Meta tags:
Headings (most frequently used words):
pena, 2010, november, 2009, penasalju, 20, september, 01, march, 17, 02, isteriku, blog, archive, popular, posts, labels, about, me, ulama, politik, seni, media, noktah, itu, satu, permulaan, rasulullah, ya, habiballah, yang, terbaik, hanya, kenang, kenangan, doa, untukmu, wira, merah,
Text of the page (most frequently used words):
yang (43), dan (20), dalam (12), ini (12), kita (11), itu (11), dengan (11), untuk (10), ustaz (8), kelantan (8), dari (8), #penasalju (8), aku (8), makhluk (8), malaysia (7), november (7), noktah (7), bersama (7), tidak (7), islam (6), zaman (6), allah (6), satu (6), 2010 (6), engkau (6), hati (6), hanya (6), kehidupan (6), terbaik (6), ayat (6), baru (5), pula (5), universiti (5), 2009 (5), comments (5), posted (5), akan (5), juga (5), setiap (5), rasulullah (5), titik (5), pena (4), politik (4), tuan (4), syeikh (4), tahun (4), hingga (4), lagi (4), sama (4), peringkat (4), kepada (4), october (4), september (4), piala (4), saat (4), pasti (4), kerana (4), antara (4), kata (4), dia (4), mohd (3), musa (3), ibrahim (3), guru (3), pada (3), setelah (3), ukm (3), bidang (3), sekarang (3), hadiah (3), menjadi (3), wali (3), oleh (3), batiniyah (3), bahawa (3), posts (3), february (3), march (3), permulaan (3), seribu (3), agar (3), merah (3), semua (3), akhir (3), jawapan (3), sekolah (3), merindui (3), perasaan (3), mungkin (3), kenangan (3), apabila (3), penuh (3), tahu (3), entah (3), bahagia (3), tiada (3), apa (3), jiwa (3), sebuah (3), karya (3), sebagai (3), kembali (3), harian (2), ahmad (2), omar (2), nik (2), abdul (2), habib (2), pertama (2), sek (2), keb (2), pasir (2), meneruskan (2), pengajian (2), falahiah (2), beliau (2), sarjana (2), kebangsaan (2), falsafah (2), 2007 (2), tasawuf (2), memberi (2), mana (2), gerakan (2), fahaman (2), august (2), december (2), january (2), june (2), doa (2), pasukan (2), wira (2), rakyat (2), tercinta (2), tanpa (2), akhirnya (2), kepimpinan (2), bawah (2), bernama (2), tan (2), sri (2), anuar (2), amat (2), sekali (2), berjaya (2), kali (2), seakan (2), andai (2), pelbagai (2), mestilah (2), orang (2), keseronokan (2), hari (2), teringat (2), rokok (2), cinta (2), apatah (2), terhadap (2), atau (2), sambil (2), kawan (2), teman (2), rasa (2), dirinya (2), bermulanya (2), luka (2), nasi (2), lebih (2), siri (2), takut (2), harap (2), misi (2), tersengih (2), kenang (2), tapi (2), warna (2), sedikit (2), sedar (2), putih (2), suci (2), kekasih (2), habiballah (2), selepasnya (2), ada (2), ciptaannya (2), sentiasa (2), lupa (2), amalan (2), kelemahan (2), kekurangan (2), lah (2), malaikat (2), syaitan (2), tin (2), terus (2), picture, window, theme, powered, blogger, utusan, the, star, sinar, today, kini, kosmo, online, harakah, berita, media, zaid, akhtar, salju, sakinah, rastom, nisah, haron, irfan, khairi, amiza, khusyri, ainon, latip, talib, seni, tarmizi, jam, roslan, sms, corner, rocky, bru, ruhanie, penarik, beca, sayuti, lim, kit, siang, khalid, jaafar, husam, shafie, anwar, zaharuddin, abduh, nasrudin, tantawi, idris, hasrizal, aziz, hadi, syed, ramadhan, buti, ali, yusuf, qardawi, wahbah, zuhayli, ulama, view, complete, profile, dilahirkan, kampung, bertam, gua, musang, menerima, pendidkan, ren, sultan, mas, 1990, 1995, kemudian, men, pekan, 1996, 2002, mendapat, keputusan, cemerlang, peperiksaan, stpm, smk, muda, usuluddin, 2003, masih, menuntut, jurusan, about, tokoh, kreatif, hebahan, fiqh, semasa, aqidah, labels, ama, lan, sunnah, hidup, terjadi, sejak, dahulu, maksudkan, sini, terma, menurut, dikatakan, dinamakan, berdasarkan, perlakuan, hasil, kelaziman, berlaku, taat, demikian, swt, adalah, seseo, mengenal, sejarah, kemunculan, disebutkan, telah, mula, muncul, khalifah, abbasiyah, ajaran, popular, july, 2006, may, april, 