Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2009, aidil, fitri, june, maktok, ke, medan, part, nurul, tuesday, nurin, and, blog, pilihlah, kamu, iman, 16, monday, 15, saturday, 2019, 2018, 2011, 2010, aniq, hilmi, my, list, archive, iii, ii, solatlah, sebelum, disolatkan,
Text of the page (most frequently used words):
yang (24), dan (16), #maktok (15), pulau (14), untuk (12), danau (12), toba (11), tempat (11), ada (10), mereka (10), akan (10), dalam (10), pula (10), medan (8), lake (8), dia (8), rumah (8), part (7), june (7), 2009 (7), dah (7), orang (7), kain (7), pemandangan (7), batak (7), september (6), october (6), kami (6), pun (6), dengan (6), pulak (6), dibawa (6), samosir (6), ini (6), aidil (5), fitri (5), posted (5), hafizah (5), hari (5), macam (5), kat (5), oleh (5), saya (5), november (4), january (4), kamu (4), pilihlah (4), july (4), years (4), ago (4), lagi (4), nurul (4), berjemaah (4), jadiknya (4), pergi (4), kedai (4), cantik (4), hotel (4), utk (4), org (4), blog (3), december (3), march (3), april (3), may (3), august (3), gambar (3), aniq (3), hilmi (3), nurin (3), seorang (3), tersebut (3), faizal (3), orang2 (3), pertama (3), kedua (3), kerana (3), tak (3), boleh (3), satu (3), corak (3), warna (3), kanan (3), kemudian (3), bila (3), merupakan (3), tasek (3), daripada (3), menaiki (3), bergambar (3), ahli (3), rombongan (3), selepas (3), feri (3), atas (3), adat (3), diorang (3), pintu (3), nak (3), masuk (3), pada (3), lambang (3), payudara (3), besar (3), masih (3), air (3), org2 (3), makam (3), sekali (3), paling (3), teh (3), tinggi (3), sempadan (3), february (2), posisi (2), solatlah (2), sebelum (2), disolatkan (2), iii (2), 2010 (2), 2011 (2), 2019 (2), toksira44 (2), and (2), posts (2), malam (2), mengaji (2), pelajar (2), nama (2), ialah (2), solat (2), kadang2 (2), ikut (2), jugak (2), kalau (2), baca (2), surah (2), semasa (2), juga (2), mengambil (2), belakang (2), sujud (2), tengah (2), mana (2), ruku (2), tadi (2), jakel (2), tetapi (2), butik (2), ariani (2), maka (2), terpaksalah (2), suasana (2), tudung (2), itu (2), aje (2), kecik (2), membeli (2), sebelah (2), kiri (2), biru (2), meninjau (2), anak2 (2), lelaki (2), kena (2), lain (2), bersama (2), tuesday (2), perjalanan (2), parapat (2), selama (2), terbesar (2), udah (2), sampei (2), horass (2), melalui (2), sini (2), notice (2), takde (2), supaya (2), hormat (2), tuan (2), tunduk (2), persidangan (2), hukuman (2), pesalah2 (2), cicak (2), wanita (2), melambangkan (2), hidup (2), dimana2 (2), murah (2), rezeki (2), sekiranya (2), bertahan (2), laut (2), manakala (2), sinilah (2), raja (2), selendang (2), pakai (2), bahu (2), pastu (2), jahe (2), terjun (2), cahaya (2), iman (2), picture, window, theme, powered, blogger, feedjit, live, stats, 2008, sekitar, birthday, selesa, 2012, 2013, 2014, archive, kenyir, terengganu, halimahmohamad, pak, ngahku, kahwin, fatihah, rulez, m24, stickz, don, dance, music, video, grm, daily, best, song, album, ceritanya, list, 