Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2008, blog, solat, yang, sentuhan, iman, tuesday, august, 12, friday, may, myframe, time, kalendar, berikan, komen, anda, tentang, ini, my, profile, ustaz, zul, archive, hidup, tanpa, pengabdian, diri, dalam, dugaan, makhluk, diciptakan, hati, bersih,
Text of the page (most frequently used words):
solat (37), yang (33), dan (15), pandangan (10), orang (10), hati (9), itu (9), dengan (9), meninggalkan (8), allah (7), daripada (6), sebanyak (6), ini (5), kecuali (5), azizul (5), taher (5), lagi (5), matahari (5), islam (5), dia (5), rakaat (5), makhluk (4), diciptakan (4), diri (4), dalam (4), hidup (4), tanpa (4), 2008 (4), tiada (4), comments (4), posted (4), manusia (4), tempat (4), jika (4), bersih (4), akan (4), sengaja (4), rukun (4), atas (4), syarat (4), dugaan (3), terlalu (3), selalu (3), tetapi (3), suatu (3), saat (3), maka (3), membaca (3), bagi (3), ketika (3), sehingga (3), sebab (3), kerana (3), menurut (3), tidak (3), hukum (3), may (2), pengabdian (2), august (2), blog (2), profile (2), kehidupan (2), itulah (2), utamakanlah (2), jasad (2), lahir (2), tumpuan (2), jatuhnya (2), bisikannya (2), bukan (2), kebenaran (2), tapi (2), dikotori (2), kalau (2), lebih (2), amal (2), takkan (2), pun (2), berhenti (2), pada (2), telah (2), lamunan (2), banyak (2), niat (2), terdapat (2), najis (2), salah (2), satu (2), perkara (2), salam (2), tahiyyat (2), akhir (2), duduk (2), dua (2), sujud (2), serta (2), selepas (2), asar (2), naik (2), subuh (2), waktu (2), tertentu (2), wajib (2), anak (2), tahun (2), mereka (2), meninggalkannya (2), riwayat (2), ahmad (2), abu (2), agama (2), sesiapa (2), agamanya (2), malas (2), atau (2), adalah (2), melakukan (2), kafir (2), mengingkari (2), boleh (2), kewajiban (2), perkataan (2), ibadat (2), sentuhan (2), iman (2), skip (2), archive, view, complete, dunai, lain, permainan, hiburan, sedang, kampung, akhirat, sebenar, ankabut, malaysia, ustaz, zul, berikan, komen, anda, tentang, kalendar, time, myframe, subscribe, posts, atom, home, firasatnya, tepat, kehendak, sudah, pandangannya, menembus, hijab, hakiki, nafsu, melulu, akal, tersalah, mata, menipu, friday, bahagia, syurga, baginya, cuma, senantiasa, bertakwa, taubat, nasuha, neraka, disaat, mati, janji, dari, tuhan, maha, pencipta, terawal, sedetik, bahkan, terlewat, sesaat, dijanjikan, pastinya, sedarlah, wahai, menghayalkan, rakus, hiasan, duniawi, redupnya, fajar, mentari, membuai, setiap, makluk, indahnya, senario, malam, pancaroba, sukar, tangani, mungkin, tempuhi, hakikatnya, begitulah, simbolik, adakalanya, terdampar, persisiran, terkadang, hanyut, muara, umpama, buih, lautan, murtad, ketawa, minum, makan, walaupun, sedikit, membelakangkan, kiblat, mengubah, aurat, terbuka, badan, pakaian, terkentut, sewaktu, dengannya, bergerak, kali, berturut, turut, berkata, kata, membatalkan, tertib, pertama, selawat, nabi, muhammad, antara, iktidal, rukuk, tamakninah, surah, fatihah, berdiri, betul, berkuasa, takbiratulihram, terbenam, jatuh, berada, tegak, kepala, kadar, segalah, dimakruhkan, berakal, baligh, suruhlah, kamu, mengerjakan, apabila, berusia, tujuh, pukullah, bila, berumur, sepuluh, pisahkanlah, tidur, daud, hakim, tiang, mengerjakannya, menegakkan, meruntuhkan, baihaqi, hadis, rasulullah, dirikanlan, sesungguhnya, kewajipan, ditentukan, waktunya, mukmin, nisa, 103, firman, alah, bermaksud, dalil, mewajibkan, kesimpulannya, disebabkan, fasik, dosa, besar, iaitu, mengabaikan, saidina, ali, imam, hambal, hukumnya, perintah, hanifah, menjadi, dikenakan, takzir, dipenjarakan, kembali, termasuk, berdosa, segan, mengakui, pendapat, mengenai, kufur, baru, menganut, sedangkan, belum, mengetahui, wajibnya, mendedahkan, kepada, kekufuran, zohor, isyak, maghrib, beerti, doa, istilah, syarak, ialah, beberapa, perbuatan, didahului, takbir, diakhiri, sebelum, seseorang, mestilah, terlebih, dahulu, menyucikan, hadas, sekiranya, dilakukan, keadaan, dirinya, kotor, amalan, tersebut, sah, merupakan, tanda, pertalian, terus, seorang, hamba, memfardhukan, umatnya, melaksanakan, lima, sehari, semalam, apa, bagaikan, pokok, berbuah, tuesday, sidebar, main,
Text of the page (random words):
