Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2011, fitnah, august, monday, blog, pas, ahli, september, list, felda, aku, anti, july, 16, 2012, saturday, 10, friday, 29, thursday, 18, 15, tuesday, archive, my, about, me, followers, adakah, kerajaan, malaysia, zalim, analisa, kesan, dari, perubahan, dasar, telah, kelihatan, masuk, umno, isu, bukit, kepong, kajian, ringkas, semakin, gelisah, selamat, hari, raya, aidilfitri, maaf, zahir, batin, pemfitnah, terlepas, atas, kesalahan, teknikal, gagal, saman, rm200j, terhadap, dr, tan, kee, kwong, di, bulan, ramadhan, yang, menguji, amarah, umat, islam, anak, buat, hal, lagi,
Text of the page (most frequently used words):
yang (45), #fitnah (31), pas (29), dengan (28), ini (26), dan (24), tidak (21), share (21), telah (17), felda (17), aku (15), ahli (15), anti (14), dari (13), dalam (13), mereka (12), oleh (11), ago (11), akan (10), orang (10), umno (10), tanah (10), itu (10), tersebut (10), negara (9), sekarang (9), years (8), kepada (8), untuk (8), dasar (8), boleh (7), anak (7), buat (7), 2011 (7), pinterest (7), facebook (7), blogthis (7), email (7), this (7), comments (7), posted (7), kami (7), august (6), adakah (6), pada (6), bahawa (6), islam (6), saya (6), hari (6), tan (6), kenyataan (6), parti (6), semakin (5), adalah (5), malaysia (5), pula (5), lagi (5), negeri (5), ialah (5), kee (5), kwong (5), perkataan (5), atas (5), bukit (5), kepong (5), bersetuju (5), sebagai (5), apa (4), berlaku (4), sekiranya (4), menjadi (4), rakyat (4), pkr (4), antara (4), kedah (4), july (4), september (4), pembangkang (4), borang (4), juga (4), rakan (4), keluar (4), pakatan (4), gagal (4), mahkamah (4), pihak (4), hanya (4), berkenaan (4), kajian (4), katanya (4), komunis (4), sabu (4), bersama (3), gunakan (3), gerakan (3), umum (3), raya (3), months (3), menyokong (3), blog (3), kerajaan (3), zalim (3), masa (3), fikirkanlah (3), membuat (3), peneroka (3), besar (3), usaha (3), semasa (3), kalau (3), bulan (3), lihat (3), pagi (3), tak (3), perkembangan (3), ramai (3), nak (3), dulu (3), sebab (3), tahun (3), satu (3), monday (3), hakim (3), berkata (3), saman (3), terhadap (3), iaitu (3), aidilfitri (3), ringkas (3), pemimpin (3), hati (3), kepimpinan (3), lebih (3), anda (3), soalan (3), mengangkat (3), wira (3), ismail (3), mat (3), peristiwa (3), kampung (3), fakta (2), kerana (2), che (2), det (2), generation (2), cyber (2), rasuah (2), anwar (2), mahu (2), jati (2), melayu (2), bimbang (2), hamid (2), bador (2), mahathir (2), atau (2), the (2), unspinners (2), ibrahim (2), kumpulan (2), mykmu (2), rocky (2), bru (2), list (2), 2012 (2), posts (2), maka (2), mati (2), koperasi (2), jahat (2), sangat (2), bertanggungjawab (2), cuba (2), menghancurkan (2), generasi (2), muda (2), sebarkan (2), zaman (2), berperang (2), nik (2), aziz (2), kelantan (2), rakyatnya (2), waktu (2), jadi (2), masjid (2), baca (2), quran (2), perkara (2), rata (2), lah (2), krisis (2), arahan (2), kita (2), ramadhan (2), benar (2), menguji (2), umat (2), sikap (2), terbaru (2), menurut (2), plaintif (2), memanggil (2), ketika (2), wartawan (2), akhbar (2), suara (2), keadilan (2), utusan (2), mohd (2), namun (2), lembaga (2), menyebut (2), artikel (2), kuala (2), lumpur (2), tinggi (2), timbalan (2), kau (2), sebabkan (2), kekurangan (2), bukti (2), menjelaskan (2), maaf (2), zahir (2), batin (2), selamat (2), dapat (2), gelisah (2), johor (2), agama (2), selangor (2), gembira (2), halatuju (2), panjang (2), beberapa (2), teragak (2), agak (2), memperjuangkan (2), tuju (2), hingga (2), kalangan (2), dia (2), mahdzir (2), kemasukan (2), penyokong (2), akhir (2), sudah (2), menyertai (2), mohamad (2), polis (2), daripada (2), selepas (2), majlis (2), padang (2), terap (2), kira (2), masuk (2), berita (2), diri (2), kesan (2), kelihatan (2), kembali (2), theme, images, powered, blogger, fpm, followers, view, complete, profile, lama, benci, sekeliling, bermaharajalela, cegah, penyakit, parah, terutamanya, cintai, putarbelit, politik, mangsa, tentang, about, papa, gomo, aidc, agenda, daily, real, news, for, new, people, merosakkan, budak, pembenci, bpr, sesumpah, bersumpah, dibaca, ekstrim, tolak, sertai, kempen, logo, harapan, dap, huru, hara, kan, berhasil, boyz, channel, rafizi, ramli, punya, teori, ekonomi, setaraf, jamban, penuh, deig, engkau, hilang, bawa, rm6, billion, timur, pelacur, bertanding, calon, pilihan, gelombang, sidang, media, terakhir, peperangan, mahiaddin, hamzah, zainuddin, bila, tun, lawak, double, meaning, cops, receive, reports, against, rafidah, over, surau, issue, deja, ringgit, touches, papagomo, dot, com, october, november, 2010, january, february, april, may, june, archive, subscribe, atom, home, older, bayangkan, beri, lain, sendirinya, tahukah, keuntungan, malah, membantu, sebahagian, saham, diuruskan, holdings, miliki, melalui, permodalan, kpf, inilah, dalangi, sedaya, upaya, sedar, perbuatan, sendiri, khabarkan, ketuai, mazlan, aliman, bergerak, memberi, janjikan, menang, pilihanraya, nanti, tabur, hal, tuesday, rasulullah, puasa, baginda, berjihad, kafir, tapi, fikir, menariknya, kata, suka, dengar, mengaji, mengapa, betul, berkesempatan, berjumpa, apabila, menyentuh, selesa, dah, murtad, basmi, jais, masih, belum, selesai, timbul, entahlah, rasa, faham, persoalannya, sekat, pasal, melihat, sewaktu, semuanya, mubarak, ketahanan, demi, terbongkar, larangan, membaca, subuh, pulau, pinang, persetujui, kononnya, menganggu, amarah, faizal, zakaria, memberikan, keterangan, bagi, mengesahkan, menyatakan, ditemubual, datin, zabariah, yusof, keputusannya, meskipun, beliau, mendapati, berunsur, merujuk, selaku, membuktikan, serta, penyiaran, ogos, memutuskan, kemajuan, persekutuan, syarikat, pelaburannya, rm200, juta, bekas, menteri, pembangunan, rm200j, nasiiiiiib, bayar, pasti, samada, merayu, saksi, tambahan, malaysiakini, menemubual, penting, membersihkan, melepaskan, tuduhan, mem, penghakiman, sememangnya, cuma, pemfitnah, terlepas, kesalahan, teknikal, thursday, jauhilan, kesimpulan, ianya, berterusan, mustahil, penyebaran, kristian, seperti, puas, peranan, kuasai, penolakkan, ulama, baru, kebajikan, ketidakpuasan, menyiarkan, keseluruhan, secara, ringkasnya, menyediakan, tanya, cuti, sempena, menyambut, sepenuhnya, sedikit, mendapatkan, responden, seramai, 1000, buah, terengganu, perak, friday, menyebabkan, menyedari, terbukti, diharap, hala, bangsa, tempoh, ada, mengubah, sejarah, termasuk, muhamad, indera, lelaki, bersekongkol, malaya, pkm, sementara, sulung, yusoff, tragedi, mengarut, diterima, sama, sekali, justeru, mengikut, langkah, bapanya, membela, dewan, undangan, adun, pedu, berikutan, wujud, kesedaran, akar, umbi, sejak, dokong, selama, kehilangan, arah, mendakwa, menggunakan, slogan, membangun, tetapi, menukarnya, berkebajikan, isteri, juriah, majid, tujuh, berusia, perlu, berfikir, setelah, mendengar, memang, berpuas, dikeluarkan, memperlekehkan, pengorbanan, anggota, serangan, balai, membuatkan, bertahan, pemberita, diadakan, rumahnya, sept, kecewa, presiden, mendorong, keluarga, sekitar, tandop, sini, diketuai, abdullah, menyerahkan, keahlian, ketua, bahagian, datuk, seri, khalid, isu, petikan, bawah, mengambil, tunggu, bersikap, mendiamkan, mengundi, pru, susulan, semalam, lakukan, kesannya, mula, mengenai, tegar, permulaan, sahaja, sebenarnya, bilangan, beralih, angin, banyak, bahagikan, kategori, antaranya, analisa, perubahan, saturday, aaf, menyepikan, macammana, terpaksa, akur, tugas, luar, insyaallah, aktif, sering, warwarkan, melampau, pernah, bersyukur, sila,
Text of the page (random words):
