Meta tags:
Headings (most frequently used words):
basikal, 2009, komuniti, pemilik, klasik, malaysia, october, friday, wednesday, september, pengunjung, kpbkm, plat, klinik, december, saturday, 17, sunday, 11, 30, online, mencari, peralatan, kelab, sia, blog, hits, maklum, balas, peminat, pertemuan, silaturrahim, yang, menyatukan, semua, perhimpunan, terbesar, gambar, penyerahan, rantai, frame,
Text of the page (most frequently used words):
dan (67), yang (61), basikal (56), rantai (45), sepeda (42), kerangka (31), ini (28), #komuniti (27), pin (25), untuk (25), plat (25), klasik (23), kepada (22), kpbkm (21), pemilik (20), pada (18), bahan (18), keluli (18), link (16), penyambung (16), years (15), ago (15), peminat (13), dari (13), malaysia (13), semua (13), daripada (13), gelinting (12), besi (11), dengan (11), atau (11), roller (11), klinik (10), juga (10), chain (10), blog (9), raleigh (9), kasih (9), saya (9), hanya (9), rim (9), bahagian (9), mata (9), pengimbang (9), kpbk (8), terima (8), menggunakan (8), adalah (8), oleh (8), sahaja (8), 2009 (7), tua (7), ilmiah (7), misi (7), labels (7), posted (7), kerana (7), diperbuat (7), england (7), jenis (7), aloi (7), berukuran (7), digunakan (7), dua (7), acuan (7), terdiri (7), rajah (7), plate (7), dipasang (7), telah (7), gambar (6), kstkpb (6), klik (6), sejarah (6), comments (6), lagi (6), amat (6), merupakan (6), tersebut (6), dikeluarkan (6), dalam (6), masing (6), bersama (5), frame (5), sini (5), sebuah (5), akan (5), perkongsian (5), artikel (5), aluminium (5), iaitu (5), industri (5), syarikat (5), antara (5), semasa (5), mempunyai (5), sebagai (5), sports (5), dapat (5), satu (5), pengalas (5), sekian (5), forum (5), maklum (4), online (4), ilmu (4), seperti (4), itu (4), rudge (4), roadster (4), air (4), ialah (4), ukuran (4), ada (4), terdapat (4), ianya (4), banyak (4), connecting (4), offset (4), lihat (4), cemat (4), baji (4), apabila (4), tidak (4), foto (4), menerima (4), salam (4), silaturrahim (4), warga (4), balas (3), khazanah (3), perhimpunan (3), terbesar (3), baru (3), secara (3), sebelum (3), cara (3), tahun (3), kod (3), pengedar (3), khas (3), sukar (3), tanah (3), sempat (3), buah (3), pengumpul (3), jenama (3), setiap (3), boleh (3), berfungsi (3), disebabkan (3), tertentu (3), bushing (3), unit (3), slip (3), fit (3), spring (3), diikat (3), tahan (3), iii (3), sebelah (3), skip (3), ramai (3), lebih (3), mengeratkan (3), tahniah (3), october (3), layari (3), bapak (3), pertemuan (3), mengenai (3), pengunjung (2), acara (2), asas (2), malaya (2), gerek (2), warisan (2), selangor (2), melaka (2), kelab (2), peralatan (2), borang (2), posts (2), sumber (2), penulis (2), memberi (2), kebenaran (2), memaparkan (2), didalam (2), perkongsiaan (2), barangan (2), alatan (2), moden (2), kenderaan (2), manusia (2), masa (2), bergantung (2), harap (2), hampir (2), gunakan (2), mudah (2), sangat (2), sejak (2), 1950an (2), humber (2), triumph (2), keluaran (2), sesuatu (2), pekedai (2), membezakan (2), edisi (2), didapati (2), bukan (2), menurut (2), seorang (2), temui (2), alloy (2), atas (2), pertandingan (2), kurang (2), rerangka (2), lawatan (2), hari (2), chrome (2), dipasarkan (2), bagi (2), kita (2), tetapi (2), pengeluar (2), junior (2), heavyduty (2), ketinggian (2), dapati (2), british (2), binaannya (2), fakta (2), sebarang (2), komen (2), alukan (2), komponen (2), mesin (2), daya (2), kilasan (2), sama (2), tali (2), pelbagai (2), kegunaan (2), tertempa (2), luaran (2), dalaman (2), struktur (2), cotter (2), mengkukuhkan (2), klip (2), pengetat (2), disambungkan (2), meratakan (2), menahan (2), beban (2), berputar (2), gegancu (2), membawa (2), lasak (2), inci (2), plastik (2), steel (2), cast (2), mengikut (2), wednesday (2), september (2), diterima (2), tempahan (2), blogger (2), tentang (2), lanjut (2), menyokong (2), kewujudan (2), disini (2), handle (2), mudguard (2), penyerahan (2), pak (2), bakar (2), otai (2), taiping (2), hobi (2), friday (2), usaha (2), memartabatkan (2), anda (2), berkongsi (2), pertanyaan (2), kemusykilan (2), terhadap (2), menyatukan (2), buat (2), karawang (2), hernawa (2), malam (2), cikgu (2), hairi (2), topik (2), dibincangkan (2), ternyata (2), beliau (2), indonesia (2), dibuka (2), berilmu (2), melalui (2), melahirkan (2), masyarakat (2), feedjit, live, stats, hits, paparan, 2008, getuas, sport, gaya, penjelajah, penang, askar, melayu, phillips, sekembalinya, putrajaya, sijangkang, rhino, loop, 30an, gerekers, sungai, petani, lencana, kenangan, nostalgia, 460, sertai, kayuhan, amal, kscc, kuala, cycling, club, lahirnya, cinta, meriahkan, sambutan, kemerdekaan, pocong, night, ride, bandar, ulu, tiram, 2015, morib, old, and, classic, bicycles, show, 2014, himpunan, bas, galeri, sia, notis, kiosk, baju, tshirt, crossframe, rm45, termasuk, poslaju, bangsal, mencari, users, krang, diupdate, pedal, bottom, bracket, print, mengisi, ketahui, logo, subscribe, atom, home, older, kpb, dewasa, komposit, gentian, fiber, susur, galur, bermula, penciptaan, beroda, pacuan, penemuan, memproses, mencetuskan, revolusi, mereka, dilentur, kuat, berbanding, tuang, berkait, rapat, nottingham, pusat, berasaskan, 150, dahulu, malah, gergasi, mengambilalih, dekad, hercules, pasca, 2030, berlaku, selepas, pengambilalihan, wajib, diketahui, heavy, duty, terhad, mengunjungi, pertunjukan, kereta, motorsikal, antik, mendapati, 100, dipamerkan, permintaan, hadiah, berjaya, mencapai, sasaran, jualan, tertinggi, diadakan, shah, alam, 1999, menyertai, sewaktu, tempoh, amatlah, berharga, 1949, sempena, ulangtahun, jubli, emas, spefikasi, fork, lock, all, jejari, dunlop, lipat, stail, westwood, warna, green, enamel, full, gold, lining, menarik, lain, kromium, amerika, sering, kali, terma, koleksi, merujuk, diameter, roda, ukurannya, tersendiri, tanahair, berdiameter, manakala, bersaiz, menentukan, saiz, agak, dijual, ditentukan, pembeli, asal, apa, membuatkan, selesa, dikayuh, jawapannya, binaan, panjang, long, wheelbase, sederhana, sudut, darjah, keutuhan, menyebabkan, popular, sehingga, diharapkan, informasi, tadi, dimanfaatkan, susulan, dialu, penting, sesebuah, memindahkan, transmisi, kuasa, adanya, suatu, tensile, forces, peranannya, sawat, engin, bermotor, elektrik, komposisi, kaedah, pembuatannya, semakin, berkurangan, kecuali, contohnya, rawatan, kawat, penghantar, automotif, fokus, tertumpu, dikenali, peniti, paling, awal, dicipta, berdasarkan, rekabentuknya, susunan, tipikal, gelincir, lubang, disematkan, diperlukan, pemasangannya, menyelinap, clip, paip, tap, kedua, ketat, samada, bersiri, terikan, pembengkokkan, dikenakan, muatan, bertindak, sesendi, permukaan, bebanan, hentakan, iannya, menyambung, menyambungkan, membengkokkan, bergerak, melentur, sprocket, sedang, tinggi, teguh, bengkok, hentakkan, haus, ketegangan, tension, perubahan, sekitaran, karat, kakisan, sebagainya, jemala, blok, bawah, tengah, langkau, bergigi, tooth, kanan, tas, kiri, bebaling, pitch, plastic, dibentuk, forged, logam, tempawan, campuran, karbon, iron, dibahagikan, lima, apakah, dia, diatas, rupa, bentuk, siap, ditempah, sabar, meletakkan, alhamdullillah, sambut, menggalakkan, bertanyakan, mengetahui, membuat, berharapan, agar, berjalan, lancar, menjadi, tempat, ruangan, perbincangan, bertukar, pendapat, mengucapkan, memasang, sumbangan, etua, sekain, chopper, lama, segak, special, peringkat, jauh, sehubungan, cuba, menganjurkan, sila, beri, pandangan, matlamat, sunday, sekalung, ucapkan, mewujudkan, pertama, menghampirkan, berita, penubuhan, tersebar, mengajukan, skeptikal, menunjukkan, perasaan, senang, maklumat, saturday, comment, minggu, lepas, tetamu, pasak, paguyuban, antuk, kota, mulanya, dielakkan, maka, hadir, hotel, ibukota, negara, hernawan, pengalaman, luas, bersepeda, pulang, mengirimkan, sedikit, tangan, gembira, berterima, meluangkan, berjumpa, samaada, dimalaysia, mahupun, mengalu, kedatangan, december, mendaftar, perbagai, dibawah, gmail, com, jika, ingin, melampirkan, info, dikongsikan, bolehlah, emailkan, pengumuman, silaturahim, mendalami, jadilah, mukadimah, memiliki, melestari, aktiviti, berfaedah, peka, silam, sidebar, main,
