Meta tags:
Headings (most frequently used words):
2010, wednesday, 11, blog, cuti, raihanah, abdullah, monday, november, 01, september, 08, august, july, 14, friday, june, may, 26, about, me, visitors, cuckoo, news, followers, favourite, archive, dvd, kembara, usrah, salam, aidilfitri, semangat, bapak, saksikan, holy, land,
Text of the page (most frequently used words):
dan (35), pada (22), untuk (22), april (17), bapak (17), julai (15), yang (14), umrah (14), mei (14), 2010 (13), jun (12), dari (11), tanah (11), suci (11), kembara (10), irna (10), usrah (9), #raihanah (9), tempat (9), ogos (9), tidak (9), pakej (9), 2011 (9), yakin (8), lagi (8), ramadan (8), mac (8), dvd (7), tahun (7), travel (7), penggambaran (7), kami (7), saya (7), syawal (7), harga (7), dengan (6), seorang (6), tours (6), berita (6), menerusi (6), akan (6), allah (6), labels (6), comments (6), posted (6), bersama (6), mahu (6), biarpun (6), mengerjakan (6), ini (6), malam (6), anda (6), makkah (6), dua (6), september (5), years (5), ago (5), kenangan (5), empat (5), oleh (5), bukit (5), kuat (5), atau (5), setiap (5), beijing (5), hari (5), berpuasa (5), madinah (5), episod (5), november (4), orang (4), islam (4), pernah (4), kira (4), dalam (4), haji (4), terus (4), lebih (4), rakaman (4), krew (4), uhud (4), ustaz (4), turut (4), wednesday (4), itu (4), 41473699 (4), chi (4), mekong (4), pula (4), semangat (4), daripada (4), tetap (4), solat (4), hanya (4), may (3), june (3), july (3), august (3), blog (3), the (3), online (3), harian (3), bertugas (3), rakan (3), keluarga (3), tetamu (3), hotel (3), tv9 (3), abdul (3), masjidil (3), haram (3), makan (3), mereka (3), masjid (3), quba (3), mana (3), aidilfitri (3), jika (3), mengenai (3), hingga (3), meninggalkan (3), manis (3), kepada (3), abdullah (3), melancong (3), menunaikan (3), kad (3), hubungi (3), ibadat (3), mlm (3), hcm (3), boleh (3), besar (3), rm1 (3), penerbangan (3), mas (3), membeli (3), sana (3), cuti (3), ketika (3), madrasah (3), namun (3), semangatnya (3), terawih (3), satu (3), kerana (3), sunat (3), berpeluang (3), puasa (3), umat (3), percuma (3), ustazah (3), asni (3), bersejarah (3), december (2), 2008 (2), january (2), march (2), karyaseni (2), mata (2), hati (2), beberapa (2), selamat (2), datang (2), agensi (2), utama (2), wartawan (2), minat (2), menghasilkan (2), tiga (2), buku (2), banyak (2), masa (2), insya (2), kuala (2), lumpur (2), posts (2), menggamit (2), safwah (2), orchid (2), bergambar (2), maulid (2), nabi (2), hidayatullah (2), roslan (2), berhampiran (2), time (2), nasi (2), kambing (2), air (2), siti (2), sekitar (2), memang (2), diadakan (2), berkenaan (2), magnet (2), adalah (2), antara (2), menarik (2), jangan (2), ditemuramah (2), btv (2), dekat (2), menyaksikan (2), mengetahui (2), segera (2), talian (2), jam (2), salam (2), saksikan (2), segala (2), minh (2), vietnam (2), pejabat (2), pos (2), sungai (2), chu (2), tunnel (2), waktu (2), bagi (2), negara (2), bernilai (2), berharga (2), tunggu (2), apa (2), keterangan (2), lanjut (2), belah (2), oktober (2), 2005 (2), kali (2), sebelum (2), sama (2), berjemaah (2), berdiri (2), sehingga (2), begitu (2), kerusi (2), raya (2), lihat (2), adik (2), promosi (2), kota (2), nabawi (2), terbaru (2), wan (2), setaraf (2), meter (2), rm500 (2), atas (2), sebilik (2), rm4 (2), 950 (2), dibuat (2), bersempena (2), semua (2), mansor (2), dapatkan (2), sekarang (2), skip (2), february, october, 