Meta tags:
Headings (most frequently used words):
tokoh, ulama, blog, ilmu, ikan, tongkol, alam, melayu, monday, july, 16, 2012, kalendar, hijrah, senarai, saya, madrasah, pra, tahfiz, al, mansoorah, maptam, puchong, siri, pengajian, resensi, buku, satu, catatan, perjalanan, majlis, followers, archive, about, me, tuan, guru, galau, berdarah, bangsawan,
Text of the page (most frequently used words):
tuan (34), guru (31), yang (30), galau (27), beliau (26), haji (24), dan (21), pada (17), dengan (15), wan (12), tahun (12), tokoh (11), syeikh (11), ilmu (10), bin (10), ulama (9), ketika (9), kitab (9), meninggal (9), kepada (8), melayu (8), orang (8), years (7), ago (7), dalam (7), ini (7), atau (7), kuala (7), dari (7), fathani (7), tok (7), ialah (7), makkah (7), pondok (7), oleh (7), tidak (7), pernah (7), buku (6), iaitu (6), dikenali (6), lebih (6), anak (6), seorang (6), pilah (6), seri (6), menanti (6), tanah (6), july (5), loading (5), oktober (5), adalah (5), negeri (5), sembilan (5), sebagai (5), juga (5), itu (5), masjid (5), diriwayatkan (5), ikan (4), tongkol (4), pengajian (4), mansoorah (4), maptam (4), muhammad (4), harga (4), untuk (4), antara (4), com (4), abdul (4), bendang (4), daya (4), mereka (4), mengajar (4), dicapai (4), 2011 (4), http (4), zakaria (4), mohd (4), kari (4), dunia (4), dikatakan (4), kisah (4), daerah (4), panggilan (4), alam (4), october (3), november (3), bangsawan (3), 2012 (3), majlis (3), satu (3), catatan (3), perjalanan (3), madrasah (3), pra (3), tahfiz (3), ada (3), hukum (3), tudung (3), saya (3), tasawwuf (3), abdullah (3), telah (3), posts (3), qadir (3), din (3), merupakan (3), secara (3), besar (3), tersebut (3), ibrahim (3), pak (3), salah (3), berasal (3), mendapat (3), mufti (3), kerajaan (3), allahyarham (3), 1882 (3), 1954 (3), perkuburan (3), akan (3), selama (3), beberapa (3), tariqat (3), kampung (3), ikantongkol (2), may (2), june (2), august (2), september (2), december (2), january (2), april (2), 2010 (2), berdarah (2), blog (2), resensi (2), siri (2), puchong (2), bebas (2), tentang (2), hafidz (2), corak (2), gambar (2), jualan (2), koleksi (2), menurut (2), kuliah (2), klasik (2), hari (2), sahaja (2), kawasan (2), tulis (2), sekolah (2), islam (2), pertandingan (2), kamil (2), sri (2), kpi (2), bangi (2), 2015 (2), buah (2), hijrah (2), boleh (2), bank (2), jika (2), nama (2), comments (2), faraid (2), mustafa (2), mengambil (2), sibuk (2), saudara (2), chu (2), him (2), zainal (2), abidin (2), che (2), dol (2), terkenal (2), kedah (2), lahir (2), 1840 (2), semenanjung (2), 1949 (2), dimakamkan (2), dipanggil (2), gelaran (2), sungaiujung (2), blogspot (2), 2006 (2), darun (2), html (2), jabatan (2), berusia (2), disemadikan (2), jenazah (2), perkarangan (2), turut (2), alim (2), hayatnya (2), bertembung (2), kepadanya (2), walaupun (2), disampaikan (2), muridnya (2), bernama (2), seperti (2), jawatan (2), kadi (2), tetapi (2), setiap (2), syatariyyah (2), berada (2), pattani (2), ahli (2), agama (2), bidang (2), nahu (2), quran (2), sekitar (2), ismail (2), menimba (2), patani (2), berguru (2), datar (2), hajjah (2), skip (2), view, complete, profile, about, 2009, february, march, 2013, 2014, archive, followers, seluruh, kaum, muslimin, sini, sedikit, kupasan, iktibar, ibadah, hikmah, perta, syarah, khas, habib, umar, salim, radio, ikim, telekung, syria, bertali, jenis, kerinting, hujung, semasa, 