Meta tags:
description= Motivasi, Iltizam, Jatidiri;
Headings (most frequently used words):
krim, gombak, remaja, dan, 2010, anjuran, pertandingan, melalui, kursus, islami, menulis, kem, muslim, esei, maulidur, rasul, 1431h, 2010m, recent, galeri, aktiviti, pages, archives, serlahkan, potensi, diri, lonjakan, sahsiah, emosi, klose, kepimpinan, sm, sains, hulu, selangor, karnival, larian, kesihatan, kekeluargaan, klikk, cerpen, bersama, kelab, isma, telaga, biru, anjur, seminar, pendidikan, kerjaya, daerah, terap, nilai, kesyumulan, islam, dalam, cungkil, bakat, penulisan, kembara, menikmati, keindahan, kesegaran, sungai, pisang, posts, comments, meta, blog, stats,
Text of the page (most frequently used words):
yang (59), gombak (46), dan (46), 2010 (37), remaja (34), krim (31), peserta (31), dengan (27), para (26), telah (25), #kursus (24), ini (23), aktiviti (20), pelajar (16), untuk (16), dari (13), sekolah (13), pada (12), oleh (12), mereka (12), kem (11), krimgombak (11), comment (10), isma (10), diri (10), filed (10), under (10), posted (10), masing (10), 2009 (9), dalam (9), muslim (9), hari (9), pertandingan (8), islami (8), larian (8), kesihatan (8), leave (8), satu (8), merupakan (8), usrah (8), seminar (7), kepimpinan (7), daerah (7), menulis (7), kelab (7), karnival (7), cawangan (7), setiap (7), bagi (7), islam (7), semashur (7), tersebut (7), com (6), selangor (6), potensi (6), melalui (6), menganjurkan (6), orang (6), maulidur (6), rasul (6), esei (6), penyertaan (6), lebih (6), ada (6), saudara (6), pelbagai (6), april (6), program (6), model (6), juga (6), wordpress (5), comments (5), anjur (5), pendidikan (5), anjuran (5), kekeluargaan (5), klikk (5), emosi (5), kembara (5), sekitar (5), mana (5), 1431h (5), anda (5), lagi (5), badan (5), akan (5), malam (5), july (5), mengenai (5), seorang (5), berjaya (5), motivasi (5), kerjaya (4), bersama (4), sahsiah (4), continue (4), reading (4), sila (4), maklumat (4), jalan (4), semua (4), kerjasama (4), 2010m (4), tubuh (4), itu (4), penuh (4), kawan (4), malaysia (4), julai (4), kefahaman (4), ciri (4), terhadap (4), hebat (4), diminta (4), membina (4), tentang (4), cabaran (4), lelaki (4), perempuan (4), this (3), log (3), blog (3), pend (3), sains (3), hulu (3), lonjakan (3), klose (3), june (3), kawasan (3), sungai (3), pisang (3), kali (3), bertemakan (3), disertai (3), lanjut (3), batu (3), berikut (3), tajuk (3), negara (3), peranan (3), masa (3), pejabat (3), uncategorized (3), kami (3), menarik (3), kecergasan (3), amat (3), penting (3), allah (3), berita (3), mengadakan (3), bertempat (3), kepong (3), disajikan (3), nilai (3), menengah (3), apabila (3), diadakan (3), antara (3), peluang (3), hadiah (3), may (3), serta (3), atau (3), acara (3), belia (3), adalah (3), sesi (3), slot (3), diteruskan (3), pembentangan (3), berkesan (3), dapat (3), sebuah (3), kehidupan (3), semangat (3), dakwah (3), kumpulan (3), pengurusan (3), uiam (3), bengkel (3), idaman (3), diberi (3), tidak (3), universiti (3), menyentuh (3), seperti (3), selepas (3), 2008 (3), site (2), website (2), required (2), email (2), sign (2), subscribed (2), subscribe (2), account (2), feed (2), entries (2), recent (2), cerpen (2), telaga (2), biru (2), serlahkan (2), bermula (2), pagi (2), december (2), kesegaran (2), tagged (2), bawah (2), caves (2), alamat (2), nama (2), telefon (2), pertama (2), boleh (2), krisis (2), harapan (2), kita (2), membantu (2), raja (2), sebagai (2), agama (2), ngo (2), jiwa (2), dikehendaki (2), salah (2), terbuka (2), kepada (2), sambutan (2), assalamualaikum (2), january (2), ayuh (2), sertai (2), saudari (2), 013 (2), hubungi (2), menanti (2), outdoor (2), minda (2), hadapan (2), body (2), revitalise (2), rekindle (2), iman (2), mukmin (2), baik (2), atas (2), march (2), julung (2), dianjurkan (2), mendapat (2), bakat (2), penulisan (2), institut (2), penyelidikan (2), perhutanan (2), frim (2), berlangsung (2), selama (2), fizikal (2), mac (2), jayanya (2), terbaik (2), sekali (2), keluarga (2), jom (2), sama (2), layari (2), www (2), klikk2010 (2), info (2), ialah (2), produk (2), kanak (2), masjid (2), rahimah (2), greenwood (2), sabtu (2), hingga (2), petang (2), diakhiri (2), penyampaian (2), terakhir (2), ujian (2), penilaian (2), tahap (2), dibincangkan (2), sepanjang (2), memastikan (2), bakal (2), disampaikan (2), sungguh (2), kendiri (2), sebelah (2), tayangan (2), murabbi (2), filem (2), kisah (2), sedikit (2), sebanyak (2), berdasarkan (2), forum (2), tokoh (2), kaedah (2), teori (2), daripada (2), aminuddin (2), yahya (2), beliau (2), pemimpin (2), agar (2), memberi (2), aspek (2), kerana (2), mempunyai (2), objektif (2), pihak (2), sis (2), iaitu (2), jatidiri (2), perlu (2), antarabangsa (2), hati (2), wakil (2), rata (2), kemudian (2), surat (2), guru (2), motivator (2), pusat (2), kebangsaan (2), setia (2), august (2), pandangan (2), kemusykilan (2), profil (2), rss (2), get, started, design, like, with, name, write, loading, collapse, bar, manage, subscriptions, view, reader, report, content, privacy, already, have, now, designer, 128, hits, stats, create, meta, ummu, aliyya, ckg, zul, trendymuslimah, amirah, najihah, posts, jul, 2026, next, page, disember, rekreasi, ukkhuwah, tercipta, seramai, terdiri, uia, seawal, berkumpul, hilir, berdekatan, alang, sendayu, menikmati, keindahan, lihat, poster, 68100, taman, beserta, salinan, cetak, gmail, mestilah, dihantar, kad, pengenalan, nyatakan, muka, menghantar, identiti, kalangan, semakin, membarah, masihkah, kesatuan, ummah, pemangkin, kesejateraan, muhammad, contoh, ikutan, umat, penyambung, warisan, kemanusiaan, gaza, apa, sumbangan, seislam, palestin, melayu, mempertahankan, kedudukan, rasmi, persekutuan, membentuk, keperibadian, kini, memilih, sedang, sempena, wbt, maznah, 014, 5402190, afiq, 5852584, mencabar, indoor, jungle, trekking, team, building, motivational, talk, campfire, banyak, apatah, golongan, aset, selari, kecerdasan, akal, dimiliki, usia, muda, menitik, beratkan, faktor, usaha, memplopori, pembentukan, generasi, memimpin, bangsa, merealisasikan, matlamat, rejuvenate, energy, kuat, dikasihi, lemah, tetapi, keduanya, kebaikan, kekuatan, suatu, tuntutan, menyukai, hamba, hambanya, sentiasa, menjaga, rasulullah, saw, pernah, bersabda, bersempena, bersamaan, menerima, memberangsangkan, cungkil, taklimat, komandan, fahmi, perah, reenergise, spirit, perkhemahan, kerohanian, berteraskan, syumul, terap, kesyumulan, kurang, 350, menyertai, melakar, sejarah, memperkasakan, agenda, halatuju, peringkat, usahasama, pelajaran, ppd, dewan, seri, tanjung, berasrama, integrasi, sbpi, terperinci, jangan, lepaskan, menunjukkan, merebut, lumayan, bawalah, ahli, turut, memeriahkan, lufti, 019, 5058793, farah, 3105613, berjumlah, rm5, 