Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2023, october, blog, 2024, ppki, saturday, friday, thursday, gotong, royong, madani, majlis, sk, taman, putra, perdana, 11, may, 27, 20, 14, september, contributors, archive, kalendar, sktpp, pautan, search, this, kem, bestari, solat, hari, jalinan, mesra, pendidikan, khas, perkhemahan, unit, beruniform, pengakap, perpisahan, ppm, selingkar, budi, setaut, kasih, report, abuse,
Text of the page (most frequently used words):
dan (33), yang (29), murid (22), ppki (21), 2023 (20), #perdana (19), taman (18), putra (18), ini (18), share (18), telah (17), aktiviti (17), untuk (16), hari (15), october (14), pada (12), september (12), anak (12), solat (12), ibu (12), bapa (12), dengan (11), sesi (10), guru (10), november (10), majlis (10), 2024 (10), may (10), ago (9), bagi (9), august (9), january (9), royong (9), juga (9), july (8), gotong (8), madani (8), beliau (8), kem (8), this (7), sktpp (7), minggu (7), program (7), march (7), dalam (7), adalah (7), bestari (7), serta (7), years (6), mesyuarat (6), pendidikan (6), sihat (6), june (6), february (6), april (6), kita (6), turut (6), pinterest (6), facebook (6), blogthis (6), email (6), comments (6), oleh (6), sepanjang (6), perpisahan (6), blog (5), khas (5), 2020 (5), video (5), kali (5), sekolah (5), berlangsungnya (5), tengah (5), terima (5), kepada (5), bertarikh (5), salam (5), kasih (5), semua (5), kelas (5), diadakan (4), tahun (4), agung (4), 2021 (4), oktober (4), pagi (4), dapat (4), atas (4), minda (4), merupakan (4), cik (4), iman (4), zairuddin (4), setiap (4), sabtu (4), ppm (4), kenangan (4), berikut (4), masing (4), sangat (4), cikgu (4), mesra (4), puan (4), aida (4), segala (4), perkhemahan (4), duduk (4), mengecat (4), kpm (3), prasekolah (3), intervensi (3), usul (3), pibg (3), kebangsaan (3), tahunan (3), 2022 (3), pembelajaran (3), anugerah (3), saya (3), besar (3), unit (3), 2026 (3), rumah (3), mei (3), peringkat (3), membentuk (3), cenderahati (3), daripada (3), gambar (3), akhir (3), bersama (3), assalamualaikum (3), sejahtera (3), buat (3), semoga (3), istimewa (3), seterusnya (3), antara (3), sekitar (3), melakukan (3), seperti (3), sebelum (3), hadir (3), jalinan (3), alhamdulillah (3), kehadiran (3), berbincang (3), theme (2), home (2), pengurusan (2), portal (2), pautan (2), 2019 (2), satu (2), pemilihan (2), cadangan (2), kelab (2), kebajikan (2), kakitangan (2), kkgk (2), malaysia (2), solidariti (2), palestin (2), bermula (2), hingga (2), sebagai (2), pelancaran (2), panitia (2), islam (2), rabu (2), masa (2), kempen (2), hidup (2), cegah (2), rokok (2), vape (2), kata (2), allah (2), daerah (2), bimbingan (2), kaunseling (2), umum (2), saringan (2), dijalankan (2), stem (2), dianjurkan (2), 2016 (2), norfauziaton (2), ali (2), mohamed (2), cikguyatt (2), dari (2), pdpr (2), pelbagai (2), matematik (2), iaitu (2), selama (2), sebua (2), posts (2), jamuan (2), ucapan (2), bacaan (2), doa (2), ajk (2), perlaksana (2), atur (2), cara (2), berlangsung (2), budi (2), jasa (2), berkhidmat (2), banyak (2), tidak (2), ada (2), suka (2), itu (2), ceria (2), ringkas (2), bin (2), lebih (2), thursday (2), walaupun (2), namun (2), terbaik (2), tersebut (2), sebuah (2), ditayangkan (2), selain (2), dirangka (2), diucapkan (2), makan (2), kumpulan (2), jam (2), lain (2), menikmati (2), beberapa (2), koordinasi (2), seawal (2), dimulai (2), beruniform (2), pengakap (2), sehari (2), saturday (2), disediakan (2), kerjasama (2), sumbangan (2), diberikan (2), kebaikan (2), mereka (2), mengenai (2), perkembangan (2), secara (2), friday (2), foto (2), dilaksanakan (2), pelaksanaan (2), terlibat (2), perlakuan (2), betul (2), tahiyat (2), sujud (2), melibatkan (2), muslim (2), jutaan (2), makanan (2), kelancaran (2), proses (2), warna (2), ungu (2), sedikit (2), simple, images, powered, blogger, linearcurves, search, pentadbiran, tertinggi, rasmi, julai, isnin, memutuskan, terminal, promo, kriket, adiwira, pusat, sumber, kurikulum, bil, menambah, jawapan, mac, lalu, pengenalan, kementerian, menganjurkan, petang, tarikh, disember, tempat, dewan, ppda, year, tiada, digambarkan, melahirkan, rasa, syukur, kehadrat, swt, setinggi, tinggi, penghargaan, tokoh, sepang, month, melaksanakan, berdasarkan, dapatan, muri, weeks, meningkatkan, minat, kesedaran, terhadap, bidang, sains, science, teknologi, kalendar, report, abuse, 2013, 2014, 2015, 2017, 2018, december, archive, rafidah, zana, nurhayati, afiq, azli, contributors, pengajaran, penularan, covid, mengubah, perkara, kehidupan, termasuk, pembe, seronoknya, belajar, norma, baharu, subscribe, atom, older, acara, memotong, kek, pulut, kuning, ustaz, pengerusi, persembahan, wakil, dikongsikan, baikmu, kekal, diingatan, baktimu, sentiasa, dikenang, kecil, molek, senyuman, menawan, nona, manis, nama, timangan, dengarlah, serangkap, pantun, kami, mula, sehinggalah, terpahat, hati, sanubari, kiralah, sama, dah, lama, mahupun, baru, mengenali, sesungguhnya, cerita, duka, cipta, memori, pasti, meninggalkan, mendalam, lubuk, jiwa, bersyukur, ilahi, tenang, penuh, menjalankan, sempena, perpindahan, muhammad, dzarfan, kamar, bahrin, atau, dikenali, panggilan, zek, selingkar, setaut, seluruh, warga, bersedih, keputusan, anaknya, memandangkan, membeli, didoakan, dipermudahkan, urusan, sekeluarga, https, youtu, rmswrkycxzc, kw0uvbq7tbsrahop, rangkuman, kisah, sini, aishah, ivan, firnas, terakhir, pembantu, asikin, binti, shaarin, pertukaran, melaka, diluluskan, ditempatkan, simpang, ampat, alor, gajah, moga, mendatang, menarik, penyampaian, hadiah, disampaikan, para, pentadbir, tahniah, menyertai, seusai, terus, dikumpulkan, mengikut, permainan, berhenti, rehat, mandi, keletihan, beraktiviti, masih, bertenaga, sabar, lompat, tayar, menyusur, lopak, meniti, titi, kelihatan, gembira, meneruskan, halangan, komando, berehat, minuman, ringan, melalui, checkpoint, diteruskan, kawad, langkah, membantu, menambahbaik, tangan, kaki, sebahagian, menghadapi, masalah, 730, pendaftaran, bersarapan, memulakan, senamaerobik, sukaneka, bersamaan, hanya, bermanfaat, yatt, menyatu, ukhwah, terindah, nyaman, sungguh, tepi, sawah, bersila, sambil, beriadah, sokongan, pembangunan, kemajuan, membalas, bakti, meriah, berjumpa, menandatangani, laporan, pbd, rpi, mengambil, peluang, medium, bertemu, empat, mata, permasalahan, mencari, jalan, penyelesaian, seronok, tengok, sekarang, dia, datang, itulah, luahan, penyelaras, mohamad, kelsom, diharapkan, memberi, kefahaman, agar, mengaplikasikan, fardu, lima, semalam, awal, dua, iktidal, rukuk, kiam, takbiratulihram, berdiri, menumpukan, menekankan, aspek, fasilitator, jumaat, selesai, kerja, keseluruhan, timbul, suasana, berbeza, menjalani, pdpc, kewangan, tenaga, terjalin, bertambah, erat, hadapan, dibahagian, menggunakan, tema, dibekalkan, tona, fokus, utama, bahagian, dinding, diconteng, dilakukan, pintu, grill, taklimat, tapak, perhimpunan, ringab, ynag, membawa, potluck, memberangsangkan, bukan, sahaja, ramai, malah, menyumbang, serba, keperluan, bahan, bergotong, cat, berus, pakatan, perjalanan, perancangan,
Text of the page (random words):
