Meta tags:
Headings (most frequently used words):
novel, about, blog, apr, mei, sept, julai, pena, bertinta, me, friday, april, 10, 2020, friendship, never, ends, this, facebook, badge, kesebelas, mac, 2019, kesepuluh, 2018, kesembilan, 2017, kelapan, june, 2016, ketujuh, 2015, keenam, 2014, kelima, dec, 2012, keempat, 2011, ketiga, 2010, kedua, 2009, pertama, 2008, popular, posts, archive, labels, kronologi, covid, 19, di, malaysia,
Text of the page (most frequently used words):
kes (208), dan (95), yang (60), positif (55), #malaysia (54), keseluruhan (53), covid (51), kematian (48), ini (46), mac (44), jumlah (41), baharu (40), menjadikan (37), novel (34), sembuh (32), pesakit (30), april (28), telah (27), 2019 (25), negara (25), china (25), kkm (22), discaj (22), sebanyak (22), baru (21), dari (21), februari (21), adalah (20), ncov (20), dengan (19), tahun (19), meningkat (19), atau (18), orang (17), kepada (17), pada (17), 2020 (16), dunia (16), rakyat (16), kumulatif (16), januari (15), itu (14), daripada (14), kluster (14), rapat (14), jangkitan (14), bagi (14), warga (14), dilaporkan (14), kontak (14), lagi (13), ialah (13), icu (13), bantuan (13), wanita (13), perintah (12), kesihatan (12), terbaru (12), seorang (12), pergerakan (11), may (11), september (11), march (11), nak (11), dalam (11), klik (11), itali (11), setakat (11), moon (10), kawalan (10), june (10), july (10), october (10), january (10), february (10), untuk (10), tak (10), kadar (10), tertinggi (10), melebihi (10), termasuk (10), covid19 (10), pkpd (10), seluruh (10), tabligh (10), menjadi (10), hospital (10), membabitkan (10), semua (9), gambar (9), hari (9), alat (9), pernafasan (9), august (8), november (8), wabak (8), penularan (8), paling (8), terbaharu (8), dua (8), perhimpunan (8), iaitu (8), tiga (8), lelaki (8), satu (8), wuhan (8), kementerian (7), percuma (7), december (7), masuk (7), baca (7), pertama (7), secara (7), pertambahan (7), mengikut (7), negeri (7), lebih (7), masjid (7), daerah (7), zon (7), rawatan (7), hingga (7), petaling (7), berumur (7), mereka (7), tempatan (7), serta (7), disahkan (7), berusia (7), tahu (6), sehingga (6), seramai (6), saringan (6), selangor (6), 000 (6), who (6), sepanyol (6), dikenakan (6), bilangan (6), merah (6), manakala (6), hanya (6), keluar (6), menteri (6), individu (6), seram (5), pkp (5), murni (5), aqila (5), kronologi (5), pasti (5), saya (5), ada (5), sangat (5), sila (5), antara (5), pecahan (5), pengesanan (5), tinggi (5), tangga (5), statistik (5), perancis (5), selepas (5), dikesan (5), diperketatkan (5), virus (5), sabah (5), terus (5), dibenarkan (5), sri (5), mengumumkan (5), sebagai (5), pulang (5), susulan (5), membawa (5), misteri (4), coronavirus (4), semasa (4), blog (4), dah (4), ramai (4), tapi (4), apa (4), masih (4), cepat (4), bermula (4), sayang (4), melalui (4), terkini (4), kalangan (4), eropah (4), berkuatkuasa (4), arahan (4), majlis (4), berkait (4), taburan (4), kawasan (4), akibat (4), kuala (4), lumpur (4), dijangkiti (4), indonesia (4), oleh (4), balik (4), akan (4), johor (4), siasatan (4), tarikh (4), misi (4), disyaki (4), perdana (4), empat (4), kerajaan (4), jawatankuasa (4), wilayah (4), sahkan (4), 2015 (3), trailer (3), jangan (3), sebelum (3), awak (3), senyum (3), saja (3), air (3), pusat (3), kesiapsiagaan (3), amat (3), posts (3), kedua (3), ketiga (3), facebook (3), com (3), share (3), tiada (3), lapangan (3), antarabangsa (3), amerika (3), syarikat (3), selama (3), dirawat (3), rumah (3), ujian (3), diambil (3), sampel (3), 150 (3), 483 (3), keputusan (3), iran (3), berjumlah (3), bandar (3), ditempatkan (3), peserta (3), seri (3), polis (3), tujuh (3), pui (3), kemanusiaan (3), dikenal (3), singapura (3), tiba (3), pelancongan (3), hubei (3), theme (2), stay (2), home (2), bayangan (2), kisah (2), internet (2), 2008 (2), 2009 (2), 2010 (2), 2011 (2), 2012 (2), 2014 (2), 2016 (2), 2017 (2), 2018 (2), lama (2), buat (2), alhamdulillah (2), mengalami (2), radang (2), darah (2), sakit (2), bila (2), cuti (2), kita (2), rasa (2), semula (2), sampai (2), lepas (2), pejam (2), celik (2), sebutlah (2), namaku (2), lebar (2), perlu (2), sebab (2), selamat (2), bulan (2), sibuk (2), tindak (2), julai (2), rindu (2), online (2), membaca (2), cinta (2), sept (2), keempat (2), mei (2), kelapan (2), acah (2), kesembilan (2), apr (2), badge (2), about (2), this (2), kesembuhan (2), perlis (2), berikut (2), pulih (2), 228 (2), 608 (2), 12pm (2), tambahan (2), bukan (2), juga (2), 199 (2), 487 (2), 156 (2), mencatat (2), penurunan (2), jangka (2), persediaan (2), menunjukkan (2), pandemik (2), berbanding (2), mansion (2), jalan (2), 321 (2), perkahwinan (2), kuching (2), kuarantin (2), besar (2), 131 (2), duduk (2), memutuskan (2), rantaian (2), proses (2), makmal (2), 662 (2), menunggu (2), langkah (2), mengelak (2), hijau (2), sarawak (2), orange (2), 908 (2), negatif (2), turun (2), asean (2), filipina (2), berdasarkan (2), 2766 (2), diuji (2), menara (2), melibatkan (2), abdullah (2), simpang (2), renggam (2), merebak (2), perkampungan (2), lima (2), tengah (2), malam (2), batu (2), hulu (2), langat (2), semakin (2), bahru (2), 320 (2), 130 (2), dato (2), ibrahim (2), majid (2), anggota (2), awal (2), feb (2), kanak (2), boleh (2), bawah (2), 123 (2), dimaklumkan (2), berada (2), dgn (2), jadikan (2), 117 (2), pasar (2), raya (2), ketua (2), keperluan (2), diminta (2), 120 (2), mana (2), menghadiri (2), jam (2), sesak (2), berikutan (2), rak (2), 553 (2), 125 (2), sejumlah (2), dikaitkan (2), program (2), cprc (2), masing (2), memerlukan (2), perjalanan (2), sporadik (2), lanjut (2), mendapati (2), mengisytiharkan (2), mengambil (2), mengesahkan (2), swasta (2), rakan (2), sebuah (2), kembali (2), tanah (2), jepun (2), bekerja (2), mahathir (2), ekonomi (2), anak (2), dzulkefly (2), berkata (2), koronavirus (2), suhu (2), badan (2), pintu (2), menubuhkan (2), bersama (2), angka (2), 107 (2), bencana (2), seni (2), budaya (2), isu (2), terbang (2), disekat (2), kelak (2), menggantung (2), sementara (2), khas (2), berkuat (2), kuasa (2), merta (2), lapan (2), ketika (2), pena (2), bertinta (2), picture, window, images, powered, blogger, airyelf, info, current, umobile, tunetalk, safe, onexox, buku, prima, mco, maxis, lirik, lagu, digi, celcom, bipolar, disorder, labels, 2013, archive, teringin, sendiri, hasrat, tercapai, akhirnya, usahasama, ilustrator, for, the, first, time, jumpa, mest, panjang, diselimuti, malas, alami, seminggu, bertugas, terbawa, pergi, menaip, post, terperanjat, terkebil, kebil, ternganga, tutup, mulut, bil, ucapkanlah, sekejap, aje, masa, berlalu, kan, sekarang, kata, hahaahaaa, manisnya, ucap, ekekekekee, sempat, update, semangat, mungkin, pasal, rasanya, cerita, sepanjang, asyi, mujur, alkali, kris, hmmm, ditag, sorry, tau, kak, anum, shukri, lambat, letak, kat, sej, perkara, popular, ulasan, gmbar, ucapkan, kau, sinopsis, komen, aku, seadanya, gmbr, melihat, ingat, janji, menonton, kelima, dec, nakal, keenam, gila, ketujuh, tunang, guna, isteri, jampi, kesepuluh, protective, pakwe, kesebelas, create, your, right, here, gmail, instagram, murni_aqila, twitter, murniaqila, friendship, never, ends, subscribe, atom, older, pinterest, blogthis, email, comments, end, kedah, labuan, berturut, turut, 222, 830, 118, 346, 416, warganegara, bekerjasama, unchr, aktiviti, 