Meta tags:
Headings (most frequently used words):
puteri, 2009, may, blog, bangsa, ku, sunday, monday, tuesday, dan, di, ketua, anak, kedah, july, 12, june, 26, 19, 17, wednesday, 13, assalamualaikum, salam, sejahtera, about, me, archive, my, list, umno, website, rasmi, followers, seharian, merayau, manek, urai, azizan, razak, babi, lebih, utama, dari, orang, kg, tok, bidan, bakti, naib, malaysia, kepada, aktiviti, pada, hari, jururawat, sikap, terpuji, adun, dap, pkr, norashimah, md, nowar, kelahiran, demi, utara,
Text of the page (most frequently used words):
puteri (108), yang (91), dan (85), umno (65), kedah (44), untuk (40), #kepada (37), adun (32), telah (29), dengan (28), kita (26), dewan (24), ini (22), dari (21), tidak (20), itu (18), ketua (17), rakyat (17), dia (17), negeri (17), anak (17), pembangkang (16), malaysia (15), pakatan (15), dalam (14), mereka (14), utara (13), kerajaan (13), lebih (12), oleh (12), akan (12), tak (12), juga (12), jururawat (12), 2009 (11), hari (11), kampung (11), exco (10), seorang (10), bangsaku (10), ada (10), pada (10), sebagai (10), pihak (10), shima (10), bukan (10), shahanim (10), babi (10), islam (9), baru (9), encik (9), sia (8), blog (8), kata (8), manek (8), urai (8), lagi (8), memberikan (8), tugas (8), dun (8), tindakan (8), penduduk (8), perak (7), perjuangan (7), demi (7), namun (7), maka (7), posted (7), agar (7), program (7), satu (7), pergerakan (7), kerana (7), setiausaha (7), speaker (7), sivakumar (7), amat (7), pas (7), azizan (7), apa (6), may (6), comments (6), besar (6), bangsa (6), bagi (6), memberi (6), menjalankan (6), bahawa (6), tapi (6), ikhlas (6), menjadi (6), orang (6), berjaya (6), naib (6), duduk (6), menghalang (6), beberapa (6), adalah (6), tok (6), dok (6), politik (5), boleh (5), tanahair (5), atau (5), dapat (5), diri (5), tentang (5), peluang (5), masyarakat (5), sumbangan (5), sekali (5), nya (5), kerani (5), sekolah (5), walaupun (5), beliau (5), setelah (5), tempat (5), meraikan (5), selain (5), universiti (5), razak (5), rumah (5), bidan (5), nak (5), melayu (4), wilayah (4), agak (4), allah (4), sememangnya (4), maha (4), semua (4), sesama (4), bersama (4), hanya (4), kelahiran (4), sama (4), secara (4), tahun (4), tahniah (4), khidmat (4), bakti (4), jangan (4), membantu (4), atas (4), duit (4), banyak (4), sumber (4), undangan (4), kesalahan (4), sidang (4), memasuki (4), mengambil (4), timbalan (4), tuanku (4), tetapi (4), sehingga (4), hsah (4), katanya (4), masa (4), begitu (4), dirobohkan (4), jugak (4), kena (4), ahmad (4), maslan (4), menang (4), kelantan (4), rasmi (3), timur (3), rosnah (3), facebook (3), depa (3), years (3), ago (3), baik (3), seharian (3), membina (3), jika (3), tersebut (3), sejahtera (3), didalam (3), zaman (3), bila (3), mata (3), perubahan (3), sahaja (3), manusia (3), dasar (3), dakyah (3), lain (3), informasi (3), seperti (3), hal (3), semasa (3), aktiviti (3), salah (3), ketika (3), kuasa (3), jasa (3), inilah (3), anda (3), pula (3), sering (3), mahupun (3), semangat (3), wang (3), dulu (3), masih (3), tahu (3), mengalami (3), hanyalah (3), aktif (3), selepas (3), kerusi (3), ahli (3), mengeluarkan (3), kesat (3), mei (3), sebahagian (3), masuk (3), dipertua (3), keong (3), siong (3), tujuan (3), raja (3), muda (3), prosiding (3), aturan (3), berkenaan (3), serta (3), membawa (3), dikhaskan (3), menteri (3), perintah (3), bahagian (3), segera (3), sikap (3), sambutan (3), sentiasa (3), sempena (3), majlis (3), melanjutkan (3), pelajaran (3), peringkat (3), mendapat (3), janji (3), menangguhkan (3), merobohkan (3), kandang (3), pujian (3), begitulah (3), kat (3), rajin (3), sangat (3), time (3), pun (3), pulak (3), kan (3), harap (3), takkan (3), reti (3), buat (3), com (2), kuala (2), masjid (2), tanah (2), jatuh (2), pasti (2), paling (2), june (2), merayau (2), july (2), profile (2), serikandi (2), minda (2), berbakti (2), saya (2), sebarang (2), komen (2), cadangan (2), melanggar (2), budaya (2), disampaikan (2), kasih (2), assalamualaikum (2), wallahua (2), bis (2), bersatu (2), mempertahankan (2), kehormatan (2), hati (2), pengorbanan (2), keikhlasan (2), airmata (2), kembali (2), barisan (2), biasa (2), semoga (2), menafikan (2), musuh (2), pengisian (2), spiritual (2), bersesuaian (2), perniagaan (2), latihan (2), sebagainya (2), menyampaikan (2), berita (2), laporan (2), terkini (2), sayap (2), khususnya (2), kaca (2), tarikh (2), berada (2), saat (2), monday (2), wajar (2), bantuan (2), harus (2), calang (2), pemimpin (2), kami (2), sekadar (2), mungkin (2), pernah (2), kononnya (2), kepimpinan (2), kreadibiliti (2), sifat (2), hakikatnya (2), adakah (2), menjanjikan (2), menerima (2), sumbangannya (2), long (2), adik (2), nanti (2), pandai (2), kelebihan (2), marhein (2), diangkat (2), norashimah (2), nowar (2), isteri (2), kerenah (2), guru (2), bekerja (2), terpilih (2), wanita (2), hebat (2), menurut (2), dilakukan (2), melakukan (2), provokasi (2), berikut (2), tergesa (2), gesa (2), leong (2), menghina (2), daripada (2), persidangan (2), titah (2), ucapan (2), memulakan (2), sebanyak (2), kali (2), tian (2), hoe (2), keluar (2), dato (2), ganesan (2), teks (2), doa (2), membuat (2), abdullah (2), risalah (2), diketahui (2), tinggi (2), camera (2), menggagalkan (2), bentara (2), meluru (2), melalui (2), laluan (2), dibenarkan (2), mengatakan (2), perlu (2), tanda (2), suk (2), ditetapkan (2), ianya (2), persekutuan (2), tetap (2), perbarisan (2), menunjukkan (2), awam (2), bertujuan (2), hospital (2), jawatankuasa (2), sunday (2), sini (2), perkhidmatan (2), dihargai (2), berkata (2), inisiatif (2), sungai (2), petani (2), ibu (2), wad (2), bersalin (2), diraikan (2), diadakan (2), tanggungjawab (2), setiap (2), click (2), tuesday (2), menimba (2), ilmu (2), berharap (2), tempatan (2), sedikit (2), melihat (2), terbiar (2), manifesto (2), nampaknya (2), syabas (2), prihatin (2), tauke (2), limau (2), takbir (2), allahu (2), akbar (2), kesan (2), sesungguhnya (2), virus (2), memuji (2), sabar (2), haruslah (2), berbanding (2), lama (2), prk (2), geng (2), cara (2), betul (2), calon (2), kekuatan (2), segelintir (2), adab (2), sopan (2), sahabat (2), nik (2), miskin (2), hasil (2), sedekah (2), patung (2), skip (2), inteliture, followers, kulim, kubang, pasu, kepala, batas, pemuda, online, wanitaumno2u, web, website, arau, ipoh, pulai, johor, setiawangsa, gopeng, labuan, ayer, molek, lembah, pantai, putei, melaka, dang, maimunah, ismalina, ampang, shahaniza, pahang, wan, salwati, mas, ermieyati, jerlun, rina, shirlin, ismaiza, anita, murad, zauyah, gerbang, tempur, maya, kmu, dot, net, mukhriz, kesah, aloqstaq, gempar, mahathir, angkat, sumpah, the, antics, husin, lempoyang, option, tsmy, putuskan, wadah, list, archive, view, complete, mendokong, meninta, lakaran, air, perlis, pinang, about, mengalu, alukan, idea, kritikan, tatasusila, kesopanan, akhlak, rasulullah, teragak, memadam, ingin, buah, fikiran, pertanyaan, silalah, emailkan, terima, puteribangsaku, yahoo, salam, subscribe, posts, atom, home, lam, sawaab, allahuakbar, zim, agung, bangunlah, alif, jujurlah, ikhlaslah, kesepakatan, kukuhlah, mengejar, matlamat, berzaman, jitulah, menangkis, cabaran, peliharalah, martabat, dahaga, marilah, disaat, pulih, tsunami, bangun, berpadu, tenaga, keringat, uttuk, melahirkan, generasi, madani, seiring, buangkan, keruh, terjadi, diantara, ambil, jernih, melambangkan, harungi, kepayahan, kegembiraan, senda, tawa, atur, disegani, kawan, lawan, maafkanlah, segala, kekhilafan, melanda, lari, segalanya, memperbaiki, bermuhasabah, pejuang, tulennya, fitnah, merosakkan, menyerang, zahir, ataupun, tersembunyi, selimut, penting, memartabatkan, jiwa, rohani, jasmani, selesai, selagi, nyawa, kandung, badan, fundemantel, kerohanian, peredaran, praktikal, wasatiah, menyediakan, kepelbagaian, teknologi, pertanian, ict, pekerjaan, kemahiran, menjalin, silaturrahim, ehwal, isu, mengeratkan, perpaduan, dikalangan, batil, fikirkan, terpenting, nafas, semenanjung, mendaulatkan, konteks, pemikiran, 4hb, april, bersamaan, jamadilawal, 1430, hijrah, lahirlah, sedang, pasca, peralihan, dilanda, revolusi, lahir, berilah, sokongan, she, not, even, being, tested, yet, kesempatan, buktikan, masanya, ingat, sendiri, lupa, daratan, mabuk, teguran, kritik, keutuhan, mempertikaikan, prejudis, bersikap, syak, wasangka, buruk, suu, zhon, sebenarnya, mengimpikan, apatah, sedar, takkanlah, dirinya, mahu, menggapai, jawatan, panas, memerlukan, jadi, dibawah, perwatakan, attitude, performance, dipilih, diketuai, itulah, bukanlah, kelemahan, berduit, dihulurkan, layak, mengetuai, diharapkan, darinya, buanglah, tabiat, cari, sihat, berasal, anwar, ibrahim, facto, sekarang, khidmatnya, pengorbanannya, yanga, malah, seluruh, termasuklah, mak, pak, lang, cik, ngah, bangku, pasal, generate, lokek, sedarkah, merupakan, fresh, pengalaman, maknanya, realiti, kehidupan, golongan, akar, umbi, bawah, tempatnya, kini, diiktiraf, binti, belantik, indivividu, pastinya, berurusan, pengurusan, pelajar, low, suaminya, diluar, waktu, insan, mengenali, vip, berpublisiti, sik, perlantikan, tamatlah, spekulasi, pemilihan, menumpukan, perhatian, memenangi, kepadanya, suraya, bekas, belaka, wednesday, menyenaraikan, sebilangan, para, kawasan, pegawai, disenaraikan, 7hb, khaskan, mewujudkan, puan, hee, yit, foong, dihina, dilemparkan, kertas, mee, meng, bahasa, cina, barmaksud, pergi, mati, engkau, seah, peng, pasir, bedamar, keranji, baju, jubah, dicuri, disorok, belakang, bilik, rehat, varatharaju, naidu, angkuh, mengingkari, mengingatkan, enam, berhubung, yew, sengaja, dibawa, dilantik, bacaan, dirampas, dirosak, dikoyakkan, yiew, menghempas, mejanya, hampir, minit, bising, khalil, idham, lim, titi, serong, mencetak, sumbernya, mengedarkan, jalong, tebing, menyerahkan, memory, card, video, digital, wartawan, hebahan, cokmar, simbolik, termasuk, ngeh, koo, ham, nga, kor, ming, naik, tingkat, pengawal, peribadi, menasihati, mengiringi, kamar, diendahkan, sebaliknya, urusan, diselesaikan, dahulu, alih, mengoyak, nama, empat, lima, bermaksud, usul, menyalahgunakan, meminta, bebas, melanggari, keputusan, mahkamah, rembangkang, melemparkan, buku, arah, menghadiri, sesi, awal, tamat, seterusnya, nasional, mempunyai, niat, haru, biru, kekacauan, mikrofon, dirosakkan, pejabat, perhubungan, korporat, dua, panggilan, ugutan, bertanggungjawab, terdapat, bom, bangunan, mengelakkan, bersidang, turut, ditolak, kecederaan, kaki, mengikut, peraturan, terpaksa, mendapatkan, rawatan, mengesa, hak, kebebasan, bermesyuarat, mengantung, perbuatan, terlampau, terpuji, dap, pkr, comment, suasana, meriah, sultan, abdul, halim, membuktikan, kumpulan, penjawat, penyelia, siti, asa, menurutnya, pihaknya, menyangka, kunjungan, menanti, bayi, situ, mengucapkan, setinggi, penghargaan, sudi, merangka, kek, pulut, kuning, kemeriahan, terasa, cuma, sederhana, gus, membakar, menunaikan, hadir, ialah, mohd, yusuff, bersempena, lawatan, serentak, menghargai, mengenang, berkorban, berusaha, merawat, pesakit, bermacam, macam, sinar, harian, alam, sowab, berdoalah, disalah, anggap, sesetengah, harapan, bersungguh, sungguh, menara, gading, berilmu, datang, pulang, tulus, berdedikasi, menaikkan, anjakan, dibangku, gigih, mencapai, tahap, tertinggi, luar, negara, berbentuk, tunai, rm100, sebuah, kamus, kegunaan, apabila, kampus, kelak, isi, bermakna, 200, serata, jelapang, padi, dianjurkan, kosong, sebelum, memuatkan, pilihanraya, lalu, imbuhan, omongan, semata, mengaburi, petang, 29hb, jumaat, lokasi, rantau, panjang, kota, budi, semai, tuai, mendahului, mengadakan, anjuran, minggu, butiran, slogan, selaku, bangganya, menandatangani, surat, kelulusan, berkuasa, supaya, premis, penternakan, alor, setar, diucapkan, sensitiviti, beragama, berterima, ihsan, menghirup, udara, segar, menguntungkan, bertepatan, laungan, diberikan, haiwan, ternyata, bahaya, influenza, h1n1, ralyat, kebal, maut, jutaan, berbesar, seronok, mengalirkan, gembira, muji, meruntuhkan, kediaman, rayuan, terhadap, sudah, dibuat, masalah, berpendapatan, rendah, kesulitan, penempatan, komited, kesejahteraan, ditangguhkan, manakala, menyusahkan, hidup, pimpinan, dijaga, menderita, eloklah, digantikan, mulia, sisi, undi, membalasnya, utama, menyepikan, busy, sikit, kebelakangan, balik, somewhere, menyelesaikan, delay, sempat, singgah, meninjau, perkembangan, sana, gaya, penerangan, hulu, hilir, mendekati, hemoi, setempat, tahulah, jeles, semacam, takdan, ligan, pru, laaa, berdasarkan, perkiraan, semestinya, merujuk, kedua, belah, dinafikan, kalau, majoriti, kempen, faktor, bleh, ditafsirkan, bentuk, jelik, berkempen, terkinja, kinja, terhegeh, hegeh, pekan, gelak, mengilai, sembang, bergebang, maghrib, public, elok, tengok, buruknya, jaga, ketimuran, batasan, rujuk, agama, gadis, sangka, tegur, sebab, sayangkan, tunjuk, srikandi, dijadikan, contoh, bahan, kutukan, keadaan, sepanjang, tinjauan, marayau, disana, cukup, celik, memilih, paksa, rasa, terbaik, selama, pemerintahan, leader, aziz, peruntukan, sampai, bangunkan, negerinya, mana, balak, cukai, industri, siam, kot, dah, berjimat, buddha, dibina, ermmm, alahai, pok, oii, mahir, kerja, tunggu, ketentuan, esok, sidebar, main,
Text of the page (random words):
a gading dan menjadi manusia yang berilmu pada masa akan datang selain itu beliau juga berharap agar anak anak kedah ini akan pulang berbakti di negeri kedah negeri kelahiran mereka dengan tulus ikhlas dan berdedikasi selain bertujuan untuk menaikkan semangat anak anak kedah ini pn shahanim juga berharap agar sumbangan ini menjadi satu anjakan kepada anak anak kedah yang masih dibangku sekolah untuk lebih gigih menimba ilmu sehingga mencapai tahap tertinggi di universiti universiti tempatan mahupun di luar negara berdoalah agar keikhlasan puteri umno ini tidak disalah anggap oleh sesetengah pihak ikhlas demi rakyat adalah tanggungjawab bersama wallahua alam bis sowab posted by puteri bangsaku at 9 15 pm 2 comments tuesday may 19 2009 aktiviti puteri pada hari jururawat suasana meriah ketika sambutan hari jururawat di hospital sultan abdul halim di sini membuktikan