Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2012, mamat, chokia, 07, wednesday, september, selamat, makluman, ringkas, akhbar, tempatan, panduan, waktu, info, komputer, arkib, followers, feedjit, 26, sunday, 16, august, 15, langgan, artikel, rekod, pengunjung, sejak, jom, chatting, nostalgiaku, blog, pilihan, aku, kategori, along, nadzirah, hanim, melanjutkan, pelajaran, ke, mesir, majlis, kenduri, kesyukuran, dan, doa, hari, raya, aidil, fitri, 2012m, 1433h,
Text of the page (most frequently used words):
yang (36), dan (21), ini (17), aidil (17), aku (15), 2012 (15), kami (15), along (13), bagasi (13), selamat (12), dengan (12), untuk (12), majlis (11), fitri (11), semua (11), pada (11), mesir (10), mamat (10), #chokia (10), september (10), jam (10), blog (9), adalah (9), kepada (9), kenduri (9), telah (9), anak (9), 2007 (8), pendidikan (8), doa (8), bagi (8), akan (7), juga (7), romatech (7), agro (7), hari (7), serta (7), saudara (7), dalam (6), oleh (6), nadzirah (6), hanim (6), august (6), kira (6), tetamu (6), petang (6), pelajar (6), adha (6), maklumat (5), tidak (5), peristiwa (5), puchong (5), secara (5), iaitu (5), selesai (5), proses (5), 2010 (5), muaturun (5), blogger (4), universiti (4), 2008 (4), pergigian (4), jalan (4), dari (4), wednesday (4), kesyukuran (4), selangor (4), tuan (4), sahaja (4), pula (4), dapat (4), menguruskan (4), klia (4), gmn (4), malam (4), sanak (4), kad (4), perlepasan (4), informasi (4), menggunakan (3), segala (3), itu (3), pihak (3), atas (3), restoran (3), jamuan (3), semasa (3), istana (3), bambu (3), info (3), bank (3), masjid (3), ternak (3), angah (3), pertanian (3), penternakan (3), home (3), artikel (3), anda (3), comments (3), posted (3), beberapa (3), raya (3), maaf (3), selepas (3), kampung (3), baru (3), batu (3), haji (3), sdr (3), sekitar (3), memandangkan (3), memberikan (3), sebagai (3), melanjutkan (3), tahun (3), rumah (3), memaklumkan (3), ibubapa (3), kaunter (3), daftar (3), masuk (3), berat (3), bermula (3), nanti (3), sendiri (3), bongsu (3), peperiksaan (3), psra (3), beliau (3), sampai (3), antarabangsa (3), maybank (3), hsbc (3), amat (3), pintu (3), january (3), 2011 (3), rendah (3), saya (3), paparan (2), browser (2), terdapat (2), laman (2), apa (2), ataupun (2), kesan (2), mana (2), lain (2), mozilla (2), firefox (2), ucap (2), senarai (2), hitam (2), perbankan (2), nostalgia (2), mrsm (2), mendodol (2), khatan (2), graduasi (2), automobil (2), aqiqah (2), jamek (2), desa (2), kerayong (2), indah (2), kenangan (2), datang (2), pengunjung (2), sejak (2), subscribe (2), posts (2), negara (2), 1433h (2), mengucapkan (2), labels (2), sunday (2), alhamdulillah (2), terletak (2), darul (2), ehsan (2), imam (2), nazir (2), siak (2), rakan (2), mara (2), terdekat (2), dibuat (2), kecilan (2), tinggal (2), klang (2), maka (2), akhirnya (2), masakan (2), daripada (2), mak (2), hidangan (2), disediakan (2), masak (2), seperti (2), air (2), akhir (2), pulang (2), kehadiran (2), meraikan (2), sulung (2), 24hb (2), beroleh (2), kejayaan (2), jemputan (2), tambahan (2), nota (2), pastikan (2), mempunyai (2), atau (2), melihat (2), slide (2), show (2), bawah (2), realplayer (2), flash (2), player (2), lalu (2), selama (2), tersebut (2), seawal (2), bertolak (2), awal (2), masing (2), mengelakkan (2), tiba (2), menimbang (2), keluarga (2), mengenai (2), setiap (2), sebenar (2), kakitangan (2), alexandria (2), penghantaran (2), semula (2), kesayanganku (2), agar (2), sebelum (2), masa (2), telahpun (2), kemudian (2), debit (2), visa (2), akaun (2), pengeluaran (2), tinggi (2), sekali (2), lebih (2), penerbangan (2), baik (2), para (2), julai (2), mula (2), memasuki (2), sketsa (2), melangkah (2), cuit (2), pelajaran (2), feedjit (2), november (2), december (2), february (2), march (2), berpindah (2), 2009 (2), kisah (2), hakcipta, terpelihara, terbaik, 1024x768, pixels, web, penafian, berdasarkan, pengumpulan, pandangan, bertanggungjawab, kehilangan, sampingan, berlaku, terhadap, individu, organisasi, penggunaan, webmaster, powered, ulangtahun, ternakan, spm, pendawaian, elektrik, misteri, makan, perkahwinan, keluhan, isu, istimewa, ccris, kategori, team, fertigasi, najwa, aini, pilihan, puteh, perniagaan, nostalgiaku, jom, chatting, rekod, reader, delivered, feedburner, dapatkan, terbaru, percuma, sila, masukkan, email, langgan, atom, older, insyaallah, umat, islam, kita, merayakan, dikesempatan, ingin, zahir, bathin, 2012m, berlangsung, jumaat, 14hb, solat, isyak, berjalan, lancar, kediaman, bacaan, dibacakan, idris, bin, ahmad, turut, disertai, haridan, timbalan, meor, azlan, setiausaha, zulkefli, hariri, rosly, pemeriksa, razman, ahli, kariah, mulanya, dirancang, namun, ramai, lembah, berhasrat, hadir, meraikannya, setelah, berbincang, isteri, membuat, keputusan, menyewa, sebuah, khemah, bersaiz, x20, memudahkan, keselesaan, menjamu, selera, manakala, katering, puan, rokiah, mohd, hassan, putra, perdana, antara, nasi, berlaukkan, ayam, merah, kari, daging, ikan, masin, lemak, pedas, nenas, sayur, campur, ulam, ulaman, selain, laksa, utara, kueh, mueh, buah, buahan, pemanis, mulut, jenis, minuman, oren, ais, teh, panas, kosong, sempat, membekalkan, juadah, dibawa, ribuan, terima, kaseh, mendoakan, berangkat, menerima, memohon, kekurangan, mohon, berbanyak, banyak, menu, isnin, sekeluarga, menghantar, sepang, pelajarannya, bidang, pembedahan, membacakan, kamipun, diiringi, abang, kamal, keluarganya, bermalam, sabtu, lepas, pengurusan, supaya, mungkin, kelewatan, merupakan, pertama, kerana, dipatuhi, melebihi, 20kg, had, maksima, 23kg, menyerahkan, keperluan, vess, tag, sticker, label, dokumen, pendaftaran, seterusnya, kedua, dua, dihantar, bahagian, wrapping, tujuan, membungkus, plastik, bungkusan, mengurangkan, kerosakan, bayaran, pembungkusan, sebanyak, rm10, diperlu, dibayar, kemudianya, bergegas, 40km, menaiki, shadow, mengambil, sama, menduduki, sehingga, kemudiannya, guru, pengawas, pelepasan, sebaik, menjawab, soalan, tamat, hal, berkaitan, pengaktifan, kegunaan, membuka, backup, sekiranya, mengalami, masalah, dimaklumkan, cas, rm12, berbanding, menukarkan, matawang, dollar, perbelanjaan, ketika, kurang, egypt, dibuka, berpengalaman, mudah, diuruskan, tahniah, syabas, diucapkan, mereka, perkhidmatan, dikehendaki, berkumpul, berhampiran, ketinggalan, orang, ustaz, rapat, menjalani, kursus, persediaan, program, pintar, kem, bumi, jati, bulan, jun, dinanti, bilamana, boarding, sinilah, adik, beradik, tak, menahan, kesedihan, berpisah, sementara, insan, tersayang, termasuk, wehhhh, tepat, disaksikan, seribu, harapan, cemerlang, menjadi, seorang, pakar, berbakti, agama, bangsa, mengiringimu, mudahan, senantiasa, lindungan, allah, swt, kekal, sihat, dipermudahkan, urusan, sepanjang, berada, dirantauan, ayah, adek, sayang, padamu, pergi, bersalaman, sesi, bergambar, menunggu, dinner, hulu, ustazah, hayati, lapangan, terbang, digalakkan, menghindarkan, adsense, diperlukan, live, stats, followers, july, october, may, arkib, komputer, panduan, waktu, akhbar, tempatan, dilancarkan, 7hb, bersamaan, jamadil, 1428h, pelancaran, rasmi, makluman, ringkas, muat, turun, bateri, kereta, perayaan, uitm, sbpi, menengah, upkk, jantanku, kucing, pemergian, nenda, teristimewa, berniaga, kebun, cili, lelaki, semalam, kahwin, lihat, kesemuanya, hubungi, tefra, siapa, peribadi,
