Meta tags:
Headings (most frequently used words):
pembina, dhl, belia, remplaza_fecha, 2010, persatuan, islam, nasional, cawangan, daerah, hulu, langat, comments, 26, april, bangi, march, tentang, kami, pengumuman, gambar, majlis, hari, raya, iftar, 2009, photoalbums, tags, archive, video, followers, ipt, negeri, subscribe, to, rss, may, denggi, musuh, yang, sering, dipandang, ringan, saracens, menyertai, kejohanan, sebelah, mpkj, can, find, substitution, for, tag, post, dateheader, diskusi, minda, membuka, mata, para, 13, selamat, menempuh, peperiksaan, 11, mengajak, menyubur, kecintaan, kepada, rasulullah, di, kptek, rehlah, beliawanis, de, upm, 23, pertandingan, mengarang, sajak, anjuran,
Text of the page (most frequently used words):
yang (69), dan (53), pembina (46), #denggi (28), ini (27), bangi (22), untuk (22), adalah (20), pesakit (19), belia (18), islam (18), tidak (15), kita (15), cawangan (14), kepada (14), dalam (14), lebih (14), oleh (14), hari (13), telah (13), atas (13), demam (13), pada (12), dengan (11), daerah (11), fakta (11), simptom (11), persatuan (10), nasional (10), dhl (10), beliawanis (10), perlu (10), hulu (10), langat (10), fasa (10), akan (9), comments (8), lagi (8), apabila (8), diskusi (8), minda (8), karya (7), baca (7), selanjutnya (7), bagi (7), aktiviti (7), peperiksaan (7), ipt (6), masyarakat (6), malaysia (6), dari (6), boleh (6), mempunyai (6), tempat (6), sekitar (6), para (6), rehlah (6), upm (6), itu (6), peserta (6), saudara (6), nyamuk (6), kes (6), kawasan (6), doktor (6), merupakan (5), 2010 (5), penyertaan (5), sajak (5), semua (5), serta (5), bukit (5), ekspo (5), menjadi (5), seperti (5), dapat (5), baginda (5), saw (5), daripada (5), saracens (5), komplikasi (5), jangkitan (5), april (4), pengumuman (4), kesihatan (4), isu (4), universiti (4), mereka (4), terdapat (4), kalangan (4), ada (4), disebabkan (4), seterusnya (4), banyak (4), ceramah (4), satu (4), selamat (4), allah (4), asas (4), kumpulan (4), agar (4), pasukan (4), kejohanan (4), tinggi (4), aedes (4), terlalu (4), saya (4), den (4), berlaku (4), mengapa (4), tahu (4), sekiranya (4), rawatan (4), penting (4), mana (4), diberi (4), mengalami (4), kritikal (4), air (4), pembaca (4), jentik (4), posts (3), subscribe (3), badan (3), kementerian (3), sukan (3), tentang (3), syarat (3), mengadakan (3), pertandingan (3), mengarang (3), tahun (3), dihantar (3), bawah (3), atau (3), baru (3), pertama (3), namun (3), membuka (3), maka (3), hadirin (3), beliau (3), kecintaan (3), orang (3), juga (3), wakil (3), berjaya (3), terhadap (3), iaitu (3), kamu (3), mata (3), semoga (3), warga (3), pembentangan (3), merujuk (3), mengenai (3), bekas (3), masa (3), pembiakan (3), tetapi (3), tentunya (3), virus (3), bandar (3), kemungkinan (3), mendapat (3), ialah (3), hospital (3), awal (3), akibat (3), menyebabkan (3), selalunya (3), merawat (3), mungkin (3), lain (3), perhatian (3), kalau (3), tugas (3), mencegah (3), you (2), the (2), rss (2), kptm (2), class (2), february (2), march (2), may (2), tazkirah (2), kerjaya (2), semasa (2), berita (2), akademik (2), majlis (2), bukan (2), pejabat (2), pendaftar (2), pertubuhan (2), labels (2), sini (2), menyertai (2), pihak (2), penganjur (2), sebarang (2), peraturan (2), generasi (2), mampu (2), biro (2), muslimin (2), unsur (2), tema (2), tajuk (2), mesti (2), anjuran (2), mac (2), kelolaan (2), rekreasi (2), diadakan (2), pohon (2), alat (2), sesuai (2), riadhah (2), sedikit (2), selera (2), perbincangan (2), sentiasa (2), bola (2), diteruskan (2), berakhir (2), bulan (2), ukm (2), semangat (2), akhlak (2), kerana (2), hati (2), sahaja (2), baik (2), kecil (2), besar (2), ataupun (2), usaha (2), sama (2), asy (2), syakirin (2), dihadiri (2), beberapa (2), mengajak (2), rasulullah (2), menempuh (2), ketua (2), menulis (2), mahu (2), perelokkanlah (2), hendaklah (2), swt (2), mengurniakan (2), mengucapkan (2), kolej (2), menduduki (2), terdekat (2), detik (2), sebelum (2), diberikan (2), buat (2), program (2), kebangsaan (2), siri (2), berlangsung (2), difahami (2), azib (2), isma (2), buku (2), aktif (2), kefahaman (2), idea (2), konsep (2), sebelah (2), mpkj (2), peringkat (2), mati (2), dijangkiti (2), bahkan (2), artikel (2), panjang (2), cuba (2), penyakit (2), dibawa (2), betina (2), menunjukkan (2), peningkatan (2), 100 (2), 000 (2), populasi (2), kematian (2), area (2), tinggal (2), serius (2), sewajarnya (2), amat (2), seseorang (2), secepat (2), berjumpa (2), phase (2), terjadi (2), hilang (2), waktu (2), mula (2), sesetengah (2), rumah (2), lewat (2), sudah (2), sangat (2), suhunya (2), organ (2), paru (2), bintik (2), wabak (2), memastikan (2), bertakung (2), lama (2), tayar (2), pasu (2), dipandang (2), takungan (2), jiran (2), nak (2), mudah (2), design, templates, blogger, copyright, 2008, enjoyed, post, make, sure, feed, terengganu, pahang, melaka, perlis, pinang, kelantan, johor, perak, selangor, pusat, negeri, followers, video, june, july, august, september, october, november, december, january, archive, kalam, presiden, tags, lihat, photoalbums, iftar, 2009, gambar, raya, singkatan, kerajaan, ngo, berdaftar, kami, carta, organisasi, atom, home, older, klik, mendaftar, viii, berhak, membatalkan, mengikut, melahirkan, kreatif, menghasilkan, puisi, bermutu, kesenian, kebudayaan, mengambil, inisiatif, berumur, antara, terbuka, muslimat, iii, bilangan, terhad, mestilah, asal, sahih, asli, jiwa, pengarang, sebenar, mengandungi, plagiarisme, menyentuh, sensitif, meliputi, akhlaq, ketuhanan, tokoh, terbilang, mujahadah, cinta, islami, penerangan, vii, menggunakan, borang, online, pautan, dikenali, sebagi, taman, pertanian, putra, kunjungan, ahad, jam, pagi, berkumpul, menjayakan, tujuan, mengeratkan, silaturrahim, sesama, melalui, riadah, samping, merancang, destinasi, kali, pilihan, pernah, mengunjungi, pasti, terpesona, keindahan, semulajadi, malah, hadir, bekerja, menyangka, sebegini, wujud, dikelilingi, rendang, dihiasi, senaman, menjadikan, paling, aktivi, berbekalkan, juadah, sarapan, menambah, tenaga, dimulakan, disusuli, fizikal, walaupun, bersedia, melakukan, mencabar, kebanyakannya, memakai, kasut, cukuplah, sekadar, beracun, adakah, alasan, tentu, sekali, brisk, walk, keliling, tasik, tengahari, pula, uniten, nantikan, kemunculannya, anda, sesi, menjamu, sampaikan, diharapkan, menyuburkan, kembali, contoh, teladan, ditunjukkan, haruslah, dicontohi, memikat, sesiapa, melihatnya, berbuat, lapisan, kira, tua, muda, kelab, ipg, kampus, pendidikan, teknik, maulidurrasul, surau, pensyarah, guru, pelatih, disampaikan, ustaz, sanusi, mengupas, tahap, junjungan, nabi, muhammad, semakin, pudar, menyubur, kptek, aizuddin, khalid, sesungguhnya, mewajibkan, ehsan, segala, sesuatu, membunuh, pembunuhan, menyembelih, penyembelihan, menajamkan, pisau, dia, menyenangkan, haiwan, sembelihannya, hadis, riwayat, lmam, muslim, abu, syaddad, ibn, aus, bahawa, bersabda, kejayaan, dunia, akhirat, menghadapi, tempoh, memberikan, kekuatan, terus, bermujahadah, bersungguh, mengharungi, persediaan