Meta tags:
Headings (most frequently used words):
my, bloglist, top, menu, bread, butter, pudding, segmen, singgah, sahur, pucukandubi, wordless, wednesday, 12, santai, karnival, tahun, 2013, kerana, semangkuk, tom, yam, kad, diskaun, siswa, 1malaysia, mcd, puncak, alam, dirompak, wedding, abraham, lincoln, tahukah, anda, visitors, find, me, on, facebook, blog, archive, cubaan, menabung, sudut, bacaan,
Text of the page (most frequently used words):
yang (68), dan (61), aku (53), ini (41), dengan (38), untuk (35), saya (31), anda (26), kami (23), ago (20), apa (20), akan (19), kepada (19), years (18), hari (16), mereka (16), itu (16), ame (16), meja (15), the (14), tidak (14), pelajar (14), makan (13), daripada (12), ada (12), blog (11), lagi (11), tersebut (11), karnival (11), pertandingan (11), malas (10), lah (10), tak (10), boleh (10), para (10), tom (10), yam (10), kita (9), pada (9), nasi (9), kad (9), santai (9), show (8), 2013 (8), penyakit (8), masih (8), kerana (8), juga (8), orang (7), tiba (7), mengenai (7), ramai (7), siswa (7), semangkuk (7), pelayan (7), terus (7), futsal (7), comments (6), satu (6), lol (6), pun (6), semua (6), nak (6), mana (6), cerita (6), banyak (6), ketika (6), pelbagai (6), lauk (6), masing (6), tweet (6), puncak (6), alam (6), adalah (6), diskaun (6), mama (6), singgah (6), battle (6), bands (6), petaling (6), jaya (6), all (5), kereta (5), hati (5), dapat (5), diri (5), mahu (5), dah (5), disini (5), perlu (5), saja (5), mata (5), kan (5), putih (5), segala (5), mengambil (5), tempat (5), gambar (5), majlis (5), malaysia (5), 1malaysia (5), hidup (5), syarikat (5), anak (5), restoran (5), keluarga (5), hadapan (5), campur (5), talian (5), dataran (5), menarik (5), pucukandubi (4), selamat (4), abang (4), seorang (4), terima (4), entry (4), bukan (4), haha (4), tapi (4), seperti (4), minggu (4), datang (4), diantara (4), kamu (4), menonton (4), depan (4), kenyang (4), pula (4), benar (4), lebih (4), pengantin (4), oleh (4), atas (4), tahu (4), tanpa (4), jam (4), dewan (4), telah (4), disana (4), mcdonalds (4), twitter (4), account (4), _umair_ (4), nya (4), dua (4), sedang (4), pendaftaran (4), kena (4), kads1m (4), rumah (4), baru (4), 017 (4), tuan (4), puan (4), bahan (4), blogger (3), themes (3), macam (3), bloglist (3), perkahwinan (3), kau (3), tahun (3), june (3), kasih (3), ianya (3), sehingga (3), bagi (3), merupakan (3), mahupun (3), sudah (3), dimana (3), ingin (3), berkenaan (3), hilang (3), berhampiran (3), selesai (3), minyak (3), mula (3), bergambar (3), tetamu (3), pelamin (3), duduk (3), pauk (3), tiada (3), penuh (3), hampir (3), mudah (3), bergerak (3), jun (3), beberapa (3), rakan (3), kejadian (3), rompakan (3), parang (3), menurut (3), lain (3), tadi (3), membantu (3), ipt (3), makanan (3), bahagian (3), bersyukur (3), dalam (3), kenapa (3), telur (3), dadar (3), ohh (3), empat (3), perut (3), lapar (3), cuti (3), pertanyaan (3), berminat (3), hubungi (3), 3267985 (3), tunggu (3), bakal (3), belia (3), pasukan (3), theme (2), best (2), and (2), dengg (2), produk (2), life (2), review (2), jalanan (2), cakap (2), november (2), december (2), february (2), may (2), july (2), october (2), archive (2), kelak (2), belum (2), ciri (2), dijangkiti (2), kann (2), manusia (2), dikatakan (2), baik (2), tua (2), muda (2), dipanggil (2), tahukah (2), post (2), kesah (2), berhujung (2), okayy (2), shirt (2), kongsikan (2), pakai (2), kalau (2), teman (2), elemen (2), dada (2), terkejut (2), bayangkan (2), vampire (2), menuju (2), berbaloi (2), lanjut (2), sendiri (2), abraham (2), lincoln (2), menikmati (2), sanak (2), saudara (2), hadir (2), dihidangkan (2), hanya (2), tuhan (2), sahaja (2), betapa (2), mulut (2), keluar (2), hidangan (2), petang (2), itulah (2), begitu (2), walaupun (2), menaiki (2), berempat (2), sangkaan (2), sampai (2), 2012 (2), salah (2), biar (2), barangan (2), tergadai (2), dicari (2), ganti (2), heybya (2), panjang (2), berada (2), saksi (2), mentelaah (2), pelajaran (2), sebelum (2), kali (2), tinggal (2), pertama (2), dirompak (2), perompak (2), sempat (2), membawa (2), kira (2), sebuah (2), buatan (2), nombor (2), mangsa (2), antara (2), memilih (2), sebagai (2), sukar (2), pagi (2), perhatian (2), kerajaan (2), masa (2), harapan (2), kos (2), sara (2), secara (2), melalui (2), pihak (2), awam (2), swasta (2), pengajian (2), mendapat (2), senaraikan (2), terlalu (2), syarat (2), sedikit (2), salam (2), sedar (2), sesuatu (2), berusaha (2), sedangkan (2), patut (2), diluar (2), peroleh (2), tanya (2), selera (2), lantas (2), sambil (2), dik (2), buat (2), memerhati (2), kecil (2), nasinya (2), pinggan (2), habis (2), ibu (2), sayu (2), air (2), bangun (2), kailan (2), ikan (2), masin (2), menjadi (2), diatas (2), menghantar (2), kawan (2), perhatikan (2), masak (2), maklumlah (2), berbunyi (2), kemas (2), pulang (2), penyertaan (2), tapak (2), jualan (2), jadi (2), siap (2), sama (2), memeriahkan (2), harapkan (2), ideas (2), management (2), siapa (2), menyertai (2), sedaya (2), upaya (2), berkaitan (2), band (2), yuran (2), mungkin (2), bakat (2), hadiah (2), antaranya (2), ialah (2), pembaca (2), sebagainya (2), gerai (2), amcorp (2), mall (2), pengurusan (2), shoutbox (2), wednesday (2), with (2), words (2), wordless (2), that (2), photo (2), sahur (2), golek (2), penyenaraian (2), resipi (2), bread (2), butter (2), pudding (2), sangat (2), copyright, 2011, wordpress, fab, web2feel, premium, mine, suhazli, muhamad, membebel, welcoming, nadia, official, bagus, only, dongg, gold, giveaway, qiya, saad, powered, sayap, infiniti, network, nanakimie, whee, mbb, mood, stalking, membuak2, bebelan, cantik, sally, teknik, membasuh, story, pocket, floral, mask, dian, pixy, ninie, azriena, manfaat, eco, farming, armsya, novella, eyryn, bercer, obat, herbal, alami, asli, indonesia, myself, trial, set, skincare, farra, beauty, bingkisan, nafieshaz, fieyna, perkara, bahagia, istana, biru, raya, aidiladha, 2015, nature, product, trojan, naturalamb, lubricated, condoms, 10ct, misz, aidateddy, graffiti, umarfaruq, com, garang, stalker, soalnya, daniel, adie, sandiwara, insan, going, keyless, aloft, zamri, big, fat, book, pelukis, arkitek, teme, abdullah, suka, months, what, maria, elena, day, poh, kong, raikan, ulang, koleksi, jongkong, emas, eksklusif, lim, cheng, bro, framestone, sudut, bacaan, cubaan, menabung, january, march, april, august, september, find, facebook, visitors, older, posts, sekian, harapnya, tangani, agar, memudaratkan, seboleh, bolehnya, usahakan, memberikan, menyajikan, penawar, ditemui, merana, maka, hanyut, melayan, menongkat, dahu, update, kesayangan, cuma, mengatasi, segalanya, bila, biasa, mengelak, sejak, berzaman, zaman, berpotensi, sebati, sejenis, berblog, menaip, membaca, sini, sorry, for, long, jaga, bertemu, color, blocking, uols, selitkan, tuliskan, seluar, jenama, kasut, beli, keseluruhannya, ajak, sanggup, percayalah, urut, maksud, sekelip, menjerit, beri, bintang, alamanda, putrajaya, katakan, panggung, wayang, hunter, tergedik, gedik, mengutamakan, terlebih, dahulu, kebanyakan, bermuka, pelik, apakah, melarikan, disitu, melantak, pergi, naik, jenis, terkunci, rapat, sepatah, perkataan, menikmatinya, nikmat, sedapnya, berlengah, agak, kemudian, menunjukkan, memasuki, berduyun, duyun, lengang, terlewat, apabila, rupanya, terawal, tepat, tengah, ahmad, faris, syazwan, lepas, kuala, lumpur, infrastructure, university, college, kliuc, berlangsung, serbaguna, menghadiri, wedding, andai, nyawa, cari, hoi, kemalangan, jiwa, dilaporkan, dengar, khabar, perempuan, diacukan, muka, trauma, berlaku, kesemua, iaitu, milik, sibuk, tekad, merompak, serumah, pernah, terjadi, kes, seteruk, selamatkah, kawasan, bersenjatakan, lari, mesin, buah, komputer, riba, dipercayai, whu, 