000, pemenang, pemeriksaan, pesta, buah, buahan, jualan, sukaneka, kempen, derma, darah, ikatan, muslimin, persatuan, nasional, pembina, jam, percuma, majlis, sijil, fotografi, debaran, akhirnya, tiba, ringkas, diuji, topic, demi, peneraju, memahami, sejelas, jelasnya, segala, perkara, unggul, fadhil, ustaz, ahmad, alauddin, kamal, pensyarah, darul, quran, insha, diharapkan, member, kesan, mendalam, terus, bermotivasi, melakukan, perubahan, kea, rah, malamnya, perdana, sang, benar, menelusuri, tarbiah, menyuntik, dimana, jambatan, menggunakan, peralatan, serba, kekurangan, diadunkan, diterima, istimewa, menampilkan, beberapa, bekas, membincangkan, kedua, bertumpu, usamah, izer, graduan, menyampaikan, kepentingan, pengendalian, pengisian, diikuti, simulasi, melakarkan, ingin, diaplikasikan, merekacipta, komentar, kritis, diajukan, dibentangkan, penghujung, mencapai, kata, sepakat, dipraktikkan, dimulakan, dipimpin, sepenuhnya, usahawan, terkenal, merangkap, setiausaha, agung, asing, menekankan, pentingnya, penekanan, menerobosi, sesungguhnya, manusia, dijadikan, khusus, ditetapkan, pendedahan, halaqah, menitikberatkan, nuqaba, islamic, society, pembantu, tadbir, terpilih, naqib, naqibah, kepercayaan, tanggal, jun, selaku, penganjur, merasa, bersyukur, berinteraksi, sememangnya, dilibatkan, berpasukan, semuanya, diharap, melonjakkan, membawa, melangkah, jauh, biasa, akhir, tampil, menyatakan, maklum, balas, berharap, diperpanjangkan, mengharapkan, lain, manfaat, keesokan, paginya, memulakan, riadah, main, bola, ikat, kaki, tutup, mata, halangan, struktur, tertinggi, khabar, membuat, life, chart, carta, sepucuk, sesiapa, sahaja, rasa, meluahkan, perasaan, menghadiri, harinya, dipertontonkan, berkisarkan, anak, menghormati, tuanya, night, walk, dijalankan, bermuhasabah, hubungan, menyayangi, terutama, ibu, bapa, lupa, kemuncak, candle, light, merenung, tingkah, laku, negatif, sekeping, kertas, membakarnya, nyalaan, lilin, simbolik, membuang, sifat, dipenuhi, khas, berpengalaman, tuan, haji, bin, penasihat, memperlihatkan, jati, diserlahkan, menguji, mental, kreativiti, antaranya, kiraan, disahut, melambung, telur, tanpa, pecah, sorakan, unit, kaunseling, melibatkan, tingkatan, merangkumi, menyedarkan, samping, keyakinan, september, february, archives, pages, yuran, more, photos, galeri, home, iltizam,
Text of the page (random words):
val masjid rahimah jalan greenwood layari www klikk2010 info jom ke klikk 2010 kem remaja muslim 2010 13 14 mac 2010 institut penyelidikan perhutanan malaysia frim kepong selangor yuran rm 50 seorang sertai kami pages profil krim pandangan kemusykilan archives july 2010 may 2010 april 2010 march 2010 january 2010 december 2009 august 2009 july 2009 june 2009 may 2009 april 2009 february 2009 september 2008 august 2008 june 2008 serlahkan potensi diri melalui kursus lonjakan sahsiah dan emosi klose anjuran krim gombak posted on july 20 2010 by krimgombak gombak 11 julai kelab remaja isma krim cawangan gombak dengan kerjasama unit kaunseling sekolah menengah kebangsaan gombak setia telah mengadakan kursus lonjakan sahsiah dan emosi klose 2010 bertempat di universiti islam antarabangsa malaysia uiam gombak kursus ini berlangsung selama 2 hari 1 malam 10 11 julai 2010 dan melibatkan pelajar pelajar sekolah menengah kebangsaan gombak setia dari tingkatan 1 hingga 5 merangkumi 32 pelajar lelaki dan 30 pelajar perempuan antara objektif kursus ini adalah untuk menyedarkan para peserta tentang potensi diri masing masing di samping membina keyakinan diri hari pertama kursus ini dipenuhi dengan