, sewaktu, ilham, bertawakkal, bersyukur, setelah, seluruh, assalamualaikum, warahmatullahi, wabarakatuh, julung, kalinya, menganjurkan, bertempat, dewan, budiman, penganjuran, bakal, sepanjang, hampir, lelaki, perempuan, membawa, semestinya, penceramah, jemputan, mohd, noor, asmangi, naib, dipertua, ikatan, menarik, abul, maududi, maza, yakni, intima, lil, fathi, yakan, karangan, ulama, tersohor, sejurus, selepas, dibahagi, bahagikan, membincangkan, soalan, bengkel, disediakan, kemudian, membentangkan, hasil, resolusi, dikemukakan, penglibatan, membuktikan, pengisian, dibentangkan, ujar, rusman, arief, hos, penolong, penerimaan, dibawakan, sejarah, bertujuan, memupuk, penghayatan, beramal, usahasama, menghantar, sepak, perbandaran, kajang, menyaksikan, termasuk, institusi, pengajian, jalil, husni, setiausaha, agung, hanya, tangga, kedua, sekaligus, layak, bertanding, kalah, apapun, tahniah, mewakili, depan, cerah, saban, mendengar, meninggal, berdarah, sindrom, renjatan, berusaha, sedaya, upaya, menyedarkan, peri, pentingnya, menghalang, mengurangkan, disebutkan, membosankan, terbaik, dimanfaatkan, sejenis, arbovirus, tergolong, famili, flaviviridae, jenis, menurut, data, epidemiologi, dikeluarkan, 1999, 181, 2007, kadar, dewasa, urban, supaya, menilai, berapa, risiko, contohnya, probability, berjaga, jaga, memandang, memberi, terlambat, dua, perkara, faktor, prognosis, sequlae, outcome, bergantung, rendah, dilalui, febrile, suhu, mencapai, biasanya, datang, critical, beransur, dipanggil, inilah, berada, andainya, penyembuhan, sembuh, suka, sendiri, tanpa, dikesan, endemis, endemic, pendarahan, dalaman, diselamatkan, seperkara, rasa, pulih, berkurangan, berbeza, seandainya, mengidap, ketika, pemerhatian, tiga, spektrum, luas, bermula, sehinggalah, melibatkan, buah, pinggang, mencecah, berpanjangan, bersama, lemah, sengal, tubuh, sakit, bahagian, sendi, timbul, merah, kulit, sila, rujuk, klinik, umum, spesifik, mendapatkan, nasihat, justeru, bertindak, empat, vektor, pembawa, membiak, jernih, dinyatakan, kebanyakan, buruk, ditinggalkan, bunga, menakung, hujan, tengok, begini, suluhkan, lampu, nampak, bergerak, secara, zig, zag, disuluh, cahaya, mengenalpasti, bidang, mencegak, tanggungjawab, ingat, ingin, panjangkan, pilih, pencegahan, berat, luangkan, minit, setiap, biarkan, menjangkiti, berdekatan, takkan, tunggu, ahli, keluarga, menemui, ajal, ambil, tindakan, mangsa, jasad, bernyawa, mudahan, coretan, menyumbang, kesedaran, menangani, galakkan, mencari, maklumat, didapati, membaca, allahu, lam, naim, musuh, sering, ringan, utama, lateral, principal,
Text of the page (random words):
tazkirah beliawanis akademik kerjaya karya persatuan belia islam nasional cawangan daerah hulu langat pembina dhl at 9 30 am 1 comments denggi musuh yang sering dipandang ringan saban hari kita mendengar pesakit dijangkiti demam denggi bahkan ada yang meninggal disebabkan oleh demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi pihak kementerian berusaha sedaya upaya untuk menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya menghalang pembiakan nyamuk aedes seterusnya mengurangkan kes denggi terlalu banyak fakta yang perlu disebutkan tetapi artikel yang terlalu panjang tentunya membosankan saya cuba yang terbaik agar dapat dimanfaatkan semua fakta satu denggi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh arbovirus tergolong dalam famili flaviviridae terdapat 4 jenis iaitu den 1 den 2 den 3 dan den 4 virus ini dibawa oleh nyamuk betina aedes menurut data epidemiologi