3832, berlima, melakukan, cara, percakapan, gertak, sepertinya, melayu, memakai, topi, keledar, satria, berwarna, hitam, kemain, mulanya, menyusul, kebetulan, peperiksaan, uitm, percaya, mcdonald, rompak, acu, first, time, ugut, bunuh, julai, seronok, bertweet, sebentar, mengatakan, tertumpu, mcd, siswi, sekalian, menghargai, usaha, meringankan, beban, selaku, pewaris, tampuk, pemerintahan, adanya, universiti, dikurangkan, menyalahgunakan, membuat, permohonan, disalurkan, automatik, pentadbiran, diberi, percuma, warganegara, caj, rm2, dikenakan, setiap, gantian, mengikuti, jangka, peringkat, sijil, diploma, atau, ijazah, tempoh, masanya, layak, penulis, bersama, beliau, rasanya, buku, alat, tulis, minuman, penginapan, pengangkutan, senarai, pembelian, perkhidmatan, terpilih, tertakluk, ditetapkan, diwujudkan, mengurangkan, institut, tinggi, seluruh, nama, perkenalkan, nothing, ceritakan, serba, belajar, kebanyakkan, mensyukuri, miliki, keras, petik, jari, haa, berkongsi, luak, ditinggalkan, hrmm, senyap, termenung, berhenti, merunggut, sana, tepuk, melangkah, perasaan, gembira, berbaur, sedih, mendail, telefon, menangis, ucap, membesarkan, berkorban, balas, buang, terbiat, terpingga, pingga, nampak, hantar, sayur, tambah, bayar, paling, mengangkat, pinggannya, menghulurkan, janji, kecilnya, menggalir, susahnya, menahan, sebak, meminta, membungkus, niat, tersentak, sejurus, meletakkan, pesan, dikongsi, tadinya, disusuli, doa, rezeki, engkau, kurniakan, sesungguhnya, selepas, beredar, berfikir, namun, meleset, terdapat, keempat, menadah, tangan, berdoa, sementara, menunggu, butang, blackberry, rancak, picit, ber, terperasan, pesanan, lima, sepasang, suami, isteri, berkata, amboi, makcik, nih, kata, tersenyum, kelaparan, teh, ais, limau, bersiap, kegemaran, menghidangkan, menjilat, mangkuk, mesti, surirumah, bersebelah, dinding, menghampiri, sayup, kedengaran, azan, zohor, mandi, menunaikan, tanggungjawab, kembali, maklum, diisi, bilik, cadar, sarung, bantal, tukarkan, puas, tertidur, kepenatan, setibanya, teruk, main, dari, melaka, hentian, rehat, seremban, err, sebab, sedap, amatlah, hargai, ewahh, sekali, sebarang, samada, ataupun, jika, harga, berpatutan, sepanjang, shah, 6894091, menyewa, diera, 013, 5566667, berkunjung, sekat, tarikh, menghadirkan, kehadiran, pengunjung, pendorong, semangat, menguruskan, dimasa, anjuran, marilah, hujung, proses, mempertaruhkan, kehebatan, dikenali, disediakan, penajaan, perlulah, bersusah, payah, usung, dram, gitar, nanti, peralatan, kemudahan, 100, bermain, jangan, risau, utnuk, kalangan, punyai, kemahiran, salurkan, inilah, peluang, mencari, terpendam, menganjurkan, daftarkan, bertanya, cuba, menjawab, berhubung, mempunyai, sertai, bernilai, 2500, serendah, 250, berusia, hingga, memiliki, kesihatan, ditawarkan, bertanding, goodie, bags, tubuh, badan, terbuka, yakin, sebutkan, stesen, lrt, diharapkan, kunjungan, aktiviti, diadakan, sempena, peniaga, pameran, mini, copper, terletak, berhadapan, mengadakan, bertempat, menyediakan, perkhimatan, war, warkan, dikira, izinkan, bercerita, sebanyak, event, close, hide, your, shoutmix, chat, widget, view, over, internet, bloggers, photograph, explain, their, hence, title, idea, itself, says, much, doesn, need, any, description, well, kat, komen, shout, then, faham, memudahkan, turun, serta, meriah, segmen, enough, back, happy, now, today, kongsi, murah, perlukan, didapati, diperlukan, days, challenge, home, top, menu,
