Meta tags:
description= Tingkatkan kefahaman terhadap keperluan anak anda. Anda adalah hadiah terbaik buat anak anda.;
Headings (most frequently used words):
anak, recent, posts, top, pendidikan, berpindah, susu, formula, biar, mereka, sibuk, perkembangan, yang, berbeza, bila, menangis, archives, categories, clicks, comments, blogroll, community, contributors, my, family, blog, stats, admin, pages,
Text of the page (most frequently used words):
anak (120), ibu (71), yang (56), dan (45), mereka (42), susu (32), dengan (31), tidak (28), bayi (28), pendidikan (24), kita (23), untuk (19), kanak (18), ini (18), kepada (17), akan (17), #formula (16), saya (16), menangis (15), banyak (15), tahun (15), penyusuan (14), daripada (14), itu (14), juga (14), aktiviti (12), sekiranya (12), semua (12), kerana (12), keluarga (11), 2009 (11), namun (11), telah (11), orang (10), lagi (10), perlu (10), para (10), awal (9), lain (9), anda (9), atau (9), hal (9), sangat (9), lebih (9), tentang (9), seperti (9), tips (8), bapa (8), sibuk (8), perkembangan (8), adalah (8), masih (8), tulang (8), wordpress (7), com (7), comments (7), berbeza (7), masa (7), maka (7), sehingga (7), mudah (7), dalam (7), apabila (7), mula (7), ada (7), ketika (6), memerlukan (6), bukan (6), hanya (6), dari (6), sendiri (6), oleh (6), proses (6), otot (6), organ (6), blog (5), kelebihan (5), biar (5), ingin (5), sebenarnya (5), seorang (5), bukankah (5), terdapat (5), masalah (5), bahawa (5), mengalami (5), penyakit (5), walaupun (5), mahupun (5), mungkin (5), posted (5), parentingskill (5), perkataan (5), jika (5), sudah (5), sempurna (5), berumur (5), dunia (5), pertumbuhan (5), pengetahuan (4), kisah (4), mendidik (4), berpindah (4), kini (4), tags (4), dia (4), usia (4), ataupun (4), diri (4), urusan (4), menjadi (4), kadangkala (4), beberapa (4), sama (4), sedang (4), sesuatu (4), keperluan (4), selamat (4), berlaku (4), tersebut (4), kali (4), kebolehan (4), khuatir (4), berharga (4), pengambilan (4), selepas (4), makanan (4), tambahan (4), menyokong (4), setelah (4), allah (4), cara (4), diberi (4), mengamalkan (4), secara (4), ekslusif (4), merata (4), this (3), comment (3), log (3), entries (3), parenting (3), skill (3), komunikasi (3), hadiah (3), abdullah (3), biarkan (3), belajar (3), bila (3), minat (3), june (3), sekalian (3), agar (3), memeluknya (3), kasih (3), sayang (3), satu (3), mencari (3), pada (3), pastinya (3), bersama (3), anaknya (3), selama (3), penting (3), dapat (3), ibunya (3), perkara (3), meminta (3), baik (3), mendukung (3), sentiasa (3), apa (3), inilah (3), seolah (3), mencecah (3), pandai (3), malah (3), mengambil (3), jangan (3), tentu (3), besar (3), memakai (3), lampin (3), membandingkan (3), boleh (3), pakai (3), umur (3), buat (3), yusuf (3), rungutan (3), semuanya (3), duduk (3), pembelajaran (3), pasti (3), meneroka (3), tempat (3), semula (3), sebagainya (3), site (2), website (2), required (2), sign (2), subscribed (2), subscribe (2), account (2), create (2), kategori (2), dowloads (2), biodata (2), feed (2), sikap (2), interaksi (2), breastfeeding (2), recent (2), kartun (2), paling (2), top (2), posts (2), march (2), april (2), may (2), membiarkan (2), sendirian (2), sebab (2), bukanlah (2), berusaha (2), benar (2), memperoleh (2), tangan (2), aspek (2), kecilnya (2), berusia (2), merasai (2), memberontak (2), tanpa (2), fikirkan (2), diambil (2), perut (2), terpenuhi (2), emosi (2), rasa (2), persekitarannya (2), olah (2), mendapat (2), bapanya (2), penulis (2), buku (2), mengulang (2), nasihat (2), leave (2), kekurangan (2), punya (2), kerisauan (2), sering (2), kamu (2), mahukan (2), nampak (2), bagaimana (2), hasil (2), buang (2), berbicara (2), kurang (2), benda (2), suka (2), kritikan (2), akhir (2), tak (2), risau (2), dah (2), melihat (2), diam (2), insyaallah (2), sini (2), saja (2), keseronokan (2), selain (2), melakukan (2), cuba (2), disenangi (2), menghalang (2), urusannya (2), bertindaklah (2), kesempatan (2), menulis (2), artikel (2), kalangan (2), menukar (2), vico (2), milo (2), minuman (2), coklat (2), lainnya (2), berbuat (2), demikian (2), alasan (2), dilatih (2), tandas (2), pembentukan (2), cuma (2), menguatkan (2), dapam (2), menghentikan (2), pemberian (2), meneruskannya (2), menggalakkan (2), meminum (2), gigi (2), rosak (2), kemudian (2), perlukah (2), kalsium (2), tinggi (2), membina (2), badan (2), perlukannya (2), mencegahnya (2), jangkitan (2), alahan (2), kemungkinan (2), menyebabkannya (2), berpenyakit (2), kronik (2), izin (2), harus (2), peka (2), kepentingan (2), serta (2), melindungi (2), hak (2), asasi (2), menyusukan (2), adanya (2), bolehlah (2), mengembalikan (2), keupayaan (2), memelihara (2), membela (2), melalui (2), semulajadi (2), dikurniakan (2), mengikut (2), pengisytiharan (2), innocenti (2), wanita (2), peluang (2), lahir (2), bulan (2), seterusnya (2), disamping (2), digalakkan (2), memberi (2), who (2), unicef (2), berpendapat (2), usaha (2), gigih (2), berterusan (2), diperlukan (2), membendung (2), kemerosotan (2), kadar (2), tindakan (2), memandangkan (2), berjuta (2), juta (2), nyawa (2), terancam (2), pelbagai (2), jenis (2), berjangkit (2), dielakkan (2), rss (2), get, started, design, like, with, name, email, write, loading, collapse, bar, manage, subscriptions, view, reader, report, content, privacy, already, have, now, free, jun, august, 2026, pages, admin, 629, hits, stats, permainan, penghargaan, hukuman, ancaman, kulidakwah, bangah, family, contributors, community, yusi, elsiano, rosmansyah, org, ummu, blogroll, satnav, online, fifti, nor, kadek, bagus, widana, winda, yaya, cinta, persekitaran, gemar, disney, berkualiti, none, clicks, categories, january, february, archives, search, for, older, menyeru, jadilah, pertama, angkatlah, dukunglah, peluklah, penuh, tiada, wadah, short, cut, mengidamkan, kesenangan, jalan, menjaga, memang, senangnya, diperoleh, bersusah, payah, kemudahan, kelak, bersenang, senang, ilmu, berlepas, guru, sekadar, menanamkan, tertentu, meningkat, dewasa, timbul, menghuraikan, tekankan, menginginkan, menyatakan, contoh, rakan, pernah, sekali, meninggalkan, sekitar, rumah, penjaga, minggu, atas, kehilangannya, fobia, ditinggalkan, sekejap, bilik, air, takut, bersiap, siap, adakah, menyenangkannya, fikir, perhatian, berasal, menunjukkan, sekitarnya, minum, lapar, membasuh, najisnya, menyembuhkan, sakitnya, bhasa, termasuk, dijaga, berat, supaya, suasana, merasakan, menyebabkan, emosinya, sekelilingnya, menjaganya, usianya, berdikari, menyusahkan, dahulu, nanti, berhenti, selalu, mengangkat, bergantung, kepad, tajuk, ditulis, bloggers, penulisan, versi, pendidikanawal, disoal, situasi, langkah, mendengar, tua, belum, berkahwin, kndungan, berikut, ingatlah, sedikit, sisi, kecerdasan, diperkenalkan, howard, gardner, perhatikan, kebolehannya, itukan, bunyinya, menguasai, terkeluar, bibir, rendah, sebutkan, berperanan, positif, elakkan, membangkitkan, perasaan, negatif, cakaplah, menunjuk, nunjuk, bimbang, asyik, ulang, terutamanya, tujuan, mengajarkan, salah, tetapi, merendahkan, kan, sepatutnya, siapa, diterima, lingkungan, bertutur, mempunyai, perbendaharaan, kata, sesetengah, kawan, membancuh, adiknya, petah, mengenal, sekeliling, saudara, adham, nama, menggunakan, isyarat, bunyi, beza, tetap, datang, terima, membeza, bezakan, cakap, dekat, tiga, pampers, wah, awak, vocab, sebarang, sedangkan, span, sia, siakan, kecil, gunakan, sebaiknya, bererti, membuka, memegang, pensel, dengar, bermain, disertai, bermakna, rancanglah, sayangkan, pula, masuk, terasa, perbuatan, penerokaan, merupakan, pihak, enggan, bersikap, proaktif, yakin, itukah, tanggungjawab, memastikan, terokai, jadi, semestinya, tunggu, dulu, faedah, pahala, mengemas, sabar, suatu, amat, fizikal, mentalnya, terus, memarahi, bersepah, terkoyak, pecah, hancur, basah, menggusarkan, pemikiran, kenapa, persepsi, berkembang, akalnya, jua, fizikalnya, sana, aktivitinya, menyenangkan, lakukan, mendatangkan, kegusaran, syukur, rimas, runsing, mengupas, kerja, peribadi, rumahtangga, bismillah, walhamdulillah, sewajarnya, sewajar, kami, http, anakkusayang, home, tingkatkan, kefahaman, terhadap, terbaik,