121, 109, 119, 166, kekal, terendah, sekaligus, pengalisis, hadapi, situasi, sukar, kerana, kurang, khususnya, buruk, asal, tamat, dikeluarkan, bangunan, malayan, india, 170, 963, bangi, persidangan, keagamaan, gereja, org, sedang, besaran, 241, 236, 102, 793, penjarakan, sosial, mampu, cheras, dlm, mendapatkan, test, kit, berkesan, ketepatan, menambah, kapasiti, ditambah, 937, status, 179, cecah, 15k, 11k, pahang, catat, 827, juta, 723, 3333, 8265, 108, 217, 333, 105, 208, 116, amalkan, pencegahan, patuhi, semenanjung, kuning, 12k, diikuti, 136, 660, 894, 462, disaring, 163k, mengatasi, rantau, dilanjutkan, 1331, sahaja, 140, 537, 200, penghuni, 502, kondominium, premis, perniagaan, city, one, mushi, 479, 918, penduduk, merangkumi, 700, kampung, asli, melayu, mulai, dilaksanakan, lui, 388, klang, titiwangsa, hilir, perak, tawau, gombak, kinta, kota, bharu, kluang, seremban, lembah, pantai, bahaya, membuat, 516, 159, mengalahkan, membunuh, 259, laluan, ditutup, dilaksana, 215, berjaya, 235, 2031, punca, disebabkan, pengendalian, fasiliti, trivia, termuda, 172, jerman, 106, 183, 212, melancarkan, kutipan, tabung, mahu, menyalurkan, sumbangan, dapatkan, nombor, akaun, 1306, dukacita, mencatatkan, wad, 153, mencecah, 1000, sulawesi, lalui, 110, hampir, ili, sari, 513, 135, 790, 730, melanggar, denda, rm1000, penjara, stesen, minyak, essential, dibuka, keluarga, membeli, barang, terjadi, kini, 338, mengesan, 786, kumpulan, 439, balai, tempat, serbuan, pelajar, apabila, pemastautin, melainkan, mendapat, surat, kebenaran, namun, beberapa, kemudian, kenyataan, ditarik, panic, buying, pengumuman, jualan, kosong, pelajat, ipta, ipts, diarahkan, kampus, membuatkan, keadaan, tbs, tan, muhyiddin, yassin, berjalan, mengawal, drpd, kesemua, 190, 428, kebanyakan, berkaitan, mengeluarkan, panduan, penganjur, tetamu, 238, ijtimak, lalu, hubungi, pejabat, jarakkan, diri, sekurang, kurangnya, meter, lain, 197, unit, rapi, diberi, anti, viral, umum, sekatan, kecuali, serius, rekod, rabu, import, belum, dikatakan, tidak, tepat, setelah, dijalankan, kira, peningkatan, ketara, selain, sembilan, 158, 149, rujukan, mengendalikan, 129, 101, enam, dilapor, mempunyai, sejarah, shanghai, pertengahan, jururawat, pelatih, menjalani, latihan, sangkutan, pendek, merawat, sekerja, pula, dimasukkan, berkahwin, tinggal, bertambah, selaku, interim, pakej, rangsangan, menangani, kesan, merupakan, penumpang, kapal, persiaran, singgah, kemboja, dicatat, terhadap, 550, bergejala, awam, bermaksud, penyakit, korona, nama, rasmi, menerima, pengimbas, bersetuju, kerja, diterajui, timbalan, sepenuhnya, macau, ibu, mentua, pelancong, menerusi, hadr, diletak, pengawasan, pemantauan, menstruktur, kempen, melawat, tm2020, menyasarkan, pasaran, klia, terdiri, pasangan, terkandas, sejak, pesawat, airasia, ak8264, klia2, pagi, tadi, kedutaan, beijing, menghantar, sepasukan, peninjau, menyelaras, membantu, asing, mengunjungi, tempoh, memasuki, pertubuhan, sedunia, darurat, penerbangan, berjadual, disewa, diberitahu, diselaraskan, agensi, pengurusan, nadma, luar, angkatan, tentera, atm, keselamatan, mkn, diaktifkan, tun, mohamad, pemulihan, memantau, perkembangan, berhubung, pertuan, agong, sultan, ayatuddin, mustafa, billah, shah, bertitah, adakan, solat, hajat, kemudahan, imigresen, sekitarnya, mengenal, mengendali, pemeriksaan, rancang, tambah, imbasan, nasihatkan, melancong, jika, datuk, ahmad, babitkan, maklumkan, dikuarantin, krisis, kebangsaan, terima, laporan, friday, view, complete, profile, budak, baik, mesti, tabah, murn, catatan, tukang, karang, tangkap, leleh, hurhurr,
Text of the page (random words):
