Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2008, tuesday, october, blog, mawaddah, sakinah, november, thursday, 23, 21, about, me, demi, masa, solat, tiang, agama, archive, sembang, links, bloggers, my, list, forum, berpaut, di, dahan, cinta, mengekalkan, kebahagiaan, perkahwinan, light, shining, forth, aku, seorang, pengembara, surat, dakwah, ii, berkunjung, ke, kellie, castle,
Text of the page (most frequently used words):
yang (26), dan (22), allah (15), kepada (13), pasangan (12), kasih (11), dari (11), dengan (11), #kellie (11), untuk (11), istana (9), itu (9), tidak (9), maka (9), ini (8), kamu (8), perkahwinan (7), sayang (7), mawaddah_sakinah (6), castle (6), ada (6), lift (6), atas (6), bersabda (6), hak (6), sesuatu (6), comments (5), posted (5), kerana (5), seorang (5), bagi (5), the (5), melakukan (5), rasa (5), rasullulah (5), perbalahan (5), nisa (4), surat (4), 2008 (4), dalam (4), pada (4), akan (4), dapat (4), berlaku (4), antara (4), lain (4), saya (4), atau (4), harith (4), engkau (4), and (4), anda (4), abu (4), sebelum (4), berkata (4), suara (4), amarah (4), cinta (3), years (3), ago (3), raya (3), ruang (3), ketika (3), blog (3), october (3), mengekalkan (3), kebahagiaan (3), masa (3), portugal (3), berkunjung (3), beliau (3), merupakan (3), malaya (3), isterinya (3), oleh (3), india (3), beberapa (3), orang (3), dua (3), sejarah (3), mahal (3), bin (3), riwayat (3), daripada (3), memohon (3), mereka (3), adalah (3), sesiapa (3), jangan (3), salah (3), menjaga (3), ayat (3), beralah (3), jagalah (3), takut (3), free (2), gombak (2), solat (2), marah (2), islam (2), bicara (2), november (2), demi (2), posts (2), masih (2), tempatnya (2), syarikat (2), kerajaan (2), negeri (2), kisah (2), misteri (2), juga (2), pernah (2), melihat (2), tahun (2), paru (2), dunia (2), pertama (2), sempat (2), terus (2), scotland (2), dibina (2), tenaga (2), kerja (2), pembinaannya (2), buruk (2), terhadap (2), pekerja (2), seperti (2), ialah (2), menarik (2), taj (2), membina (2), satu (2), perak (2), lama (2), kita (2), setiap (2), tuesday (2), syujak (2), damaskus (2), menyampaikan (2), sedang (2), bersiap (2), kaisar (2), tersebut (2), abi (2), syammar (2), sesungguhnya (2), percaya (2), bila (2), muhammad (2), maha (2), whosoever (2), his (2), heart (2), shall (2), jika (2), sebarang (2), kesalahan (2), ataupun (2), nabi (2), terima (2), berterima (2), dawud (2), tidur (2), bersama (2), isterimu (2), menasihati (2), nasai (2), rasullah (2), mukmin (2), kecuali (2), luqman (2), surah (2), kemarahan (2), kemurkaan (2), mesej (2), takutkan (2), boleh (2), menambah (2), individu (2), nikah (2), ibnu (2), mawaddah (2), sakinah (2), skip (2), counter, forum, berpaut, dahan, jambori, selangor, 2010, usrah, pilihan, jalan, ilmu, video, cctv, tampar, imam, jumaat, wahabi, wahhabi, list, kitaro, thinking, you, mp3, bloggers, ustaz, zaharuddin, khabar, online, saiful, ministry, health, sufi, muslim, links, sembang, september, archive, tiang, agama, content, view, complete, profile, mencari, illahi, bumi, earth, about, subscribe, atom, home, older, pokok, gambar, beruang, kini, kelly, berdiri, kukuh, diambil, alih, penjagaannya, bawah, persendirian, pemantauan, turut, menjadi, tumpuan, dikalangan, penduduk, sekitar, lembaga, sekitarnya, menanti, 1926, menempah, digunakan, istananya, mengalami, masalah, radang, meninggal, ditempah, diguna, pakai, malaysia, tetapi, membawa, berada, berpindah, dijual, harrisons, crossfied, 1915, madras, mengagumi, budaya, hindu, itulah, menggunakan, disiapkan, semasa, proses, tragedi, pekerjanya, wabak, spanish, mengorbankan, sebab, peperangan, kedua, membantutkan, usaha, tingat, sini, dikatakan, roh, berkeliaran, perhatian, ianya, pembinaan, agra, sepertimana, shah, jehan, mumtaz, begitu, william, smith, peniaga, berasal, agnes, tanah, pemilik, estate, iaitu, alma, baker, rakan, perniagaannya, tempat, batu, gajah, terletak, kilometer, bandar, ipoh, mengamit, mendekati, bayaran, sebanyak, dewasa, agak, menjelajah, bawa, wahab, madi, menurut, setibanya, lalu, siap, hendak, berangkat, iliya, menyambut, kedatangan, hercules, romawi, timur, perjalanan, menuju, kota, menyempurnakan, nazarnya, baitul, maqdis, dikirimkan, wakil, rom, berseru, bahawa, hendaklah, sendirinya, sekutu, mengikuti, kekal, lah, utusan, kesejahteraan, semoga, mengikut, pentunjuk, benar, serta, membenarkan, nama, pengasih, lagi, penyayang, dakwah, aku, pengembara, ibn, qayyim, jauziyyah, extinguishing, blaze, world, caused, settle, with, this, lord, state, clam, tranquility, sent, amongst, people, disturbed, excessively, perturbed, yearning, for, meeting, like, gentle, breeze, blowing, upon, light, shining, forth, thursday, rmidzi, maaf, kecil, besar, sedialah, kemaafan, anak, adam, lupa, sebaik, baik, keampunan, ucapkan, sekali, sehari, ucapkanlah, manusia, dia, menyelesaikan, faham, bakar, selesaikanlah, berdua, salman, darda, tuhanmu, badanmu, peliharalah, tanggugjawab, tegur, mengembirakan, tegurlah, hikmah, cermin, mengungkit, kesilapan, mengaibkan, mengaibkannya, hari, kiamat, kelak, meninggi, menjerit, jerit, kebakaran, anaknya, rendahkanlah, seburuk, keldai, suami, isteri, perlu, biarlah, memenangi, hati, hubungan, syurga, mengawal, sesama, punca, keruntuhan, disebabkan, syaitan, sahabat, mendatangi, mendapatkan, nasihat, menasihatinya, menyuruh, bernikah, supaya, menanam, berkahwin, quran, ahzab, ali, imran, 101, takwa, apabila, mendatangkan, secara, langsung, meruntuhkan, banyak, cara, mencapai, rumahtangga, antaranya, meningkat, lelaki, wanita, hadis, majah, menciptakan, abas, sidebar, main,
Text of the page (random words):
mawaddah sakinah skip to main skip to sidebar mawaddah sakinah kasih sayang dan cinta tuesday november 4 2008 mengekalkan kebahagiaan perkahwinan allah s w t menciptakan nikah ataupun perkahwinan adalah untuk menambah rasa kasih sayang di antara dua individu rasullah s a w bersabda daripada ibnu abas r a kita tidak dapat melihat sesuatu yang dapat meningkat rasa kasih sayang di antara dua individu lelaki dan wanita kecuali dengan nikah hadis riwayat ibnu majah ada banyak cara untuk menambah rasa kasih sayang di antara pasangan bagi mencapai dan mengekalkan kebahagiaan rumahtangga dan perkahwinan antaranya 1 takut kepada allah nabi muhammad s a w menyuruh pasangan yang sebelum bernikah supaya menanam rasa takut kepada allah sebelum berkahwin ayat ayat al quran dari surah an nisa 14 al ahzab 69 ali imran 101 menyampaikan mesej mesej takwa takutkan allah apabila pasangan itu takutkan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan allah maka secara langsung mereka takut untuk melakukan sesuatu yang boleh meruntuhkan perkahwinan 2 mengawal dan menjaga amarah sesama pasangan kemarahan salah satu punca keruntuhan perkahwinan marah yang tidak disebabkan oleh allah s w t maka kemurkaan dan kemarahan itu dari syaitan seorang sahabat pernah mendatangi rasullulah s a w untuk mendapatkan nasihat dan rasullulah menasihatinya dengan berkata jagalah amarah kamu jagalah amarah kamu jagalah amarah kamu 3 beralah bila berlaku sesuatu perbalahan salah seorang suami atau isteri perlu beralah biarlah pasangan anda memenangi perbalahan tersebut demi menjaga hati dan hubungan perkahwinan rasullulah s a w bersabda sesiapa yang beralah dalam sesuatu perbalahan maka tempatnya di syurga 4 jangan meninggi suara atau menjerit jerit terhadap pasangan kecuali berlaku kebakaran luqman a s menasihati anaknya dengan berkata rendahkanlah suara kamu kerana seburuk buruk suara ialah suara keldai surah luqman ayat 19 5 jangan mengungkit kesilapan lama pasangan rasullulah s a w bersabda sesiapa yang mengaibkan orang lain maka allah akan mengaibkannya di hari kiamat kelak an nasai 6 tegur dengan kasih sayang jika pasangan melakukan sesuatu yang tidak mengembirakan maka tegurlah dengan kasih sayang dan hikmah rasullah s a w bersabda seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain abu dawud 7 menjaga hak pasangan salman r a menasihati abu darda r a dengan berkata sesungguhnya atas tuhanmu ada hak ke atas kamu untuk badanmu ada hak ke atas kamu dan isterimu ada hak ke atas kamu maka peliharalah hak hak tanggugjawab ini an nasai 8 jangan tidur bersama sebelum menyelesaikan salah faham atau perbalahan daripada abu bakar r a berkata selesaikanlah sebarang perbalahan dengan isterimu sebelum kamu berdua tidur bersama 9 ucapkan terima kasih kepada pasangan sekali dalam sehari ucapkanlah rasa terima kasih kepada pasangan anda rasullulah s a w bersabda sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia lain maka dia tidak berterima kasih kepada allah abu dawud 10 memohon maaf jika anda melakukan sebarang kesalahan kecil ataupun besar maka bersiap sedialah untuk memohon kemaafan dari pasangan anda nabi s a w bersabda setiap anak adam itu tidak lupa dari melakukan kesalahan dan sebaik baik mereka adalah mereka