ppki sk taman putra perdana ppki sk taman putra perdana pendidikan khas sk taman putra perdana saturday 11 may 2024 gotong royong madani 2024 bertarikh 11 mei 2024 sabtu telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat sk taman putra perdana ppki juga turut membentuk sebuah pakatan untuk berbincang perjalanan serta perancangan aktiviti pada hari tersebut gotong royong ini turut melibatkan ibu bapa alhamdulillah kehadiran ibu bapa sangat memberangsangkan bukan sahaja kehadiran ibu bapa yang ramai malah ibu bapa yang hadir turut menyumbang serba sedikit keperluan bahan untuk bergotong royong seperti cat dan berus aktiviti dimulai seawal 8 pagi dengan bacaan doa untuk kelancaran aktiviti serta taklimat ringkas di tapak perhimpunan seterusnya ibu bapa menikmati sedikit jamuan ringab sebelum melakukan aktiviti jutaan terima kasih juga diucapkan untuk ibu bapa ynag membawa makanan secara potluck ibu bapa dibahagian kepada beberapa kumpulan bagi kelancaran proses mengecat menggunakan tema warna ungu setiap kelas dibekalkan dengan 2 tona warna ungu fokus utama adalah untuk mengecat bahagian dalam dinding kelas yang telah diconteng oleh murid murid selain itu proses mengecat juga dilakukan pada pintu dan grill kelas alhamdulillah sekitar 12 tengah hari selesai kerja mengecat keseluruhan kelas timbul suasana yang sangat ceria dan berbeza bagi murid murid untuk menjalani pdpc jutaan terima kasih atas sumbangan kewangan tenaga serta makanan buat semua ibu bapa serta guru semoga kerjasama yang terjalin bertambah erat di masa hadapan by cik iman at 18 30 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest friday 27 october 2023 kem bestari solat ppki kem bestari solat ppki sesi 2023 telah diadakan pada jumaat 27 oktober 2023 kem ini dianjurkan oleh panitia pendidikan islam dengan melibatkan semua murid muslim ppki semua guru serta ppm muslim terlibat sebagai fasilitator bagi kem bestari solat ppki sesi 2023 kem bestari solat ppki kali ini menumpukan serta menekankan aspek perlakuan solat iaitu berdiri betul takbiratulihram kiam rukuk iktidal sujud duduk di antara dua sujud duduk tahiyat awal duduk tahiyat akhir serta salam adalah diharapkan dengan pelaksanaan kem bestari solat ppki sesi 2023 kali ini dapat memberi kefahaman kepada semua murid yang terlibat agar mengaplikasikan perlakuan solat yang betul dalam pelaksanaan solat fardu yang dilaksanakan lima kali sehari semalam berikut adalah merupakan foto foto sepanjang kem bestari solat ppki sesi 2023 dilaksanakan disediakan oleh zairuddin bin mohamad kelsom penyelaras kem bestari solat ppki sesi 2023 by zairuddin at 17 00 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest friday 20 october 2023 hari jalinan mesra pendidikan khas 2023 terima kasih cikgu saya seronok tengok perkembangan anak saya sekarang dia suka datang sekolah itulah antara luahan ibu bapa yang hadir pada hari jalinan mesra pendidikan khas alhamdulillah meriah ppki hari ini dengan kehadiran ibu bapa untuk berjumpa guru kelas dan menandatangani laporan pbd dan rpi anak anak mereka ibu bapa juga turut mengambil peluang untuk berbincang mengenai perkembangan pembelajaran anak anak mereka program seperti ini juga merupakan medium untuk guru dan ibu bapa bertemu secara empat mata untuk berbincang mengenai permasalahan yang ada dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kebaikan bersama terima kasih atas segala kerjasama sokongan dan sumbangan yang diberikan untuk pembangunan dan kemajuan anak anak ppki semoga allah membalas dengan kebaikan atas segala jasa bakti yang diberikan buat anak anak istimewa ini duduk bersila sambil beriadah nyaman sungguh di tepi sawah anak istimewa anugerah terindah jalinan mesra menyatu ukhwah disediakan oleh cikgu yatt by cikguyatt at 15 00 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest saturday 14 october 2023 perkhemahan unit beruniform pengakap 2023 assalamualaikum dan salam sejahtera bertarikh 14 10 2023 bersamaan hari sabtu telah berlangsungnya perkhemahan unit beruniform pengakap ppki bagi sesi 2023 walaupun perkhemahan hanya berlangsung selama sehari namun pelbagai aktiviti dan program bermanfaat telah dirangka untuk sepanjang hari seawal 730 pagi murid hadir untuk pendaftaran murid bersarapan sebelum memulakan aktiviti dimulai