sentuhan iman skip to main skip to sidebar sentuhan iman tuesday august 12 2008 hidup tanpa solat hidup tanpa amal bagaikan pokok yang tidak berbuah posted by azizul taher at 11 43 am no comments pengabdian diri dalam solat apa itu solat perkataan solat beerti doa dan menurut istilah syarak solat ialah beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat syarat tertentu sebelum melakukan ibadat solat seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan najis sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor maka amalan tersebut tidak sah solat merupakan tanda pertalian terus seorang hamba dengan allah islam memfardhukan ke atas umatnya melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam solat asar sebanyak 4 rakaat solat maghrib sebanyak 3 rakaat solat isyak sebanyak 4 rakaat solat subuh sebanyak 2 rakaat solat zohor sebanyak 4 rakaat hukum bagi orang yang meninggalkan solat orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan rukun islam orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajiban solat terdapat dua pendapat mengenai perkara ini a menurut abu hanifah tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa b menurut saidina ali dan imam ahmad hambal orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah allah kesimpulannya orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada rukun islam dalil yang mewajibkan solat firman alah s w t yang bermaksud 1 maka dirikanlan solat sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang orang mukmin an nisa 103 hadis rasulullah s a w 1 solat itu tiang agama sesiapa yang mengerjakannya dia akan menegakkan agamanya sesiapa yang meninggalkannya dia akan meruntuhkan agamanya riwayat baihaqi 2 suruhlah anak anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka di tempat tidur riwayat ahmad abu daud dan al hakim syarat syarat wajib solat islam baligh berakal waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab sebab tertentu selepas solat subuh sehingga matahari naik ketika matahari naik dengan kadar segalah ketika matahari berada tegak di atas kepala selepas solat asar sehingga matahari jatuh ketika matahari terbenam rukun solat niat takbiratulihram berdiri betul bagi orang yang berkuasa membaca surah al fatihah rukuk serta tamakninah iktidal sujud duduk di antara dua sujud duduk tahiyyat akhir membaca tahiyyat akhir membaca selawat ke atas nabi muhammad s a w salam pertama tertib perkara yang membatalkan solat meninggalkan salah satu daripada rukun solat berkata kata dengan sengaja bergerak lebih daripada 3 kali berturut turut terkentut dan yang sewaktu dengannya terdapat najis pada badan dan pakaian aurat terbuka mengubah niat solat membelakangkan kiblat makan walaupun sedikit minum ketawa murtad posted by azizul taher at 6 16 am no comments dugaan makhluk yang diciptakan hidup ini umpama buih di lautan terkadang hanyut ke muara dan adakalanya terdampar di persisiran begitulah simbolik suatu kehidupan hakikatnya terlalu banyak dugaan yang mungkin di tempuhi terlalu banyak pancaroba yang sukar di tangani dan di saat indahnya senario malam membuai lamunan setiap makluk yang diciptakan dan di saat redupnya fajar mentari menghayalkan si makhluk yang rakus dengan hiasan duniawi maka sedarlah wahai makhluk yang diciptakan lamunan itu akan pastinya berhenti berhenti pada suatu saat yang telah dijanjikan takkan terawal sedetik pun bahkan takkan terlewat sesaat pun itulah janji dari tuhan yang maha pencipta dan disaat itu tiada lagi amal kecuali mati tiada lagi taubat nasuha kecuali neraka tetapi tiada lagi yang lebih bahagia kecuali syurga baginya tempat cuma yang senantiasa bertakwa posted by azizul taher at 5 45 am no comments friday may 9 2008 hati yang bersih pandangan mata selalu menipu pandangan akal selalu tersalah pandangan nafsu selalu melulu pandangan hati itu yang hakiki kalau hati itu bersih hati kalau terlalu bersih pandangannya akan menembus hijab hati jika sudah bersih firasatnya tepat kehendak allah tapi hati jika dikotori bisikannya bukan lagi kebenaran tapi hati jika dikotori bisikannya bukan lagi kebenaran hati tempat jatuhnya pandangan allah jasad lahir tumpuan manusia hati tempat jatuhnya pandangan allah jasad lahir tumpuan manusia utamakanlah pandangan allah daripada pandangan manusia utamakanlah pandangan allah daripada pandangan manusia posted by azizul taher at 12 49 am no comments home subscribe to posts atom myframe time kalendar 2008 berikan komen anda tentang blog ini my profile ustaz zul azizul taher malaysia kehidupan dunai ini tiada lain kecuali permainan dan hiburan sedang kampung akhirat itulah yang sebenar al ankabut 64 view my complete profile blog archive 2008 4 august 3 hidup tanpa solat pengabdian diri dalam solat dugaan makhluk yang diciptakan may 1
|