Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2011, tuesday, october, august, 2010, blog, iman, anak, solehah, ibu, daddy, saturday, 22, wednesday, 24, 23, may, 10, monday, march, 28, thursday, february, 18, archive, my, list, contributors, chicken, or, the, egg, bila, dah, tak, busy, teacher, pink, flower, tidur, is, update, terbaru, dr, seuss,
Text of the page (most frequently used words):
ibu (50), iman (39), tak (20), dan (18), buku (15), daddy (15), dah (14), ini (11), yang (11), sebab (10), puanseri (9), lagi (9), adik (9), anak (9), ada (8), pokok (8), #october (7), 2011 (7), labels (7), posted (7), memang (7), pun (7), untuk (7), nak (7), masa (7), kakak (7), pink (6), blog (6), comments (6), boleh (6), tapi (6), beli (6), jadi (6), years (5), ago (5), august (5), buat (5), dari (5), dalam (5), pulak (5), hari (5), belajar (5), kena (5), hanan (5), march (4), semua (4), setiap (4), dengan (4), baca (4), gambar (4), saja (4), tahun (4), seuss (4), update (4), bila (4), jalan (4), the (3), december (3), february (3), may (3), 2010 (3), chicken (3), egg (3), lama (3), mana (3), menarik (3), perkataan (3), sebelum (3), banyak (3), kalau (3), dengar (3), balik (3), rumah (3), macam (3), kali (3), tajuk (3), kita (3), ayat (3), sebenarnya (3), sendiri (3), tuesday (3), jumpa (3), rasa (3), kerja (3), solehah (3), jaga (3), minggu (3), tanya (3), flower (3), bangun (3), teacher (3), busy (3), kulit (3), telur (3), cute (2), cik (2), for (2), september (2), november (2), january (2), posts (2), home (2), budak (2), diberi (2), majalah (2), princess (2), tahu (2), selalu (2), alhamdulillah (2), terus (2), siri (2), bagus (2), mungkin (2), phonic (2), internet (2), menggunakan (2), lebih (2), nanti (2), habis (2), gunting (2), akan (2), termasuk (2), satu (2), bahasa (2), duduk (2), cina (2), ialah (2), shopping (2), dapat (2), harga (2), sejak (2), sangat (2), baik (2), kami (2), juga (2), bukan (2), terbaru (2), kan (2), cari (2), malas (2), start (2), birthday (2), kek (2), snow (2), white (2), cepat (2), berlalu (2), walaupun (2), cantik (2), bunga (2), ajar (2), akhirnya (2), rekod (2), mati (2), kenapa (2), ooo (2), esok (2), sun (2), dia (2), cara (2), cuma (2), tidur (2), besar (2), diri (2), sambil (2), mulut (2), lepas (2), memunggah (2), jugak (2), tau (2), keluar (2), tiap (2), bahan (2), watermark, theme, powered, blogger, contributors, swimming, yarns, hobby, sewing, pendaftaran, ahli, pengedar, shaklee, hello, 2015, sew, 2017, fenny, pooh, inspirational, stackable, portable, washer, and, dryer, apartments, little, bag, list, 2007, april, july, 2008, june, 2009, archive, subscribe, atom, older, books, kegemaran, perempuan, berangan, biasanya, bulan, hanya, pilihan, atau, mickey, mouse, clubhouse, rules, aksi, layan, kecuali, kalah, pujukan, princessnya, setelah, silibus, kurang, segi, paling, guna, web, site, free, dibandingkan, mudah, mengenali, bunyi, huruf, media, komputer, interaktif, perut, review, orang, kata, read, easy, test, pada, demi, kurela, bakal, lahir, aksinya, kumon, tampal, kategori, hop, pop, beginers, book, thanks, seri, masalah, maklumlah, jawa, bugis, bercampur, ditambah, pekan, tanah, melayu, malangnya, master, kampung, pontian, cuti, baru, maka, aktiviti, santai, itu, ertikata, theraphy, complex, hajat, utama, mph, ahad, potongan, kawan, cadangkan, apa, berbanding, terdedah, kecil, latar, belakang, berbeza, sememangnya, terutama, pendidikan, tuah, tersebut, kerana, promosi, buy, nampaknya, suess, malah, sebutan, thursday, pengumuman, bersawang, nama, laman, sesawang, alasan, usahakan, bersunguh, sungguh, kebelakangan, publish, semuanya, tulis, menulis, blogspot, com, jangan, jelous, cukup, staff, special, case, share, direquest, skuter, hadiah, tunggulah, sampai, kat, jual, bayangkan, mesti, peluang, doakan, muslimah, sejati, sihat, comel, tertulis, menerkam, monday, school, tanam, belum, ekspress, berjanji, bertahan, marah, berbunga, umur, sama, kira, excellent, tuh, waktu, malam, matilah, just, sleep, come, wakeup, lah, letak, bawah, itulah, menerima, kenyataan, inilah, maksudkan, menanam, biji, benih, senang, faham, sesuai, rm3, written, lorraine, lee, penerbit, pelangi, packet, seeds, arwah, alahai, cepatnya, layak, volunteer, menawarkan, sementara, mengemas, mengajar, mengomel, suruh, ikut, sebut, adalah, minit, sambung, mainan, dibantu, kakaknya, part, barang, mcm, says, comment, touching, penat, sekali, dua, ragam, rajinkan, supaya, dipinggirkan, merajuk, perhatian, yes, salah, terlalu, kerap, salahkan, ajak, pergi, payah, bawak, wednesday, craft, kertas, warna, mata, gliter, dusk, marker, gam, water, color, material, alat, karya, berkongsi, meja, makan, lukisan, gigit, disangkakan, biskut, multitasking, menampal, sebelah, tangan, puzzle, telinga, suara, membebel, tengok, rancangan, craf, berbaloi, touch, sikit2, frame, from, saturday,
Text of the page (random words):
anak solehah ibu daddy anak solehah ibu daddy saturday october 22 2011 chicken or the egg chicken from egg ini cuma tajuk karya iman terbaru untuk minggu ini 3 hari ibu kena berkongsi meja makan dengan bahan bahan untuk buat lukisan adik hanan pun dah gigit kulit telur yang disangkakan biskut iman sangat multitasking menampal kulit telur sebelah tangan lagi buat puzzle di internet telinga pulak sambil dengar suara tv dan ibu membebel ibu yang banyak kerja sebab tiap kali iman tengok rancangan craf ibu pulak kena belajar sebab nak ajar iman akhirnya berbaloi cantik jugak anak ibu buat walaupun ibu yang touch up sikit2 nanti kita frame kan ye material dan alat kulit telur water color gam marker gliter dusk mata kertas warna mulut posted by puanseri at 12 32 am 3 comments labels craft wednesday august 24 2011 bila dah tak busy daddy iman tau bila daddy dah tak busy masa tu iman dah besar daddy tak payah bawak iman jalan jalan shopping sebab iman dah boleh pergi sendiri ini ayat iman merajuk untuk menarik perhatian yes ibu salah sebab terlalu kerap salahkan daddy busy kerja tiap kali iman ajak keluar jalan jalan ibu touching tau dengar ayat iman macam ni sebenarnya ibu yang malas keluar rumah sejak ada adik hanan ibu penat jaga sekali dua ragam lepas ni ibu kena rajinkan diri supaya iman tak rasa dipinggirkan lagi posted by puanseri at 11 37 am 1 comment labels iman says tuesday august 23 2011 teacher iman alahai kakak cepatnya besar dan memang layak jadi kakak dah boleh jadi teacher volunteer menawarkan diri sementara ibu mengemas sambil mengajar mulut mengomel mcm ibu jugak suruh adik ikut sebut adalah 10 minit adik boleh duduk masa belajar lepas tu sambung memunggah balik mainan dan buku buku dibantu kakaknya adik pulak jadi teacher kakak part memunggah barang posted by puanseri at 9 01 am no comments labels hanan tuesday may 10 2011 pink flower tidur bunga pink tu pokok iman dan satu lagi pokok ibu dah lama iman nak belajar tanam pokok tapi ibu belum ajar jadi kita beli yang ekspress masa beli berjanji nak jaga tapi akhirnya bertahan 3 minggu saja ibu tak marah sebab rekod ibu jaga pokok berbunga pun 3 minggu dah mati umur iman 4 tahun dan rekod sama ibu kira excellent dah tuh bila tanya kenapa pokok iman mati tanya waktu malam ooo tak matilah ibu pink flower just sleep esok bila sun come up dia wakeup lah macam iman esok tanya lagi kenapa pokok ni tak bangun bangun ooo kakak iman baca dalam buku pokok kena letak bawah sun bukan dalam rumah sebab itulah dia tak bangun ok iman tak dapat menerima kenyataan arwah pink flower bunga pink tidur inilah buku yang iman maksudkan cara cara menanam pokok dari biji benih buku ni senang faham sesuai la untuk budak 3 4 tahun harga cuma rm3 tajuk a packet of seeds penerbit pelangi written by lorraine lee posted by puanseri at 11 50 pm no comments labels home school monday march 28 2011 iman is 4 hanan nak menerkam kek iman is 4 kakak dah 4 tahun on 26 march 