Meta tags:
Headings (most frequently used words):
august, 2009, jariahzaini, thursday, wednesday, hargai, masa, about, me, blog, archive, kukenal, erti, abc, pemanasan, global, pemakanan,
Text of the page (most frequently used words):
dan (66), gas (41), yang (26), akan (22), juga (19), dalam (18), bumi (16), seperti (15), daripada (14), boleh (14), ini (14), #global (13), adalah (12), menyebabkan (12), mengurangkan (12), kolestrol (12), tenaga (12), untuk (12), sumber (12), rumah (12), hijau (12), vitamin (11), suhu (11), bagi (10), mengandungi (10), peningkatan (10), harus (10), pemanasan (9), buah (9), secara (9), dengan (9), atmosfera (9), oleh (9), sinaran (9), negara (9), comments (8), posted (8), makanan (8), penyakit (8), sebagai (8), purata (8), cfc (8), tersebut (8), ozon (8), kawasan (8), perubahan (8), jariah (7), dapat (7), kita (7), menurunkan (7), atau (7), lemak (7), elektrik (7), cuaca (7), hutan (7), lebih (6), jenis (6), tubuh (6), zat (6), dlm (6), darah (6), serta (6), batu (6), pula (6), jantung (6), karbon (6), meningkat (6), pengangkutan (6), penggunaan (6), pengeluaran (6), lapisan (6), laut (6), tahun (6), sayur (5), kalsium (5), masalah (5), tidak (5), air (5), kadar (5), apakah (5), disebabkan (5), manusia (5), menyerap (5), bertindak (5), seterusnya (5), aras (5), pada (5), dijangka (5), utk (4), kaya (4), dgn (4), besi (4), kulit (4), jambu (4), banyak (4), penting (4), kesihatan (4), ldl (4), mempunyai (4), kepada (4), lain (4), itu (4), mampu (4), sistem (4), setiap (4), kandungan (4), telah (4), aktiviti (4), dioksida (4), semula (4), haba (4), aerosol (4), tin (4), pengguna (4), label (4), produk (4), menggunakan (4), pemakanan (3), august (3), 2009 (3), sihat (3), menjadi (3), seleri (3), fosforus (3), tinggi (3), dipercayai (3), paling (3), gigi (3), delima (3), dimakan (3), jusnya (3), panas (3), asid (3), kajian (3), betik (3), berupaya (3), mencegah (3), meningkatkan (3), kacang (3), kuaci (3), kering (3), hari (3), badan (3), mengamalkan (3), oat (3), sebanyak (3), jumlah (3), bagaimanakah (3), matahari (3), penjanaan (3), radiasi (3), penipisan (3), pulau (3), contoh (3), bekalan (3), industri (3), fosil (3), bahan (3), membeli (3), terhadap (3), pergantungan (3), awam (3), lestari (3), kerajaan (3), title (2), http (2), thm (2), a01 (2), yimg (2), com (2), image (2), 004052335175ad3a (2), kukenal (2), erti (2), abc (2), may (2), 9th (2), 2008 (2), menjauhkan (2), drp (2), mengawal (2), merupakan (2), sejenis (2), biasanya (2), digunakan (2), tekanan (2), haid (2), merawat (2), gusi (2), luka (2), kekurangan (2), manakala (2), bunga (2), larut (2), membantu (2), terutamanya (2), baik (2), mahupun (2), dibuat (2), jus (2), ada (2), minum (2), ulser (2), pembuangan (2), besar (2), anti (2), kesan (2), degupan (2), kecil (2), mentah (2), wanita (2), menghalang (2), kubis (2), agen (2), disamping (2), selain (2), lagi (2), soya (2), popular (2), hdl (2), rendah (2), pelbagai (2), flavanoid (2), risiko (2), epal (2), kanak (2), omega (2), melindungi (2), tanah (2), mangga (2), kismis (2), sebahagian (2), diet (2), anda (2), sesuai (2), apabila (2), monoksida (2), metana (2), nitrus (2), oksida (2), mengeluarakan (2), tujuan (2), pengawalan (2), propellant (2), kehidupan (2), ultra (2), uvb (2), akibat (2), sangat (2), bandar (2), mengalami (2), kenaikan (2), mempengaruhi (2), kekerapan (2), hingga (2), mengikut (2), khatulistiwa (2), tempoh (2), musim (2), sejuk (2), kemarau (2), memerangkap (2), mengeluarkan (2), pembakaran (2), arang (2), petroleum (2), billion (2), tan (2), setahun (2), penebangan (2), hidup (2), kerana (2), api (2), pastikan (2), kenderaan (2), persendirian (2), sampah (2), sisa (2), dilakukan (2), pihak (2), peringkat (2), negeri (2), undang (2), pembalakan (2), berasaskan (2), usaha (2), peralatan (2), perkakas (2), jariahzaini (2), skip (2), design, finalsense, blog, archive, view, complete, profile, about, hargai, masa, subscribe, posts, atom, home, terkena, sebarang, bertenaga, berikut, enam, terdiri, sayuran, buahan, diambil, mudah, dijangkiti, berbatang, lembut, sodium, potassium, magnesium, karotin, kompleks, perubatan, traditional, melancarkan, pusingan, mengatasi, keputihan, malah, jerawat, ruam, isi, keras, penyembuhan, skurvi, sembuh, sempurna, daun, iaitu, pektin, serabut, delimakebiasaannya, sedap, segar, minuman, sirap, menjadikannya, salad, rojak, rawatan, demam, batuk, mulut, melawaskan, tanin, sitrik, oksidan, antitumor, keatas, haiwan, borik, antiseptik, kalium, karpain, melambatkan, membunuh, amoeba, merangsang, rebusan, muda, durian, belanda, bila, masak, aiskrim, metabolisme, penyerapan, nutrien, membentuk, tulang, pembekuan, amat, putus, osteoporosis, antikanser, berbanding, sayur2an, dikatakan, perut, bakteria, imunisasi, dimasak, dijadikan, ulam, khas, diri, diproses, untk, mendapatkan, soyamengandungi, protein, lesitin, galian, dptmenghidarkan, kencing, manis, mineral, ygmembantu, memecah, menyusutkan, jahat, danmeningkatkan, kandunan, pola, bolehmenaikkan, sekali, gus, menghadkan, mulakanpengambilan, tawar, dari, labu, matahariuntuk, menambah, antar, limau, banyakmengandungi, pengambilannya, menyingkirkan, lebihan, ldlsehingga, sserangan, bolehdiperolehi, the, brokoli, tomato, bawang, epalmemakan, sebiji, meminum, cukup, membekalkankhasiat, ygmemakan, segera, dankemudian, memakan, sebenarnyamenyimbangkan, berlaku, kemak, ikan, tuna, termasuk, salmon, makarel, khusus, kolestrolldl, tanahkacang, dipanggang, radikal, bebas, agar, merosakkan, kolesterol, dandapat, menghindari, serangan, terdapat, belimbing, kedodong, rambutan, strawberi, kiwi, ldldlm, sebatian, sesiap, dietdgn, 400, kalori, darahsebanyak, saintifik, dijalankan, menunjukkan, bahawapengambilan, pagi, seratmudah, mengurankan, sekiranyadijadikan, paras, disyorkanmengambilnya, mencukupi, memastikan, khasiatnyabertindak, balas, disyorkan, ialah, 400gm, sehari, iaitusebiji, setengah, selama, empat, minggu, mereka, ingin, beratbadan, tanpa, melupakan, seimbang, pilihan, antikolestrol, permukaan, semulajadi, terjadi, kloro, flourokarbon, dikeluarkan, kolektif, aktivi, udara, airconditioning, bekas, menyebakan, dinamakan, anthropogenic, antara, meyebabkan, merbahaya, lembayung, sperti, sampai, kanser, mata, iklim, dipengaruhi, perbezaan, wap, mengubah, climate, change, pencairan, ais, glasier, artic, antartika, tepi, new, york, rotterdam, sudah, mula, island, states, seperrti, vanuatu, kehilangan, beberapa, jangkaan, bahawa, intensity, ribut, salah, satu, kekuatan, kebinasaan, rebut, katrina, amerika, syarikat, 2005, banjir, dialami, malaysia, hujung, 2006, awal, 2007, 15cm, 2050, 34cm, 2100, model, matematik, darjah, celcius, 