Meta tags:
Headings (most frequently used words):
nisa, perlis, wednesday, 28, 2013, tentang, nec, may, 2014, monday, october, september, 25, logo, misi, facebook, educare, centre, hubungi, followers, artikel, top, tag, arkib, borang, keahlian, program, cuti, sekolah, bersama, back, to, school, kisah, biawak, yang, beriman, tabarruj, hijab,
Text of the page (most frequently used words):
dan (42), yang (39), nisa (30), itu (25), mereka (23), #perlis (21), share (18), nabi (16), untuk (15), ini (15), pakaian (15), tidak (15), wanita (14), dalam (14), akan (12), biawak (12), hijab (11), aku (11), dengan (10), negeri (10), dari (10), orang (10), tabarruj (10), beriman (10), kepada (9), berkata (9), wahai (8), email (7), facebook (7), program (7), arab (7), allah (7), oleh (7), engkau (7), sesi (7), september (6), october (6), may (6), badan (6), pinterest (6), blogthis (6), this (6), comments (6), posted (6), menutup (6), baginda (6), memakai (6), berlebihan (6), rasulullah (6), kpd (6), adalah (6), daripada (6), august (5), semua (5), labels (5), lelaki (5), dgn (5), menyerupai (5), berwangian (5), secara (5), lalu (5), telah (5), anak (5), dapat (5), lagi (5), manusia (5), july (4), educare (4), artikel (4), serta (4), bahasa (4), kerana (4), neraka (4), utk (4), berjalan (4), hadapan (4), juga (4), berpakaian (4), bahkan (4), bersama (4), syurga (4), kisah (4), umar (4), badwi (4), perjuangan (4), boleh (4), peserta (4), 2013 (3), keahlian (3), aktiviti (3), nec (3), tentang (3), dlm (3), pandangan (3), antara (3), dua (3), sbg (3), aurat (3), bukan (3), hari (3), dia (3), maka (3), kalangan (3), satu (3), bentuk (3), qibtiyyah (3), bertanya (3), menjawab (3), menampakkan (3), ketat (3), melihat (3), jelas (3), perhiasan (3), demikian (3), apa (3), bertabarruj (3), tetapi (3), jalan (3), bahawa (3), dhab (3), sedang (3), beliau (3), seekor (3), ramai (3), tuhan (3), muhammad (3), menjadi (3), nya (3), tuan (3), kata (3), sekolah (3), surah (3), jawi (3), april (2), june (2), march (2), november (2), borang (2), 2014 (2), isi (2), rohani (2), centre (2), com (2), hubungi (2), kelas (2), quran (2), kanak (2), disampaikan (2), berhasrat (2), generasi (2), sebuah (2), ngo (2), pelbagai (2), pihak (2), posts (2), membawa (2), itulah (2), atau (2), menghalang (2), dipanggil (2), atas (2), pemahaman (2), ialah (2), anggota (2), muslimah (2), bersabda (2), sesiapa (2), syuhrah (2), dunia (2), pada (2), kemudian (2), menarik (2), perhatian (2), menegaskan (2), sesuatu (2), kaum (2), org (2), rasul (2), kami (2), mana (2), mencium (2), tersebut (2), ketika (2), berhijab (2), imam (2), hadith (2), nipis (2), kadang (2), spt (2), bertelanjang (2), hendaklah (2), bin (2), bernama (2), isteriku (2), supaya (2), isterimu (2), saiz (2), longgar (2), menyebabkan (2), menzahirkan (2), apabila (2), kain (2), memanjangkan (2), sendiri (2), lebih (2), maha (2), syarat (2), lenggok (2), dianggap (2), ttp (2), manakala (2), masuk (2), merupakan (2), moden (2), syariat (2), iaitu (2), tiba (2), seorang (2), tertarik (2), mendekati (2), siapakah (2), lantas (2), demi (2), lata (2), uzza (2), alam (2), saya (2), lemah (2), lembut (2), kepadamu (2), hadir (2), jawab (2), nnya (2), mendustakan (2), paling (2), kasihi (2), kita (2), islam (2), masih (2), sekurang (2), kurangnya (2), link (2), wednesday (2), inshallah (2), malaysia (2), back (2), school (2), kedah (2), pulau (2), pinang (2), perak (2), bagi (2), anda (2), pengukuhan (2), cuti (2), 1sesi (2), travel, theme, powered, blogger, 2008, 2009, december, 2010, january, 2011, february, 2012, arkib, tag, top, followers, 