perkhidmatan dan pengorbanan kumpulan penjawat awam itu sememangnya sentiasa dihargai oleh masyarakat penyelia jururawat hsah siti asa abdullah berkata inisiatif puteri umno bahagian sungai petani untuk meraikan jururawat hsah sempena sambutan hari jururawat sememangnya amat dihargai menurutnya pihaknya sama sekali tidak menyangka kunjungan puteri ke hsah untuk meraikan wanita yang menanti saat kelahiran bayi mereka di situ sempena hari ibu adalah juga untuk bersama meraikan hari jururawat kami mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada puteri umno yang sudi merangka majlis meraikan hari jururawat di wad bersalin ini dengan membawa kek pulut kuning dan sebagainya kepada jururawat dan diraikan secara bersama dengan ahli ahli puteri selain itu kemeriahan majlis yang diadakan amat terasa walaupun cuma sederhana dan sekali gus membakar semangat jururawat di sini untuk menunaikan tanggungjawab dan perkhidmatan dengan lebih baik katanya hadir sama ialah naib ketua pergerakan puteri umno shahanim mohd yusuff shahanim berkata majlis yang diadakan itu adalah bersempena sambutan hari jururawat yang diraikan pada 12 mei setiap tahun katanya puteri mengambil inisiatif sempena lawatan mereka ke wad bersalin hsah untuk meraikan hari ibu dan hari jururawat secara serentak ini sebagai tanda puteri umno bahagian sungai petani menghargai dan mengenang jasa dan khidmat bakti jururawat yang sentiasa berkorban dan berusaha dalam merawat pesakit yang bermacam macam kerenah katanya sumber sinar harian click posted by puteri bangsaku at 1 45 am 1 comment sunday may 17 2009 sikap terpuji adun dap dan pkr menurut sumber dewan undangan negeri perak telah menyenaraikan sebilangan kesalahan kesalahan yang dilakukan oleh para ahli dewan undangan negeri pembangkang semasa sidang dewan undangan negeri mereka telah melakukan provokasi mengeluarkan kata kata kesat memasuki kawasan tempat duduk adun bn dan menghalang tugas pegawai dun itu berikut disenaraikan kesalahan kesalahan adun pakatan pembangkang yang dilakukan pada sidang dun 7hb mei 2009 1 sebahagian adun pakatan pembangkang tergesa gesa masuk ke dalam dewan untuk mengambil tempat duduk yang di khaskan untuk adun kerajaan 2 adun pakatan pembangkang mewujudkan provokasi kepada adun kerajaan dengan memasuki ke tempat duduk adun kerajaan 3 timbalan yang dipertua dewan negeri y b puan hee yit foong telah dihina oleh adun pakatan pembangkang dengan dilemparkan wang kertas oleh y b encik su keong siong dan y b encik leong mee meng 4 y b encik su keong siong telah mengeluarkan kata kata kesat dalam bahasa cina yang barmaksud pergi mati engkau dengan tujuan menghina kepada yb timbalan yang dipertua dewan 5 y b encik seah leong peng adun pasir bedamar dan y b encik su keong siong adun keranji dan beberapa orang lagi telah menghalang setiausaha dewan negeri daripada menjalankan tugas ketika persidangan 6 baju jubah setiausaha dewan negeri telah dicuri dan disorok di belakang kerusi di dalam bilik rehat speaker dewan undangan negeri 7 y b encik sivakumar a l varatharaju naidu dengan angkuh telah mengingkari titah ucapan tuanku raja muda perak yang telah disampaikan kepada setiausaha dewan negeri agar memulakan prosiding dan aturan dalam dewan setiausaha dewan negeri telah mengingatkan kepada y b sivakumar sebanyak enam kali berhubung titah ucapan tuanku berkenaan 8 y b encik yew tian hoe adun au long dengan sengaja telah duduk di kerusi yang dipertua dewan negeri perak setelah y b sivakumar dibawa keluar bagi menghalang y b dato r ganesan dari