130, promosi, gamba, hubabah, kata, pengarang, prof, teuku, iskandar, isi, kandungan, didasarkan, bahan, disampaikannya, menga, kesusasteraan, sepanjang, abad, tengah, tadi, sahabat, sepengajian, menghantar, mesej, mengatakan, dia, baru, melintasi, makam, hen, daurah, hebahan, mengandungi, lampiran, akhbar, warta, ahad, 1930, kos, penghantaran, tambah, poslaju, hubungi, 016, 3218202, mel, lumpur, perspektif, adnan, nawang, rendah, menyertai, kemahiran, amal, islami, sebanyak, tujuh, senarai, kalendar, sumbangan, disalurkan, akaun, melalui, cek, diatas, sebarang, pertanyaan, diajukan, emel, maptam09, gmail, cimb, 8600637898, rajhi, 12700, 1080576564, subscribe, atom, home, older, newer, posted, lama, barisan, faridatul, lathif, ayahanda, terawal, inisiatif, menganjurkan, penyalinan, daud, besaran, teratur, selain, aktiviti, mengasaskan, dewan, sulung, ondok, kemudian, dipimpin, menantunya, sangat, husein, memimpin, pondoknya, sendiri, guar, cempedak, inderagiri, datang, 1880, mula, setelah, jemputan, pertuan, tuanku, meninggalkan, sebuah, ditulis, ayahandanya, tangan, setebal, 1000, halaman, fakih, kiak, ulamakito, blogdrive, 1890, 1953, portal, rasmi, darul, khusus, www, muftins, gov, component, content, article, ulamak, tarekat, 347, unit, buhuth, rujukan, utama, jenazahnya, tanjung, sepam, ahmad, said, membenarkan, sebaliknya, meminta, berhampiran, supaya, dikebumikan, sekeliling, keberkatan, doa, doanya, kerap, dimakbulkan, allah, penyusun, nawawi, indek, soleh, mempunyai, peribadi, mulia, berlaku, peristiwa, dimana, pakaian, basah, walhal, terpaksa, meredah, hujan, sampai, tempat, sesiapa, kira, samada, berbangsa, cina, india, pasti, memberi, penghormatan, jalanan, turun, basikal, tanda, hormat, diganggu, askar, jepun, zaman, pendudukan, beras, simpanannya, dirampas, sentiasa, mencukupi, kolam, perigi, kering, ditimpa, kemarau, bulan, masih, hidup, ustaz, yusuf, musa, menceritakan, terdapat, menarik, keistimewaan, karamat, berdamping, dengannya, antaranya, kisahnya, mencarik, adat, ketinggian, dimilikinya, ditawarkan, menolaknya, kerana, selesa, mencurahkan, ilmunya, minggu, mengadakan, dihadiri, bukan, penduduk, setempat, tinggal, luar, beramal, bahawa, namun, tidaklah, dapat, dipastikan, sama, tarikat, ataupun, menjadi, kebiasaan, khamis, malam, jumaat, perhimpunan, zikir, diadakan, ijazah, pengajiannya, pelbagai, disiplin, berkeahlian, bahasa, arab, diajar, tauhid, fiqh, sehingga, mampu, mendengar, memperbetulkan, bacaan, mengaji, hadapannya, serentak, matla, badrain, faridah, kawakib, mutammimah, mukhtasar, dipercayai, pulang, semula, tanahair, 1927, apabila, kembali, halamannya, membuka, menguruskan, surau, didiknya, memegang, perkhidmatan, ali, bekas, jawatankuasa, syariah, mendidik, bangsa, ail, sena, janjar, 1233h, 1817, zulhijjah, 1325, januari, 1908, 1925, berangkat, menunaikan, sewaktu, berkesempatan, masa, gurunya, murid, muhamad, bermusafir, utara, mendalami, langkah, pertamanya, memondok, sana, selepas, pula, ayah, doi, gajah, mati, pendang, pendidikan, awal, selanjutnya, mungkin, dinisbahkan, ketokohan, terhormat, kampungnya, letaknya, jauh, pekan, suku, disebut, lingkungan, istana, dilahirkan, masihi, bersamaan, 1299, berumahtangga, aisyah, toha, dikurnikan, cahaya, mata, mahmad, mukhtar, yahya, mesir, kalsom, fatimah, berketurunan, menabur, jasa, monday, sidebar, main,
Text of the page (random words):