yang dikeluarkan oleh kementerian kesihatan kes denggi menunjukkan peningkatan iaitu daripada 44 3 kes 100 000 populasi pada 1999 kepada 181 kes 100 000 populasi pada tahun 2007 kadar kematian yang disebabkan oleh denggi di kalangan orang dewasa juga menunjukkan peningkatan 70 80 kes denggi berlaku di kawasan bandar urban area mengapa kita perlu tahu tentang fakta di atas ini adalah supaya kita boleh menilai berapa tinggi risiko dan kemungkinan untuk kita mendapat penyakit ini contohnya sekiranya kita tinggal di kawasan bandar kita mempunyai kemungkinan probability yang lebih tinggi untuk mendapat denggi kita perlu lebih berjaga jaga dan memandang serius sebarang simptom denggi agar kita boleh memberi rawatan sewajarnya sebelum terlambat fakta dua satu perkara yang amat penting untuk difahami mengenai denggi ialah faktor masa prognosis sequlae outcome seseorang pesakit yang telah dijangkiti virus denggi amat bergantung kepada secepat mana pesakit itu dibawa berjumpa doktor dan mendapat rawatan di hospital sekiranya rawatan diberi awal kemungkinan seseorang pesakit itu untuk mati akibat komplikasi denggi adalah rendah dalam jangkitan denggi terdapat 3 fasa yang akan dilalui oleh pesakit 1 fasa demam febrile phase pesakit akan mengalami demam sekitar 3 4 hari suhu boleh mencapai 40 c fasa ini biasanya akan menyebabkan pesakit datang untuk berjumpa dengan doktor 2 fasa kritikal critical phase selalunya terjadi pada hari ke 4 dan ke atas demam akan beransur hilang fasa ini dipanggil kritikal kerana pada waktu inilah komplikasi denggi akan terjadi pada waktu yang kritikal ini adalah penting untuk pesakit berada di hospital agar rawatan sewajarnya dapat diberikan andainya komplikasi denggi berlaku 3 fasa penyembuhan selalunya pada hari ke 7 dan ke atas fasa ini adalah fasa di mana pesakit mula sembuh mengapa kita perlu tahu fakta di atas ada sesetengah pesakit lebih suka merawat demam mereka sendiri di rumah tanpa merujuk doktor ini menyebabkan denggi tidak dapat dikesan lebih awal lebih lebih lagi apabila pesakit tinggal di kawasan endemis endemic area apabila pesakit mengalami komplikasi seperti pendarahan dalaman ia mungkin terlalu lewat untuk diselamatkan seperkara lagi sesetengah pesakit rasa mereka sudah pulih apabila demam mereka mula berkurangan denggi adalah berbeza seandainya pesakit mengidap denggi fasa ketika demam hilang adalah fasa yang sangat kritikal dan perlu kepada pemerhatian doktor di hospital fakta tiga simptom simptom denggi mempunyai spektrum yang luas bermula dengan demam yang tinggi suhunya sehinggalah ia melibatkan organ organ lain dalam badan seperti hati paru paru dan buah pinggang sekiranya pesakit mengalami komplikasi akibat denggi dan berakhir dengan kematian simptom simptom yang perlu diberi perhatian ialah apabila pesakit mengalami demam yang suhunya mencecah 39 c ke atas demam yang berpanjangan 3 hari ke atas demam ini berlaku bersama beberapa simptom lain seperti lemah dan sengal tubuh badan sakit pada bahagian sendi dan timbul bintik bintik merah pada kulit sekiranya pesakit mempunyai simptom simptom di atas dan kawasan rumah pesakit adalah kawasan wabak denggi sila rujuk klinik terdekat secepat mungkin mengapa kita perlu tahu fakta di atas simptom demam denggi adalah simptom yang umum dan tidak spesifik terdapat jangkitan jangkitan lain yang mempunyai simptom yang sama tetapi adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor untuk memastikan pesakit tidak mempunyai jangkitan denggi justeru bertindak awal adalah sangat penting fakta