Meta tags:
description= Posts about News Clips written by wong jimmy;
Headings (most frequently used words):
2008, march, september, 23, tawau, woes, 26, 19, top, jimmy, wong, weblog, saya, akan, terus, lantang, bersuara, kontraktor, kontractor, mpt, perlu, melaksanakan, tugas, dengan, sempurna, water, different, ball, game, now, thank, you, pages, categories, archives, blog, stats, recent, comments, posts, clicks, flickr, photos, feeds,
Text of the page (most frequently used words):
yang (31), jimmy (15), news (15), 2008 (14), tawau (13), wong (12), dan (12), dengan (12), pihak (11), 2009 (10), itu (10), clips (9), march (8), ini (8), kenderaan (8), katanya (8), #kontraktor (8), rakyat (8), september (7), 2012 (7), beliau (7), saya (7), tidak (7), juga (7), 2010 (6), posted (6), dalam (6), tapak (6), akan (6), untuk (6), kepada (6), mereka (6), perjanjian (6), open (5), april (5), comment (5), dibuat (5), letak (5), kereta (5), seperti (5), lagi (5), apabila (5), secara (5), bagi (5), weblog (4), water (4), activist (4), call (4), gov (4), gazette (4), august (4), may (4), february (4), click (4), thumbnail (4), read (4), add (4), turut (4), ingin (4), kawasan (4), terbuka (4), perkara (4), telah (4), syarikat (4), melaksanakan (4), perkhidmatan (4), baru (4), tanggungjawab (4), oleh (4), kerajaan (4), konsep (4), this (3), wordpress (3), com (3), top (3), comments (3), space (3), oil (3), council (3), 2007 (3), november (3), june (3), december (3), 2011 (3), hal (3), agar (3), pameran (3), kata (3), bandar (3), berhubung (3), mpt (3), atau (3), kenyataannya (3), menggesa (3), wang (3), tugas (3), sempurna (3), ada (3), tangga (3), longkang (3), dewan (3), undangan (3), negeri (3), terus (3), hak (3), melakukan (3), agensi (3), pemeriksaan (3), satu (3), perdagangan (3), bengkel (3), site (2), report (2), log (2), sign (2), subscribed (2), subscribe (2), now (2), blog (2), uncategorized (2), market (2), talk (2), support (2), suggestions (2), state (2), legislative (2), assembly (2), speech (2), sesb (2), road (2), proposals (2), questions (2), letter (2), palm (2), mail (2), minyak (2), fuel (2), lim (2), kit (2), siang (2), land (2), independence (2), illegal (2), immigrants (2), electricity (2), dumpsite (2), chinese (2), car (2), park (2), cabinet (2), abuse (2), photos (2), dap (2), january (2), july (2), 2013 (2), categories (2), about (2), clip (2), woes (2), sama (2), atas (2), dapat (2), dilakukan (2), pada (2), masa (2), langsung (2), masalah (2), pengguna (2), mendapatkan (2), berlainan (2), bangunan (2), tersebut (2), berkata (2), demikian (2), media (2), sini (2), terlibat (2), ditamatkan (2), setiap (2), kita (2), lihat (2), masih (2), sebagai (2), kualiti (2), kerja (2), sebagainya (2), perbandaran (2), hati (2), diamalkan (2), seharusnya (2), lebih (2), masyarakat (2), kerana (2), terbabit (2), ahli (2), sri (2), tanjung (2), statement (2), disiarkan (2), lantang (2), bersuara (2), serta (2), sahaja (2), wakil (2), sumpahnya (2), meskipun (2), teguran (2), namun (2), mana (2), benar (2), supaya (2), puspakom (2), negara (2), memandangkan (2), peluang (2), dimonopoli (2), unsur (2), lain (2), memeriksa (2), toyota (2), mekanik (2), insiden (2), get, started, design, like, with, collapse, bar, manage, subscriptions, view, reader, content, privacy, already, have, account, full, feeds, more, flickr, none, clicks, making, difference, perubahan, posts, sharecash, downloader, what, does, income, pro, lee, meng, annabelle, urged, tourism, board, dev, marguerite, ausmus, recent, 488, hits, stats, october, 2015, archives, youths, wanita, timber, sport, sebatik, raya, racial, promise, workpass, poll, police, native, motion, message, medical, garbage, flood, fiah, bombing, crime, cooking, citizenship, 24888188, select, category, pages, search, thank, you, different, ball, game, far, mencadangkan, sebarang, diadakan, bukannya, harap, dihentikan, datang, ditutup, dijadikan, menambahkan, situasi, mendatangkan, kesulitan, apatah, sememangnya, berhadapan, kekurangan, melahirkan, rasa, kesalnya, tindakan, berwajib, sering, menutup, hadapan, disewakan, mengadakan, ekspo, berikutan, bayaran, dipotong, jika, sen, nilainya, patut, mendapat, baik, tapi, cuba, berapa, kali, disapu, dicuci, tersumbat, keadaan, kotor, contoh, menjalankan, menyapu, sampah, mencuci, membersihkan, sekitar, dilihat, belum, memuaskan, dasar, penswastaan, ketika, memberi, manfaat, pembayar, cukai, dibayar, bulan, menggunakan, majlis, memastikan, semua, swasta, menandatangani, berkuasa, tempatan, surat, khabar, kontractor, perlu, membela, mempertahankan, menjadi, sebaik