Text of the page (random words):
mamat chokia mamat chokia blog peribadi mamat chokia home mengenai saya siapa saya romatech agro tefra romatech agro ternak desa kerayong indah hubungi saya jalan jalan lihat kesemuanya restoran istana bambu peristiwa peristiwa 1 kenduri kesyukuran 2012 aqiqah 2010 jemputan majlis kenduri kahwin su peristiwa 2 2 kenangan semalam nostalgia khatan anak lelaki kisah aku kebun cili kisah aku berniaga teristimewa pemergian nenda kucing kesayanganku si jantanku pendidikan pendidikan rendah upkk psra 2007 pendidikan rendah 1 pendidikan rendah 2 pendidikan menengah angah ke sbpi 2012 graduasi mrsm 2010 pendidikan tinggi along ke mesir along ke uitm perayaan aidil fitri aidil fitri 2012 aidil fitri 2011 aidil fitri 2010 aidil fitri 2009 aidil fitri 2008 aidil fitri 2007 aidil adha aidil adha 2011 aidil adha 2010 aidil adha 2009 aidil adha 2008 aidil adha 2007 info maklumat mendodol bank dan perbankan senarai hitam automobil bateri kereta muat turun muaturun 1 muaturun 2 muaturun 2 1 muaturun 2 1 muaturun 2 2 makluman ringkas informasi pertanian informasi pertanian telah berpindah ke blog romatech agro informasi penternakan informasi penternakan telah berpindah ke blog romatech agro ternak pelancaran rasmi blog mamat chokia ini telah dilancarkan pada 7hb julai 2007 07 07 07 bersamaan dengan 15 jamadil akhir 1428h akhbar tempatan panduan waktu info komputer arkib 2012 5 september 2 along nadzirah hanim melanjutkan pelajaran ke mesir majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat 2012 august 1 february 1 january 1 2011 4 august 1 may 1 march 1 january 1 2010 3 december 1 november 2 2008 8 september 1 august 1 march 1 february 2 january 3 2007 26 december 4 november 2 october 4 september 7 august 4 july 5 followers feedjit feedjit live blog stats pengunjung digalakkan menggunakan browser mozilla firefox untuk paparan yang lebih baik dan menghindarkan daripada adsense yang tidak diperlukan wednesday september 26 2012 along nadzirah hanim melanjutkan pelajaran ke mesir pada isnin 24hb september 2012 yang lalu kami sekeluarga telah menghantar anak sulung kami nadzirah hanim along ke lapangan terbang antarabangsa klia di sepang selangor darul ehsan along akan melanjutkan pelajarannya di dalam bidang pergigian pembedahan selama 5 tahun di universiti alexandria mesir pada hari tersebut seawal jam 2 30 petang selesai sahaja aku membacakan doa selamat kamipun bertolak dari rumah di kampung baru batu 14 puchong selangor yang diiringi juga oleh abang kamal dan keluarganya yang telah bermalam di rumah aku sejak hari sabtu yang lepas bagi meraikan along kami bertolak awal memandangkan pihak pengurusan gmn memaklumkan supaya ibubapa dapat menguruskan bagasi anak masing masing seawal yang mungkin bagi mengelakkan kelewatan di kaunter daftar masuk kami tiba di klia pada jam 3 45 petang proses menimbang berat bagasi bermula jam 4 00 petang dan kami merupakan keluarga pelajar yang pertama selesai menguruskan bagasi ini adalah kerana semua maklumat mengenai bagasi dipatuhi iaitu 2 bagasi dengan berat tidak melebihi 20kg setiap bagasi had sebenar adalah maksima 23kg bagasi selepas selesai proses menimbang berat bagasi kakitangan gmn telah menyerahkan beberapa keperluan pelajar seperti vess tag pelajar sticker label bagasi serta dokumen pendaftaran universiti alexandria seterusnya kedua dua bagasi tersebut dihantar ke bahagian wrapping untuk tujuan membungkus bagasi dengan plastik bungkusan bagi mengelakkan mengurangkan kerosakan pada bagasi semasa proses penghantaran ke mesir nanti bayaran bagi setiap