Text of the page (random words):
bar komuniti pemilik basikal klasik malaysia memartabatkan basikal klasik melalui silaturrahim memiliki dan melestari basikal klasik melalui aktiviti berfaedah melahirkan masyarakat yang peka akan warisan dan khazanah silam melahirkan masyarakat yang berilmu terhadap basikal klasik mukadimah blog komuniti ini dibuka untuk mengeratkan lagi salam tali silaturahim dan mendalami perkongsian ilmu dengan semua pemilik basikal klasik di malaysia jadilah pemilik basikal klasik yang berilmu pengumuman kepada semua pemilik peminat basikal klasik jika anda ingin melampirkan bahan atau info mengenai basikal untuk dikongsikan dengan semua peminat basikal bolehlah emailkan kepada kpbk malaysia gmail com atau peminat boleh layari forum komuniti seperti dibawah forum komuniti pemilik basikal malaysia telah dibuka klik sini untuk mendaftar perbagai topik boleh dibincangkan harap maklum terima kasih friday december 4 2009 pertemuan silaturrahim dua minggu lepas warga kstkpb telah menerima tetamu dari kelab sepeda pasak paguyuban sepeda antuk karawang iaitu bapak hernawa dari kota karawang pada mulanya pertemuan pada malam itu bersama dengan cikgu hairi tetapi disebabkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan maka cikgu hairi tidak dapat hadir bersama pada malam itu pertemuan di sebuah hotel di ibukota telah mengeratkan lagi salam silaturrahim antara dua negara pelbagai topik dan perkongsian mengenai sepeda dapat dibincangkan ternyata bapak hernawan juga mempunyai pengalaman yang luas dalam hobi bersepeda ini sebelum pulang warga kstkpb sempat mengirimkan sedikit buah tangan buat bapak hernawa ternyata beliau amat gembira dan berterima kasih kepada warga kstkpb kerana sempat meluangkan masa berjumpa dan berkongsi mengenai sepeda samaada dimalaysia mahupun di indonesia beliau juga mengalu alukan kedatangan warga kstkpb ke indonesia sekian posted by kpbk at 6 54 am 1 comment labels komuniti saturday october 17 2009 komuniti yang menyatukan semua salam buat semua pemilik peminat basikal klasik sekalung tahniah saya ucapkan kepada kpbkm kerana telah mewujudkan forum online pemilik basikal klasik pertama di malaysia sebagai sebuah komuniti usaha ini dapat menghampirkan lagi lebih ramai pemilik dan peminat basikal klasik di tanah air sejak berita penubuhan kpbkm tersebar di blog blog basikal klasik ada yang mengajukan pertanyaan pertanyaan dan juga kemusykilan kemusykilan tentang kpbkm ini ada juga yang skeptikal dan ada yang menunjukkan perasaan kurang senang terhadap kewujudan komuniti ini maklumat lanjut layari forum kpbkm sekian terima kasih komuniti pemilik basikal klasik malaysia komuniti menyatukan semua posted by kpbk at 9 48 pm no comments labels bahan ilmiah bahan sejarah komuniti misi kpbkm sunday october 11 2009 perhimpunan terbesar pemilik basikal klasik malaysia kepada semua pemilik dan peminat basikal komuniti pemilik basikal klasik malaysia menyokong usaha untuk memartabatkan basikal klasik ke peringkat yang lebih jauh lagi sehubungan itu kpbkm cuba untuk menganjurkan satu perhimpunan terbesar pemilik basikal klasik malaysia sila beri komen dan pandangan anda disini atau layari forum komuniti pemilik basikal klasik malaysia untuk berkongsi akan matlamat ini sekian terima kasih posted by kpbk at 6 31 am 3 comments labels bahan ilmiah bahan sejarah komuniti misi kpbkm friday october 9 2009 gambar penyerahan plat kpbkm bersama pemilik plat kpbkm