Text of the page (random words):
kepentingan penyusuan ibu dan menyokong serta melindungi hak asasi ibu untuk menyusukan bayi mereka dengan adanya pengetahuan tentang penyusuan ibu bolehlah kita mengembalikan semula kepada ibu ibu keupayaan untuk memelihara dan membela anak anak mereka dengan sempurna melalui cara cara semulajadi yang telah dikurniakan allah s w t kepada mereka kemudian setelah bayi mencecah umur 2 tahun perlukah mereka kepada susu ya mereka sangat memerlukan kalsium yang tinggi untuk membina tulang dalam badan mereka walaupun ia adalah susu formula anak anak sangat perlukannya setelah susu ibu mencegahnya daripada jangkitan penyakit ataupun alahan selama 2 tahun besar kemungkinan susu formula tidak akan menyebabkannya berpenyakit kronik semuanya dengan izin allah kanak kanak sedang dapam proses perkembangan semua organ otot dan juga tulang masih dalam proses pertumbuhan oleh kerana itu sekiranya ibu ibu menghentikan pemberian susu kepada anak selepas 2 tahun penyusuan ibu ibu perlu meneruskannya dengan menggalakkan anak meminum susu formula sekiranya tidak mereka mungkin akan mengalami masalah pertumbuhan seperti masalah gigi rosak dan sebagainya saya mengambil kesempatan menulis artikel ini kerana ada di kalangan para ibu yang telah menukar pengambilan susu formula kepada anak mereka selepas 2 tahun kepada pengambilan vico milo dan juga minuman coklat lainnya ada juga yang berbuat demikian dengan alasan agar anak anak lebih mudah dilatih untuk ke tandas mereka bukan seperti para ibu sekalian para ibu bukan lagi mengalami proses pembentukan tulang otot dan organ semua itu telah sempurna cuma ibu ibu memerlukan makanan tambahan untuk menyokong dan menguatkan lagi tulang otot dan juga organ mereka bertindaklah sewajar who dan unicef berpendapat bahawa usaha yang gigih dan berterusan diperlukan untuk membendung kemerosotan kadar penyusuan ibu di merata dunia tindakan ini penting memandangkan berjuta juta nyawa bayi di merata dunia masih terancam oleh pelbagai jenis penyakit berjangkit yang boleh dielakkan sekiranya ibu ibu mengamalkan penyusuan ibu secara ekslusif mengikut pengisytiharan innocenti semua wanita perlu diberi peluang mengamalkan penyusuan ibu secara ekslusif dan semua bayi perlu diberi hanya susu ibu dari masa lahir sehingga berumur 4 6 bulan seterusnya disamping makanan tambahan yang lain ibu digalakkan memberi susu ibu sehingga bayi berumur 2 tahun atau lebih ibu ibu harus peka tentang kepentingan penyusuan ibu dan menyokong serta melindungi hak asasi ibu untuk menyusukan bayi mereka dengan adanya pengetahuan tentang penyusuan ibu bolehlah kita mengembalikan semula kepada ibu ibu keupayaan untuk memelihara dan membela anak anak mereka dengan sempurna melalui cara cara semulajadi yang telah dikurniakan allah s w t kepada mereka kemudian setelah bayi mencecah umur 2 tahun perlukah mereka kepada susu ya mereka sangat memerlukan kalsium yang tinggi untuk membina tulang dalam badan mereka walaupun ia adalah susu formula anak anak sangat perlukannya setelah susu ibu mencegahnya daripada jangkitan penyakit ataupun alahan selama 2 tahun besar kemungkinan susu formula tidak akan menyebabkannya berpenyakit kronik semuanya dengan izin allah kanak kanak sedang dapam proses perkembangan semua organ otot dan juga tulang masih dalam proses pertumbuhan oleh kerana itu sekiranya ibu ibu menghentikan pemberian susu kepada anak selepas 2 tahun