pembungkusan adalah sebanyak rm10 00 yang diperlu dibayar secara sendiri semua proses ini selesai kira kira jam 5 00 petang aku kemudianya bergegas pulang semula ke rumah di puchong yang terletak kira kira 40km dari klia ini dengan menaiki shadow kesayanganku untuk mengambil anak bongsu yang pada hari sama menduduki peperiksaan psra dari jam 2 30 petang sehingga 6 10 petang aku memaklumkan kepada ustazah hayati yang kemudiannya memaklumkan kepada guru pengawas peperiksaan agar dapat memberikan pelepasan awal kepada anak bongsu aku sebaik sahaja beliau selesai menjawab semua soalan peperiksaan psra iaitu 1 2 jam sebelum masa sebenar tamat aku dan anak bongsu sampai semula di klia sekitar jam 7 00 malam semua sanak saudara dan keluarga yang lain telahpun sampai kemudian aku menguruskan pula hal berkaitan dengan pengaktifan kad debit visa maybank untuk kegunaan antarabangsa sebelum ini aku telahpun membuka akaun bank hsbc untuk along akaun maybank adalah sebagai backup sekiranya kad hsbc mengalami masalah nanti aku dimaklumkan juga cas pengeluaran menggunakan kad debit visa maybank adalah amat tinggi iaitu rm12 sekali pengeluaran berbanding dengan kad hsbc selepas itu pula aku menukarkan matawang us dollar sebagai tambahan bagi perbelanjaan along ketika sampai di mesir nanti lebih kurang jam 7 10 malam kaunter daftar masuk kaunter h bagi penerbangan egypt air dibuka memandangkan pihak gmn telah berpengalaman selama 5 tahun di dalam penghantaran pelajar ini maka proses daftar masuk ini amat mudah serta diuruskan oleh kakitangan gmn sendiri tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka semua yang memberikan perkhidmatan yang amat baik sekali kemudian para pelajar ibubapa dan sanak saudara dikehendaki berkumpul berhampiran pintu perlepasan antarabangsa tidak ketinggalan juga kehadiran 2 orang ustaz yang rapat along nadzirah hanim semasa beliau menjalani kursus persediaan program pintar di kem bumi jati pada bulan jun julai yang lalu masa yang dinanti akhirnya tiba bilamana para pelajar mula memasuki boarding pintu perlepasan bermula jam 8 00 malam di sinilah bermula semua sketsa bagi semua ibubapa adik beradik dan sanak saudara yang tak dapat menahan kesedihan untuk berpisah sementara dengan insan tersayang termasuk aku sendiri 5 tahun wehhhh along nadzirah hanim mula melangkah memasuki pintu perlepasan tepat jam 8 30 malam dengan disaksikan oleh kami semua dengan seribu harapan agar beliau akan beroleh kejayaan yang cemerlang serta menjadi seorang pakar pergigian yang dapat berbakti kepada agama bangsa dan negara kami semua mengiringimu dengan doa mudahan along akan senantiasa di dalam lindungan allah swt kekal sihat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang berada dirantauan ayah mak angah adek dan semua sanak saudara sayang padamu nota pastikan anda mempunyai flash player atau realplayer untuk melihat slide show di bawah ini dinner di restoran istana bambu hulu klang menguruskan bagasi menunggu penerbangan sesi bergambar sketsa bersalaman perlepasan melangkah pergi cuit cuit mesir posted by mamat chokia at wednesday september 26 2012 0 comments labels mesir pendidikan pergigian ucap selamat universiti sunday september 16 2012 majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat 2012 alhamdulillah majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat yang berlangsung pada jumaat 14hb september 2012 selepas solat isyak telah berjalan dengan lancar di kediaman kami yang terletak di kampung baru batu 14 puchong selangor darul ehsan bacaan doa selamat telah dibacakan oleh imam tuan haji idris bin ahmad imam i masjid jamek kampung baru batu 14 puchong