2030, pelepasan, utara, berkurang, selatan, berpanjangan, kelembapan, tumbuhan, ditanam, pertanian, sesebuah, menangani, timbul, miskin, menghadapi, ketara, green, house, gases, jika, terlalu, contohcontoh, pemerangkapan, metric, co2, metrik, cat, memudaratkan, stratosfera, membenarkan, kemasukan, ungu, membahayakan, sel, saya, disumbangkan, memberhentikan, baca, pilih, kebanyakan, athropogenic, permintaan, penjimatan, ubah, cara, memandu, ketika, kurang, kesesakan, lalulintas, diselengara, tertentu, berjalan, berbasikal, perjalan, jarak, dekat, kurangkan, dibuang, bertanggunjawab, pereputan, organik, menggalakkan, kayukayan, mana, kayu, sedemikian, datang, diurus, penanaman, keseluruhan, penuh, bertanggungjawab, fikir, dahulu, sebelum, guna, digubal, pengurusan, diamalkan, mengikuti, garis, panduan, dibangunkan, pembangunan, garispanduan, pensijilan, fsc, forest, stewarship, council, kebangsaan, kerjasama, kerajan, tempatan, pelbagain, pemantauan, mengalakkan, industriindustri, motor, efisien, infrastruktur, diperluaskan, perumahan, supaya, kereta, dikurangkan, selamat, kaum, menjadikan, pelabelan, kecekapan, letrik, lampu, peti, wajib, mandatori, mengenakan, tindakan, mengelakkan, penjualan, penyalahgunaan, alternatif, diperbaharui, wednesday, thursday, sidebar, main,
Text of the page (random words):
jariahzaini skip to main skip to sidebar jariahzaini thursday august 6 2009 kukenal erti abc posted by jariah at 3 30 am no comments posted by jariah at 12 27 am no comments http thm a01 yimg com image 004052335175ad3a posted by jariah at 12 21 am no comments wednesday august 5 2009 posted by jariah at 11 57 pm no comments pemanasan global pemanasan global apakah itu pemanasan global o peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global dan disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara semulajadi bagaimanakah pemanasan global terjadi o apabila gas gas seperti karbon monoksida karbon dioksida kloro flourokarbon cfc metana dan nitrus oksida menyerap sinaran daripada matahari dan mengeluarakan semula sinaran tersebut suhu purata atmosfera bumi akan meningkat gas gas ini juga menyerap tenaga haba yang dikeluarkan daripada sistem atmosfera bumi ini secara kolektif akan meningkatkan lagi suhu purata atmosfera bumi o aktiviti aktivi manusia seperti penjanaan tenaga elektrik peningkatan pengangkutan dan penggunaan cfc untuk tujuan pengawalan udara airconditioning dan sebagai propellant dalam bekas aerosol telah menyebakan pengeluaran gas gas tersebut meningkat sumber gas gas seperti ini yang disebabkan oleh aktiviti manusia dinamakan gas gas anthropogenic o antara gas gas rumah hijau yang paling banyak menyerap radiasi tenaga haba daripada bumi adalah cfc cfc pula bertindak dengan gas ozon daripada lapisan ozon dan meyebabkan penipisan lapisan ozon lapisan ozon bertindak melindungi kehidupan bumi daripada radiasi merbahaya seperti sinaran ultra lembayung uv b penipisan lapisan ozon seterusnya akan menyebabkan radiasi sperti uvb sampai ke bumi dan akan menyebabkan peningkatan dalam kanser kulit dan penyakit mata apakah akibat pemanasan global o cuaca dan iklim bumi sangat dipengaruhi oleh perbezaan suhu dan kandungan wap air peningkatan purata suhu atmosfera bumi akan mengubah cuaca climate change di bumi pemanasan global juga akan menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan artic dan antartika ini akan menyebabkan peningkatan dalam aras laut kawasan kawasan dan bandar bandar tepi laut seperti new york dan rotterdam sudah mula mengalami kenaikan aras laut negara negara pulau island states seperrti vanuatu telah kehilangan beberapa pulau pulau kecil akibat kenaikan aras laut o ada juga jangkaan bahawa perubahan cuaca akan mempengaruhi kekerapan dan intensity ribut salah satu contoh adalah kekuatan dan kebinasaan yang disebabkan oleh rebut katrina di amerika syarikat pada tahun 2005 dan banjir yang dialami di malaysia di hujung tahun 2006 hingga awal tahun 2007 o aras laut pula dijangka meningkat 15cm pada tahun 2050 dan 34cm pada tahun 2100 o mengikut model matematik perubahan cuaca suhu purata global akan meningkat 1 hingga 2 darjah celcius pada