tokoh ulama alam melayu july 2012 skip to main skip to sidebar tokoh ulama alam melayu monday july 16 2012 tuan guru galau tokoh ulama berdarah bangsawan salah seorang tokoh ulama berketurunan bangsawan yang pernah menabur jasa di alam melayu ialah tuan guru haji zakaria bin mohd kari atau lebih dikenali dengan panggilan tuan guru galau 1 panggilan tuan guru galau itu mungkin dinisbahkan kepada ketokohan beliau sebagai orang terhormat di kampungnya yang bernama galau yang letaknya tidak jauh dari pekan seri menanti tuan guru galau diriwayatkan berasal dari suku tanah datar seri menanti yang disebut orang sebagai orang lingkungan istana tuan guru dilahirkan pada tahun 1882 masihi bersamaan 1299 hijrah di kampung tanah datar seri menanti kuala pilah beliau berumahtangga dengan aisyah bt toha dan dikurnikan 7 cahaya mata iaitu haji abdullah meninggal di makkah haji mahmad meninggal di makkah haji mukhtar meninggal di makkah haji yahya meninggal di mesir hajjah kalsom hajjah fatimah dan haji hafidz menimba ilmu tuan guru galau diriwayatkan mendapat pendidikan awal di sekolah melayu seri menanti selanjutnya beliau berguru dengan allahyarham tuan guru haji darun haji ibrahim 2 beliau bermusafir ke utara semenanjung untuk mendalami ilmu agama langkah pertamanya ialah ke patani beliau memondok di sana selama 10 tahun selepas itu beliau berguru pula dengan tuan guru haji ismail bin mustafa al fathani yang lebih dikenali dengan nama tuan guru che dol atau juga dipanggil orang dengan gelaran tok ayah doi di gajah mati pendang kedah selama 10 tahun 3 gurunya ini merupakan anak murid kepada tokoh ulama terkenal di patani iaitu syeikh wan muhamad zainal abidin 4 yang lebih dikenali dengan panggilan tok wan din yang berasal dari kampung sena janjar pattani lahir tahun 1233h 1817 dan meninggal dunia pada 18 zulhijjah 1325 21 januari 1908 pada tahun 1925 tuan guru galau berangkat ke makkah untuk menunaikan haji sewaktu berada di makkah beliau berkesempatan menimba ilmu kepada salah seorang ulama besar alam melayu pada masa itu iaitu syeikh wan ismail bin wan abdul qadir atau lebih dikenali dengan panggilan pak da ail mendidik anak bangsa tuan guru galau dipercayai pulang semula ke tanahair sekitar tahun 1927 apabila kembali ke kampung halamannya beliau membuka pondok pengajian di perkarangan masjid galau walaupun sibuk menguruskan pondok beliau turut mengajar di beberapa buah masjid dan surau sekitar daerah kuala pilah antara anak didiknya yang memegang jawatan dalam perkhidmatan kerajaan ialah tuan haji ali yang merupakan bekas kadi daerah kuala pilah dan ahli jawatankuasa syariah negeri sembilan di pondok pengajiannya tuan guru galau mengajar pelbagai disiplin ilmu agama beliau dikatakan berkeahlian dalam bidang nahu dan bahasa arab antara kitab yang diajar oleh beliau di pondok tersebut ialah kitab al mukhtasar dan kawakib mutammimah kitab nahu faridah al faraid ilmu tauhid dan matla al badrain kitab fiqh tuan guru galau juga diriwayatkan seorang yang alim dalam bidang al quran sehingga beliau mampu mendengar dan memperbetulkan bacaan beberapa orang muridnya yang mengaji al quran di hadapannya secara serentak pada setiap minggu beliau akan mengadakan kuliah tasawwuf yang dihadiri bukan sahaja oleh penduduk setempat tetapi juga mereka yang tinggal di luar daerah kuala pilah tuan guru galau dikatakan beramal dengan tariqat syatariyyah ketika