selangor yang turut disertai oleh nazir tuan haji haridan timbalan nazir tuan haji meor azlan setiausaha sdr zulkefli siak i sdr hariri siak ii tuan hj rosly pemeriksa kira kira sdr razman ahli kariah masjid rakan rakan serta saudara mara terdekat majlis kenduri yang pada mulanya dirancang dibuat secara kecilan sahaja sekitar 20 30 tetamu namun memandangkan ramai saudara mara terdekat yang tinggal di sekitar lembah klang ini berhasrat untuk hadir dan meraikannya maka setelah berbincang dengan isteri dan anak anak kami akhirnya membuat keputusan menyewa sebuah khemah bersaiz 10 x20 bagi memudahkan dan memberikan keselesaan kepada tetamu untuk menjamu selera manakala masakan pula adalah secara katering daripada mak saudara kami iaitu puan rokiah mohd hassan yang tinggal di putra perdana antara hidangan yang disediakan adalah nasi berlaukkan ayam masak merah kari daging ikan masin masak lemak pedas nenas sayur campur serta ulam ulaman selain itu juga hidangan seperti laksa utara kueh mueh serta buah buahan sebagai pemanis mulut 3 jenis minuman disediakan iaitu oren ais teh o panas dan air kosong untuk tetamu alhamdulillah pada akhir majlis kami sempat juga membekalkan beberapa juadah kepada tetamu untuk dibawa pulang kami mengucapkan ribuan terima kaseh di atas kehadiran tetamu yang meraikan majlis ini serta mendoakan anak sulung kami yang akan berangkat ke mesir pada 24hb september 2012 ini beroleh kejayaan kepada yang tidak menerima jemputan kami juga memohon maaf tambahan pula majlis kenduri yang dibuat ini adalah secara kecilan sahaja segala kekurangan kami mohon berbanyak banyak maaf menu masakan nota pastikan anda mempunyai flash player atau realplayer untuk melihat slide show di bawah ini jamuan tetamu posted by mamat chokia at sunday september 16 2012 0 comments labels doa selamat jamuan kenduri majlis wednesday august 15 2012 selamat hari raya aidil fitri 2012m 1433h insyaallah beberapa hari yang akan datang semua umat islam di negara kita akan merayakan hari raya aidil fitri 1433h dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan bathin posted by mamat chokia at wednesday august 15 2012 0 comments older posts home subscribe to posts atom langgan artikel mamat chokia dapatkan artikel artikel terbaru dari blog ini secara percuma sila masukkan email anda delivered by feedburner subscribe in a reader rekod pengunjung sejak 07 07 07 jom chatting mamat chokia home selamat datang nostalgiaku perniagaan penternakan pertanian puteh dalam kenangan blog pilihan aku mamat chokia along nadzirah hanim angah najwa aini romatech agro romatech agro ternak desa kerayong indah team fertigasi romatech agro masjid jamek bt 14 puchong kategori aidil fitri 2007 3 aqiqah 1 automobil 1 bank 1 ccris 1 doa selamat 1 graduasi 2 info 2 istana bambu 1 istimewa 1 isu semasa 1 jalan jalan 3 jamuan 1 keluhan 1 kenduri 2 khatan 1 majlis 4 majlis perkahwinan 1 makan 1 mendodol 1 mesir 1 misteri 1 mrsm 1 nostalgia 3 pendawaian elektrik 1 pendidikan 6 perbankan 1 pergigian 1 peristiwa 2007 4 peristiwa 2008 3 restoran 1 senarai hitam 1 spm 1 ternakan 3 ucap selamat 2 ulangtahun 1 universiti 2 powered by blogger hakcipta terpelihara 2007 paparan terbaik 1024x768 pixels menggunakan web browser mozilla firefox penafian segala maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini adalah berdasarkan kepada pengumpulan maklumat dan pandangan blogger oleh itu pihak blogger tidak akan bertanggungjawab ke atas apa apa juga kehilangan ataupun kesan sampingan yang berlaku terhadap mana mana individu ataupun organisasi lain kesan ke atas penggunaan maklumat yang terdapat di dalam laman blog ini webmaster blogger
|