2011 ibu dan daddy doakan iman jadi muslimah sejati anak solehah sihat selalu cantik comel kakak yang baik banyak lagi tak tertulis ibu rasa cepat saja masa berlalu walaupun setiap hari ibu ada dengan iman ibu bayangkan kalau ibu kerja mesti lagi cepat masa berlalu yang ibu akan rasa alhamdulillah diberi peluang ini kek princess snow white tu yang direquest iman sendiri iman nak skuter gambar snow white tapi ibu dan daddy cari tak jumpa jumpa jadi hadiah birthday tunggulah sampai ibu jumpa kat mana jual posted by puanseri at 3 27 pm 3 comments labels birthday tuesday october 5 2010 update blog iman bersawang ibu tak update nama pun laman sesawang ibu tak ada masa sebenarnya alasan kan masa boleh cari kalau ibu usahakan bersunguh sungguh ibu malas la kebelakangan ni sebenarnya ibu update tapi tak publish sebab semuanya tak habis tulis ok start hari ni ibu start menulis lagi termasuk blog ibu sendiri puanseri blogspot com adik hanan jangan jelous eh kakak iman ada blog ibu tak cukup staff nak update semua adik special case share blog ibu posted by puanseri at 1 57 pm no comments labels pengumuman thursday february 18 2010 terbaru dr seuss sebab ibu tak balik kampung pontian cuti tahun baru cina ni maka aktiviti kita ialah santai itu ayat untuk iman dan daddy dalam ertikata ibu ialah theraphy shopping complex memang hajat utama nak beli buku di mph sebab hari ahad daddy dapat 5 potongan harga ada kawan ibu cadangkan beli buku dr seuss untuk anak anak sebelum ni ibu tak tahu pun dr seuss buku apa berbanding daddy yang lebih terdedah sejak kecil memang latar belakang ibu dan daddy sangat berbeza dan ini sememangnya baik untuk kami terutama dalam pendidikan anak anak tuah kami juga beli buku dr seuss hari tersebut kerana ada ada promosi buy 3 for 2 dan nampaknya bukan iman saja yang belajar dari buku dr suess malah ibu juga kena belajar sebutan dari daddy thanks daddy seri memang ada masalah bahasa maklumlah jawa bugis dah bercampur ditambah duduk pekan cina di tanah melayu malangnya semua bahasa tu tak master satu lagi tajuk hop on pop ini beginers book ibu pun dah termasuk kategori ini ini buku kumon ke 3 iman setiap kali dah habis gunting dan tampal iman akan gunting gambar gambar dari majalah ibu pulak demi anak kurela dan adik bakal lahir nanti macam mana pulak aksinya ibu baca review semua orang kata bagus sebab tu beli buku phonic read easy balik saja rumah terus buat test pada iman adik dalam perut dengar ya alhamdulillah terus boleh baca siri 1 tapi setelah ibu baca setiap siri 1 8 silibus memang bagus tapi kurang menarik dari segi gambar dan perkataan mungkin sebelum ini ibu paling banyak guna web site dan buku buku phonic free di internet kalau dibandingkan memang iman lagi mudah mengenali bunyi huruf dengan perkataan perkataan menggunakan media sebelum ini dan mungkin menggunakan komputer lebih menarik dan interaktif ini memang buku kegemaran semua budak perempuan boleh berangan lama lama biasanya setiap bulan iman hanya diberi 1 pilihan majalah princess atau mickey mouse clubhouse iman pun dah tahu rules ni buat aksi cute mana pun ibu tak layan kecuali daddy selalu kalah dengan pujukan princessnya posted by puanseri at 10 44 am 2 comments labels books older posts home subscribe to posts atom blog archive 2011 5 october 1 chicken or the egg august 2 may 1 march 1 2010 10 october 1 february 3 january 6 2009 29 december 2 november 5 october 10 september 1 august 6 june 5 2008 19 december 1 october 3 july 1 may 1 april 5 march 4 february 1 january 3 2007 25 december 3 november 4 october 3 september 5 august 10 my blog list my little pink bag 25 inspirational stackable portable washer and dryer for apartments 7 years ago cik fenny n cik pooh 2017 9 years ago sew cute hello 2015 11 years ago pendaftaran ahli pengedar shaklee 12 years ago my hobby is sewing swimming in the yarns 13 years ago contributors iman puanseri watermark theme powered by blogger
|