penyusuan ibu ibu perlu meneruskannya dengan menggalakkan anak meminum susu formula sekiranya tidak mereka mungkin akan mengalami masalah pertumbuhan seperti masalah gigi rosak dan sebagainya saya mengambil kesempatan menulis artikel ini kerana ada di kalangan para ibu yang telah menukar pengambilan susu formula kepada anak mereka selepas 2 tahun kepada pengambilan vico milo dan juga minuman coklat lainnya ada juga yang berbuat demikian dengan alasan agar anak anak lebih mudah dilatih untuk ke tandas mereka bukan seperti para ibu sekalian para ibu bukan lagi mengalami proses pembentukan tulang otot dan organ semua itu telah sempurna cuma ibu ibu memerlukan makanan tambahan untuk menyokong dan menguatkan lagi tulang otot dan juga organ mereka bertindaklah sewajarnya tags breastfeeding penyusuan susu ibu biar mereka sibuk posted by parentingskill on may 11 2009 in aktiviti anak minat anak anak pendidikan awal kanak kanak pendidikan masa kini tips pendidikan anak 6 comments bismillah walhamdulillah insyaallah kali ini saya ingin mengupas tentang aktiviti bersama anak anak pastinya para ibu sentiasa sibuk ya dengan urusan di tempat kerja urusan peribadi mahupun urusan rumahtangga anak anak juga tak kurang sibuk dengan urusannya bagaimana jika anda melihat anak anak sibuk dengan urusannya runsing rimas risau suka syukur banyak persepsi para ibu tentang hal ini anak anak yang sedang berkembang akalnya jua fizikalnya pasti tidak dapat duduk diam meneroka sana sini pasti menjadi aktivitinya yang paling menyenangkan namun kadangkala aktiviti yang mereka lakukan mendatangkan kegusaran kepada para ibu kenapa kerana tempat meneroka mereka pastinya akan bersepah ada yang terkoyak pecah hancur basah dan sebagainya hal inilah yang sangat menggusarkan pemikiran para ibu tunggu dulu cuba fikirkan semula faedah daripada semua itu selain ibu yang mendapat pahala mengemas dengan sabar anak anak juga memperoleh suatu yang amat berharga berharga dalam pertumbuhan fizikal mahupun mentalnya bukankah itu lebih berharga daripada terus menghalang dan memarahi mereka semestinya ya biarkan anak anda meneroka namun tanggungjawab kita adalah memastikan tempat yang mereka terokai selamat apa jadi jika kita sering saja menghalang anak anak daripada melakukan aktiviti mereka sendiri sudah tentu anak anak mula terasa perbuatan mereka tidak disenangi penerokaan yang merupakan pembelajaran itu tidak disenangi banyak pihak maka apa yang akan berlaku anak anak mula enggan untuk belajar sendiri bersikap tidak proaktif dan tidak yakin diri itukah yang kita mahukan jika tidak rancanglah aktiviti bersama anak anak jika kita sayangkan mereka selain mereka melakukan aktiviti mereka sendiri cuba kita pula yang masuk ke dunia mereka pasti ketika itu mereka sangat merasai keseronokan dalam pembelajaran pembelajaran di sini bukan saja bererti membuka buku memegang pensel duduk dan dengar malah bermain dengan disertai keseronokan akan menjadi lebih bermakna buat ibu dan juga anak anak kerisauan yang sebenarnya adalah apabila anda melihat anak anda duduk diam tanpa sebarang aktiviti sedangkan mereka seperti span pada masa itu maka jangan sia siakan usia kecil anak anak anda gunakan masa berharga ini dengan sebaiknya insyaallah tags aktiviti anak ibu bapa kanak kanak kelebihan anak keluarga komunikasi parenting skill pendidikan anak pendidikan awal kanak kanak perkembangan yang berbeza posted by parentingskill on april 14 2009 in aktiviti anak kisah keluarga minat anak anak pendidikan masa kini tips pendidikan anak 6 comments wah anak awak dah ada banyak vocab eh dah dekat tiga tahun masih pakai pampers yusuf tak pandai lagi cakap risau la banyak rungutan dan juga kritikan yang saya terima akhir akhir ini baik kritikan kepada anak saya mahupun rungutan kepada anak mereka sendiri semuanya berlaku apabila kita mula membeza bezakan anak kita dengan anak orang