01000, kangar, lorong, limau, kasturi, taman, seri, guar, alamat, nisaperlis, gmail, menawarkan, perkhidmatan, pengajian, tuisyen, dewasa, create, your, badge, tercapai, melalui, dirancang, teliti, disemai, kasih, sayang, penuh, keikhlasan, melahirkan, mengagungkan, agama, mencintai, ilmu, berakhlak, mulia, kebajikan, kemanusiaan, kemasyarakatan, misi, menjalin, hubungan, akrab, seperti, kementerian, agensi, kerajaan, media, usaha, berkhidmat, masyarakat, logo, subscribe, atom, home, older, segi, erti, sebabnya, penggunaan, perkara, makna, makanya, lain, melihatnya, menurut, syara, penutupan, mahram, raul, memakaikannya, kehinaan, kiamat, dilemparkan, tujuan, berbangga, saw, kafir, kumpulan, dpt, wangiannya, berzina, janganlah, abd, barr, bermaksud, rupa, namun, hakikatnya, tebal, usamah, zaid, menghadiahkan, sejenis, dihadiahkan, dihyah, laluaku, memberikannya, kenapa, kamu, memberi, arahkan, krn, takut, tulangnya, badannya, amat, menitik, beratkan, persoalan, jenis, melekat, pasti, nampak, pemakainya, zahabi, perbuatan, dilaknat, diri, keluar, rumah, sengaja, termasuk, dimurkai, pelakunya, akhirat, jangan, jadikan, katakanlah, isteri, perempuanmu, seluruh, jilbabnya, kepala, sehingga, dada, keseluruh, tubuh, mudah, dikenali, diganggu, pengampun, penyayang, eluruh, kecuali, tangan, muka, syarie, man, minal, wushul, halangan, sampai, mencantikkan, kecantikan, asli, mengada, ngada, mempunyai, sudut, tidaklah, hanya, membuka, mengikut, syar, hukum, dosa, besar, golongan, ahli, cemeti, ekor, lembu, memukul, dgnya, yakni, berkuasa, menyeksa, sewenang, wenangnya, langkah, berlenggang, rambut, bagaikan, bonggol, unta, bauan, sedangkan, wangian, dihidu, jarak, jauh, hadis, riwayat, muslim, sebagainya, pembuka, terbahagi, berpakaia, mencukur, bulu, kening, menghias, wajah, dsb, kurang, tudung, bertentangan, memenuhi, piawaian, patuh, melaknat, ummatnya, pernah, ditulis, ustaz, zahazan, mohamed, majalah, solusi, isu, rezeki, ruangan, pelik, benar, diriwayatkan, ibn, kathir, kitab, bidayah, wan, nihayah, baihaqi, menceritakan, abu, mansur, ahmad, ali, damghaniy, daerah, namin, baihaq, sekumpulan, para, sahabat, datang, bani, sulaim, bersamanya, padang, pasir, ditangkapnya, bercadang, membakar, haiwan, dimakan, gerangan, iringi, diberitahu, mengiringi, terus, tiadalah, terdapat, kubenci, daripadamu, kalaulah, kaumku, memanggilku, panggilan, tergesa, gesa, tentulah, sudah, memenggal, kepalamu, menggembirakan, hatiku, hati, berkulit, hitam, putih, merah, selainnya, khattab, marah, bangkit, biarlah, mengakhiri, hidupnya, tenang, permintaan, tidakkah, tahu, hampir, diangkat, kemudiannya, sepatutnya, menghormatiku, perhimpunan, sahabatku, mengalah, sebaliknya, takkan, hai, hinggalah, katanya, sambil, mengeluarkan, melemparkannya, memanggil, kedengaran, fasih, difahami, langit, rasy, bumi, kekuasaan, lautan, rahmat, azab, tanya, siapa, utusan, memiliki, sekelian, amatlah, beruntung, mendokong, binasalah, mendengar, sebelum, benci, berbanding, bapaku, diriku, amatku, zahirku, batinku, mengucapkan, kalimah, syahadah, pengajaran, ambil, contohilah, akhlak, menegakkan, syiar, cara, berhemah, tutur, tindakan, belum, selain, lihat, bagaimana, menyokong, dianugerahkan, akal, menidakkan, mendaulatkan, dibawa, malulah, binatang, menolak, kredit, bulan, disember, nanti, turun, sebelah, utara, terlibat, seramai, pelajar, terdiri, yatim, faqir, miskin, pilih, menyertai, berminat, sukarelawan, bolehlah, wakil, intensif, hafazan, pilihan, membaca, menulis, terbuka, tahun, sahaja, perempuan, alternatif, bermanfaat, memberikan, sumbangan, tenaga, memastikan, muda, disuburkan, objektif, menghafal, juz, amma, setiap, mengukuhkan, tulisan, melazimi, solat, sunat, fardhu, solehah, sepanjang, yuran, rm80, rm150, rm220, rm280, berkumpulan, rm70, rm140, rm210, rm270, monday, sila, berikut, mendaftar, online, https, docs, google, forms, 1bz9m9griwchywzoaf2hduhe0cuzvfhzon31gasxv51a, viewform, usp, send_form, blog, rasmi,