2008, blog, archive, isteriku, subscribe, atom, home, older, walau, apapun, dipanjatkan, dapat, menjulang, trofi, nanti, sudah, semestinya, mendoakan, kejayaan, negeri, mengira, itulah, berikan, kami, sekuntum, senyuman, wahai, wiraku, alhamdulillah, syukur, sangat, negeriku, layak, hampir, kempunan, nampaknya, presiden, kafa, berbeza, dibawah, asuhan, butler, lepas, bimbingan, satianathan, mesej, sesuai, sukan, bukannya, untukmu, ditanya, manakah, rindui, pastinya, terima, bagi, remajanya, episod, keriangan, meleret, kumtum, senyum, tua, dikejar, disiplin, hisap, belakang, bangunan, melayan, monyet, bercanda, kantin, menggelikan, dibuli, mencium, pokok, depan, asrama, bersikap, kurang, ajar, senior, bujang, beb, reaksi, spontan, kebebasan, tiadanya, tanggungjawab, keluarga, melepak, gerai, mak, janda, kedai, mamak, menghisap, kadang, kala, menonton, perlawanan, liga, bola, sepak, inggeris, sampai, dinihari, tiba, sesekali, membelai, persisir, pantai, jeram, sekepala, ana, luahan, graduan, menggelarkan, pejuang, sinilah, langkah, perjuangannya, era, kemanisan, tautan, ukhwah, merasai, nilai, setitik, pedih, sepinggan, dikongsi, ramai, setalam, santapan, berhadapan, hep, mempertahankan, hak, mahasiswa, indah, terkenangkan, mengikuti, demostrasi, tengah, kota, kuala, lumpur, saling, mengisi, ruang, dada, ditangkap, pihak, program, berjalan, lancar, mencapai, dah, salah, konsep, butir, sahabat, teringatkan, khauf, raja, saranan, quran, saya, mengiya, katanya, turut, pak, hamka, karyanya, moden, membicara, perihal, pesta, konvokesyen, adakah, bahkan, silap, menyesal, kekadang, hijau, biru, hitam, duniaku, mencoret, kanvas, dimana, siapa, respon, cintamu, padanya, maha, mencintai, ucapan, berbunga, melunak, sanubari, gambaran, mampu, hayati, insan, semulia, dirimu, semithli, dimanakah, dicari, galang, ganti, apakah, dimuliai, jika, senubari, setulus, menyayangi, bukan, disayangi, mengasih, meberi, bercinta, tulus, siapakah, hebat, terguris, semuanya, tersiksa, sebabnya, dicerca, hina, mengabdi, kasih, kepayahan, memadu, ketaatan, mengecap, engkaulah, ingatlah, berakhirnya, bermula, menyambung, sebelumnya, sehinga, selesai, pengarang, demi, disambung, ditengahnya, tiitk, melengkapkan, yakinlah, alami, bukanlah, mengakhir, penyambung, tempuhi, alam, sematkan, inilah, hebatnya, begitu, menjiwai, kemulusan, ciptaan, manusia, leka, perbuatannya, sendiri, melakukan, kesilapan, berulang, mempunyai, namun, diangkat, mahkluk, mengatasi, kesempurnaan, kehebatan, kesederhaaan, dinobatkan, sebaik, baik, kejadian, tetapi, jangan, pangkat, diberikan, menjaminkan, sekiranya, menerus, bergelumbang, menyesali, bertaubat, atasnya, merasakan, kelebihan, tiket, bermaksiat, maka, neraka, jahanam, salam, kelahiran, umat, kesekian, kalinya, sebulan, bermujahadah, melaksanakan, puasa, fitrah, bersih, dosa, noda, mendatang, menulis, disampaikan, mata,
Text of the page (random words):
penasalju penasalju menulis dari hati untuk disampaikan kepada mata hati agar kembali kepada tuan hati 20 september 2010 noktah itu satu permulaan salam kelahiran untuk semua umat islam untuk kesekian kalinya setelah sebulan bermujahadah melaksanakan amalan puasa akhirnya kita kembali menjadi fitrah putih bersih suci dari dosa dan noda dengan jiwa baru dan misi baru untuk kehidupan yang mendatang inilah hebatnya islam yang begitu menjiwai kemulusan ciptaan makhluk bernama manusia makhluk yang sentiasa lupa dan leka terhadap amalan dan perbuatannya sendiri makhluk yang sentiasa melakukan kesilapan yang sama berulang kali makhluk yang mempunyai seribu satu kelemahan dan kekurangan namun makhluk ini juga lah yang diangkat oleh allah sebagai makhluk terbaik ciptaannya mahkluk yang mengatasi kesempurnaan malaikat dan kehebatan syaitan makhluk yang penuh kesederhaaan antara malaikat dan syaitan ini dinobatkan oleh allah sebagai makhluk yang sebaik baik