r menerusi misi bantuan kemanusiaan dan bencana hadr disahkan positif 2019 ncov menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di malaysia ialah 12 6 februari seorang wanita rakyat malaysia menjadi kes pertama jangkitan tempatan dan wanita warga china dari wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu menjadikan jumlah positif 2019 ncov di malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga china dan empat rakyat tempatan 7 februari satu lagi kes positif 2019 ncov dikenal pasti menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan pelancong wanita berumur 59 tahun dari wuhan china yang masuk ke malaysia pada 21 januari 8 februari seorang wanita warga china dari wuhan menjadi individu terbaharu positif kluster 2019 ncov menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara berjumlah 16 kes 9 februari seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019 ncov menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara 17 kes wanita itu adalah ibu mentua kes rakyat malaysia yang dilaporkan pada 4 februari iaitu kes kesembilan 10 februari malaysia mencatat 18 kes positif 2019 ncov termasuk tiga kes pulih sepenuhnya kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di macau dan kembali ke malaysia pada 1 februari 11 februari kerajaan malaysia dan singapura bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa kerja bersama berikutan penularan jangkitan 2019 ncov yang diterajui timbalan menteri kesihatan kedua dua negara 12 februari kkm menerima tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini who mengumumkan covid 19 yang bermaksud penyakit virus korona sebagai nama rasmi novel koronavirus 2019 dr dzulkefly berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi covid 19 13 februari satu lagi kes positif covid 19 dicatat menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 19 kes terbaharu membabitkan seorang wanita warga china berumur 39 tahun rakan kes ke 14 dan anak kes ke 16 14 februari tiga lagi diuji positif covid 19 menjadikan jumlah keseluruhan 22 tiga kes terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita warga china serta seorang wanita warga amerika syarikat berumur 83 tahun yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di kemboja pada 13 feb tiada lagi kes positif baru selepas 14 februari 27 februari dr mahathir selaku perdana menteri interim mengumumkan pakej rangsangan ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan covid 19 28 februari kes baharu covid 19 di negara ini bertambah tiga menjadikan jumlah pesakit yang disahkan positif 25 orang dengan 22 sembuh dan dibenarkan keluar hospital pesakit ke 23 adalah wanita rakyat malaysia yang kembali ke tanah air dari jepun pesakit ke 24 seorang wanita jepun berusia 41 tahun dan bekerja di malaysia manakala kes ke 25 lelaki itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat malaysia dan tinggal di negara ini 1 mac 2020 kkm mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan covid 19 di negara ini menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes kes ke 26 adalah berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke shanghai china pada pertengahan januari kes ke 27 adalah jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke 24 manakala kes ke 28 adalah lelaki berusia 45 tahun rakan sekerja kes ke 25 dan kes ke 29 pula membabitkan wanita berusia 35 tahun yang dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 februari 3 mac kkm mengesahkan tujuh kes positif covid 19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini ialah 36 semua kes baharu adalah kontak rapat kepada kes positif ke 26 pada 29 februari 4 mac sebanyak 14 kes baharu covid 19 dilaporkan menjadikan jumlah kes positif