lain sebenarnya kebolehan anak itu berbeza beza walaupun dari perut yang sama namun perkembangan mereka tetap berbeza malah kadangkala rungutan yang datang itu seolah olah tidak nampak bahawa anak mereka juga punya banyak kelebihan dan kebolehan lain anak saya abdullah mungkin boleh bertutur dengan sempurna dan mempunyai banyak perbendaharaan kata namun masih memakai lampin pakai buang namun ada sesetengah anak anak kawan saya yang sama umur dengan abdullah sudah pandai membancuh susu buat adiknya sudah tidak lagi memakai lampin pakai buang namun tidak petah berbicara dan kurang mengenal benda benda sekeliling seperti anak saudara saya yusuf adham saya suka nama ini ibunya sangat khuatir tentang perkembangan yusuf sudah berumur satu tahun namun tidak berbicara dengan perkataan lebih banyak menggunakan isyarat tangan dan bunyi khuatir dengan perkembangan anak inilah yang berlaku sekiranya ibu terutamanya mula membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain membandingkan dengan tujuan untuk mengajarkan sesuatu yang lebih baik tidak salah akan tetapi membandingkan seolah merendahkan itu kan tidak sepatutnya siapa anak kita bagaimana anak kita semua itu hasil pendidikan kita hasil pendidikan awal yang diterima daripada seorang ibu bapa dan juga lingkungan sebenarnya tidak perlu bimbang dengan semua hal ini sekiranya ibu atau bapa asyik mengulang ulang perkataan yang nampak khuatir seperti kamu ni sudah besar namun masih lagi memakai lampin kamu cakaplah sesuatu perkataan jangan hanya menunjuk nunjuk jika mahukan sesuatu itukan bunyinya seperti kerisauan yang menguasai diri sehingga terkeluar dari bibir kadangkala anak menjadi rendah diri dengan kekurangan yang sering kita sebutkan bukankah kita berperanan mendidik anak dengan positif maka elakkan perkataan perkataan yang dapat membangkitkan perasaan negatif anak ingatlah bahawa kebolehan anak anak itu berbeza sekiranya masih terdapat sedikit kekurangan daripada anak yang lain jangan khuatir anak kita tentu punya kebolehan dari sisi yang lain bukankah terdapat banyak kecerdasan yang diperkenalkan oleh howard gardner maka perhatikan anak kita tentu banyak lagi kelebihan dan kebolehannya daripada anak anak yang lain tags aktiviti anak kelebihan anak kisah keluarga parenting skill pendidikan pendidikan awal kanak kanak sikap anak tips keluarga bila anak menangis posted by parentingskill on march 22 2009 in tips pendidikan anak leave a comment tajuk ini mungkin telah banyak kali ditulis oleh bloggers atau penulis penulis buku namun saya ingin mengulang lagi penulisan ini versi pendidikanawal hal ini kerana telah beberapa kali saya disoal tentang perkara yang sama terdapat beberapa situasi ibu bapa mengambil langkah untuk membiarkan anak kecilnya menangis sendirian kerana mereka beberapa kali mendengar nasihat daripada orang tua mahupun orang orang yang belum berkahwin kndungan nasihat tersebut adalah seperti berikut 1 tidak selalu mengangkat bayi tersebut sekiranya bayi tersebut menangis kerana bayi akan belajar untuk tidak bergantung kepad ibu atau bapanya 2 apabila bayi menangis biarkan dahulu mungkin nanti dia akan berhenti menangis dengan sendiri 3 apabila kita tidak banyak mendukung bayi tersebut ketika bayi menangis maka kita akan mudah menjaganya ketika usianya mencecah 1 tahun kerana bayi telah pandai berdikari malah tidak menyusahkan kita terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian tentang perkara ini semua bayi adalah berbeza walaupun berasal dari perut yang sama ketika bayi menangis hal ini menunjukkan bayi sedang meminta sesuatu daripada orang sekitarnya baik meminta untuk minum susu kerana lapar membasuh najisnya menyembuhkan sakitnya mahupun meminta untuk mendukung atau memeluknya bukankah bhasa mereka adalah menangis banyak keperluan bayi yang akan terpenuhi dengan hanya mendukung dan memeluknya termasuk keperluan