Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2010, jurnal, chef, monday, may, april, wednesday, tosei, pulau, di, 10, tuesday, 26, march, 31, sunday, february, 21, january, 18, about, me, followers, blog, archive, bubur, assyura, versi, penang, rawa, mutiara, pinang, kuih, serabik, yang, macam, lempeng, musim, terbaru, ravioli, bersama, sos, tomato, makan, malam, itali, duta, 36,
Text of the page (most frequently used words):
jurnal (25), chef (25), yang (23), untuk (19), kami (19), gram (15), dan (13), resepi (12), sedikit (11), memang (10), tosei (9), pulau (9), 2010 (9), beras (9), bubur (8), #assyura (8), riz (8), masakan (8), menu (8), kacang (8), comments (7), posted (7), tapi (7), episod (7), ini (7), paparkan (7), lagi (7), camca (7), 300 (7), penonton (6), semua (6), tak (6), masyarakat (6), pinang (6), besar (6), daun (6), gula (6), bahan (6), april (5), team (5), dari (5), dengan (5), garam (5), air (5), tentang (5), makanan (5), rawa (4), sendiri (4), mencuba (4), biji (4), ravioli (4), tomato (4), minyak (4), kali (4), musim (4), kalau (4), satu (4), apa (4), kampung (4), kuih (4), helai (4), pandan (4), halus (4), santan (4), uluthu (4), march (3), may (3), duta (3), sebab (3), khas (3), itali (3), iaitu (3), dalam (3), pasta (3), segar (3), memasak (3), sangat (3), korang (3), bolehlah (3), monday (3), ayam (3), bawang (3), putih (3), bersama (3), sos (3), masih (3), dah (3), terbaru (3), atau (3), adalah (3), akan (3), dulu (3), nak (3), jangan (3), lupa (3), rasanya (3), baba (3), nyonya (3), membuat (3), angkoo (3), tepung (3), merah (3), dikisar (3), malaysia (3), pun (3), january (2), february (2), mutiara (2), versi (2), penang (2), blog (2), posts (2), rumah (2), takde (2), telah (2), hidangan (2), istimewa (2), herba (2), saya (2), dua (2), penting (2), mudah (2), disediakan (2), jadi (2), cuba (2), makan (2), kulit (2), secukup (2), rasa (2), peminat (2), berada (2), banyak (2), pembaharuan (2), ada (2), kepada (2), berasaskan (2), pendapat (2), anda (2), rancangan (2), adios (2), wednesday (2), sekarang (2), serabik (2), seronok (2), sape (2), bagi (2), lama (2), baru (2), kan (2), india (2), melayu (2), lain (2), hijau (2), semalaman (2), teh (2), ubi (2), 400 (2), bahannya (2), pati (2), telur (2), pisang (2), bunga (2), telang (2), kering (2), 200 (2), pulut (2), cili (2), diperam (2), selama (2), jam (2), muda (2), skip (2), june, july, august, september, october, november, 2009, archive, followers, view, complete, profile, about, subscribe, atom, home, older, minggu, berkunjung, pula, ibu, angkat, datin, suri, 36a, taman, hmmm, azrul, pulak, dia, ader, hal, pengikut, setia, kongsikan, lasagna, forno, tagliatelle, primavera, istimewanya, menunjukan, cara, menyediakan, mengunakan, tanam, gabungan, basil, parsley, oregano, rosemary, gandingkan, sedap, terserlah, serinya, paling, nanti, kegemaran, malam, selamat, berinti, isi, cincang, puree, zaiton, lada, sulah, serbuk, stok, rebusan, negeri, melaka, bandaraya, bersejarah, amat, oleh, sunday, emm, saksikan, pertama, lakukan, cuma, penambahan, perubahan, contohnya, lebih, menjurus, menarik, berkongsi, tampilkan, meletakkan, sebagai, pengacara, tunggal, persembahan, bersedia, mendengar, komen, sahaja, dapat, mencantikkan, jumpa, hari, menyiarkan, kedua, new, season, banjar, pada, zaman, orang, kata, takdelah, boleh, diimprovisekan, mengikut, citarasa, sempatlah, menjelajah, sungai, sireh, tanjung, karang, best, merasa, kehidupan, singgah, sini, sesape, bagitau, sengaja, memaparkan, tradisional, simple, tau, macam, lempeng, jugak, update, sebenarnya, pulang, bila, terkenal, syurga, paparan, memfokuskan, muslim, kalangan, cina, peranakan, cuci, rendam, inti, pewarna, 