hayatnya diriwayatkan bahawa tuan guru galau adalah seorang syeikh tariqat syatariyyah namun tidaklah dapat dipastikan sama ada beliau mengambil ijazah tarikat tersebut ketika beliau berada di pattani ataupun di makkah menjadi kebiasaan pada setiap hari khamis malam jumaat perhimpunan ahli tariqat dan majlis zikir diadakan di pondok masjid galau dengan ketinggian ilmu yang dimilikinya beliau pernah ditawarkan jawatan kadi daerah kuala pilah tetapi beliau menolaknya kerana beliau lebih selesa mencurahkan ilmunya secara bebas mencarik adat terdapat beberapa kisah menarik tentang keistimewaan dan karamat beliau seperti yang disampaikan oleh tokoh tokoh yang pernah berdamping dengannya antaranya kisahnya ialah seperti kolam dan perigi di masjid galau tidak pernah kering walaupun kawasan itu ditimpa kemarau selama 5 bulan ketika tuan guru galau masih hidup kisah ini disampaikan oleh anak muridnya yang bernama ustaz yusuf bin musa berusia 78 tahun ketika menceritakan kisah ini pondok pengajian tuan guru galau tidak pernah diganggu oleh askar jepun di zaman pendudukan mereka di tanah melayu beras simpanannya tidak pernah dirampas dan sentiasa mencukupi sesiapa yang bertembung dengan tuan guru galau tidak kira samada ia berbangsa melayu cina atau india pasti akan memberi penghormatan kepadanya diriwayatkan jika bertembung dengan tuan guru galau di jalanan mereka akan turun dari basikal sebagai tanda hormat kepadanya pernah berlaku satu peristiwa dimana pakaian tuan guru dikatakan tidak basah walhal ia terpaksa meredah hujan untuk sampai ke tempat ia mengajar doa doanya dikatakan kerap dimakbulkan allah menurut penyusun kisah alim ulama di negeri sembilan iaitu nawawi haji indek tuan guru galau ketika hayatnya adalah seorang yang soleh dan mempunyai peribadi yang mulia meninggal dunia tuan guru galau meninggal dunia dalam tahun 1954 ketika berusia 72 tahun jenazahnya disemadikan di tanah perkuburan tanjung sepam seri menanti ketika meninggal dunia mufti pada ketika itu syeikh haji ahmad muhammad said tidak membenarkan jenazah tuan guru galau dimakamkan di perkarangan masjid galau sebaliknya meminta jenazah tuan guru galau disemadikan di tanah perkuburan islam yang berhampiran supaya orang yang dikebumikan di sekeliling tanah perkuburan beliau turut mendapat keberkatan rujukan utama 1 unit buhuth jabatan mufti kerajaan negeri sembilan allahyarham tuan guru galau haji zakaria bin mohd kari 1882 1954 portal rasmi jabatan mufti kerajaan negeri sembilan darul khusus dicapai di http www muftins gov my component content article 64 tokoh ulamak tarekat 347 allahyarham tuan guru galau haji zakaria mohd kari 1882 1954 pada 11 oktober 2011 2 http sungaiujung blogspot com 2006 08 haji zakaria mohd kari 1890 1953 haji html dicapai pada 11 oktober 2011 3 http sungaiujung blogspot com 2006 07 haji darun haji ibrahim 1840 1949 html dicapai pada 11 oktober 2011 4 http ulamakito blogdrive com comments id 1 dicapai pada 11 oktober 2011 1 beliau juga dipanggil orang dengan gelaran fakih kiak 2 tokoh ini berasal dari inderagiri dan lahir pada tahun 1840 beliau datang ke semenanjung pada tahun 1880 dan mula mengajar di kuala pilah setelah mendapat jemputan dari yang di pertuan besar tuanku muhammad tuan guru meninggal pada tahun 1949 dan dimakamkan di seri menanti beliau ada meninggalkan sebuah kitab tasawwuf yang ditulis oleh ayahandanya dengan tangan setebal 1000 