah menjadi wakil bebas di dun jika diamati pakatan pembangkang di perak selepas perubahan politik dibarisi 21 wakil bukan melayu sebenarnya hanya tujuh wakil melayu dalam pakatan terbabit ketika pas menerima kontrak politik pakatan dengan diberikan jawatan menteri besar secara jelas bekas menteri besar pas bergantung rapat kepada wakil rakyat yang semuanya bukan melayu dari dap yang menang di kawasan pemusatan pengundi bandar yang mendapat pengaruh besar dari undi protes bukan melayu sebab itulah komposisi majlis mesyuarat kerajaan negeri perak juga dilihat condong kepada kekuasaan dap dan begitu juga pkr yang didominasi bukan melayu kini kedudukan islam juga akan lebih kuat dengan umno di dalam bn sebagai pemegang kuasa berbanding pas yang hanya memegang jawatan semata mata kini walaupun bn diwakili umno dengan 28 kerusi dan mca satu manakala tiga wakil bebas menyatakan sokongan kepada bn hakikat politik bahawa sejak sekian lama mentadbir peranan dan pembabitan kaum bukan melayu dalam pentadbiran jelas tidak pernah diketepikan secara jelas penduduk perak perlu menerima dua situasi pembahagian senario politik dua dominasi iaitu jika memilih pakatan pembangkang pkr pas dap terus berkuasa maka ia akan dikuasai bukan melayu dengan nisbah terkini 17 7 bukan melayu 17 dan melayu 7 menerusi dap sebagai kuasa dominan bn pula didominasi melayu dengan umno sebagai parti teras kuasa dengan kadar nisbah 29 2 iaitu melayu dari umno dan bebas sebarang pilihan pasti diselubungi dogma politik perwakilan kaum yang dilihat tidak seimbang nisbah keupayaan kuasa melayu dalam dun juga jelas berbeza dengan bn kuasa politik melayu bernisbah 29 7 atau 4 1 berbanding pakatan pembangkang di mana bn lebih jelas sokongan melayu ke atasnya penulis ialah pensyarah di kolej undang undang kerajaan dan pengajian antarabangsa universiti utara malaysia uum posted by aiiee at monday february 16 2009 no comments wednesday february 11 2009 kenapa hanya orang melayu episod kestabilan politik di perak mendapat liputan meluas media dan menjadi bualan semua lapisan masyarakat di malaysia kerajaan pakatan rakyat pr yang diterajui menteri besar mb daripada parti pas tersungkur akibat terdapat ahlinya berpaling tadah dan keluar dari pr itulah faktanya barisan nasional bn diberi tanggungjawab untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri perak secara rasminya selepas majlis mengangkat sumpah oleh yab menteri besar baru iaitu datuk dr zambry abdul kadir bermula detik pertukaran kerajaan pr kepada bn penderhakaan kebiadapan dan tata susila orang timur di negara ini dilanggar keputusan institusi raja berperlembagaan tidak dihormati oleh bekas menteri besar datuk sri mohamad nizar jamaluddin yang sebelum ini dia sendiri diberi perkenan oleh sultan menerajui perak pada hari mengangkat sumpah 6 februari 2009 pihak polis terpaksa bertungkus lumus mengawal keadaan yang kelam kabut dan suasana kacau bilau di sekitar istana iskandariah kuala kangsar tidak dilihat kelibat pemimpin pr hadir untuk menenangkan para penyokongnya bukankah ini yang sepatutnya dilakukan fakta menunjukkan mereka hanya sibuk dengan sidang media untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan bukannya untuk menenangkan penyokong mereka sehinggakan pada hari berkenaan kenderaan rasmi dytm raja muda perak sendiri dihalang daripada memasuki kawasan istana di manakah kita letak rukun negara yang kedua kesetiaan kepada raja dan negara inikah prinsip rakyat negara ini selepas 52 tahun merdeka kita lupakan rukun negara sendiri paling mendukacitakan ialah huru hara yang berlaku ditimbulkan oleh orang melayu sendiri berdasarkan gambar dan video yang ditayangkan oleh media massa imej orang melayu sedang berdemonstrasi mengelilingi kenderaan rasmi dytm raja muda per...
|