2009, archive, luar, pelopori, bank, digital, pertama, scribe, kadir, jasin, mariam, elias, nefertiti, prolog, bab, wattpad, lily, haslina, nasir, menyusu, anak, shaklee, mama, kepulangan, catatan, arediks, pengembaraan, lover, like, favourite, followers, new, straits, times, star, mymetro, news, made, this, myflashfetish, com, widget, cuckoo, free, hit, counter, visitors, view, complete, profile, taman, melati, sebagai, selama, publishing, bekas, pengarang, jelita, kini, meneruskan, bidang, penulisan, buletin, bulanan, gangguan, mental, kesihatan, sihat, demi, kesempurnaan, malaysia, about, subscribe, atom, home, older, kaabah, sentiasa, bakal, paras, samping, setugas, menuju, pemanah, cilik, ladang, unta, hudaibiah, jabal, thur, jaaranah, kiri, kanan, king, aziz, gate, dataran, mandy, tangan, gembiranya, tanda, akar, fatimah, action, sedap, lemak, kari, royale, merakamkan, ucapan, pengalaman, blogger, azli, kudai, perkampungan, bani, hashim, bilal, bin, rabah, diseksa, lokasi, sungguh, mengujakan, mendapatkan, gambaran, jelas, tempat2, lupa, tonton, mungkin, dijejaki, tatkala, menjejakkan, kaki, rindu, membara, baru, bersua, abadi, holy, land, iytt, drs, mahmod, kenali, syarikat, selepas, laporan, nanti, usah, tau, ikuti, perkembangan, terkini, saluran, 502, astro, friday, galanya, dijadikan, makanan, serangga, dimakan, eee, pemandangan, bandar, konservatif, aksesori, gereja, notre, dame, emm, menyusuri, delta, jeti, berminat, china, juga, menawarkan, menempatkan, tembok, medan, tiananmen, muslim, tour, 991, manakala, rm2, 100, pesawat, lawati, selain, river, pasti, gemar, mengembara, sejarah, silam, jom, sertai, berlibur, 700, berkunjung, ibu, azim, kunjung, menyambut, keratan, akhbar, alhamdulillah, bertemu, bersahur, berbuka, berterawih, bersedekah, menjadi, amalan, menyemarakkan, merebut, ganjaran, maha, esa, mengundang, kesyahduan, kehibaan, sekeluarga, berikutan, pemergian, hadrat, ilahi, minggu, tiba, semoga, roh, dirahmati, ditempatkan, beriman, beramal, soleh, fatihah, bersamanya, terpahat, ingatan, masih, terbayang, langkah, kecil, rumah, bertongkat, terpaksa, berjalan, lambat, perlahan, biar, hujan, lebat, gelap, pekat, mengharungi, kepayahan, rahmaniah, demam, kebah, suaranya, garau, akibat, batuk, gagah, mengambil, selesai, rakaat, hatta, sekalipun, imam, rahman, sudais, menghabiskan, juzuk, dihadiahkan, lipat, memudahkan, duduk, bersolat, enggan, menggunakannya, tawaf, saie, memerlukan, roda, menggunakan, kudrat, sendiri, menyempurnakan, hakikatnya, mempunyai, cukup, kental, urusan, ibadatnya, hasratnya, hujung, berhari, seterusnya, serta, kesampaian, niatnya, baitullah, sudahpun, diterima, paling, gembira, apabila, menyatakan, cadangan, terpancar, keriangan, wajahnya, tambahan, lalu, terakhir, usianya, sudah, mencecah, mula, walaupun, mengikut, menziarahi, ahli, terdekat, selangor, melengah, lengahkan, mampukah, mewarisi, dimilikinya, sering, jutaan, semakin, indah, keindahan, kian, menyerlah, tarikan, produk, rm299, jemaah, terawal, kursus, sabtu, ahad, tazkirah, dato, nor, bahyah, mahamood, akashah, hamid, petugas, menemani, penginapan, saraya, safoa, taamiz, 150, sekolah, 500, rm350, ornag, rm550, tarikh, berlepas, pulang, daftar, deposit, bayaran, kredit, layak, mendapat, ayuh, berikut, ialah, butir, kedatangan, mempromosikan, terbuka, berhasrat, pengunjung, maaf, zahir, batin, dipohon, kehadiran, bulan, kemenangan, seluruh, dunia, melabuhkan, tirai, menjelma, menampilkan, berkisar, murah, sahaja, rm50, sesuai, lain, jadi, ketinggalan, memiliki, keempat, ada, dapat, iaitu, mengenali, kedua, menghubungi, monday, sidebar, main,
Text of the page (random words):