150, keledak, rebus, hingga, lembut, ambil, isinya, lecek, doh, caramel, 250, saiz, kaya, mengalas, tin, panas, merendam, cair, 700, dicuci, bersih, direndam, tatai, kari, sawi, menggoreng, nasi, suji, halur, kemudian, lepas, popular, kira, ras, semuanya, suka, betul, kita, rakyat, kat, bawah, tuesday, keledek, ketul, kuda, labu, 500, emas, ikat, jagung, 600, yek, bercakap, tahu, terutamanya, dikalangan, sesuatu, agak, asing, maklumlah, kebanyakan, daripada, belaka, tengok, mujurlah, balik, tempat, menjalankan, penggambaran, bermurah, hati, memberikan, kerjasama, penyediaan, memerlukan, sidebar, main,
Text of the page (random words):
jurnal chef skip to main skip to sidebar monday may 10 2010 bubur assyura versi penang kalau bercakap tentang bubur assyura ni memang rasanya satu malaysia tahu tentang menu ni terutamanya dikalangan masyarakat melayu tapi untuk team jurnal chef dan riz sendiri memasak bubur assyura adalah sesuatu yang agak asing bagi kami maklumlah kebanyakan daripada team kami ni muda muda belaka riz pun dah lama tak tengok atau mencuba sendiri memasak bubur assyura ni tapi mujurlah masyarakat kampung di balik pulau tempat kami menjalankan penggambaran rancangan jurnal chef ini sangat bermurah hati memberikan kerjasama dalam penyediaan masakan bubur assyura yang memerlukan bahan yang banyak kepada penonton semua jangan lupa untuk mencuba resepi bubur assyura ini yek resepi bubur assyura tepung beras 1 kg gula merah 600 gram gula putih 1 kg kacang hijau 300 gram kacang merah 300 gram jagung 200 gram pisang emas 1 ikat santan 2 kg labu 500 gram kacang kuda 300 gram ubi keledek 2 ketul 2 helai daun pandan garam secukup rasa posted by jurnal chef at 8 23 pm 5 comments tuesday may 4 2010 tosei rawa tosei pulau mutiara episod ke 6 jurnal chef musim baru ni masih lagi di pulau pinang kalau episod lepas kami paparkan masakan baba nyonya untuk episod kali ini kami akan paparkan masakan yang memang popular iaitu tosei rawa tosei masakan masyarakat india di malaysia ni tapi sekarang ni rasanya tak kira apa pun ras semuanya suka makan tosei betul tak kita kan rakyat malaysia apa pun kat bawah ni kami paparkan resepi untuk 2 menu ni k jangan lupa untuk mencuba tosei 1 beras dikisar halus 2 kacang uluthu beras kacang uluthu dikisar halus dan kemudian diperam selama 4 jam 3 garam 4 sedikit air rawa tosei 1 beras 2 kacang uluthu beras kacang uluthu dikisar halur dan diperam selama 4 jam 3 sedikit air 4 tepung suji 5 sedikit nasi 6 garam 7 telur 1 biji 8 minyak gi untuk menggoreng 9 sedikit cili besar 10 sedikit bawang merah 11 sedikit bawang putih 12 sedikit biji sawi 13 sedikit cili kering 14 sedikit daun kari posted by jurnal chef at 6 22 pm 9 comments monday april 26 2010 jurnal chef di pulau pinang rasanya dah lama jugak jurnal chef tak update blog kami ni sebenarnya team jurnal chef baru je pulang dari pulau pinang memang seronok bila berada di pulau pinang ni sebab pulau pinang ni terkenal dengan syurga makanan kan istimewa untuk anda semua paparan jurnal chef di pulau pinang akan memfokuskan menu menu dari baba nyonya india muslim dan masyarakat melayu khas untuk ep 05 ni kami paparkan resepi dari kalangan masyarakat baba nyonya atau cina peranakan memang lain dari yang lain resepi pulut tatai bahan bahannya 700 gram beras pulut dicuci bersih dan direndam semalaman 2 helai daun pandan 200 ml santan cair 400 ml pati santan 1 camca teh garam 2 camca besar bunga telang kering 3 camca besar air panas untuk merendam bunga telang daun pisang mengalas tin bahan untuk membuat kaya 5 biji telur saiz a 250 gram gula halus 300 ml pati santan 2 helai daun pandan 50 gram gula halus untuk membuat caramel resepi kuih angkoo bahan bahannya doh