Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2013, wednesday, yang, cara, catatan, hidup, labels, january, 15, 2014, october, monday, september, 30, tuesday, february, 26, about, tinggal, jejak, follower, blogroll, pengomen, best, blogger, news, terpadam, terdelete, fail, dalam, pendrive, bayar, di, lelong, com, my, hilangkan, windows, not, genuine, ipmart, antara, gedung, online, boleh, dipercayai,
Text of the page (most frequently used words):
yang (26), aku (25), #ipmart (14), barang (13), dan (13), hari (11), boleh (11), 2013 (11), anda (11), ada (9), untuk (9), pada (9), pembayaran (8), tersebut (8), adalah (8), kalau (8), lelong (7), dari (7), nak (7), windows (7), tekan (7), com (6), tak (6), var (6), document (6), script (6), dah (6), pilih (6), komputer (6), fail (6), beli (5), pertama (5), kena (5), akan (5), dalam (5), mula (5), blogger (4), tips (4), pembelian (4), ini (4), perisian (4), tapi (4), download (4), nuffnang (4), read (4), more (4), selamat (4), membeli (4), sama (4), pula (4), dapat (4), web (4), pihak (4), cuak (4), buat (4), mereka (4), comments (4), desktop (4), cara (4), berjaya (4), recovery (4), catatan (3), hidup (3), kad (3), atau (3), function (3), createelement (3), type (3), text (3), javascript (3), src (3), http (3), synad2 (3), getelementsbytagname (3), parentnode (3), insertbefore (3), nextsibling (3), sebelum (3), kali (3), dibuat (3), selepas (3), terima (3), dengan (3), stock (3), lega (3), sebab (3), mengesahkan (3), pos (3), sampai (3), telah (3), bawah (3), not (3), genuine (3), install (3), bagi (3), macam (3), netpay (3), biasa (3), gunakan (3), klik (3), recuva (3), next (3), buah (2), bukan (2), betik (2), raja (2), oleh (2), kredit (2), bagus (2), online (2), blog (2), posts (2), tentang (2), hendak (2), dibeli (2), tidak (2), terus (2), tiada (2), huhh (2), tracking (2), number (2), walaupun (2), menjadi (2), semalam (2), melalui (2), kedua (2), jadi (2), minggu (2), perlu (2), nanti (2), sebenarnya (2), lebih (2), kurang (2), informasi (2), masalah (2), ialah (2), laptop (2), dulu (2), leceh (2), digunakan (2), banyak (2), wga (2), loader (2), hilangkan (2), pastikan (2), delete (2), cuma (2), baru (2), apa (2), bahagian (2), mungkin (2), pembeli (2), sangat (2), langkah (2), wednesday (2), buka (2), start (2), kemudian (2), pendrive (2), file (2), 2014 (2), luahan (2), design, theme, newbloggerthemes, premium, templates, lasantha, fthemes, copyright, powered, blackjack, news, pengomen, best, manusia, sebagai, hamba, allah, khalifah, muka, bumi, katak, puru, nama, lain, untk, kerabu, jambu, golok, biar, puding, dimakan, seorang, blackmart, alpha, andriod, berbayar, percuma, secara, superbuy, bil, streamyx, digantung, didenda, blogroll, follower, view, shoutbox, tinggal, jejak, about, archives, tags, popular, subscribe, atom, home, older, post, cerita, tarikh, jayanya, kesimpulannya, tambahan, tanya, customer, servis, ready, order, tunggu, akhirnya, seperti, terpapar, kelima, masih, berdebar, takut, handphone, bertukar, lesung, batu, keempat, panggilan, katanya, sebelah, petang, feedback, malam, rekod, menyatakan, dipos, lagi, ketiga, walhal, pun, sepatutnya, sahkan, maybank2u, melakukan, transaksi, isnin, kenapa, bekerja, memang, waktu, kerja, harap, proses, rabu, jumaat, bermalam, hujung, pejabat, courier, hanya, pesanan, sudah, kronologi, kat, supaya, berminat, tahu, situasi, dihadapi, bila, situ, juga, nilai, rm700, scam, membuktikan, bahawa, barangan, sony, xperia, antara, gedung, dipercayai, tuesday, february, pernahkan, mengalami, timbul, wallpaper, gelap, hitam, ditukar, paling, haru, apabila, samada, teruskan, lesen, disebabkan, tulen, menghilangkannya, antaranya, google, remover, guna, command, prompt, beginner, seeloknya, lepas, tutup, update, disable, dahulu, antivirus, antimalware, intall, pasal, monday, september, lama, tetikus, pakai, perangai, kesekian, kalinya, membelek, nampaknya, terdapat, perubahan, perasan, wujudnya, buyer, protection, program, pemahaman, konsep, safetrade, sekarang, kebanyakan, peniaga, diwajibkan, menggunakan, melindungi, ditipu, kepada, memilih, dikehendaki, saja, buy, now, debit, ikuti, disediakan, mudah, bayar, october, pernah, terjadi, rasa, senak, kepala, tersangatlah, pentingnya, bos, cepat, hantar, pensyarah, secepat, mahu, gila, dibuatnya, mendapatkan, penting, ter, memuat, turun, disarankan, membuat, setelah, hilang, ikut, pengguna, newbie, menu, all, files, specific, location, contoh, lokasi, enable, deep, scan, tick, recover, mana, letakkan, backup, tadaa, sila, lihat, cuba, semoga, sini, terpadam, terdelete, january, wordless, tutorial, tumbuhan, kasih, tag, suke, suki, sukan, segmen, resepi, renungan, pikir, pikirlah, piala, dunia, petua, pelaburan, makanan, makan, perasaan, kpf, info, hiburan, haiwan, giveaway, emas, bengang, award, labels,
Text of the page (random words):
catatan hidup catatan hidup labels award 3 bengang 2 blog 5 emas 3 giveaway 11 haiwan 4 hiburan 1 info 32 informasi 59 komputer 2 kpf 2 luahan 17 luahan perasaan 1 makan 1 makanan 1 nuffnang 1 pelaburan 5 petua 1 piala dunia 11 pikir pikirlah 3 renungan 2 resepi 3 segmen 7 sukan 2 suke suki 31 tag 2 terima kasih 1 tips 5 tumbuhan 5 tutorial 7 wordless 4 function var nn document createelement script nn type text javascript nn src http synad2 nuffnang com my lb js var s document getelementsbytagname script 0 s parentnode insertbefore nn s nextsibling wednesday january 15 2014 terpadam terdelete fail dalam pendrive 1 15 2014 04 20 00 pm komputer 8 comments pernah terjadi pada anda rasa senak kepala kalau fail tersebut tersangatlah pentingnya nak nak pula bos nak cepat kena hantar pada pensyarah secepat mungkin mahu jadi gila dibuatnya ada banyak perisian recovery yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan fail fail penting yang telah ter delete yang biasa aku gunakan adalah recuva ni macam biasa apa yang anda perlu adalah memuat turun perisian recuva dan install ke dalam komputer anda klik sini untuk download disarankan untuk anda terus membuat recovery setelah fail tersebut hilang boleh ikut langkah di bawah bagi pengguna baru newbie 1 buka perisian recuva di start menu kemudian tekan next 2 pilih all files dan tekan next 3 pilih in a specific location dalam contoh di bawah h adalah lokasi pendrive kemudian tekan next 4 klik enable deep scan dan tekan tekan start 5 tick pada file yang hendak anda recover dan tekan recovery 6 pilih di mana anda nak letakkan file yang akan di backup kalau desktop pilih desktop dan tekan ok 7 tadaa dah berjaya sila lihat di desktop anda boleh cuba buka fail yang telah berjaya di recovery semoga berjaya read more wednesday october 9 2013 cara bayar di lelong com my 10 09 2013 10 34 00 am tips 4 comments sebenarnya dah lama aku tak membeli barang di web lelong ni cuma selepas tetikus yang aku pakai dah mula buat perangai untuk kesekian kalinya baru la aku mula membelek web lelong ni nampaknya terdapat perubahan tentang cara pembayaran di lelong apa yang aku perasan adalah wujudnya bahagian netpay lelong s buyer protection program dari pemahaman aku konsep netpay ini adalah lebih kurang sama dengan safetrade yang biasa aku gunakan dulu cuma sekarang mungkin kebanyakan peniaga di lelong diwajibkan menggunakan netpay ni bagi melindungi pembeli dari ditipu barang tak dapat sampai pada aku sangat bagus kepada pembeli macam aku ni selepas memilih barang yang dikehendaki klik saja pada bahagian buy now tersebut pembayaran boleh dibuat sama ada melalui kredit kad debit kad ikuti langkah yang disediakan sangat mudah read more monday september 30 2013 cara hilangkan windows not genuine 9 30 2013 03 48 00 pm komputer 6 comments pernahkan anda mengalami masalah windows not genuine masalah yang timbul ialah desktop wallpaper akan menjadi gelap hitam dan tak boleh ditukar