Text of the page (random words):
blog rasmi nisa perlis wednesday may 28 2014 borang keahlian nisa perlis sila ke link berikut untuk mendaftar keahlian nisa perlis secara online https docs google com forms d 1bz9m9griwchywzoaf2hduhe0cuzvfhzon31gasxv51a viewform usp send_form posted by nisa negeri perlis at 12 27 pm no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest monday october 28 2013 program cuti sekolah bersama nec kelas intensif hafazan surah surah pilihan pengukuhan membaca dan menulis jawi terbuka kepada 7 12 tahun sahaja lelaki dan perempuan alternatif program yang bermanfaat untuk anak anak pada cuti sekolah memberikan sumbangan tenaga dalam memastikan generasi muda disuburkan dengan al quran dan jawi objektif 1 peserta boleh menghafal sekurang kurangnya 10 surah daripada juz amma bagi setiap sesi 2 peserta boleh mengukuhkan lagi pemahaman dan pengukuhan tulisan jawi 3 peserta boleh melazimi solat sunat dan fardhu serta bi ah solehah sepanjang program yuran utk seorang peserta rm80 1sesi rm150 2 sesi rm220 3 sesi rm280 4 sesi utk 2 orang atau berkumpulan rm70 1sesi rm140 2 sesi rm210 3 sesi rm270 4 sesi posted by nisa negeri perlis at 11 59 pm no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels aktiviti nisa educare nisa back to school inshallah dalam bulan disember nanti nisa malaysia akan turun ke negeri negeri sebelah utara untuk program nisa back to school antara negeri negeri yang terlibat adalah perlis kedah pulau pinang dan perak inshallah juga seramai 50 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada anak yatim dan faqir miskin akan kami pilih untuk menyertai program ini bagi anda yang berminat untuk menjadi sukarelawan anda bolehlah hubungi wakil di nisa perlis kedah pulau pinang perak dan juga nisa malaysia posted by nisa negeri perlis at 11 51 pm no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels aktiviti wednesday september 25 2013 kisah biawak yang beriman kisah ini pernah ditulis oleh ustaz zahazan hj mohamed dalam majalah solusi isu 1 iaitu kerana rezeki masuk neraka dalam ruangan pelik tetapi benar diriwayatkan oleh ibn kathir dalam kitab al bidayah wan nihayah bahawa al baihaqi menceritakan daripada abu mansur ahmad bin ali ad damghaniy dari daerah namin di baihaq dalam sebuah kisah yang disampaikan daripada umar ra dhab rasulullah s a w sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat tiba tiba datang seorang arab badwi daripada bani sulaim ke hadapan rasulullah s a w beliau membawa bersamanya seekor biawak padang pasir dhab yang ditangkapnya dan bercadang untuk membakar haiwan itu untuk dimakan melihat ramai yang berjalan itu beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi nabi s a w maka dia terus mendekati nabi s a w lantas berkata demi tuhan lata dan uzza tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai muhammad kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa gesa tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggembirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam putih dan merah serta selainnya umar al khattab menjadi marah lalu bangkit dan berkata wahai nabi biarlah saya mengakhiri hidupnya nabi s a w tenang menjawab permintaan umar wahai umar tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi nabi nabi s a w kemudiannya berkata kepada arab badwi itu apa yang menyebabkan engkau berkata demikian sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku arab badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata demi tuhan lata dan uzza aku takkan beriman kepadamu hai muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan nabi s a w nabi s a w memanggil biawak itu kedengaran biawak itu menjawab dalam bahasa arab yang fasih dan difahami oleh semua yang hadir ya wahai nabi s a w nabi bertanya