halaman 3 p ondok tersebut kemudian dipimpin oleh menantunya iaitu syeikh wan ibrahim bin syeikh wan abdul qadir atau lebih dikenali sebagai pak chu him pak chu him adalah anak saudara kepada syeikh wan muhammad zainal abidin al fathani tok wan din al fathani salah seorang anak tuan guru che dol yang sangat terkenal ialah tuan guru haji husein beliau memimpin pondoknya sendiri di guar cempedak kedah 4 beliau adalah saudara sulung kepada syeikh wan abdul qadir al fathani tok bendang daya ii dan syeikh wan abdul lathif al fathani ayahanda mereka ialah syeikh haji wan mustafa yang dikenali orang sebagai tok bendang daya i tok wan din al fathani merupakan tokoh terawal yang telah mengambil inisiatif menganjurkan penyalinan kitab kitab syeikh daud bin abdullah al fathani secara besar besaran dan teratur selain sibuk dengan aktiviti di makkah beliau juga telah mengasaskan dewan tok bendang daya di pondok bendang daya kitab faridatul faraid gambar lama barisan ulama negeri sembilan posted by ikantongkol at 12 47 am no comments newer posts older posts home subscribe to posts atom sumbangan kepada maptam boleh disalurkan ke akaun bank al rajhi bank 12700 1080576564 atau cimb 8600637898 dan jika melalui cek diatas nama madrasah pra tahfiz al mansoorah sebarang pertanyaan boleh diajukan ke emel maptam iaitu maptam09 gmail com kalendar hijrah senarai blog saya madrasah pra tahfiz al mansoorah maptam puchong pertandingan kamil antara sri 2015 di kpi bangi sekolah rendah islam al mansoorah telah menyertai pertandingan kemahiran amal islami kamil antara sri di kpi bangi pada 5 april 2015 sebanyak tujuh buah 11 years ago jualan buku klasik kuala lumpur dari perspektif haji abdullah hukum adnan haji nawang harga rm 25 buku ini mengandungi lampiran akhbar warta ahad 1930 an untuk kos penghantaran tambah rm 10 poslaju hubungi 016 3218202 atau e mel 12 years ago hebahan majlis ilmu daurah kitab tasawwuf 12 years ago ikan tongkol satu catatan perjalanan tuan tulis tengah hari tadi sahabat sepengajian saya menghantar mesej kepada saya mengatakan dia baru sahaja melintasi kawasan makam tuan tulis dalam perjalanan hen 12 years ago ikan tongkol resensi buku kesusasteraan klasik melayu sepanjang abad menurut kata pengarang buku ini prof dr teuku iskandar isi kandungan buku ini adalah didasarkan pada bahan kuliah yang disampaikannya ketika ia menga 12 years ago hubabah koleksi tudung koleksi tudung dan harga corak 1 dalam gambar tudung telekung syria bertali jenis kerinting di hujung harga jualan semasa rm 130 harga promosi rm 80 corak 2 dalam gamba 14 years ago siri pengajian ilmu syarah khas al habib umar bin muhammad bin salim bin hafidz di radio ikim catatan bebas pada 24 oktober 2010 kepada seluruh kaum muslimin di sini ada sedikit kupasan iktibar tentang hukum hukum ibadah haji hikmah yang perta 15 years ago madrasah pra tahfiz al mansoorah maptam puchong loading siri pengajian ilmu loading ikan tongkol resensi buku loading ikan tongkol satu catatan perjalanan loading majlis ilmu loading followers blog archive 2014 1 january 1 2013 8 december 2 november 3 october 3 2012 1 july 1 tuan guru galau tokoh ulama berdarah bangsawan 2010 12 november 1 october 1 september 1 august 1 july 1 june 1 may 1 april 1 march 1 february 2 january 1 2009 34 december 1 november 5 october 1 september 1 august 4 july 10 june 11 may 1 about me ikantongkol view my complete profile
|