aku anti fitnah aku anti fitnah monday july 16 2012 fitnah adakah kerajaan malaysia zalim kita sering di warwarkan dengan fitnah yang melampau oleh pihak pihak yang tidak pernah bersyukur di negara ini sila lihat fakta di atas adakah kerajaan malaysia sekarang ini zalim kepada rakyatnya fikirkanlah aaf sudah kembali selepas menyepikan diri nak buat macammana terpaksa akur dengan tugas di luar negara insyaallah akan aktif kembali menjelaskan fitnah fitnah jahat yang di sebarkan posted by aku anti fitnah at 8 30 am 0 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest saturday september 10 2011 analisa kesan dari perubahan dasar pas telah kelihatan susulan dari artikel kami semalam berkenaan dengan kajian yang telah kami lakukan kesan kesannya telah mula kelihatan berita mengenai kemasukan ahli pas yang tegar di kedah adalah hanya permulaan sahaja sebenarnya bilangan yang akan beralih angin ini sangat banyak dan mereka ini boleh di bahagikan kepada beberapa kategori antaranya ialah 1 keluar parti pas dan masuk umno 2 bersikap mendiamkan diri dan tidak akan mengundi semasa pru 13 3 mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan dasar dasar parti pas baca petikan berita dari utusan malaysia di bawah ahli pas masuk umno isu bukit kepong padang terap 8 sept kecewa dengan kenyataan timbalan presiden pas mohamad sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam peristiwa bukit kepong mendorong kira kira 50 penyokong pas daripada 10 keluarga di sekitar kampung tandop besar di sini menyertai umno kumpulan berkenaan diketuai ismail abdullah 60 yang lebih 35 tahun menjadi ahli pas menyerahkan borang keahlian mereka kepada ketua umno bahagian padang terap datuk seri mahdzir khalid pada satu majlis di kampung tersebut hari ini menurut ismail dia dan isteri juriah majid 58 bersama tujuh lagi anak mereka berusia antara 18 hingga 35 tahun tidak perlu berfikir panjang untuk menyertai umno setelah mendengar kenyataan mohamad atau mat sabu itu sebagai rakyat negara ini saya memang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mat sabu yang memperlekehkan pengorbanan anggota polis dalam peristiwa serangan ke atas balai polis bukit kepong kenyataan itu membuatkan saya tidak boleh bertahan lagi dan tidak teragak agak untuk keluar daripada pas dan menjadi ahli umno katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan yang diadakan di rumahnya di kampung tersebut sementara itu anak sulung ismail mohd yusoff 35 berkata kenyataan mat sabu yang mengangkat komunis sebagai wira dalam tragedi bukit kepong adalah mengarut dan tidak boleh diterima sama sekali justeru katanya dia mengikut langkah bapanya untuk menjadi ahli umno kerana tidak mahu menyokong pemimpin yang membela komunis dalam peristiwa tersebut dalam pada itu mahdzir yang juga ahli dewan undangan negeri adun pedu berkata kemasukan lebih ramai penyokong pas ke dalam umno berikutan wujud kesedaran di kalangan ahli akar umbi pas sejak akhir akhir ini bahawa parti yang mereka dokong selama ini sudah kehilangan arah tuju katanya dulu pas mendakwa mereka memperjuangkan islam dengan menggunakan slogan membangun bersama islam tetapi menukarnya dengan negara berkebajikan dalam tempoh itu pula ada usaha di kalangan pemimpin mereka untuk mengubah sejarah negara termasuk mengangkat muhamad indera iaitu lelaki melayu yang bersekongkol dengan parti komunis malaya pkm sebagai wira ini yang menyebabkan ramai ahli pas tidak teragak agak keluar dari parti itu mereka juga telah menyedari hanya umno terbukti sebagai parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan hala tuju bangsa dan agama dari dulu hingga sekarang katanya posted by aku anti fitnah at 9 00 am 0 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest friday september 9 2011 kajian ringkas ahli ahli pas semakin gelisah