satu program motivasi khas yang disampaikan oleh seorang motivator berpengalaman tuan haji aminuddin bin yahya yang juga merupakan penasihat krim pusat program sepanjang hari ini memperlihatkan semangat jati diri di dalam diri peserta berjaya diserlahkan oleh motivator melalui pelbagai aktiviti yang menguji mental dan kreativiti para peserta antaranya adalah ujian kiraan masa serta cabaran cabaran yang perlu disahut para peserta seperti melambung telur tanpa pecah dan sorakan semangat dari para peserta pada malam harinya para peserta dipertontonkan dengan tayangan berkisarkan anak yang tidak menghormati orang tuanya yang sedikit sebanyak menyentuh hati para peserta selepas itu aktiviti night walk dijalankan di sekitar kawasan universiti di mana para peserta diminta untuk bermuhasabah diri tentang kehidupan dan hubungan mereka dengan orang orang yang menyayangi mereka terutama ibu bapa dan tidak lupa juga guru guru mereka acara kemuncak pada malam tersebut ialah acara candle light di mana para peserta diminta merenung dan kemudian menulis tingkah laku negatif mereka di atas sekeping kertas dan membakarnya di dalam nyalaan lilin sebagai simbolik membuang sifat tersebut pada keesokan paginya para peserta memulakan hari dengan aktiviti riadah seperti main bola ikat kaki dan tutup mata kemudian mereka disajikan dengan pelbagai aktiviti cabaran dan halangan seperti membina struktur tertinggi dengan surat khabar bagi pelajar lelaki dan membuat life chart atau carta kehidupan bagi pelajar perempuan selepas itu para peserta telah diminta menulis sepucuk surat untuk sesiapa sahaja yang mereka rasa penting bagi meluahkan perasaan mereka selepas menghadiri kursus tersebut pada akhir kursus wakil wakil peserta masing masing dari peserta lelaki dan perempuan tampil ke hadapan menyatakan maklum balas terbuka mereka tentang kursus tersebut rata rata berharap kursus tersebut boleh diperpanjangkan serta mengharapkan agar para peserta lain iaitu kawan kawan mereka mendapat manfaat dari kursus tersebut krim gombak selaku penganjur kursus merasa bersyukur kerana diberi peluang untuk berinteraksi dan menyentuh hati para peserta yang sememangnya mempunyai potensi diri yang sungguh hebat tersebut melalui kursus ini para peserta telah dilibatkan dengan aktiviti berpasukan aktiviti yang menyentuh emosi aktiviti fizikal dan aktiviti motivasi yang semuanya diharap dapat membantu melonjakkan sahsiah dan emosi mereka ke tahap yang dapat membawa mereka melangkah jauh dari yang biasa filed under uncategorized leave a comment kursus kepimpinan remaja sm sains hulu selangor 2010 posted on july 20 2010 by krimgombak sekali lagi krim gombak telah diberi kepercayaan penuh oleh pihak pengurusan sm sains hulu selangor apabila telah berjaya menganjurkan kursus kepimpinan remaja semashur 2010 bertempat di universiti islam antarabangsa malaysia uiam gombak pada tanggal 26 27 jun 2010 program 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh 50 para pemimpin pelajar daripada semashur islamic society sis yang merupakan salah satu badan pembantu tadbir di semashur para peserta juga merupakan pelajar pelajar terpilih naqib dan naqibah di semashur program yang diadakan ini mempunyai objektif khusus yang telah ditetapkan oleh pihak sis iaitu untuk memberi pendedahan mengenai kaedah dan pengurusan usrah dan halaqah kursus ini juga menitikberatkan aspek motivasi kendiri dan jatidiri yang perlu ada pada seorang nuqaba kursus kepimpinan