tahun 2030 disebabkan peningkatan dalam pelepasan gas gas rumah hijau o adalah dijangka dengan perubahan cuaca kawasan kawasan di utara khatulistiwa akan menjadi lebih panas dan tempoh musim sejuk akan berkurang negara negara di selatan khatulistiwa pula akan menjadi lebih panas dan suhu musim kemarau akan meningkat tempoh kemarau juga akan berpanjangan dengan itu adalah dijangka kawasan kawasan seperti ini akan mengalami kekurangan bekalan air o perubahan cuaca bumi akan menyebabkan perubahan dalam kandungan kelembapan tanah dan seterusnya perubahan dalam jenis tumbuhan yang sesuai untuk ditanam ini akan mempengaruhi industri pertanian sesebuah negara o peningkatan purata suhu global perubahan cuaca dan peningkatan aras laut akan menyebabkan perubahan dalam kehidupan manusia negara negara yang kaya dijangka berupaya menangani masalah masalah yang akan timbul negara negara miskin dijangka akan menghadapi masalah yang lebih ketara apakah gas rumah hijau atau green house gases o gas gas rumah hijau adalah gas gas yang menyerap sinaran daripada matahari dan mengeluarakan semula sinaran tersebut dan jika terlalu banyak gas gas tersebut di atmosfera suhu purata atmosfera bumi akan meningkat contohcontoh gas tersebut adalah karbon dioksida karbon monoksida cfc dan nitrus oksida bagaimanakah gas rumah hijau ini bertindak menyebabkan pemanasan global o gas gas ini akan menyerap dan memerangkap sinaran daripada matahari ke bumi dan mengeluarkan semula sinaran tenaga tersebut gas gas ini juga memerangkap sinaran tenaga haba daripada bumi pemerangkapan tenaga haba oleh gas gas rumah hijau ini menyebabkan peningkatan purata suhu atmosfera bumi secara global apakah sumber sumber gas rumah hijau o pembakaran sumber tenaga fosil seperti arang batu dan petroleum menyebabkan pengeluaran sebanyak 5 4 billion tan metric gas karbon dioksida co2 setahun penebangan hutan pula menyebabkan pengeluaran sebanyak 1 6 billion tan metrik karbon dioksida setahun o cfc yang digunakan dalam pengawalan suhu cat dan sebagai propellant dalam tin aerosol adalah gas yang sangat memudaratkan disamping bertindak sebagai agen dalam pemanasan global ia juga bertindak dengan ozon pada lapisan ozon stratosfera ini menyebabkan penipisan lapisan ozon dan seterusnya membenarkan kemasukan sinaran ultra ungu b uvb yang membahayakan sel hidup bagaimanakah saya sebagai pengguna dapat mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau o oleh kerana sebahagian besar jumlah gas gas rumah hijau di atmosfera disumbangkan oleh aktiviti manusia kita sebagai pengguna harus memberhentikan penggunaan bahan yang mengandungi cfc apabila membeli tin tin aerosol baca label dan pilih produk dalam tin aerosol yang tidak menggunakan cfc o kebanyakan pengeluaran athropogenic gas gas rumah hijau adalah disebabkan pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum oleh kerana itu sebagai pengguna kita harus mengurangkan permintaan terhadap bekalan elektrik dengan mengamalkan penjimatan bekalan elektrik ubah cara hidup kita untuk mengurangkan pergantungan kepada pengangkutan seperti memandu ketika kurang kesesakan lalulintas pastikan kenderaan diselengara mengikut kekerapan tertentu anda juga boleh mengurangkan pergantungan kepada kenderaan persendirian dan menggunakan pengangkutan awam dan berjalan atau berbasikal untuk perjalan jarak dekat o kurangkan penjanaan sampah dan pastikan sampah dibuang dengan bertanggunjawab pereputan sisa sisa organik mengeluarkan gas gas rumah hijau seperti metana o kita harus membeli dan seterusnya menggalakkan penggunaan produk kayukayan di mana sumber kayu untuk produk