cuti panjang sempena menyambut aidilfitri telah kami gunakan sepenuhnya untuk membuat sedikit kajian ringkas saya dan rakan rakan telah mendapatkan responden dari ahli pas seramai 1000 orang dari beberapa buah negeri iaitu kelantan terengganu kedah selangor johor dan perak kami telah menyediakan 15 soalan dan antara soalan soalan yang kami tanya ialah 1 adakah anda bersetuju dan menyokong dengan dasar dasar pas sekarang 2 adakah anda bersetuju dan gembira dengan kepimpinan pas sekarang 3 adakah anda bersetuju dengan halatuju pas sekarang kami tidak dapat menyiarkan keseluruhan kajian buat masa ini namun secara ringkasnya lebih dari 65 tidak bersetuju dengan dasar dasar pas sekarang 40 tidak gembira dengan kepimpinan pas sekarang dan hanya 39 yang bersetuju dengan halatuju pas sekarang antara sebab sebab ketidakpuasan hati ahli ahli pas ini ialah 1 dasar negara islam ke negara kebajikan 2 penolakkan ulama di dalam kepimpinan baru pas 3 tidak puas hati dengan peranan pas di negeri negeri yang di kuasai pakatan rakyat 4 penyebaran agama kristian seperti yang berlaku di selangor 5 yang terbaru ialah kenyataan pemimpin pas berkenaan bukit kepong johor kesimpulan ringkas yang dapat di buat adalah ahli ahli pas sekarang semakin gelisah dengan perkembangan yang berlaku dan sekiranya ianya berterusan tidak mustahil akan berlaku krisis yang besar di dalam pas aku anti fitnah posted by aku anti fitnah at 8 24 am 1 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest monday august 29 2011 selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin jauhilan fitnah posted by aku anti fitnah at 11 29 pm 0 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest thursday august 18 2011 pemfitnah felda terlepas atas kesalahan teknikal hanya di sebabkan kekurangan bukti maka mahkamah tinggi telah melepaskan dr tan kee kwong di atas tuduhan mem fitnah felda hakim semasa membuat penghakiman menjelaskan bahawa perkataan yang di gunakan adalah sememangnya fitnah cuma di sebabkan kekurangan bukti bahawa dr tan menyebut perkataan fitnah tersebut pihak kami tidak pasti samada pihak felda akan merayu dan memanggil saksi tambahan iaitu wartawan malaysiakini yang menemubual dr tan yang penting mahkamah telah membersihkan fitnah yang telah di buat oleh pembangkang terhadap felda p s nasiiiiiib kau tan kalau tak mati lah kau nak bayar saman tu felda gagal saman fitnah rm200j terhadap dr tan kee kwong kuala lumpur 16 ogos mahkamah tinggi kuala lumpur hari ini memutuskan lembaga kemajuan tanah persekutuan felda dan syarikat pelaburannya gagal dalam saman fitnah rm200 juta terhadap bekas timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi dr tan kee kwong hakim datin zabariah mohd yusof dalam keputusannya berkata meskipun beliau mendapati perkataan tersebut berunsur fitnah dan ia merujuk kepada felda selaku plaintif namun lembaga tersebut telah gagal membuktikan bahawa kee kwong telah menyebut perkataan fitnah itu serta bertanggungjawab ke atas penyiaran artikel tersebut dalam akhbar suara keadilan menurut hakim plaintif telah gagal memanggil faizal zakaria yang ketika itu wartawan akhbar suara keadilan untuk memberikan keterangan di mahkamah bagi mengesahkan bahawa kee kwong telah menyatakan perkataan fitnah ketika ditemubual utusan posted by aku anti fitnah at 9 02 am 0 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest monday august 15 2011 fitnah di bulan ramadhan yang menguji amarah umat islam di bulan ramadhan al mubarak pada tahun ini benar benar menguji ketahanan umat islam di malaysia satu demi satu sikap pakatan pembangkang terbongkar kepada umum dan yang terbaru ialah larangan membaca al quran pada subuh hari di pulau pinang ia juga di persetujui oleh nik aziz kononnya ia menganggu orang di pagi hari entahlah saya rasa ramai yang tidak faham