Meta tags:
Headings (most frequently used words):
february, 2010, sahabat, dan, dari, nur_mahasiswa, saturday, 27, monday, 22, tuesday, sunday, facebook, ta, ruf, kudrat, usaha, tinta, komen, terima, kasih, sahabiah, pautan, ilmu, semasa, hidup, ke, arah, mardhatillah, maulidur, rasul, hiburan, dalam, ums, novel, cinta, islamik, scoait, batch, masih, adakah, harapan, oren, vs, merah, pencerahan, perkongsian, bahagian,
Text of the page (most frequently used words):
yang (110), dan (87), untuk (53), kita (48), ini (35), dalam (29), ada (24), saya (23), perkara (21), pada (20), #mahasiswa (19), kepada (17), juga (17), perlu (16), ago (15), years (14), diri (14), satu (14), lain (13), lebih (13), tidak (13), mereka (12), #sahabat (11), kampus (11), akan (11), masa (11), sebagai (11), hari (11), dari (10), ums (10), dengan (10), itu (10), tetapi (10), novel (9), utama (9), jika (9), semua (9), islam (9), allah (8), scoait (8), nur_mahasiswa (8), kehidupan (8), adalah (8), manusia (8), tentang (8), kerana (7), rasa (7), 2010 (7), oleh (7), apa (7), pengalaman (7), mula (7), banyak (7), ilmu (6), cinta (6), tinta (6), february (6), perkongsian (6), baik (6), buat (6), datang (6), anda (6), kebaikan (6), berkenaan (6), berlaku (6), menarik (6), telah (6), tahun (6), atau (6), hati (6), ust (5), nur (5), muhammad (5), komen (5), antara (5), oren (5), merah (5), adakah (5), maulidur (5), rasul (5), sekadar (5), besar (5), bukan (5), membaca (5), setiap (5), jepun (5), nafsu (5), hanya (4), siti (4), ukhtie (4), akhi (4), ustaz (4), 2009 (4), dakwah (4), seronok (4), batch (4), masih (4), mana (4), labels (4), maya (4), boleh (4), salah (4), perjuangan (4), maka (4), sekitar (4), sudut (4), pandangan (4), sama (4), masing (4), khas (4), sangat (4), bersama (4), tuntutan (4), kerja (4), semakin (4), kali (4), mungkin (4), hidup (3), sabah (3), remaja (3), akmal (3), quran (3), mat (3), semasa (3), abg (3), afiq (3), lagi (3), ramai (3), anak (3), september (3), harapan (3), islamik (3), hiburan (3), seterusnya (3), merupakan (3), paling (3), dunia (3), kata (3), seorang (3), mahu (3), sebelum (3), contoh (3), pendekatan (3), pertimbangan (3), mengikut (3), bagi (3), buruk (3), jelas (3), menjadi (3), bulan (3), sewajarnya (3), fokus (3), tulisan (3), perancangan (3), segala (3), ruang (3), akuakultur (3), memastikan (3), sehingga (3), berkongsi (3), diambil (3), memberi (3), menerima (3), pelajar (3), sahaja (3), negatif (3), mampu (3), ingin (3), bersedia (3), keras (3), pembacaan (3), membawa (3), malam (3), program (3), makin (3), terhadap (2), disampaikan (2), hamba (2), arah (2), hasrizal (2), yahya (2), pss (2), harian (2), usrah (2), danial (2), flash (2), nor (2), zulaikha (2), zarina (2), kak (2), fate (2), nurul (2), syuhada (2), aziz (2), husin (2), mahyuni (2), asgari (2), pare (2), hidayah (2), siamir (2), mursidi (2), zhafran (2), salman (2), arif (2), kasman (2), blog (2), terima (2), view (2), show (2), aku (2), mencari (2), ikan (2), punca (2), nurilhakim (2), muda (2), august (2), december (2), 2008 (2), january (2), raya (2), pencerahan (2), usaha (2), norddin (2), kelantan (2), mendapat (2), awal (2), menyambung (2), sekarang (2), penting (2), life (2), akhirat (2), posts (2), bahagian (2), have (2), with (2), what (2), orang (2), daripada (2), sentiasa (2), proses (2), pembelajaran (2), pilihanraya (2), segelintir (2), semangat (2), sihat (2), berbeza (2), hormat (2), menghormati (2), masyarakat (2), berpecah (2), tetap (2), dituntut (2), warna (2), perubahan (2), bakal (2), tidakkah (2), mencorak (2), negara (2), bermula (2), kepimpinan (2), jawapan (2), sedikit (2), universiti (2), malaysia (2), pro (2), keputusan (2), wajah (2), selepas (2), keluar (2), apabila (2), blogger (2), nanti (2), yakin (2), melihat (2), meneruskan (2), terus (2), cabaran (2), minat (2), berada (2), iaitu (2), amanah (2), seharusnya (2), melaksanakannya (2), mengajak (2), tenaga (2), gerak (2), jakmas (2), hujung (2), bebanan (2), projek (2), akhir (2), walaupun (2), sokongan (2), dapat (2), tak (2), kenapa (2), tertanya (2), tanya (2), adik (2), positif (2), kami (2), latihan (2), industri (2), tempoh (2), berminat (2), salahkan (2), maaf (2), inilah (2), membina (2), memahami (2), norma (2), muslim (2), membuat (2), persediaan (2), niat (2), terfikir (2), ulang (2), terutamanya (2), ingat (2), syaitan (2), keseronokkan (2), sesetengah (2), pembaca (2), tersebut (2), sendiri (2), membantah (2), menolak (2), nabi (2), artis (2), laksanakan (2), samaada (2), suruhan (2), gelap (2), sekalian (2), bila (2), skip (2), menulis, tanggungjawab, diperoleh, keikhlasan, ditagih, kesabaran, diraih, mardhatillah, harun, searching, for, the, truth, malaysiakini, tranung, kite, utusan, harakah, daily, berita, mukhtar, suhaili, iluvislam, riduan, explorer, pautan, hafiza, syafika, uiam, nabila, khairunnisa, klem, nik, afnie, ros, masnee, abdul, rahimah, amir, nazirah, isa, farah, abdullah, rapidah, ariffin, noorhazlindah, awang, fadhila, sahabiah, amat, lutfi, samizul, mtn, mpp, julkifflye, fanshuri, badaruddin, fairuz, bend, firdaus, jass, azliezan, khairul, zaman, farhan, azizul, julirin, hilal, azmi, ahmad, azri, mohd, saufi, fadlan, ainuddin, tengku, nuruddin, adam, quezon, acap, aqua, faez, nursyabri, ilham, karate, hardiansyah, salleh, hasnur, rasyid, nadir, nuri, feedjit, live, stats, widgeo, net, kasih, shoutmix, chat, widget, shoutbox, all, rafidah, rifatullah, dzulkhairi, bantah, konsert, inul, daratista, bergema, kebahagiaan, hakiki, fadila, komited, membangunkan, tokei, bertaqwa, days, maznee, abd, seminar, kewartawanan, otak, kritikal, sajak, ramadhan, engkau, bencana, coretan, pasif, pemula, bicara, laman, sosial, lupakan, riuz, dirinya, malaysian, agreement, 1963, ziarah, khutbah, pulau, gaya, month, socrates, salamis, merenung, kerosakan, memori, sejarah, october, november, march, may, july, sekeping, kepercayaan, keyakinan, aplikasi, marketing, bidang, kempen, keselamatan, jalan, pemakaian, topi, bahagi, kudrat, complete, profile, diberi, nama, dilahirkan, oktober, 1988, kuala, krai, pendidikan, banggol, guchil, skbg, pengajian, smk, sultan, petra, kolej, matrikulasi, negeri, sembilan, kmns, tercinta, jati, gemar, menjelajah, sejauh, termampu, sukakan, kawasan, damai, abadi, ajarilah, kekurangan, insyallah, ruf, create, your, badge, facebook, subscribe, atom, home, older, pilihan, bersambung, petikan, give, living, want, berharga, bertindak, dihargai, berbuat, mengkritik, berlebihan, sifat, kelangsungan, diisi, mengisi, mustahil, betul, terisi, disayangi, sayangilah, dihormati, hormatilah, adab, ditinjau, jauh, keperibadian, etika, pergaulan, lelaki, wanita, berlawan, diserap, berkesan, dibezakan, perkembangan, pihak, mengukuhkan, kedudukan, seperkara, macammana, sekalipun, kemanusiaan, sebagaimana, nyata, kerosakkan, dicegah, dilawan, habis, habisan, perpecahan, sebaliknya, menunjukkan, memperjuangkan, ideologi, kematangan, memimpin, keterlibatan, memajukan, tampil, berani, menerapkan, kotak, luar, kira, dacing, roket, biru, depan, hakikatnya, bezanya, situasinya, kebanggsaan, ukm, sisi, ditolak, menuntut, hak, keadilan, menghangatkan, suasana, hadapan, tergerak, mencungkil, dikongsi, menjawab, seba, bermain, minda, maklum, balas, prk, baru, disemak, kelompangan, dibaiki, sunday, asri, and, geng, ijul, staff, prof, senoo, sifu, berdisiplin, kongsi, berjaya, kongsikan, tinggi, sesi, bersemangat, kental, menghadapi, berkorban, manfaat, sepanjang, mendekati, golongan, mad, sasaran, pasti, diletakkan, sedar, akui, beban, penghujungnya, menggelarkan, dai, berubah, dilatih, ditarbiah, kesinambungan, berkekalan, tercabar, jawatankuasa, kebajikan, ditarik, pemerintahannya, januari, sepatutnya, ditamatkan, silap, walauapapun, mesti, diteruskan, penghujung, kurangkan, sedia, pendirian, laluan, sedang, bertungkus, lumus, dihabiskan, saki, baki, halangan, itulah, ayat, diterima, sebaik, memaklumkan, penarikan, bley, bawa, balik, rugi, selalu, sana, pulak, respon, benar, sehinggakan, junior, tekad, kuat, letakkan, suatu, senior, bermaksud, meraih, simpati, terakhir, student, committee, aquaculture, industrial, training, persatuan, ditubuhkan, mengumpulkan, dikumpulkan, bekerja, sedaya, upaya, hatceri, tempat, ipmb, tuesday, renung, renungkan, kesimpulan, diterapkan, disiplin, keutamaan, gan, mengurus, mengatur, mohon, aritkel, pertimban, peringatan, jangan, nampakkan, hasil, dalaman, yakinkan, sebenar, tanpa, merujuk, pakar, isi, kaedah, berlandaskan, kehendak, melarang, pasangan, cara, mematuhi, individu, bacalah, mendapatkan, mengganggu, amal, ibadah, berikan, baitul, bagus, pemahaman, memulakan, selesaikan, mengulang, berulang, meningkatkan, kefahaman, ketagih, lepas, merancang, agenda, pembangunan, pernahkah, sering, diganggu, gugat, kecil, permasalahan, menggugat, umum, pasaran, beraksi, risau, menyerlah, disulam, berkeyakinan, dambakan, saat, memainkan, peranan, mencucuk, merenggut, menyakinkan, kemestian, sesebuah, tambah, parah, masuk, meletakkan, menitip, masalah, tafsiran, berkhayal, syok, agak, lambat, bangkit, menunaikan, kewajipan, sekiranya, bergelumang, jiwa, digalakkan, diselesaikan, bergelar, keperluan, dibandingkan, duduk, pelbagai, posisi, menghabiskan, sebuah, melambatkan, isu, peribadi, berniat, menyokong, buruknya, cuma, pertimbangkan, keawajaran, trend, berlegar, sesuatu, dinilai, mengiyakan, monday, secara, jujurnya, faham, sikap, sewaktu, menjangkau, ketibaan, kelahiran, membiarkan, ditegah, agama, tindakan, dilaksanakan, atas, faktor, kedatangan, memperingati, baginda, apatah, makluman, semak, berlangsungnya, acara, terdekat, febuari, jam, difahamkan, jemputan, dilakasanakan, terbaik, muhasabah, mengingatkan, kembali, melaksanakan, meninggalkan, sunnah, ajaran, diikuti, selamat, pengorbanan, ummat, nampak, dihiburkan, teguran, begitu, dosa, dilabel, lama, hujungnya, muka, bumi, dipersoalkan, kelak, keburukkan, tinggalkan, ambil, justeru, beragama, bala, sampaikan, ingkar, dia, berkuasa, jadi, fikirkan, cadangan, kuliah, marghrib, sempena, surau, man, sattar, semarak, sillaturahim, exco, kerohanian, sahsiah, saturday, sidebar, main,
Text of the page (random words):
maulidur rasul ini merupakan ruang yang terbaik untuk kita muhasabah dan mengingatkan kembali tentang apa yang telah kita laksanakan untuk tempoh yang sebelum ini samaada kita telah mengikut atau telah melaksanakan segala tuntutan dan juga suruhan allah s w t nabi muhammad s a w meninggalkan kepada kita sunnah dan ajaran yang perlu diikuti untuk memastikan kita selamat di dunia dan akhirat tidakkah kita rasa itu satu pengorbanan yang besar kepada ummat manusia hari ini atau kita lebih nampak keseronokkan dunia sebagai perkara paling utama manusia ini semakin banyak dihiburkan makin gelap hati untuk menerima teguran begitu