emosi hal ini kerana emosi bayi sangat perlu dijaga dan diambil berat supaya bayi sentiasa rasa selamat dengan suasana persekitarannya sekiranya bayi mula merasakan persekitarannya tidak selamat bayi akan mula menangis maka apa yang berlaku apabila bayi sentiasa rasa tidak selamat hal inilah sebenarnya yang menyebabkan bayi mudah menangis dan mudah memberontak kerana keperluan emosinya tidak terpenuhi dan seolah olah tidak mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya ataupun orang orang di sekelilingnya saya menyatakan contoh seorang daripada rakan saya pernah sekali meninggalkan anak kecilnya yang berusia sekitar 1 tahun di rumah bersama penjaga anaknya selama 2 minggu atas urusan penting dan anaknya dapat merasai kehilangannya sehingga kini anaknya yang telah berusia 3 tahun lebih mengalami satu penyakit fobia apabila ditinggalkan ibunya walaupun sekejap atau ingin ke bilik air menjadi takut apabila ibunya mula bersiap siap kadangkala menangis dan memberontak tanpa sebab adakah hal ini banyak menyenangkannya fikir fikirkan sebenarnya mendidik anak bukanlah satu wadah untuk mencari short cut atau mengidamkan kesenangan berusaha mencari jalan mudah menjaga anak memang perlu namun mudah dan senangnya bukanlah diperoleh pada usia awal seorang anak sekiranya benar benar kita bersusah payah di awal bukankah kita akan memperoleh kemudahan kelak daripada kita bersenang senang di awal tidak banyak berusaha mencari ilmu mendidik anak dan hanya berlepas tangan kepada guru ataupun hanya sekadar menanamkan aspek aspek tertentu dalam diri anak anak pastinya ketika usia anak meningkat dewasa terdapat banyak masalah yang akan timbul saya tidak akan menghuraikan hal ini namun ingin saya tekankan bahawa seorang anak pada usia bayi sangat memerlukan dan menginginkan kasih sayang daripada seorang ibu atau bapa maka saya ingin menyeru kepada ibu bapa sekalian agar tidak membiarkan anak menangis sendirian dan jadilah orang yang pertama memeluknya ketika dia memerlukan bukan orang lain angkatlah dia dukunglah dan peluklah anak anda dengan penuh kasih sayang sehingga tiada sebab dia akan menangis lagi tags anak ibu bapa interaksi keluarga komunikasi pengetahuan am tips keluarga older entries search for archives june 2009 may 2009 april 2009 march 2009 february 2009 january 2009 categories aktiviti anak kartun kisah keluarga minat anak anak pendidikan masa kini susu ibu tips pendidikan anak pendidikan awal kanak kanak recent posts berpindah susu formula biar mereka sibuk perkembangan yang berbeza bila anak menangis top clicks none top posts berpindah susu formula biar mereka sibuk perkembangan yang berbeza bila anak menangis hadiah paling berkualiti anak anak gemar kartun disney persekitaran anak kita biarkan anak belajar mendidik anak dengan cinta recent comments yaya on susu formula winda d g on biar mereka sibuk i kadek bagus widana on susu formula nor on susu formula fifti on susu formula satnav online on biar mereka sibuk blogroll ummu abdullah wordpress com wordpress org yusi elsiano rosmansyah community contributors my family bangah blog keluarga kulidakwah aktiviti anak ancaman breastfeeding hadiah hukuman ibu bapa interaksi kanak kanak kelebihan anak keluarga kisah keluarga komunikasi parenting skill pendidikan pendidikan anak pendidikan awal kanak kanak pengetahuan am penghargaan penyusuan permainan sikap anak susu ibu tips keluarga blog stats 17 629 hits admin create account log in entries feed comments feed wordpress com pages biodata dowloads kategori august 2026 m t w t f s s 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 jun create a free website or blog at wordpress com pendidikan anak blog at wordpress com subscribe subscribed pendidikan anak sign me up already have a wordpress com account log in now privacy pendidikan anak subscribe subscribed sign up log in report this content view ...
|