untuk kulit kuih angkoo 400 gram tepung beras 150 gram ubi keledak rebus hingga lembut ambil isinya dan lecek 4 camca besar gula 2 camca besar minyak 300 ml air 1 8 camca teh bahan pewarna bahan untuk membuat inti kuih angkoo 300 gram kacang hijau cuci rendam semalaman 300 gram gula 2 helai daun pandan 4 camca besar minyak posted by jurnal chef at 2 10 am 9 comments wednesday april 7 2010 kuih serabik yang macam lempeng hari ni 08 april 2010 jurnal chef akan menyiarkan episod kedua untuk new season ni makanan yang kami paparkan adalah makanan masyarakat banjar pada zaman dulu dulu tapi orang kata takde yang dulu takdelah yang sekarang jadi menu serabik ni boleh diimprovisekan mengikut citarasa korang semua satu lagi yang seronok kami di team jurnal chef sempatlah menjelajah kampung sungai sireh di tanjung karang tu memang best kampung ni sape sape yang nak merasa kehidupan kampung jangan lupa singgah ke sini ok satu lagi sesape yang nak resepi bolehlah bagitau kami kami memang sengaja tak memaparkan resepi sebab resepi untuk makanan tradisional ni memang simple sangat tapi kalau nak bagi tau k adios posted by jurnal chef at 6 16 pm 2 comments wednesday march 31 2010 musim terbaru jurnal chef emm penonton penonton semua dah saksikan ke episod pertama untuk musim terbaru jurnal chef memang tak banyak pembaharuan yang kami lakukan untuk musim terbaru ni cuma ada sedikit penambahan dan perubahan contohnya menu kali ini lebih menjurus kepada masakan dan makanan yang berasaskan beras kalau penonton ada menu atau resepi resepi menarik yang berasaskan beras bolehlah berkongsi dengan kami satu lagi pembaharuan yang kami cuba tampilkan adalah dengan meletakkan riz sebagai pengacara tunggal apa pendapat korang semua dengan persembahan riz kami bersedia mendengar komen dan pendapat anda tentang apa sahaja yang penting dapat mencantikkan lagi rancangan jurnal chef ni adios jumpa lagi posted by jurnal chef at 10 23 pm 6 comments sunday february 21 2010 ravioli bersama sos tomato khas untuk peminat peminat jurnal chef episod kali ini kami masih berada di negeri melaka bandaraya bersejarah menu masakan yang kami paparkan masih lagi tentang pasta tapi kali ini kami paparkan tentang masakan yang amat mudah disediakan oleh penonton penonton semua iaitu ravioli bersama sos tomato resepi ravioli bersama sos tomato 10 biji ravioli kulit pasta berinti isi ayam 20 gram bawang putih cincang 50 gram tomato puree 50 ml minyak zaiton garam secukup rasa sedikit lada sulah serbuk 50 ml stok ayam air rebusan ayam selamat mencuba posted by jurnal chef at 11 47 pm 5 comments monday january 18 2010 makan malam itali di duta 36 a minggu ni team jurnal chef berkunjung pula ke rumah ibu angkat riz datin suri di duta 36a taman duta hmmm tapi azrul pulak takde sebab dia ader hal khas untuk pengikut setia jurnal chef riz telah kongsikan 2 hidangan istimewa dari itali iaitu lasagna al forno dan tagliatelle primavera yang istimewanya dalam episod ini riz telah menunjukan cara menyediakan pasta segar di rumah dan memasak dengan mengunakan herba herba segar yang riz tanam sendiri gabungan basil parsley oregano rosemary segar yang saya gandingkan di dalam dua dua hidangan ni memang sedap sangat dan terserlah serinya dan yang paling penting ia mudah disediakan jadi korang bolehlah cuba sendiri nanti ya masakan itali memang kegemaran saya posted by jurnal chef at 3 25 am 9 comments older posts home subscribe to posts atom jurnal chef about me jurnal chef view my complete profile followers blog archive 2010 7 may 2 bubur assyura versi penang tosei rawa tosei pulau mutiara april 2 march 1 february 1 january 1 2009 18 november 1 october 1 september 2 august 3 july 2 june 2 april 6 march 1
|