Text of the page (random words):
iakan pelbagai perkhimatan pengurusan majlis dan sebagainya syarikat ini akan mengadakan satu karnival yang dipanggil santai karnival 2013 bertempat di dataran petaling jaya pada 15 dan 16 jun ini dataran petaling jaya berhadapan dengan amcorp mall petaling jaya ame yakin ramai diantara para pembaca tahu dimana dataran petaling jaya yang ame sebutkan dataran petaling jaya terletak berhampiran dengan amcorp mall dan stesen lrt santai karnival dua hari ini diharapkan dapat menarik kunjungan belia dan juga keluarga dengan itu pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena santai karnival ini antaranya ialah gerai gerai jualan daripada para peniaga pertandingan futsal battle of the bands pameran kereta mini copper dan sebagainya terlalu banyak untuk ame senaraikan disini pertandingan futsal santai karnival 2013 pertandingan futsal santai karnival 2013 ini terbuka kepada belia berusia 16 hingga 30 yang memiliki kesihatan tubuh badan yang baik pelbagai hadiah menarik ditawarkan kepada pasukan yang bertanding antaranya ialah t shirt penyertaan goodie bags dan pelbagai lagi dengan yuran pendaftaran serendah rm 250 00 anda dan pasukan anda mempunyai harapan untuk membawa pulang hadiah tempat pertama yang bernilai rm 2500 00 berbaloi untuk anda sertai pertandingan ini kepada siapa yang berminat untuk daftarkan pasukan anda dan bertanya dengan lebih lanjut mengenai pertandingan futsal ini anda boleh lah berhubung terus dengan ame di talian 017 3267985 ame akan cuba sedaya upaya ame untuk menjawab segala pertanyaan berkaitan dengan pertandingan futsal ini battle of the bands santai karnival 2013 mungkin ada diantara anda yang tidak tahu bermain futsal jangan risau tuan tuan puan puan kami ada juga menganjurkan battle of the bands pada hari berkenaan battle of the bands ini adalah lebih kepada utnuk mencari bakal bakal terpendam dan baru di kalangan belia kita ada diantara kita yang punyai bakat dan kemahiran tapi tiada tempat untuk salurkan bakat berkenaan ha tunggu apa lagi inilah peluang anda dengan yuran pendaftaran hanya rm 100 00 anda dan band anda bakal dikenali dengan menyertai pertandingan ini segala peralatan dan kemudahan ketika pertandingan akan disediakan oleh pihak kami dan itu adalah diatas penajaan jadi tidak perlulah anda bersusah payah usung dram gitar dan sebagai ke dataran petaling jaya itu nanti kepada siapa yang berminat untuk mempertaruhkan kehebatan band anda dengan menyertai pertandingan ini tunggu apa lagi hubungi terus ame di talian 017 3267985 dan sedaya upaya ame akan membantu anda dalam proses pendaftaran dan segala pertanyaan berkaitan dengan battle of the bands ini jadi tunggu apa lagi tuan tuan dan puan puan marilah kita memeriahkan hujung minggu kita dengan berkunjung ke santai karnival 2013 pada 15 dan 16 jun sekat tarikh itu siap siap untuk menghadirkan diri dan sama sama memeriahkan karnival anjuran j ideas management ini kehadiran para pengunjung kami harapkan dapat menjadi pendorong dan semangat kepada kami dalam menguruskan pelbagai majlis dimasa akan datang sekali lagi untuk sebarang pertanyaan samada mengenai pertandingan futsal dan battle of the bands anda boleh hubungi ame di talian 017 3267985 ataupun diera di talian 013 5566667 ohh jika ada yang berminat untuk menyewa tapak tapak jualan dengan harga yang berpatutan sepanjang santai karnival ini boleh lah hubungi terus shah di talian 017 6894091 penyertaan anda amatlah kami hargai ewahh 3 comments kerana semangkuk tom yam setibanya aku di puncak alam aku terus pulang ke rumah tanpa singgah dimana mana untuk makan walaupun perut aku ketika itu berbunyi teruk lapar bukan main maklumlah jam 6 pagi bergerak dari melaka tanpa makan apa apa singgah