produk sedemikian datang daripada hutan yang diurus secara lestari dan mengamalkan penanaman semula hutan o secara keseluruhan kita harus menggunakan sumber sumber bumi dengan penuh bertanggungjawab fikir dahulu sebelum guna membeli apakah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau o di peringkat negeri pelbagai undang undang boleh digubal untuk mengurangkan pembalakan dan penebangan hutan pengurusan hutan yang lestari juga harus diamalkan pembalakan dan industri berasaskan sumber sumber hutan harus mengikuti garis panduan yang telah dibangunkan untuk tujuan pembangunan industri berasaskan hutan secara lestari contoh contoh garispanduan tersebut adalah seperti pensijilan fsc forest stewarship council o di peringkat kebangsaan dan dengan kerjasama kerajan negeri dan tempatan pelbagain usaha usaha pemantauan dapat dilakukan untuk mengalakkan industriindustri menggunakan peralatan seperti motor yang efisien dan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik o infrastruktur dan sistem pengangkutan awam harus diperluaskan ke kawasan perumahan supaya penggunaan kereta persendirian juga boleh dikurangkan sistem pengangkutan awam juga harus selamat untuk pengguna terutamanya bagi kaum wanita o kerajaan juga boleh menjadikan pelabelan kecekapan tenaga bagi peralatan letrik seperti lampu peti sejuk dan lain lain perkakas elektrik wajib atau mandatori seterusnya mengenakan tindakan untuk mengelakkan penjualan perkakas elektrik yang tidak mempunyai label atau penyalahgunaan label label tersebut o pihak kerajaan juga harus meningkatkan kajian terhadap penggunaan sumber tenaga alternatif yang boleh diperbaharui bagi pengangkutan dan penjanaan tenaga elektrik kita harus mengurangkan pergantungan terhadap bahan api fosil posted by jariah at 6 57 pm no comments pemakanan 6 makanan yang boleh menjauhkan penyakit may 9th 2008 no comments posted in makanan kesihatan makanan yang sihat dapat menjauhkan kita drp terkena sebarang penyakit dan menjadi lebih bertenaga berikut adalah enam jenis makanan yg terdiri daripada sayur sayuran dan buah buahan yang boleh diambil utk mengawal tubuh daripada mudah dijangkiti penyakit 1 seleri seleri merupakan sejenis sayur berbatang lembut kaya dgn zat besi kalsium fosforus sodium potassium magnesium karotin vitamin a b kompleks dan c biasanya ia digunakan dlm perubatan secara traditional bagi menurunkan tekanan darah tinggi sayur ini juga dipercayai dapat melancarkan pusingan haid dan mengatasi masalah keputihan malah seleri boleh merawat penyakit kulit seperti jerawat serta ruam 2 jambu batu kulit buah dan isi yg keras paling banyak mengandungi vitamin c yg penting utk kesihatan kulit gigi gusi dan penyembuhan luka kekurangan vitamin c boleh menyebabkan penyakit skurvi masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dgn sempurna manakala daun dan bunga jambu batu pula mengandungi vitamin b iaitu pektin sejenis serabut larut yg dapat membantu mengurangkan kolestrol dlm darah terutamanya kolestrol tidak baik jenis ldl 3 buah delimakebiasaannya buah delima sedap dimakan segar mahupun dibuat minuman jus sirap dan ada juga yg menjadikannya sebagai salad buah dan sayur serta rojak jusnya di minum utk rawatan demam panas batuk ulser dlm mulut dan melawaskan pembuangan air besar delima mengandungi tanin asid sitrik mempunyai anti oksidan dan kesan antitumor dlm kajian keatas haiwan vitamin c dan asid borik yg mempunyai kesan antiseptik 4 betik buah ini mengandungi kalium kalsium vitamin a c dan karpain berupaya melambatkan degupan jantung menurunkan tekanan darah tinggi membunuh amoeba dan merangsang pembuangan air