2018, subscribe, comments, atom, home, older, newer, tiap2, isnin, selasa, rabu, kelas, guru, mengajar, adalah, maahad, tahfiz, johor, marsah, selalunya, lepas, selesai, mengajak, isyak, dewasa, jika, berpeluang, hafaz, quran, rakaat, bacaan, panjang2, bersambung2, bacaannya, terasalah, sembahyang, mekah, baba, balik, kerja, awal, sikit, dptlah, tidak, melepaskan, peluang, sejadah, keciknya, saf, start, diam, nampaknya, ewah, buleh, toleh2, sengih2, batal, tau, saturday, pagi, telah, parking, kereta, dekat2, depan, singgah, dulu, meninjau2, harga, tudung2, disitu, teramatlah, mahalnya, hanya, mampu, grab, meminta, jasabaik, model, menggayakan, dipilih, warga, silalah, pilih, berkenan, janganlah, malu2, maroon, ela, dibuat, baju, melayu, serta, bapa, perasan, kaler, beli, bawa, keluar, dari, warnanya, bertukar, jadi, malas, nantikan, sambungannya, terhasil, kawah, letupan, gunung, berapi, bot, atau, chalet2, kenangan, salah, tepi, menghadap, waktu, bersama2, sampai, terus, klia, mennggu, penerbangan, airasia, kerusi, masa, sejam, tengah2, dunia, dua, kecil, iaitu, sidihoni, aek, natonang, dipanggil, tuu, confuse, pelan2, fahamkan, kabupaten, nih, turunnya, disini, aja, buk, sana, mengucapkan, selamat, dtg, cakap, jalan, kaki, kampung2, perkampungan, ambarita, nilah, rupa, bentuk, rumah2, rumahnya, dara, duduk, susah, ceroboh, semua, kecik2, belaka, sebabnya, tetamu, pintunya, tanda, memutuskan, bagi, bersalah, dikurung, bawah, pagar2, dinding, empat, biji, buah, dada, binatang, shj, maknanya, lelakinya, mesti, survive, walau, tmpt, mengikut, mempunyai, ramai, anak, kira, the, round, table, bangku, meja, bulat, diperbuat, batu, dijalankan, pukul, dahulu, kuat, dikelar2, tubuhnya, perah, limau, lalu, ditabur, garam, luka2, pesalah, bertenaga, barulah, dihukum, pancung, kepalanya, dibuang, daging, badannya, faraid, dimakan, sesama, sbb, lah, kata, makan, hanyalah, demonstrasi, bukan, betul2, dinamakan, tomok, raja2, belah, gagah, sesiapa, lokasi, dikehendaki, memakai, pompuan, replika, sekian, narrationnya, sikit2, tambah, rujukan, wikipedia, monday, melawat, pulang, check, out, berangkat, menuju, brastagi, berhenti, suatu, bernama, simarjarunjung, situ, diberi, minum, abende, halia, sebuah, dataran, hujung, memang, penghujung, sungguh, tanah, disekelilingnya, kan, berlatarkan, sipisopiso, indonesia, sama, allah, sinarilah, hatiku, sinaran, petunjukmu, sebagaimana, engkau, menyinari, bumi, mataharimu, lamanya,
Text of the page (random words):
nurul iman june 2009 nurul iman ya allah sinarilah hatiku dengan sinaran cahaya petunjukmu sebagaimana engkau menyinari bumi ini dengan cahaya mataharimu selama lamanya tuesday june 16 2009 maktok ke medan part iii masih hari kedua selepas melawat pulau samosir maktok dibawa pulang pula ke hotel di parapat utk check out pastu mereka berangkat menuju pula ke brastagi dalam perjalanan tu mereka berhenti di suatu tempat bernama simarjarunjung kat situ mereka diberi minum teh jahe abende teh jahe tu teh halia tempat ni merupakan sebuah dataran tinggi dengan pemandangan sempadan paling hujung lake toba maktok bergambar berlatarkan pemandangan sempadan lake toba pastu mereka dibawa pula ke tempat air terjun sipisopiso air terjun paling tinggi di indonesia bersama sama ahli rombongan pemandangan kat sini memang cantik ni pemandangan penghujung lake toba lake toba ni besar sungguh dah macam laut pulak kat sinilah tempat untuk meninjau pemandangan sempadan lake toba tu pemandangan tanah tinggi disekelilingnya cantik kan posted by hafizah at 5 29 pm monday june 15 2009 maktok ke medan part ii hari kedua