di hentian rehat seremban untuk makan pun tak habis err sebab tak sedap aku kemas bilik yang empat hari aku tinggal cadar dan sarung bantal aku tukarkan dengan yang baru selesai kemas baru puas hati aku aku tertidur kepenatan sayup kedengaran azan zohor aku bangun mandi dan terus menunaikan tanggungjawab aku selesai perut aku kembali berbunyi maklum di rumah mama belum sempat lapar dah diisi dengan makanan disini makanan kena dicari tidak dihidangkan di meja seperti di rumah haha aku pun bersiap dan terus bergerak ke salah satu restoran kegemaran aku restoran yang menghidangkan tom yam yang sehingga menjilat mangkuk lah lol aku perhatikan orang ramai meja hampir penuh maklumlah hari cuti mesti ramai surirumah malas nak masak dan makan diluar saja aku memilih meja bersebelah dengan dinding berhampiran dengan tv pelayan menghampiri aku makan apa dik abang saya nak tom yam campur telur dadar kailan ikan masin dan nasi putih ya ohh nasi lebih air pula saya nak teh o ais limau itu je kata aku sambil tersenyum kelaparan sementara menunggu hidangan sampai butang blackberry tua aku rancak aku picit ber tweet dengan kawan kawan tiba tiba aku terperasan pelayan menghantar pesanan meja hadapan aku lima pinggan nasi putih dan semangkuk tom yam campur aku perhatikan meja tersebut ada sepasang suami isteri dan dua orang anak mereka hati kecil aku berkata amboi makcik nih cuti cuti malas masak ya selepas pelayan itu beredar aku berfikir pelayan tersebut akan menghantar lauk pauk lain untuk keluarga di meja hadapan aku namun sangkaan aku meleset itu sahaja lah yang terdapat di atas meja mereka semangkuk tom yam campur dan nasi putih keempat empat mereka mula menadah tangan dan mula berdoa terima kasih ya tuhan diatas segala rezeki yang engkau telah kurniakan kepada kami untuk hari ini sesungguhnya kami makan untuk hidup bukan hidup untuk makan dan disusuli dengan doa makan aku tersentak sejurus itu pelayan meletakkan nasi putih tom yam campur kailan ikan masin dan telur dadar yang aku pesan tadi di meja aku untuk aku seorang makan sedangkan meja hadapan aku semangkuk tom yam dikongsi empat orang mata aku masih lagi memerhati meja hadapan tom yam semangkuk itulah mereka kongsikan berempat hati aku sayu perut yang tadinya lapar menjadi kenyang aku terus memerhati keluarga tersebut anak yang paling kecil sedang selera makan tiba nasinya di pinggan habis si ibu lantas mengangkat pinggannya dan menghulurkan nasinya kepada si anak ibu tak kenyang tak apa janji anak kecilnya kenyang sayu air mata aku menggalir bayangkan betapa susahnya aku menahan sebak di restoran tersebut aku bangun dan meminta pelayan tersebut membungkus lauk pauk aku niat aku nak makan di rumah abang nampak tak keluarga yang duduk di meja 12 itu boleh tak abang hantar apa apa lauk sayur telur dadar ohh ya tambah lagi semangkuk tom yam campur saya bayar ya untuk yang itu pelayan tersebut terpingga pingga aku cakap buat saja lah aku melangkah keluar daripada restoran tersebut dengan perasaan gembira berbaur sedih lantas aku mendail nombor telefon mama sambil menangis aku ucap terima kasih kepada mama kerana telah membesarkan aku dan banyak berkorban untuk aku mama balas kau kenapa dik buang terbiat lol mama mama aku duduk senyap di dalam kereta aku termenung aku patut bersyukur dengan apa yang aku ada hari ini aku patut berhenti merunggut dan terima apa saja kerana hari ini aku sedar diluar sana ramai lagi orang yang berusaha untuk hidup dan peroleh apa yang mereka mahu tapi kenapa kita yang sudah peroleh sesuatu itu kenapa tidak kita bersyukur tepuk dada tanya selera kebanyakkan anak muda pada hari ini sukar mensyukuri apa yang mereka ada kerana apa kerana mereka miliki tanpa perlu berusaha keras petik saja jari haa ada di depan mata