menjalankan tugas sebagai speaker baru yang dilantik 9 teks prosiding dan bacaan doa setiausaha dewan telah dirampas dari pada setiausaha dewan dan telah dirosak dan dikoyakkan y b encik yiew tian hoe juga telah menghempas teks prosiding dan doa di atas mejanya beberapa kali hampir 5 minit bagi tujuan membuat bising 10 y b encik khalil idham lim b abdullah adun titi serong telah mencetak risalah risalah yang tidak diketahui sumbernya dan mengedarkan kepada adun adun pakatan pembangkang 11 adun jalong dan adun tebing tinggi telah menyerahkan memory card video camera dan camera digital kepada pihak wartawan untuk tujuan hebahan pada pihak yang tidak diketahui 12 y b sivakumar telah menafikan serta menggagalkan bentara daripada membawa cokmar masuk ke dalam dewan sebagai simbolik rasmi untuk memulakan persidangan dewan 13 lebih 10 orang termasuk y b ngeh koo ham y b nga kor ming dan speaker adun pakatan pembangkang meluru naik ke tingkat 2 dengan melalui laluan yang tidak dibenarkan untuk mereka tetapi dikhaskan kepada pengawal peribadi tuanku 14 setiausaha dewan telah menasihati y b sivakumar agar mengiringi tuanku raja muda ke kamar di raja tetapi telah tidak diendahkan oleh y b sivakumar sebaliknya beliau mengatakan beliau ada urusan lain yang perlu diselesaikan dahulu 15 adun pakatan pembangkang telah meluru masuk ke dalam dewan dan mengambil alih tempat duduk yang dikhaskan untuk adun kerajaan serta telah mengoyak beberapa tanda nama adun kerajaan 16 empat atau lima adun pakatan pembangkang mengeluarkan kata kata kesat kepada y b suk yang bermaksud menghalang beliau menjalankan tugas 17 adun pakatan pembangkang menghalang y a b menteri besar dari membawa usul yang ditetapkan dalam aturan sidang dun 18 adun pakatan pembangkang menghalang timbalan speaker dan speaker y b dato r ganesan dari menjalankan tugas 19 speaker sivakumar telah menyalahgunakan kuasa dengan meminta y a b menteri besar dan 6 exco serta 3 adun bebas keluar dewan dan ianya melanggari aturan dewan yang ditetapkan dan menghina keputusan mahkamah persekutuan 20 adun pakatan rembangkang telah melemparkan buku perintah tetap dun ke arah y b timbalan speaker 21 tindakan sebahagian besar adun pakatan pembangkang tidak menghadiri sesi perbarisan tetapi memasuki dun lebih awal dan tindakan sebahagian lagi yang tergesa gesa memasuki dun selepas tamat perbarisan melalui laluan yang tak dibenarkan dan seterusnya mengambil tempat duduk yang dikhaskan kepada exco dan adun barisan nasional menunjukkan adun pakatan pembangkang mempunyai niat membuat haru biru dan kekacauan bagi menggagalkan sidang dun 22 5 6 mikrofon telah dirosakkan oleh beberapa adun pakatan pembangkang 23 pejabat bahagian perhubungan awam dan korporat telah menerima dua panggilan ugutan dari pihak tidak bertanggungjawab mengatakan bahawa terdapat bom di bangunan suk perak ianya bertujuan bagi mengelakkan dun dari bersidang 24 bentara dewan juga turut ditolak sehingga mengalami kecederaan di kaki semasa menjalankan tugas mengikut peraturan dewan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital rakyat mengesa jawatankuasa perintah perintah tetap dan jawatankuasa hak dan kebebasan wajar bermesyuarat segera untuk mengantung mereka yang melakukan perbuatan yang terlampau ini posted by puteri bangsaku at 12 18 am no comments wednesday may 13 2009 ketua puteri kedah norashimah md nowar tahniah kepada ketua pergerakan puteri umno kedah yang baru shima ketua puteri sik dengan perlantikan ini maka tamatlah spekulasi tentang pemilihan ketua puteri kedah