dengan aktiviti senamaerobik dan sukaneka aktiviti diteruskan dengan kawad 10 langkah aktiviti ini membantu menambahbaik koordinasi tangan dan kaki sebahagian besar murid khas menghadapi masalah koordinasi sebelum meneruskan aktiviti halangan komando sekitar jam 10 pagi murid berehat dan menikmati minuman ringan sepanjang aktiviti ini murid melalui beberapa checkpoint seperti lompat dalam tayar menyusur lopak meniti titi dan lain lain murid kelihatan sangat gembira melakukan segala aktiviti murid berhenti rehat untuk mandi solat dan makan tengah hari sekitar jam 1 tengah hari dalam keletihan beraktiviti murid masih bertenaga dan tidak sabar melakukan aktiviti seterusnya seusai solat dan makan tengah hari murid terus dikumpulkan mengikut kumpulan untuk aktiviti seterusnya berikut antara gambar aktiviti permainan yang dijalankan pada akhir aktiviti penyampaian hadiah dan cenderahati disampaikan oleh para pentadbir tahniah diucapkan kepada semua murid yang menyertai perkhemahan moga pada tahun mendatang aktiviti yang lebih menarik dapat dirangka by cik iman at 10 00 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest thursday 5 october 2023 majlis perpisahan ppm assalamualaikum dan salam sejahtera bertarikh 5 oktober 2023 adalah hari terakhir pembantu pengurusan murid ppm puan aida asikin binti shaarin di ppki sktpp pertukaran puan aida ke melaka telah diluluskan dan ditempatkan di sk simpang ampat alor gajah selain puan aida majlis perpisahan ini juga merupakan majlis perpisahan anak beliau aishah ivan firnas yang juga adalah anak istimewa di ppki sktpp dalam sesi perpisahan ini sebuah video rangkuman kisah kenangan sepanjang beliau berkhidmat di sini telah ditayangkan berikut adalah pautan video yang ditayangkan https youtu be rmswrkycxzc si kw0uvbq7tbsrahop walaupun seluruh warga ppki bersedih dengan perpisahan ini namun ini adalah keputusan yang terbaik buat puan aida dan anaknya memandangkan beliau telah membeli rumah di daerah tersebut didoakan semoga dipermudahkan segala urusan beliau sekeluarga by cik iman at 16 00 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest thursday 7 september 2023 majlis selingkar budi setaut kasih assalamualaikum w b t salam sejahtera dan salam malaysia madani bersyukur kita kepada ilahi pada hari yang tenang penuh ceria ini kita dapat menjalankan majlis ringkas sempena perpisahan dan perpindahan cikgu muhammad dzarfan bin kamar bahrin atau lebih dikenali mesra dengan panggilan cikgu zek beliau mula berkhidmat di sekolah ini bermula pada tahun 2016 sehinggalah tahun ini 2023 banyak kenangan yang terpahat di setiap hati sanubari kita masing masing tidak kiralah sama ada yang dah lama bersama beliau mahupun yang baru mengenali beliau sesungguhnya banyak cerita suka dan duka telah kita cipta sepanjang kita bersama dengan beliau setiap memori itu pasti meninggalkan kenangan yang sangat mendalam di lubuk jiwa masing masing akhir kata dengarlah serangkap pantun daripada kami nona manis nama timangan kecil molek senyuman menawan jasa baktimu sentiasa dikenang budi baikmu kekal diingatan berikut dikongsikan atur cara majlis ajk perlaksana gambar gambar dan video sepanjang majlis berlangsung atur cara majlis ajk perlaksana persembahan wakil murid video kenangan ucapan pengerusi majlis bacaan doa oleh ustaz zairuddin ucapan guru besar acara memotong kek dan pulut kuning cenderahati daripada guru ppm cenderahati daripada murid jamuan by norfauziaton ali mohamed at 00 00 no comments email this blogthis share to x share to facebook share to pinterest older posts home subscribe to posts atom gotong royong madani 2024 bertarikh 11 mei 2024 sabtu telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat sk taman putra perdana ppki juga turut membentuk sebua gotong royong madani 2024 bertarikh 11 mei 2024 sabtu telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat sk taman putra perdana ppki juga turut membentuk sebua program minggu matematik ppki program minggu matematik ppki telah diadakan pada 20 september hingga 1 oktober 2021 iaitu selama 2 minggu bagi setiap hari rabu program in seronoknya belajar dari rumah pdpr dalam norma baharu pengajaran pembelajaran dari rumah pdpr penularan covid 19 telah mengubah pelbagai perkara dalam kehidupan kita termasuk sesi pembe contributors afiq azli cikguyatt norfauziaton ali mohamed nurhayati zairuddin zana cik iman rafidah blog archive 2024 1 may 1 gotong royong madani 2024 2023 9 october 4 september 1 may 1 march 1 february 1 january 1 2022 13 november 2 october 1 september 2 august 4 july 1 april 1 march 2 2021 18 november 1 october 5 september 3 august 2 april 1 march 2 january 4 2020 20 december 1 november 1 october 13 september 1 january 4 2019 31 november 10 october 5 september 1 august 1 july 2 june 3 may 1 april 3 march 3 january 2 2018 21 november 3 october 2 september 2 august 3 july 5 june 1 may 2 march 1 february 1 january 1 2017 25 november 1 october 4 september 2 august 4 july 1 june 1 may 4 april 2 march 3 february 1 january 2 2016 19 november 4 october 1 august 2 july 4 may 1 april 3 march 1 february 1 january 2 2015 12 november 1 september 2 august 1 july 2 june 1 may 2 february 2 january 1 2014 22 november 2 october 1 september 1 august 2 july 4 june 2 may 3 april 3 february 1 january 3 2013 28 october 1 september 1 august 2 july 8 june 5 may 11 report abuse kalendar blog blog sktpp sekolah kebangsaan taman putra perdana minggu stem sktpp 2026 minggu stem 2026 merupakan program tahunan yang dianjurkan bagi meningkatkan minat dan kesedaran murid terhadap bidang sains science teknologi 4 weeks ago bimbingan kaunseling sekolah kebangsaan taman putra perdana program minda sihat 2026 intervensi umum saringan minda sihat unit bimbingan dan kaunseling telah melaksanakan intervensi umum minda sihat berdasarkan dapatan saringan minda sihat 1 yang telah dijalankan kepada muri 1 month ago guru besar sk taman putra perdana anugerah tokoh guru daerah sepang 2024 tiada kata yang dapat digambarkan bagi melahirkan rasa syukur kehadrat allah swt atas anugerah yang saya terima hari ini setinggi tinggi penghargaan b 1 year ago ppda sk taman putra perdana majlis pelancaran kempen hidup sihat cegah rokok vape tarikh 13 disember 2023 rabu masa 8 50 pagi 12 20 tengah hari tempat dewan perdana sktpp kempen hidup sihat cegah rokok vape 2 years ago panitia pendidikan islam sk taman putra perdana pelancaran minggu solidariti palestin sesi petang pengenalan kementerian pendidikan malaysia menganjurkan minggu solidariti palestin bermula pada 29 oktober hingga 3 november 2023 ini sebagai satu 2 years ago e pembelajaran sk taman putra perdana mesyuarat agung tahunan kelab kebajikan guru dan kakitangan kkgk sk taman putra perdana 2022 pada 26 mac yang lalu telah berlangsungnya mesyuarat agung tahunan kelab kebajikan guru dan kakitangan kkgk sk taman putra perdana 2022 se 4 years ago pibg sk taman putra perdana jawapan usul dan cadangan mesyuarat agung pibg kali ke 16 2020 2021 usul dan cadangan mesyuarat agung pibg kali ke 16 2020 2021 sekolah kebangsaan taman putra perdana a kurikulum bil usul 1 menambah ma 6 years ago pusat sumber sk taman putra perdana video promo kriket adiwira 6 years ago prasekolah sk taman putra perdana mesyuarat pemilihan murid prasekolah sesi 2020 pada 15 julai 2019 isnin satu mesyuarat telah diadakan bagi memutuskan pemilihan murid prasekolah bagi tahun 2020 yang diadakan di terminal intervensi 7 years ago pautan portal rasmi bp khas kpm portal kpm pengurusan tertinggi kpm pentadbiran sktpp blog sktpp home search this blog simple theme theme images by linearcurves powered by blogger
|