dan yang paling haru ialah apabila mula mula on komputer laptop kena pilih samada nak teruskan atau nak beli lesen windows ni dulu leceh ini disebabkan windows yang digunakan adalah tidak tulen banyak cara yang boleh digunakan untuk menghilangkannya antaranya boleh google 1 wga remover download dan install 2 windows 7 loader download dan install 3 guna command prompt yang ni leceh bagi beginner macam aku seeloknya lepas berjaya hilangkan windows not genuine ni pastikan anda tutup windows update untuk komputer laptop anda p s pastikan disable dahulu antivirus antimalware sebelum intall nanti tak pasal pula kena delete wga loader tersebut read more tuesday february 26 2013 ipmart antara gedung online yang boleh dipercayai 2 26 2013 10 34 00 am informasi 25 comments post sebelum ni aku ada cerita tentang pembelian pertama kali dibuat oleh aku di ipmart dan selepas 5 hari dari tarikh pembayaran barang tersebut aku selamat terima sony xperia go dengan jayanya cuak juga aku sebenarnya ye la pertama kali aku beli barang di ipmart dengan nilai lebih kurang rm700 pula tu kalau la kena scam huhh tapi ini membuktikan bahawa adalah selamat untuk membeli barangan di ipmart aku buat kronologi pembelian di ipmart kat bawah ni supaya kalau ada yang berminat nak beli barang di ipmart tahu situasi yang akan dihadapi bila membeli di situ nanti hari pertama 18 2 2013 aku pilih untuk melakukan transaksi pada hari isnin kenapa sebab hari pertama bekerja jadi memang waktu kerja mereka dan harap mereka proses pada hari pertama dalam minggu tersebut kalau mereka pos dalam hari rabu barang tersebut akan sampai pada hari jumaat tak perlu la bermalam hujung minggu di pejabat pos courier pihak ipmart hanya mengesahkan pesanan barang dari aku walaupun pembayaran sudah dibuat aku dah mula cuak hari kedua 19 2 2013 pihak ipmart mengesahkan pembayaran yang aku buat semalam walhal semalam pun sepatutnya mereka dah boleh sahkan pembayaran yang aku buat melalui maybank2u cuak kali kedua hari ketiga 20 2 2013 dapat panggilan dari pihak ipmart mengesahkan pembelian dan pembayaran dari aku katanya akan pos pada sebelah petang lega sebab pihak ipmart ada feedback tapi sampai ke malam tiada rekod menyatakan barang aku telah dipos lagi la cuak hari keempat 21 2 2013 dah dapat tracking number di web ipmart walaupun lega sebab ada tracking number tapi masih berdebar takut kalau handphone yang dibeli bertukar menjadi lesung batu hari kelima 22 2 2013 akhirnya barang aku selamat terima huhh lega dan dapat sama seperti yang terpapar di web ipmart kesimpulannya adalah selamat untuk membeli di ipmart tips tambahan dari aku sebelum beli barang tersebut boleh tanya customer servis ipmart sama ada barang yang hendak dibeli ada stock atau tidak kalau ready stock boleh terus order kalau stock tiada kena tunggu la pula read more older posts home subscribe to posts atom function var nn document createelement script nn type text javascript nn src http synad2 nuffnang com my lr js var s document getelementsbytagname script 0 s parentnode insertbefore nn s nextsibling popular tags blog archives about function var nn document createelement script nn type text javascript nn src http synad2 nuffnang com my ss js var s document getelementsbytagname script 0 s parentnode insertbefore nn s nextsibling tinggal jejak view shoutbox follower blogroll bil streamyx digantung didenda beli barang secara online di superbuy my blackmart alpha perisian andriod berbayar tapi download percuma kad kredit bagus atau tak puding raja dimakan oleh bukan seorang raja biar betik betik ni ini bukan kerabu jambu golok pembelian pembayaran di lelong com my buah katak puru ada nama lain ke untk buah ni manusia sebagai hamba allah khalifah di muka bumi pengomen yang best blogger news blackjack tips copyright catatan hidup powered by blogger design by fthemes blogger theme by lasantha premium blogger templates newbloggerthemes com
|