segak dipasang pada raleigh special x gambar otai taiping pak bakar yang lama dalam hobi basikal plat kpbkm dipasang pada basikal chopper gambar penyerahan plat kpbkm kepada pak bakar otai taiping tahniah kepada yang telah menerima dan memasang plat pada basikal masing masing gambar sumbangan dari etua sekain terima kasih posted by kpbk at 8 30 am no comments labels bahan ilmiah bahan sejarah komuniti misi kpbkm wednesday september 30 2009 plat komuniti pemilik basikal klasik malaysia plat komuniti di bahagian mudguard di bahagian mudguard di bahagian handle di bahagian handle kepada semua pemilik peminat basikal gambar diatas adalah rupa bentuk plat komuniti yang telah siap ditempah oleh pemilik basikal maklum balas yang diterima ramai pemilik yang tidak sabar untuk meletakkan plat komuniti ini di basikal masing masing alhamdullillah sambut yang diterima untuk tempahan amat menggalakkan blogger juga menerima banyak maklum balas dari peminat yang bertanyakan tentang plat komuniti ini klik disini untuk mengetahui lebih lanjut cara membuat tempahan ramai peminat yang menyokong kewujudan komuniti ini dan berharapan agar komuniti ini akan berjalan dengan lancar dan menjadi tempat bagi ruangan perkongsian ilmu perbincangan bertukar pendapat dan mengeratkan lagi salam silaturrahim blogger mengucapkan tahniah kepada semua peminat yang telah menerima plat komuniti ini sekian terima kasih posted by kpbk at 7 38 am 2 comments labels bahan ilmiah bahan sejarah komuniti misi kpbkm wednesday september 9 2009 klinik basikal rantai 1 1 apakah dia rantai rantai adalah satu komponen mesin yang penting yang terdapat pada sesebuah basikal ianya berfungsi untuk memindahkan transmisi kuasa di antara dua bahagian yang disebabkan oleh adanya suatu daya kilasan tensile forces peranannya adalah sama seperti tali sawat yang banyak digunakan di dalam mesin atau engin kenderaan bermotor elektrik terdapat pelbagai jenis rantai bergantung kepada komposisi bahan atau kaedah pembuatannya rantai dibahagikan kepada lima 5 jenis cast iron chain rantai besi acuan diperbuat daripada bahan besi mengikut acuan yang tertentu cast steel chain rantai keluli acuan diperbuat daripada besi keluli iaitu campuran besi dengan karbon mengikut acuan tertentu forged chain rantai tertempa diperbuat daripada logam tempawan steel chain rantai keluli diperbuat daripada besi keluli yang dibentuk plastic chain rantai plastik diperbuat daripada bahan plastik kegunaan jenis rantai besi acuan keluli acuan dan tertempa semakin berkurangan kecuali untuk kegunaan tertentu sahaja contohnya rantai besi acuan untuk bahagian peralatan rawatan air rantai keluli digunakan untuk kawat penghantar di dalam industri automotif a rantai keluli dalam artikel ini fokus tertumpu kepada jenis rantai keluli yang juga dikenali sebagai rantai gelinting roller chain rantai gelinting roller chain adalah rantai yang terdiri daripada plat luaran plat dalaman peniti pin pengalas bushing dan gelinting roller ianya banyak digunakan sebagai rantai basikal dan juga merupakan rantai paling awal dicipta terdapat 3 jenis berdasarkan rekabentuknya i rantai bebaling pitch chain 1 2 inci foto 1 a tas sebelah kiri ii rantai langkau bergigi skip tooth 1 inci foto 1 atas sebelah kanan iii rantai jemala blok foto 1 bawah sebelah tengah foto 1 b struktur asas rantai keluli struktur dan susunan tipikal rantai keluli adalah terdiri daripada 3 bahagian iaitu penyambung mata rantai connecting link gelinting rantai roller chain dan pengimbang mata rantai offset link lihat rajah 1 rajah 1 i pengimbang mata rantai offset link satu unit pengimbang mata rantai terdiri daripada dua plat pengimbang rantai offset link plate yang mempunyai dua gelincir slip fit atau lubang penyambung pin pengimbang offset pin dan cemat baji cotter pin yang disematkan atau dipasang pada pin pengimbang lihat rajah 2 pengimbang