raihanah abdullah skip to main skip to sidebar raihanah abdullah monday november 01 2010 dvd kembara usrah dvd kembara usrah bersama ustazah asni mansor menampilkan empat episod dan berkisar mengenai tempat tempat bersejarah di tanah suci madinah dan makkah penggambaran dibuat oleh krew tv9 pada april 2010 mahu mengerjakan ibadat umrah dan mengenali dengan lebih dekat lagi tempat tempat bersejarah di kedua dua kota suci itu dapatkan dvd kembara usrah daripada irna yakin travel tours dengan menghubungi 03 41473699 sekarang ada empat episod menarik yang dapat anda saksikan menerusi dvd kembara usrah iaitu dua episod di madinah dan dua lagi episod di makkah harga murah sahaja hanya rm50 untuk empat episod tidak sesuai jika membeli satu kerana anda tidak berpeluang menyaksikan tempat tempat bersejarah yang lain di tanah suci jadi jangan ketinggalan untuk memiliki keempat empat dvd itu tunggu apa lagi dapatkan dvd kembara usrah bersama ustazah asni mansor daripada kami sekarang posted by raihanah at 12 18 pm no comments labels asni wednesday september 08 2010 salam aidilfitri masjidil haram sering menggamit jutaan umat islam madinah kota yang semakin indah keindahan nabawi kian menyerlah bukit magnet antara tarikan terbaru di madinah bukit uhud masjid quba selamat hari raya kepada semua pengunjung blog ini maaf zahir batin dipohon bersempena kehadiran aidilfitri bulan kemenangan bagi umat islam di seluruh dunia ramadan melabuhkan tirai dan syawal pula menjelma bersempena kedatangan syawal irna yakin travel tours turut mempromosikan harga terbaru pakej umrah 2011 harga promosi hanya rm4 950 itu terbuka kepada semua umat islam di negara ini yang berhasrat mengerjakan umrah di dua tanah suci ayuh hubungi kami segera untuk keterangan lanjut menerusi talian 03 41473699 berikut ialah butir pakej umrah 2011 pakej umrah hanya rm4 950 daftar sebelum 30 oktober 2010 deposit hanya rm500 seorang bayaran boleh dibuat menerusi kad kredit penerbangan mas dari mac hingga ogos 2011 anda layak mendapat 1 percuma produk kad kembara irna bernilai rm299 untuk 50 jemaah terawal 2 percuma kursus umrah setiap sabtu atau ahad 3 percuma tazkirah daripada dato ustazah siti nor bahyah mahamood ustaz wan akashah wan abdul hamid 4 petugas kami akan menemani anda dari tanah air hingga tanah suci 5 penginapan madinah hotel saraya atau setaraf 50 meter dari masjid nabawi makkah safoa taamiz atau setaraf 150 meter dari masjidil haram harga pakej umrah cuti sekolah rm500 seorang dari harga di atas harga pakej umrah ramadan dari rm1 500 seorang dari harga di atas rm350 seorang untuk tiga ornag sebilik rm550 seorang untuk dua orang sebilik tarikh berlepas pulang mac 2011 11 mac 22 mac 18 mac 29 mac 22 mac 1 april 29 mac 8 april april 2011 1 april 12 april 8 april 19 april 12 april 22 april 19 april 29 april 22 april 3 mei 29 april 10 mei mei 2011 3 mei 15 mei 10 mei 20 mei 15 mei 27 mei 20 mei 31 mei 27 mei 7 jun 31 mei 10 jun jun 2011 7 jun 17 jun 10 jun 21 jun 17 jun 28 jun 21 jun 1 julai 28 jun 8 julai julai 2011 1 julai 12 julai 8 julai 19 julai 12 julai 22 julai 19 julai 29 julai 22 julai 2 ogos 29 julai 9 ogos ogos 2011 9 ogos 19 ogos posted by raihanah at 9 56 am 5 comments labels promosi umrah wednesday august 11 2010 semangat bapak ketika berkunjung ke makkah pada 2005 bersama bapak ibu azim kunjung ke tanah suci pada 2005 untuk menyambut ramadan keratan akhbar berita harian pada 28 julai 2010 alhamdulillah bertemu lagi ramadan pada tahun ini bersahur berpuasa berbuka berterawih dan bersedekah menjadi amalan mereka yang mahu menyemarakkan ramadan dan merebut ganjaran daripada maha esa ramadan kali ini mengundang