kecil air rebusan betik muda dipercayai dapat merawat darah tinggi 5 durian belanda dimakan mentah bila masak dibuat jus buah atau aiskrim ia juga mengandungi fosforus kalsium vitamin b dan c fosforus penting utk metabolisme tenaga penyerapan nutrien membentuk tulang dan gigi yg sihat manakala kalsium pula penting bagi pembekuan darah serta mengawal degupan jantung ia juga amat penting kepada wanita yg putus haid bg menghalang osteoporosis 6 kubis dipercayai kubis mengandungi agen antikanser lebih berbanding dgn sayur2an lain disamping itu ia juga dikatakan mampu mencegah ulser perut selain drp mengandungi anti bakteria bagi meningkatkan lagi sistem imunisasi tubuh sayur ini biasanya dimakan mentah dimasak mahupun dijadikan sebagai ulam khas bagi kesihatan diri 10 makanan antikolestrol may 9th 2008 no comments posted in makanan kesihatan 1 soya kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan kacang soyamengandungi 48 protein lesitin vitamin zat galian ia juga dptmenghidarkan penyakit jantung kencing manis kaya kalsium mineral ygmembantu memecah lemak ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat ldl danmeningkatkan kadar lemak baik hdl 2 kuaci kuaci mempunyai kandunan zat besi pola pemakanan yg rendah dgn zat besi bolehmenaikkan kadar kolestrol ldl sekali gus menghadkan kolestrol hdl mulakanpengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahariuntuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol 3 buah kering antar pelbagai jenis buah kering limau kering adalah yg paling banyakmengandungi flavanoid pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak ldlsehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung flavanoid juga bolehdiperolehi dalam the brokoli tomato bawang serta delima 4 epalmemakan sebiji epal meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkankhasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan kanak kanak ygmemakan makanan segera dankemudian memakan epal minum jusnya sebenarnyamenyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan 5 ikan tuna termasuk sumber asid lemak omega 3 yg popular selain salmon dan makarel omega 3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrolldl 6 kacang tanahkacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin e ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol ldl dandapat menghindari tubuh daripada serangan jantung 7 mangga vitamin c banyak terdapat dalam mangga sumber lain belimbing kedodong betik rambutan strawberi dan kiwi vitamin c berupaya mencegah kolestrol ldldlm tubuh 8 kismis mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol sesiap yg mengamalkan dietdgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darahsebanyak 8 9 oat lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawapengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah seratmudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranyadijadikan sebahagian diet rendah lemak kolestrol anda 10 jambu batu ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18 8 disyorkanmengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnyabertindak balas kepada tubuh jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari iaitusebiji setengah selama empat minggu bagi mereka yang ingin menurunkan beratbadan tanpa melupakan diet seimbang jambu batu adalah pilihan yg sesuai posted by jariah at 6 42 pm no comments home subscribe to posts atom hargai masa about me jariah view my complete profile blog archive 2009 6 august 6 kukenal erti abc no title http thm a01 yimg com image 004052335175ad3a no title pemanasan global pemakanan design by finalsense
|