juga dosa yang lain adakah kita mahu dilabel orang yang gelap hati untuk menerima kebaikan makin lama makin keras hati dan pada hujungnya menolak segala kebaikan atau suruhan allah s w t kita seharusnya ingat apa yang kita laksanakan di muka bumi allah s w t akan dipersoalkan kelak samaada baik atau buruk dan jika jelas keburukkan itu maka tinggalkan dan ambil perkara yang dituntut justeru itu saya ingin mengajak mahasiswa sekalian yang beragama islam untuk membuat pertimbangan sewajarnya berkenaan perkara ini bala yang allah s w t ingin sampaikan kepada mereka yang ingkar ini adalah pada bila bila masa sahaja kerana dia sangat berkuasa jadi sahabat sekalian sama sama kita fikirkan program cadangan kuliah marghrib sempena maulidur rasul surau nur e man oleh ustaz sattar program jakmas ab malam semarak sillaturahim exco kerohanian dan sahsiah tinta maya nur_mahasiswa pada 19 57 6 komen labels sekitar ums monday 22 february 2010 novel cinta islamik sekadar perkongsian kepada semua berkenaan trend pembacaan novel cinta islamik yang berlegar sekitar kehidupan mahasiswa pada hari ini sesuatu perkara perlu juga dinilai dari sudut positif dan juga negatif ada yang menolak keras dan ada juga yang membantah dan ada juga yang mengiyakan mana mana sahaja pandangan peribadi saya tidak berniat untuk menyokong atau membantah kerana ada baik dan ada buruknya cuma pada saya pertimbangkan keawajaran dan bebanan yang kita ada pada hari ini jika membawa isu ini saya melihat dari sudut negatif yang berlaku melambatkan perkara yang utama dalam kehidupan sebagai mahasiswa ada perkara utama yang perlu diselesaikan terutamanya mereka yang bergelar sebagai tenaga dakwah kampus ada keperluan gerak kerja yang lebih besar jika dibandingkan kita duduk dalam pelbagai posisi setiap masa semasa menghabiskan sebuah novel cinta contoh kita agak lambat untuk bangkit menunaikan kewajipan kita sebagai hamba allah s w t sekiranya nafsu seronok kita dalam membaca novel seronok kerana ia bergelumang dengan jiwa dan hati yang sentiasa digalakkan oleh nafsu setiap masa mula berkhayal dan syok sendiri ini mungkin berlaku kepada sesetengah pembaca dan menjadi kemestian dalam sesebuah novel untuk menarik minat pembaca ke arah pembacaan yang seterusnya tambah parah kita mula masuk dan meletakkan diri kita dalam ruang tersebut dan mula menitip perkara ini dalam kehidupan tetapi yang menjadi masalah kita membawa keluar perkara yang buruk mengikut tafsiran kita sendiri risau ini semakin menyerlah apabila keseronokkan hati kita mula disulam oleh nafsu dan kita mula berkeyakinan inilah cinta islam yang aku dambakan pada saat ini syaitan mula memainkan peranan mencucuk dan merenggut diri manusia untuk menyakinkan diri kita ingat dalam kebaikan syaitan juga mampu beraksi antara novel novel umum di pasaran menggugat perancangan harian sebagai mahasiswa pada hari yang lepas kita banyak merancang agenda yang besar untuk pembangunan diri mahasiswa dan islam terutamanya dan pernahkah kita terfikir perancangan kita sering diganggu gugat oleh perkara yang kecil dalam kehidupan sehingga membawa kepada permasalahan yang berlaku kepada islam pada hari ini kita mengulang dan membaca berulang ulang kali untuk meningkatkan kefahaman dan kerana ketagih membaca sebelum kita memulakan pembacaan adakah kita terfikir tentang perkara utama yang perlu kita selesaikan dari sudut kebaikan persediaan dan pemahaman bacalah novel dengan niat untuk memahami dan mendapatkan ilmu bukan dengan niat nafsu yang boleh mengganggu amal ibadah kepada allah s w t maaf pandangan saya mungkin keras saya berikan contoh