yang baru selepas pn shahanim pn shahanim boleh menumpukan perhatian yang lebih setelah berjaya memenangi kerusi naib ketua pergerakan puteri umno malaysia tahniah juga kepadanya yb suraya yang juga bekas ketua puteri umno kedah telah terpilih menjadi salah satu exco wanita umno malaysia hebat hebat belaka puteri puteri umno kedah ni norashimah binti md nowar isteri adun belantik hanyalah seorang kerani sekolah seorang indivividu marhein yang pastinya sering berurusan dengan hal hal kerenah pengurusan sekolah guru guru dan pelajar seorang isteri yang low profile walaupun suaminya seorang adun shima banyak aktif diluar waktu bekerja dia hanya insan biasa bagi kaca mata orang orang tidak mengenali beliau dia bukan vip yang berpublisiti namun sedarkah kita semua bahawa itu juga merupakan kelebihan kepada shima dia fresh dia tahu dan mengalami banyak pengalaman sebagai rakyat marhein maknanya dia tahu realiti kehidupan golongan akar umbi dia sering berada di bawah untuk membantu masyarakat walaupun hakikatnya tempatnya sememangnya di atas dan kini bila dia diangkat dan diiktiraf oleh pihak puteri umno malaysia sebagai ketua puteri umno kedah diangkat menjadi ketua atas kreadibiliti sebagai seorang pemimpin puteri kedah bukan sebagai kerani kerani bukanlah satu kelemahan adakah kerana dia kerani sekolah yang tidak berduit untuk dihulurkan maka tidak layak untuk mengetuai puteri umno kedah adakah duit yang diharapkan darinya buanglah tabiat cari duit politik tu budaya tak sihat tu berasal dari anwar ibrahim de facto pakatan rakyat sekarang ni shima tidak menjanjikan duit dia menjanjikan khidmatnya dan pengorbanannya untuk rakyat bukan hanya puteri puteri kedah sahaja yanga akan menerima jasa dan sumbangannya malah seluruh rakyat kedah termasuklah mak long pak lang cik ngah mahupun adik adik yang masih di bangku sekolah pasal duit untuk program tu nanti pandai pandai la di generate pn shahanim dan pn rosnah pasti tak lokek membantu seorang yang ikhlas seperti shima jika anda semua mempertikaikan ikhlas nya shima maka anda mungkin prejudis dan bersikap syak wasangka buruk suu u zhon shima sebenarnya tidak pernah mengimpikan untuk menjadi seorang ketua puteri apatah lagi seorang ketua puteri umno negeri dia sedar takkanlah dirinya yang hanya seorang kerani maka dia mahu menggapai jawatan yang panas dan kononnya memerlukan wang jadi dia ikhlas membantu puteri umno kedah dibawah kepimpinan pn shahanim dulu dan di atas kreadibiliti sumbangan perwatakan attitude sifat sifat dan performance nya itu maka dia dipilih oleh kepimpinan puteri umno malaysia yang diketuai oleh yb rosnah dan pn shahanim itulah hakikatnya berilah dia peluang untuk memberi khidmat dan jasa bakti kepada puteri kedah dan rakyat puteri umno kedah wajar memberikan sokongan dan bantuan kepada shima untuk menjalankan tugas she is not even being tested yet so inilah kesempatan yang shima harus buktikan bahawa dia bukan calang calang pemimpin inilah masanya untuk shima memberi khidmat yang lebih kepada puteri kedah tapi ingat bukan kepada diri sendiri jangan lupa daratan anda dan jangan mabuk kuasa pula kami akan sering memberi bantuan mahupun teguran yang membina bukan sekadar kritik tapi membantu membina kembali keutuhan semangat puteri umno kedah tahniah sekali lagi posted by puteri bangsaku at 11 33 pm no comments monday may 4 2009 kelahiran puteri bangsa ku demi puteri puteri di utara hari ini pada tarikh 4hb april 2009 bersamaan dengan 9 jamadilawal 1430 tahun hijrah maka lahirlah blog perjuangan islam bangsa