kesyahduan dan kehibaan pada hati saya sekeluarga berikutan pemergian bapak ke hadrat ilahi pada 25 julai 2010 kira kira dua minggu sebelum tiba ramadan semoga roh bapak dirahmati dan ditempatkan bersama sama orang beriman dan beramal soleh al fatihah kenangan manis bersamanya tetap terpahat dalam ingatan masih terbayang langkah kecil bapak ke madrasah berhampiran rumah pada setiap waktu solat biarpun bertongkat dan terpaksa berjalan lambat dan perlahan namun semangatnya tetap kuat untuk mengerjakan solat berjemaah biar hujan lebat dan malam gelap pekat namun bapak tetap mengharungi segala kepayahan untuk berjemaah di madrasah rahmaniah biarpun demam tidak kebah dan suaranya garau akibat batuk bapak tetap gagah ke madrasah biarpun terawih mengambil masa lebih satu jam bapak akan terus solat berdiri sehingga selesai 23 rakaat begitu kuat semangatnya hatta di makkah sekalipun bapak akan terus berdiri untuk mengerjakan solat terawih sehingga imam abdul rahman sudais menghabiskan satu juzuk pada setiap malam biarpun pernah dihadiahkan kerusi lipat untuk memudahkan bapak duduk ketika bersolat terawih bapak enggan menggunakannya ketika tawaf dan saie bapak tidak memerlukan kerusi roda kerana mahu menggunakan kudrat sendiri untuk menyempurnakan ibadat umrah hakikatnya bapak mempunyai semangat yang cukup kuat dan kental dalam urusan ibadatnya hasratnya untuk ke makkah pada 7 september untuk berpuasa pada hujung ramadan berhari raya di tanah suci dan seterusnya menunaikan umrah serta berpuasa syawal tidak kesampaian namun saya yakin niatnya untuk ke baitullah dan berpuasa sunat sudahpun diterima allah insya allah saya lihat bapak paling gembira apabila saya menyatakan cadangan menunaikan umrah pada 7 september terpancar keriangan pada wajahnya kerana berpeluang untuk mengerjakan puasa syawal tambahan pula pada tahun lalu bapak tidak berpeluang ke tanah suci kali terakhir ke sana bersama sama keluarga adalah pada mei 2008 biarpun usianya sudah mencecah 78 tahun bapak tidak pernah saya lihat meninggalkan puasa sunat syawal pada setiap tahun bapak akan mula berpuasa pada 2 syawal walaupun turut mengikut saya menziarahi ahli keluarga terdekat di sekitar kuala lumpur dan selangor begitu kuat semangatnya untuk tidak melengah lengahkan puasa sunat syawal mampukah saya dan adik adik mewarisi semangat yang dimilikinya posted by raihanah at 12 59 pm 11 comments labels semangat wednesday july 14 2010 cuti cuti di beijing segala galanya boleh dijadikan makanan serangga untuk dimakan eee pemandangan di beijing beijing bandar konservatif ho chi minh vietnam pejabat pos besar di hcm aksesori di dalam pejabat pos besar gereja notre dame di hcm sungai mekong chu chi tunnel emm waktu makan menyusuri mekong delta di jeti sungai mekong mahu melancong ke vietnam dan membeli belah di sana jom sertai kami pada oktober ini untuk berlibur di ho chi minh pakej 4 hari 3 malam dan berharga rm1 700 dengan penerbangan mas banyak tempat yang boleh anda lawati selain membeli belah di sana mekong river chu chi tunnel pasti meninggalkan kenangan manis untuk anda yang gemar mengembara dan mengetahui sejarah silam bagi mereka yang berminat ke beijing di china pula kami juga menawarkan pakej 5 hari 4 malam ke negara yang menempatkan tembok besar dan medan tiananmen pakej beijing muslim tour bernilai rm1 991 untuk 4 hari 3 malam manakala pakej 5 hari 4 malam pula berharga rm2 100 penerbangan menerusi pesawat mas tunggu apa lagi hubungi irna yakin travel tours untuk keterangan lanjut 03 41473699 posted by raihanah at 1 25 pm 8 comments labels hcm friday june 11 