ini kepada mereka yang bakal dan bersedia untuk membina baitul muslim bm pada saya yakin ia sangat bagus untuk mereka adakah anda bersedia dan telah membuat persediaan mereka yang ingin membina bm perlu bersedia dan memahami tentang pengalaman isi hati antara manusia dan juga kaedah pendekatan yang diambil untuk melaksanakannya berlandaskan kehendak islam islam tidak melarang kita mencari pasangan tetapi cara dan pendekatan yang diambil perlu mematuhi norma norma kehidupan sebagai seorang individu muslim satu peringatan jangan kita nampakkan kebaikan kepada hasil kerja nafsu dalaman yang kita buat dan kita yakinkan kepada diri inilah islam yang sebenar tanpa kita merujuk mereka yang lebih pakar dan arif sebagai kesimpulan satu sahaja perkara yang perlu diterapkan dalam diri iaitu disiplin dalam keutamaan yang lebih penting kita tidak boleh salahkan kepada perkara yang negatif tetapi salahkan kepada diri yang tidak mampu mengurus dan mengatur kehidupan dengan baik mohon maaf aritkel ini adalah untuk pertimban gan bersama renung renungkan bersama tinta maya nur_mahasiswa pada 15 42 1 komen labels tinta nur_mahasiswa tuesday 9 february 2010 scoait 8 batch masih adakah harapan mungkin ramai yang tertanya tanya apa itu scoait 8 batch scoait student committee aquaculture industrial training 8 batch merupakan salah satu persatuan yang ditubuhkan untuk mengumpulkan mereka yang berminat untuk menyambung latihan industri di jepun bagi pelajar akuakultur setiap tahun mereka yang berminat akan dikumpulkan dan bekerja sedaya upaya di hatceri salah satu tempat di ipmb ums untuk ke jepun tulisan ini bukan bermaksud untuk meraih sokongan atau simpati kerana saya telah menarik diri dari scoait pada kali ini dan mungkin kali terakhir tetapi sekadar berkongsi rasa dan pengalaman yang menarik tentang kami sebagai pelajar akuakultur untuk tempoh 3 tahun satu tekad yang kuat saya letakkan untuk bersama dengan sahabat yang lain untuk memastikan kami berada di jepun suatu masa nanti pada awal tahun 1 selepas pelajar senior berkongsi pengalaman mereka meneruskan latihan industri li di jepun tetapi keputusan menarik diri banyak memberi respon kepada saya dan ramai yang tertanya tanya kenapa walaupun yang disampaikan itu adalah perkara yang benar sehinggakan adik adik junior juga positif dalam perkara ini eh tak pi jepun kenapa pulak kata seorang sahabat rugi tu tak pi bukan selalu pi sana banyak pengalaman bley bawa balik itulah antara ayat yang diterima sebaik memaklumkan tentang penarikan diri dari scoait kali ini banyak yang memberi sokongan dan ada juga yang tidak dapat menerima fokus projek tahun akhir sekadar berkongsi untuk semua pendirian itu diambil bagi memberi laluan fokus utama saya yang lain berkenaan projek tahun akhir yang sekarang ini sedang bertungkus lumus untuk dihabiskan dalam saki baki masa yang ada walaupun banyak cabaran dan halangan tetapi itu tuntutan utama kepada setiap mahasiswa di kampus kurangkan bebanan sedia ada rasa seronok dan rasa tercabar juga ada untuk kepimpinan jawatankuasa kebajikan mahasiswa jakmas cd 2008 2009 yang ditarik pemerintahannya sehingga ke hujung bulan januari yang sepatutnya ditamatkan pada hujung bulan september 2009 jika tidak silap walauapapun amanah tetap ada dan mesti diteruskan sehingga ke penghujung tuntutan islam yang lebih utama ada satu perkara yang menarik minat saya sepanjang berada di kampus iaitu untuk mendekati golongan mahasiswa sebagai mad u sasaran dakwah yang saya pasti masing masing telah diletakkan dengan amanah ini dan seharusnya sedar untuk bersama dalam melaksanakannya dalam tuntutan