kejadian at tin 4 akan tetapi kita juga jangan lupa bahawa pangkat yang diberikan ini tidak menjaminkan apa apa sekiranya kita terus menerus bergelumbang dengan kelemahan dan kekurangan itu tanpa sedikit perasaan menyesali dan bertaubat atasnya andai kita merasakan kelebihan itu sebagai satu tiket untuk terus bermaksiat kepada allah maka neraka jahanam lah jawapan kembali untuk kita at tin 5 ingatlah setiap berakhirnya titik noktah pasti selepasnya akan bermula ayat baru yang akan menyambung ayat sebelumnya sehinga selesai sebuah karya si pengarang setiap ayat demi ayat yang disambung pasti ada ditengahnya tiitk titik noktah yang melengkapkan sebuah karya ciptaannya yakinlah titik noktah yang kita alami sekarang ini bukanlah titik noktah yang mengakhir sebuah karya kehidupan kita ia hanya satu titik penyambung antara ayat ayat kehidupan yang kita tempuhi di alam ini sematkan dalam hati setiap noktah pasti ada permulaan selepasnya posted by penasalju at 9 20 2010 05 52 00 pm 5 comments 01 march 2010 rasulullah ya habiballah rasulullah engkaulah kekasih allah mengecap bahagia bersama si dia memadu cinta dalam ketaatan mengabdi kasih dengan penuh kepayahan rasulullah engkau dicerca hina hanya kerana di dia engkau tersiksa jiwa sebabnya si dia engkau terguris luka semuanya untuk si dia siapakah kekasih yang lebih hebat dari engkau ya habiballah rasulullah engkau bercinta dengan hati tulus suci mengasih hanya dengan jiwa untuk meberi menyayangi bukan untuk disayangi tapi apakah mungkin tidak dimuliai jika senubari setulus ini rasulullah dimanakah akan dicari galang ganti insan semulia dirimu yang semithli tiada gambaran kata yang mampu aku hayati tiada ucapan berbunga yang melunak sanubari untuk setiap respon cintamu padanya yang maha mencintai posted by penasalju at 3 01 2010 08 50 00 am no comments yang terbaik entah aku tidak tahu apa yang terbaik siapa yang terbaik dimana yang terbaik entah semua itu aku tidak tahu aku hanya mencoret kanvas kehidupan dengan hitam putih duniaku kekadang sedikit hijau merah biru dalam sedar dan tidak sedar tapi aku tidak menyesal dengan warna warna kehidupan itu tiada yang silap bahkan aku rasa aku bahagia adakah bahagia itu yang terbaik entah aku tidak tahu posted by penasalju at 3 01 2010 08 36 00 am 4 comments 17 november 2009 hanya kenang kenangan andai ditanya zaman manakah yang engkau rindui pastinya pelbagai jawapan yang kita terima oh mestilah zaman sekolah itu jawapan bagi orang yang merindui saat remajanya pelbagai episod keriangan dan keseronokan yang pasti meleret seribu kumtum senyum di hari tua teringat saat dikejar guru disiplin kerana hisap rokok di belakang bangunan sekolah teringat juga saat melayan perasaan cinta monyet bercanda di kantin sekolah mungkin juga kenangan yang menggelikan hati apabila dibuli mencium pokok di depan asrama kerana bersikap kurang ajar dengan senior mestilah zaman bujang beb itu pula reaksi spontan dari orang merindui satu kebebasan penuh keseronokan apatah lagi tiadanya tanggungjawab terhadap keluarga melepak di gerai mak janda atau kedai mamak sambil menghisap rokok bersama kawan kawan kadang kala menonton perlawanan liga bola sepak inggeris sampai dinihari tiba sesekali membelai perasaan di persisir pantai atau jeram bersama teman teman sekepala ana merindui zaman universiti ini pula luahan rasa dari graduan universiti yang menggelarkan dirinya pejuang gerakan islam kerana di sinilah bermulanya langkah pertama perjuangannya bermulanya era kemanisan tautan ukhwah dalam dirinya merasai nilai setitik pedih dan luka bersama sama nasi sepinggan dikongsi ramai apatah lagi nasi setalam yang menjadi santapan setiap hari bersama berhadapan dengan hep mempertahankan hak mahasiswa juga bersama sama mungkin yang lebih indah apabila terkenangkan saat mengikuti siri siri demostrasi di tengah kota kuala lumpur antara