empat nyamuk aedes betina adalah vektor pembawa virus ini selalunya membiak dalam air jernih yang bertakung lama 3 hari dan ke atas seperti yang dinyatakan dalam fakta di atas kebanyakan kes berlaku di kawasan bandar tempat tempat yang perlu diberi perhatian lebih ialah tayar tayar buruk yang ditinggalkan dan pasu pasu bunga atau bekas bekas yang menakung air hujan kalau pembaca tengok dalam air yang bertakung lama begini cuba suluhkan lampu pembaca akan nampak jentik jentik yang bergerak secara zig zag jentik jentik ini menjadi aktif apabila disuluh cahaya mengapa kita perlu tahu fakta di atas tugas mengenalpasti dan merawat adalah bidang tugas doktor tetapi mencegah pembiakan nyamuk dan mencegak jangkitan adalah tanggungjawab semua ingat mencegah itu adalah sentiasa lebih baik daripada merawat kalau saya ingin panjangkan artikel ini tentunya saya pilih untuk menulis lebih panjang dalam fakta ini pencegahan ini adalah tugas yang mesti dipandang berat dan diberi perhatian lebih oleh pembaca luangkan masa 10 minit setiap hari untuk memastikan tidak ada takungan takungan air yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes kalau saudara biarkan nyamuk bukan sahaja boleh menjangkiti saudara bahkan jiran jiran yang berdekatan takkan nak tunggu ahli keluarga kita menemui ajal akibat denggi baru kita nak ambil tindakan serius ataupun mungkin kita yang menjadi mangsa tentunya ia sudah terlalu lewat untuk mencegah apabila jasad tidak lagi bernyawa mudah mudahan sedikit coretan ini mampu menyumbang kepada kesedaran dalam menangani wabak denggi saya galakkan pembaca mencari lebih banyak maklumat mengenai denggi dan ia mudah didapati di mana mana selamat membaca allahu a lam dr naim baca selanjutnya labels kesihatan persatuan belia islam nasional cawangan daerah hulu langat pembina dhl at 11 26 am 0 comments saracens menyertai kejohanan 9 sebelah mpkj bangi 4 april 2010 pembina bangi telah menghantar pasukan saracens ke kejohanan bola sepak 9 sebelah majlis perbandaran kajang mpkj kejohanan yang berlangsung di universiti kebangsaan malaysia ukm bangi menyaksikan penyertaan dari lebih 60 pasukan daripada sekitar daerah hulu langat termasuk wakil wakil kolej institusi pengajian tinggi ipt namun pasukan saracens di bawah kelolaan saudara jalil husni bekas setiausaha agung pembina hanya berjaya menduduki tangga kedua dalam kumpulan sekaligus tidak layak bertanding ke peringkat kalah mati seterusnya apapun warga pembina bangi mengucapkan tahniah kepada pasukan saracens di atas semangat usaha untuk mewakili pembina ke kejohanan peringkat daerah ini semoga allah swt mengurniakan masa depan yang cerah buat saracens baca selanjutnya persatuan belia islam nasional cawangan daerah hulu langat pembina dhl at 10 12 am 0 comments diskusi minda membuka mata para belia bangi 10 april 2010 buat julung kalinya pembina bangi telah berjaya menganjurkan program diskusi minda bertempat di dewan budiman universiti kebangsaan malaysia penganjuran diskusi minda ini merupakan yang pertama dalam siri diskusi minda yang bakal berlangsung sepanjang tahun di bangi program dihadiri hampir 50 peserta lelaki dan perempuan diskusi minda yang pertama ini membawa tema dan tajuk islam yang semestinya difahami penceramah jemputan adalah saudara mohd noor azib b asmangi naib yang dipertua ikatan muslimin malaysia isma cawangan daerah hulu langat pembentangan menarik beliau merujuk kepada buku asas asas islam oleh abul a la al maududi maza yakni intima i lil islam oleh fathi yakan serta banyak buku lagi karangan ulama tersohor sejurus selepas pembentangan para peserta dibahagi bahagikan kepada kumpulan kumpulan kecil untuk membincangkan soalan bengkel yang disediakan penganjur peserta kemudian membentangkan kepada para hadirin hasil perbincangan kumpulan serta resolusi yang dikemukakan penglibatan aktif dari para peserta membuktikan kefahaman terhadap pengisian yang dibentangkan ujar saudara rusman arief hos diskusi minda yang juga merupakan penolong ketua cawangan pembina bangi beliau merujuk kepada penerimaan peserta terhadap idea idea dan konsep konsep yang membuka mata yang dibawakan oleh saudara azib diskusi minda merupakan siri pembentangan mengenai asas asas islam dan sejarah islam bertujuan memupuk kefahaman penghayatan islam serta mengajak para peserta agar beramal untuk islam diskusi minda merupakan usahasama anjuran pembina bangi dan isma cawangan daerah hulu langat baca selanjutnya persatuan belia islam nasional cawangan daerah hulu langat pembina dhl at 8 24 pm 0 comments selamat menempuh peperiksaan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh seluruh warga pembina cawangan bangi mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan bagi warga kolej dan ipt yang akan menduduki peperiksaan dalam tempoh terdekat ini semoga allah memberikan kekuatan untuk terus bermujahadah dan bersungguh dalam mengharungi detik detik persediaan sebelum hari peperiksaan sewaktu hari peperiksaan dan diberikan ilham untuk bertawakkal dan bersyukur setelah hari peperiksaan semoga allah swt mengurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat daripada abu ya la syaddad ibn aus r a daripada rasulullah saw bahawa baginda bersabda sesungguhnya allah menulis iaitu mewajibkan ehsan atas segala sesuatu apabila kamu mahu membunuh maka perelokkanlah pembunuhan itu apabila kamu mahu menyembelih maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu hadis riwayat al lmam muslim aizuddin khalid ketua cawangan pembina bangi selamat menempuh peperiksaan baca selanjutnya persatuan belia islam nasional cawangan daerah hulu langat pembina dhl at 3 12 pm 0 comments pembina bangi mengajak menyubur kecintaan kepada rasulullah di kptek pada 4 mac 2010 pembina bangi telah mengadakan satu usaha sama dengan kelab asy syakirin ipg kampus pendidikan teknik bagi mengadakan satu ceramah maulidurrasul ceramah ini telah diadakan di surau asy syakirin dan telah dihadiri oleh beberapa orang pensyarah dan 80 orang guru pelatih ceramah yang telah disampaikan oleh ustaz sanusi yang juga wakil dari pembina telah berjaya mengupas tahap kecintaan masyarakat pada hari ini terhadap junjungan besar kita nabi muhammad saw yang semakin pudar dengan ceramah yang beliau sampaikan ini diharapkan masyarakat dapat menyuburkan kembali semangat kecintaan kepada baginda saw akhlak dan contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh baginda saw haruslah dicontohi kerana akhlak baginda saw dapat memikat hati sesiapa sahaja yang melihatnya baginda berbuat baik kepada semua lapisan masyarakat tidak kira kecil atau besar tua ataupun muda hadirin dari kalangan belia hadirin dari kalangan beliawanis sesi menjamu selera baca selanjutnya persatuan belia islam nasional cawangan daerah hulu langat pembina dhl at 9 07 am 1 comments rehlah beliawanis pembina bangi de upm bukit ekspo atau lebih dikenali sebagi taman pertanian universiti universiti putra malaysia telah menjadi tempat kunjungan beliawanis pembina bangi pada hari ahad 21 mac baru baru ini sekitar jam 9 pagi para beliawanis pembina telah berkumpul