melayu dan tanahair ku ini ketika umno sedang berada di pasca peralihan kuasa di saat umno dilanda satu demi satu perubahan revolusi politik blog ini lahir untuk memberikan sumbangan kepada perjuangan umno sebagai salah satu sayap umno yang terpenting blog puteri bangsaku ini memberikan satu nafas baru bagi pergerakan puteri umno malaysia khususnya di wilayah utara semenanjung tanahair di dalam perjuangan mendaulatkan islam melayu dan malaysia di dalam konteks kaca pemikiran puteri puteri umno malaysia di fikirkan blog ini akan memberikan informasi terkini tentang puteri di wilayah utara seperti aktiviti aktiviti terkini laporan laporan tentang program program puteri utara informasi tentang dakyah dakyah batil pihak pembangkang mengeratkan perpaduan dikalangan puteri puteri wilayah utara menyampaikan berita berita dan hal ehwal isu semasa menjalin silaturrahim sesama puteri di utara dan masyarakat menyediakan kepelbagaian informasi seperti teknologi pertanian perniagaan ict peluang pekerjaan latihan latihan kemahiran dan sebagainya memberikan pengisian kepada puteri tentang islam secara fundemantel kerohanian spiritual bersesuaian dengan peredaran zaman secara praktikal dan wasatiah dan lain lain lagi semoga dengan kelahiran blog ini kita semua boleh memperbaiki diri kita sesama puteri bermuhasabah diri mempertahankan kehormatan diri sebagai pejuang umno dan dasar tulennya menafikan dakyah dan fitnah pembangkang yang merosakkan menyerang musuh musuh islam bangsa dan tanahair sama ada yang zahir ataupun yang tersembunyi didalam selimut dan yang paling penting memartabatkan pengisian jiwa rohani dan jasmani didalam perjuangan yang tidak akan selesai selagi nyawa di kandung badan marilah puteri puteri bangsaku kita bersatu hati disaat kita baru sahaja pulih dari tsunami politik tanahair kita bangun berpadu tenaga keringat dan pengorbanan uttuk melahirkan generasi islam umno madani yang seiring dengan zaman kita buangkan yang keruh yang telah terjadi diantara kita dan kita ambil yang jernih yang melambangkan keikhlasan sesama kita demi perjuangan kita harungi bersama kepayahan dan kegembiraan airmata dan senda tawa kita atur kembali barisan serikandi utara agar disegani kawan dan lawan kita maafkanlah segala kekhilafan yang melanda sesama kita kita hanya manusia biasa yang tidak dapat lari dari segalanya jujurlah kita pada perjuangan ikhlaslah kita pada kesepakatan kukuhlah kita didalam mengejar matlamat puteri umno zaman berzaman jitulah kita mempertahankan islam menangkis cabaran peliharalah martabat kehormatan bila puteri umno di mata rakyat yang dahaga perubahan allahuakbar allah itu sememangnya maha besar maha a zim dan maha agung bangunlah semua puteri bangsa ku di utara kita bersatu demi alif ba dan ta wallahua lam bis sawaab posted by puteri bangsaku at 2 28 am no comments home subscribe to posts atom assalamualaikum dan salam sejahtera saya mengalu alukan sebarang komen idea cadangan atau kritikan yang membina namun jika ada yang melanggar tatasusila kesopanan budaya timur lebih lebih lagi melanggar akhlak yang islam yang disampaikan oleh rasulullah maka saya tidak teragak agak untuk memadam komen tersebut kepada yang ingin memberikan sebarang cadangan buah fikiran atau pertanyaan silalah emailkan kepada puteribangsaku yahoo com terima kasih about me puteri bangsaku utara tanah air perlis kedah p pinang dan utara perak malaysia seorang serikandi puteri umno di utara yang mendokong perjuangan islam melayu dan tanahair meninta lakaran minda puteri demi berbakti kepa...
|