seperti di restoran tadi keluarga di meja hadapan aku berkongsi lauk sedangkan di meja lain lauk tak luak pun dah ditinggalkan macam mana tu hrmm dan kerana semangkuk tom yam aku sedar akan sesuatu dan belajar untuk bersyukur 4 comments kad diskaun siswa 1malaysia salam 1malaysia perhatian kepada para siswa dan siswa di malaysia saya perkenalkan kepada anda kad diskaun siswa 1malaysia apa yang anda tahu mengenai kad ini nothing ok biar saya ceritakan serba sedikit ya 1 kad ini diwujudkan adalah untuk membantu mengurangkan kos dan sara hidup pelajar pelajar institut pengajian tinggi awam mahupun swasta di seluruh malaysia dah nama pun kad diskaun kan _ 2 melalui kads1m para pelajar akan mendapat diskaun bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih tertakluk kepada syarat syarat yang ditetapkan oleh syarikat syarikat yang mengambil bahagian senarai syarikat yang mengambil bahagian penginapan pengangkutan makanan minuman buku alat tulis produk it dan banyak lagi yang tidak perlu rasanya saya senaraikan disini terlalu banyak lol penulis bersama kad diskaun siswa 1malaysia beliau lol 3 semua pelajar ipt awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat kads1m 4 pelajar tidak perlu membuat permohonan kads1m akan disalurkan secara automatik kepada pelajar melalui pihak pentadbiran ipt masing masing kads1m diberi secara percuma kepada pelajar ipt warganegara malaysia caj rm2 00 akan dikenakan bagi setiap kad yang hilang gantian harapan saya dengan adanya kad diskaun siswa 1malaysia ini kos sara hidup pelajar di universiti dapat dikurangkan dan juga para pelajar itu sendiri tidak menyalahgunakan kad ini di masa akan datang saya yang juga seorang pelajar benar benar menghargai usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban kami semua selaku pewaris tampuk pemerintahan kerajaan di masa depan p s selamat berhujung minggu siswa siswi sekalian 8 comments mcd puncak alam dirompak hi pagi 1 julai 2012 sedang seronok bertweet sebentar tadi tiba tiba perhatian saya tertumpu dengan satu tweet daripada rakan tweet heybya mengatakan mcdonald puncak alam kena rompak kena acu dengan parang first time kena ugut bunuh pada mulanya sukar untuk saya percaya tweet tersebut sehingga lah beberapa tweet dan gambar kejadian menyusul oleh mangsa mangsa lain yang juga para pelajar uitm puncak alam kebetulan sedang minggu peperiksaan ramai di antara mereka memilih mcdonalds sebagai tempat mentelaah pelajaran gambar daripada twitter account _umair_ dipercayai perompak datang dengan menaiki sebuah kereta buatan malaysia kemain buatan malaysia ye tak satria berwarna hitam dengan nombor pendaftaran whu 3832 mereka berlima dikatakan memakai topi keledar ketika melakukan rompakan dan menurut saksi daripada cara percakapan dan gertak mereka sepertinya mereka adalah orang melayu gambar daripada twitter account _umair_ menurut saksi kejadian iaitu mereka yang berada disana perompak sempat membawa lari mesin kira kira dan juga beberapa buah komputer riba milik para pelajar yang sedang sibuk mentelaah pelajaran disana dengan bersenjatakan parang mereka begitu tekad merompak mcdonalds yang penuh dengan para pelajar dan menurut teman serumah saya ini bukan kali pertama mcdonalds puncak alam ini dirompak sebelum ini pernah terjadi kes rompakan tapi tidak seteruk kali ini selamatkah kawasan tempat tinggal kita hari ini gambar daripada twitter account _umair_ tiada kemalangan jiwa dilaporkan kesemua mereka yang berada disana selamat dengar khabar nya dua daripada pelajar perempuan masih trauma dengan apa yang berlaku mana tidak nya kalau parang panjang itu diacukan di depan muka mereka kan untuk cerita mahupun tweet mengenai kejadian rompakan mcdonalds puncak alam boleh lah anda ke twitter account _umair_ dan juga heybya p s biar barangan tergadai kerana ianya boleh dicari ganti andai nyawa tergadai mana nak cari ganti hoi 16 comments wedding abraham lincoln hi pada 24 jun 2012 yang lepas saya dan beberapa orang rakan telah menghadiri satu majlis perkahwinan salah seorang rakan kami majlis perkahwinan tersebut berlangsung di dewan serbaguna kuala lumpur infrastructure university college kliuc dengan menaiki kereta ahmad faris syazwan kami berempat bergerak menuju dewan tersebut tepat jam 12 tengah hari pada sangkaan kami kami telah terlewat apabila sampai disana rupanya kami merupakan tetamu yang terawal hadir dewan masih lengang walaupun jam sudah hampir 1 petang tanpa berlengah lagi kami mengambil tempat meja yang agak hampir dengan pelamin dan meja makan pengantin mudah untuk kami mengambil gambar kemudian jam menunjukkan 1 petang ketika itulah begitu ramai tetamu memasuki dewan berduyun duyun makan nasi minyak nasi putih dan pelbagai jenis lauk pauk dihidangkan kepada kami hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sedapnya segala hidangan pada hari tersebut mulut kami terkunci rapat ketika menikmati nasi minyak masing masing tiada sepatah perkataan pun yang keluar daripada mulut kami masing masing menikmatinya dengan penuh nikmat eh pengantin hilang pergi bergambar dengan sanak saudara kami naik pelamin pula ha selesai melantak menikmati nasi minyak kami mula lah tergedik gedik dengan pengantin untuk bergambar oleh kerana pengantin mengutamakan sanak saudara terlebih dahulu untuk bergambar kami melarikan diri ke atas pelamin dan duduk disitu ketika itu kebanyakan tetamu yang hadir bermuka pelik dan apakah kesah pula kami kan dah kenyang kami menuju ke alamanda putrajaya pula untuk menonton abraham lincoln the vampire hunter saya katakan disini ianya benar benar berbaloi untuk menonton cerita yang seperti ini tidak perlu saya cerita kan dengan lebih lanjut mengenai cerita ini anda boleh menonton sendiri di panggung wayang berhampiran anda ha keseluruhannya saya beri 4 5 daripada 5 bintang kalau ada diantara kamu yang ajak saya teman untuk menonton cerita ini eh saya sanggup okayy percayalah cerita ini ada elemen urut dada maksud saya elemen terkejut terkejut banyak bayangkan vampire hilang sekelip mata tiba tiba menjerit depan mata anda ha okayy nak selitkan disini apa yang saya pakai pada hari berkenaan tidak perlu lah saya tuliskan t shirt saya daripada mana seluar saya jenama apa kasut saya beli dimana ya haha saja ingin kongsikan kepada anda apa yang saya pakai ha color blocking uols bertemu kita di entry akan datang jaga diri dan selamat berhujung minggu semua p s sorry for the long post kesah lol 2 comments tahukah anda tahukah anda saya masih di sini masih mahu berblog masih mahu menaip entry masih mahu membaca entry tapi manusia biasa seperti saya tidak dapat mengelak daripada sejenis penyakit yang dipanggil malas malas merupakan penyakit yang boleh dikatakan sudah sebati dengan manusia sejak berzaman zaman lagi baik yang tua mahupun yang muda kita semua berpotensi untuk dijangkiti penyakit malas ini bukan tidak mahu update blog kesayangan ini cuma penyakit malas mengatasi segalanya bila dah malas apa pun tak boleh kann haha menongkat dahu merupakan ciri ciri orang yang dijangkiti penyakit malas sehingga ke hari ini penawar bagi penyakit ini masih belum ditemui maka hanyut lah mereka yang melayan penyakit malas ini kelak merana diri lol harapnya saya dapat tangani penyakit malas ini agar ianya tidak memudaratkan diri saya kelak seboleh bolehnya saya akan usahakan untuk memberikan menyajikan kepada anda satu hari satu entry sekian terima kasih 6 comments older posts visitors find me on facebook blog archive blog archive june 1 may 1 october 1 july 1 j...
|