ini saya akui beban kerja yang tidak ada penghujungnya untuk mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai dai e semakin kita berubah semakin kita perlu mengajak yang lain dan setiap tenaga ini perlu dilatih dan ditarbiah dan seterusnya memastikan kesinambungan gerak kerja dakwah berkekalan berkorban untuk yang lebih utama dan manfaat yang lebih besar untuk akan datang sekadar itu jawapan yang boleh saya kongsikan untuk semua harapan saya sangat tinggi untuk melihat sahabat sahabat saya yang lain untuk meneruskan perjuangan scoait sesi ke 8 terus bersemangat dan kental dalam menghadapi cabaran dalam akuakultur saya yakin anda semua akan berjaya nanti kongsi ya ilmu khas buat prof senoo my sifu yang sangat berdisiplin khas buat ra khas buat staff khas buat semua sahabat scoait asri and da geng ijul sama tinta maya nur_mahasiswa pada 19 57 1 komen labels satu perkongsian sunday 7 february 2010 oren vs merah pencerahan dan perkongsian bahagian 1 menarik juga apabila membaca maklum balas daripada blogger blogger ums berkenaan prk 09 10 yang berlaku baru ini jika disemak segala ruang yang ada masih banyak kelompangan yang ada dan perlu untuk dibaiki untuk masa akan datang tergerak untuk mencungkil pengalaman untuk dikongsi selepas membaca blog nurilhakim berkenaan oren vs merah maka satu tulisan ini keluar untuk perkongsian kepada mahasiswa dan menjawab seba sedikit perkara yang bermain di minda wajah wajah oren dan juga merah menghangatkan suasana dalam pilihanraya kampus tetapi bukan itu fokus tulisan ini tetapi perancangan masa hadapan yang lebih baik untuk semua mahasiswa sedikit berkenaan apa yang berlaku di universiti kebanggsaan malaysia ukm satu sisi pro mahasiswa pro m ditolak keputusan dalam menuntut hak sebagai mahasiswa untuk mendapat keadilan yang sewajarnya berbeza situasinya di kampus ums apa bezanya anda ada jawapan masing masing ke mana perjuangan mahasiswa mahasiswa akan datang perlu untuk tampil dengan lebih berani dalam menerapkan diri dalam kotak masyarakat kampus kerana kita bermula di kampus untuk kepimpinan akan datang di luar tidak kira untuk bulan dacing roket biru dan lain lain tetapi ini usaha anda semua dalam mencorak masa depan negara dan hakikatnya kita perlu bermula tidakkah kita rasa keterlibatan kita dalam memajukan mencorak negara yang lebih baik perlu untuk berpecah ya jelas oren dan merah tetapi bukan warna yang menjadi punca perpecahan sebaliknya warna ini menunjukkan satu semangat perubahan memperjuangkan ideologi kematangan mahasiswa yang bakal memimpin perubahan untuk masa akan datang seperkara lagi berpecah macammana sekalipun manusia tetap ada kemanusiaan dan juga sebagaimana yang dituntut oleh islam perkara yang buruk jelas dan nyata kerosakkan perlu dicegah dan dilawan habis habisan kita hanya dibezakan pandangan pendekatan dan pertimbangan yang berbeza mengikut perkembangan semasa dan semua pihak perlu untuk ada rasa hormat menghormati antara satu sama lain bagi mengukuhkan kedudukan masyarakat kampus pandangan itu adalah satu kebaikan untuk manusia adab adalah perkara yang paling besar dalam kehidupan jika ditinjau sekitar pilihanraya kampus sebelum ini ada segelintir mahasiswa yang mula jauh dari keperibadian mahasiswa contoh untuk semua dari sudut etika pergaulan lelaki dan wanita dan juga semangat berlawan mahasiswa yang sihat perlu diserap dengan sihat dan berkesan jika anda mahu dihormati maka hormatilah yang lain jika anda mahu disayangi maka sayangilah yang lain perjuangan yang lebih terisi ilmu dan pengalaman sifat utama untuk kelangsungan perjuangan mahasiswa akan datang