ini dimulakan dengan slot motivasi kepimpinan yang dipimpin sepenuhnya oleh tn hj aminuddin yahya yang merupakan seorang tokoh usahawan terkenal merangkap setiausaha agung isma sebuah ngo dakwah yang tidak asing lagi beliau telah menekankan akan pentingnya untuk memastikan semua ciri ciri pemimpin agar ada dalam diri setiap peserta beliau juga memberi penekanan terhadap aspek menerobosi potensi diri yang ada kerana sesungguhnya manusia itu dijadikan dengan pelbagai potensi yang hebat hari kedua kursus bertumpu kepada pengurusan usrah berkesan saudara usamah b izer graduan uiam telah menyampaikan satu pembentangan menarik mengenai kepentingan usrah dan kaedah pengendalian usrah yang berkesan slot yang penuh dengan pengisian teori ini diikuti dengan sesi bengkel simulasi di mana setiap kumpulan peserta lelaki dan perempuan dikehendaki melakarkan model usrah idaman yang ingin diaplikasikan di semashur melalui bengkel ini para peserta telah diberi peluang untuk merekacipta usrah idaman masing masing berdasarkan kefahaman terhadap teori usrah dan diakhiri dengan pembentangan daripada setiap kumpulan pelbagai komentar kritis diajukan oleh para peserta terhadap model model yang dibentangkan di penghujung bengkel mereka telah berjaya mencapai kata sepakat mengenai model usrah idaman terbaik yang akan dipraktikkan di semashur sesi di sebelah petang diteruskan dengan satu forum istimewa yang menampilkan beberapa tokoh belia yang juga bekas pelajar semashur forum ini membincangkan mengenai peranan dan cabaran belia kursus diteruskan dengan aktiviti outdoor dimana para peserta telah diminta untuk membina sebuah model jambatan dakwah berdasarkan kefahaman masing masing tentang dakwah dengan menggunakan peralatan yang serba kekurangan semua kumpulan telah berjaya membina model masing masing yang telah diadunkan bersama sama kefahaman yang diterima pada sebelah malamnya para peserta disajikan dengan tayangan perdana sang murabbi sebuah filem kisah benar menelusuri kisah kehidupan seorang murabbi tarbiah yang hebat filem hebat ini sedikit sebanyak telah berjaya menyuntik semangat para peserta hari terakhir kursus diteruskan dengan pembentangan 10 ciri ciri muslim unggul yang disampaikan dengan jayanya oleh al fadhil ustaz ahmad alauddin b kamal pensyarah darul quran penyampaian yang sungguh berkesan ini insha allah diharapkan dapat member kesan yang mendalam terhadap jiwa para peserta untuk terus bermotivasi melakukan perubahan kendiri kea rah yang lebih baik slot terakhir penuh debaran akhirnya tiba apabila satu ujian penilaian ringkas diadakan di mana para peserta diuji tahap kefahaman mengenai semua topic yang telah dibincangkan sepanjang kursus penilaian ini penting demi memastikan para peserta yang merupakan bakal bakal peneraju kepimpinan di sekolah memahami sejelas jelasnya segala perkara yang telah dibincangkan kursus diakhiri dengan majlis penyampaian sijil dan sesi fotografi filed under uncategorized 1 comment karnival larian islami kesihatan dan kekeluargaan klikk 2010 posted on july 5 2010 by krimgombak ikatan muslimin malaysia isma cawangan gombak dengan kerjasama persatuan belia islam nasional pembina cawangan kl dan masjid rahimah jalan greenwood akan menganjurkan karnival larian islami kesihatan kekeluargaan pada hari sabtu 17 hb julai 2010 bermula jam 8 pagi hingga 5 petang penyertaan adalah percuma antara aktiviti menarik ialah acara larian pemeriksaan kesihatan pesta buah buahan jualan