yang memohon keampunan riwayat at ti rmidzi posted by mawaddah_sakinah at 4 56 pm 1 comments thursday october 23 2008 light shining forth yearning for allah and his meeting is like the gentle breeze blowing upon the heart extinguishing the blaze of the world whosoever caused his heart to settle with this lord shall be in a state clam and tranquility and whosoever sent it amongst the people shall be disturbed and excessively perturbed ibn qayyim al jauziyyah posted by mawaddah_sakinah at 11 32 am 0 comments aku seorang pengembara posted by mawaddah_sakinah at 11 22 am 0 comments surat dakwah ii dengan nama allah yang maha pengasih lagi maha penyayang daripada muhammad utusan allah kepada al harith bin abi syammar kesejahteraan semoga atas orang yang mengikut pentunjuk yang benar dan percaya kepada allah serta membenarkan dan sesungguhnya saya berseru kepada engkau bahawa engkau hendaklah percaya kepada allah s w t sendirinya tidak ada sekutu bagi allah bila engkau mengikuti maka akan kekal lah kerajaan engkau surat ini dikirimkan kepada al harith bin abi syammar wakil kaisar rom di damaskus di bawa oleh syujak bin wahab al madi menurut riwayat syujak setibanya di damaskus lalu menyampaikan surat itu kepada al harith dan ketika itu al harith sedang bersiap siap hendak berangkat ke iliya untuk menyambut kedatangan hercules kaisar romawi timur yang sedang dalam perjalanan menuju ke kota tersebut untuk menyempurnakan nazarnya di baitul maqdis posted by mawaddah_sakinah at 11 12 am 0 comments tuesday october 21 2008 berkunjung ke kellie s castle sempat berkunjung ke satu tempat sejarah yang menarik di batu gajah perak kellie castle atau istana kellie yang terletak beberapa kilometer dari bandar ipoh mengamit saya mendekati istana lama di negeri perak ini dengan bayaran sebanyak rm 4 bagi dewasa bagi saya agak mahal kita dapat menjelajah di setiap ruang istana kellie sejarah kellie castle ini menarik perhatian saya kerana ianya seperti sejarah pembinaan taj mahal di agra india sepertimana shah jehan membina taj mahal untuk isterinya mumtaz begitu juga dengan william kellie smith seorang peniaga yang berasal dari scotland membina istana ini untuk isterinya agnes istana ini dibina di atas tanah pemilik estate iaitu alma baker yang merupakan rakan perniagaannya ruang di tingat dua istana di sini dikatakan roh kellie berkeliaran istana ini dibina pada tahun 1915 oleh tenaga kerja dari madras india kellie mengagumi budaya hindu dan kerana itulah beliau menggunakan tenaga kerja dari india istana ini tidak dapat disiapkan kerana semasa proses pembinaannya beberapa tragedi buruk berlaku terhadap pekerja pekerjanya seperti wabak spanish yang mengorbankan beberapa orang pekerja dan antara sebab yang lain ialah berlaku peperangan dunia kedua yang terus membantutkan usaha pembinaannya pada tahun 1926 ketika kellie berkunjung ke portugal untuk menempah lift yang akan digunakan di istananya beliau mengalami masalah radang paru paru dan meninggal dunia di portugal lift yang ditempah merupakan lift pertama yang akan diguna pakai di malaya pada masa itu dan merupakan lift pertama di malaysia tetapi beliau tidak sempat membawa lift itu ke malaya isterinya yang masih berada di malaya pada masa itu terus berpindah ke scotland dan kellie s castle dijual kepada syarikat harrisons crossfied menanti lift dari portugal kini kelly castle masih berdiri kukuh di tempatnya dan diambil alih penjagaannya di bawah syarikat persendirian dengan pemantauan dari kerajaan negeri kisah kisah misteri di kellie castle turut juga menjadi tumpuan kerana ada dikalangan penduduk di sekitar istana itu pernah melihat lembaga misteri di dalam dan sekitarnya pokok gambar beruang posted by mawaddah_sakinah at 2 07 pm 0 comments older posts home subscribe to posts atom about me mawaddah_sakinah bumi allah earth mencari cinta dan kasih sayang dari illahi view my complete profile demi masa free blog content solat tiang agama blog archive 2008 16 november 1 mengekalkan kebahagiaan perkahwinan october 7 september 8 sembang links bicara muslim bicara sufi ministry of health nisa gombak saiful islam surat khabar online ustaz zaharuddin bloggers kitaro thinking of you mp3 my blog list islam vs wahhabi video cctv tampar imam ketika solat jumaat wahabi marah 10 years ago ruang ilmu usrah raya pilihan raya jalan raya 15 years ago nisa gombak jambori nisa selangor 2010 15 years ago forum berpaut di dahan cinta free counter
|