, mengangkat, sumpah, seorang, sze, phin, pembangkang, tunggal, semasa, melafazkan, menyandang, jawatan, diamanahkan, antara, lafaz, ialah, berkhidmat, penuh, sedaya, upayanya, tegasnya, mungkin, senang, disuarakan, olehnya, selagi, melibatkan, kepentingan, memperjuangkannya, begitu, bersedia, menyokong, berbincang, bertukar, tukar, fikiran, terbaik, termasuklah, mahu, mempertingkatkan, setakat, terdapat, beberapa, dilihatnya, memahami, misi, visinya, sebenar, bertindak, sebaliknya, menyatakan, pendiriannya, kelmarin, khasnya, kementerian, pengangkutan, segera, menamatkan, ubah, usaha, menghalang, bebas, perniagaan, kini, hanya, ianya, rasuah, tentunya, berlaku, pula, terpaksa, membayar, harga, mahal, mempunyai, pilihan, justeru, menyarankan, wujudnya, persaingan, mencetuskan, sihat, terkenal, umw, nissan, proton, kalau, diperiksa, jenis, contohnya, lagipun, bertauliah, sudah, tentu, kualitinya, terjamin, menepati, standard, percaya, banyak, kemalangan, dikurangkan, selain, fomema, ujarnya, haruslah, berlandaskan, jump, navigation, home, justice, for, sabah,
Text of the page (random words):
news clips jimmy wong weblog jimmy wong weblog justice for sabah home about jump to navigation saya akan terus lantang bersuara september 23 2008 posted by wong jimmy in news clips 2 comments statement yang disiarkan baru baru ini tawau saya akan terus lantang bersuara bagi membela serta mempertahankan hak hak masyarakat kerana perkara itu telah menjadi tanggungjawab saya sebaik sahaja saya mengangkat sumpah sebagai seorang wakil rakyat kata ahli dewan undangan negeri dap sri tanjung jimmy wong sze phin wakil rakyat pembangkang tunggal di dewan undangan negeri itu berkata semasa melafazkan sumpahnya bagi menyandang jawatan yang diamanahkan antara lafaz sumpahnya ialah untuk berkhidmat dengan penuh sedaya upayanya oleh yang demikian tegasnya meskipun ada pihak yang mungkin tidak senang hati dengan teguran teguran yang disuarakan olehnya namun selagi perkara itu melibatkan hak dan kepentingan rakyat beliau akan terus memperjuangkannya namun begitu saya juga bersedia untuk menyokong atau berbincang dan bertukar tukar fikiran dengan mana mana pihak yang benar benar ingin melakukan yang terbaik untuk rakyat termasuklah agensi agensi kerajaan yang mahu mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka katanya setakat ini katanya terdapat beberapa agensi kerajaan yang dilihatnya memahami misi dan visinya yang sebenar meskipun ada juga yang bertindak sebaliknya beliau menyatakan pendiriannya itu dalam kenyataannya kepada media di sini kelmarin berhubung perkara berlainan jimmy dalam kenyataannya turut menggesa kerajaan khasnya kementerian pengangkutan supaya segera menamatkan perjanjian dengan pihak puspakom berhubung tanggungjawab melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan kenderaan di negara ini kata beliau perjanjian yang dibuat itu tidak ubah seperti satu usaha yang menghalang konsep perdagangan bebas memandangkan peluang perniagaan yang seharusnya dibuat secara terbuka itu kini hanya dimonopoli oleh satu pihak sahaja apabila ianya dimonopoli oleh satu pihak unsur unsur rasuah tentunya akan berlaku dan rakyat pula terpaksa membayar harga yang mahal bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut memandangkan mereka tidak mempunyai pilihan yang lain katanya justeru itu jimmy menyarankan supaya tanggungjawab memeriksa kenderaan dibuat secara terbuka agar wujudnya persaingan yang secara tidak langsung mencetuskan konsep perdagangan sihat bagi peluang bengkel bengkel terkenal seperti umw nissan toyota proton dan sebagainya terlibat melaksanakan tanggungjawab memeriksa kenderaan kenderaan di negara ini kalau kenderaan yang ingin diperiksa itu jenis toyota contohnya bagi bengkel syarikat itu yang melakukan pemeriksaan lagipun apabila pemeriksaan dilakukan oleh mekanik mekanik mereka yang bertauliah sudah tentu kualitinya juga akan lebih terjamin serta menepati standard apabila konsep ini diamalkan saya percaya banyak insiden insiden kemalangan juga dapat turut dikurangkan katanya lagi selain dengan puspakom perjanjian perjanjian kerajaan dengan pihak pihak lain seperti fomema juga ujarnya haruslah turut ditamatkan dan dibuat berlandaskan konsep perdagangan secara terbuka kontraktor kontractor mpt perlu melaksanakan tugas dengan sempurna september 23 2008 posted by wong jimmy in council news clips add a comment statement yang telah disiarkan dalam surat khabar baru baru ini tawau ahli dewan undangan negeri sri tanjung jimmy wong menggesa pihak majlis perbandaran tawau mpt agar memastikan semua kontraktor kontraktor swasta yang