produk produk sukaneka kanak kanak dan kempen derma darah hadiah hadiah berjumlah rm5 000 menanti para pemenang peserta larian untuk maklumat lanjut sila hubungi saudara lufti 019 5058793 atau saudari farah 013 3105613 atau layari website kami di www klikk2010 info bawalah kawan kawan serta ahli keluarga untuk turut sama memeriahkan karnival larian islami kesihatan kekeluargaan kita jom ke klikk 2010 filed under aktiviti remaja tagged islami karnival keluarga kesihatan larian leave a comment pertandingan menulis cerpen islami anjuran bersama kelab remaja isma dan telaga biru posted on may 28 2010 by krimgombak ayuh jangan lepaskan peluang anda untuk menunjukkan bakat penulisan anda dan merebut hadiah yang lumayan maklumat lebih terperinci ada di bawah filed under aktiviti remaja leave a comment krim gombak anjur seminar pendidikan kerjaya daerah gombak 2010 posted on april 19 2010 by krimgombak gombak 10 april 2010 sekali lagi kelab remaja isma cawangan gombak melakar sejarah dalam memperkasakan agenda dan halatuju remaja apabila dengan jayanya menganjurkan seminar pendidikan kerjaya peringkat daerah gombak 2010 program yang dianjurkan dengan usahasama pejabat pelajaran daerah ppd gombak ini telah diadakan di dewan seri tanjung sekolah berasrama penuh integrasi sbpi gombak yang merupakan antara sekolah yang terbaik di negara ini lebih kurang 350 orang pelajar dari sekolah sekolah menengah di sekitar daerah gombak menyertai seminar kerjaya kali ini continue reading filed under aktiviti remaja berita remaja 3 comments terap nilai kesyumulan islam dalam kem remaja muslim anjuran krim gombak posted on april 18 2010 by krimgombak kepong 13 mac kelab remaja isma krim cawangan gombak telah mengadakan kem remaja muslim 2010 bertempat di kem perah institut penyelidikan perhutanan frim kepong bertemakan revitalise body reenergise spirit rekindle iman kem ini telah disertai oleh 32 orang pelajar dari sekitar kawasan gombak kem perkhemahan yang berlangsung selama 2 hari 1 malam ini disajikan dengan pelbagai program kerohanian kecergasan fizikal dan minda berteraskan nilai nilai islam yang syumul taklimat oleh kem komandan saudara fahmi continue reading filed under aktiviti remaja berita remaja leave a comment krim cungkil bakat penulisan remaja melalui pertandingan esei maulidur rasul 1431h 2010m posted on april 17 2010 by krimgombak bersempena dengan sambutan maulidur rasul 1431h bersamaan 2010m kelab remaja isma cawangan gombak telah mengadakan pertandingan menulis esei maulidur rasul pertandingan yang julung julung kali dianjurkan oleh krim gombak ini telah mendapat kerjasama dari pejabat pendidikan daerah gombak dan menerima penyertaan yang memberangsangkan continue reading filed under aktiviti remaja berita remaja leave a comment kem remaja muslim 2010 posted on march 2 2010 by krimgombak assalamualaikum kekuatan tubuh badan merupakan suatu tuntutan ke atas setiap muslim allah amat menyukai hamba hambanya yang sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan rasulullah saw pernah bersabda mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi allah dari mukmin yang lemah tetapi pada keduanya ada kebaikan apatah lagi bagi golongan remaja kecergasan tubuh badan merupakan aset yang amat penting selari dengan kesegaran minda dan kecerdasan akal yang dimiliki pada usia muda krim amat menitik beratkan faktor kecergasan tubuh badan dalam usaha untuk memplopori pembentukan generasi harapan yang