adalah sentiasa diisi dan mengisi ilmu dan pengalaman hidup ini adalah satu proses pembelajaran dan dalam proses pembelajaran tidak mustahil kita akan salah dan betul adalah lebih baik kita buat dan salah daripada tidak berbuat apa apa dan hanya mengkritik berlebihan hidup ini lebih berharga dengan bertindak terhadap kehidupan dengan perkara yang boleh dihargai oleh diri dan juga orang lain we have living with what we want we have life with what we give petikan dari kata kata seorang sahabat di kampus sekadar perkongsian bersambung di bahagian 2 tinta maya nur_mahasiswa pada 14 52 2 komen labels pilihan raya kampus 2009 2010 older posts home subscribe to posts atom facebook afiq norddin create your badge ta ruf nur_mahasiswa diberi nama muhammad afiq b norddin dan dilahirkan pada 11 oktober 1988 di kuala krai kelantan mendapat pendidikan awal di sk banggol guchil skbg dan menyambung pengajian di smk sultan yahya petra 1 seterusnya ke kolej matrikulasi negeri sembilan kmns dan sekarang di ums yang tercinta merupakan anak jati kelantan yang gemar menjelajah sejauh mana yang termampu sukakan kawasan yang damai abadi dan yang paling penting life ikan ajarilah diri ini yang kekurangan dunia dan akhirat insyallah view my complete profile kudrat usaha 2010 14 february 7 maulidur rasul dan hiburan dalam ums novel cinta islamik scoait 8 batch masih adakah harapan oren vs merah pencerahan dan perkongsian bahagi kempen keselamatan jalan raya dan pemakaian topi k aplikasi marketing dalam bidang dakwah seronok sekeping kepercayaan dan keyakinan january 7 2009 22 december 2 september 2 august 1 july 1 may 5 march 6 february 3 january 2 2008 27 december 10 november 7 october 5 september 3 august 2 tinta sahabat ustaz hasrizal antara socrates dan salamis merenung kerosakan anak muda dalam memori sejarah 1 month ago ustaz akmal ziarah dan khutbah di pulau gaya 8 years ago akhi salman anak muda malaysian agreement 1963 10 years ago nur hidayah hanya dirinya 11 years ago q riuz laman sosial yang ramai lupakan 13 years ago ukhtie fate coretan pasif pemula bicara 13 years ago nurilhakim sajak ramadhan engkau punca bencana 13 years ago otak kritikal seminar kewartawanan 14 years ago maznee abd aziz 2 days 14 years ago tokei ikan bertaqwa pss komited membangunkan remaja di sabah 14 years ago nur fadila siamir mencari kebahagiaan yang hakiki 14 years ago ukhtie syuhada aku cinta allah 15 years ago akhi mursidi bergema lagi 15 years ago akhi kasman bantah konsert inul daratista 15 years ago ustaz dzulkhairi ma rifatullah 16 years ago akhi zhafran ukhtie zarina rafidah pare ukhtie zulaikha siti mahyuni asgari show 5 show all komen dari sahabat view shoutbox shoutmix chat widget terima kasih widgeo net dari sahabat feedjit live blog stats sahabat a mursidi amat a muhammad nadir al nuri a hasnur rasyid a hardiansyah salleh a kasman karate a nur ilham a nursyabri a muhammad faez husin a acap aqua a adam quezon a tengku nuruddin a arif ainuddin a fadlan a ahmad azri mohd saufi a hilal azmi a azizul julirin a afiq farhan e a khairul zaman a jass azliezan a abg firdaus a abg ky a abg salman a fairuz bend a fanshuri badaruddin a julkifflye a mat nor mtn mpp a samizul a zhafran a lutfi sahabiah uk hafiza syafika uk fadhila siamir uk noorhazlindah awang uk nur hidayah ariffin uk rapidah pare uk siti farah abdullah uk mahyuni asgari uk siti nazirah mat isa uk siti rahimah amir husin uk masnee abdul aziz uk kak ros uk nurul afnie uk nik nurul syuhada uk khairunnisa klem uk kak fate uk nabila uk zarina uk zulaikha uiam pautan ilmu dan semasa ust hasrizal al qur...
|