takut dan harap saling mengisi ruang di dada takut ditangkap pihak universiti dan harap program berjalan dengan lancar dan mencapai misi ustaz kita ni dah salah konsep la ustaz antara butir kata sahabat apabila teringatkan khauf dan raja dalam saranan al quran sambil tersengih saya seakan mengiya kata katanya dengan turut tersengih hanya kenang kenangan itu pula kata pak hamka dalam karyanya tasawuf moden dalam membicara perihal kehidupan pesta konvokesyen ukm ke 28 posted by penasalju at 11 17 2009 12 38 00 am no comments 02 november 2009 doa untukmu wira merah alhamdulillah syukur sangat akhirnya negeriku yang tercinta layak ke peringkat akhir piala malaysia setelah hampir 40 tahun kempunan nampaknya kepimpinan di bawah presiden baru kafa yang bernama tan sri anuar musa ini amat berbeza sekali dibawah asuhan butler yang lepas kelantan berjaya ke peringkat akhir piala fa dan kali ini di bawah bimbingan b satianathan pula kelantan berjaya ke peringkat akhir piala malaysia seakan memberi mesej bahawa kepimpinan tan sri anuar musa amat sesuai sekali dalam bidang sukan dan bukannya dalam bidang politik kelantan walau apapun seribu doa dipanjatkan agar pasukan wira merah ini dapat menjulang trofi piala malaysia nanti semua rakyat kelantan sudah semestinya mendoakan agar kejayaan akan bersama pasukan negeri yang tercinta ini tanpa mengira fahaman politik itulah rakyat kelantan berikan kami sekuntum lagi senyuman pada 7 november ini wahai wiraku posted by penasalju at 11 02 2009 10 09 00 am 5 comments older posts home subscribe to posts atom isteriku blog archive 2010 3 september 1 noktah itu satu permulaan march 2 2009 13 november 2 october 6 september 4 february 1 2008 21 november 5 october 2 june 1 april 3 march 6 february 3 january 1 2007 14 december 1 november 3 october 1 september 1 august 2 june 1 may 2 february 1 january 2 2006 22 december 2 november 4 october 4 august 7 july 5 popular posts ajaran batiniyah sejarah kemunculan al batiniyah disebutkan bahawa gerakan fahaman al batiniyah telah mula muncul pada zaman khalifah al abbasiyah ia mengenal wali allah dikatakan dinamakan wali itu berdasarkan kepada perlakuan hasil dari kelaziman berlaku taat oleh yang demikian wali allah swt adalah seseo hadiah menurut islam ama lan memberi hadiah menjadi sunnah hidup dan terjadi di mana mana sejak zaman dahulu hingga sekarang kita maksudkan hadiah di sini terma labels aqidah 4 falsafah 5 fiqh semasa 16 hebahan 1 kreatif 9 politik 9 tasawuf 8 tokoh islam 2 about me penasalju dilahirkan di kampung bertam baru gua musang kelantan menerima pendidkan pertama di sek ren keb sultan ibrahim 2 pasir mas kelantan pada tahun 1990 hingga 1995 kemudian meneruskan pengajian di sek men keb a falahiah pasir pekan kelantan dari tahun 1996 hingga 2002 setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan stpm di smk a falahiah beliau meneruskan pula pengajian sarjana muda di universiti kebangsaan malaysia ukm dalam bidang usuluddin dan falsafah dari tahun 2003 hingga 2007 sekarang beliau masih lagi menuntut di universiti kebangsaan malaysia ukm dalam jurusan yang sama di peringkat sarjana view my complete profile pena ulama syeikh dr wahbah al zuhayli syeikh dr yusuf al qardawi syeikh habib ali syeikh habib omar syed ramadhan al buti tuan guru abdul hadi tuan guru nik abdul aziz ustaz hasrizal ustaz idris ahmad ustaz nasrudin tantawi ustaz nik abduh ustaz tuan ibrahim ustaz zaharuddin pena politik anwar ibrahim dr shafie husam musa khalid jaafar lim kit siang mohd sayuti omar penarik beca ruhanie ahmad rocky bru roslan sms corner tarmizi mohd jam pena seni a latip talib ainon mohd amiza khusyri irfan khairi nisah haron rastom salju sakinah zaid akhtar pena media berita harian harakah islam online kosmo malaysia kini malaysia today sinar harian the star utusan picture window theme powered by blogger
|