akan memimpin agama negara dan bangsa pada masa hadapan bagi merealisasikan matlamat ini krim gombak akan menganjurkan kem remaja muslim 2010 yang bertemakan rejuvenate body revitalise energy rekindle iman pelbagai aktiviti menarik dan mencabar menanti anda indoor outdoor jungle trekking team building motivational talk campfire dan banyak lagi untuk maklumat lanjut sila hubungi saudara afiq 013 5852584 saudari maznah 014 5402190 ayuh sertai kami di kem remaja muslim 2010 filed under uncategorized leave a comment pertandingan menulis esei maulidur rasul 1431h 2010m posted on january 28 2010 by krimgombak assalamualaikum wbt krim gombak dengan kerjasama pejabat pendidikan daerah gombak sedang menganjurkan pertandingan menulis esei sempena sambutan maulidur rasul 1431h 2010m pertandingan terbuka kepada semua pelajar di sekolah sekolah sekitar gombak anda dikehendaki memilih salah satu dari tajuk tajuk berikut bagi setiap penyertaan peranan ngo islam dalam membentuk keperibadian muslim dalam jiwa remaja masa kini peranan raja raja melayu dalam mempertahankan kedudukan islam sebagai agama rasmi persekutuan krisis kemanusiaan di gaza apa sumbangan kita untuk membantu saudara saudara seislam di palestin muhammad contoh ikutan umat penyambung warisan kesatuan ummah pemangkin kesejateraan negara krisis identiti di kalangan remaja yang semakin membarah masihkah ada harapan anda boleh menghantar lebih dari satu penyertaan sila nyatakan di muka pertama bagi setiap penyertaan nama peserta no kad pengenalan no telefon nama sekolah no telefon sekolah dan tajuk esei setiap penyertaan mestilah dihantar ke alamat email berikut krimgombak gmail com beserta satu salinan cetak ke alamat berikut kelab remaja isma cawangan gombak no 14 b jalan 10 taman batu jalan batu caves batu caves 68100 selangor sila lihat poster di bawah untuk maklumat lanjut filed under aktiviti remaja tagged 1431h aktiviti remaja esei krim maulidur rasul remaja isma leave a comment kembara krim gombak menikmati keindahan dan kesegaran sungai pisang posted on december 15 2009 by krimgombak pada 12 disember 2009 krim gombak telah menganjurkan kembara krim di kawasan rekreasi sungai pisang gombak kembara kali ini yang bertemakan kembara bersama ukkhuwah tercipta telah disertai oleh peserta seramai 15 orang yang terdiri dari para pelajar sekolah sekolah sekitar selangor dan pelajar pelajar dari uia gombak kembara bermula seawal 8 30 pagi di mana para peserta telah berkumpul di hilir sungai pisang berdekatan kem alang sendayu continue reading filed under aktiviti remaja leave a comment next page june 2026 m t w t f s s 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 jul recent posts serlahkan potensi diri melalui kursus lonjakan sahsiah dan emosi klose anjuran krim gombak kursus kepimpinan remaja sm sains hulu selangor 2010 karnival larian islami kesihatan dan kekeluargaan klikk 2010 pertandingan menulis cerpen islami anjuran bersama kelab remaja isma dan telaga biru krim gombak anjur seminar pendidikan kerjaya daerah gombak 2010 recent comments amirah najihah on kursus kepimpinan remaja sm sa trendymuslimah on krim gombak anjur seminar pend ckg zul on krim gombak anjur seminar pend ummu aliyya on krim gombak anjur seminar pend meta create account log in entries feed comments feed wordpress com blog stats 8 128 hits blog at wordpress com wp designer krim gombak blog at wordpress com subscribe subscribed krim gombak sign me up already ha...
|