maktok dibawa pula pergi ke pulau samosir menaiki feri feri dia ada kerusi macam ni perjalanan daripada hotel maktok di parapat tu utk ke pulau samosir mengambil masa selama sejam pulau samosir ni ialah pulau yang terbesar di tengah2 danau toba ini ia juga merupakan pulau dalam pulau terbesar di dunia dalam pulau samosir ni pulak ada dua lagi tasek kecil iaitu danau sidihoni dan danau aek natonang yang dipanggil danau di atas danau tuu dia pulau tu dalam danau dalam pulau ada danau lagi jadiknya pulau dalam pulau dan danau dalam danau ada confuse baca le pelan2 dan fahamkan udah sampei di kabupaten samosir nih turunnya feri disini aja buk horass adat org sana mengucapkan selamat dtg dia akan cakap horass jalan kaki melalui kampung2 orang di sini udah sampei di perkampungan orang2 batak nama tempat tu ambarita nilah rupa bentuk rumah2 diorang notice tak yang ada rumahnya takde pintu ni rumah utk anak2 dara duduk kalau takde pintu susah orang nak ceroboh masuk pintu rumah diorang semua kecik2 belaka ada sebabnya supaya tetamu yang nak masuk rumah diorang kena hormat pada tuan rumah jadiknya bila pintunya kecik terpaksalah org yg nak masuk tunduk bila tunduk tu tanda hormat pada tuan rumah le ni pulak tempat persidangan utk memutuskan hukuman bagi orang2 bersalah pesalah2 akan dikurung di bawah rumah yang ada pagar2 tu bergambar di rumah adat orang batak notice kat dinding tu ada lambang cicak dengan empat biji buah dada payudara wanita cicak melambangkan binatang yang boleh hidup dimana2 shj maknanya orang lelakinya mesti boleh survive walau hidup dimana2 tmpt yang lambang payudara tu pulak mengikut adat mereka wanita yang mempunyai payudara besar melambangkan murah rezeki jadiknya tu lambang supaya murah rezeki dan ramai anak le tu ni le tempat persidangan tadi kira macam the round table le bangku dan meja bulat tu diperbuat daripada batu ni pulak tempat hukuman dijalankan pesalah2 akan di pukul dahulu sekiranya masih kuat bertahan mereka akan dibawa pula di tempat ini untuk dikelar2 tubuhnya kemudian di perah air limau lalu ditabur garam pada luka2 tu sekiranya selepas itu pesalah masih lagi bertahan dan bertenaga barulah mereka dibawa pula di tempat ini untuk dihukum pancung kepalanya akan dibuang ke laut manakala daging badannya akan di faraid dan dimakan sesama mereka sbb tu lah org kata org2 batak makan org ni hanyalah gambar demonstrasi aje bukan betul2 kemudian maktok dibawa pula ke satu pulau yang dinamakan pulau tomok di sinilah tempat makam raja2 batak belah kanan sekali tu makam raja batak yang pertama yang besar sekali tu makam raja batak yang paling gagah sekali sesiapa yang pergi ke lokasi ini dikehendaki memakai selendang org2 pompuan pakai selendang atas bahu kanan manakala org2 lelaki pakai atas bahu kiri ini replika rumah orang batak sekian narrationnya oleh maktok ada sikit2 saya tambah melalui rujukan di wikipedia posted by hafizah at 10 00 pm tuesday june 9 2009 maktok ke medan part i semasa di klia mennggu penerbangan ke medan menaiki airasia hari pertama selepas sampai di medan terus ke danau toba lake toba waktu malam di danau toba bersama2 ahli rombongan yang lain gambar di tepi hotel yang menghadap tasek danau toba pemandangan di lake toba yang merupakan tasek yang terhasil daripada kawah letupan gunung berapi kena menaiki bot