mata rantai ini hanya digunakan apabila banyak mata rantai diperlukan cara pemasangannya ialah 2 plat pengimbang rantai dan 2 pin pengimbang dipasang menyelinap dan baji cemat dipasang untuk mengkukuhkan rantai rajah 2 ii penyambung mata rantai connecting link terdapat 2 jenis iaitu klip spring spring clip dan cemat baji cotter pin setiap unit terdiri daripada 2 plat penyambung mata rantai connecting link plate atau plat paip pengetat penyambung mata rantai tap fit connecting link plate 2 plat pin penyambung pin link plate dan disambungkan dengan 2 pin kedua dua pin diikat ketat oleh samada klip spring atau cemat baji yang mudah dipasang untuk mengkukuhkan rantai lihat rajah 3 rajah 3 iii gelinting rantai roller chain lihat rajah 1 setiap unit terdiri daripada gelinting penyambung roller link dan pin penyambung pin link yang disambungkan secara bersiri a plat penyambung gelinting roller link plate merupakan satu komponen yang menahan ketegangan tension pada rantai ianya a lasak dan tahan kepada sebarang perubahan sekitaran seperti karat kakisan dan sebagainya b plat pin penyambung pin link plate plat pin merupakan bahagian yang berfungsi untuk meratakan dan membengkokkan plat rantai semasa bergerak ia juga satu bahagian yang membawa beban bersama sama dengan pengalas apabila rantai melentur semasa gegancu sprocket sedang berputar pin mempunyai daya kilasan yang tinggi teguh tahan daripada bengkok lasak kepada hentakkan dan tidak haus iii pin penyambung pin link pin penyambung terdiri daripada dua pin yang menyambungkan plat pin penyambung dan dipasang diikat kepada gelinting roller iv gelinting penyambung roller link terdiri daripada gelinting roller pengalas bushing dan slip pengetat slip fit iannya digunakan untuk menyambung plat penyambung gelinting roller link plate dan diikat kepada pin penyambung v pengalas bushing pengalas berfungsi meratakan dan menahan terikan disebabkan pembengkokkan di antara plat dan gelinting apabila dikenakan beban muatan semasa rantai berputar pada gegancu ianya juga bertindak sebagai sesendi di antara permukaan luaran dan dalaman apabila pin membawa bebanan dan tahan kepada hentakan terima kasih kepada blog basikal dan penulis artikel kerana memberi kebenaran memaparkan artikel klinik basikal ini didalam blog kpbkm untuk perkongsiaan ilmu sumber dari blog basikal sekian terima kasih posted by kpbk at 8 17 am no comments labels bahan ilmiah bahan sejarah komuniti misi kpbkm klinik basikal frame dewasa ini kerangka sepeda diperbuat dari aluminium dan bahan komposit seperti gentian fiber susur galur sepeda dan semua barangan dan alatan moden bermula sebelum penciptaan kenderaan beroda pacuan manusia lagi iaitu penemuan cara memproses besi kepada keluli secara moden yang mencetuskan revolusi industri pada masa itu manusia bergantung harap pada keluli dan besi untuk hampir semua barangan dan alatan yang mereka gunakan kerangka sepeda sebelum ini menggunakan keluli keluli mudah dilentur dan ia sangat kuat berbanding besi tuang industri keluli amat berkait rapat dengan industri sepeda ini adalah kerana nottingham merupakan pusat industri berasaskan besi dan keluli di england sejak 150 tahun dahulu malah syarikat gergasi keluli ti mengambilalih syarikat raleigh pada dekad 1950an pada kerangka sepeda raleigh rudge humber hercules dan triumph keluaran pasca 1950an kerangka tersebut menggunakan jenis keluli 2030 ini berlaku selepas pengambilalihan raleigh oleh syarikat ti kod kerangka kerangka sepeda merupakan sesuatu yang wajib diketahui oleh pekedai pekedai dan pengedar sepeda kod kod tersebut membezakan antara kerangka heavy duty roadster dan kerangka khas yang diperbuat dari aloi aluminium kerangka aluminium merupakan kerangka edisi terhad yang amat sukar didapati bukan sahaja di tanah air ia juga sangat sukar didapati di england semasa saya di england baru baru ini saya sempat