dengan arahan tersebut persoalannya kalau nak sekat pasal apa tak di buat dari dulu lagi kita melihat oleh sebab arahan tersebut keluar dari negeri pakatan pakatan yang sewaktu dengan mereka jadi semuanya boleh yang menariknya lagi nik aziz boleh pula kata di kelantan rakyatnya suka dengar orang mengaji di waktu pagi jadi tak mengapa masjid masjid baca al quran di waktu pagi betul ke saya berkesempatan berjumpa dengan rakan rakan dari pas dan apabila saya menyentuh perkara ini mereka rata rata tidak selesa dengan perkembangan ini dah lah krisis murtad yang cuba di basmi oleh jais masih belum selesai perkara ini pula timbul kalau masa zaman rasulullah di bulan puasa ini baginda berjihad berperang dengan orang kafir tapi di zaman ini pas di lihat berperang dengan islam pula fikir fikirkanlah posted by aku anti fitnah at 12 09 pm 0 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest tuesday august 2 2011 anak buat hal lagi di khabarkan anak yang di ketuai oleh mazlan aliman telah bergerak dengan memberi borang tanah kepada generasi muda felda di dalam borang tersebut generasi muda di janjikan tanah sekiranya pembangkang menang pada pilihanraya umum ke 13 nanti fitnah fitnah juga di tabur semasa borang ini di sebarkan inilah usaha usaha jahat anak yang sangat tidak bertanggungjawab mereka yang di dalangi oleh pembangkang akan cuba sedaya upaya untuk menghancurkan felda mereka tidak sedar dengan perbuatan mereka ini akan menghancurkan felda itu sendiri tahukah bahawa felda tidak membuat apa apa keuntungan dari tanah tanah peneroka malah felda pula yang membantu peneroka sebahagian besar dari saham tanah tanah yang diuruskan oleh felda holdings ini di miliki oleh peneroka melalui koperasi permodalan felda kpf bayangkan sekiranya tanah tanah ini di beri kepada orang lain maka pada masa itu felda akan mati dengan sendirinya fikirkanlah posted by aku anti fitnah at 12 07 pm 0 comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest older posts home subscribe to posts atom blog archive 2012 1 july 1 fitnah adakah kerajaan malaysia zalim 2011 46 september 2 august 4 july 17 june 3 may 1 april 6 february 5 january 8 2010 38 november 2 october 4 september 5 august 11 july 16 blog list anak jati felda anwar ibrahim dot com che det generation cyber gerakan anti pkr kedah ke kl mykmu papagomo rocky s bru the unspinners my blog list rocky s bru deja vu as ringgit touches 3 80 2 months ago kumpulan menyokong umno mykmu cops receive reports against rafidah ibrahim over surau issue 7 months ago kedah ke kl bila tun mahathir buat lawak double meaning 8 months ago the unspinners sidang media terakhir hamid bador peperangan antara dr mahathir dengan mahiaddin atau hamid bador dengan hamzah zainuddin 5 years ago gelombang rakyat pelacur umum bertanding calon pilihan raya 10 years ago gerakan timur deig bimbang gt bimbang engkau hilang bawa rm6 7 billion 10 years ago gerakan anti pkr rafizi ramli punya teori ekonomi setaraf jamban penuh 11 years ago kl boyz channel harapan dap huru hara kan orang melayu berhasil 11 years ago anak jati felda bersama sertai kempen dan gunakan logo ini 13 years ago x pkr dibaca ekstrim tolak pkr anwar sesumpah yg mahu bersumpah 14 years ago budak pembenci rasuah bpr rasuah boleh merosakkan negara 14 years ago agenda daily real news for new people aidc generation cyber papa gomo che det about me aku anti fitnah semakin lama aku semakin benci dengan apa yang berlaku di sekeliling fitnah telah bermaharajalela sekiranya ia tidak di cegah penyakit ini akan semakin parah terutamanya di negara yang aku cintai ini fakta telah di putarbelit oleh orang orang politik dan yang menjadi mangsa adalah rakyat aku akan tentang orang orang ini kerana aku anti fitnah view my complete profile followers theme images by fpm powered by blogger
|