2010 saksikan haji roslan ditemuramah oleh wartawan btv drs haji mahmod abdullah ditemuramah salam minat melancong dan mengerjakan ibadat umrah ikuti perkembangan terkini irna yakin travel tours di saluran 502 astro menerusi berita utama btv pada jam 8 mlm 8 30 mlm 9 00 mlm ini 11 jun 2010 kenali dengan lebih dekat lagi agensi dan syarikat kami selepas menyaksikan laporan berita itu nanti usah ke mana mana tau jika mahu melancong menunaikan umrah dan mengetahui mengenai kad kembara irna hubungi kami dengan segera pada talian 03 41473699 posted by raihanah at 5 22 pm 4 comments labels iytt wednesday may 26 2010 holy land kaabah sentiasa menggamit bakal tetamu allah dari paras 19 hotel al safwah orchid cl di samping rakan setugas rakaman oleh krew tv9 bergambar kenangan bersama cl menuju ke maulid nabi di bukit pemanah uhud si cilik bergambar di ladang unta di hudaibiah penggambaran di jabal thur di jaaranah ustaz hidayatullah kiri dan ustaz roslan kanan orang kuat irna yakin travel berhampiran king abdul aziz gate penggambaran di dataran masjidil haram makan time nasi mandy kambing air tangan ustaz hidayatullah gembiranya mereka tanda mata dari bukit uhud akar siti fatimah sekitar uhud masjid quba di quba 1 2 3 action makan time lagi memang sedap nasi lemak n kari kambing tanah suci oh tanah suci rindu terus membara biarpun baru bersua rakaman penggambaran kembara usrah dari 8 april hingga 20 april meninggalkan kenangan manis lagi abadi kepada setiap tetamu allah rakaman penggambaran oleh krew tv9 turut diadakan di beberapa tempat yang mungkin atau tidak pernah dijejaki oleh tetamu allah tatkala menjejakkan kaki ke tanah suci bukit magnet maulid nabi kudai perkampungan bani hashim dan tempat bilal bin rabah diseksa adalah antara lokasi penggambaran memang menarik dan sungguh mengujakan jika mahu mendapatkan gambaran jelas mengenai tempat2 berkenaan jangan lupa tonton usrah pada 13 ogos 20 ogos 27 ogos dan 3 september 2010 rakaman penggambaran turut diadakan di al safwah royale orchid yang mana krew merakamkan ucapan aidilfitri dan pengalaman rakan blogger cl atau haji azli yang bertugas di hotel berkenaan posted by raihanah at 12 28 pm 7 comments labels kembara usrah older posts home subscribe to posts atom about me raihanah kuala lumpur malaysia bertugas di irna yakin travel tours di taman melati utama pernah bertugas sebagai wartawan di berita harian selama 18 tahun dan di berita publishing kira kira empat tahun bekas pengarang jelita dan kini meneruskan minat dalam bidang penulisan menerusi buletin bulanan rakan irna menghasilkan tiga buku gangguan mental kesihatan keluarga dan sihat demi kesempurnaan haji akan terus menghasilkan lebih banyak buku pada masa akan datang insya allah view my complete profile visitors free hit counter cuckoo i made this widget at myflashfetish com news mymetro the star online berita harian online the new straits times online followers favourite blog a lover like me agensi pengembaraan selamat datang ke irna yakin travel tours 17 years ago arediks beberapa catatan kenangan kepulangan 13 years ago dari mata hati seorang mama menyusu anak 3 tahun dengan shaklee 10 years ago lily haslina nasir nefertiti karyaseni prolog bab 11 wattpad karyaseni 7 years ago mariam elias the scribe a kadir jasin orang luar pelopori bank digital islam pertama 2 years ago blog archive 2010 10 november 1 dvd kembara usrah september 1 august 1 july 1 june 1 may 1 april 1 march 1 january 2 2009 40 december 1 november 1 october 4 august 3 july 11 june 1 may 2 march 5 february 3 january 9 2008 15 december 13 november 2
|