mengunjungi sebuah pertunjukan kereta motorsikal dan sepeda antik dan klasik saya mendapati dari hampir 100 buah sepeda yang dipamerkan hanya sebuah sahaja yang mempunyai kerangka aluminium menurut seorang pengedar sepeda yang saya temui kerangka aluminium atau kerangka alloy aloi ini hanya dikeluarkan atas permintaan khas atau sebagai hadiah kepada pengedar yang berjaya mencapai sasaran jualan tertinggi pada pertandingan sepeda klasik yang diadakan di shah alam pada 1999 kurang dari 10 buah sepeda rerangka aloi yang menyertai pertandingan tersebut menurut seorang pengumpul sepeda yang saya temui di england sewaktu lawatan saya tempoh hari sepeda kerangka aloi ini amatlah berharga kerana ia hanya dikeluarkan pada tahun 1949 sempena ulangtahun jubli emas 50 tahun syarikat raleigh rerangka aloi hanya dikeluarkan dengan jenama raleigh sahaja spefikasi sepeda kerangka aloi ini ialah kerangka berukuran 22 fork lock all alloy frame dan jejari aloi untuk rim 28 jenama dunlop rim lipat bukan rim stail westwood sepeda ini hanya dikeluarkan dalam warna green enamel dan full gold lining sahaja kerangka menarik yang lain ialah kerangka keluaran khas rudge edisi kromium chrome kerangka chrome ini hanya dikeluarkan dengan ukuran 21 untuk jenama rudge sahaja kerangka kerangka ini hanya dipasarkan di amerika syarikat sahaja bagi peminat dan pengumpul sepeda di tanah air sering kali kita gunakan terma sepeda 26 dan 28 untuk membezakan kerangka kerangka sepeda koleksi masing masing ukuran tersebut hanya merujuk kepada ukuran diameter roda sepeda sahaja akan tetapi kerangka frame sepeda mempunyai ukurannya yang tersendiri kerangka sepeda yang dikeluarkan oleh pengeluar pengeluar sepeda di england yang dipasarkan di tanahair ialah kerangka sports dan roadster yang berukuran 20 junior 21 sports 22 roadster dan 23 heavyduty kerangka berukuran 20 digunakan untuk sepeda junior yang menggunakan rim berdiameter 24 sepeda sports raleigh humber rudge dan triumph menggunakan rim berukuran 26 manakala sepeda roadster menggunakan kerangka 22 dan rim bersaiz 28 sepeda heavyduty yang menggunakan rim 28 menggunakan kerangka berukuran 23 di england untuk menentukan saiz kerangka sports dan rim yang digunakan agak sukar ini adalah kerana setiap sepeda yang dijual di england ia ditentukan oleh ketinggian pembeli asal sepeda tersebut semasa lawatan saya saya dapati ada sepeda sports yang berukuran 21 22 dan 23 dan menggunakan rim berukuran 26 apa yang membuatkan sepeda british selesa dikayuh jawapannya kita boleh dapati dari binaan kerangka sepeda tersebut binaannya yang panjang long wheelbase ketinggian yang sederhana dengan ukuran sudut 68 darjah dan keutuhan binaannya menyebabkan sepeda british amat popular sehingga ke hari ini diharapkan perkongsian informasi dan fakta tadi dapat dimanfaatkan oleh semua peminat dan pengumpul sepeda sebarang komen dan fakta susulan adalah amat dialu alukan dari semua terima kasih kepada kstkpb dan penulis artikel kerana memberi kebenaran memaparkan artikel klinik basikal ini didalam blog kpbkm untuk perkongsiaan ilmu sumber dari khazanah sepeda tua kpb posted by kpbk at 12 02 am no comments labels bahan ilmiah bahan sejarah komuniti misi kpbkm older posts home subscribe to posts atom ketahui misi logo kpbkm klik sini mengisi borang kpbkm secara online klik sini print borang kpbkm klik sini perkongsian bahan ilmiah klinik basikal klik pada link klinik basikal bottom bracket klinik basikal frame klinik basikal pedal klinik basikal rantai klinik basikal krang akan diupdate pengunjung online online users mencari peralatan basikal bangsal gerek tua baju tshirt raleigh crossframe rm45 termasuk poslaju 13 years ago kiosk kstkpb notis 17 years ago kelab basikal m sia basikal galeri morib old and classic bicycles show 2014 himpunan basikal klasik bas 9 years ago sepeda tua jb pocong night ride bandar baru...
|