kepada siapakah engkau beriman jawab biawak itu saya beriman kepada tuhan yang di langit itu a rasy nya di bumi itu kekuasaan nnya dan di lautan itu jalan nya dan di syurga itu rahmat nnya dan dalam neraka itu azab nya tanya nabi lagi aku ini siapa wahai biawak jawab si biawak tuan adalah utusan allah yang memiliki sekelian alam amatlah beruntung orang yang mendokong perjuangan tuan dan binasalah orang yang mendustakan tuan mendengar kata kata biawak itu arab badwi itu lantas berkata wahai muhammad sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan bapaku diriku sendiri engkau amatku kasihi zahirku dan batinku kemudian beliau mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah ini ialah contohilah akhlak rasulullah s a w dalam menegakkan syiar islam iaitu dengan cara yang berhemah dan tutur kata yang lemah lembut dengan tindakan demikian orang orang yang belum beriman akan tertarik untuk beriman selain itu kita dapat lihat bagaimana seekor biawak dhab telah beriman kepada allah s a w bahkan menyokong perjuangan nabi s a w manakala manusia yang telah dianugerahkan akal ramai yang masih lagi tidak beriman kepada allah s a w bahkan masih ramai yang menidakkan perjuangan untuk mendaulatkan syariat islam yang dibawa oleh rasulullah s a w sekurang kurangnya malulah kepada seekor binatang yang bernama biawak ini wahai manusia yang menolak dan mendustakan perjuangan rasulullah s a w kredit link posted by nisa negeri perlis at 11 21 pm no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels isi rohani tabarruj apa itu tabarruj menzahirkan perhiasan mencantikkan lagi kecantikan asli wanita berwangian yg berlebihan dan lenggok ketika berjalan secara mengada ngada tabarruj mempunyai pelbagai sudut tidaklah hanya mereka yg membuka aurat dianggap bertabarruj bahkan mereka yg berpakaian menutup ttp tidak mengikut syarat hijab yg syar ie juga dianggap bertabarruj hukum tabarruj tabarruj adalah dosa besar dua golongan dari ahli neraka aku tidak akan melihat mereka satu kaum yg bersama mereka cemeti spt ekor lembu mereka memukul manusia dgnya yakni org yg berkuasa dan menyeksa manusia sewenang wenangnya dan wanita yg berpakaian tetapi bertelanjang langkah jalan mereka berlenggang lenggok manakala rambut mereka bagaikan bonggol unta mereka tidak akan masuk syurga dan mereka tidak dapat mencium bauan syurga sedangkan wangian syurga itu dapat dihidu dalam jarak yang jauh hadis riwayat muslim ini bukan hijab berpakaian ketat menampakkan bentuk badan berwangian berlebihan dan sebagainya merupakan pembuka jalan kepada tabarruj tabarruj terbahagi kpd dua 1 tabarruj yg jelas berpakaia tidak menutup aurat mencukur bulu kening menghias wajah secara berlebihan dsb 2 tabarruj kurang jelas moden wanita muslimah memakai tudung dlm bentuk moden ttp bertentangan dgn hijab yg memenuhi piawaian patuh syariat nabi melaknat mereka yg bertabarruj di kalangan ummatnya posted by nisa negeri perlis at 11 11 pm no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels artikel nisa tentang hijab apa itu hijab dari segi bahasa arab hijab membawa erti halangan untuk sampai al man u minal wushul itulah sebabnya dlm penggunaan bahasa arab perkara yg menutup atau menghalang pandangan antara dua pihak dipanggil sbg hijab atas makna bahasa itulah makanya pakaian yg menutup aurat wanita dipanggil hijab kerana ia menghalang pandangan orang lain dari melihatnya pemahaman hijab menurut syara ialah penutupan anggota badan wanita muslimah dari pandangan lelaki yang bukan mahram syarat hijab syarie 1 menutup eluruh anggota badan kecuali tangan dan muka wahai nabi katakanlah kpd isteri isterimu anak anak perempuanmu dan seluruh wanita yg beriman untuk memanjangkan jilbabnya pakaian yg dapat menutup kepala sehingga ke dada keseluruh tubuh mereka yg demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali kerana itu mereka tidak diganggu dan allah adalah maha pengampun lagi maha penyayang 2 jangan jadikan hijab itu sendiri sbg perhiasan berkata imam az zahabi dan di antara perbuatan yg dilaknat oleh allah adalah wanita yg menzahirkan perhiasan diri mereka dan mereka berwangian yg berlebihan apabila mereka keluar dari rumah dan juga mereka berpakaian dgn kain kain yg nipis serta sengaja memanjangkan pakaian utk menarik perhatian ini semua termasuk tabarruj yg dimurkai oleh allah ke atas pelakunya di dunia dan di akhirat 3 pakaian itu hendaklah longgar dan tidak ketat usamah bin zaid berkata baginda ar rasul telah menghadiahkan kpd aku sejenis pakaian yg bernama qibtiyyah yg dihadiahkan kpd baginda oleh dihyah laluaku memberikannya kpd isteriku satu hari nabi bertanya kenapa kamu tidak memakai qibtiyyah aku menjawab aku telah memberi kpd isteriku lalu baginda bersabda arahkan supaya isterimu memakai pakaian dalam krn aku takut akan menampakkan saiz tulangnya badannya dari hadith ini menampakkan baginda amat menitik beratkan persoalan longgar dan tidak ketat pakaian qibtiyyah ini dari jenis yg melekat ke badan yg pasti akan menyebabkan mereka yg melihat akan nampak dgn jelas akan saiz badan pemakainya 4 hendaklah pakaian itu tebal imam abd barr berkata baginda rasulullah bermaksud tentang wanita dlm hadith ini sbg wanita yg memakai pakaian yg nipis kadang kadang bentuk rupa pakaian itu spt berhijab namun hakikatnya mereka bertelanjang 5 janganlah berwangian secara berlebihan ketika berhijab mana mana wanita yg berwangian secara berlebihan lalu ia berjalan di hadapan satu kumpulan dan mereka dpt mencium wangiannya maka wanita tersebut telah berzina 6 tidak menyerupai pakaian lelaki ar rasul menegaskan bukan dari kalangan kami wanita yg menyerupai lelaki dan lelaki yg menyerupai wanita 7 tidak menyerupai pakaian org kafir nabi saw menegaskan sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum maka dia dari kalangan mereka 8 tidak memakai pakaian syuhrah dgn tujuan utk berbangga dan menarik perhatian baginda ar raul bersabda sesiapa yg memakai pakaian syuhrah di dunia allah akan memakaikannya dgn pakaian kehinaan pada hari kiamat kemudian dia akan dilemparkan ke dalam neraka posted by nisa negeri perlis at 11 04 pm no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest labels artikel nisa older posts home subscribe to posts atom logo nisa perlis tentang nisa perlis sebuah badan ngo yang berhasrat untuk menjalin hubungan akrab dengan pelbagai pihak seperti kementerian agensi kerajaan media serta ngo dalam usaha untuk berkhidmat kepada masyarakat misi nisa perlis kebajikan kemanusiaan kemasyarakatan nisa perlis berhasrat melahirkan generasi yang mengagungkan agama mencintai ilmu berakhlak mulia semua ini akan tercapai melalui program program yang dirancang dengan teliti disemai dengan kasih sayang dan disampaikan dengan penuh keikhlasan facebook nisa perlis nisa perlis create your badge nisa educare centre nec menawarkan perkhidmatan kelas pengajian al quran tuisyen untuk kanak kanak dan wanita dewasa hubungi nisa perlis email nisaperlis gmail com alamat nisa educare centre nec 15 lorong limau kasturi taman seri guar 01000 kangar perlis followers nisa perlis artikel top tag aktiviti 32 artikel 19 isi rohani 33 nisa 8 nisa educare 4 arkib 2014 1 may 1 borang keahlian nisa perlis 2013 9 october 2 september 5 july 1 april 1 2012 21 november 1 october 1 august 1 july 4 june 2 may 3 march 2 february 7 2011 25 november 1 october 3 september 8 august 3 july 2 may 6 march 1 january 1 2010 37 december 4 october 8 september 4 august 5 july 2 june 3 may 5 april 6 2009 5 september 2 august 2 may 1 2008 6 october 4 september 1 august 1 travel theme powered by blogger
|