di malaysia meningkat kepada 50 kes positif covid 19 ke 31 hingga ke 50 adalah kontak rapat bagi kes ke 26 5 mac lima lagi individu disahkan positif covid 19 dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke 26 menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu kepada 55 6 mac sebanyak 28 individu disahkan positif covid 19 menjadikan jumlah kumulatif 83 kes 7 mac sebanyak 10 kes baharu covid 19 dilapor menjadikan jumlah kumulatif 93 8 mac enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif covid 19 kepada 99 kes semua kes adalah kontak rapat kluster kes ke 26 9 mac sebanyak 18 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif covid 19 di malaysia ialah 117 satu daripada kes baharu iaitu kes ke 101 membabitkan seorang lelaki yang pulang dari iran 10 mac sebanyak 12 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes positif covid 19 di malaysia setakat ini 129 kes positif membabitkan pesakit dalam siasatan pui jangkitan covid 19 kontak rapat dan anggota misi bantuan kemanusiaan rujukan hospital yang mengendalikan kes disyaki covid 19 11 mac 2020 sebanyak 20 kes baharu positif covid 19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149 kes covid 19 di seluruh dunia setakat ini 12 mac sembilan kes baharu positif covid 19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah 158 who mengisytiharkan covid 19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara selain china malaysia belum mengalami kes sporadik covid 19 kes ke 131 yang sebelum ini dikatakan sporadik tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan kkm mendapati pesakit adalah antara peserta perhimpunan tabligh di masjid sri petaling pada 27 februari hingga 1 mac china hanya rekod 15 kes positif pada rabu termasuk 6 kes import wabak di eropah semakin serius dan kematian terus meningkat di itali perancis dan sepanyol as umum sekatan perjalanan ke eropah kecuali uk 13 mac sebanyak 39 kes baharu positif covid 19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 197 daripada kes itu sebanyak 38 dikesan dalam kalangan pui jangkitan covid 19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di unit rawatan rapi icu dan diberi rawatan anti viral kkm mengumumkan arahan kepada mereka yang telah menghadiri ijtimak tabligh di masjid seri petaling kuala lumpur pada 28 februari 1 mac lalu diminta hubungi pejabat kesihatan daerah cprc negeri masing masing mereka ini perlu jarakkan diri sekurang kurangnya 1 meter daripada orang lain selama 14 hari bermula tarikh balik dari program itu 14 mac sebanyak 41 kes baharu positif covid 19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 238 semua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan 37 kes pui manakala empat lagi adalah kontak rapat kkm mengeluarkan panduan untuk penganjur dan tetamu bagi program atau majlis termasuk majlis perkahwinan 15 mac sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif covid 19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes berdasarkan siasatan awal kebanyakan kes baharu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di masjid sri petaling tujuh pesakit telah sembuh dan discaj hari ini kesemua mereka warga tempatan dan berkait kes kluster ke 26 dan kes 33 ini menjadikan 42 kes sembuh keseluruhan setakat ini 16 mac sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif covid 19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553 sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di masjid sri petaling sebanyak 553 kes di malaysia setakat 16 mac 2020 termasuk 42 yang telah sembuh pengesanan peserta dan kontak rapat kepada kes positif masih berjalan bagi mengawal drpd merebak perdana menteri tan sri muhyiddin yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan selama 14 hari bermula 18 mac hingga 31 mac 17 mac pelajat ipta ipts diarahkan keluar dari kampus membuatkan keadaan di tbs sangat sesak pasar raya juga menjadi sesak akibat panic buying berikutan pengumuman perintah kawalan pergerakan oleh perdana menteri rak rak jualan menjadi kosong balai polis menjadi tempat serbuan pelajar dan orang ramai apabila ketua polis negara mengumumkan tak boleh keluar dari negeri pemastautin melainkan mendapat surat kebenaran daripada polis namun beberapa jam kemudian kenyataan ini ditarik balik kkm telah mengesan 8 786 orang peserta kumpulan tabligh yang menghadiri perhimpunan di masjid seri petaling di mana 3 439 bilangan sampel telah diambil 95 kes covid 19 baharu di kalangan kluster ini jumlah kes kini meningkat ke 338 kes kes baru 120 yang mana 95 berkait kes kluster perhimpunan sri petaling 7 lagi sembuh menjadikan 49 keseluruhan telah sembuh 2 kematian lelaki warga tempatan kes kematian pertama di malaysia akibat covid 19 terjadi pada tarikh ini 18 mac perintah kawalan pergerakan bermula rakyat diminta duduk di rumah untuk memutuskan rantaian jangkitan covid 19 hanya pasar raya stesen minyak dan essential saja dibenarkan dibuka dan ketua keluarga saja dibenarkan membeli barang keperluan mereka yang melanggar arahan pkp akan dikenakan denda rm1000 atau penjara 6 bulan 117 kes baru jadikan 730 kes keseluruhan 11 pesakit sembuh jadikan 60 telah sembuh discaj 15 pesakit dirawat di icu pecahan 790 kes sehingga 18 mac 2020 123 pesakit yang disyaki 135 kontak rapat 513 kluster tabligh 17 ili sari 2 misi bantuan 19 mac statistik terbaru covid 19 di seluruh dunia oleh who 19 mac 2020 kematian di itali hampir 3k dgn kadar kematian 8 34 kematian di iran sepanyol dan perancis terus meningkat indonesia kematian tertinggi di asean dgn 19 8 4 dan filipina 14 7 malaysia 2 0 25 malaysia tangga ke 18 keseluruhan kes di dunia 110 kes baru dilaporkan pd 19 mac 63 kes adalah dari kluster perhimpunan tabligh 83 rakyat malaysia yang berada di sulawesi akan lalui saringan kesihatan dan kuarantin 14 hari 20 mac 130 kes baru 48 berkait kes kluster tabligh 12 pesakit telah sembuh menjadikan 87 orang telah sembuh setakat ini 26 pesakit dirawat dalam icu pada tarikh ini kes di malaysia mencecah 1000 kes 21 mac 153 kes baharu 37 kes ditempatkan di wad icu dukacita dimaklumkan pada tarikh hari ini mencatatkan 6 kematian menjadikan keseluruhan kes kematian sebanyak 8 kes 22 mac kes baharu sebanyak 123 menjadikan keseluruhan kes sebanyak 1306 kes 10 kes kematian 23 mac kkm melancarkan kutipan tabung covid 19 yang mahu menyalurkan sumbangan boleh dapatkan nombor akaun di bawah ini 212 kes baharu kematian meningkat menjadi 14 kes keseluruhan 24 mac 24 pesakit covid 19 di malaysia telah sembuh dan discaj hospital ini menjadikan 183 pesakit sembuh keseluruhan atau 11 3 kes baharu sebanyak 106 kes taburan kes covid 19 di malaysia setakat 24 mac 2020 mengikut negeri kematian di itali tertinggi di dunia melebihi 6 000 orang dengan kadar kematian 9 5 pertambahan kematian di negara eropah sepanyol jerman dan perancis 25 mac 172 kes baharu 19 kes kematian keseluruhan seramai 16 lagi pesakit covid 19 telah sembuh dan discaj hospital menjadikan keseluruhan 199 pesakit trivia pesakit termuda di negara ini adalah pesakit pertama yang sembuh dan discaj 4 feb 2020 iaitu kanak kanak warga china berumur 4 tahun 26 mac seramai 80 anggota kesihatan kkm dikesan positif covid 19 siasatan awal punca jangkitan bukan disebabkan pengendalian kes positif di fasiliti kesihatan kkm kes baharu sebanyak 235 menjadikan keseluruhan berjumlah 2031 kes seramai 215 pesakit covid19 berjaya sembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat 12pm 26 mac 2020 ini termasuk 16 lagi pesakit terbaru yang telah sembuh dan discaj kes kematian meningkat menjadi 23 kes 27 mac perintah kawalan pergerakan diperketatkan pkpd dilaksana di kg dato ibrahim majid dan bandar baharu dato ibrahim majid di simpang renggam johor ia berkuatkuasa tengah malam ini 27 mac 9 april 2020 semua laluan keluar masuk kawasan pkpd ditutup 11 daerah zon merah penularan jangkitan covid19 yang melebihi 41 kes berikut taburan kes covid 19 mengikut negeri dan daerah kes melebihi 41 adalah zon merah manakala jumlah kes antara 20 hingga 40 adalah zon orange bilangan pesakit covid19 yang sembuh terus meningkat kepada 259 ini termasuk 44 pesakit terbaru yg telah sembuh dan discaj 130 kes baharu 28 mac covid 19 telah membunuh lebih 24 000 orang di seluruh dunia dan itali paling tinggi iaitu lebih 8 000 orang setakat ini amerika syarikat telah mengalahkan china dengan jumlah kes positif tertinggi di dunia kadar kematian di itali tertinggi lebih 10 dan indonesia 8 7 malaysia turun ke tangga ke 22 bagi jumlah keseluruhan kes covid 19 alhamdulillah jumlah terbaru pesakit discaj ialah 61 kes jumlah keseluruhan pesakit telah sembuh dan discaj hospital sebanyak 320 kes baharu sebanyak 159 29 mac keseluruhan covid19 di malaysia yang telah membuat saringan berjumlah 35 516 kes dari jumlah ini hanya 2 320 kes atau 6 5 adalah positif setakat ini pecahan kes mengikut daerah zon merah bahaya 1 lembah pantai 2 petaling 3 hulu langat 4 seremban 5 kluang 6 johor bahru 7 kuching 8 kota bharu 8 kinta 9 gombak 10 tawau 11 hilir perak 12 titiwangsa 13 klang bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital 68 jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj 388 kes baharu sebanyak 150 kematian akibat covid 19 semakin meningkat menjadi 34 kes keseluruhan 30 mac perintah kawalan pergerakan diperketatkan pkpd dilaksanakan di kawasan batu 21 hingga batu 24 sg lui di hulu langat selangor pkpd ini melibatkan 3 918 penduduk merangkumi 700 rumah termasuk 7 kampung iaitu 2 perkampungan orang asli dan lima 5 perkampungan melayu perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini 30 mac 2020 hingga 13 april 2020 ini bagi mengelak covid19 merebak selepas 74 kes positif dikesan pkpd yang kedua dikenakan selepas dua kawasan di simpang renggam bilangan pesakit yang telah sembuh dan discaj terus meningkat terbaru 91 pesakit telah sembuh dan dibenarkan balik jumlah keseluruhan 479 orang 156 kes baharu kes kematian meningkat menjadi 37 31 mac perintah kawalan pergerakan diperketatkan pkpd yang ketiga dikenakan di menara city one jalan mushi abdullah kl ia melibatkan 3 200 penghuni di 502 kondominium dan premis perniagaan berkuatkuasa 31 mac hingga 13 april sebanyak 17 kes positif covid19 di menara itu jumlah pesakit discaj 58 ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 537 kes baharu 140 kematian 43 kes statistik saringan covid 19 setakat ini ialah 40 483 yang telah diuji hanya 2766 kes sahaja yang positif daripada 2766 kes yang positif kes dari kluster tabligh yang paling tinggi iaitu 1331 1 april perintah kawalan pergerakan pkp dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 14 april berdasarkan statistik covid19 di seluruh dunia oleh who kematian melebihi 36 000 di seluruh dunia dengan itali sepanyol china perancis iran dan uk paling tinggi di rantau asean kematian tertinggi indonesia filipina dan malaysia as paling ramai dijangkiti virus melebihi 163k mengatasi china malaysia turun ke tangga 24 dalam keseluruhan kes covid 19 di dunia seramai 43 462 orang telah disaring iaitu 6 7 atau 2 908 adalah positif 75 7 atau 32 894 orang ...
|