untuk ke hotel atau chalet2 yang lain bergambar kenangan bersama salah seorang ahli rombongan nantikan sambungannya posted by hafizah at 4 06 pm pilihlah pilihlah pagi tadi saya dan maktok telah pergi ke kedai kain jakel akan tetapi oleh kerana kami dah parking kereta dekat2 depan dengan butik ariani maka terpaksalah kami singgah dulu dan meninjau2 suasana di dalam butik tudung ariani itu oleh kerana harga tudung2 disitu teramatlah mahalnya kami hanya mampu grab satu aje kami pun meminta jasabaik seorang model kecik untuk menggayakan tudung tersebut kemudian kami pun pergi meninjau suasana di dalam kedai kain jakel pula saya membeli 10 ela kain untuk dibuat baju melayu untuk anak2 lelaki saya serta bapa mereka dalam kedai saya perasan kaler kain tersebut macam cantik akan tetapi bila dah beli dan di bawa keluar dari kedai warnanya bertukar pula jadi tak cantik ni yang malas ni maktok pula membeli kain untuk dipilih oleh warga toksira44 maka silalah pilih yang mana satu berkenan janganlah malu2 ni corak kain untuk yang sebelah kiri warna maroon ni corak kain untuk yang tengah warna biru ni corak untuk yang sebelah kanan warna biru posted by hafizah at 2 00 pm saturday june 6 2009 solatlah kamu sebelum kamu disolatkan tiap2 malam hari isnin selasa dan rabu aniq hilmi dan nurul ada kelas mengaji guru yang mengajar mereka adalah seorang pelajar maahad tahfiz johor marsah nama pelajar tersebut ialah faizal selalunya lepas selesai mengaji faizal akan mengajak aniq dan hilmi solat isyak berjemaah kadang2 kami orang2 dewasa pun akan ikut berjemaah jugak jika berpeluang faizal ni dah hafaz quran jadiknya kalau dia baca surah semasa rakaat pertama dan kedua tu bacaan surah tu panjang2 dan kadang2 bersambung2 bacaannya terasalah macam sembahyang kat mekah oleh kerana hari ni baba balik kerja awal sikit dptlah dia berjemaah jugak nurin pun tidak melepaskan peluang untuk ikut berjemaah juga dengan sejadah keciknya dia mengambil posisi di belakang saf orang ruku dia pun ruku orang sujud dia pun sujud dah start dah dah tak boleh diam nampaknya ewah tengah solat mana buleh toleh2 belakang sengih2 pulak tu batal tau posted by hafizah at 2 09 am newer posts older posts home subscribe to comments atom aidil fitri 2019 aidil fitri 2018 aidil fitri 2011 aidil fitri 2010 aidil fitri 2009 nurin nurul and nurin aniq and hilmi my blog list album gambar dan ceritanya m24 x stickz we don t dance music video grm daily best song 5 years ago my rulez al fatihah 14 years ago toksira44 pak ngahku kahwin lagi 15 years ago halimahmohamad lake kenyir terengganu part 2 15 years ago blog archive 2019 11 october 3 september 5 july 3 2014 8 november 6 october 2 2013 1 may 1 2012 6 october 3 september 1 july 1 january 1 2011 17 september 5 august 1 april 1 march 5 january 5 2010 56 december 2 november 3 october 3 september 7 august 3 july 3 june 13 may 8 april 5 march 2 february 6 january 1 2009 76 december 3 november 2 october 14 september 4 august 9 july 3 june 7 maktok ke medan part iii maktok ke medan part ii maktok ke medan part i pilihlah pilihlah solatlah kamu sebelum kamu disolatkan posisi selesa sekitar birthday maktok may 9 april 10 march 5 february 4 january 6 2008 43 december 10 november 8 october 16 september 9 feedjit live blog stats picture window theme powered by blogger
|