telah menandatangani perjanjian dengan pihak berkuasa tempatan terbabit melaksanakan tugas mereka dengan sempurna katanya dasar penswastaan yang diamalkan ketika ini seharusnya memberi manfaat yang lebih kepada masyarakat dan pembayar cukai kerana kontraktor kontraktor terbabit dibayar pada setiap bulan menggunakan wang rakyat sebagai contoh katanya kualiti perkhidmatan kontraktor kontraktor yang menjalankan kerja kerja seperti menyapu sampah mencuci tangga membersihkan longkang dan sebagainya di sekitar perbandaran tawau dilihat masih belum memuaskan hati rakyat setiap sen wang rakyat ada nilainya mereka patut mendapat perkhidmatan yang baik tapi cuba kita lihat berapa kali bandar tawau kita lihat disapu dan tangga tangga bangunan dicuci longkang longkang juga tersumbat dan keadaan bandar masih kotor katanya lagi berikutan hal yang sama beliau menggesa wang bayaran kepada pihak kontraktor dipotong jika mereka tidak melaksanakan tugas dengan sempurna atau perjanjian dengan syarikat yang terlibat ditamatkan beliau berkata demikian dalam kenyataannya kepada media di sini dalam hal berlainan jimmy juga melahirkan rasa kesalnya berhubung tindakan pihak berwajib yang sering menutup kawasan tapak letak kereta di hadapan bangunan mpt untuk disewakan kepada syarikat syarikat yang ingin mengadakan ekspo atau pameran di kawasan tersebut situasi itu katanya telah mendatangkan kesulitan kepada pengguna kenderaan apatah lagi apabila bandar tawau sememangnya berhadapan dengan masalah kekurangan tapak letak kereta saya harap perkara seperti ini dapat dihentikan dan tidak lagi dilakukan pada masa masa akan datang apabila tapak letak kereta ditutup untuk dijadikan tapak pameran ia secara tidak langsung menambahkan lagi masalah pengguna kenderaan untuk mendapatkan tapak letak kereta kata beliau dalam hal sama beliau turut mencadangkan agar sebarang pameran yang ingin diadakan dibuat di kawasan tapak terbuka open space dan bukannya di atas kawasan letak kereta tawau woes march 26 2008 posted by wong jimmy in news clips tawau add a comment click thumbnail to read news tawau water woes march 26 2008 posted by wong jimmy in news clips water 1 comment so far click on thumbnail to read news a different ball game now march 19 2008 posted by wong jimmy in news clips add a comment click on thumbnail to read news clip thank you march 19 2008 posted by wong jimmy in news clips add a comment click on thumbnail to read news clip search pages about categories categories select category 24888188 1 abuse 7 cabinet 1 car park 1 chinese news 1 citizenship 1 cooking oil 1 council 3 crime 1 dumpsite 4 ec 1 electricity 3 fiah bombing 1 flood 1 garbage 1 illegal immigrants 2 independence 1 land 7 lim kit siang 3 medical 1 message 1 minyak fuel 5 motion 1 my e mail 1 native 1 news clips 6 oil palm 10 open letter 1 open space 19 pm 1 police report 1 poll 1 pr workpass 1 promise 1 proposals questions 1 racial 1 raya 1 road 3 sebatik 1 sesb 4 speech 11 sport 1 state legislative assembly 13 suggestions 1 support 2 talk 3 tawau 3 tawau market 2 timber 1 uncategorized 28 wanita 1 water 8 youths 1 archives february 2015 may 2013 april 2013 november 2012 october 2012 september 2012 april 2012 march 2012 february 2012 january 2012 december 2011 august 2011 june 2011 september 2010 july 2010 may 2010 april 2010 march 2010 february 2010 december 2009 september 2009 august 2009 july 2009 june 2009 may 2009 april 2009 march 2009 february 2009 january 2009 december 2008 november 2008 september 2008 august 2008 june 2008 may 2008 april 2008 march 2008 november 2007 september 2007 august 2007 blog stats 45 488 hits recent comments marguerite ausmus on dap urged tourism board to dev annabelle on activist call gov to gazette o lee meng on activist call gov to gazette o what does income pro on activist call gov to gazette o sharecash downloader on activist call gov to gazette o top posts making a difference perubahan top clicks none flickr photos more photos abuse cabinet car park chinese news council dumpsite electricity illegal immigrants independence land lim kit siang minyak fuel my e mail news clips oil palm open letter open space pm proposals questions road sesb speech state legislative assembly suggestions support talk tawau tawau market uncategorized water feeds full comments blog at wordpress com top subscribe subscribed jimmy wong weblog sign me up already have a wordpress com account log in now privacy jimmy wong weblog subscribe subscribed sign up log in report this content view site in reader manage subscriptions collapse this bar design a site like this with wordpress com get started
|