bagi menjayakan rehlah de upm di bawah kelolaan biro sukan dan rekreasi pembina bangi tujuan rehlah ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama beliawanis melalui aktiviti sukan dan riadah di samping merancang aktiviti pembina bangi beliawanis upm telah menjadi destinasi pertama pada rehlah kali ini dan bukit ekspo menjadi tempat pilihan bagi mereka yang tidak pernah mengunjungi bukit ekspo upm pasti akan terpesona dengan keindahan semulajadi yang terdapat di sini malah di kalangan beliawanis yang hadir ada yang bekerja di upm namun tidak menyangka tempat sebegini wujud di dalam upm dikelilingi oleh pohon pohon yang rendang dan dihiasi dengan alat alat senaman menjadikan bukit ekspo tempat yang paling sesuai bagi aktiviti aktivi riadhah dan rekreasi berbekalkan sedikit juadah sarapan bagi membuka selera dan menambah tenaga perbincangan dimulakan dan disusuli dengan aktiviti fizikal walaupun beliawanis sentiasa bersedia untuk melakukan aktiviti riadhah yang lebih mencabar namun disebabkan kebanyakannya tidak memakai kasut yang sesuai maka cukuplah sekadar bola beracun adakah ini alasan tentu sekali tidak seterusnya rehlah diteruskan dengan aktiviti brisk walk sekitar bukit ekspo dan keliling tasik dan berakhir sekitar 12 tengahari aktiviti rehlah ini akan diteruskan pula bagi bulan bulan yang seterusnya di ipt ipt sekitar bangi seperti ukm kptm uniten dan banyak lagi nantikan kemunculannya di ipt anda baca selanjutnya persatuan belia islam nasional cawangan daerah hulu langat pembina dhl at 10 27 pm 6 comments pertandingan mengarang sajak anjuran pembina bangi 2010 dalam melahirkan generasi belia yang kreatif dan mampu menghasilkan karya puisi bermutu biro kesenian kebudayaan pembina bangi telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan mengarang sajak syarat dan peraturan pertandingan mengarang sajak i berumur di antara 13 40 tahun ii terbuka kepada semua muslimin dan muslimat iii bilangan penyertaan adalah tidak terhad iv karya yang dihantar mestilah karya yang asal sahih dan asli dari jiwa pengarang yang sebenar karya sajak tidak boleh mengandungi unsur unsur plagiarisme serta tidak menyentuh isu isu sensitif v tema meliputi akhlaq belia ketuhanan tokoh generasi islam terbilang mujahadah cinta islami vi sajak yang dihantar perlu mempunyai tajuk serta penerangan vii semua penyertaan mesti dihantar dengan menggunakan borang penyertaan online di pautan di bawah viii pihak penganjur berhak membatalkan sebarang penyertaan yang tidak mengikut syarat syarat peraturan klik di sini untuk mendaftar dan menyertai baca selanjutnya labels karya pengumuman older posts home subscribe to posts atom carta organisasi 2010 tentang kami pembina adalah singkatan kepada persatuan belia islam nasional ia merupakan badan bukan kerajaan ngo yang berdaftar dengan pejabat pendaftar pertubuhan belia kementerian belia dan sukan malaysia dan pejabat pendaftar pertubuhan malaysia pengumuman lagi pengumuman gambar majlis hari raya pembina dhl iftar pembina dhl 2009 photoalbums lihat lagi tags akademik belia dan masyarakat beliawanis berita isu semasa kalam presiden karya kerjaya kesihatan pengumuman tazkirah archive may 1 april 4 march 8 february 2 january 1 december 2 november 6 october 3 september 9 august 11 july 3 june 9 may 2 april 2 march 4 february 2 video pembina class class pembina dhl followers pembina ipt pembina kptm pembina negeri pembina pusat pembina selangor pembina kl pembina perak pembina johor pembina kelantan pembina p pinang pembina perlis pembina m...
|